Rabu, Jun 05, 2013

PEMANDU pastikan Selangor sifar pembangkang


KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi UMNO lantik PEMANDU untuk bantu UMNO Selangor lakukan transformasi politik untuk memastikan Selangor sifar pembangkang di PRU14.

Ekoran prestasi buruk UMNO dan BN Selangor di pilihanraya umum baru-baru ini, mesyuarat Majlis Tertinggi baru-baru ini bersetuju melantik PEMANDU sebagai konsultan utama untuk melalukan pembaharuan politik kepada UMNO Selangor.

PEMANDU telah dipilih diatas kejayaan mereka dalam merangka ETP, NKRA, dan pelbagai akronim sebagai penjenamaan polisi kerajaan supaya susah dan mengelirukan untuk difahami rakyat jelata. 

Menggunakan metod mengelirukan kepada sesuatu yang mudah tapi tak canggih kemana, PEMANDU akan merangka gerak kerja yang dipanggil Selangor Optimis Belaka atau akronimnya SOB.

Ketika pilihanraya baru-baru ini, Penyelaras BN boleh yakin akan menang 33 kemudian kata 35-41 kerusi dan akhirnya kalah cuma 12 kerusi. Menggunakan metod SOB, PEMANDU berhasrat untuk memastikan kerajaan Selangor dapat mencapai matlamat sifar pembangkang.

Berdasarkan respons penjawat awam terhadap PEMANDU hingga dipercayai ramai penjawat awam membocorkan rahsia kepada pembangkang, atau mengundi dan menyokong pembangkang, matlamat itu pasti boleh dicapai untuk Selangor.

PEMANDU disokong oleh Ethos Consulting yang dipimpini oleh Rasputin Malaysia, Dato Omar Ong dan Dato Idris Jala.

Dibelakang mereka adalah konsultan-konsultan korporat dan perniagaan seperti McKenzie & Co., Boston Consulting Group, dan Booz Allen Hamilton tetapi entah macam mana boleh pula jadi konsultan untuk pendidikan, pencegahan jenayah, ekonomi, dan lain-lain.


Selaku Penasihat, Omar Ong difahami telah menasihat, mengarah dan mendesak Najib meletakkan proksi Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Dato Wahid Omar sebagai Ketua Perhubungan UMNO Selangor.

Wahid dipercayai ditugaskan untuk memastikan UMNO Selangor dapat turunkan kos operasi, imbangkan balance sheet, meningkatkan nilai pemegang saham dan membuang pekerja untuk digantikan pengurus muda bergaji puluhan ribu.

Demikian adalah langkah standard yang dilakukan biasanya oleh PEMANDU atas nasihat Konsultan asing yang dibayar pulohan juta ringgit dan Ethos dapat komisyen.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato Saifuddin Abdullah mengalu-alukan pembaharuan dan langkah-langkah yang bakal diambil.

Katanya, "Inilah apa yang saya katakan politik baru. Tolong beli buku saya mengenai politik baru kerana saya kini tak ada kerja."

Salah seorang dari Ketua Bahagian UMNO Selangor berkata, "Dari begitu banyak Ketua Bahagian, empat saja yang bertanding. Pasti polisi SOB akan capai matlamat sifar pembangkang.

"Dato Najib layak dijulang sebagai The Transformer." - Agensi Husin Lempoyang

18 ulasan:

  1. Tanpa Nama10:49 PG

    Dah matlamatnyer untuk menjadikan Selangor sifar pmbangkang, sbab tu BN tak boleh menang. Tak sedar2 bahawa di Selangor sejak 2008, BN adalah pembangkang...

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama1:00 PTG

    Najib sebagai anak bangsawan tak pernah melalui kesusahan rakyat marheen. Gemar di julang sebagai hero serta populis.

    Akhirnya strategi tersebut merosakan umno selangor. Tidak lama lagi akan ada satu lagi Pilihanraya, yakni pemilihan dalam umno. Jadi elok juga konsultan yang ada diberi peranan untuk menunjukkan najib adalah yang terbaik dan tiada siapa yg mampu berkhidmat sebaik beliau.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama1:32 PTG

    terus lagi byk2 penasihat dan konsultan serta ketepikan kakitangan kerajaan, nanti takde melayu undi bn.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama1:36 PTG

    NOK NOK
    Tidak mustahil Najib adalah PM yg terakhir dari BN @ UMNO, kita orang melayu tidak perlukan seorang pemimpin yang penakot macam kamu wahai Najib!!

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama1:57 PTG

    SOB: Son Of a Bitch!

    Elok bbenor.

    Tapi mmg elok pun sifar pembangkang sbb BN lah pembangkang kat S'gor. Ngok betul.

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama4:26 PTG

    Bro lu punya catatan ni syok sendiri la bro...orang selangor mejoriti kata BeNd tu pembangkang kau muka tak malu kata Pakatan Rakyat pembangkang..kau ingat kau terbalikkan istilah kau boleh menang ke...lagi meluat orang selangor ade le...hakikat yang sebenarnya semua yang BeNd tengah atau sedang buat semunye menghabis kan boreh..kat tanjong karang jerrr

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama5:10 PTG

    Bro 4:26

    Lu ni tak faham satira ka ...

    Husin sindir kata kalau ubah main ikut punahsihat, 12 kerusi pun tak dapat.

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama12:31 PG

    Pemandu adalah perangkap Pak Lah untuk jahanamkan Najib tapi dia leka lalu terus perangkap dirinya.

    Sebab Pemandu dan agenda Omar Ong kayakan diri, mangsanya Najib dan UMNO.

    Kenapa Najib harus sayangi budak cina muallaf puaka Omar Ong melebihi UMNO dan orang Melayu?

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama5:46 PG

    Minta menteri Wahid masok jadi ahli umno dahulu. Jadi ketua cawangan dan bahagian.

    Zulkifli Nordin sudah tidak ada kerja.Ia perlu dilantek untok menjadi Pengeusi PEMANDU untok merangka programm menawan Selangor.

    Juga kenalah mencari MB yang setanding dengan Khalid Ibrahim.Apa kata jika kita didek Wahid untok menjadi bakal calon MB Selanor.

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama11:47 PG

    hahaha..ajib kor sedang diperbodokan oleh geng amno sendiri..hambik kau.. ajib kor la sangat.

    BalasPadam
  11. berasiam9:45 PG

    Eloklah tu. pemandu pandu kenderaan, PEMANDU pandu kerajaan. Wahid tak mungkin jadi ketua cawangan. Jawatan itu terlalu kecil. Kalau bertanding pun, pasti kalah. Umno mempunyai barisan ketua cawangan yang cukup berwibawa. Kewibawaan ketua cawangan Umno lebih daripada Presidennya. Sebab itu Presiden sudah banyak kali bertukar tetapi banyak ketua cawangan yang masih kekal sejak cawangan ditubuhkan.

    Najib masih malu-malu atau memang tak tahu nak buat apa-apa. Sejak dulu pun asyik playsafe. Playsafe daripada dulu tapi dapat anak juga. Pelik juga tu. Mungkin dia sunatkan benda tu dulu baru pakai untuk playsafe. Bila orang tanya dia boleh jawab palysafe. Bab sunatkan tu dia langsung tak sebut.

    Masa Pak Lah naik, ada janji dengan PM sebelumnya. Janji tidak ditepati. Maka janji makan diri. Pak Lah kena berhenti. Masa Najib naik, janji semua ditepati. Kat semua hujung pun ada "P". Kat pangkal pun banyak "P", punaisihat. Sekarang ni makin ramai yang suruh Najib "pi".

    Pemilihan parti pun dah tak boleh tangguh-tangguh lagi. Semua jadi gelabah sendiri. Keluar kenyataan sana sini, tak usah tanding jawatan itu jawatan ini. Matilah demokrasi. Lagilah ramailah yang cerdik keluar masuk parti. Nak tunggu apa lagi, ketua cawangan dah nak mampus pun nak pegang jawatan lagi.

    Kalau ikut Perlembagaan baru, yang duduk kat atas-atas tu layak ka, semua tu jadi ketua cawangan mana? Kata pertandingan ikut hierarki, dari cawangan meniti ke pucuk tertinggi. Logiknya macam itulah, yang di atas mestilah jadi ketua di bawah dulu, baru layak naik ke takhta parti.

    Penyudahnya, Umno jadi parti unta yang Usin tak suka jual, ikut je unta yang paling depan tentukan nak pegi arah mana.

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama6:35 PTG

    kalau gaji ketua perhubungan selangor tu rm19 juta setahun, wahid sanggup.

    sebelum wahid nak dapat, omar ong dah lobi

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama3:42 PG

    Pemimpin kena ada wawasan sendiri, barulah dihormati. Kalau suruh orang lain yang brain storming maka pemimpin tersebut macam tak ada brain.
    PEMANDU bukan nak selamatkan UMNO tapi nak jaga periuk nasi sendiri. Begitu juga dengan pimpinan UMNO sekarang.
    Mahathir sedar kesilapan yang lalu tapi tak mampu untuk reverse balik kerosakkan yang telah dia lakukan.
    Hanya 13 Mei version 2.0 saja yang boleh mengubah situasi tetapi rata-rata orang Melayu tidak berminat dengan keadaan huru hara. So semua orang play safe sebagaimana apa yang Najib buat sekarang. Kesimpulannya - Najib pandai dan sebenarnya semua orang nak dia jadi PM termasuklah Anwar dan pembangkang. Selangor? Forget it.

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama3:35 PTG

    dulu pak lah 140 dan di suruh berhenti
    sekarang najib 133 aje tapi buat tak tahu pulak
    kalau ada maruah,berhenti lah!

    transformasi,teraju, pemandu - semua tak jadi dah!

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama10:19 PTG

    Kalau dah semuanya Najib suruh orang lain fikir untuk dia, apa kerja dia sebetulnya? Seram pulak bila memikirkan betapa orang-orang yang kita tak undi ni dengan sewenang-wenangnya membuat percaturan Negara. Kalau sudah terbukti najib tidak boleh berfikir sendiri, adakah wajar beliau terus menjadi PM? PM yang hanya mengikut arahan orang lain? Siapa sebenarnya PM di Malaysia ni, sila angkat tangan.

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama12:44 PG

    Aku tengok org yg bagi komen kat sini banyak yg macam dah sakit jiwa..

    Bagilah peluang pada Najib.

    Dia pun dapat jawatan dari abdullah, masa tu BN tengah teruk..
    Dari menang kerusi 198 (PRU 11) kepada 140 (PRU 12)..Ini masa abdullah. BN kalah teruk. Tsunami.
    Kalau Abdullah tak turun, tentu BN dah kalah dalam PRU 13.

    Tapi, disebabkan Najiblah, BN tak kalah. Kerusi pun turun hanya dari 140 kepada 133 aje.

    Dengan kata lain, Najib dapat menahan BN dari kalah.

    Bagi dia 5 tahun lagi, insya allah..mungkin dia akan berjaya.
    Tapi dgn syarat, org melayu kena bersatu. Si pengkhianat PKR perlu ddihakau dari Malaysia dan pemimpin PAS perlu ditukar. Pemimpin seperti Hadi awang, Sabu, mahfuz, slahudin dan yg sewaktu dgnnya perlu dihumban masuk dlm longkang..Tak guna langsung. Majlis syura pun tak dihormati

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.