Ahad, Ogos 30, 2009
Selepas Terawih di Shah Alam
Sejak Jumaat, cerita perarakan yang menjinjing kepala lembu di Shah Alam menjadi perbualan sana sini. Perbincangan lepas terawih berkisar mengenai perkara itu.
Leman: Pening aku pikiaq cerita kuil Hindu ni. Kuil mereka dibina cara haram. Nak dialihkan setuju. Bila nak roboh depa marah. Time nak dibina macam-macam cekadak. Mat Hindu ni betoi banyak lemak.
Rahman: Inilah duduk negara majmuk. Dalam melakukan sesuatu, semua perlu diimbangkan. Jangan main cakap dan jangan main janji. Pihak minoriti nak dijaga. Dalam nak jaga hati mereka, majoriti jangan diketepikan. Tak boleh buat tindakan gopoh.
Leman: Kalau ikut cara dulu, urusan bina Masjid dan rumah ibadat di bawah kerajaan negeri. Rumah ibadat bukan Islam diletak urusan Setiausaha Kerajaan Negeri. Dipertimbangkan berdasarkan keperluaan dan justifikasi. Lani di letak bawah ahli politik dan orang India pula. Mesti dia dok pikiaq pasal bangsa dia. Campur saja orang politik susah jadinya.
Rahman: Bila SUK Melayu, mereka tak puas hati dan mengandaikan telah didiskriminaikan. Exco India, dia tak ambilkira sensitivit Melayu. Dia hanya cepat menuduh minoriti di diskriminasi.
Fakri: Nak pertingkatkan kemudahan rakyat kenalah dibangunkan kawasan. Bila ada kuil dan setinggan, jadi rumit. Yang buat susah dulu, aktivis-aktivis dan pembangkang dok bela mereka. Bila mereka berkuasa, kena tunaikan apa yang dulu dijanji.
Rahman: Bila dah perintah, baru tahu rumitnya mentadbir. Tengok Penang. DAP yang konon pejuang setinggan dan Kampung Baru pun tak boleh urus isu Kg Buah Pala. Dulu dibela kuil-kuil haram, ego punya pasal mereka tak mahu akui dah betul diletakkan di Seksyen 22. Padanlah muka, bila nak memandai pindah ke Seksyen 23.
Leman: Masaalah ini tak akan selesai. Selagi ada pokok besaq, depa mesti nak bina kuil.
Fakri: Kalau masaalahnya tak boleh letak bawah orang Melayu atau orang India, letak tanggungjawab bawah exco Cina. Kalau isu kuil adalah pasal depa suka bina mana-mana ada pokok besaq, aku dah ada jawapan.
Leman: Macam mana Fakri?
Fakri: Dari diletakkan bawah Dr Xavier atau Dr Hasan Ali, kita letakkan bawah Elizabeth Wong.
Rahman: Tapi rumah ibadat bukan portfolio dia?
Fakri: Dia jaga alam sekitar.Minat dia mengekalkan pokok, hutan dan hijau-hijau. Kuil berkait rapat dengan pokok besar. Hutan yang banyak ada pokok besar. Dapat kita asingkan masaalah kuil dengan perbandaran.
Leman: Betoi juga. Kita dah lihat Eli Wong berhutan. Sediakah Khalid benarkan Eli Wong menjaga masaalah orang Hindu.
Rahman: Rasa boleh. Orang Melayu beri dia masaalah. Dah masa dia tukar selera.
Leman: Kalau orang Hindu nak kuil di rumah mereka, macam mana?
Fakri: Bab tu aku tak pikir lagi … susah nak cari jalan penyelesaian, ya?
Rahman: Seorang perlu dipertanggungjawabkan. Dia mesti mendapat kepercayaan dan keputusannya meyakinkan hingga tidak perlu dipertikaikan.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamCik Hussein Lempoyang aku sudah risau mengenai gambaran negara di masa depan. Dengan gaya politik kita aku rasa apa yang berlaku dan wujud di Indonesia akan beralih ke negara ini pulak. Aku tidak tahu bagaimana formula untuk mengatasinya. Kuncinya terletak kepada orang politik kita. Salam MSO.
BalasPadamAku rasa eli mesti meronta ronta hendak potfolio tu..
BalasPadamIni peluang baiknya untuk menabur jasa dan bakti dengan hindu pulak..surong tarik dengan hindu memang panas sikit tapi eli perlu selera baru.
Ganas dan lemas...eli pasti mampu tanganinya.
Salam Merdeka,
BalasPadamMenjelang 31 Ogos, wajib tonton 1957 Hati Malaya.
http://nasionalis1982.blogspot.com/2009/08/menjelang-31-ogos-wajib-tonton-1957.html
Tuan Usin,
BalasPadamEli mmg sesuai dengan portfolio hutan2 ni...pelihara hutan.hehhehe
eli pernah berhutan ye..heh..double meaning ni...
BalasPadamtgh2 pose ni tetibe teringat beberapa gambar yang pernah aku dok carik dekat intenet beberapa bulan lepas pasal eli..astaghfirullah..
puasa..puasa..puasa
-redazun!
Assalamualaikum Sing,
BalasPadamBetul kata MSO, politik kita dah tak keruan. Jika jadi seperti Indnesia, maka habislah kita..kemana pulak org2 kita nak menyeberang nanti!.
Btw, kita kena bagi pujian kepada Pak Dollah dan PUNAISIHATNYA seperti Tun Musa yang dok memulakan gagasan liberalisasi tanpa pimpinan dan sekarang disukai pula oleh PM nampaknya. Moga PM baru kita sedar akan hakikat bahawa SESUATU PERLU DIUSAHAKAN BUKAN SEKADAR BERSLOGAN. Wallahuallam.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamTiba masanya PM melaksanakan pemerintahan dgn tegas dan cepat bertindak terhadap golongan yg cuba membakar api kemarahan bagi mencabar kerajaan yg ada.
BalasPadamtak guna bersikap terbuka sekiranya akhirnya merugi dan memusnahkan negara..virus tinggalan paklah amat bahaya dan hendaklah dihapuskan sama sekali..
POPIA
salam alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
BalasPadamAHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN!!!
MARHABAN YA RAMADHAN!!!
MALAM KE SEPULUH RAMADHAN!!!
MALAM SEPULUH PERTAMA TERAKHIR RAHMAT ALLAH UNTUK HAMBANYA!!!
DAN SALAM MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamSalam Ramadan Hussein,
BalasPadamAKu saja nak tanya, awat gomen Singapore boleh kawal perkara sensetive macam ni. Bila depa nak ubah kubor depa ubah saja tak kira kubur Cina, Melayu/Islam, India dan lain-lain. Tak sapa berani merusuh pun. Bagi aku gomen kita memang LEMAH!
Tapi One Nation yang dilaksanakan indonesia berjaya menyatukan lebih 200 bangsa mereka menjadi satu bangsa Indonesia yang tinggi tahap nasionalisme nya.Hampir semua negara berjaya tapi kita baru nak bermula.
BalasPadamAnak merdeka
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam