Selepas pengumumman peralihan kuasa untuk bulan Jun 2010 dimumkan pada hari Khamis lepas, Khaled Nordin menawarkan diri untuk jawatan Naib Presiden UMNO. Ini menaikkan jumlah yang ingin mencuba untuk bertanding Naib sampai berbelas-belas.
Naib yang ada adalah Muhyiddin Yassin, dan Ali Rastam. Isa Samad menang undi terbanyak tetapi digantung. Muhammad Muhammad Taib pernah pegang jawatan Naib.
Mereka yang pernah cuba untuk Naib dan kini cuba lagi adalah Syed Hamid Albar, Adnan Yaacob, dan Rais Yatim. Mungkin Gani Osman pun akan cuba sekali lagi. Yang sudah umum cuba adalah Hishammuddin Hussein Onn, Adnan Yaakob, Mohamad Hasan, Shahidan Kassim, Zahid Hamidi, dan Rahim Thamby Chik. Ada lagi tertinggal?
Kalau mahu lakukan pembaharuan UMNO, apa kata diumumkan sesiapa yang kalah dalam pemilihan Naib Presiden tidak akan dilantik dalam Majlis Tertinggi UMNO? Berapa agak yang masih ada telor untuk masih mahu cuba?
Husin cuma nak komen mengenai mereka yang sedang memegang jawatan Timbalan dan Naib Presiden UMNO.
Najib sebagai Timbalan Presiden UMNO dikatakan ramai sebagai dalam keadaan tersempit. Selain fitnah mengenai Altantuya, macam-macam pula mengenai Rosmah.
Adakah dia benar-benar terhempit? Kes tuduhan dan fitnah terhadapnya adalah manipulasi Anwar dari Ijok. Ada kata pada Husin, ia dilakukan bagi pihak Dolah untuk menahannya dari bergerak. Anwar perlu tembak Najib sampai dia dijatuhkan dari jawatan Timbalan Presiden dan Timbalan PM.
Semasa dia sedang sibuk menangkis tuduhan, Dolah kacipnya dengan peralihan. Dolah dah patut turun tetapi masih tak mahu. Seolah-olah macam Najib menerima tapi sungguhkah begitu? Tapi jangan lupa, Najib tahu konar last minit.
Muhyiddin katanya tersempit juga. Dia dikatakan sudah buat regu dengan Najib untuk cuba nombor satu dan dua. Untuk pertahan jawatan Naib, pun nampaknya susah. Kali terakhir dia pertahan, hampir jatuh ke nombor empat.
Dia adalah satu-satu nama dalam UMNO yang tidak sangat tercemar, baik pasal rasuah atau isteri. Orang kata dia mahal sangat senyuman. Maka Husin letak gambar dia senyum untuk menunjukkan ianya tidak benar.
Tan Sri sudah lama bertahun-tahun menyebut mengenai perlunya pembaharuan dalam UMNO. Kali ini dengan tiada orang yang berani bersuara, Muhyiddin ke hadapan menyahut cabaran dan sedia korbankan jawatan demi perjuangan.
Tidak boleh tolak kemungkinan dia bertanding untuk Timbalan, walaupun mungkin kalah dengan Najib. Malah jangan ketepikan dia cuba untuk Presiden. Kalau dah tentu susah dan akan kalah, biar mati action dan jangan mati accident.
Kalau Najib konar last minit, dia boleh bersama hantar Dolah balik Kepala Batas untuk jadi cikgu mengajar ngaji yang paling kaya.
Ali Rastam pula ... ah tak payahlah komen. Mengotorkan kertas mengundi saja. Dah tua-tua masih nak jadi Presiden Majlis Belia, apa punya dewasa? Samalah dengan Syed Hamid, Kodomo Lion di MAYC. Ada pula skandal wang.
Isa Samad sepatutnya adalah Naib Presiden pertama. Berbanding dengan Najib dan Muhyiddin yang serius, Isa orangnya lucu, boleh dibuat bergurau dan sangat loyar burok. Ali Rastam pula, apabila dia serius melucukan.
Isa tak disangka ramai boleh dapat yang teratas. Walaupun dikatakan tempat tong sampah untuk buang undi yang tak mahu diberi kepada yang lain, mesti ada benda yang membolehkan dia mendapat yang teratas. Maka dia ditarget untuk rasuah wang dan didapati salah oleh Jawatankuasa Disiplin.
Sebenarnyo, ramai yang memberi tapi tak ditangkap. Yang tak mahu beri, kena juga beri. Berapa orang nama-nama besar dan Menteri berani tak bagi, kalah untuk tempat dalam MT.
Adakah betul cara pengadilan Jawatankuasa Disiplin UMNO terhadap Isa. Katanya kejatuhan Isa dirancang oleh Khairy untuk kacip pengaruhnya. Itulah cerita yang diterima di Negeri Sembilan.
Isa sudah umum untuk jawatan Naib. Husin rasa susah untuk menang dengan orang begitu ramai. Jawatan tak ada susah hendak menarik undi. Kalau dah susah menang, baik mati action juga, cuba untuk Timbalan. Kalau menang, dapat jadi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin. Sonang kalau kena tuduh lagi? Ha ha ha ...
Wow! Husin mahu lihat Rafidah cuba untuk Naib Presiden. Hidup wanita!
apa2pun, mintak2 ada org berani cabar pak lelah yg senyum tak ikhlas tu. muhyiddin maybe?
BalasPadamSaya mahu cabar sama Husin jadi Presiden Jual Unta...
BalasPadamLagi untung jual unta...
Bila menang boleh jadi perniagaan 10 Beranak dan perniagaan anak-pinak.
2 tahun kalau belajar boleh dapat sijil
BalasPadam2 tahun kalau bertunang mungkin akan putus
2 tahun kalau penagih dadah boleh keluar Pusat
2 tahun kalau menunggu jawatan............???
Saya setuju dengan Hussin, Muhyiddin nampak gaya memahami perasaan Melayu.
BalasPadamHArapnya dia bertindak dan Najib sokong dia.
Saya setuju dengan Hussin, Muhyiddin nampak gaya memahami perasaan Melayu.
BalasPadamHArapnya dia bertindak dan Najib sokong dia.
Rocko
Husin,
BalasPadamHari raya kanak-kanak dapat duit raya
Pilihan raya pengundi dapat gula-gula
Pemilhan raya UMNO perwakilan berhari raya., selepas itu parti dan kerajaan haru hara.
aku rasa mereka ni tak perasan kut anwar dah nak takluk kerajaan buat ape nak rebut2 jadi naib atau timb sebagai parti pembangkang. Kenape aku kate gitu kerna akhir2 ni bn takut sangat dengan anwar sampai rd blok sane sini. cuba tanya balik awat depa takut sangat kat anwar tu dia bukan wakil rakyat, dia tu pada pandangan aku sama je macam org lain bukan ade apa kuasa pun awat dok gawat sangat bn ni. buat malu saje kat dunia luar tengok KERAjaan kita bertindak.Apa macam pandangan hang husin?
BalasPadamAda org memang hanya sesuai jadi no.2... salah sorang darinya Najib. Awal2 lagi Ku Li dah bagi tau, kalau dia menang, dia mau Najib jd timbalan dia. Najib... Najib.... kesian....
BalasPadamThere'll be a better Malaysia without
BalasPadam1. Dollah Al-Tidori
2. Khairy the slippery
3. Kamaludin the greedy
4. Najib the takut bini
5. Karpal the handsome asshole punjabi
6. Gobala the hero of tamil movie
7. Burn the useless PKR MP
8. and worst of all, Anwar the anarchist
saudara husin,,
BalasPadamsetuju sgt apa kata kalau semua yg nak tanding ni, kalau kalah jawatan sedia ada diorg sama ada sebagai MT atau apa pun akan jadi taruhan...leh tgk sape ada berani betul2....
kalau kalah, jadi la mcm husin jual unta lagi untung...wow!!
saya kurang faham mengapa husin beria-ia memandang rendah kepada ds ali rustam. adakah saudara mengenali beliau secara rapat. saya tidak rasa demikian sedangkan nama beliau pun saudara salah ejaan. sebagai anak melaka saya rasakan beliau telah banyak membawa pembangunan kepada negeri melaka samaada dari segi pembangunan fizikal ataupun tatakerja k/tangan kerajaan. sesiapa pun ada kelemahan tetapi jangan kita memperbesarkannya dan lupa kepada kebaikan yang dilakukan. salam sejahtera
BalasPadamMai aku nak buat lawak, mudah-mudahan jadi kenyataan.
BalasPadamKalau kita dok keja pilih jantan untuk jadi presiden dan timbalan. Ada orang kata "yang itu lemah dan lembek. manakala yang ini kurap dan panau".
La niii. Kita cari pengganti presiden UMNO dan timbalan dikalangan WANITA pulak....agak-agaknya....
SIAPA ?
Siapa... pilih yang cantik kaa..
siapa.... yang janda ka..
siapa.. bujang pun syookk juga..
piggy singh...
BalasPadampembetulan.. anwar the sodomist!
Cicit Husin,
BalasPadamRasa2nya Samy Vellu nak tanding Presiden UMNO tak? hahahahah
Apa ada lagi pada UMNO (Untuk Melayu No Otak), bila Paklah umum sahaja peralihan kuasa semua dah senyap. Walaupun ianya dilakukan dengan percanggahan dengan perlembagaan UMNO. Saya seperti TUN M dah buang keahlian UMNO. Pada saya UMNO semakin tak relevan dengan gaya kepimpinan yang flip flop.
BalasPadamKalau Najib tak nak lawan Paklahg, Tan Sri Muhyidin saya sokong100% lawan Paklah sebab beliau berani perjuangankan nasib Bangsa Melayu dan tidak mahu melihat Bangsanya diperkotak katikkan oleh pemimpin Melayu sendiri demi kepentingan peribadi dan keluarga.
i go for najib n muhyiddin!
BalasPadamberani ker nak bgn dlm mesyuarata bhgn nanti??
Najib mana ada telor.. Tak berani punya...
BalasPadamcalon je tok najib utk presiden dan muhyiddin utk jawatan timbalan.. abis cerita... dolah dan KJ bukan boleh buat apa pun.. dia saja je buat UMNO macam parti bapak dia... tapi UMNO ni parti bapak tok nenek hishamuddin hussein onn.
BalasPadamsudin
Alamak ada orang ali ketam marah.
BalasPadamBudak2 mat sirat ... oppsss dato mat sirat!
Entah2 cybertrooper yb tak jadi zain "kalau-tak-mahu-undi-saya-tak-apa" isma ... hehehe
Wow!
Apa yang hendak dihairankan sangat kalau ramai yang berebut rebut jawatan. Kalau Dolah yang lekeh dan rambu macam tu pun boleh jadi PM yang melampau tempoh, tentulah calon lain merasakan mereka lebih hebat dan layak.
BalasPadamDolah dan Najib elok ditolak dari terus memimpin UMNO kerana mereka sudah membuat onar yang merugikan Melayu, gantikan dengan muka yang lebih bersih seperti Ku Li, Muhyiddin, Khaled atau Rais.
Ahli UMNO harus pandai memilih, umpama memilih unta, cari wajah wajah yang camel, itu baru unta namanya..
Kalau Dolah bijak, dia baik bertanding Timbalan Presiden.
BalasPadamBoleh menyelamatkan diri dari tindakan disiplin.... hehehe
Kluangman
BalasPadamSokong niat kau nak bersih. Tapi Khaled .... hmmm baik tak yah.
Kotor sekotornya. Kuat kaut projek. TRC Synergy yang dikuasai Richard adalah cacainya bersmaa Tun Musa dan Shahrir Samad.
PNS dia lepaskan dua kes bankrup, salah satu kes adik Pak Lah.
Ambis tu ingat Tuanku tak nak jadi MB, pasal apa.
Dia penyokong KJ dan antara Menteri yg kuat mempertahankan KJ dan dikatakan orang Johor dah pernah cium tangan KJ.
Cari yg lainlah.
Datin Rosmah
BalasPadamTolonglah!
Lepas guna tolong letak balik dalam seluar.
Dalam politik pun, nak guna benda tu.
Bakhil ni kelakar la hihihi
BalasPadam