
Husin tergelak membaca satu cerita jenaka di
Laman Jenaka Online.
Ceritanya adalah mengenai seorang isteri muda yang mendapat nafkah batin yang sempurna dari suami hingga terkentot. Apabila ditanya suami, isteri muda menjawab,”Maaf bang, yang depan ni terlalu gembira sehingga yang belakang ikut bersiul.”
Semuga pasangan pengantin baru itu sentiasa bahagia dan sang isteri sentiasa kentot.
Kalau kentot disebabkan itu, berbaloi juga … puas.
Sejak seminggu dua ni, Husin asyik kentot-kentot. Fitrah badan Husin ini, bila fikiran keliru, perut masuk angin. Masuk saja angin, keluarlah asap.
9 ulasan:
Husin Lempoyang
Kau memang cekap dalam memilih siapa yang berupaya untuk banyak "blooopers".
Ha ha ha ... ada kentot boleh samai solat jamaq qasar.
Kau cuma keliru kan, bukan kau hentam .... spinnnnn!!!!!
Husin Lempoyang
Bagi la peluang dan masa kat depa sat, baru duduk tak dan panas lagi.
Beberapa orang masyarakat cina yang saya temui, mereka memberikan masa selama dua tahun untuk melihat kemampuan BA or BR tapi kebanyakkan orang melayu nak tengok sesuatu dengan serta merta.....
Bagi peluang.....
Malam pertama pun ramai lelaki yang kalah.... he he... betul tak Husin?
bantai husin bantai.bagi depa sedaq sebelum lalok yang berpanjangan.
kalo ikut ko ni semuanya salah. ko je lah jadi wakil pos
ko ni semua salah. terlungkup dunia kalo ko yang jadi wakil pos
Khalid Ibrahim ni memang lubuk yg bakal membawa keriangan kepada rakyat, macam Khairy dan Dolah.
Tak akan nak tunggu dia bertahun2 tahun ... dah kena temberang dengan Dolah ... dari Agenda Melayu ke RMK9 ke Ekonomi Korridor ke apa jadah lagi janji manis mu. Macam2 helah dia tak mahu bertanding dalam UMNO.
Jangan tunggu2 lagi ... masa perancangan 100 hari kena kasi peringat. Kalau dah dua tahun dah terlambat. Belum apa2 dia dah cakap banyak bercanggah. Nanti apa dicakap lain dibuat. Apa dirancanagn apa di sebat.
INi Khalid Berahim dan nuar berahim ni. Dua2 penyangak!
Ini Khalid Ibrahim adalah orang Korporat yang keparat. Tak boleh dipercaya sangat. Dulu bersekongkol dgn taukeh cina Lim Kin Hong. Mana pernah orang kerajaan diberi saham dalam syarikat kerajaan.
Ini nuar berahim punya kroni dari dulu lagi. Yang sama2 dgn nuar poun kroni dulu - khalid ahmad, md norr mutallib, dan lain2. Ini dulu kaki sebat kiri kanan atas bawah. Rimau tak tukar belang beb.
Sdr Husin,
Tidak kedengaran lagi tuduhan Pengundi Hantu selepas PRU12 sebabnya pembangkang menang 5 negeri. Tetapi isunya bukan pembangkang menang atau kalah tetapi kita perlu meneliti sistem pengundian itu sendiri.
Jika diamati bahawa dari mula memang halus sekali kemungkinan undi hantu dapat dilaksanakan atau jumlah undi ditipu. Bila kita keluar mengundi nama dan nombor kad pengenalan dilaungkan dan akan dicatat oleh wakil calon dari kedua-dua belah pihak; kemudian selepas pengundian ditutup. Proses pengiraan undi dilakukan didalam bilik pembuangan undi juga dan disaksikan oleh wakil calon tidak seperti dahulu di mana peti undi dibawa ke pejabat daerah mungkin boleh berlaku sedikit hankypanky. Undi pos sudah disahkan berapa ramai dan diketahui oleh calon yang bertanding. Mana boleh nak jinakkan Pengundi Hantu kerana orang yang dpilih sebagai pengundi hantu mungkin bertukar haluan menjadi penyokong pembangkang dan modus operandi mereka pasti terdedah. Jadi banyaklah rakyat Malaysia kena KANTOI dengan mainan politik PAS; DAP dan PKR.
Benar cakap Tun M bahawa Malaysia akan hancur jika diperintah oleh Anwar sebabnya ada anasir luar yang menyediakan dana untuk pilihanraya ini kepada mereka dan selepas ini mereka akan jadi BARUA bangsa, agama dan negara sendiri kepada kuasa asing tersebut
Tan Sri Khalid patutnya menjadi tauladan declare public dulu asset beliau. Nanti terurailah bagaimana dasar DEB sebelum ini menunjukkan bagaimana ia telah membantu golongan Bumiputra.
Jangan cakap tak serupa bikin.
kentot tu klu kt sabah negeri asal i is "make luv", dipinjam dr bahasa indonesia....;)
Catat Ulasan