Rabu, Disember 18, 2013
Sajak buat Menteri-Menteri Negeri Pasir Berdengung
Umpama timun hendaknya
Melanggar kami terluka
Dilanggar kami cedera
Tapi itulah nasib kami yang hina
Tanpa elaun seperti menteri
Makan bayar sendiri
Kereta pandu sendiri
Minyak isi sendiri
Jalan sesak kami hadapi setiap hari
Mudah pula tuan berkata
Jangan makan bila ayam naik harga
Jangan minum manis bila naik harga gula
Jangan guna jalan jika tol naik berganda
Pindah ke negara lain jika tak suka Malaysia
Kami umpama kain basahan
Tuan perah habis habisan
Akhirnya kami kekeringan
Merana kami tuan kesenangan
Duit sejemput kami diperas hingga rabak
Gaji tuan sedikit pun tak boleh ditolak
Diusul kami tuan amuk sampai koyak
Kami senyum lihat tuan makin menggalak
Tak mengapalah tuan
Kami terima segala ketentuan
Cuma ingat pesan Tuhan
Setiap perkara ada balasan
Nasib tuan belum ketahuan
Tuan jangan lupa
Kami manusia biasa
Sabar kami ada tahapnya
Luka kecil boleh menjadi nanah juga
Jangan sampai menjadi barah pula
Cukuplah tuan menyeksa
Cukuplah tuan buat kami merana
Kuasa tuan dari kami
Naiknya tuan dari kami
Jatuhnya tuan juga dari kami
Wow! Kerajaan pasir berdengung tertubuh akibat dengar Penasihat
Siape perdana menteri negeri pasir berdengung tuuu ??? bute keer sampai tak nampak ape yang berlaku..
BalasPadam
BalasPadamTuan Haji Husin,
dan Sdr Tanpa Nama 10:38 pagi,
Nama perdana mentri Pasir Berdengung ialah ABANG BESARAH JIB.
Dia bukan TAK DENGAR,
Bukan juga TAK NAMPAK.
C U M A ,
Allah telah TUTUP penglihtan nya, dan PENDENGARAN nya juga PERASAAN nya (hatinya).
Yang di dengar hanya Bunyi DENGUNGH dari pasir negeri itu.
Beliau ada tikarterbang.
Tapi digunakan oleh isternya (dan anak nya) .
Isterinya pergi ke negeri Pasir Panas mencari KURMA NANIS.
Kerana kurma PASIR BERDENGUNG tak cukup MANIS.
Wallahu Alam.
Ah jib cakap dia tak nak buat keputusan populis demi masa depan negara. Masa sakarang pun kita dah semput tak macamana nak sampai ke masa depan. Naik barang ni dah jadi mcm domino effect lepas satu, sata harga barang dan perkhidmatan di naikkan. Lepas tu bagi brim pd yg berpendapatan 4k kebawah. Yg gaji 5k anak 5 dok di klang valley pun dah dalam kategori miskin dgn peningkatanharga barang dan perkhidmatan. Masalahnya dah ramai pihak memperkatakan hal ini tapi ah jib gor tak pernah nak ambik kisah. Saya rasa kalu bn kalah next pru pu tak jadi masalah kot pd rakyat, mungkin lebih baik. Org politik kaya raya pemimpin naik gaji berganda2 rakyat biasa tersiksa
BalasPadamJib Gorr pergi tempat agensi Umrah dan Ziarah, tiap2 hari ada orang pergi daftar.
BalasPadamMewah orang kita, kata Jib.
Sebab tu Jib tak kisah.
Susah ke Sin?
BalasPadamAku dengar rata riti naik tu naik ni, tapi aku cam biasa jer Sin..
Bini nak duit.. bagi,
Bini nak pitis ... bagi,
Bini nak tuut ... bagi (bukan kasi)
Aku bukan kaya pun Sin, takde main tender-tender.
Pendek kata, pendapatan RM3000 sebulan kat kampong ni takde impak. Lebih-lebih lagi kalau pandai kontrol hutang.. ke guano Sin.
Alhamdulillah..
kat kampong pun harga melambong jugak...ikan laut dah tak dijual di kampong...tak mampu...semua pasrah..tapi najib kena ingat.jangan buat badak...dia sedang menganiaya gulongan marhein nih..dlm pasrah rakyat menyumpah...
BalasPadamkUASA PADA RAKYAT BERSENJATAKAN IBU DAN HUJUNG JARI,SUATU MASA TAHULAH BAGAIMANA NAK LAKUKAN DEMI UNTUK MENYATAKAN RASA TIDAK PUAS HATI,SAYANG SEKALI UMNO YG KU SAYANGI KINI SEMAKIN TERASA JAUH HATI UNTUK BERSAMAMU LAGI,MEMANDANGKAN TINDAKAN MEREKA YG TIDAK SENSITIF DENGAN SITUASI KEHIDUPAN KAMI GOLONGAN MARHEIN YG TERUS MENERUS MENDAMBAKAN DGN KEHIDUPAN YG SEMAKIN MENCENGKAM DAN PERIT SEKALI ,KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG RUPANYA HUJAN DI TENGAH HARI.PRU 13 BELUM SAMPAI SETAHUN BEBERAPA PERKARA YG SAMA SEKALI TAK DIDUGA TELAH DAN AKAN BERLAKU
BalasPadamKalau la PAS tak bergabung dengan DAP,
BalasPadamSudah pasti PAS menjadi idamanku...memerintah negara,
Kerana UMNO sudah mengulamang Najis and Taik yang tak ada siapa nak bersihkan lagi,
Pemimpin UMNO dah lupa daratan...
Jib bukanlah pilihan kami! Kami pun tak tau mengapa dia asyik terkinja-kinja dan syok sendiri mengaku dia perdana menteri kami! Buat apa kami nak layan orang gila yang perasan dia PM kami! Boleh jalan daa!
BalasPadam