Jumaat, Jun 27, 2008

Membina Masjid, Membunuh Yahudi

Tiap-tiap kawasan hendak di bina Masjid Hadhari, kata Dato Ahmad Zahid Hamidi, Menteri "Ugama". Masjid pun hendak di Hadharikan. Padahal apa yang dikatakan itu adalah amalan Rasulullah untuk mengimarahkan Masjid. Tak ada pun dipanggil hadhari masa itu.

Inilah pentadbiran zaman Dolah, asyik kerja meranapkan dan menjenama semula tetapi tak ada apa yang dicapai. Buatlah Masjid Hadhari di negeri-negeri yang dimenangi BN, tak usah cerita Terengganu itu negeri Islam Hadhari Bijak Bestari.

Atas nama Hadhari, Patrick Lim tipu rakyat Terengganu dengan Masjid Kristal tetapi sebenarnya kaca. Dari atas jambatan nampak besar macam Masjid, tetapi sebenarnya surau. Surau berharga RM250 juta yang mana tidak cukup jemaah untuk buat sembahyang jumaat. Taman Ketamadunan Islam yang nampaknya tempat permainan kanak-kanak.


Katanya Tuanku Sultan Terengganu enggan merasmikan Masjid kerana begitu buruk kualiti kerja hingga sana sini rosak dan tidak baik mutu kerja.

Apa pula nak jadi jika banyak Masjid Hadhari nanti. Nampaknya tanggungjawab Menteri Ugama untuk membetulkan keadaan ini dengan kebolehannya menyebut perkataan-perkataan Arab dan ayat-ayat bagi mengembangkan Islam Hadhari. Macam stail Brader.

Baru-baru ini, didedah dalam satu Majlis bahawa Zahid pernah diarahkan Brader dari dalam jail untuk tubuh parti lain semasa dia dilepaskan dari ISA. Orang lain ikut parti itu tapi dia tidak masuk.

Eh eh eh ... macam Dolah yang terlibat dengan S46 tapi tak masuk. Kalau jadi PM, berpotensi menjadi satu lagi Dolah Badawi.

Tapi jangan diperkecilkan. Walaupun Zahid berkebolehan menyebut perkataan Inggeris "father" sebagai "fade", dia ada cita-cita untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. Mahu jadi Imam ummah Melayu dan Islam di Malaysia.

Orang bercita-cita tidak boleh ditahan, tapi kena ingatkan.

Sebelum jadi Imam besar, Masjid sendiri perlu bersih dan aman. Baru boleh jaga Masjid orang lain. Jangan sampai ada timbul fitnah, kerana fitnah dan syak wasangka tidak timbul dengan sendirinya tapi berpunca dari salah laku sendiri.

Hendak jadi Imam besar, kena bersih diri dari perbuatan munafik. Tuduh orang tetapi sendiri pun bikin. Adab dan sopan santun kena jaga. Jangan perangai macam lalang. Baru betul membina Masjid Besar. Kalau tidak, serupa membina Masjid Hadhari.

Wow! Malam Jumaat boleh buat pahala bunuh Yahudi Zionis. Hi Sayang .... kena bina Masjid dahulu baru mandi sama-sama.

9 ulasan:

hanis berkata...

NAK BINA MASJID TU TAK SALAH.... TAPI BINALAH DIATAS SESUATU YANG RELEVANT... DONT BUILD IT JUST FOR A SAKE OF BUILD AND PUT HADHARI NAME JUST FOR POPULAR....

Tanpa Nama berkata...

Macam mana pak lah pilih menteri?

zahid hamidi jadi menteri ugama tapi anak perempuan divideo melakukan zina, dirinya perasuah yg tuduh orang lain rasuah, mencuri saham yayasan, menggunakan kekerasan atas orang lain hingga masuk mahkamah dah 3 kali, dll.

Bagus lah, ornag yg kempen parti lawan seperti zaid ibrahim dan mashitah dpaat jadi menteri.

Zaid yang kasi rasuah sekarang kasi rasuah pada judges dengan duitrakyat tanpa memberitahu orang ramai.

Mat Taib yang sah penerima rasuah jadi menteri luar bandar.

Tanpa Nama berkata...

Ada hal2 mengenai masjid yang dikira sensitif bila dibincangkan, kerana ini berkaitan dengan Islam. Memang betul, bin amasjid tu tak salah, terpulang pada niat pada mulanya. Niat baik, baiklah jadinya. Kalau niat nak bermegah tu, dah lain jadinya. Antara niat biarlah antara developer tu dengan Tuhan. Kita tak payah lah pulak nak buat kesimpulan sendiri terhadap orang lain.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum semua,

Pembinaan masjid itu memanglah tidak salah. Lagipun mempertikaikan isu-isu sebgini adalah agak sensitif, memandangkan mereka cuba menyelitkan fahaman politk mereka dengan agama.

Wakmasnoor berkata...

Islam itu islam. Tak perlu HADHARI. Yang penting menegakkan syiarnya. Bukan menambahkan sedapnya.

Desperado berkata...

Mana la kita nak cari pemimpin yang clean...kalau clean pun, tak samapi 9 bulan...lepas tu branak-anak la dia..semuanya terpengaruh ngan citer hindustan, citer polis yang corupt!


Ish...anak zahid ke tuh?

www.pilihananda08.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Sin..sin..sin

Harini aku baca suratkhabar pasal ada orang buat repot polis anwar sudah liwat dia...
apalagi sin, siasat la cepat..aku nak dengar cerita dari versi kau sin..

ok sin, aku tungguuuuuuu

Wak Din

Tanpa Nama berkata...

To Bro Husin,

It takes me one day to read your blog. It's very interesting and informstive.

I like you make this story in funny way.

Hope to read more from you.

NEW READER

DiNO-JPB berkata...

nasib baik buat daripada kaca..moh dia buat dari plastik kan naya ..duit rakyat