Isnin, September 30, 2013

Isteri jadi mangsa suami terpaksa berhenti rokok


SEREMBAN: Pejabat Kesihatan Negeri Sembilan melaporkan ratusan kaum wanita dirawat penyakit payu dara akibat pengumuman kenaikkan harga rokok.

Pusat-pusat perubatan kerajaan dan hospital-hospital dibanjiri oleh ratusan wanita terpaksa mendapatkan rawatan pesakit luar dan rujukan kepada rawatan unit kecemasan akibat puting payu dara yang lebam dan kempis.

Demikian dinyatakan oleh Pengarah Kesihatan Negeri, Dato Wira Biro bin Haji Kasi dalam satu majlis melancarkan entah apa-apa di Hospita Besar Seremban petang tadi untuk saja nak suka ria menghabiskan bajet tahunan yang tidak dibelanjakan lagi.

Jumaat, September 27, 2013

Ditolak untuk tanding jawatan


Ramai kawan-kawan tengah merungut tentang interpretasi peraturan yang telah menolak borang pencalunan Tun Faisal.

Ada juga sedang bercerita pasal Kak Midah diugut undur diri. Belum jadi PM sudah kerja ugut orang sana sini. Bila jadi PM, mampuih rakyat kelak.

Macam gitu sekali bangsawan bila terkapai-kapai cari talian hayat.

Khamis, September 26, 2013

Kenapa abu Chin Peng tak boleh dibawa pulang?


Kisahnya ada orang kata tiada undang-undang untuk tahan abu Chin Peng dibawa pulang. Tidak faham Husin kenapa susah sangat nak faham. Cuba baca MyKMU sini.

Maka diguna sebagai alasan dan helah untuk kaum Cina mahu merampas sejarah dan mengaku kaum merekalah pejuang kemerdekaan dan bukannya orang Melayu, khususnya UMNO.

Nak lawan fakta sejarah boleh, cuma tak guna dan membuang karen. Mereka bukan nak dengar.

Bukan faham pun istilah kedaulatan untuk kata Chin Peng berjuang untuk merdeka.


Selasa, September 17, 2013

Anwar tuduh UMNO bunuh Chin Peng

Anwar dan Mat Sabu sedang sembah mayat Chin Peng

KUALA LUMPUR: Majlis meraikan ulangtahun ke 5 Anwar sebagai Perdana Menteri 916 ditangguhkan semalam ekoran pengumuman kematian bekas ketua Parti Komunis Malaya.

Dato Seri Anwar Ibrahim dan Mat Sabu telah bergegas ke Bangkok untuk memberi penghormatan terakhir sebagaimana dia pernah menyembah mayat Teoh Beng Hock. Sepanjang penerbangan ke bangkok, Mat Sabu tidak henti-henti menangis sedih.

Sabtu, September 14, 2013

Acara ulangtahun ke lima mengingati PM 916



Berikut antara acara-acara yang akan diadakan pada 16 September 2013 sempena hari memperingati 5 tahun 'Pertabalan' Anwar Ibrahim selaku 'Perdana Menteri Malaysia'.

Lokasi: Ibu Pejabat Parti Kencing Rakyat

Masa: 12 Tengah Malam Sampai 12 Tengah Malam 17 September 2013

Tentatif Program:

12.01am-1.00am : Pidato Kencing Rakyat yang bertajuk "Aku Perdana Menteri"

1.00am - 2.00am : Forum Kencing Rakyat yang bertajuk "Anwar Perdana Menteri"

Rabu, September 11, 2013

Bila blogger tegur pemimpin ...


Bangunan dan kemudahan di ibu negara sudah menandingi mana-mana negara maju dan dunia pertama. Namun kita ni agak ketinggalan dalam sikap berhadapan dengan kepelbagaian pendapat dan penerimaan kritikan.

Dalam hal politik, Malaysia masih berfikiran dunia ke tiga.

Kalau blogger hentam pihak lawan, pemimpin suka dan parti suka. Tak ada sesiapa buat apa-apa. Tak kira UMNO atau PAS, bila blogger tegur pemimpin sendiri atau orangnya, macam-macam dituduhnya blogger tersebut.

Isnin, September 09, 2013

Orang tua bakar janggut

*Orang tua bakar janggut
Terbakar jiwanya yg merungut
Air mata darah bercampur keringat
Perjuangannya kini tiada sengat

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sepanjang zaman
Sasterawan jadi sasauwan

Sabtu, September 07, 2013

Menampung kenaikan minyak


SMS ni Husin terima...

ELAUN SARA DIRI/COLA UNTUK RAKYAT MALAYSIA.

BERITA BARU DITERIMA BAIK UNTUK SEMUA. PEKELILING 001 - Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa Sep 2013 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang.

Jumaat, September 06, 2013

Tahap-tahap kencing maniis


Rupanya ada Tahap 6 - Dah paling paling teruk bila kencing sentiasa dalam otak hingga sampai buat filem pun kencingkan orang seperti dalam video berikut:

Selasa, September 03, 2013

Akibat dimanjakan dengan subsidi


Sedutan dari filem Anakku Sazali

Sazali: Jam sudah pukul 1. Bapak belum tido lagi?

Bapak: Aku baru pulang dari isi minyak Sazali... tahukah engkau harga minyak naik?


Isnin, September 02, 2013

Kelas pemulihan patriotisma



Sudah masa kerajaan pulihkan patriotisma di kalangan rakyat yang bertambah hari bertambah tiris. Ini mesti disebabkan pemahaman sejarah yang tipus dan usaha pihak tertentu nak ubah sejarah.

Satu cara adalah mengadakan kelas pemulihan patriotisma macam kelas dewasa dulu-dulu. Salah satu mata pelajaran adalah sejarah.

Oleh kerana ceteknya pemahaman sejarah di kalangan kita, Husin boleh bayangkan kertas ujian kelas  sejarah untuk kelas pulihkan patriostisma terpaksa dimudahkan.

Bayangkan soalan sejarah seperti begini: