Rabu, April 30, 2008

Bila Adik Perempuan Kena Sakat

Masa kecik-kecik dulu, Husin suka sakat adik perempuan masa bermain dan bergurau. Apabila kita kacau, dia akan cakap, "Jangan!"


"Jangan lah!"


"Jangaannnn!!!"


Tapi kita buat juga. Kadang-kadang kita kata dan ajuk dia macam-macam, dia akan nafi, "Tidak!"


"Tak pulak!"


Biasalah adik pompuan lembut. Dia tahu pekik jangan dan nafi tidak saja.



Dia pun nakal juga. Jadi dia pun kadang-kadang tak cakap betul-betul dan takut cerita sebenar kerana ada sembunyi benda dari kita.

Husin tak boleh sakat lebih-lebih. Kalau dia dah fed-up betul, dia akan menangis. Bila Emak dan ayah dengar, Husin kena sebat.

Wow! Jual orang lagi untong dari jual unta, tapi adik sendiri sayang lagi.

Selasa, April 29, 2008

Apo Bondo eh ... si Kotam ni cakap?

Cuba dengar baik-baik Ali Rastam bercakap.



Dapat pick up apa yang mahu disampaikan?

Apa? Tak ada apa yang dikatakan? Dia meraban tanpa rumusan kan?

Yang TV3 siarkan buat apa? Sama bangang.

Inilah petition writer yang jadi Menteri Besar? Inilah Naib Presiden UMNO sekarang? Lain kali kita cari syarahannya yang sama tidak ada rumusan, hanya syok bercakap tak ada penutup.

Di bawah Pak Lah, banyak orang macam ini yang jadi Presiden, Naib Presiden dan pemimpin-pemimpin dalam UMNO. Hancur UMNO. Undurkan Pak Lah, Undurlah bangang pengampu sejenis ini.

Isnin, April 28, 2008

Si Jenah bawa Pak Aab ke Hospital

Sejak awal bulan Mac tahun ini, si Jenah tidak berapa senang dudok melihatkan suaminya, Si Aab.

Pak Aab memang sudah patut pencen lama tetapi ketua dulu suroh dia ganti tempatnya. Bila dah pegang jawatan, dia susah nak lepaskan jawatan kerana mengenangkan anak dan menantu.

Tetapi sebab dikacau anak dan menantu, kerja Pak Aab jadi kelam kabut. Pekerja dan pelanggan tidak puas hati dan marah. Pemegang saham merasakan dia telah merosakkan syarikat.

Di Mesyuarat Agong syarikat baru-baru ini, hampir Pak Aab dibuang jawatan oleh pelanggan yang pemegang saham. Walaupun dapat mengekalkan jawatan, pemegang saham utama di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Johor dah terang-terang suroh dia berhenti.

Pak Aab menjadi serba salah, kerana mengenangkan perniagaan anak dan kerjaya menantu bergantung kepadanya. Si Jenah pula hendak Si Aab berhenti saja untuk memberi lebih masa untuknya dan dapat bercuti ke rumah di Australia. Harap sangat Aab berhenti tetapi dia macam buat tak tahu saja kepada tuntutan-tuntutan ini.

Ini membuat Jenah risau, maka dia membawa si suami berjumpa doktor untuk diperiksa.

Hari senin tu, ada ruang masa dan Jenah bawa jumpa doktor pakar, Dr R Azman Ali. Pak Aab menanyakan si Jenah, doktor pakar apa? Oleh kerana tidak mahu si suami tahu, dibohongkan dengan mengatakan doktor pakar tidor. Padahal ini doktor pakar otak.

Doktor pun baringkan Pak Aab di dalam mesin scanner untuk pemeriksaan. Mesin scanner itu boleh melihat dan mengambil gambar di dalam otak. Setelah hampir setengah jam, doktor membuat pemeriksaan, si Jenah masuk bilik doktor.

"What did you see doctor?", Si Jenah bertanya.

"We did check his right brain but there is nothing left. So we check his left brian, but there is nothing right?"

Tersentak Si Jenah.

Padanlah si suami tidak respons kepada tuntutan yang dihadapi terhadapnya.

"Is it cancer that has eaten away his brain cell?"

"I would recommend you to another specialist. We just tell him he has no major sleeping disorder but will need to take some medicine to help him sleep."

Apabila Pak Aab keluar dari bilek scan, Si Jenah memberitahu Si Aab apa yang telah dipakat dengan doktor. Pak Aab diajak bawa ke pakar kanser, Dr Jeya.

Si Jenah menyerahkan surat dari Dr R Azman kepada Dr Jeya. Setelah dibaca, mengerut dahi Dr Jeya. Dia berkata, "Saya akan lakukan a special scan untuk Pak Aab."

Si Jenah tak beritahu kepada Si Aab bahawa doktor sedang memeriksanya untuk cancer otak.

Semasa sedang diperiksa dalam bilek pemeriksaan khas, Dr Jeya keluar menemuinya di luar.

"Puan, kami jumpa sedikit tumor dalam tengkorak kepala. Memang tiada lagi tisu otak dalam tengkoraknya. Kami agak hairan bagaimana dia boleh berfungsi sebagai manusia tanpa otak."

Dr. menyambung, "Kami belum habis periksa lagi tetapi ada sesuatu yang pelik. Scan kami menunjukkan tumor yang kami jumpa mempunyai cell otak di dalamnya????"

Jumaat, April 25, 2008

Kicik, Kicik Lembu Jaga. Sudah Besar, Mulut Mahu Jaga ...

Pagi-pagi Jumaat buat kita marah saja. Patut hari ini tulis cerita pasal sembahyang, tapi dah kelain pasal melepaskan geram.

Husin marah dengan ini Karpal Singh. Dia sudah kritik Tengku Fariz. Hari itu masa Pakatan Rakyat baru diumumkan, siang-siang dia hendak menghina Islam. Dia suroh PAS hentikan Negara Islam.

Ooi ...giji, Malaysia sudah Negara Islam lah, Tengku Fariz, Tengku Mahkota Kelantan sudah cakap. Dr Mahathir sudah terangkan. Najib sudah juga kata. PAS punya pasal lah dia mahu perjuang Negara Islam.

Hey dey, kalau dengan Raja-Raja Melayu, kau kasi hormat dan jangan masuk sibuklah! Kalau ada masaalah, biar orang Melayu berurusan dengan Raja-Raja Melayu. Kurang ajar punya bayi.

Kalau mana-mana Raja-Raja Melayu ada power, kasi sumpah ini bayi jadi katak.

Bloger apanama ada ubahsuai lagu M Salman tersiar di Rocky Bru. Baca sekali surat di Rocky Bru2.
Kicik, kicik lembu jaga,
Sudah besar bank jaga.
Kicik, kicik, emak-bapa jaga,
Sudah besar mulut mau jagaaaaaa.

Kicik, kicik dia jerit sama itu lembu dan kambiiiing,
Sudah besar dia teriak dalaaam Parliamen.

Kicik, kicik dia happy jadi hero,
Sudah besar (kapla) baru sekarang diaaaa kena taruk.

Kicik, kicik dia minum susu kambing,
Sekarang (aiyooo yoooo) otak dia sudah mulaaaaa mereng.

Dia ini sangat suka hantam orang,
Tidak kira orang baik atau yang pusiiiiiing belakang.
Sekarang ini dia pula kena hantam, bukan bohong tapi banyak macaam-maaaaacam.



Dey, dey, brother Singh ... jangan lari.... saya punya senapang ada peluru lagiiii.

Satu senapang, peluru dua ... lain ari kita jumpa!

Wow! Ala gijii ... jual susu tara untung ka, mahu jadi loyar? Senapang Husin ada susu jugah!

Rabu, April 23, 2008

Album Terbaru Kumpulan The Mosti Mantan


Tekan imej untuk membaca tulisan


Panas di pasaran! Panas! Panas!

Album Terbaru kumpulan The Mosti Mantan

Dengan lagu hit irama cabaret terbaru ....


Raba Lama-lama
(Pencipta: S. Gamin Sekak, Lirik: Esoh Hase)

Apabila engkau berjumpa
Dengan seorang dara
Yang banyak memberi pelayanan
Pinggul padat punya makwe
Biarkan ia pasangkan curut
Tak mahu engkau melulu

Tak mahu fikir lama-lama
Nanti lama-lama
Tak pegang rasa geram
(2x)

Tak mahu kau tak pedulinya
Bila boifren isi borang
Ditahu wartawan malu lari
Lagi pening bila ditahu bini

Tak boleh tunggu lama-lama
Nanti lama-lama
Tengok saja nak pegang
(2x)

Apabila engkau berjumpa
Dengan seorang dara
Yang penuh budi bahasa
Hormat sopan baik citarasa
Tak minat dan tak pandang
Walaupun hanya sebelah mata

Tak boleh tunggu lama-lama
Nanti lama-lama
Dah gugur menyeksakan
(2x)

Diubahsuai dari lagu Jangan Lama-lama kumpulan Sweet Charity
Hakcipta untuk cetak rompak dipelihara.
Husin Lempoyang Production

Selasa, April 22, 2008

Bolehkah Pak Lah Masuk BBC Hardtalk?

Semalam Dr Mahathir ditemuramah dalam rancangan BBC Hardtalk oleh Stephen Stupor. Dari mula lagi, Dr Mahathir tidak dikasi can beri penerangan. Asal ambil napas, dia mencelah dengan soalan bertubi-tubi.

Tapi akhirnya Stephen dapat diperangkap kerana mengemukakan maklumat salah dan tuduhan yang tiada bukti sokongan. Lepas tu habis seluroh tamadun dan keturunan barat dibelasah habis Dr Mahathir. Video ada di You Tube.

Ramai tertanya-tanya, jika Pak lah di temuramah BBC Hardtalk macam mana agaknya?

Mari kita menyingkap balik temuramah Pak lah pada tahun 2006 selepas Kesunyian yang Ranggi (Elegent Silent). Mainkan video di bawah untuk mengingatkan kembali temuramah itu.



Sila tekan untuk klip-klip seterusnya 2, 3, 4 dan 5.

Rupanya ada yang sudah memberi komen yang agak berterus terang, tiada cakap belakang-belakang dan tidak main belakang di blog ini. Husin terbitkan di bawah:

bzz ...Said:

I wonder, what will Paklah says when Sackur ask the same questions?

Pak Mat Tempe... Said:

Bro, you must be joking….do you think he dare enough to be interviwed by Sackur….baru kena interview dgn Anuar Zaini pun dah berpeluh… dapat soalan bocor lagi… itupun dah berapa ratus kali punya rehearsal …letih si anuar zaini… asyik cut cut! je… heheheh

Isnin, April 21, 2008

Prestation Mat Taib Lagi

Poster oleh Mob's Crib


Pada Julai tahun lepas semasa Mat Taib membuat repot polis terhadap Raja Blog, Raja Petra, Husin menceritakan satu cerita lama mengenai Mat Taib:

... ada satu peristiwa masa dia menang jawatan Timbalan Presiden UMNO dengan Team Wawasan. Adalah satu televisyen asing bertanya: “What is it that made you successful in this attempt?”

Mat Tyson terus jawab: “I think UMNO delegates appreciate my prestation.”

Semua terdiam dan tergamam tak tahu apa perkataan prestation. Menyedari keadaan, Mat Taib toleh kepada pembantunya dan tanya apa tu prestasi.

"Performance lah Tan Sri" …. jawab pembantunya termalu-malu.

Mutakhir ini kerjaya politik Mat Taib bangunkan kembali. Walaupun tidak bertanding di pilihanraya umum, dapat jadi Menteri Luar Bandar. Disamping itu, dia telah menggantikan Dr Khir Toyo sebagai adalah Ketua Perhubongan UMNO Selangor.

Dia memang sudah dilantik Senator dan Ketua Penerangan UMNO sejak tahun lepas.

Bertambah hari bertambah naik prestation Mat Taib.

Semasa Forum MyKMU dianjurkan di Hotel Singgahsana, dia memberi arahan ahli-ahli UMNO Selangor tidak dibenarkan pergi. Hmmmm ... ramai takut hendak pergi hingga melimpah-limpah orang berdiri mendengar dan keliling 3/4 batu radius tak ada parking.

Cara memahami masaalah UMNO adalah memastikan Pak Lah kekal Presiden UMNO. Itu dijalankan dengan membuat seolah-olah UMNO Selangor menyokong kepimpinannnya.

Untuk memastikan sokongan untuk Pak Lah, dia telah merancang macam-macam untuk sabotage orang dari bercakap di Majlis bersama Pengurusan UMNO. Akhirnya orang suroh Pak Lah turun juga dan belah balik. Sana sini terpampang kain rentang menuntut Pak Lah turun!

Terbaru, Mat Taib telah buka blog untuk menandingi blog Khir Toyo. Ini seorang lagi yang terikut-ikut nak berblog macam orang lain, tapi tulis macam cakap dengan orang kampung. Orang kampung lebih baik rumusan dari ini. (Jangan sensitif, Husin pun orang kampung ... merano merene). Jilat ludah balik brader, dulu kutuk bloger sebagai pondan.

Tapi Mat Taib bukan faham apa orang kata ... ini satu lagi cerita lama:

Pengurusi pertama PNB, arwah Tun Ismail Ali terkenal cerewetnya dalam penguasaan dan ketepatan nahu bahasa Inggeris. Masa itu, Tan Sri telah (pohon kerja dan) ditemuramah sendiri oleh arwah Tun.

Tun Ismail: Nama saudara siapa ?

Tan Sri: Muhammad bin Muhammad Taib

Tun Ismail: Cuba ceritakan tentang keluarga saudara !!...

Tan Sri: Saya dua beradik.. adik saya masih belajar di Kuala Lumpur. Orang tua saya tinggal di Kuala Selangor. Nenek dan datuk saya dari belah ayah tinggal di sebelah berdekatan Sabak Bernam. Nenek dan datuk dari belah ibu pula tinggal di Perak. Bapak-bapak saudara dan mak-mak saudara tinggal di Melaka, Johor dan juga Pahang..

Tun Ismail: Apakan saudara boleh berbahasa Ingeris ?

Tan Sri: Yes .. sir ...

Tun Ismail: Now tell me about your family in English!

Tan Sri: Sorry sir .. I don't have family in English. They all live in Malaysia.

Tepuk dahi arwah Tun. Seperti yang kita sedia tahu, Tan Sri tidak dapat kerja PNB. Namun, sinarnya memancar dalam politik.


Wow! Jual orang lagi untung dari jual unta. Tapi ada orang memang layak dijual. Prestation ...

Ahad, April 20, 2008

Antara Hacker dan Komentar


Di atas adalah kenyataan Dato Seri Ali Rastam berkenaan blogging pada tahun lepas, 2007.

Itu tahun lepas. Lain pula tahun 2008, khususnya selepas Mac 8hb, 2008. Pada April 1hb, 2008, semasa April Fool dan Forum yang begitu hebat oleh My KMU di Hotel Singgahsana, Ali Rastam memulakan blog bernama Dari Kacamata Ali Rastam.

Begitulah ahli politik, mudah berubah mengikut keadaan. Kalau angin tiup ke satu arah, condong ke sana. Bila berubah angin, berubah juga.


Mungkin dia melihat Dr Khir Toyo yang baru membuka blog Cetusan Dr Mohamad Khir Toyo menarik komentar sebanyak 580, termasuk dari Husin, pada posting pertama. Maka dirasakan sebagai yang masih kekal sebagai Ketua Menteri, perlu boleh menarik lebih ramai komentar dan perhatian.

Ramai perlu ingat, selain sebagai Ketua Menteri Melaka dan Naib Presiden UMNO, Ali Rastam yang lahir pada tahun 1949 adalah Presiden Belia 4B Malaysia. Walaupun umor sudah 59, dia perlu membiasakan diri dengan dunia orang muda, dunia IT.

Tiba-tiba, keluar cerita April 11hb, 2008, laman blognya di serang hacker hingga terus tidak berfungsi. Eh pelik, tidak pernah-pernah didengari hackers boleh melakukan kemusnahan dlaam sistem blogspot.

Husin terbaca di KLPos. Rupanya blog Ali Rastam diserang komentar sampai 72 orang kerana artikel berjodol "Ladang ternakan babi hadiah pilihanraya".

Sejak dari hari itu, posting itu telah dikeluarkan dan tidak diketahui Dato Ali masih blog lagi. Sudah 10 hari tiada yang terbaru.

Rupanya dia ingat komentar itu hackers. Sekarang dah ada orang korek kenyataan lama.

Masaalahnya Dato, dunia blog tidak sama dengan dunia luar. Blog adalah suara orang ramai. Kami orang biasa, taklah sehebat dan sepandai Dato. Tak akan ahli politik macam Dato telinga tidak nipis dan tidak pandai menjawab?

Pukul 6:30. Hi UMNO ... orang macam ini kamu lantik jadi Naib Presiden kamu. Jaga latihan pulak tu. Letihhhh ..... Nak bertanding lagi pulak!!???

Yooo lahhhh.

Wow! Ali Rastam baik jual unta, dari jadi bloger.

Sabtu, April 19, 2008

George Washington, Kalimullah dan Dolah

Ini cerita best ...

Husin ditanya seorang rakan satu teka teki, "Apa bezanya antara George Washington, Kalimullah and Dolah?"

Tersentak Husin, mendengar Dolah dan Kalimullah dibandingkan dengan Washington, President Amerika pertama. Lalu Husin cuba berjenaka, "Dolah itu Imam Hadhari, Kalimullah itu Dewa Hindu dan Paderi Islam, manakala Washington hanya President Amerika?"

"Bukan. Ketiga-tiga ada perbezaaan dalam hal ciri yang sama," jawab rakan.

Husin tahu Washington adalah peladang yang mengepalai tentera Amerika untuk memperjuangkan kemerdekaan. Dia dikenali mempunyai sikap bercakap benar yang dididik dari kecil. Kisahnya dia tertumbang pokok epal kesayangan ayah, kanak-kanak ini sedia mengaku dan menghadapi risiko kemarahan ayahnya.

"Entah, apa jawabnya?"

Rakan Husin menjawab, "Washington can't tell a lie, Kalimullah can't tell the truth and Dolah Badawi can't tell the difference."

"Ha ha ha ...", ketawa besar Husin.


Memang hebat Kalimullah ini dalam memutarbelit.

Sebagai contoh, lihat bagaimana suratkhabar-suratkhabar Utusan dan Media Prima telah menggunakan gambar yang telah dimanipulasi seolah Dolah itu jauh lebih besar. Tun Salleh kelihatan begitu kerdil berbanding Dolah yang "bigger than life" kerana sedia merendah diri untuk "meminta maaf".

Kesian. Dolah yang tidak tahu membezakan kerana diri hanya itik tempang (lame duck) dan bukan Gorbachev yang cuba digambarkan Kalimullah. Usahanya bukan sebenar membawa keadilan dan mengembalikan keyakinan, malah kekeliruan.

Husin tidak menentang, malah menyokong, usaha untuk mempertingkatkan proses keadilan, tetapi benci dan amat benci dengan pembohongan dan kepura-puraan. Lakukan pengadilan, bukan tuduhan membabi buta!

Kenapa tidak dibuktikan kesalahan, baru dilakukan kemaafan dan penyesalan? Yang lebih musykil kepada orang ramai, adakah begitu rendah martabat hakim-hakim ini yang sedia di "beli" maruah mereka?


Jika Dolah meminta maaf, usahlah bermain politik si "itik tempang".

Rakyat bukan seperti 25 tahun dahulu boleh ditemberangkan dengan mudah. Orang ramai boleh bau suatu konspirasi dan baca blog Husin Lempoyang :-).

Desas desus mengatakan ada peranan menantu Tun Salleh Abas, Shah Hakim Zain disebaliknya? Ini adalah menantu yang menjejaskan keselamatan negara. Dia dan anak Dolah selamat tetapi rakan niaga BSA Tahir dipenjara bawah ISA. Setakat menafikan tidak lagi cukup untuk dipercayai orang ramai?

Jangan ingat sementang ini melibatkan Bar Council, orang ramai boleh mudah diperdayakan. Bar Council dipenuhi kaki mabuk yang suka mengunjung Bar untuk minum bir. Tindak tanduk mereka banyak mengsangsikan. Mereka pernah berarak membuat tuduhan berasaskan bukti yang tidak sahih.

Semalam, Ambiga puji Dolah macam bercinta untuk memohon dipertimbangkan 5 tahanan ISA Hindraf. BSA Tahir tidak disebut. Inilah keadilan dipandangan mata Bar Council.

Tak apalah.

Oleh kerana Dolah masih tidak buang sikap suka mencari populariti apa cara sekalipun, kita hantar SMS untuk Dolah yang nampaknya lena di Akademi Fantasia. Sila hantar ke 84367 atau TIDOR.

Nampaknya kalahlah Dafi, pasti paknya Ismail Sabri berikan SMS pada Dolah. Tapi bukan kerana Khairy, dia hanya kawan, bukan tukang arah :-)

Wow! Husin lebih untung jual orang dari jual unta, tapi tidak mudah untuk diri dijual. Ana mahu mati dalam iman ...

Khamis, April 17, 2008

Bila pula Muhyiddin ada cita-cita jadi Pengerusi UMNO?



Tan Sri Muhyiddin Yasin menyatakan dia tidak ada rancangan untuk bertanding untuk dua jawatan tertinggi di dalam UMNO pada musim pertandingan bulan Disember.

Baik cakap betul-betul Tan Sri, dua jawatan tertinggi itu adalah Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap UMNO. Kalau itu yang dimaksudkan, terlepaslah Tan Sri Onn Ismail dan Dato Badruddin Amiruldin dari saingan.

Bagaimana kalau ada pencalunan untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, Tan Sri? Tak ingin ke?

Wow! Seronok juga jadi batu api. Macam jual orang.

Dolah Visit A Primary School

These days we hear a coordinated effort to preserve Dolah Badawi by the Opposition and Dolah's faction in UMNO citing under his leadership that there is more press freedom and freedom of speech.

Dolah believes in such freedom that he is regularly open for questioning during press conference and UMNO briefing. Kalimullah have done a fine job to ensure the Prime Minister is presented in a balanced manner.

To show Dolah is dedicated to transparency, he made a visit to a primary school to talk about the corruption together with all his tough looking bodyguards. After his talk, he offers question time.

One little boy puts up his hand and Dolah asked, "What is your name?"

"Liong."

"And what is your question, Liong?", Dolah asked.

"I have 3 questions ... First, why did Malaysia Prime Minister open ceremony for his relatives' Nasi Kandar in Australia? Second, why many Indians wanted Samy Vellu to stepp down yet he is still their leader? Third, why corruption is obvious now in Malaysia but not so before Mahathir stepped down? What is the difference?"

Just then, the bell rings for recess. Dolah inform the kiddies that they will continue after recess.

When they resume Abdullah says, "Ok where were we? Oh, that's right... question time. Who has a question?"

A different little boy raises his hand.

Abdullah points him out and asked him, "What is your name?"

"Linkam."

"And what is your question Linkam?", Dolah asked.

"I have 5 questions ... First, why did Malaysia Prime Minister open ceremony for his relatives Nasi Kandar in Australia? Second, why many Indians wanted Samy Velu to stepped down yet he is still their leader? Third, why corruption is obvious now in Malaysia but not so before Mahathir stepped down? What is the difference?

... Fourth, why did the recess bell go 20 minutes early? Fifth, where is Liong?"

Rabu, April 16, 2008

Relakah Dudok Kawasan Ternak Brader?

Malam semalam Husin pergi dengar Brader Anwar Bin Ibrahim bersyarah di Kelab Sultan Sulaiman. Oleh kerana Brader Anwar sudah menafi dirinya bukan "Perdana Menteri Israel", bermakna Brader menafi terlibat dengan Yahudi dan Zionis.

Anak Husin petang semalam komplen kenapa suratkhabar dan TV cakap mengenai babi. Tak baik. Sudah kita ajar jangan mencarut, suratkhabar dan TV pula mencarut. Betul juga budak ni cakap.

Yahudi tidak makan menate tu. Oleh kerana itu, sesuai kita berhenti menyebut menate tu yang dianggap mencarut. Kita panggil saja menate tu yang tidak ada kaitan dengan Yahudi sebagai brader.

Cerita brader menarik komen terbanyak dalam posting Husin. Semasa kehangatan isu brader kali ini, Husin teringat ada orang berkata:

Badwi di negeri Arab jaga unta
Badawi di Malaysia jaga brader

UMNO bersekongkol dengan kafir
Sekarang macam mana pula?

Ini semua cerita lama buat sindiran. Dulu lain sekarang lain. Kita teruskan kehidupan sahaja.

Cerita brader ini baik dipendikkan saja.

Orang Islam diharam memakan brader tetapi kita perlu memikirkan hak bukan Islam untuk meneruskan budaya mereka. Mufti kata tidak salah membenarkan brader diternak kerana perlu bertimbang rasa dengan kaum lain.

Malah, ada kata tiada salah berniaga brader. Yang haram untuk orang Islam adalah memakannya. Namun, tak akan orang Islam berniaga brader. Wallahu 'alam.

Kerajaan dahulu memang sudah memberi kelulusan bersyarat di Kuala Langat untuk kawasan yang kecil. Kerajaan sekarang mahu bina tempat penternakan brader paling besar di Sepang, tapi belum buat kajian macam untuk Kuala Langat.

Orang Sepang marah kerana kawasan itu dikatakan adalah kawasan pelancongan antarabangsa, tempat projek alam sekitar Bio-Valley dan tempat tadahan air. Menteri Besar kata teruskan. Ia boleh menjadi industeri ekspot untuk Selangor Darul ....

Teringat lagi Husin ...
Dahulu UMNO dituduh membiayai kerajaan dan bina masjid dengan loteri dan judi
Sekarang bagaimana pulak yang mahu mengaut hasil industri brader?

Oleh kerana kita mahu kehadapan dalam isu ini, tidak payahlah kita cerita pasal parti UMNO, PAS, DAP, PKR, MCA, dan lain-lain. Bila dah berkuasa, baru mereka faham pertinbangan yang perlu dilakukan.

Andainya penternakan brader itu bersih dan suci "dalam debu". Kita juga terima andaian bahawa ianya tidak menimbulkan masaalah dan penguatkuasaan baik.

Baik Islam, atau Cina atau bukan Islam, dengan ikhlas beritahu kita sudikah anda penternakan brader dimajukan di kawasan berdekatan kediaman anda?

Wow! Ana berniaga unta dan manusia, tapi brader tak main.

Ahad, April 13, 2008

Asal Zahid Tak Jatuh Motorsikal


Kalau Dato Hishamuddin yang dahulunya Naib kepadanya semasa memegang jawatan Ketua Pemuda sudah bercita-cita mahu mencuba Naib Presiden, tak akan dia tak cuba?

Sekarang dia sudah Menteri penuh, bukan Timbalan. Tak akan orang tidak sedar Zahid sebelum ini adalah Timbalan Menteri Pelancongan dan Timbalan Menteri Penerangan.

Dia adalah Timbalan kepada Menteri "Kekeliruan" Zam. Oleh kerana, Zam tidak boleh berbahasa Inggeris, maka Zahid yang membantu dalam hal penerangan dalam bahasa Inggeris.

Teringat semasa Pemuda UMNO dahulu, dia begitu pitah dalam bahasa Inggeris mempertahankan Dr Mahathir yang telah dihina Lee Kuan Yew.


Alhamdulillah, Zahid sekarang Menteri Dalam Hal Ehwal Agama. Memang layak bekas penuntut Sekolah Izzudin memegang tugasan itu kerana dia boleh menyebut ayat-ayat Arab. Syarahan atau temuramah bersama Zahid begitu bernas sekali kerana ada konsep yang disebut dalam bahasa Arab yang jarang kita dengar.

Ustaz baru ini begitu bersih dan amanah hingga saham Kretam Holdings Berhad yang dipunyai Yayasan Gerak Bakti diletakkan di bawah namanya. Maklumlah undang-undang tidak membenarkan Yayasan memegang saham.

Layaklah untuknya semasa PAU yang terakhir sebagai Ketua Pemuda UMNO untuk konon menegur dengan ikhlas dan bukan atas surohan orang "amanah" yang lain untuk menyebut mengenai Korupsi, Kronisma, dan Nepotisma.

Zahid fikirkan diri sudah layak sebab ada kosong satu di peringkat Naib. Zahid adalah antara yang top dalam pemilihan MKT tahun 2004. Sekarang Khir Toyo dan JJ sudah tidak Menteri lagi. Zain "Badak" Mohamed tidak sehensem, dan sepitah syarahannya, walaupun ia seorang yang berani.

Zahid pun orang yang berani. Semasa dia ditahan polis semasa Reformasi di bawah ISA, dalam beberapa hari sudah keluar. Dia berani ... berani cepat mengaku.

Zahid mempunyai keluarga yang baik. Dia seorang ayah yang baik. Anak pun ada sudah kahwin dan dengan keluarga baik-baik. Dia juga begitu jaga mengenai hal disiplin anak-anak. Apa sahaja sanggup dilakukan demi anak. Semasa waktu lapang, dia suka membuat riadah yang bermakna dan bermutu.

Kalau dia naik Naib, dia dikira tahap lapisan sama hebat dengan Ali Rastam. Malah, dia boleh lagi hebat kerana dia di kira Naib President ulamak macam Tan Sri Wan Mohktar. Bukan itu sahaja, Zahid adalah seorang yang berpotensi untuk menjadi seorang Perdana Menteri. Dia berupaya membawa ... perjuangan yang belum selesai ... menjadi damai abadi.

Annuar Musa jatuh motorsikal dan kerjaya politik menunggu disalai. Anwar Berahe jatuh kuda dan masuk penjara. Asal Zahid tidak jatuh motorsikal lagi!

Wow! Jual orang lagi untung dari jual unta.

Sabtu, April 12, 2008

Satu Hari Di Kedai Burong


Ana mahu cerita satu peristiwa pergi kedai burong untuk beli hadiah harijadi untuk anak kecil ana. Sampai-sampai itu, ana sudah minat sama burong kakak tua. Ada tiga ekor semua tapi ana mahu beli satu sahaja.

Seorang pembantu kedai datang kepada ana dan menawarkan bantuan. Ana pun tanya, "Itu yang warna putih badan kecil sedikit tu, berapa harga?"

"Satu ribu dirham tuan," jawab pembantu kedai itu (cuba di baca dengan gaya Haji Bakhil dalam cerita Labu Labi.)

"Mahalnya," ana kata.

"Mesti la mahal tuan ... kerana dia boleh bercakap-cakap." jawabnya.

"Oh gitu. Kalau begitu, berapa harga yang besar sedikit itu?", ana tanya.

"Kalau yang putih besar sedikit itu, memang lebih mahal. Harganya dua ribu dirham dan boleh juga bercakap-cakap." terang pembantu pekedai itu.

Badan besar sedikit tetapi kenapa mahal, ana berfikir. Ana pun tanya, "Apa special sampai harga double?"

Dengan matanya yang agak lebih terbuka luas, dia berkata, "Yang ini tahu dua bahasa tuan..."

"Baiklah, yang merah ini berapa harga?" ana tanya.

"Ini lima ribu dirham tuan," cepat ia menjawab.

"Adakah ia boleh bercakap 4 atau 5 bahasa?" ana tanya.

"Oh tidak tuan. Dia tidak bercakap-cakap," jawab pembantu dengan bersahaja.

Ana amat hairan macam mana dalam sangkar yang ada burong bercakap-cakap, yang paling mahal adalah burong bisu. Mungkin warnanya cantik merah tetapi tak akan begitu mahal harga seekor burung bisu.

Melihat ana ada berkerut dahi keliru, pembantu kedai itu terus menyambung, " ... tapi tuan jangan salah faham. Burong yang ini memang tidak bercakap, tetapi kedua-dua burong yang pandai bercakap panggil dia bos ... Mestilah bos itu yang paling mahal, paling cantik ... walaupun bisu."

Hehehe ... ada faham? Ada faham maksudnya .... ?

Wow! Lagi untong jual orang dari jual unta.

Jumaat, April 11, 2008

Mirror, Mirror ... On The Wall

"Mirror, mirror ... on the wall. Who is the fairest of them all?, " asked the wicked witch.

"You are!", answered the magic mirror.

I am sure we have read the Grimm's Fairy Tales story of Snow White. Have we ever wondered what mirrors Dolah have in his living quarters in Putrajaya?


This mirror is saying he got support.


This one predicted he will get 2/3 majority and even see him brimming with confidence.

This is the one that asked if he was given a glad clap or clad as he takes his a lap at the recent F1 race at Sepang.

Does he realised his mirror are lying to him?

I bet the mirrors are telling him these now.




Hehehe ... he badly needs a mirror that is not lying now.

Rabu, April 09, 2008

PR Lancar Balkoni Antara Bangsa Iktisad


SHAH ALAM 9 Apr - Pakatan Rakyat hari ini melancarkan Balkoni Antara Bangsa Iktisad (B.A.B.I.) bagi memajukan sektor penternakan untuk ketiga-tiga negeri yang dikuasai DAP.

Menurut satu kenyataan, B.A.B.I. adalah suatu usaha untuk menggantikan program NCER dengan memberi fokus kepada sektor penternakan babi. Ia akan melibatkan melibatkan negeri-negeri asal NCER, kecuali Kedah. Selangor yang sebelum ini tidak dikaitkan dengan mana-mana Koridor Ekonomi telah digabungkan sekali.


Pemimpin Pakatan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim menyatakan di dalam ucapan pelancaran mengatakan program ini digalakkan oleh International Monetary Fund (IMF) dan IMF telah memberi komitmen untuk menyalurkan bantuan.

Mengikut sumber Jabatan Penternakan, jumlah ladang babi di Selangor adalah 137. Manakala jumlah ladang penternakan babi di Perak adalah 152. Pulau Pinang merupakan negeri penternakan babi yang terbesar dengan 227 ladang.

Dijangka 1,500 ladang sedang dirancangkan untuk keseluruh B.A.B.I.

Sumber DAP Pulau Pinang menyatakan Selangor terpileh untuk menjadi negeri contoh yang akan menggunakan kaedah penternakan bersistem yang dipanggil Singapore Hoove Integrated Technology (S.H.I.T.).

Khalid Ibrahim, MB Selangor menyatakan keputusan kerajaan BN untuk memberi kelulusan bersyarat untuk projek penternakan moden skala kecil di Kuala Langat dianggapnya sebagai kelulusan untuk skala besar di Sepang.

B.A.B.I. akan menggantikan pendekatan Islam Hadhari dengan Islam Liberal Masyarakat Madani yang serba boleh. Islam Liberal hanya berbeza sedikit dari pendekatan moderat Islam Hadhari.

Tambah kenyataan ini, penerimaan pendudok perkampungan Melayu kepada kebebasan babi untuk berkeliaran seperti babi yang diternak oleh keluarga Siam Tumpat akan menyumbang kepada pembinaan negara bangsa Malaysian Malaysia.

Manakala itu, Kedah dan Kelantan akan digabungkan untuk menjadi Daratan Utara Balkoni (DUB) yang akan berfokus kepada penternakan cicak Saudi Arabia, bernama dub. Cicak dub adalah aphrodisiac yang halal dimakan dan boleh dibuat minyak urut. Pelancaran dijangka pada bulan Julai ini. - Agensi Husin Lempoyang

Biarlah tegang ... lagi best


Setelah 10 tahun, Dato Hishamuddin, Cucu Onn Jaafar, mengundur diri dari jawatan Ketua Pemuda. Memegang jawatan di dalam badan sukarelawan dan politik memerlukan banyak pengorbanan masa, wang ringgit, tenaga dan keluarga. Terima kasih Dato Hisham di atas pengorbanan yang telah diberi.

Beliau menyatakan bahawa beliau meninggalkan Pemuda di dalam keadaan stabil dan tidak tegang. Ada yang mungkin mempersoalkan mengenai kestabilan Pemuda sekarang tetapi jika difikirkan beliau mengharungi keadaan tahun 1999, ada kebenaran disitu. Mungkinkah beliau secara tersirat dapat melihat Pergerakan Pemuda akan menjadi bertambah stabil selepas ini?

Semasa bersembang-sembang minum kopi di satu kompleks membeli belah semalam, seorang ahli politik berkata, "Buat apa stabil, biar lah tegang ... lagi best."

Berdekah-dekah mereka yang berada satu meja.

Husin hanya memikirkan selepas keadaan yang tegang, mereka-mereka yang mengharungi menjadi lebih keras dan tahan lasak. Baguslah perubahan sedemikian. Apa maksud Dato ini yang best dan merasa bestnya? Inilah orang politik, cakap dan ketawa membawa seribu maksud. Mungkin baru buat reflexology, tengah rindukan isteri.

Cuma yang dapat dilihat UMNO berada dalam keadaan tegang atau lebih tepat suasana bersaing. Semua jawatan-jawatan dijangka akan ditanding dan akar umbi mahu bawa perubahan dan pertukaran. Kalau mahu perubahan, kena berani bertegang sedikit. Jangan suruh-suruh orang lain tetapi sendiri bersuara, ke hadapan bertanding, dan berani melawan yang tak betul.

Diperingkat Pemuda UMNO, Mukhriz dan Khir Toyo sudah masuk gelanggang untuk Ketua Pemuda.

Ismail Sabri, pemanas kerusi Khairy di KBS dan Shaziman, sepupu Khairy sudah ditolakkan ke hadapan. Shaziman sedang uruskan Kementeriaan, tapi hari ini kata belum dapat ilham.

Hendak, cakap hendaklah!

Ismail Sobri belum fikirkan lagi kerana tengah mengendeng ... oppppss tengah fikirkan Kementerian. Tak apalah, yang ni bukan janda tetapi bujang.

Desas desus paling kuat mengatakan Norza Zakaria akan cuba. Dahlah tak dapat bertanding pilihanraya, atau sebenarnya bersyukur tidak bertanding pilihanraya. Jawatan Setpol pun katanya akan terlepas. Kesian anu "... keciknya!!!!"

Selain itu, desas desus berkata Azimi Daim, Zahidi Perlis, dan Aziz Sheikh Fadzir pun ada cita-cita. Azeez tak ada niat, takut kena tembak ... hehehe.

Azimi ... awat dulu mengundur. Banyak pengorbanan kamu memberi laluan memberi pemimpin "veteran" UMNO yang "banyak" berjasa dan selalu "menang" macam-macam pemilihan untuk naik Naib Pemuda tanpa bertanding. Baik cakap siapa suruh?

Zahidi Perlis bukan lagi Adun Perlis. Jawatan Ketua Bahagian bakal kena langgaq, rasanya. Dulu rapat dengan Pak Lah, kemudian renggang konon marah dengan Khairy. Lani dah balik semula .... Bahaya lalang yang tak di tebas dan racun, banyak ular. Ini mesti sedang kelam kabut tak ada jawatan. Orang politik tak ada jawatan maknanya pencen.

Aziz Sheikh Fadzir, bekas Naib Ketua Pemuda, pula katanya berjumpa seorang lama berpengaruh untuk menawarkan diri untuk mengendurkan keadaan. Mintak Mukhriz dan Khairy tidak payah bertanding.

Hendak cakap hendaklah. Kaki belit si Mamak ni. Nak naikkan diri, suruh orang undur. Haram jadah nak pakai taktik Khairy masa naik Naib. Dia ni dua-dua Mukhriz dan Khairy konon berkawan tapi di belakang-belakang saja. Lantak hang, jangan main belakang cukuplah.

Apa hal pun Mukhriz cakap dan Khir Toyo pun begitu, siapa yang hendak lawan masuklah. Ramai ini hanya pakar undur. Samseng sebenar akan timbul nanti.

Khairy sedang berhati-hati... itu dia. Ketua Pemuda N9 kata mengikut tradisi Pemuda, Naib layak naik Ketua dan Khairy paling layak. Hishamuddin baru-baru ni kata tak ada tradisi sedemikian dan siapa-siapa boleh cuba.
Hendak, cakap hendaklah... kalau takut-takut cuba jawatan pemeriksa kira-kira sajalah, Khairy!

Biasalah budak pengecut. Takut berdebat. Bertanding jawatan asyik suruh orang undur saja ....

"Pak Lah, Pak Lah ... inilah orang yang sabotaj UMNO! Tangkap dia. Tangkap dia." Apahal pun, kalau Pak Lah kena tentang, Khairy tak boleh lawan. Kalay Khairy, lunyai lah Pak Lah besoknya ... hehehe

Isnin, April 07, 2008

Antara Dua Dewan

Satu Berani dan Satu Nafi

Mengikuti berita dan ulasan dua perjumpaan serentak di waktu pagi semalam, dirasakan "Antara Dua Darjat" sedang dimainkan.

Kisah percintaan yang terhalang kerana perbezaan. Anak muda jatuh hati dengan puteri. Bila mesra menjadi sayang, terputik cinta keluarga menghalang.

Di Ballroom De Palma, penuh dengan akar umbi. Menuntut perubahan dan pembaharuan denagn berani. Semangat berani, demi menyelamatkan perjuangan dan parti.

Jerit sorak didengari, sana sini berbunyi "Berani! Berani!" Mereka yang menyatakan tanpa takut, tidak gelisah menuntut. Perkara silam diperakui kesilapan. Tuduhan salah tidak akan beralah.

Di Dewan Merdeka DYMM Raja Abdullah mengeluarkan perintah. Bersuara bagaikan raja yang berkuasa. Bermati-matian mahu mengekalkan - jawatan, harta kekayaan dan keturunan. Dewan yang indah bermartabat tetapi yang hadhir tidak sehebat. Hanya tahu menidak nafi dan menghalang cinta perjuangan yang hakiki.

Tiada jerit pekik yang bersemangat. Bukan suara Melayu hanya "Nahi! Nahi!" Bukan nilai Melayu dan Islam sifat berdusta, menentang kebenaran itu berdosa dan menafi kenyataan itu buta. Hanya pengecut menggunakan ugutan dan mencari yang lepas-lepas untuk alasan.

Jasad boleh dipaksa dan perpisahan boleh diusaha. Apabila jiwa sudah menerima, walau dipisah Temasek, debunga cinta masih ada.

Sentiasa segar disanubari, walau ingatan belum berperi lagi. Dalam diam-diam, suara hati mula kedengaran. Piano ditekan "Getaran Jiwa" berkumandang.

Hanya masa menjadi penentu, yang dinantikan akan bertemu. Tengku Zaleha (perjuangan) yang jelita akan bertemu yang dicinta (pencapaian).

Cukup sudah masa.

Suara marhaen mesti dijayakan jua, walau sementara. Lepas itu dikekalkan selamanya, warisan Melayu mesti sampai ke akhir masa.

Dalam suasana hening pagi, Husin Lempoyang menukilkan hati. Antara pertembungan si berani dan si nahi, muga kembali cinta yang belum menyerah diri.

Sabtu, April 05, 2008

Kisah Gelap Kemerahan dan Pink Selamanya


Kak Pidah telah digugurkan Dolah dari Kabinet barunya. Ini telah menimbulkan kemarahan Pergerakan Wanita UMNO. Apa tidaknya dengan USFTA tengah peringkat pusingan rundingan peringkat akhir-akhir, kenapa keluarkan Kak Pidah dari MITI? Ada macam konspirasi saja?

Ramai menyatakan Kak Pidah digugurkan kerana menulis surat 16 muka kepada Dolah meluahkan sebab musabab BN tewas. Surat itu menyebut peranan Khairy dalam kekalahan UMNO dan BN di PRU12.

Sebagaimana yang diketahui ramai, Dolah memang pantang dengar orang mengadu mengenai salah laku Khairy, dia akan pertahankan dengan satu tindakan Bodowi. Satu lagi pantangnya adalah bila anak dan menantu membuat permintaan, kemungkinan besar dikabulkan.

Pak Lah dikatakan telah buat salinan surat untuk Khairy. Si Khairy telah buat satu untuk ibunya, Dato Rahimah. Ibu si berok ... entah berok juga ke tidak ... telah menalipon Kak Pidah dan dia telah dibancuh kaw kaw punya. Semasa Mesyuarat MT UMNO yang panas empat jam baru-baru ini, Kak Pidah dikatakan diam .... membara.

Sebelum itu, Exco Wanita UMNO telah meluahkan ketidak puas hati diatas pengenepian Wanita UMNO dari Kabinet baru untuk memberi lebih keutamaan kepada Puteri. Dalam sidang akhbar, Azalina disebut sebagai bukan mewakili Wanita. Ini mendapat reaksi Azalina yang menyatakan Puteri UMNO yang sudah lebih umor adalah ahli otomatik Wanita.

Macam mana hendak mendefinasikan Wanita dan Puteri? Ini yang mengelirukan. Husin bertanya kepada seorang makcik aktivis Pergerakan Wanita UMNO dari Perak. Jawapannya menarik ...

Bila dah peringkat Wanita ni dekkk ... benda-bendanyaaaa ... dah gelap meroh. Dah habis lunjei diuli, dipuleh, di .... rameh dan gomoi. Makcik tak sebut pasai roti ni. Kalau Puteghi, masih pink-pink. Itu yang baju, warna cam tu dek.

Betoi si Aza tu umor dah lanjut ... tapi benda-benda dia tu pink selamanya ....

Ha ha ha ... tetapi dalam ketawa, terkejut berok Husin mendengar seorang Wanita yang bercakap begitu terus terang.

Cuma terfikirkan desas desus yang Husin dengar Pak Lah mahukan gandingan Azalina dan Mashitah untuk dijadikan Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO.

Ya, Mashitah, ustazah cun yang suami mengekor sana sini. Kalau sudah ada anak tu, pink lagi ke?

Itu yang dalam satu persidangan akhbar yang hampir semua exco Wanita ada, Kak Pidah dan Syahrizat sindir ... "Kalau ada yang mahu berusaha untuk memecahkan kami ni, soreee ..... la".

Bakal menariklah pemilihan tahun ini. Pesanan untuk Ustazah cun, yang Husin berkenan. Tolong tidak salah faham, Husin berkenaan dengan kepitahan dan perawakan lah! Jangan dinoda imej lagi untuk berganding dengan Azalina. Tak payahlah ikut-ikut Pak Lah lagi, dia adalah liabiliti politik ... soreee orang nak undi nanti.

Wow! Ohh maaf ... wanita dengan wanita bersaing, Husin takut hendak jual siapa-siapa. Takut ...

Jumaat, April 04, 2008

Yang Hendak Hanya Jawatankuasa Masjid




















Petikan tulisan blog Another Brick in the Wall

Walau bagaimana hebat kebolehan seseorang, dia perlu penerimaan makmum untuk mengimamkan sembahyang jamaah. Tanpa menghurai senarai statistik, Imam Hadhari sudah tidak boleh diterima oleh jamaah rakyat dan ahli-ahli UMNO diakar umbi. Hanya Jawatankuasa Masjid sahaja yang masih berdegil tidak menerima kenyataan.

Rasanya ketua ugama negeri pun dah tidak suka. Apa yang makmum takut sangat untuk tukar Pak Imam?

The Many Faces and Possible End


I used to laugh at Gus Dur for he did not looked like he knew what he was doing and sleeps in functions, angry at George Bush for his lies and deceptions that led to the invasion of Iraq, disgusted at Marcos for accumulating billions from corruption and ill-gotten gains, and disappointed at Blair for being the American puppy dog.

Now I laugh at myself for having a PM with all those qualities.


Isn't he incorrugible?


He wish to end it like George Bush but he should be ending it like Tony Blair. He could remain in defiance to end it in shame like Gus Dur, or disastrously like Marcos.

Khamis, April 03, 2008

Khalid Ibrahim ... Banyak Tulus Tapi Al Fulus Wal Bulus

Sudah seminggu Husin terkentut-terkentut. Walaupun velum baik sepenuhnya, syukran dapat lega sedikit.

Ana lega kerana ada pengumuman vaik la. Ana memang tegur semua orang. Bila dia terima teguran, ana patut kasi fuji la.

Ana banyak takut la .... Pembangkang tidak boleh ditegur. Vila ana jual pemimpin tidak baik BN, mereka suka. Mereka marah bila ana tegur pemimpin mereka la.

"Tidak boleh, tidak boleh. Ente vanyak jahat," mereka kata sama ana.

Vaik la, mahu tahu pengumuman apa? Tan Sri Khalid sudah umum pendirian kerajaan negeri mengenai deklarasi harta ahli exco.

Memang hebat!

Maklumat am akan diketahui orang ramai, manakala repot perincian diberi kepada MB dan agensi kerajaan berkenaan setiap 6 bulan. Kaum keluarga pun dikehendaki membuat deklarasi, khususnya isteri dan anak-anak bawah umur 21 tahun.

Tulus! Tulus!

Namun, ana ada fening lalat keliru la ... anak muda bawah umur 21 sebagai tanggungan mana ada fulus la! Biasanya anak muda bawah 21 belum bekerja, hanya habiskan fulus. Apa dia maklumat am? Kena tahu fulusnya la!

Prot prot ... sudah ana cakap, ana kentot bila keliru. Ini banyak tulus tapi al fulus macam wal bulus

Wow! Mana untung jual orang dan unta atau jual saham Guthrie dan Guthrie sekali?

Oh Deris, Oh Deris


Deris oh Deris kenapa engkau nangis,
Macam mana tidak nangis,
Aku turun takhta,

Deris oh Deris kenapa turun takhta,
Macam mana aku tak turun,
Pak Lah dah surrender.

Dolah oh Dolah kenapa kau surrender,
Macam mana aku tak surrender,
Raja sudah murka.

Dolah oh Dolah kenapa Raja Murka,
Macam mana Raja tak murka,
Sebab Deris kurang sopan.

Deris oh Deris kenapa kau kurang ajar,
Macam mana tak kurang ajar
Hati aku geram.

Hati oh hati kenapa kau geram,
Macam mana aku tak geram duit
Negeri Patrick Lim baham

Rabu, April 02, 2008

Suara Tidak Dapat Aum, Belakang Masih Mengigit

Sejak Barisan Nasional kalah teruk di dalam PRU12, suara Khairy didengari sekali saja di dalam media perdana.

Khairy hanya mempertahankan tuduhan dirinya sebagai penyebab kemerosotan BN dengan alasan ada beberapa sebab yang lain. Yang sahnya, dia tidak menafikan dirinya penyebab kekalahan BN.

Sejak itu, suara Khairy tidak didengari langung dari media perdana. Bayangkan betapa terpendam rasa tidak dapat menjawab kritikan terhadapnya yang sudah terbuka luas. Lebih geram lagi tidak dapat hentam orang.

Geram punya pasal, Persatuan Bolasepak Kedah jadi mangsa. Berikut adalah laporan akhbar yang ramai terlepas pandang:
Utusan
Selasa, 25 Mac 2008

Tiket percuma: Khairy belasah kerajaan Kedah

Mac 24 Kuala Lumpur: Persatuan bola sepak negeri yang memberikan tiket percuma bagi perlawanan bola sepak dalam liga tempatan perlu membayar levi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin berkata, tindakan persatuan bola sepak negeri yang menawarkan tiket percuma kepada peminat bola sepak khususnya di Kedah dikhuatiri mengundang masalah.

"Inilah masalahnya bila pembangkang mengambil alih persatuan bola sepak negeri, semua mereka hendak berikan secara percuma tetapi perkara ini perlu mengikut perjanjian yang ditetapkan," katanya kepada media dalam sidang media klinik penyerang Ian Rush di sini, semalam.

Jelasnya, persatuan bola sepak negeri perlu membayar levi kepada FAM jika mereka memberikan tiket percuma kepada penonton yang ingin menyaksikan perlawanan bola sepak liga tempatan.

"Mengikut perjanjian yang telah ditetapkan setiap persatuan bola sepak negeri perlu menjelaskan bayaran levi sebanyak 10 peratus kepada FAM mengikut komisen penjualan tiket yang ditetapkan.

Apa kena mengena dengan pembangkang, Khairy? Kalau marah dengan Mukhriz, atau Dr Mahathir atau Tengku Razaleigh, jangan marah kerajaan nak kasi tiket free. Fahamlah Kedah dah tak ada disko dan pub yang kamu selalu pergi.

Elleh ... Engkau dahulu pun kasi tiket bola free untuk MyTeam.

Sekarang ini, bertubi-tubi Khairy dihentam. Semalam di Hotel Singgahsana, nama KJ dan Pak Lah tidak berhenti-henti disebut, baik oleh penceramah dan juga para hadhirin. Adakah Khairy sudah diam?

Tidak.

Semalam terjumpa dengan rakan yang sudah mendapat kontrak dengan syarikat GLC. Punya marahnya dia kena pow duit. Setelah dapat kontrak secara telus dan bersih, budak-budak yang dihantar kononnya oleh Khairy meminta wang up-front darinya . Kata kawan ini, "Mereka ini macam orang perah ugut meminta wang. Jika tidak diberi, aku takut kontrak yang sudah akau susah-susah usahakan kensel."

Husin mebalas, "Kamu laporkan pada Pak lah,"

"Ah, kau ni macam tak tahu," katanya.

Sementara itu, Kabinet baru kerajaan pun diatur Khairy. Oleh kerana dia tidak dapat menduduki Kabinet, maka dia berjaya meletakkan beberapa orang pilihannya sebagai Menteri - Shaziman, Khaled Nordin dan Ismail Sabri.

Khairy minat nak jadi Menteri Belia dan Sukan. Kamu panaskanlah kerusi itu untuk Khairy ye, Ismail. Kamu pun banyak kes, tunggu masa keluarlah nanti.

Khairy akan kembali di dalam Kabinet Anwar nanti dan merangkap sekali sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Kali ini, Anwar dan Khairy akan berkata, "Wow! Hangpa semua sudah kena kaldaikan."