Jumaat, Januari 01, 2010
Harapan Sebenar 2010
Setiap tahun baru, kita buat resolusi untuk pertingkatkan kita. Resolusi dibuat untuk target pencapaian tahun 2010.
Ahli-ahli politik pun ada resolusi tapi ia menyembunyi harapan sebenar. Mari kita selami resolusi dan harapan sebenar mereka berikut:
Dato Seri Najib Tun Abdul Razak
Resolusi: Mengajak negara bangkit lebih ampuh
Harapan Sebenar: Hai ... apa lagi fitnah untuk tahun 2010. Tengah sabar ni ... menunggu masa untuk bangkit.
Dato Seri Anwar Ibrahim
Resolusi: Tahun yang lebih baik buat semua dan negara
Harapan Sebenar: Harapnya tahun ini aku naik jadi PM. Apa lagi aku trick aku tak guna nak jadi PM.
Dato Seri Nizar Muhammad
Resolusi: Dikembalikan hak rakyat Perak untuk memilih kerajaan pilihan
Harapan Sebenar: Nak balik jadi MB Boneka
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Resolusi: Teruskan usaha untuk membantu PM dalam mempertingkat kehidupan rakyat
Harapan Sebenar: Terus berjaga-jaga. Perempuan mana pulak Anwar akan fitnahkan aku? Masa Najib TPM, dia kena dengan Altantunya.
Dato Seri Hishamuddin Husein Onn
Resolusi: Akan lebih tegas dalam meningkat keselamatan dalam negeri dan keselamatan rakyat
Harapan Sebenar: Akan lebih tegas agar cepat menjawab bila ditanya umur.
Datin Seri Rosmah Mansur
Resolusi: Mempertingkatkan keupayaan anak-anak kita
Harapan Sebenar: Takyahlah aku nak kena talipon editor untuk kasi publisiti untuk program Permata aku
Lim Kit Siang
Resolusi: Keadilan sosial dan amalan demokrasi untuk semua rakyat.
Harapan Sebenar: BN saja amalkan kebebasan bersuara dan akhbar, DAP tak perlu amalkan.
Dato Noh Omar
Rosolusi: Berkhidmat membantu orang miskin
Harapan Sebenar: Masya Allah ... banyaknya orang miskin bawah RM1,000 minta beras. Kalau tak ambik balik Selangor, lagi besar perlu peruntukan untuk SUBUR.
Dato Seri Nik Aziz Nik Mat
Resolusi: Negeri Kelantan yang aman dan damai
Harapan Sebenar: Macam mana nak hadapai keadaan sekarang yang orang dah berani lawan aku dan pihak lawan dah berani bantai aku.
Dato Shahrizat Jalil
Resolusi: Memantapkan Pergerakan Wanita UMNO dan kebajikan rakyat
Harapan Sebenar: Memantapkan diri lebih dari Ashwarya Rai supaya baru dapat menarik perhatian Dato Sahak.
Dato Ahmad Maslan
Resolusi: Memperbaiki sistem penerangan untuk dapat mendekati rakyat
Harapan Sebenar: Aku dah tak larat asyik tidor rumah orang lagi ...
Dato Haji Hadi Awang
Resolusi: Meneruskan kesinambungan perjuangan parti
Harapan Sebenar: Ya Allah ... Cepatkan Nik Aziz ni nak mati. Asyik mengacau kerja aku saja.
Nasharuddin Md Isa
Resolusi: Membantu presiden parti menguatkan parti
Harapan Sebenar: Amin ...
Dato Nazri Aziz
Resolusi: - Nil -
Harapan Sebenar: Aku apa peduli? Nak gaduh? Boleh ...
Dato Husam Musa
Resolusi: Memastikan Kelantan dapat balik royalti yang dijanji
Harapan Sebenar: Ya Allah panjangkanlah umur Nik Aziz. Inilah nyawa politik ku. Tapi jangan pula kasi dia kuat dan sihat. Sampai bila nak tunggu jadi MB
Khairy Jamaluddin
Resolusi: Memberi tumpuan untuk memperkuatkan Pemuda UMNO dan jaga kawasan
Harapan Sebenar: Omak ..KJ nak jadi Menteri. Maleh den buek kojo-kojo ni. Camno nak jadi PM sebelum 40?
Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Resolusi: Menguatkan pertahanan negara
Harapan Sebenar: Menguatkan pertahanan politik sendiri. Aku bakal nak kena pancung. KJ kena tolong aku, dan aku tolong KJ.
Datin Seri Wan Azizah
Resolusi: Melihat kejayaan PKR dan PR untuk menerajui kerajaan
Harapan Sebenar: Kalau tidak, habislah suami ku merengkok di Sg Buloh kerana liwat
Azmin Ali
Resolusi: Terus berjuang untuk memastikan kuasa rakyat yang hakiki
Harapan Sebenar: Hai ... kena reformasi lagi. Kekasihku nak masuk balik. Aku pun nak masuk balik.
Husin Lempoyang
Resolusi: Wow! Jual orang lagi untung dari jual unta
Harapan Sebenar: Wow! Jual orang lagi untung dari jual unta
Bung Mokhtar
BalasPadamResolusi: Jaga kesihatan
Harapan sebenar: Zizie tidak kecewa
Resolusi Nik Amalina hanya mahu ayah kembali dihormati. Harapan sebenar adalah Ariffahmi kembali semula CEO PMBK hehehe...
BalasPadamMekmek
Omar Osman (Ceupacs)
BalasPadamResolusi : Mohon semua kakitangan kerajaan bekerja kuat untuk kemakmuran negara.
Harapan sebenar : BONUS-BONUS-BONUS (kakitangan sokongan didahulukan, profesional dikemudian-kemudiankan)
Herald
BalasPadamResolusi - nak pakai nama Allah
Harapan sebenar - nak kembangkan agama Kristian
Kalau guna NAMA ALLAH mesti sujud pada Kaabah
setuju dgn cekodokmasin....NUTP plak asyik mendahulukan guru-guru bkn siswazah....
BalasPadamx school teacher (tapi tetap seorang cikgu sehingga akhir hayat)
Khalid Samad
BalasPadamResolusi: Shah ALam Bandaraya Kosmopolitan Islam
Harapan Sebenar: Lebih banyak gereja dan kuil untuk banyakkan pengundi luar bukan Islam untuk PAS menang di Shah Alam.
Khalid Kepala Lanc**
IBrahim Ali
BalasPadamResolusi: Nak berjuang melalui Perkasa
Harapan Sebenar: Mana ada jalan terbuka untuk balik semula UMNO?
Husin Lempoyang
BalasPadamResolusi: Wow! memantapkan jualan unta
Harapan Sebenar: Wow! Jual orang lagi untung dari jual unta
Ariffahmi
BalasPadamResolusi: Mencari kerja baru
Sebenarnya: Mahu kerja lama atau Setpol Nik Aziz baru
Smartlah semua komentor posting ni menyusun individu beserta resolusi masing2.
BalasPadamAda daya kreatif yang logiknya masih boleh dipertimbangkan.
Salam tahun baru 2010!
-asparagus-
Azalina Said
BalasPadamResolusi: Nak kahwin
Harapan Sebenar: Melepas Zizie kepada Bung Mokhtar.
resolusi khalid ga..ga...gap
BalasPadammengurangkan kegagapan
2010 tahun kegelapan umat Melayu dan Islam..
BalasPadamMelayu kena lelong..Husin dah siap sangkar manusia.
2010, zaman kebangkitan ..Bung Mokhtar saja yang bangkit sorang sorang
tulisan yg banyak mengutuk org lain .........sebenarnya tuan diri penulis yg penuh najis dipunggung sedang melalak-lalak dihadapan gunung.......
BalasPadamsampah.........
sampah:
BalasPadamResolusi: Mari ikut LGE,NUAR,N.ajis,Husam
Harapan Sebenar: Mari pijak muka2 YB lompat..IQ sampah kita memajukan negara
Sampah Masyarakat..
jual enjin jet lagi untung dari jual orang. wow!~
BalasPadamPAS
BalasPadamResolusi: Nak Perintah negara
Harapan sebenar: Jadi Tunggangan DAP dan PKR
PKR
Resolusi: Anwar jadi penderhaka
Harapan sebenar: Masuk semula ke Sg. Buluh
DAP
Resolusi: Bernaung dibawah idola PAP
Harapan sebenar: Republik Malaysia memperkuda PAS dan PKR
Bung Mokhtar
BalasPadamResolusi: Jaga kawasan & turun padang
Harapan sebenar: Jaga hati Zizie & kakak (oop soli, emak) mentua
& turun KL
Drpd:angsagila