Ahad, Oktober 09, 2011

Husin Lempoyang cuti ... naik haji


Maaf Husin lama tidak berblog. Malahan bakal lama juga ana tidak berblog selepas ini kerana sibuk membuat persediaan. Betul kata Anak Merdeka sini, ana akan berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan ibadat haji.

Pengembaraan ini amat penting, Sebagai orang Islam, mengerjakan haji adalah untuk mencukupkan pengerjaan rukun Islam yang ke 5.

Antara yang penting dalam rukun haji adalah berwukuf di arafah. Initipatinya, berkumpul di padang arafah menyerupai berkumpul di padang mahsyar di hari akhirat menunggu pengadilan tuhan.

Sejuk kaki memikirkan ....

Di Arafah adalah tempat kita bermuahasabah dan menilai diri kita agar diterima Allah sebagai hambanya.

Husin berdoa dan memohon doa anda semua semuga ditunjukkan jalan yang lurus, dimudahkan untuk beribadah, diterima taubah dan lain-lain.

Mohon dijauhi dari keadaan di mana membaling di jamrah menyerupai kawan baling kawan. Nauzubika min zalik.

Insya Allah, Husin akan memohon untuk kesejahteraan anda semua, keamanan dan kesejahteraan negara dan rakyat semua.

Panjang umur kita berjumpa lagi ye ....

Labbaikallahu humma labbaik ....

36 ulasan:

  1. Tanpa Nama12:32 PTG

    alhamdulillah...mendapat haji mabrur hendaknya...selamat jalan dan selamat menunaikan ibadah..

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama2:04 PTG

    Dah berhaji nanti, eloklah hentikan cerita-cerita seks mu.

    Jangan bawa cerita blog mu ke Mekah, tau.

    BalasPadam
  3. selamat jalan bro Husin...

    jangan lupa kurma rotab utk ana.


    kalau ada dhob pun elok juga. hehe

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama5:48 PTG

    selamat beribadah

    jangan lupa bawa air botol bila
    keluar dari rumah-mahu minum banyak air bekoz haji tahun ini masih dalam late summer

    kalau kat london temperatur masih up 20+ -bahana climate change

    selamat beribadat bro..

    khong khek khuat

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama6:06 PTG

    kasi korban itu unta lah...

    BalasPadam
  6. Tok Mudim6:39 PTG

    Usin

    Ente punya pink floyd cuti jugak ka ?

    Moga dapat lebih hidayat semasa menunaikan ibadat haji ni kelak.

    dan ana doakan ente sehat walafiat dan tak kena batuk macam kelmarin sepanjang berada di sana.

    Kalau sempat update la berita ente kat sana guna handphone (bab haji saja bukan politik )

    dengar cerita najib pun buat haji musim ni.

    Ana doakan ente selamat bro

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama7:00 PTG

    Selamat jalan dan selamat beribadah, semoga mendapat haji yang mabrur

    BalasPadam
  8. Selamat menjalani ibadah haji. Semoga dikurniakan haji mambrur olehNya. Sampaiikan salam buat rasulullah bila berziarah ke Madinah.

    BalasPadam
  9. pak usin,

    betulkan nawaitu dari sini lagi, pak!

    Insyaallah, semuga mendapat haji yg mabrur...

    selamat berangkat & selamat kembali.

    salamun'alaik...

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama9:51 PTG

    WOW Pak Husin nak pegi Makkah....jangan duit hasil dari jual orang sudah le....

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama1:02 PG

    balik haji masuk pas
    trend baru
    ada yg tak kena amalan sblm ke makkah tu yg masuk pas
    kalau nak masuk pas sblm haji lagi

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama2:10 PG

    Semoga selamat pergi dan pulang kembali. Kami akan kesunyian tanpa gurauan Pak Usin.

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama10:12 PG

    Alhamdulillah, selamat jalan, selamat beribadah dan selamat pulang Tuan!

    BalasPadam
  14. Salam perjuangan..blog tuan telah sy pautkan di blog sy..minta jasa baik tuan untuk pautkn juga blog sy pada blog tuan..

    demi perjuangan alif ba ta..
    keris7lok.blogspot.com

    BalasPadam
  15. Assalaualaikum sein

    Alhamdulillah..semoga dirahmati Allah perjalanan tuan pergi dan balik dan semoga mendapat ganjaran haji mabrur insyaallah.

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama1:34 PTG

    Siapa yg banyak ketawa di dunia, akan banyak menangis di akhirat termasuk agen-agennya.

    BalasPadam
  17. Semoga mendapat hj yg mabrur Pak Hussin.semoga perjalanan lancar dan dapat beribadat dgn tenang.

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama3:28 PTG

    Sojuk hati Den.....Semuga diredhai Allah sepanjang menjadi tetamunya


    Salleh Telegu

    BalasPadam
  19. Salam Takzim , Ya Husin,

    Selamat menunaikan haji !!
    Muga dikurniakan haji Mabrur.

    Selamat Haji Husin Al-Lanpuyan !!!

    BalasPadam
  20. tahniah.. semoga semuanya berjalan dengan lancar

    BalasPadam
  21. ismet ulam raja11:01 PG

    selamat sin!~ we love u!

    BalasPadam
  22. Sarah X11:46 PG

    Pak husin minta doakan bapa saya sihat, dan famili saya bersatu, saya dapat kehidupan yang baik kelak,


    ..dan saya jadi 'biggest trader in south east asia'..

    Ni impian saya saja, belum tentu jadi, tapi kalu pak husin sudi doakan lh.. sebab ayah saya sakit diabetes, saya sekolah lg takbanyak boleh tolong.

    BalasPadam
  23. Husin di AlHaram Hotel3:14 PTG

    Rakan2

    hajat tuan2 dan puan2 ana telah lakukan

    sara x

    Ana akan doakan utk ente waktu zohor nanti, insya allah d masjid nabawi. Mudah2an dgn syufaat boss besar, rasullah, ayah ente bertambah baik.

    Dari husin di medinah yg teringin nak makan daging unta. Wow!

    BalasPadam
  24. Semoga m'dapat haji yg mabrurr tuan

    BalasPadam
  25. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  26. Tengokperati.9:36 PG

    Assalamuaalykum . Selamat menjalankan ibadah Haji Sdr Husein . Semuga mendapat kesihatan ngumpul tenaga untuk bertawaf bersa'ei,banyak minum banyak zikir banyak beriishtiqfar .InsyaAllah akan di mudahkaan segala urusan ibadah olih Allah ,semuga mendapat haji yang mabrur.InsyaAllah . Selamat beribadah haji dan selamat kembali kerumah.Wassalam .

    BalasPadam
  27. Selamat pergi dan selamat kembali, keberkatan untuk semua yang beriman. Pahala, syurga, dosa dan neraka bergantung kepada amal ibadat masing2 dan tidak bergantung kepada sokong parti mana...

    BalasPadam
  28. Tanpa Nama4:51 PTG

    selamat poie selamat balik...naik Air Asia ke or naik Mas

    BalasPadam
  29. Tanpa Nama2:56 PTG

    Semuga dapat haji mabrur tuan.

    Lepas ni taleh panggil Pak Husin dah. Kena panggil Haji Husin.

    Assalamualaikum Tuan Haji!

    BalasPadam
  30. jenab janda11:04 PTG

    Doa kan Anuar Ibrahim.
    Doakan le apa yg patut.

    BalasPadam
  31. Tanpa Nama10:04 PG

    semoga selamat pergi dan selamat kembali sin.
    isteri pun pergi gak ke sin..
    kalu isteri mu pun gi...bagus la sin..seumo hidup satu kali je gi mekah dan bila balik orang akan cakap sin lempoyang kerap benor "NAIK AJI"
    jangan marah sin..

    BalasPadam
  32. semuga semuanya selamat dan dterima semua amalan dan mendapat haji mabrur pd musim haji ini....saya doakan...pada semua jemaah haji tahun ini.....

    BalasPadam
  33. alhamdulillah, akhirnya Pak Husin dapat juga pergi ke tanah arab. harap lepas ni Pak Husin moga dapat Haji Mabrur, Pas ni nak kena kurangkan citer2 yg banyak klentong. Nanti hanya dapat Hj Malrboro jee..

    BalasPadam
  34. Saudara6:19 PTG

    HUSIN,APA YANG LEBIH PENTING SETELAH PULANG MENGERJAKAN HAJI NANTI IALAH:

    1)PERBUATAN yang lebih baik.
    2)PERKATAAN yang lebih baik.
    3)PENDENGARAN yang lebih baik.
    4)PENGLIHATAN yang lebih baik.

    kerana setiap satunya akan ditanya oleh ALLAH di mahsyar nanti. Juga mencerminkan amalan HAJI kita diterima ALLAH. Saya doakan yang terbaik untuk saudaraku Husin. Selamat Segalanya...

    BalasPadam
  35. Tanpa Nama9:52 PTG

    salam tuan hussin
    ana doakan anta selamat dan mendapat haji mabrur, amin
    washad

    BalasPadam
  36. choc-mint11:13 PG

    jelesssssnyerrrrrrrr....
    semuga seme ibadat n doa di terima Allah....amin....

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.