Jumaat, Oktober 29, 2010
Khamis, Oktober 28, 2010
Batu Sapi elak PRK dalam PRK
SANDAKAN 27 Okt. - Pilihanraya Kecil Batu Sapi hampir tertunda apabila calon Parti Keadilan Rakyat, Ansari Abdullah terbabit dalam dua peristiwa yang hampir mencabut nyawanya hari ini.
Ketika sedang berkempen di sebuah kampong nelayan di Sandakan, Ansari terjatuh dalam laut apabila jeti kayu yang dipijaknya runtuh.
Susulan dari peristiwa yang memalukan ini, Ansari dan orang-orangnya terlibat semalam dalam satu pergaduhan dengan orang-orang Tamrin, calon yang tidak terpilih mewakili PKR di lapangan terbang Sandakan.
Kempen Ansari juga bakal berhadapan dengan masaalah dalaman PKR yang lain lantasan keputusan pucuk kepimpinan parti mengenepikan calon tempatan, Hassnar Ebrahim.
Dengan terselamat Ansari, pilihanraya kecil Batu Sapi dapat diteruskan.
Menurut satu sumber Suruhanjaya Pilihanraya, keadaan boleh menjadi rumit jika apa-apa berlaku terhadap Ansar. Kemungkinan pihak SPR perlu mengadakan Pilihanraya Kecil untuk menentukan calon untuk mewakili PKR.
Katanya lagi, insiden begini tidak pernah berlaku dan pihak SPR ada mengkaji peraturan sebaik didengar khabar angin Ansari mati jatuh dari jeti.
Ada kemungkinan PRK Batu Sapi perlu ditangguhkan untuk satu PRK dalam PRK diadakan bagi menentukan calon untuk PKR. Ini berasaskan trial within trial yang diamalkan dalam mahkamah.
Pegawai SPR bertugas memberitahu pihak SPR sentiasa sedia dengan segala kemungkinan luar biasa. Ini memandangkan parti yang bertanding adalah PKR yang sering melakukan sesuatu luar tabie. - Agensi Husin Lempoyang
Ahad, Oktober 24, 2010
Sejarah satu keluarga Cina
Ini kisah satu keluarga Cina beranak lima orang di China pada akhir tahun 1920an. Nama anak-anak mereka ialah Chu, Bu, Hu, Su dan Fu.
Keadaan negara China yang berkrisis semasa itu membuat mereka mengambil keputusan untuk berhijarah ke Ameriak Syarikat.
Untuk memudahkan mendapatkan visa tinggal, anak-anak mereka mengambil nama orang Amerika. Chu menjadi Chuck. Bu bertukar menjadi Buck. Hu ambil nama Huck.
Su dan Fu tak jadi berhijrah, lalu ambil keputusan pulang balik ke China ...
Sabtu, Oktober 23, 2010
Jembatan bosi, Jembatan kayu
Jumaat, Oktober 22, 2010
Zorro, Robin Hood dan calun orang Asli PAS
Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk menunjukkan kehebatan menggunakan senjata.
Pada peringkat bawah, ramai yang bertanding. Sampai peringkat akhir, tinggal dua saja peserta iaitu Zorro dan Robin Hood. Untuk peringkat akhir, mereka berdua tentukan sendiri pertandingan antara mereka.
Mereka berdua masuk dalam hutan untuk mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum Orang Asli yang sungguh cantik.
Mereka berdua bersepakat siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut. Lalu perempuan Orang Asli itu diminta berdiri pada batang pokok dan diletakkan sebiji epal di atas kepalanya.
Zorro pun keluarkan anak panahnya dan bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu.
Zuuupppp!!!! Terbelah dua buah epal itu. Dengan bangganye, Zorro berkata dengan bangganya, "I AM ZORRO..."
Giliran Robin Hood pulak. Dia mengambil jarak 100 meter dan dengan cepat dilepaskan anak panahnya.
Suppp!!!! Terbelah dua buah epal yang baru diletak atas kepala perempuan Orang Asli. Dengan bangganya, Robin Hood turut berkata, "I AM ROBIN HOOD..."
Sedang mereka bertarung, calun orang Asli PAS, Dr Zulkefli berada di situ. Dia merasa terhina melihat dengan senang lenang seorang perempuan kaumnya akan kahwin dengan orang luar.
Atas rasa tanggungjawab dan keinginan untuk mendapatkan undi orang Asli, Dr Zulkefli cabar kedua-dua Zorro dan Robin Hood bahawa dia boleh kalahkan kedua-dua mereka.
Lalu mereka suruh dia masuk pertandingan dan tunjukkan kehandalannya. Dia akan menggunakan sumpit dan menyumpit dari jarak 150 meter, lebih jauh dari mereka berdua.
ZZZZUUUUUPPPPP...!!!!
PPRRAAPP! Rupanya kena kepala Perempuan Orang Asli itu dan mati. Dengan selamba, calun orang Asli PAS, dr Zulkefli berkata, "I AM SORRY... .!!"
Itulah cerita Husin ambil cerita asal dari sini.
Apa-apa????!!!! Calun Pas bukan orang Asli? Kan dah janji nak letak calun orang Asli?
Aisay ... lecehlah PAS ni. Cerita dah lari. Hmmm .... I AM SORRY.
Khamis, Oktober 21, 2010
Isnin, Oktober 18, 2010
Mengail kijang mas
Beberapa bulan lepas, Rahimi pergi ke Galas untuk riadah outdoor untuk bersantai dari tension. Jangan buat apa-apa andaian ya, ini bukan Rahimi Osman yang sedang dalam spotlight.
Ini Rahimi jurutera TNB.
Diatur kawan di Kelantan, mereka dibawa melawat rumah orang Asli. Sesampai di sana, Rahimi dan kawan tanya orang Asli samada sungai situ ada ikan Kelah.
Orang Asli kata ada tapi kena sabar.
Ditawarkan orang Asli itu upah untuk bawa mereka cari ikan Kelah. DIa setuju dan dibawalak ke sungai.
Setelah sejam mereka memancing tapi tak dapat-dapat ikan. Lalu ditanya orang Asli itu, "Banyak ka ikan Kelah sini?"
Orang asli pemandu mereka yang sedang menghisap rokok daun jawab, "Kalau dulu satu jam sudah dapat 10 ekor."
"Mungkin kami belum biasa. kita cuba lagi," kata Rahimi.
Lalu mereka cuba lagi. Tapi masih tak dapat.
"Tak akan lama sangat nak dapat ikan?"
"Memang dahulu 10 ekor sejam, tapi lama-lama jadi 5 ekor sejam. Akhir-akhir ini 1 ekor sejam baru dapat," terang orang Asli itu.
"Ya kah? Pencemaran alam sekitar kah di sini?"
Diam saje orang Asli. Takut dia mahu buat komen dengan orang-orang yang dia tidak kenali.
Rahimi langsung bertanya, "Orang Asli sini tak mengail lagi ka sini?"
"Kami masih mengail."
"Apa yang kamu kail?" tanya Rahimi keseronokan ingin tahu.
"Kami kail kijang emas."
"Kail kijang emas?" Rahimi tertanya.
"Buru ikan mas ke?"
"Tak kail ..."
"Saya nak tengok." Rahimi pinta.
Orang Asli ajak mereka ke satu tempat ....
(scroll lagi bawah)
Sambil tangannya menunjukkan ke arah sesuatu, orang Asli teriak, "Itu dia kijang mas!"
Inilah nasib orang-orang Asal yang kini habitat merek sudah di cerobohi di Galas. Mana dia janji-janji. Nak dekat PRK baru nak sibuk konon tunai janji.
Rabu, Oktober 13, 2010
Mana mahu lari sekarang?
Ada satu lagi laporan polis hari ini.
Ini bukan saja sukarela kasi sondol. Dia juga orang-orang lain untuk disondol. Lagi sedap ... Lagi sedap punya cerita la. Ana mana ada main-main ini semua.
Apa lagi, larilah!
Kepala banyak pening.
Si Koyak punya cerita sudah lagi rabak. Sekarang ini pula. 14hb bicara juga.
Tak jangka Azmin lawan Khalid. Apa pula bila Zaid mahu tanding Presiden?
Galas lagi, Batu Sepi pula.
Aiyoo yooo .... mana keduataan mahu lari?
Ini bukan saja sukarela kasi sondol. Dia juga orang-orang lain untuk disondol. Lagi sedap ... Lagi sedap punya cerita la. Ana mana ada main-main ini semua.
Apa lagi, larilah!
Kepala banyak pening.
Si Koyak punya cerita sudah lagi rabak. Sekarang ini pula. 14hb bicara juga.
Tak jangka Azmin lawan Khalid. Apa pula bila Zaid mahu tanding Presiden?
Galas lagi, Batu Sepi pula.
Aiyoo yooo .... mana keduataan mahu lari?
Isnin, Oktober 11, 2010
Kenapa Lee Chong Meng tukar parti?
Lee Chong Meng masih suka bergambar dengan wanita
Dato Dr Lee Chong Meng sudah keluar parti MCA Bahagian Bukit Bintang dan masuk PKR. Ramai yang rasa terkejut tapi Husin tak terkejut langsung. Dah lama tahu dia nak lompat masuk PKR.
Berapa lama dia boleh hidup dengan rasa bersalah dalam jiwanya?
Nama Dr Lee bersinar dalam MCA kerana kerja kebajikan yang dilakukan sebagai seorang doktor.
Dia keluar parti kerana satu peristiwa yang telah mengubah hidupnya. Sejak satu peristiwa berlaku, dia tidak boleh lagi kekal dalam MCA dan tahu hanya PKR yang sesuai buatnya.
Ianya berlaku selepas PRU12. Satu petang Dr Lee pulang dalam keadaan serba salah. Wajahnya begitu muram sekali.
Sampai saja di rumah, dia terus naik ke bilik. Isteri ajak dia makan malam tapi dia kata dia tak ada selera.
Masuk bilik, dia terus rebah atas katil. Fikirannya mula melayang.
Lalu Dr Lee mendengar suara dalam kepalanya berkata, “Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang.
"Alah lihatlah Presiden kamu, Dr Chua Soi Lek ada simpan perempuan dan direkod dalam tape. Ini perkara biasa dalam MCA. Dulu ada Tan Koon Swan dengan Penny Chang.”
Dr Lee cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.
Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya, “Tak perlu bimbang, orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual antara doktor dan pesakitnya.”
Dr Lee mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih.
Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata, “Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan ...”
Doktor veterinar, Dato Dr Lee Chong Meng pun sedar bahawa perbuatannya tidak normal dan adalah luar tabii.
Maka dia tidak lagi sesuai untuk berada dalam MCA. Hanya PKR yang boleh menerima orang sepertinya.
Khamis, Oktober 07, 2010
Raya nak habis
Lepas sebulan kita berpuasa,
Sebulan pula rumah terbuka,
Bila makan kenalah berjaga,
Takut air kencing jadi air gula.
Sebulan pula rumah terbuka,
Bila makan kenalah berjaga,
Takut air kencing jadi air gula.
Banyak sangat open house pun bukan bagus pun.
Ada orang itu tak setuju terus dengan open house. Apa yang tidak kena dengan dia? Baca sini.
Rabu, Oktober 06, 2010
Syed Hamid bawa teksi
Tan Sri Syed Hamid Albar baru dilantik Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam. Selepaskan digugurkan dari kabinet, dia mengharapkan jadi Pengerusi GLC tapi belum dapat lagi.
Pencen manalah cukup. Itu yang dia nak cilok aset MAYC masuk ke Yayasan yang dia kuasai. Dapatlah masyuk sikit untuk menampung pencen.
Syed Hamid berazam untuk lakukan jawatan Suruhanjaya ini supaya adalah peluang-peluang lain. Kalau dia fail, mesti dia tidak ada peluang lagi. Banyak orang tak suka dia.
Masaalahnya dia tidak ada pengalaman langsung dalam sektor pengangkutan, terutama sekali pengangkutan awam. Pengalamannya dalam pengangkutan hanya selalu menaiki kapalterbang semasa memgang jawatan Menteri Luar Negara.
Sebaik saja dilantik, Syed Hamid bertemu Dato Nazri Aziz untuk memahami isu-isu pengangkutan awam.
Nazri yang mengharap jawatan itu agak terkilan kerana tidak dilantik. Yang dilantik pula, yang tidak tahu apa tugasan Pengerusi Pengangkutan.
"Habib ... gini aje, kau bawak teksi aku seminggu. Sekejap aje you faham masaalah pengangkutan awam.
"Aku kasi kau guna satu dari ribuan permit teksi aku. Kau cuma bayar sewa seminggu."
Nazri beri cadangan.
Syed Hamid setuju kerana cara hands-on yang membolehnya meihat sendiri masaalah pengangkutan awam. Dia terus bayar sewa untuk seminggu pada Nazri.
Masuk hari keempat, Syed Hamid dah bosan. Dia sudah faham masaalah pengangkutan awam. Tapi dia perlu bawak sampai hari ke tujuh pasal nak cover balik sewa yang dia dah bayar pada Nazri. Siapa tidak tahu Syed Hamid ini Arab yang kedekut.
Sedang dia memandu-mandu berlegar mencari penumpang, dia terserempak seorang jururawat yang rupanya macam Syahrizat menahan teksi. Segera dia berhenti dan jururawat itu masuk. Dia pandu ke tempat yang ditujukan.
Sambil memandu, Syed Hamid asyik tengok cermin belakang. Dia teringat mesyuarat kabinet pada hari Rabu. Dalam mesyuarat, dia selalu jeling-jeling tengok Syahrizat.
Selalu sangat dia jengok cermin untuk tengok jururawat itu sampai dia sedar. Dia hairan lalu bertanya, "Kenapa encik asyik tengok kat saya?"
Tersentak Syed Hamid termalu ditanya jururawat itu. Merah blushing muka dia sebentar.
Dengan rasa termalu, dia berkata, "Maaf. Tak ada apa-apa. Awak mengingatkan saya pada seorang yang saya pernah ada hati ... "
"Oh ye ke ...," jururawat itu berkata.
"Siapa dia tu?"
"Dia teman sekerja saya. Kami biasa berkawan dan berborak tetapi belum sempat saya berpeluang menyuarakan rasa hati, saya sudah diberhentikan kerja oleh majikan."
Temberang Syed Hamid.
"Rupa dia macam awak. Bibir dia pun bengkak dan cantik macam bibir awak. Teringin saya nak cium bibirnya."
Bertambah berani Syed Hamid.
"Oh begitu! Kesiannya ...
"Kalau begitu, untuk melepaskan rindu Encik, saya sedia beri Encik untuk cium saya," jururawat itu menawarkan.
Pucuk dicinta ulam mendatang. Kecil tapak tangan, nyiru aku persembahkan. Melonjak-lonjak hati Syed Hamid kesukaan.
Dalam hatinya, padanlah Nazri playboy itu nak sangat jadi Pengerusi Pengangkutan Awam. Rupanya banyak peluang-peluang sedemikian.
"Tapi Encik .... saya ada syarat. Encik mesti masih single," kata jururawat.
Syed Hamid terus mengaku bujang.
"Iya iya ... saya masih single. Walaupun saya nampak tua, saya tak pernah kahwin lagi."
Teksi itu berhenti di satu jalan sepi di Taman Tasek. Syed Hamid pergi ke belakang dan terus mencium jururawat yang rupanya macam Syahrizat selama 10 minit.
Sebaik selesai, mereka pun meneruskan perjalanan kembali.
Tiba-tiba Syed Hamid teresak-esak.
"Maafkan saya Cik. Saya merasa bersalah. ...
"Sebenarnya saya sudah berkahwin. Cucu pun dah ada."
Mendengar pengakuan pemandu teksi itu, jururawat itu pun tersenyum.
"Sudahlah Encik. Tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan. Saya juga rasa bersalah."
Sedap hati Syed Hamid.
"Saya juga bukanlah seorang jururawat...."
Cepat Syed Hamid menjawab, "Takpa ...
Jururawat itu meneruskan, "Sebenarnya saya seorang Mak Nyah yang suka memakai baju jururawat ..."
Selasa, Oktober 05, 2010
Ini perkara biasa
Sana sini akhbar dan portal melaporkan pertandingan antara Zaid Ibrahim dan Azmin Ali sebenarnya adalah pertembungan proksi antara Wan Azizah dan Azmin.
Jamilah, seorang wartawan baru portal berita Malaysia Update masih belum dapat sudut tersendiri untuk menyampaikan maklumat ini dalam laporan berita.
Dia baru keluar dari Universiti dan ini pekerjaan pertama. Sudah seminggu lebih bekerja, tapi dia masih belum dapat satu story yang ditulis diterbitkan lagi. Dia rasa tertekan kerana Jennifer, yang masuk sama dengan dia, dah dapat tiga laporan berita diterbit.
Petang Ahad dia pergi sidang akhbar Tan Sri Khalid Ibrahim, tapi Khalid tak berikan apa langsung untuk ditulis. Dia nafi Azmin mahu cantas dia di Kuala Selangor dan kata ini hanya persaingan biasa dalam pemilihan parti.
Kecewa betul Jamilah.
Masa dia duduk berseorangan di satu pojok pejabat, seorang rakan wartawan beri nombor talipon Datin Seri Wan Azizah. Dia suruh call. Terus ditalipon dan syukur Kak Wan angkat.
"Hello Kak Wan. Saya Jamilah dari Malaysia Update. Hari itu saya ada di sidang akhbar Kak Wan."
Wan Azizah jawab, "Maaf ye adik. Kak Wan tak ingat. Apa saya boleh tolong Jamilah?"
Jamilah merayu, "Saya yang baju merah jambu."
"Oh yang itu," Kak Wan buat-buat ingat.
"Saya nak mintak tolong. Saya belum dapat story lagi. Boleh tak Kak Wan tolong? Kalau tak nanti saya akan kena pecat," kata Jamilah dengan suara yang hampir nak menangis.
Kak Wan rasa kesian dan tanya, "Tanyalah Kak Wan jawab. Straight to the point. Kak Wan tengah nak mengejar mesyuarat di Tropicana ni."
"Benarkah Kak Wan menyokong Dato Zaid Ibrahim untuk pemilihan Timbalan Presiden?"
"Kak Wan sedia terima sesiapa yang ingin membantu Kak Wan sebagai Presiden. Kalau boleh, biarlah mereka yang boleh bekerjasama dan bukan beri masaalah," Kak Wan menjawab.
Gembira dia. Ini menarik kerana Nurul Izzah pun menyokong Zaid Ibrahim.
Lalu Jamilah tanya lagi, "Antara dua - Azmin dan Zaid, siapa yang lebih mudah bekerja dengan Kak Wan?"
"Azmin Kak Wan dah kenal lama. Zaid lebih matang dan berpengalaman dalam banyak serbi. Siapa dipilih Kak Wan sedia bekerja."
Ke situ pula. Jamilah dah dapat sudut yang mahu ditulis.
"Ramai menganggap Dato Seri Anwar memberi sokongan kepada Azmin apabila dia dilihat seolah-olah mengkritik Zaid Ibrahim yang terlalu keras kritikan terhadap parti. Apa pandangan Kak Wan?"
"Saya tidak lihat begitu. Dia hanya mengingatkan usah terlalu ghairah berkempen hingga menjejaskan kepentingan parti," jawab Kak Wan.
"Ramai melihat pertandingan antara Zaid Ibrahim dan Azmin seolah-olah manifestasi perselisihan antara Kak Wan dan Azmin. Apa komen Kak Wan?"
"Alah Jamilah ... ini perkara biasa saja. Don't look more than what it appears."
"Adakah maksud Kak Wan ini persaingan biasa dalam politik?" Jamilah mengulang apa yang dikatakan Khalid.
"Bukan itu maksud Kak Wan.
"Ini perkara biasa antara kami dalam hidup bermadu ..."
Isnin, Oktober 04, 2010
PAS tawar Ku Li tanding Galas?
Al kisah Husam tawar Ku Li tanding di Galas. Jika Ku Li setuju dan bertanding, PAS tidak akan letak calun. Baca di sini.