Ahad, Mac 08, 2009

Tanpa PPSMI: Arahan ubah jadi "Masukkan kayu ria anda ..."

Tanpa PPSMI, arahan ini:

Connect your joy stick into the server port, you should find little problem with the joy stick as the server has plug and play mode.
Akan kembali jadi begini:

Masukkan kayu ria anda ke dalam lubang pelayan, anda sepatutnya tidak mempunyai banyak masaalah dalam memasukkan kayu ria anda kerana pelayan ini mempunyai fungsi masuk dan main.
Bagi penggunaan komputer yang pantas, perkakasan keras (hardware) dan perkakasan lembut (software) harus berseketemu dan sebati.

Jika ingin tahu makna Dwimantap Penggetar Pelbagai, Sampukan Bertopeng, dan lain-lain, baca di blog Sinatra Z sini.

Barulah Bahasa Jiwa Bangsa.

Wow! Apa kata Mat Taib, 'Arkitek Pembangunan Desa'?

76 ulasan:

  1. Tanpa Nama1:21 PTG

    haha..aku dah baca blog mamat sinatra tu sebelum ko buat posting sin..haha

    bukan nak menghina..tp term2 engineering ni memang jadi pelik jika di melayukan..pening student dibuat nya..

    aku sokong ppsmi ni sin.. tak ilang jati diri anak2 aku belajar ppsmi ni..

    sin ko tahu ke website anak sapa ni http://www.azsamad.com/

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama1:21 PTG

    Kalau Mat Taib,dia masuk, main dan mengompol*.

    * perkataan jawa untuk basah cadar

    BalasPadam
  3. Term-term kalau dimelayukan 100% memang aku tak setuju seperti joystick = kayu ria
    hard disk = cakera keras

    Kerana ia boleh membawa maksud yang "kelakar" dan pelik.

    Term-term tu kekalkan saja. Macam dalam english, alcohol datang dari perkataan arab "al-guhl". Tukar ejaan dah la. Joystick jadi joistik.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama3:52 PTG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  5. Hmm.. bagi aku aku sokong memertabatkan bahasa melayu . Aku x sokong sangat PPSMI.
    Kita harus bangga dengan bahasa kita walaupun ia kelakar kalau kita translate secara terus . Apa salahnya kita gantikan mana2 yang tidak boleh di'melayukan' dan meng'english'kan dia mengikut kesesuaian. Bahasa kita mmglah x leh support semua term engineering & sains , tetapi kita harus pandang ke timur seperti jepun . Windows pun sanggup keluar version Japanese sebab apa ? Sebab dia memartabatkan bahsa mereka. Rujukan mereka kebanyakan dalam bahasa Jepun yang telah diterjemahkan . Ada mereka rasa malu x guna english dalam sukatan pelajaran mereka ? Adakah mereka mundur sebab x guna english ? Cuba fikirkan.. janganlah dibuat lawak dengan isu sebegini wahai kawan2 ku yang suka ' kayu ria ' , 'cucuk' dan 'main'..

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama4:23 PTG

    Windows dalam BM pun ada..

    AKu pernah install dulu..tapi format balik..

    sebiji xfaham.. orang malaysia xmau win BM pasal tak faham dengan istilah BM yang baru..

    "Mengelitar".. hehehhe

    Salah ke belajar Sains & Math dalam BI?

    Subjek lain kita teruskan dalam BM seperti Eko, Perdagangan, dsb..

    Biar Sains & Math dalam BI..

    Takkan nk berundur kebelakang beb..

    Teruskan apa yang baik..

    Wassalam

    sekian...

    "Pro-PPSMI"

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama4:28 PTG

    asal:
    'Connect your joy stick into the server port, you should find little problem with the joy stick as the server has plug and play mode.'

    tukar ke bahasa melayu mengikut kehendak mereka yang mengenglishkan bahasa melayu:

    'Sambungkan joystick anda ke port server. Anda akan mendapati sedikit masalah dengan joystick memandangkan server mempunyai mode plug-and-play.'

    kahkahkah... daripada mengenglishkan bahasa melayu dalam terma sebegini, lebih baik rasanya dikekalkan dalam bahasa Inggeris untuk kemudahan pelajar.

    sudah-sudahlah bercerita bab orang politik dan cerita-cerita mereka yang takkan berkesudahan... buat macam manapun, tetap ada cacat cela kepada mereka. Sedangkan mereka sendiri pun tak pernah bertegas dengan keputusan yang mereka buat sendiri, apatah lagi kalau di pihak lawan.

    BalasPadam
  8. SIN, PPSMI TU MEMANG BAGUS...TAPI DISEBAKAN MURAHGURU KUNYIT NI DAPAT PELUANG HABIS DIPOLITIKKANNYA...

    AKU SOKONG PPSMI 1000%

    ADA PIHAK NAK MELAYU JADI BODOH DAN KETINGGALAN SELAMANYA...FIKIR FIKIRKANLAH

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama4:39 PTG

    Jangan samakan orang Jepun dengan orang Melayu..

    Orang jepun dia hidup dengan kemajuan hasil kerja yang kuat.

    Mereka mengembeling tenaga bersama-sama untuk memajukan negara mereka..

    Kita di malaysia banyak yang baring atas jalan.. sikit2 bangkang.

    Polis kasi orang lain hantar memorandum.. tapi pihak politik yang tumpang glamor. Yang berdemo tu puak2 politik bodo.. bukan nya pencinta BM..

    Siap bawa bendera Perak lagi.. kahkahkah.

    Oleh kerana polis tak mahu timbulkan kekecohan.. dikasi gas wangi..

    Bila pemberita luar negara datang.. mereka buat report.. yang mana penduduk malaysia menentang ilmu..

    Kenapa mereka berdemo? Kerana mereka menentang Ilmu dan menjulang kejahilan.

    kakakakakak

    Pihak berdemo : menentang Ilmu
    Pihak Polis : Menentang puak anti-ilmu..

    Berikan anak kita Ilmu.. bukannya kejahilan.

    Breder Anwar Bin Ibrahim

    BalasPadam
  10. Yang ini versi awal:

    ENGLISH :
    That server gives a plug and play service to the clients using either
    hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client."

    BAHASA :
    Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main samada dengan menggunakan batang ria barang keras atau barang lembut. Batang ria itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan."

    BalasPadam
  11. Itulah siapa suruh sokong "Anwar Bangkai" tu. Kan dah huru-hara negara dikerjakannya. Pancung saja "kaki liwat" bagi mampus cepat. Kecik-kecik tak nak mampus, dah tua bangka menyusahkan orang.

    Sokong PPSMI "One Million Percent"

    Isu PPSMI: Pakatan Haram Jadah PR Ambil Kesempatan

    PAS-PKR-DAP jenis bahalol yang tak boleh diberi muka.

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama5:36 PTG

    apalah diaorang marah2 sgt ni
    benda ni dah 6 tahun jalan, kalau ada masalah, selesaikan la masalah.

    semua nak patah balik. Ada problem patah balik, takmau cari penyelesaian. Nak mudah je.

    Diaorang ni belajar dr darjah 1, mula2 memang la susah. Kalau anak2 Cina & India yg tak cakap melayu kat rumah boleh plak selama ni belajar dlm bahasa melayu, kenapa anak2 melayu tak boleh pulak belajar bahasa lain.

    Nabi suruh anak2 sembahyang umur 7 tahun, ada baca dalam bahasa melayu?

    Bahasa Jiwa Bangsa, tanpa Bangsa yg berjaya macamana nak pertahankan bahasanya?

    BalasPadam
  13. Belajar bahasa Inggeris itu tidak salah. Yang salahnya ialah mengorbankan dua kemahiran asas iaitu sains dan matematik yang sepatutnya murid kampung kuasai tetapi tidak dapat mereka kuasai dek diajar dalam bahasa inggeris. Ajarlah Bahasa Inggeris selaku Bahasa asing tetapi matematik biarlah diajar dalam bahasa melayu kerana mereka akan menggunakan kemahiran matematik itu untuk hidup di malaysia! Siapa kata parti pembangkang anti BI? Mengapa sekolah Cina dan Tamil engkar dengan arahan PPSMI? Kerana mereka lebih bijak dari kita.Mereka tidak mahu bangsa mereka ketinggalan dalam Sains dan Matematik ini dek kerana diajar dalam BI!

    Kamu semua bukan guru yang tersepit dengan isu ini..apa yang kamu tahu? Guru PPSMI yang rata-ratanya tidak mahir Bahasa Inggeris mendapati sangat sukar untuk menerangkan isi pengajaran dan murid pula tidak faham soalan. Sudahnya cikgu terpaksa melakukan dua perkara, mengajar dalam BI dan menterjemah dalam Bahasa Melayu. Soalan pun dwibahasa, BI dan BM.Guru bahasa Inggeris dipaksa mengadakan tuisyen, mengajar guru sains dan matematik menguasai BI...cikgu BI pun makin sakit kepala..nak ajar murid lagi, guru lagi...adoi!

    Para budayawan dan pencinta bahasa sedar akan komplikasi jangka panjang dek budaya mengagungkan Bahasa Inggeris ini. Lihatlah apa yang terjadi pada warisan nenek moyang kita iaitu tulisan jawi setelah Menteri Pendidikan ketika itu Datuk Mohd Khir Johari menghapuskan tulisan jawi dan diganti dengan tulisan rumi.Orang melayu tidak lagi menggunakan jawi, surat khabar jawi lingkup! Bayangkan apa akan jadi pada Bahasa Melayu 20 tahun akan datang apabila subjek penting ini di inggeriskan. Orang melayu akan meninggalkan bahasanya sendiri kerana merasakan BI itu lebih kelas dan maju.Siapa yang rugi? Kitalah, orang melayu kerana apabila bahasa sudah hilang maka bangsapun turut hilang jatidirinya.

    Fikir-fikirkanlah....

    BalasPadam
  14. den sokong PPSMI sebab ia baik utk anak2 bandar dan kampung dalam memperbaiki Bahasa Inggeris.Ianya juga salah satu persiapan kepada anak2 sebelum memasuki universiti yang rata2 buku dan journal semuanya dalam bahsa inggeris.

    aku percaya yang pernah masuk universiti dan bekerja di syarikat yang berurusan dengan org luar akan lebih memahami pentingnya PPSMI kepada anak2 mereka

    lawan tetap lawan..
    Xkire kerajaan or pembangkang..

    BalasPadam
  15. tanpa nama 6.26pm

    kelakar aku tengok cikgu2 yang kuat merungut ni.itu tak puas hati ini tak puas hati.sedangkan mereka la yang dapat macam kemudahan,elaun berbanding kakitangan awam yang lain

    kau ingat yang kerajaan bagi kenaikan gaji 5% dan 10% tu untuk apa? supaya cikgu bertukar kereta baru? supaya masuk skim cepat kaya? supaya beli beg tangan berjenama? elaun tu la patut digunakan untuk meningkatkan keupayaan cikgu2 dalam bahasa inggeis

    bagi aku senang saja.kalo dah rasa dasar kerajaan tu berat berhenti daripada jadi cikgu.dosa pon tak dapat kerana tak ikhlas mengajar

    BalasPadam
  16. Suruh Anwar nasihatkan kawan kawan dia bercakap bahasa melayu ketika berbahas di parlimen sebelum sebok nak jadi hero melayu.

    BalasPadam
  17. Bagi aku senang saja nak lawan isu ni. Buat kamus untuk sains dan matematik. Jadikan kamus tu buku teks percuma. Kerajaan tanggung.Semua pelajar dapat sorang satu. Kalau mak-bapak budak tu tak reti bahasa inggeris ke, buta ke, bisu ke, pekak ke, budak tu masih boleh belajar di rumah.Takkan ada alasan lagi dah. betul tak???


    http://gapodio.blogspot.com/

    BalasPadam
  18. gapodio - otak hang brilliant.

    BalasPadam
  19. Tanpa Nama9:54 PTG

    kena bust survey dulu,

    Hj Hadi & Nasha ni bukannya Ulama seraraf Ibn Sina & AlFarabi, dia taraf ustaz politik aje..
    Berarak2 mcm kerajaan ubah sekolah Malaysia jadi sekolah English/kafir.

    Kenapa diorang sibok2 mcm Nuar yg otak sastera?

    Kerajaan pula kena tunjukkan FACT:

    Tanyalah orang2 teknikal, undi prof2 sains & math. Jangan pakai prof2 yg tua. Masa dulu sains agak statik.

    Kalau sekarang tak boleh kejar, masa depan terus tertinggal dlm pondok Nik Aziz.Dan terus dilembukan DAP

    BalasPadam
  20. Tanpa Nama10:21 PTG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  21. Tanpa Nama11:20 PTG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  22. terima kasih kluangman...

    aku orang kampung luar bandar budak ulu yang diberi peluang untuk belajar guna bahasa inggeris setelah masuk universiti...
    mula-mula hampir kandas sebab tak berapa faham bahasa inggeris punya term...

    dulu kat sekolah belajar sains & matematik bahasa melayu.
    lama-lama baru ok...

    kalau kecik-kecik dulu dah belajar guna bahasa inggeris kan bagus...

    BalasPadam
  23. Tanpa Nama11:24 PTG

    hang mmg bijak sin...!!! macam abdul wahubbbb!

    BalasPadam
  24. Tanpa Nama12:01 PG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  25. Salam semua! panggil jer aku cedikcenun. aku nak tergelak bila tengok brader anwar bin ibrahim mempolitikkan ppsmi, sampai semua tokoh-tokoh dan pejuang-pejung bahasa jadi lembu. aku adalah usahawan it, ada bukak cybercafe kat kampung asam jawa, baling satu ketika dulu (la nie dan tutup pasal kabel telefon kena curi, streamyx tak boleh guna). budak-budak kampung nie (asam jawa nie kira ulu deh) tempat jin bertendang, dulu satu habok pun tak reti it apalagi internet, betul aku cakap, tapi selepas aku bukak cc kat sini, banyak jadi pakar komputer dan pakar chatting, dulu nak tekan keyboard pun takut meletup, aku ajar mereka asas-asas bahasa inggeris komputer. kepada yang dok sokong pr, pkr kat bandar tu, ingat orang kampung nie bengong macam depa jugak kot. anak aku siti nursyafiqah (tahun 2 cemerlang - aku panggil 2 cacing)adalah pelajar terbaik bahasa inggeris di sk asam jawa, baling dan aku walaupun spm 3, tapi bahasa inggeris aku adalah yang terbaik di daerah ini (aku cakap stlye us, pasal banyak tengok filem usa kat tv). anak aku ahmad zaidi yang baru cukup setahun aku akan ajar bi jugak, aku belikan mainan dia tak suka main, dia suka tekan-tekan keyboard kat laptop aku ngan pc aku, harapan jadi pakat komputer satu hari nanti. satu lagi aku nak cakap, aku ada kedai komputer kat pekan kupang, baling, buat satu interview, ramai yang post graduate yang datang, tapi bi ngan komputer hancuss, jadi aku ambik satu kawan sekolah aku nama "hamid", dulu kerja kat shell kupang, dia nie satu patah pun tak reti bi ngan komputer, setelah enam bulan bukan setakat bi, komputer pun boleh dikatakan expert jugak kalahkan pejuang bahasa lembu dan babi pkr kat bandar tu pst : aku dok kl 17 tahun, singapore 3 tahun, semua bandar besar kat semenanjung pernah duduk, jadi kesimpulannnya bahasa inggeris sangat penting untuk memajukan diri. aku berdiri teguh menyokong ppsmi. salam

    BalasPadam
  26. Salam tuan,
    Aku sokong F*ckatan Riot Aljub. kerajaan beri elaun tu untuk digunakan oleh guru2 meningkatkan ilmu bahasa Inggerisnya. Gunakannya untuk belajar di kolej2 swasta yang berlambak2 tu. Bukan salah kerajaan kalau mereka tidak mahir2 dalam bahasa Inggeris kerana adakah mereka ini menggunakan elaun berkenaan untuk tujuan yang dinyatakan?
    Sekolah2 pendalaman juga mendapat terlalu banyak keuntungan dari PPSMI ini. Lupakan siapa yang mendapat projek membekalkan komputer riba serta membina makmal komputer. Siapa sangka, dengan adanya program PPSMI ini, sekolah2 di kawasan ulu mendapat nilai komputer riba, projektor LCD, set audio makmal komputer mengandungi hingga 40 buah desktop dengan nilai beratus-ratus ribu ringgit. Hinggakan dulu tiada seorang penyangak pun yang mahu merompak sekolah sebab apa yang dia orang dapat selain kapur tulis jer berkotak2. Tapi sekarang, penyangak2 tu menjadikan sekolah sasaran utama hinggakan pak guard pun tak boleh tidur sekarang ni. Anak2 kampung juga mengenal teknologi maklumat pada usia yang muda.
    Adakah kita, kalau belajar bahasa Arab akan pandai dalam sehari? Dalam sebulan? Dalam setahun? Anak2 kita akan pandai mengikut tempohnya. Jadi, apa perlu dibisingkan?

    BalasPadam
  27. Tanpa Nama2:02 PG

    Aku belajar 6 tahun di UK dulu, tak pernah aku lupa gunakan bahasa melayu. Jatidiri dan semangat kemelayuan aku tak pernah terkikis.

    Aku masih ingat bagaimana mengenakan songkok dan baju melayu. Makan makanan melayu. Mana hilangnya sifat melayu aku lepas belajar ilmu dlm B.Inggeris?

    Hakikat kita kena terima, masa kini bahasa ilmu dlm bahasa inggeris.

    Hakikat ini jugalah yang diterima oleh ilmuan Barat zaman renaissance yg perlu bljr bahasa arab kerana kerana itu, Bahasa Arab bahasa ilmu..

    Belajarlah daripada sejarah....

    BalasPadam
  28. Anon 12:01, ini blog satira nasional la beb. Janganla serius sangat. Pak Usin dan peminat2 nye kat sini bukan bodoh piaq. Hang tu yang betoi bendoi kot.

    He's just pulling our legs = dia sesaje menarik kaki-kaki kita

    Jangan marah, nanti kena jual = don't angry, wait hit sell

    BalasPadam
  29. Tanpa Nama2:41 PG

    Sdr.Biar aku ulas ayat ini shj.
    "aku sokong ppsmi ni sin.. tak ilang jati diri anak2 aku belajar ppsmi ni.
    Memang benar, akan tetapi khusus bagi anak2 yang bahasa ibundanya English. Kalau anak Melayu PASTI lenyap sama sekali jatidri bangsa, Setahun dua ini mmg kau tak akan lihat dampaknya tetapi tunggulah 50tahun lagi dan kau pasti akan mengerti. Jangan kau lupa ketika tiba detik itu.
    Kau lihat tulisan jawi sudahlah... bukankah itu identiti MELAYU? Sekarang masih digunakan oleh semua orang melayukah? Bukankah tulisan jawi hanya jadi sisipan kepada akhbar tulisan rumi sahaja sekarang ini. Baru 30 tahun jawi tak digunakan dan jadi tulisan nadir.
    10 tahun memang tak hilang identiti, tapi mungkin 1 generasi nanti kau akan lihatlah. MELAYU dahulu, kini dan sampai setakat ini sahaja. UMNO pun akan hilang kalau MELAYU hilang.
    Seronok memang seronok main-mainkan bahasa ini. Apakah kita sedang mempermainkan pewaris bangsa kita.
    Ada kau lihat presiden Iran cakap English, atau atau sebaliknya Presiden Amerika cakap bahasa bukan bahasa Amerika?
    Adakah kau tak hormat pada mereka kerana guna bahasa ibunda?
    Kalau kau lihat filem Tamil yang cacamarba bahasanya adakah kau sangat hormat kepada mereka?

    Kau sokong biarlah ada hujahnya, jangan sokong sebab kau sokong pemimpin UMNO semata-mata. Mereka terus pertahankan dasar mereka tanpa hujah yang matang.Ingat pemimpin bukannya sempurna dan pasti sekali ada salah dan silap, seperti mana kau anggap Nik Aziz dan Anwar Ibrahim ada salah dan silap, begitulah kau kena terima Pak lah dan Najib pun ada silap. Biar pun kau tak dapat berpisah dengan UMNO tetapi kau kena faham bahawa Bahasa Melayu adalah jaminan untuk kelangsungan jatidiri MELAYU bukan bahasa melalui English seperti mana anggapan Mahathir selama ini.
    Ingatlah! Anak2 Kau dan aku boleh maju dalam English kalau betul2 belajar English tanpa melalui sains dan matemnatik pun.

    zackps@yahoo.com.sg

    BalasPadam
  30. Tanpa Nama4:21 PG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  31. Mengikut arahan bahasa melayu yang terpampang, mohon usah komen tanpa nama.

    Ada yang terover sampai maki hamun.

    Sori komentar, kena kasi buang.

    BalasPadam
  32. Saya sokong Zanie. hanya mereka yang melaksanakannya sahaja yang tahu maslah sebenar PPSMI ni. Memang tidak ada maslahpun untuk orang bandar, tetapi kat ulu kampung tu ? Jangan pandai nak kutuk guru jika kamu sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.Tak hairan dengan 5% atau 10% kalau nak bagi biar ikhlas. Tengok dari luar memanglah pandai untuk buat komen. Sebenarnya yang dikejar tak dapat tetapi yang dikendong berciciran.

    English tak pandai Maths dan Sains hancur. Pergi sendiri tengok keputusan budak-budak kat kampung tu. Bila tak faham hilang semua minat nak belajar.Bila nak tanya mak bapak, mereka lagi le tak faham. Ada faham ke?

    BalasPadam
  33. Tanpa Nama1:39 PTG

    kelembapan PPSMI bukan disebabkan budak2

    Tapi guru yang gagal mencari pendekatan pembelajaran dalam kelas..

    Apa yang pasti, guru wajar belajar semula Sains & Mat dalam BI supaya dapat di ajar kepada pelajar dengan lebih berkesan.

    Kebanyakkan guru mengajar dalam BM (sebab PPSMI dwi-bahasa). Tidak timbul kementerian menurunkan peratusan dalam peperiksaan, sebab pelajar yang lemah dalam BI boleh menjawab dalam BM.

    Dengan PPSMI, pelajar akan 'dipaksa' belajar BI dalam tiga bidang iaitu BI, Sains dan matematik. Sebab ramai pelajar luar bandar tak pandang BI ni.. Kalau tak paksa..macam mana nk pandai.

    Bila tak pandai.. kemunduran akan berlaku.. Orang dah ke depan, kita masih di belakang, sebabnya? sebab kita menolak sesuatu yang baik dan menguntungkan.

    Sains & Math dalam BM baik sebenarnya.. tapi berapa biji buku yang di terjemah dalam BM yang asal rujukannya dalam BI? Nanti terkinjal2 di IPTA sebab buku rujukan dalam BM sedikit bilangannya.

    PPSMI di wujudkan sebab kita mahu bangsa kita mengambil proses pembelajaran yang pantas. Contoh; Mungkin pelajar memerlukan 5 tahun untuk belajar matapelajaran sains dalam bahasa Melayu, sebabnya rujukan dalam BM adalah terhad. Kekurangan pensyarah yang boleh berbahasa Melayu (dalam bidang kedoktoran).

    Contoh 2 ; Mungkin pelajar yang di ambil pendekatan PPSMI hanya memerlukan 2 tahun untuk belajar matapelajaran sains, ini kerana pemahaman yang cepat serta pembaziran masa untuk membuka kamus adalah sifar.

    (Maaf; saya tak pandai nk ulas panjang2)

    Pendek kata; PPSMI ialah produk yang amat baik.. cuma kekurangannya ialah pendekatan dan pembelajaran di kalangan tenaga pengajar yang kurang.

    Wassalam..

    ~Cikgi~

    BalasPadam
  34. Tanpa Nama2:46 PTG

    Wow! Apa kata Mat Taib, 'Arkitek Pembangunan Desa'?

    APA YANG WOW MAT TAIB. WOW DAPAT JADI MENTERI DESA. KENAPA ? HEI TAK TAU KE? ADA CHANCE LAGI. CHANCE APA BOSS? AHHH, KALAU DULU JADI MB DAPAT KU YAH, MANA-LAH TAHU KALI INI JADI MENTERI DESA PULA KALAU ADA REZEKI MUNGKIN DAPAT CHE MEK PULA. MUDAH-MUDAHAN DATUK.

    TOK KALAU ADA EXTRA TOLAK LAH SATU KAT SINI. SUMPAH SAYA TUTUP RAHSIA.

    OK SET..SSSSSSS.. DIAM-DIAM TAU..EEEEE..EEEE

    GEORGE FOREMAN

    BalasPadam
  35. Tanpa Nama2:46 PTG

    Wow! Apa kata Mat Taib, 'Arkitek Pembangunan Desa'?

    APA YANG WOW MAT TAIB. WOW DAPAT JADI MENTERI DESA. KENAPA ? HEI TAK TAU KE? ADA CHANCE LAGI. CHANCE APA BOSS? AHHH, KALAU DULU JADI MB DAPAT KU YAH, MANA-LAH TAHU KALI INI JADI MENTERI DESA PULA KALAU ADA REZEKI MUNGKIN DAPAT CHE MEK PULA. MUDAH-MUDAHAN DATUK.

    TOK KALAU ADA EXTRA TOLAK LAH SATU KAT SINI. SUMPAH SAYA TUTUP RAHSIA.

    OK SET..SSSSSSS.. DIAM-DIAM TAU..EEEEE..EEEE

    GEORGE FOREMAN

    BalasPadam
  36. Tak salah mempelajari english tapi bukan dlm pelajaran sains dan matematik, apa salahnya kurikulum english ni di perkasakan macam yang diajar sekolah khas english...
    pelajar luar bandar bahkan pelajar melayu bandar tak mampu bertutur dlm english, macam mana nak faham sains dan matematik dlm english, macam itik dgn ayam jadinya ...
    kekalkan term2 dlm english ... macam kata anon 00

    BalasPadam
  37. salam semua pembaca! anak melayu kalau tak paksa belajar bahasa inggeris, memang tak jalan...tengoklah yang menganggur ramai anak melayu pasal gagal bi. tengok lagi kat kilang perindustrian (kulim hi-tech, bayan lepas, shah alam, senai) yang jadi operator pengeluaran hampir semua berbangsa melayu, yang kerja kat menagement, executive, foreman banyak bangsa india dan cina, pasal apa, pasal banyak yang tak tau membaca, bercakap dalam bi walaupun post graduate... salam.

    BalasPadam
  38. satu lagi, penentang ppsmi @ pkr dan seangkatan dengannya, habis korang semua nak anak melayu belajar bi, bila? tunggu lepas kiamat. orang dah ke planet marikh, kita masih terkial-kial lagi. bahasa inggeris bahasa ilmu sama seperti bahasa arab zaman kerajaan utmaniyah dulu. melayu kalau nak maju jangan dimanjakan sangat...bagi ubat macam penampar jepun zaman tok kadok dulu la atau bagi kayu 2 x 3 tengah belakang baru nak jalan. salam

    BalasPadam
  39. NIAT PAKATAN MAHU LIHAT MELAYU BODOH
    Memang inilah kerja parti pembangkang...tak habis habis mahu bangsa sendiri menjadi bangsa yang dungu...bodoh la yang senang.Sampai hal hal pendidikan untuk anak anak pun di tentang dan diserang habis2an.

    Apakah mereka tidak mahu melihat anak anak bangsa berjaya dalam menghadapi zaman yang semakin mencabar ini.Kenapa sekarang harus kita mempersoalkan PPSMI yang sudah menampakan sedikit kejayaan pada anak anak kita.

    ppsmi march 070309 tear gas.jpg
    Bagi pakatan rakyat apakah tiada satu jalan penyelesaian dapat dicari dari melibatkan anak anak dari mengadakan demontrasi yang tidak secara langsung akan mengheret mereka kekancah pemberontakan.

    Sepatut nya perlu kita tangani akan masaalah disiplin para pelajar yang mana gejala membuli dan memukul semakin menjadi jadi masa diperingkat sekolah.Mungkin inilah hasilnya dari tindakan pakatan rakyat yang sering mengadakan demontrasi bagi mencari jalan penyelesaian dari duduk semeja.

    Kenapa hanya pelajar anak anak bangsa kita yang selalu menyertai demonstrasi jalanan ini.Bagi saya ini lah kepentingan politik bagi pakatan untuk menjatuhkan kerajaan.Janganlah kerana ingin menunjukan tindakan yang diambil itu betul kita tunjukan pada anak anak tentang kelemahan diri dan lemah semangat dari kita.

    Seharusnya kita sebagai pemimpin pada anak anak ini perlu kita memberikan semangat bagi mereka untuk menempuh hari hari yang semakin mencabar dan bergelora bagi hadapi tempoh menuju negara 2020 nanti.

    Apakah akan hilang indentiti bangsa melayu hanya dengan mempelajari matematik dan sains dalam bahasa inggeris .Tidak mungkin kita akan menjadi satu bangsa yang lemah hanya dengan perlaksanaan PPSMI.

    anti ppsmi rally 070209 pak samad chokes
    Kepada Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad jangan kerana ingin berpolitik ingin kita lihat anak anak bangsa yang akan menerajui negara ini nanti adalah terdiri dari anak anak yang lemah jati diri dan tidak tahu untuk menghargai ilmu.

    Memansuhkan PPSMI bermakna kita mahu bangsa melayu terus ketinggalan dari mendapat tempat dalam persaingan dunia yang semakin mencabar.PPSMI tidak akan menghapuskan bangsa melayu itu dan sama sekali juga tidak menghapuskan bangsa bangsa lain dimalaysia ini.

    Kenapa puak puak PAS yang mahu PPSMI ini dihapuskan.Tidak mahu anak melayu menguasai ilmu kerana PAS takut akan hilang pengaruh ,biar pemimpin mereka sahaja yang berilmu.

    Tidak pula kelihatan orang orang DAP dan PKR menentang kerana mereka tahu bahasa inggeris adalah penting pada mereka.

    Apakah untuk menjadi seorang doktor kita tidak perlu bahasa inggeris,begitu juga untuk menjadi seorang peguam,jurutera dan berbagai lagi keperluan kerja yang memerlukan kan kita mahir dalam pengguasaan bahasa.

    Dalam zaman dunia yang penuh cabaran ini janganlah kita yang ibarat rumah kata pergi kubur kata mari ini kita sekat akan kebolehan dan keupayaan anak anak melayu dari terus menimba ilmu yang akan membawa mereka kearus kemajuan yang akan bakal akan mereka tempuhi.

    PPSMI perlu diteruskan bagi memberikan anak anak kita peluang untuk mereka memperolehi masa depan yang baik untuk terus mereka bersaing didalam dunia yang tiada sempadan ini.Yang penting bukan cara demontrasi untuk kita cari jalan penyelesaian kerana ianya hanya mendedahkan anak anak kita pada satu perkara yang akan melemahkan diri dan bangsa itu sendiri.

    Yang penting adalah perlu kita teliti bersama bagi meningkatkan lagi tahap kemampuan anak anak kita supaya ianya akan memberi manfaat pada seluruh warga malaysia itu sendiri dan jenerasi jenerasi yang mendatang yang merupakan pewaris pada negara yang berdaulat dan merdeka.

    Akhir sekali mari lah kita renungkan dengan hati dan fikiran yang tenang apakah PPSMI ini untuk diri kita atau untuk jenerasi yang akan mewarisi ketamadunan yang kita sama sama bangunkan. LU PIKIR LA SENDIRI.

    BalasPadam
  40. kepda pejuang bahasa terutama Dato' Seri Anwar Ibrahim,

    1. bila pegi oversea, katalah bulih berucap di mana mana parlimen, silalah cakap dalam bahasa Melayu, Nicolas Sarkozy cakap Perancis dalam Parlimen Britain. Kalau tak berani buat, tak payah cakap pejuang laaaaa.

    2. Kang ramai yang cakap Perancis tak cakap English pun....



    ex-ROTU

    BalasPadam
  41. Tanpa Nama7:32 PTG

    PR tanam pokok di Perak.
    Kalau pokok tu mati, agak-agak parti mana yg kena tuduh?
    Aku rasa semua boloeh agak kaaaaan?

    BalasPadam
  42. salam tuan husin! tengah tengok 3 abdul kat tv2, tengok tuan husin beli sadiq segaraga, tuan penasihat kasim pantalon, rafidah dan hamidah. tuan husin kasi jual laks itu pak bedol sama dia punya tuan penasihat...wakakaka 25%. salam

    BalasPadam
  43. salam tuan husin! tengah tonton lagi 3 abdul. aku dulu pernah dengar kata "ustaz saleh" ustaz pak bedol kata nak bawak brader a.b.i masuk umno balik, ini karja tuan penasihat merangkap anak menantu hantu tu larr....25% kasi jual semua larr tuan husin. ampat ribu paun..."wow".

    BalasPadam
  44. dunia-dunia, meniaga manusia lagi bagus dari meniaga unta! kasi jual itu semua la tuan husin. jamal pak tongkol tengah tunggu nu..."wow"

    BalasPadam
  45. Bismillah,

    Memang betul, jika bahasa inggeris ini diagungkan alamat hancurlah bahasa melayu. Bila bahasa melayu ini sudah hancur apa akan jadi dengan budaya melayu? Adakah budaya melayu ini di "go to hellkan"?

    Orang melayu dengan budaya melayu yang tempang, bolehkah digelar orang melayu? Jadi macam eurasian ; orang eropah bukan orang asia pun bukan. Satu komuniti dipinggiran.

    Dulu saya memang sokong akan ppsmi ini. Ini disebabkan bila saya baca buku latihan sains yang didalam bahasa melayu agak mengelirukan.

    Contoh; ayat "benda boleh ubah". Boleh diterjemahkan sebagai thing can change. Tapi yang dimaksudkan sebenarnya ialah variable. Tengok betapa mengelirukan.

    Jalan keluar dari kemelut ini adalah suatu sistem yang unggul digunakan. Tapi siapa yang boleh mengeluarkan sistem unggul ini? Suatu sistem yang brilliant?

    BalasPadam
  46. Tanpa Nama11:54 PTG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  47. tanpa nama 11:54

    what mengagungkan bahasa inggeris. learn mat and science in english je... not udder subjects, not everyday tok english, near school tok english, near house tok english. yu wan tok english tok english la, yu wan tok meley tok meley la, no poblem one. i english very good, better than yu. better than obama, better than sexpierre.

    Look...

    You said: "klu dah masuk uni tapi still tak reti english itu mmg dah sebodoh2nya."

    Then you can also say... teach children in English at younger age, when their brain cells are rapidly developing, tapi still tak reti itu mmg dah sebodoh2nya (your words)... kan? Thus, let's identify "bodoh" children earlier so that we can send them for child slavery or something....

    No. Stupid argument.

    IMHO, average children (urban or kampung) can follow the programme without any problem, some may even excel compared to if the learn the subjects in Malay. But there are factors that may hinder this programme, namely lack of skilled teachers and interference of certain quarters to stop this programmes for all the stupid reasons.

    BalasPadam
  48. Tanpa Nama10:58 PG

    cikgu tak pandai mengajar? cikgu tak ikhlas mengajar? emmm...mungkin ada kebenarannya...tapi semua cikgu begitukah? apa kata insan2 yang pro ppsmi tu mengajar maths&science di sekolah...mesti pelajar-pelajar excellent kan pak usin????

    BalasPadam
  49. Tanpa Nama11:48 PG

    Perlu di ingatkan bahawa kebanyakan kahzanah ilmu - yakni buku2 - dan hasil2 penyelidikan ditulis dalam Bahasa Inggeris. Hattak kalu ditulis didalam bahasa jepun, jerman atau Swahili, kalu mempunyai nilai akademik akan dialihbahasa kepada Bahasa Inggeris.

    kemudian, segala "Manual" - tatacara selnggara atau operasi jentera, peralatan, perkakasan atau kereta, kenderaan - sekalipun akan ditulis didalam Bahasa Inggeris.

    Untuk alihbahasa kepada Bahasa melayu akan mengambil masa dan banyak tenaga. lihat di Indonesia yang mempelajari bidah ilmiah menggunakan bahasa ibunda. Susah and payah untuk setanding.

    Bukan tak boleh, tapi untuk mahir akan mengambil masa, dan "duplicity of effort". Kita mengambil jalan pintas (short cut) terus ke Bahasa Inggeris untuk menguasai Teknologi. Kita dah terkebelakang, jadi harus cepat dan guna jalan pintas, untuk pencapaian matlamat secepat mungkin.

    Perlu diinggatkan, pemberlajaran Sains & matematik melaui Basa Inggeris BUKAN untuk memahirkan dalam pengiuasaan bahasa. Seidkit sekali. kalu nak mahir Bahasa Inggeris, kena belajar English Literature.

    Lagi satu, formula2 yang universal adalah dalam Bahasa Inggeris, seperti F=ma, E=mc2. Adalah janggal kalu kita nak introduce formula2 dalam Bahasa Melayu, sedagkan kite baru nak "expose" kepada penguasaan teknologi. Sebagai contributor kepada bidang ilmu dan Teknologi, kite belum sampai. melainkan istilah2 Bomoh dan Hantu, kite banyak sekali.


    MRSM Kalae Chepo 66/73

    BalasPadam
  50. Sedih rasanya melihat melayu bercanggah pendapat, memepertikai, menghina, memandang rendah akan bahasa ibunda orang melayu itu sendiri. Hilanglah sudah martabat bangsa kerana bahasa.

    (Saya bukanlah anti kemajuan)
    Sebenarnya banyak cara lagi yang boleh di buat oleh cendikiawan dan para bijak pandai... tapi bukan cara memadamkan terus bahasa ibunda dan meletakkannya pada tahap yang terendah. Siapakah lagi yang akan mempertahankan bahasa melayu itu kalau bukan orang melayu itu sendiri.

    Oleh itu saya minta janganlah kita menguriskan jiwa bangsa dengan mempermain dan memperkecilkan istilah bahasa kita sendiri. Kerana sedarlah bahawa "BAHASA ITU JIWA BANGSA" DAN BANGSA ITU DIKENALI KERANA BAHASANYA.

    Salam




    Bahasa jiwa bangsa...tanpa bahasa hilanglah bangsa...fikir-fikirkan

    BalasPadam
  51. Tanpa Nama1:35 PTG

    Gelak gelak. Tak tau lah nak cakap apa pada kau org ni. Kan mencarut kena remove dari sini. Ada ke gunakan contoh English uni dgn budak2 sekolah rendah.

    Antara nak didik anak bangsa supaya pandai BI dan nak mendidik anak bangsa yg masih kecil (yg baru nak masuk alam persekolahan) dgn Math & Science dlm BI, itukan dua benda berlainan.

    Merangkak nak faham BI lagi...merangkak nak faham Math & Science lagi. Akhirnya...3 dalam 1 konon, silap2 satu pun tak dapat. tapi takpe...ktie turnkan markah lulus utk menipu rakyat. Siapa punye hypothesis yg mengatakan dgn mengajar anak2 kecil Math & science dlm BI, budak2 tu nanti besar jadi fluent in English? KLu betul, then let's start teaching agama in Arabic....asas perdagangan in Mandarin....and in univeristy...perundangan in Tamil. Ini budak umur bawah 12 la. Biar asas dia mantap dulu.

    Kalau betul2 nak tolong anak Melayu pandai BI....tambah kelas BI...stop siarkan citer2 kartun alih bahasa. Stop siarkan sarikata melayu.Guna akal. Jgn pandang sedepa. I for one would support any effort to improve our english but not this way man.....not by sacrificing Match & Science too. But then gelak la. And who shall get the last laugh nanti. Tuuuuuttttttt you all.

    BalasPadam
  52. Tanpa Nama1:44 PTG

    PAS is stupid....fine with them. GMP is also stupid....fine with them. The whole PR is stupid also....fine with them.

    Tapi kau orang BN ni....or UMNO in particular...merosak pembelajaran anak2 kecil bangsa. Tak terfikir ke?
    Pastu siap turunkan markah lulus utk menongnongkan kpd masyarakat seolah2 PPSMI tu berjaya. What la????

    Anak kecik dgn budak U takleh bezakan ke? Kebanyakan anak2 kecil kt luarbandar tu anak bangsa sape?
    Englsih dia org dah bagus ke? I ni nak tekan lagi dgn Math dan Sains dlm BI. Ada buat ujikaji dulu ke? Atau main pakai otak kau org je. Setuju??? Setujuuuuu.

    Kononnya holistic approach la ek....kau baca setiap komen yg ada kt sini. Ada yg tulis bahasa Inggeris? kalau nak pandai...buat la kelas dan aktiviti2 tambahan. Bukannya dengan menghancurkan lagi anak2 kecil melayu. Dulu lemah BI....skrg lemah BI, matematik dan sains. Tahniah.

    BalasPadam
  53. Tanpa Nama1:55 PTG

    Dear Ayor Lemuju,

    10 org budak kecil yg lebih baik Math & Science dia kerana belajar ikut BI tapi beribu lagi yg lingkup....kenapa tunjukkan yg 10 saja. KLu tak nape turunkan markah?

    Come on. Don tok laik kau la.

    BalasPadam
  54. salam, bior ler lingkup, nanti nak minta kerja 10 orang tu yang dapat

    BalasPadam
  55. Tanpa Nama4:16 PTG

    Sin...Sin..Mengarut betul ler enteri kali nih...

    Tapi aku tak Sokong PPSMI nih ...

    Alasan..bukan kerana Nuar Kunyit(KataOrang UMNO-LER) tapi kesian kat anak-anak Bangsa yang dok kat Kawasan Pendalaman...

    Dah ler Cikgu BI nya tak bagus (Sebab yang Bagus (Ade TESL) nak ngajar kat kawasan bandar aje)...tambah pulak dapat Cikgu sains dan Math pun tak bagus (Sebab takleh ngajar dalam BI)...Fikirkan apa yang berlaku di pendalaman..renung-renungkanlah..adakah salah Guru atau salah Kementerian yang GAGAL membekalkan Guru yang terlatih?????

    Tak Usahlah kita mendabik dada Berkokok dengat kuat tapi lawi penuh dengan tahi...

    Kalau nak bangunkan Malaysia bukanya perlu 10 orang..tapi biarlah semua orang..sebab kalau 10orang aje yang pandai..yang lain bebal maka yang pandai pun akan turul bebal..

    N..Air Lemujur...hang ada masuk Local Universiti tak???? Rata-rata yang tak tau cakap Inggeris tu biasanya puak-puak Akademi Islam dan Pengajian Melayu...Kenapa susahkan Budak Aliran Sains dengan Bahasa Inggeris????????Dengan System yang ada sebelum ini pun mereka boleh menguasai bahasa Inggeris kenapa perlunya PPSMI??????

    Untung Orang Baling ade Orang Macam CerdikCenun sebab pandai ajar orang guna Komputer dan dapat mengajar bahasa Inggeris...Camana pulak Tempat lain ..ade lagi ke yang macam Cenun..hehehh..heheheh..Fikirkanlah...tak semistinya tempat kita Berhujan Emas..Tempat lain berhujan Permata...Entah-entah batu api yang jatuh..heheehehh...

    Memaglah kalau ade kemahuan mesti ada jalan...tapi biarlah jalan itu terang supaya tiada ular atau harimau...

    Wassalammmm

    BalasPadam
  56. woi ha ha ha ha ha...kami kat pendalaman lagi terror bi dari korang, kalau tak caya mai larr kat sk asam jawa, kat ulu deh di baling nie...hangpa la kuno sangat dok kat bandar....wakakakakaka

    BalasPadam
  57. lupa laks, sekolah kebangsaan asam jawa terletak di asam jawa, baling yang ada air terjun top kat sini iaitu air terjun hutan lipur lata bayu....faham...kenapakah banyak orang educated bengong hari nie...salam

    BalasPadam
  58. Hang Tuah (kunun2nya): Takkan Hilang Melayu di Dunia.

    Puteri Hang Li Po: Memanglah tak hilang nama Melayu tuh. Yang hilang agama dan bahasanya saja.

    BalasPadam
  59. Tanpa Nama6:08 PTG

    "Connect your joy stick into the server port, you should find little problem with the joy stick as the server has plug and play mode."

    Terjemahan yang sebenar:

    Sambungkan kayu ria ke port pelayan, anda akan menghadapi masalah kecil dengan kayu ria kerana pelayan mempunyai mod plug dan main.

    -SELAMAT MENGHINA DAN MENTERTAWAKAN BAHASA SENDIRI-

    BalasPadam
  60. Tanpa Nama6:46 PTG

    Husin ...

    Antara Al-Gebra dengan Al-Jabar mana lagi pelik?

    BalasPadam
  61. Tanpa Nama8:45 PTG

    istilah bahasa inggeris yang dimelayukan memang la kedengaran pelik atau kelakar kalau pertama kali mendengar atau menggunakannya. tapi jika setiap hari dengar dan guna, saya fikir tak timbul soal pelik&kelakar. Contoh terdekat adalah saya sendiri yg menggunakan istilah2 teknikal & matematik dlm pengajaran & pembelajaran di dalam kelas pada setiap hari. Sikit pun saya tak rasa pelik atau kelakar dengan istilah2 yg disebut oleh pak usin. Ooopppssss jangan mara aaa pak usin!!!!!

    BalasPadam
  62. Tanpa Nama10:25 PTG

    Tak pe Sin

    Yang x setuju ni rata rata yang sokong menelentang nak mati syahid kat atas jalan.

    Kalau bapak x leh di ajar, mintak mintak biorlah anak dia boleh mendengar ajar.

    Maaflah tak cekap taip, ye lah daripada kampung dan lagipun sebab papan kekunci (keyboard)rosak.(ape kena mengena kekunci dengan key, Sin?)

    Pease

    Cepok

    BalasPadam
  63. Tanpa Nama11:10 PTG

    Salam...
    pro
    kontra
    pro
    kontra..
    pro..
    kontra..

    tak habis..
    kawan sokong juga tidak sokong,
    sokong nak bagi anak2 pandai omputih.. tak suka kalau matematik dikorbankan.. Pemimpin yg dok melalak nak mansuhkan dan pemimpin yg nak kekalkan.. tolonglah pikir cara jalan.. dok cakap ajer pandai tapi tak pandai2 selesaikan masalah.. kalau pemimpinpun sam aje bodoh dgn aku, baik aku jadi pemimpin.. dapat gaji bute sebulan RM 7000.oo... cukup la woi...
    Pada cikgu2 yg marah sangat bila dicuit sikit tu... oppp... cuba hanhpa pikir, apa pandangan org sekarng pada cikgu? Apakah org hormt macam tahun 70 atau 80 an dulu?
    dakkan?...kenapa? sebab ramai cikgu yg lagi banggang dari mak bapak murid.. kerja asal masuk mengajar ajer.. cukup bulan terima gaji.. ada jugak yg ponteng kelas.. ramai yg malas nak maju kan diri... opp.. kawan pun bekas guru jugak.. tahu sgt perangai kebanyakan guru.. ada yg rajin bersemangat tapi 4 the first 3 years mengajar.. itupun kalau yg elok sikit perangainya.. kalu tak.... tak sampai setahun lor... semangt kendur.. kenapa? pengaruh rakan2 guru yg lain.. dalam satu sekolah yg bersemangat, betul2 selalu ada improvement... tak lebih 3 org guru.. betul ka?
    then salahkan peraturan.. takleh pukul rotan murid... chess.. alasan... sepanjang kawanmengajr..kawn pukul ajer kalauyg degil.. apa nak takut.. makbapak dia datang?? pukul mak bapakdia pulak... hahahaha... lari topik jauh ni.. i'm sorry... kat amir lawak tak jadi... jadi kesimpulannya.. walaupun ramai menyokong atau membantah, tak semestinya ia ygterbaik.. dah ramai undi.. masuk final lorrr...

    BalasPadam
  64. Tanpa Nama10:48 PG

    har harh ar ..CerdikCenun...

    Betul ler kat Kg Hang orang pandai BI sebab hang ada..Hang baguih ajaq anak anak melayu lain ilmu IT and BI..

    Kat Kg orang lain tak dak orang macam Hang..jadi depa tak pandai..

    Kalau ikut Statistik..agak agak ..orang Pandai macam Hang ni ada berapa dalam Malaysia..katalah 1:10 (tu kira Tinggi la tu)..jadi lagi 9 Kg yang lain jadi Bodo BI..

    Ade pahemmm sebab apa PPSMI ni tak bagus...sebab yang Bagus macam hang tak ramai..tapi yang loklak lagi ramai...

    Tapi yang kita dok sebok sibok kata BI ni bahasa Ilmu ni buat apa...berapa persent aje orang kita yang menerjah ke peringkat Global..90%, 80%, 70%..abis kuat 5% macam Tuan Penasihat...kalau setakat 5%..tak payah pandai BI pun tak ape...

    Apapun Cerdikcenun ..aku respek hang pasal hang memang pandai..Patut hang kena kongsi pengalaman hang dengan orang melayu lain..(Ikhlas nih)

    Wassalammmm..

    BalasPadam
  65. MR.,

    aku rasa anuwar berahi al-juburi lebih pelik bunyinya

    ada unsur anu,berahi dan jubur

    BalasPadam
  66. Tabik spring hangpa semua dalam berbincang mengenai bahasa.

    Muga satu penyelesaian akan tercapai.

    Pasti semua kita sayang bahasa kita dan mahu ianya menjadi maju.

    Persoalannya bagaimana caranya yang terbaik? Adakah kita sedia menerima kekangan yang akan kita hadapi?

    Apakah yang sanggup kita korbankan demi mencapai semua sekali - kemajuan ekonomi, sosial, bahasa dan budaya, politik dan negara?

    Dalam bersatira kita berbicara.

    BalasPadam
  67. Betul tu Pak Husin al-Lempoyangi,

    Mana lah tahu diantara kita ada yang boleh mengeluarkan idea yang bernas yang kita semua persetujui. Juga didalam perbincangan-perbincangan ini akan membuat kita lebih faham akan perkara yang sebenar. Senyum, senyum juga tapi agenda yang baik tetap berjalan, inshaAllah.

    BalasPadam
  68. Tanpa Nama5:38 PTG

    bukan kayu ria tapi batang gembira

    BalasPadam
  69. Tanpa Nama5:39 PTG

    bukan kayu ria tapi batang gembira

    BalasPadam
  70. Bismillah,

    Pada sayalah, orang yang sudah menyelam didalam arena penggunaan bahasa inggeris, mungkin ada yang sudah nampak apa yang akan berlaku jika keadaan yang ada ini diteruskan.

    Apa yang sedang berlaku ialah penjajahan minda secara yang tidak disedari.

    Perkara ini adalah rumit dan perlu perhatian yang teliti. Mungkin kesimpulannya hanya akan nampak didalam beberapa tahun yang akan datang, inshaAllah. Kita tengoklah didalam peperangan minda ini siapa yang akan menang.

    Sementara itu sama-sama lah kita berbicara secara betul semuga Allah tunjukkan kita perkara yang sebenar, inshaAllah.

    BalasPadam
  71. Bismillah.

    Didalam arena peperangan , penjajahan minda adalah yang paling halus dan paling efektif. Sebelum suatu tembakan dibuat musuh sudah mengaku kalah.

    Saya bukannya menghalang seseorang itu fasih didalam bahasa inggeris. Saya juga tidak menghalang seseorang itu berfikir didalam bahasa inggeris demi untuk melengkapi lapuran yang hendak dibuat didalam bahasa inggeris. Tapi ada bezanya jika seseorang itu SENTIASA berfikir didalam bahasa inggeris, SENTIASA bercakap didalam bahasa inggeris, malah SENTIASA perasaannya didalam bahasa inggeris.

    Orang yang demikian bolehkah dikatakan sebagai melayu? Jikalau seorang dalam sejuta mungkin tidak memberi kesan yang kuat. Tapi jika ada seratu ribu apa nak jadi?

    Misalannya; Seseorang itu keluar pejabat untuk makan tengah hari, dia berkata didalam hatinya: "Hmmn, shall I have that mutton masala? That fried octopus in red hot chilli looks good!" Adakah orang ini orang melayu atau orang inggeris? Luarannya nampak melayu tapi hati mungkin inggeris?

    Ada pernah dengar tak orang yang masa nak mati bercakap yes, yes, no,no? Masa nazak pun speaking. :). Kalau akhir kalamnya berkata " I bear witness that there is no god but Allah and I bear witness that Muhammad is the messengger of Allah", mungin boleh di terima oleh Allah swt. Tapi persoalannya ialah dimanakah kemelayuan nya?

    Mungkin ada yang berkata "Ahh persetanlah dengan kemelayuan itu. Yang penting ialah dunia dapat, akhirat pun dapat"

    Hmmn...

    BalasPadam
  72. bingai mmg transelit satu-satu....

    cthnya:

    the tyre has no flower.

    throw big water...

    semua anak mek salleh jadi saintis ke kek sano nun?

    muahahahahahha

    mmg syok sendiri...

    BalasPadam
  73. anak india dan cina blajar math n sci dlm bahsa ibunda,

    anak melayu kasi belajar dlm bahasa penjajah....

    budak melayu kek kg nak paham math n sci satu hal, nak paham Bi satu hal

    BalasPadam
  74. mari belajar bahasa Inggeris
    mari menonton clip di URL ini
    http://www.youtube.com/watch?v=aoRD1wmvwUc&feature=related

    BalasPadam
  75. Tanpa Nama12:47 PTG

    "Oh, Indian people who live in Malaysia and also a Muslim, can I have fat rice and pull tea please ? Put more condiment sautee okay."

    "Mamak, nasik lemak dan teh tarik satu. Letak sambal tumis lebih ok."

    http://pemikir.blogspot.com/2009/03/ppsmi-pendirian-saya.html

    BalasPadam
  76. Tanpa Nama12:48 PTG

    "Oh, Indian people who live in Malaysia and also a Muslim, can I have fat rice and pull tea please ? Put more condiment sautee okay."

    "Mamak, nasik lemak dan teh tarik satu. Letak sambal tumis lebih ok."

    http://pemikir.blogspot.com/2009/03/ppsmi-pendirian-saya.html

    Pakdi
    http://pakdi.my

    p.s. ana lupa letak nama dalam komen pertama.

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.