Khamis, Disember 19, 2013
Ajaran sesat umpama ....
Kisah pembunuhan pegawai JAKIM Pahang oleh pengikut ajaran sesat Tuhan Harun dan tudhan syiah dari Dato Ahmad Zahid Hamidi terhadap Mat Sabu hanya menimbulkan pelbagai isu tentang ajaran sesat.
Husin sembang dengan kawan-kawab berkenaan hal Tuhan Harun dan syiah dengan kawan-kawan.
Leman: Husin, kau tahu tak? Aku heranlah orang-orang boleh ikut ajaran sesat macam Tuhan Harun. Takkan mereka tak sedar macam mana satu Tuhan boleh duduk atas Wheel Chair?
Husin, Ghaffar: Kah kah kah ....
Leman: Macam dahulu tu, Ayah Pin dianggap ada pelbagai power dan duduk dalam kerajaan langit dalam teko. Macam mana orang boleh percaya?
Ghaffar: Tu sebab penggunaan mistik. Jangan cerita ... betapa banyak ugama sembah patong. Bukan dia tak nampak orang yang buat patong dan dia ngaku patong tu tak ada kuasa. Ada saja spin dia ...kata itu hanya simbol dan macam-macam lah. Lantakah masing-masing...
Husin: Tulah dia. Kenapa ugama yang sah sesat kita kata lantaklah masing-masing tapi bab ajaran yang berlainan kita nak perangi? Abis tu kenapa Saudi tak ban saja Iran dari hantar orang syiah buat Haji?
Ghaffar: Itu dah lain cerita. Syiah ngaku ugama Islam dan masuk bawah kuasa JAKIM. INi cerita perlembagaan.
Leman: Syiah ni asal usulnya sebab politik. Mereka percaya hanya keturunan nabi saja layak jadi khaifah mengganti Nabi. Puak syiah tak percaya politik.
Husin: Dikatakan lama-lama akidah sesetengah mazhab syiah lari... Rasanya dua mazhab syiah saja yang JAKIM ok.
Leman: Ye itu yang aku faham.
Husin: Entahlah ... pandangan aku tentang ajaran berlainan begini senang saja. Ia bukan untuk umam dan sesiapa nak beramal, buat secara luar dari pandangan ramai dan dalam kumpulan masing-masing. Aliran untuk awam biarlah ikut seperti yang ditetap dna dipantau oleh JAKIM. Tak perlu nak arus perdanakan atau nak kutuk pendekatan arus perdana yang dah terbina sekian lama. Tu yang aku menyampah dengan sesetengah ulamak.
Ghaffar: Banyak orang yang suka ikut-ikut cara lain ni sebenarnya kadang-kadang tak cukup faham apa yang dibuat. Main ikut saja tanpa mengkaji betul-betul.
Leman: Dalam isu syiah ni... jam juga bila puak PAS lawan balik. Macam mana nak buktikan Mat Sabu syiah. Takkan setakat 10 perkara itu. Senang nak nafi dan jawab. Bila Mat Sabu kata dia ahli sunnah wal jamaah ... macam mana nak kata? Bukan ada saksi atau gambar dia sujud atas batu. Loyar Mat Sabu dah kasi 3 hari untuk tarik balik. Kan susah?
Ghaffar: Zahid Hamidi tak faham syiah. Nak sangat mempolitik hal kuasa JAKIM... Dia kena faham bahawa Syiah ni umpama kentut. Kita boleh dengar bunyi dan boleh hidu baunya tetapi tak ada bukti untuk dakwa orangg itu punya kentut. Berlainan dengan taik, kita nampak rupa dan baunya dan boleh buat DNA siapa punya....
Husin, Leman: Kah kah kah ....
Wow! Ana hanya mahu mati dalam iman
Haji Husin,,
BalasPadamPelandok boleh lupakan jerat TETAPI jerat tak kan lupakan pelandok..Bila saman dibuat perkara syiah ini akan menjadi RASMI dan dibincangkan secara lebih akademik.... Kita lihat sipakah yang akan terslah langkah dan terjerat nanti....
Islam => Iman => Taqwa.
BalasPadamCita cita kena tinggi, utk jadi org bertaqwa.
Islam pd kata kata dan perbuatan.
Iman dlm hati yg pasti mempengaruhi kata kata dan perbuatan.
Taqwa bila kedua dua sentiasa bersama, sentiasa berhati hati kerana dpt merasakan Allah swt sentiasa melihatnya.
Tuan Haji Husin,
BalasPadamBukan saj ajaran sesat telah semarak di negara kita tetapi bunga bunga KESESATAN makin merebak di neraga kita.
Contohnya :
Cadangan pembinaan PIRAMID terbesar di dunia akan di bina Di PAHANG.
Alasan nya untuk menarik PELANCONG. Secara tak langsung menarik PELENCONGAN akidah Umat Islam.
Malang sekali Projek ini di kemukaka oleh MENTERI MENTERI Melayu yang berugama ISLAM ??
Apakah ini tanda tanda Kejatuhan Kerajaan Yang bertopengkan ISLAM ??
kepala otak ko menteri melayu cadang bina piramid kat pahang. main sembang je. kalau aku cakap bapak ko yang cadang bina piramid tu, boleh ?
BalasPadamtak payah pakai bukti.amacam boleh ?
Hahaha anon 9.55. I like your comment
BalasPadamKita semua sesat selagi tak balik berjumpa dengan Allah dan Allah mengaku kita hamba Nya.
BalasPadamTak payah nak g jauh... Akidah anak muda skrg ni lg mmbimbngkan... Bergaul bebas antara lelaki dan prempuan.. Didikan agama yg kurang sbb tu la senang sgt trpngaruh dgn ajaran sesat...
BalasPadam