Selasa, Jun 11, 2013

Nik Aziz salah pakai gigi palsu

"Mu hadiah bunga ni mesti ada apa-apa"

Sejak pencen dari jawatan Menteri Besar, Dato Nik Aziz Nik Mat akhirnya baru dapat merasa nikmat hari tua yang lebih merehatkan. Namun begitu dia terima pelawaan untuk jadi Imam dan baca khutbah di Masjid berdekatan setiap Jumaat sebagai mengisi masa.

Sebaik berakhirnya pilihanraya, Nik Aziz pergi berjumpa doktor gigi. Lama dia mencari masa nak baiki giginya. Sekarang baru dapat. Malangnya, agak terlambat. Gigi dah tak boleh dibetulkan melainkan kena pakai gigi palsu.

Jumaat pertama Nik Aziz guna gigi palsu, khutbahnya pendek sangat. Sepulih minit saja dah sembahyang. Minggu kedua pula, khutbahnya lapan minit dan dia dah sembahyang.

Tapi minggu ketiga khutbahnya panjang sampai 45 minit. Dari hal ugama dia dah ceramah politik pasal demokrasi. Kononnya PAS, DAP dan PKR adalah pejuang demokrasi. Tak macam UMNO yang takut ada pemilihan untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Sabar, sabar ... tak yah jawab balik. Kawan Husin, blogger Apanama ada jawab balik Nik Aziz di sini. Tapi dalam bahasa Inggeris.

Akhirnya sana sini orang ramai batuk dan ada jerit subhanallah untuk beri isyarat. Nik Aziz baru sedar dia dah terpanjang sangat khutbah dan orang beri isyarat.

Sebaik saja dia habis sembahyang, orang ramai menerpa untuk tanya kenapa dua minggu lepas khutbah pendek dan minggu ini panjang betul.

Nik Aziz pun terus terang jelaskan dia baru bedah gigi dan pakai gigi palsu. Pada dua minggu lepas, gusi dia sakit dan tak boleh bercakap sangat. Maka khutbahnya tak boleh lama.

Orang ramai tanya, "Guano minggu ni panje sangak?"

"Oh ... ambo silap paka gigi palsu isteri. Tu yang kecek tak tau berenti..."

Wow! Orang perempuan hebat berleter

5 ulasan:

  1. Barang yg lepas Jangan dikenang, buat menitis si airmata.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama8:41 PG

    Khutbah jumaat sudah menjadi ceramah politik? sama macam di Selangor, nak pergi masjid pun dah jadi menyampah...nanti di akhirat tok guru jawab lah ye...

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama9:02 PG

    UMNO takut pada pemilihan...hahaha..

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama9:32 PG

    Tanah tok guru dari pmbk apa cerita, kelantan gomen tak nak ambil balik ke atau dah jadi sedekah.

    BalasPadam
  5. enjoy the music..

    http://rainbowoftruth.blogspot.com/2013/06/1000-tahun-by-singaporean-singer-imran.html

    nk

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.