Sejak bertolak dari Malaysia pada Oktober 9hb, hari ini sudah kira hari ke 18 Husin meninggalkan Malaysia untuk mengerjakan ibadat haji yang mana wukuf dijangka jatuh pada hari Sabtu November 5hb bersamaan 9 Zulhijjah 1432H.
Husin sudah 9 hari berada di Mekah, selepas berada selama 8 hari di Medinah. Sepanjang masa, terutama di Medinah, Husin dan isteri hanya menghabiskan masa sembahyang lima waktu di masjid.
Mekah ada susah sikit la ... hotel jauh sikit dari Masjid. Selain itu, Husin cubalah buat ibadat sedikit, termasuk mengerjakan Umrah sunat dan tawaf, untuk menydiakan diri untuk hari wakaf dan melontar jamrah.
Sambil itu, Husin ada jalan-jalan buat ziarah sedikit. Masa di Medinah, kami di bawa ke sebuah ladang tamar atau korma. Ingin Husin berkongsi dengan para pembaca beberapa gambar.
Boleh dilihat, pokok korma tidak jauh beza dari pokok kelapa sawit. Di merata bandar Medinah, ada kelihatan pokok korma diguna menghiasi jalanraya. Kenapa kita tidak hiasi jalanraya kita dengan pokok getah dan kelapa sawit?
Macam pokok korma hidup dalam tanah gersang padang pasir? Di atas kelihatan, penggunaan sistem perairan yang mengekalkan lembap di tanah.
Di hujung ladang korma yang bernama Ladang Rashid ini, ada kedai untuk membeli korma dan lain-lain barang jualan.
Kelihatan penjual berada di tengah-tengah di kelilingi oleh barangan dagangan seperti korma, gula-gula, kacang-kacag dan kueh-kueh arab seperti halwa dan lain-lain.
Sebagamana di Malaysia, mereka yang melakukan kerja sedemikian adalah orag Indonesia.
Pelawat juga dihidangkan dengan teh arab untuk di minum di bawah redupan pohon-pohon korma.
Kelihatan gambar di bawah pelepah-pelepah korma di kumpulkan untul jadi atap seperti juga di guna pelepah kelapa di Malaysia.
Apabila kita menghampiri bas untuk pulang dan sembahyang zohor di Masjid, ada pula seorang penjual minyak unta. Penjualnya pun orang Indon.
Lain kali, ada gambar dan benda menarik akan Husin siarkan di sini.
terbaek lah husin
BalasPadamSalam Tuan Husin,
BalasPadamSelamat pergi dan selamat kembali ke tanahair nanti. Doa2kan kesejahteraan buat kawan2 di sini.
Nanti balik jangan lupa bawa itu air Zam-Zam lah. Juga bawa itu daging unta untuk bukin rendang lah. Jaga ente punya kesihatan di sana supaya boleh mengerjakan Haji dengan tenang.
BalasPadamMacam mana nak berkelah bawah kelapa sawit bukan boleh makan macam tu je sawit tu.
BalasPadamtak naik unta ke ?
MInyak unta ... habistu Tak beli minyak dhab ?
Selamat yang saudagar unta, pulang dengan kejayaan haji mabrur.. Bukan haji terabur ya, haha, gurau ya sheikh
BalasPadamHusin dengan unta ni ibarat Najib dan Rosmah tak dapat dipisahkan.
BalasPadamBro...jangan lupa benda yang aku pesan kat hang tu bro...heheh!
BalasPadamSalam 1Baitullah tuan Husin,
BalasPadampasal hiasan di tepi sepanjang jalanraya tu.. Malaysia boleh ambil contoh dari kerajaan Arab, kalu Arab dengan pokok kurmanya maka Malaysia pula pokok durian ke, rambutan ke, langsat ke, manggis ke, cempedak ke, nangka ke..barulah pelancong terus nampak identiti sebenar Malaysia.
Ini tak, semua negeri di Malaysia buat hiasan landskap pakai pokok2 yang dibawa dari negara luar..dah lah tu, ada yg daunnya tidak rimbun..gersang pula nampak...cubalah kalau macam pokok durian atau rambutan ditanam..masa musim berbuah,,tentu ramai pelancong luar datang nak lihat sendiri macam mana buah durian jatuh dan sebagainya.. :)
seronok dengar sembahyang 5 waktu di masjid. Diharap saudagar unta meneruskan solat 5 waktu di masjid Malaysia selepas berjaya menunaikan ibadah haji.
BalasPadamTahniah...
tahniah....
Alhamdulillah... dah solat maghrib ..tahniah pak usyin menjadi tetamu Allah di tanah haram...
BalasPadampak usyin,
kalu tanam kelapa sawit tepi jalan, nnt adala yg tolong petik buah2nya @ jahanamkan pokok2 tu...
begitu jugak kalu tanam getah, adala yg akan tolong toreh2kan batangnya utk dapatkan susu & sekerapnya! maklumlah getah kan mahal sekarang ni? takkanla pak usyin tak maklum perangai orang2 & anak2 muda melayu kita, pak usyin?
bab nak minum2 teh bawah pokok2 tu pulak siksa pak usyin...tak aman punyalah sbb nyamuk banyak sgt!! kalu pasang ubat nyamuk, boleh sesak napas!!!
nak buat mcm negara orang boleh sgt cuma mentaliti kena didik dgn betul dulu...kalu tengok ka kemudahan awam yg sedia ada di negara kita ni terutama di pinggir2 bandar, banyak yg dirosakkan sesuka hati sj..
bahkan di kampung2 lg teruk...kg ambo asyik hilang sj kabel telefon! sekarang telekom masukkan kabel dlm paip besar & tanam bawah tanah plak..nak tengok malaun mana lak boleh korek/potong ambik kabel dlm paip besar kaki gajah tuh!
Hj Usin
BalasPadamente tak lawat ladang unta kah?
dapat cuba minum susu unta free, lemak berkrim.....
Semoga dipermudahkan Allah SWT dalam perjalanan anda sebagai Tetamu Allah.
BalasPadamWilbert,
BalasPadamTak bolehlah tanam pokok buah-buahan di sepanjang jalanraya. Nanti tiba musim buah, banyaklah bintang akan mati digelek kereta.
Wilbert,
BalasPadamTak bolehlah tanam pokok buah-buahan di sepanjang jalanraya. Nanti tiba musim buah, banyaklah bintang akan mati digelek kereta.
sauk la bhai .... selamat mengerjakan haji dan selamat hari raya korban
BalasPadamTuan Husin,
BalasPadamMelawat Masjid Nabi (esp kat Raudhah) dan makam Rasulullah adalah antara pencapaian dan impian terbaik orang mukmin ....
Nikmatnya tak terkira hebatnya ... sebab tu Ustad saya pesan ... kalau nak doakan kematian .... berdoalah utk mati di Madinah dan dikuburkan bersama para mukmin di Baqi ... bukan di Mekah.
Apa khabar , Sihat hendaknya di Mekah sana , mudahan dapat Haji mahbur ...
BalasPadamSebut pasal minum kat bawah pokok kelapa sawit sy ingat nak kongsi sikit dengan bakal haji husin kat sana , kat Melaka ada kedai makan di panggil D'sawit , memang bawah pokok sawit ,ada jug dijual nasi arab ... ngam ngam .. tak ada pokok kurma pun , pokok sawit kat Melaka ada tempat minum ... nanti balik dari mekah . leh datang lawat kat D'sawit Melaka , leh makan nasi arab ..