Selasa, Jun 09, 2009

Pertandingan keberanian antara sayap-sayap pemuda

Kerajaan telah mengadakan satu pertandingan keberanian antara sayap-sayap pemuda PAS, PKR dan UMNO di satu gerisen askar. Oleh kerana, ada ketua-ketua sayap baru, maka tujuannya adalah untuk berkenalan dan secara tidak langsung, mengurangkan ketegangan antara parti.

Nik Ajis, Nuar, dan Najib dijemput datang dan terlibat. Dalam acara pertama, ketua-ketua sayap akan diberi arahan dari ketua mereka dan mereka akan diukur keberanian.

Tok Guru Nik Ajis sebagai orang tua diberi penghormatan jalan dulu. Dia memanggil ketua sayap pemuda PAS baru, Al Ustaz Nasaruddin Hasan Tantawi. Amboi panjangnya nama. Kita panggil Nasa saja lah.

"Nasa, mu maghi sini. Tok gughu nok ghoyak."

Nasa pun datang dengan akur. Dalam PAS, Tok Guru memang diberi penghormatan sangat tinggi. Jangan sesekali persoal Tok Guru, nanti dapat surat kajang 50 soalan.

"Pisto ake ditembok ke aghoh mu. Tangkak pelughu tu."

"Ambo siak sedio doh, Tok Ghuru," Jawab Nasa.

Walaupun Nasa ni jenis Pak Lebai dan tidak menyerlah semacam Salahuddin Ayub, yang menjadi Ketua Pemuda tiga penggal, latihan PAS menjadikan pemuda mereka berani dan bersedia. Lihat hebatnya Unit Amal.

Pistol ditembak tetapi tak dapat tangkap. OLeh kerana terlalu dekat, peluru terkena bahu Nasa. Cedera dari tembakan itu.

Nik Ajis tengok kepada Nuar Berahe dan Najib dan mengatakan, “Mu lihak ketua pemuda Pah. Beghani nok tangkak pelughu."

Najib beri penghormatan kepada Nuar Berahe, yang pernah jadi bos dia dalam Pemuda UMNO, jalan dulu. Maka giliran Nuar pula.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) adalah Shamsul Iskandar. Memang berani orangnya. Mana-mana demonstrasi mesti nampak dia di hadapan dan beri ucapan.

Muka nampak garang tetapi secara peribadi, sopan dan lembut orangnya. Mungkin itu yang katanya dia terkencing dalam seluar menghadapi pemuda UMNO Melaka. Mereka bertembung di balai polis Melaka selepas AMK membuat laporan rasuah terhadap Ali Rustam. Tak apa tetap berani.

Nuar nak tunjuk pada Tok Guru dan terutama sekali Najib, betapa beraninya Shamsul. Dia memanggil, "Askar maju sini."

Ketua pemudanya dipanggil askar. Anak pakai sistem militeri dari RMC. MCKK takda. Shamsul menjawab, "Siap Jeneral."

"Tangkap peluru dari RPG yang saya akan tembak," Nuar beri arahan. Puh ... pakai RPG. Mestilah lebih terer dari Nik Ajis.

"Siap Jeneral," Shamsul menyahut. Sungguh disiplin. Nampak tak disiplin cuma di mata polis kerana buat demonstrasi.

Peluru meluncur cepat. Shamsul dapat menangkap tetapi peluru meletup dan hilang tangan kanannya. Tanpa terkejut, Nuar menoleh kepada Nik Ajis sambil menjeling ke arah Najib dan berkata, "Ketua sayap pemuda saya berani dan dapat tangkap walaupun cacat anggota. Ini menunjukkan saya pemimpin yang layak jadi PM."

Giliran Najib akhir sekali. Ketua Pemuda UMNO kita tahu adalah Khairy Jamaluddin. Dia dulu sensitif tetapi sudah jadi berani. Pandai bercakap, berstrategi politik dan belajar Oxford.

Satu tokoh berpotensi yang punya cara mentaksubkan pengikut. Sampai pengikut boleh kata hanya Khairy boleh realisasikan penyatuan UMNO dan PAS. Presiden, Timbalan dan Naib pun tak boleh.

Najib melentik mata. Khairy pun mahu menang maka dia sanggup tunjuk taat setia. Lalu dia datang ke pada Najib dengan cara begitu penuh disiplin.

Melihat apa terjadi pada Nasa dan Shamsul, Najib ingat ini peluang untuk hapuskan pengacau ni. Dia tukar rancangan asal dan memberi arahan baru, "Seberang ladang periuk api dengan berlari cepat!"

Khairy tahu Najib niat nak cantas politiknya. Dia enggan, "Tidak mau, Dato Seri!"

Najib terkejut mendengar keenganan dan perintah lagi, "Seberang cepat!"

Khairy tetap berdegil, "Tidak mau, Dato Seri!"

Lalu Khairy terus lari. Najib rasa malu. Dalam hatinya menyebut, memang jenis tak dengar cakap punya budak. Dah suruh jangan main politik wang, dia tetap main.

Dia pun menoleh ke arah Nik Ajis dan Nuar lalu berkata, "Lihat Ketua Pemuda UMNO, dialah paling berani. Perintah Presiden langsung dia tak turuti."

Menanglah sayap pemuda UMNO. Najib pun pulang bawa tropi.

Tengah-tengah dalam perjalanan pulang, Najib terima panggilan di talipon bimbitnya. Diangkat dan letak ditelinga. Kedengaran suara wanita tua berkata, "Hoi Najib! Apa kau nak bunuh anak omak ..."

Mak KJ talipon. Ingat berani.

29 ulasan:

  1. Hasnah Tempeleng8:41 PG

    Tak caya tanya kak pidah. Teruk dia kena call.

    BalasPadam
  2. korang semua jangan bantai KJ, dia baik sebenarnya, cuma terpengaruh dengan Anwar. Anwar balik Sg Buloh, kery akan jadi baik.


    ps-kalau Anwar ketua Pkr, KJ ketua pemuda PKR kan cantik...hehe.. tak baik, tak baik.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama9:24 PG

    Sin, yang kau tulis lari seberang periuk api buat apa. Panjat pokok dan tembak macam beruk la.

    BalasPadam
  4. Anak Bapa9:44 PG

    Kekeke ... dia berani pasal anak omak. Mmg ramai cerita.

    Sapa2 penulis atau org kenamaan, komen tak baik pasal kj, kj akan britau mak dia.

    Mak dia akan maki hamun dan sumpah seranah orang itu.

    Anak omak, anak omak ... cayang anak omak.

    314 donga cakap omak atau anak omak?

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama9:48 PG

    salam bro,
    Gua rasa ni artikel lu paling mantap tahun ni. Wakaka..

    BalasPadam
  6. Masyaallah...RPG bang nuar banyak besar ka ente? Samnggup budak gemuk tu menyambutnyer....lenkali tonggeng jer, baru tak hilang tangan...hilang teruna jadi la!

    BalasPadam
  7. salam bro...
    anak omak???
    hu hu hu.....

    udang punya projek apa cerita???
    omak punyo tu!!!

    BalasPadam
  8. DEMI KEPENTINGAN ISLAM DAN KEMAJUAN UMMAH.....

    BERSATULAH

    BalasPadam
  9. Kau ni Husin. Tersedak daging kambing yang teman makan. Kelakar gilee ...

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama3:22 PTG

    yang lawan KJ lagi berani, anak bapak.Dah dapat kerusi kabinet, hilang terus aura.

    Cokey.

    BalasPadam
  11. Husin Lempang3:23 PTG

    kih kih si wenger jadik bahan lawak. Ambik Ngkao!

    BalasPadam
  12. krakatoa5:25 PTG

    Anwar dan KJ tak boleh duduk sebumbung, dua-dua bijak laksana --jadi satu kapal dua nakhoda.

    BalasPadam
  13. Pro-Khir Toyo6:43 PTG

    Cokey

    Lu jgn mainkan arwah bapak bos gua.

    Hehehe ... saja nak kenakan budak KJ

    BalasPadam
  14. Pusat Perkhidmatan HL6:49 PTG

    Y.B. Dato' Dr.Mohamad Shahrum bin Osman (PKMPL)

    Ini nak bersatulah. UMNO, PAS dan PKR boleh bertanding sukan.

    Si KJ aja yang tak nak bersatu. Dia asyik macam budak manja tak boleh disuruh dan asyik repot balik kat mak dia.

    Bila dia menang, semua dia punya. Tak nak share-share.

    Anak omak betul.

    BalasPadam
  15. Salam. Ramai juga blogger BPN beri komen pada posting ini, tak nafi kerana menarik dan mungkin lawak terbaik tahun 2009 ni. Sindiran panas dan pedas, faktanya ada dan nyata, kalau ada undi sms memang sah menang. Tabik hormat kepada Pak Husin ~ bRAVEhEART

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama10:35 PTG

    Tuan Haji Husin Yang Bijaksana,

    Anak eden Shamsul boleh scholarship GLC untuk belajar di Trinity College, Oxford september nih. Lopas baco blog kau, den talipon pengerusi yayasan tuh, kansel. Den suruh anak den masuk UiTM. Law School je November nih.

    Haji Salleh
    Juaseh, Pilah

    BalasPadam
  17. Panjang akal DSN bro, Haaa..haaa

    BalasPadam
  18. Apa punya bodoh blog ni, bodoh mengalahkan unta daaa..

    BalasPadam
  19. salam bro,

    Kalau nak membaca sambil bersantai datanglah selalu kat blog bro Husin ni. Boleh lepas tension....

    Tima kasih bro...tulis lah lagi...

    BalasPadam
  20. Dolah: KJ ni rajin...saya tanya noni..mana KJ..dia kata lari balik kampong jumpa omak dia..

    kahkahkahkah

    BalasPadam
  21. Tanpa Nama11:22 PG

    Yang Pas , "cucu tok guru" , Yang Umno , "anak omak" , Yang PKR tu "I cucuk U "

    Merrybj

    BalasPadam
  22. daun kering8:20 PTG

    Husin... omak KJ orang Penang bukan orang N9

    BalasPadam
  23. Stopa Ali kate Harakh hebat, ada iklan ubat kuat....

    tapi najib kata akhbar umno lagi kuat, siap ade iklan Sukan TOTO.

    mmg tak takut Tuhan...

    heheheheh...

    BalasPadam
  24. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  25. tuan husin ni elok daftar masuk raja lawak kompom i sms u...byk2. ni lah melayu tulin nak sampaikan mesej tak main direct..belapik lapik..walau pun aku yg tak penah belajar sastra pun faham hehehehehe.kalu jadi laki genti tak payah beli beras..dengar cerita dia pun dah kenyang manjang.

    BalasPadam
  26. Tanpa Nama11:03 PG

    kah kah kah KJ mmg main duit! mmg lah pandai dr oxford tp kalau main kotor baik tak payah.

    BalasPadam
  27. Tanpa Nama3:29 PTG

    kahkahkahkahkah..sesuka hati..lawak2..

    -reda

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.