Malaysia bersedia hadapi H1N1 dari luar
SHAH ALAM 16 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pemeriksaan terhadap penumpang di pintu masuk negara, terutamanya penerbangan dari Amerika Syarikat dan negara lain yang dilanda wabak influenza A (H1N1), diperketatkan.
Malaysia perlu mengambil tindakan yang sangat rapi bagi mengekang serangan penyakit itu daripada menular ke dalam negara, katanya.
Beliau berkata, pemeriksaan rapi itu perlu kerana mereka yang tiba dari negara yang dilanda dengan wabak itu mungkin menghidap penyakit itu tanpa diketahui oleh mereka. (Dari sini)
Walaupun negara ini diisytihar bebas daripada wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) namun rakyat dan agensi kerajaan terbabit perlu terus berwaspada, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, ia termasuk meneruskan pemeriksaan di semua pintu masuk ke negara ini dan membuat pemantauan terhadap lapangan terbang bagi memastikan penyakit tersebut terus dibendung. (Dari sini)
Lebih 150,000 warga Johor yang bekerja di Singapura diingatkan supaya meningkatkan tahap penjagaan kesihatan mereka bagi mengelak daripada dijangkiti selesema babi berikutan kes pertama influenza A (H1N1) dikesan di negara itu semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia, M. Asojan berkata, penjagaan kesihatan berkenaan termasuk sentiasa memakai penutup mulut semasa berada di negara republik itu. (dari sini)
Ancaman wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1) di Malaysia belum lagi sampai ke tahap yang memerlukan proses saringan dilakukan ke atas semua pengunjung di pintu-pintu masuk utama seluruh negara.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Ramlee Rahmat berkata, pada masa ini proses saringan membabitkan pengunjung dari negara yang dikesan kes jangkitan virus itu atau menaiki penerbangan dari negara terbabit.
"Proses saringan yang kita lakukan adalah mengikut tahap tertentu dan berdasarkan nasihat yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya. (dari sini)
AWAS:
Wisma Putra dan KDN telah membenarkan seorang pelawat bertemu dengan pemimpin-pemimpin negeri selama 8 hari. Pelawat ini dijangka akan melepasi sistem saringan.
Bagi mengelakkan orang ramai dari dijangkiti pelawat yang merupakan sumber penyakit H1N1, rakyat Malaysia harus memakai tutup muka minggu ini. Untuk mengetahui siapa pengunjung ini, sila ke pautan sini.
Sin,
BalasPadamKo ori ke?...bini ko bagitau ko pun tak ori dari first night..tak power lagi....
haha. ada-ada la lu ni sin.
BalasPadamhttp://writtenbyhim.wordpress.com/
Salam, setuju sangat, H1N1 ni sangat bahaya...dia jumpa Sultan Azlan Perak utk pujuk bubarkan DUN ka?
BalasPadamsalam bro
BalasPadamH1N1 yang nak datang ni mungkin org muda tak berapa kenal.
Harap-harap ini lawatan terakhir sebelum dia kojol. Dia nak jumpa Lim Guan Eng je bro. Entah-entah nak ajar LGE taktik bagaimana Singapura berpisah daripada Malaysia 1965 dulu. Agak-agaknya la bro.
Lepas ni Najib pegi Singapura boleh buat perjumpaan dengan pemimpin2 Melayu - Islam Singapura la ye..... hehehe
LKY datang - Kena pakai N95 mask
BalasPadamKalau Chin Pi-G datang semua kena pakai space suit.
Ini bapak virus lebih bahaya dari selsema babi
BalasPadamJangan takutlah, Virus H1N1 takut nak resap komunis ni.
BalasPadam