Selasa, Disember 17, 2013

К∂ω∂Ν ....


Kata mak, К∂ω∂Ν tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang.

Kata abah, К∂ω∂Ν tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit.

Kata atuk, К∂ω∂Ν tu seperti air, terus mengalir.

Kata nenek, К∂ω∂Ν tu bak bulan, dipuja disanjung tapi nun jauh di sana.

Kata saudara, К∂ω∂Ν tu macam makanan, kawan makan kawan!

Kata abang, К∂ω∂Ν tu seperti lembu, mengikut saja apa yang dikata.

Kata kakak, К∂ω∂Ν tu tak ubah macam durian, bau je busuk tapi sedap dimakan.

Kata adik, К∂ω∂Ν tu macam biskut, sekejap ade sekejap tak ada.

Kata saya, К∂ω∂Ν tu ✗ kisah lah macam mana, walaupun dia
- IBARAT LEBAH.
- UMPAMA ROS. -
- SEPERTI AIR.
- BAK BULAN.
- SEPERTI LEMBU.
- BUAH DURIAN
- MACAM BISKUT. 

Dia tetap К∂ω∂Ν.

Sekali kita dah К∂ω∂Ν. macam apapun rupa bentuknya selamanya dia tetap К∂ω∂Ν kita. Itu cara kita berК∂ω∂Ν!

Walaupun kita mempunyai harta yg banyak, К∂ω∂Ν tetap paling berharga.

К∂ω∂Ν tak perlukan kita hormat dia, atau dia hormat kita, tak perlu nak ziarah hari raya atau hadhir  kenduri kendara, dan tak ada perlu talian kekal, tanggungjawab atau apa rupa tetapi hanya kesediaan dan keselesaan untuk berК∂ω∂Ν.

OK К∂ω∂Ν-К∂ω∂Ν.

Wow! Orang Johor panggil dirinya sebagai  К∂ω∂Ν


7 ulasan:

  1. Tanpa Nama11:50 PG

    Ore kelate panggil diri sendiri sebagai Kawe

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama12:05 PTG

    Begitu jua orang Pahang Darul Makmur......

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama12:06 PTG

    Begitu jua orang Pahang Darul Makmur......

    BalasPadam
  4. taik minyak bin taik mata12:44 PTG

    biasanya yang bahasakan dirinya sebagai KAWAN ni la yang suka tipu kawan!

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama8:17 PTG

    Taik minyak

    Takkan satu johor tipu kawan?

    Taiklah kau!!!!

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama4:39 PTG

    kawan ada tiga jenis...1 boleh jumpa tepi jalan, 2 boleh tunggu bawah tangga, 3 boleh ajak masuk rumah...

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama7:29 PTG

    Salah tu, yang tipu tu bukan kawan tapi Kak Wan.

    Mas Tengah

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.