Isnin, Ogos 31, 2009
Nak puasa mesti tahu mengucap
Hari minggu, ana pulang ke kampung untuk berpuasa bersama dengan ayah dan ibu serta menziarah nenek yang sudah 90 tahun. Wow!
Bila di kampung, ana dan isteri bukan buat apa. Hanya seronok menghabiskan masa bersembang dan makan-makan dengan kaum keluarga dan anak-anak saudara yang lincah-lincah kerana menggunakan bateri Duracell.
Ana suka tanya anak-anak saudara pencapaian masing-masing dalam berpuasa. Dari yang diberitahu ayah dan ibu mereka, Alhamdulillah setakat enam tujuh hari, semua rekod cemerlang, gemilang dan terbilang. Tak adalah ana bahan untuk sakat mereka.
Sebagai Pak Long, tanggungjawab ana adalah mengusik dan menyakat mereka. Nangis pun tak peduli. Pasal dia orang tau Pak Long suka gurau, mereka dah tak tau menangis. Ikut bergurau dan tersengeh suka.
"Azmil, puasa tak?"
"Puasa. Dah enam hari tau."
Ana pun tanya, "Bagus. Kalau masuk bilik air, tutup pintu."
"Kenapa Pak Long," Azmil bertanya.
"Supaya orang tak nampak kamu minum air dalam bilik air. Betul tak"
Azmil tersenyum tapi dia jawab, "Taaaak."
Mungkin dia tak minum tapi budak tak tahu menipu.
Habis mangsa pertama, Pak Long cari mangsa kedua, adik Azmil bernama Azhar.
"Azhar puasa tak?"
"Puasa," pendik saja jawapan Azhar. Memang dia tak berapa cakap banyak sangat. Budak ni memang lurus bendul. Betul dia puasa. Baru darjah satu tu.
"Betul ke puasa," Pak Long mula sakat.
"Betul," jawab Azhar.
"Orang puasa tak boleh tinggal sembahyang. Azhar sembahyang tak?" Ana sakat.
Tersenyum Azhar serba salah. Alah budak darjah satu baru nak belajar sembahyang dengan ikut bapak dia.
"Tak apa, Azhar tak wajib sembahyang. Pak Long nak tahu awak orang Islam tak. Kalau tidak, puasa tak dapat pahala. Cuma lapar dan dahaga saja.
"Cuba mengucap."
"Entah." Azhar tak tahu apa itu mengucap.
"Ashaduallah ... Azhar," sibuk si Azmil pertahan adiknya. Pandai dia defend adik dia. Selalunya dia yang cepuk adik dia.
"Ashadu allah ilaha illah ... Muhammad rasulullah."
"Wah bagus. Sah Islam heh heh heh," suka ana.
Mana mangsa aku satu lagi. Ha ... si Fahmi tersengeh-sengeh ditepi.
"Fahmi puasa tak?"
"Puasa. Sembahyang ikut abah," dia dah jawab sebelum ditanya. Fahmi darjah satu dan tengah mula-mula belajar puasa macam Azhar.
"Fahmi orang Islam tak? Kalau tak, puasa lapar aja."
"Islam," pendik dan yakin Fahmi jawab.
"Kalau Islam, cuba mengucap?" Ana cabar dia.
"Emmm ... emmm ... " Dia terkial-kial. Ini ada can ana ejek nanti. Nak panggil dia anak angkat. Sakat Pak dia sebenar Hindu bati Caves.
Melihat adik dia akan kena sakat dengan Pak Long, kakaknya Farhana ajar adiknya, "Fahmi, bang. Fahmi."
Terus dia bang. Selamat dia kerana ada pengucap.
"Cuba Pak Long pulak mengucap ...," tiba-tiba ada suatu suara dari seorang anak saudara yang susah nak diingat namanya.
"Pak Long terlupa la ... Tolong ajar."
"Ha ha ha ... dia pun tak tahu," ramai-ramai anak-anak saudara mengajuk.
Azmil dari jauh menjerit, "Alah! Pak Long masa kecik dulu minum dalam bilik air masa puasa."
"Ha ha ha ... " Ramai-ramai mereka ketawakan untuk sakat ana balik.
Popular Pak Long dengan anak saudara. Masa ketawa Pak Long suka. Bila menangis, pergi cari mak bapak kau.
masa kecik puasa yang yok.
BalasPadampagi pagi bukak periuk
dah besar puasa yok yok
tengahhari beli nasi sorok-sorok
bab puasa, semua tekun. bila sembahyang, ambil lewa.
BalasPadambab sembahyang raya, bergaya gila-gila. bila jummat, tuang saja
Di orang kira puasa setahun sekali , tapi sembahyang selalu hari hari , kalau tingal puasa kena ganti , tapi bab tinggal sembahyang , tunggu dan nanti ....
BalasPadamSelamat berpuasa .
Merrybj
seronok baca kisah husin sakat anak buah. bulan-bulan posa jangan 'sakat' bini, tau..LOL
BalasPadamPuasa dan beraya tapi tak solat, itulah Islam plastik.
BalasPadamRascal
sekali pak husin kiye ni layan blues da.....
BalasPadam-mr manson-
hahahaha!selamat berpuasa dan menghabiskan puasa.
BalasPadamniza
Rascal
BalasPadamKau tau mengucap tak?
Siapa nabi kamu?
Jgn cakap nik aziz. Murtad tau ...
seorang murid bertanya kalau di kutub utara yg 6 bulan siang dan 6 bulan malam camna nak puasa?? takkan puasa 6 bulan baru buka?? tolong bagi jawapan...
BalasPadam