Jumaat, Januari 30, 2009

Orang Minang jual sikat


Susah jadi saudagar unta yang jual orang. Bila ana jual orang, misti ada tak suka. Ada kala kena marah. Tapi ada yang sporting, dia cuma sebut ... celaka kau Husin ... hehehe. Pastinya ada yang ketawa. Sahidul sahabat ana sudah 130. Terima kasih.

Ada satu parti lawan tu tak boleh dijual idola mereka, melenteng macam orang tu maksum seperti Nabi Muhammad yang dilindungi tuhan dari dosa. Tak sporting pun. Padahal najisnya tersebar sekeliling bandar hingga tak boleh tutup.

Kalau jual orang dari kaum Cina dan India, melenting dan macam Jesse James pistol dia pantas dan panggil rasis. Husin sindir Melayu semasa mengucapkan Laya Cina, kena tembak rasis dan tertinggal abad.

Jual Tony, pun ada ingat Husin jual keling. Ana jual Tony nama Portugis, tapi koliang perasan diri orang putih. Pungkoq masih hitam legam.

Boleh kalau mahu debat panjang-panjang, boleh. Tapi Malaysia Today tahan orang Melayu dari komen di portal mereka. Takutlah tu. Mereka ni sebenarnya lagi rasis dan tidak ada tolak ansur. Menyalak, mengaruk dan menyondol saja.

Hari ini ana nak jual orang Minang. Kalau ana kena marah, biar orang Minang saja marah sama ana. Isteri ana pun orang Minang. Kadang-kadang dia senyum dengan cerita ini dan kad-dang kad-dang dia marah. Bila marah, kenalah pujuk.

Orang Minang memang bangsa pedagang dan peniaga. Mereka ni rajin, tak macam orang Ali Rustam yang dondang sayang sebelum padi masak.

Mereka terkenal dengan restoren makanan padang. Selain itu, mereka berniaga menjahit, baiki kasut, gunting rambut, meruncit, perusahan keropok jangit, kueh-kueh, dan lain-lain perniagaan dan kemahiran. Nasib baik, orang Minang tak jual burung dan barang-barang ukiran macma Abdul Wahab dan Abdul Wahub. Kalau tidak, dah lama orang Minang kena jual.

Mereka ni suka tolong menolong sesama kita. Orang Mianang tak henti henti tolong bawak sdara mereka dari Sumatera.

Selalunya orang Minang berjual beli sesama dengan orang Minang dengan harga lebih murah. Bila dia sebut "orang awak", paham-pahamlah harga mesti special. Betul macam orang Cina sesama orang Cina.

Dengan orang lain, tak ada tawar menawar. Sikit saja dikurangkan. Kadang-kadang kena jual ada. Macam sesetengah-setengah peniaga orang Cina.

Ada satu Duta berdagang impot pekpot untuk kerajaan cerita sama Husin mengenai orang Minang. Cerita orang Minang jual sikat di Chow Kit.

Masa itu, fesyen baru sikat adalah sikat plastik yang menyerupai sikat kulit penyu. Peniaga Minang ini pun menjerit, "Mari tuan-tuan dan puan-puan! Sikat! Sikat! Baik punya sikat! Sikat baru! Fesyen baru!

"Ini sikat macam sikat kulit penyu. Warna serupa.

"Sikat ini sangat kuat. Sikat ini mudah dilentuk. Senang untuk mengikuti bentuk kepala.

Sambil melentuk-lentukkan sikat tu, "Lihat sikat dilentuk tak patah kuat. Lentuk kanan tak patah. Lentuk kiri tak patah. Lentuk depan tajk patah. Lentuk belakang ..."

Snap! Bunyi sikat itu patah.

Tanpa ambil napas dan tidak melihat kiri serta kanan, skrip jualannya terus berubah.

"Lihat tuan-tuan dan puan-puan! Mutu barangan ini baik.

"Bagus punya plastik. Luar warna perang. Dalam pun warna perang. Saya sudah patahkan untuk tunjuk. Lihat! Lihat! Lihat! ..."

Itulah nama dia sau-da-garrrr.

Wow! Ana saudagar juga, saudagar jual unta secara halal dan secara sambilan jual orang.

Rabu, Januari 28, 2009

Aiyo Yo ... Ular Ada Banyak


Sebagai seorang saudagar, Husin banyak berurus dengan Bank. Macam-macam Banker Husin kenal. Satu masa dahulu, Malaysia ada banyak Bank. Sesama Banker, mereka suka beri gelaran sesama sendiri.

Antara Bank-Bank tempatan, ada Kunyit Bank untuk Kwong Yik Bank, Tiger untuk Maybank, Bumi untuk Bank Bumiputera, dan Pubi* untuk Public Bank. Dog & Cat untuk Development & Commercial Bank (D&C Bank) dan banyak pun pergaduhan antara pemegang saham. Ular Ada Banyak untuk United Asian Bank (UAB). Untung Melayu Bagi Cina untuk United Malayan Banking Corporation (UMBC).

Bank-bank asing pun ada gelarannya. Citibank dipanggil Bandaraya. Chung Kiaw Bank dipanggil Cangkul. OCBC dipanggil dengan nama teruk sekali Oh Coc* Big Cun*.

Akibat krisis kewangan, banyaklah Bank-Bank tempatan dipaksa bersatu jadi satu. Dog & Cat diambilalih dan bertukar jadi Rashid Hussein Bank (RHB). Kunyit Bank diambilalih RHB. UMBC diambilalih oleh Slime Darby jadi Sime Bank. Apabila rugi di pasaran saham, RHB dipaksa ambilalih dan disatu serta dikuasai oleh Bank Utama.

Bank of Commerce (BOC) ambilalih UAB menjadi Commerce yang besar. Apabila Bumi tak tong lagi, diambilalih oleh Commerce . Hari ini jadi CIMB Bank.

Banyak sekali ular lidi makan ular sawa. Tapi ular Cina tak mahu makan.

Pubi* berdegil tidak mahu ambilalih mana-mana Bank lain dan kekal segar. Hong Leong pun hanya satukan Bank dan Finance kerana dia kroni B.A.B.I. yang masa itu MOF. Dua-dua manyak hapi pasal susah jadi ular lidi telan ular sawa.

Ingat hilang sudah peristiwa ular lidi makan ular sawa. Rupanya masih ada apabila ECM Libra makan Avenue Asset. Air Asia pun makan business MAS.

Tak sangka sekali UAB masih kekal hidup lagi. Dia bukan lagi Bank tapi syarikat kapalterbang. Baca di Malaysiakini sini, sini dan sini. Ular Ada Banyak segar dalam Air Asia. Tapi tolong jangan panggil Tony sebagai Fatso. Nama dia Fernandez macam orang Portugis.

Wow! Rupanya jadi ular lidi lagi untung dari jual orang. Lagi selamat berniaga unta.

Selasa, Januari 27, 2009

Kita Olang Laya Cina Hapi

Wa tak lapat MB, tapi semua Melayu ADUN dan MB
lenga cakap sdala Chin Peng - Ngeh (kiri) dan Nga (kanan)

Hehehe ... Hohoho ... Hahaha ... Wa Hapi New Yer.

Ini tahun wa manyak selonok Laya Cina.


Semua wa mau, wa lasa semua lapat. Semua manyak sayang sama wa. Itu UMNO manyak takut. Itu PKR Melayu lagi takut sama wa.

Itu PAS ... haiya cincai la, dia lagi takut sama wa. Itu Ngeh sama Nga sain itu Pangkor II sama Nija.

Wa punya undi manyak dipentingkan ...

Olang Cina KT 11 pelatus tapi lapat peluntukkan.
Melayu 88 pelatus selonok tapi lapat kosong.

Hahaha ... bodo Wan Palit cakap itu macam.
Kita olang tau dia manyak sombong
Kasi kepala atas wa besar jadi kulang asam.
Kepala bawah wa hapi keluar gam.

Sekola Cina lapat juta-juta Gomen kasi.
Tapi kita olang tak kasi Gomen undi.

Hohoho ...

Ini tahun laya haiya ... wa manyak hapi.

Wa mintak melitokrasi
Sikalang ha .. suta lapat bertong-kasi ...

Itu Melayu manyak bingung

Gatuh sampai bila-bila ... Tak tong! Tak tong! Tak tong! Tak tong! ...

Hehehe ... Tahun tikus manyak untong.

Kasi itu bunyi kuat-kuat ma ... Tong! Tong! Tong! Tong! ...

Tong si tong si tong sini
Tong si tong Melayu kasi

Tong si tong Lolah Botowi ...
Tong hidung Nija kasi (tarik) ...
Tong si tong Anwar Belahi ...
Tong si tong beli Khairy

Tong si tong si tong sini
Tahun tikus manyak kasi
Tahun lembu tak bole joli

Kerja kuat kasi makan babi ...lo.

Isnin, Januari 26, 2009

Siapa calun Timbalan berkempen atas kapalterbang?


[Maaf, posting sebelum ini kena tarikbalik. Malu, salah orang. Ini ada cerita baru.]

Sebelum membaca cerita politik kapalterbang dalam UMNO, Husin ada diberitahu mengenai satu calun Timbalan Presiden UMNO yang naik kapalterbang Air Asia.

Semasa PRK KT, calun TP ni naik kapalterbang Air Asia untuk ke sana kononnya untuk membantu jentera kempen. Tahu sajalah Air Asia ni free seating, tak ada VIP lounge dan special treatment. Kena queue macam orang lain.

Kapalterbang rakyatlah katakan. Penyamun korporat orang tak nampak.

Sebab dah biasa boarding lambat bila naik MAS, begitulah juga bila naik Air Asia. Kenalah dia cari. Bila lambat, tempat duduk di belakang kerana di depan dah penuh.

Hairan kawan. Kenapa calun TP kita bersusah payah?

Nak duduk belakang nak merenung dan mengawan? Tengah time pemilihan, jangan buat skandal tak tentu pasal.


Bila dia masuk, dia boleh salam semua orang dari depan hingga ke belakang.

Tepuk dahi. Rupanya dia berkempen. Kemungkinan mengharap ada antara penumpang adalah perwakilan UMNO ke PAU bulan Mac.

Pasti calun TP ini tinggi markah PR di hati perwakilan UMNO. Katanya perwakilan bukan kira sangat dari isi kandung (content) seseorang itu. Tak apa atas kosong, janji ramah berkawan.

Inilah namanya seorang ahli politik, tetapi bukan seorang pemimpin. Siapa agaknya ye?

Tapi yang tak berPR, kenapa pula? Malas dan yakin?

Wow! Ana hanya saudagar unta yang lagi untung jual orang dari jual unta.

Sabtu, Januari 24, 2009

Now everyone can ...


Slogan Air Asia yang sering kita dengar adalah "Now everyone can fly."

Dengan Sime Darby menjelaskan mereka hanya menjual tanah dan Air Asia yang akan membina Airport, tidak lama lagi layaklah ditukar slogan menjadi "Now everyone can own airport."

Tetapi penjelasan ini mengesahkan Sime Darby telah berbohong dalam pengumuman mereka pada Januari 5hb, 2009 kerana kerajaan mengesahkan kelulusan untuk membina LCCT belum muktamad. "Now Government can fry Musa Blackheart and Sime Darby."

Inilah dia ... Malaysia Boleh!

Air Asia ini nampak gayanya semua yang dimintak dapat. Mintak laluan MAS, dapat. Mintak tiap-tiap hari slot awal sebelum MAS, dapat.

Mintak Rural Air Service (RAS), dapat. Tak mahu RAS, MAS dapat balik (dengan kapalterbang kemek).

Tak mahu bayar MAS maintenance, Penerbangan Malaysia Berhad bayarkan RM80 juta. Tak mahu bayar Airport charges, tak apa RM110 juta saja. Mintak diskaun, dapat.

Tak mahu buka counter lebih, salahkan airport buka gate sikit. Tak peduli orang beratur dan tunggu lama, salahkan Airport kecik. Tak kisah delay, salahkan airport (bukan kelambatan punggah barang pakai Bangla.) Tak mahu pakai Aerobridge, dapat jalan atas tarmac (walaupun salah dari segi undang-undang).

Minta lebarkan airport, dapat di Ipoh, Melaka dan lain-lain tempat. Tak mahu pakai peduli mak dia, dapat (sebulan saja guna airport Ipoh.)

Akhirnya boleh mintak Airport, nampak gaya ada yang nak dapatkan. Percayalah, akhirnya permintaan untuk lihat kapalterbang berlanggar di udara, tentu dapat.

Air Asia dapat.

Macam mana pun tiket tetap murah.

Tapi tak lama lagi nak masuk airport, kena 'entrance fee'. Nak duduk, kena 'sitting fee'. Nak berjalan dalam Airport, kena 'walking fee'. Nak ke tandas, 'maintenance fee'.

Nak beratur beli tiket, kena 'queuing process fee'. Nak troley, kena 'troley service fee'. Nak guna tangga kapalterbang, kena bayar 'take-off fee'.

Nak tengok senyum stewardess, kena 'smiling fee'. Nak mengurat, kena ' pimp fee.'

Inilah dia ... Malaysia Boleh. Air Asia dapat.

Wow! Now everyone can cry.

Khamis, Januari 22, 2009

Bila kapal karam ...


Kita selalu dengar jenaka mengenai bangsa dan bunyi alat musik ketuk (percussion) yang dimainkan sebagai menandakan keuntungan perniagaan peniaga-peniaga satu-satu bangsa. Yang Cina berbunyi ... tong tong tong. Alat undi India berbunyi macam tabla ... kara kara kutung kara kara kutung. Bunyian gendang dan gong Melayu macam ... tak tong tak tong tak tong.

Husin ada satu lagi cerita mengenai perbezaan kaum. Kali ini adalah cara lain-lain bangsa menangani krisis kapal yang dinaiki tumpang nak karam di laut.

Kalau orang Cina, dia sudah sedia atau mungkin akan menyediakan 10 benda utama yang ringan dan perlu dalam kecemasan, kemudiannya lompat kapal. Manakala orang India selalu tak berapa fikir panjang tetapi cepat campak apa-apa barang yang boleh dicapai. Mereka tak mahu keturunan mereka diajuk sebagai anak keling karam, maka dia cepat lompat untuk menyelamatkan diri.

Tapi orang Melayu pula akan mesyuarat dahulu untuk kaji dan bincang. Kemudian, mereka akan lihat dan memantau keadaan. Apabila dah betul-betul karam, baru mereka nak cari jalan untuk lakukan sesuatu.

Mereka yang tak dijemput masuk mesyuarat tidak buat apa-apa. Kena tunggu keputusan mesyuarat untuk melompat, walaupun orang lain sudah melompat. Mereka tidak akan desak ahli meyuarat supaya membuat keputusan untuk lompat kapal. Padahal mereka lebih tahu dan lebih pakar, tapi mereka tak dipilih masuk mesyuarat. Namun begitu, mereka tidak akan melompat mendahului mereka yang bermesyuarat. Sebabnya tidak boleh mendahului ketua, takut dikenakan tindakan atau dibuang parti.

Bila sudah sampai masa nak lompat menyelamatkan diri, yang melompat dahulu adalah mereka yang dalam mesyuarat. Mereka yang tak bermesyuarat tak sempat lompat dan mati. Yang menariknya, kadang-kadang mereka yang tak bermesyuarat tahu cara untuk menyelamatkan keadaan, membaiki kapal, dan mungkin sekali untuk menyelamatkan kapal.
Inilah perihal orang Melayu. Dalam menyebut orang Melayu, Husin nak khusus untuk orang UMNO yang selepas menerima kekalahan di PRU12, Permatang Pauh dan Kuala Terengganu masih nak bermesyuarat lagi.

Orang PAS mungkin mahu menafikan mereka bukan demikian kerana mereka tidak mahu dikenali sebagai Melayu. Tapi selalunya apa berlaku dalam UMNO, akan mengikut dalam PAS. Melayu juga, cakap Melayu, makan Melayu, cara hidup Melayu, ugama sama yang dianuti orang melayu iaitu Islam. Sama pertahankan menentang PPSMI.

Orang PKR tak mahu mengaku Melayu tapi Malaysian. Lantaklah mereka berebut dengan DAP nak mengaku lebih Malaysian Malaysia. Mungkin betul, kerana masa Mesyuarat Agung, kelihatan di bahagian pemerhati banyak Hindraf. PKR bukan parti Melayu pun. Pemimpin Melayu mereka takut nak bincang isu Melayu dan Islam yang seperti tertera dalam Perlembagaan kerana takut dengan ahli-ahli mereka dan DAP.
Wow! Kalau kapal Husin tenggelam, selamatkan sperma unta yang dalam tabung uji. Boleh biakkan jadi banyak unta.

Isnin, Januari 19, 2009

Tak terfikir apa yang dikatakan Abang Tuah


Dalam memberi komen mengenai kekalahan di PRK KT, Muhyiddin berpendapat faktor tarikan sudah tidak ada. Panjang lebar dia bercerita mengenai persepsi dan perlu muhasabah diri di sini.

Ali Rustam berkata masaalahnya senang saja. Kalau peratusan undi 83% seperti masa PRU12 dan bukan 79%, pasti BN menang. Perbezaan 3% itu boleh diterjemah kepada 3,000 undi.

Katanya lagi, UMNO kalah kerana pengundi percaya kepada dakyah yang dibawa oleh PAS.

Puh ... tepuk dahi Husin.

Tak sangka dan tak terfikir itu penyebab UMNO kalah di KT. Mana tak, 79% tak cukup tinggi peratusan mengundi. Mana tak, kalau orang terima dakyah Wan Farid dan bukan dakyah PAS, tentu UMNO menang.

Apalah semua orang tak boleh fikir itu. Kenapa susah-susah sangat nak berfikir? Belajarlah dari  Abang Tuah yang pakar dalam pencak silat minda dalam mengelak soalan wartawan. Dia pandai mengelak dari menjawab.   

Nampaknya wakil-wakil rakyat BN perlu bukan saja kerangka badan dan roh yang sihat, tetapi makan kismis dan gingko bilbao untuk menguatkan lagi kerangka minda.

Wow! Unta ingatan kuat, banyak-banyak makan unta dan kismis. Makan orang tak boleh, lembab dan pelupa.

Ahad, Januari 18, 2009

Usah bersedih, Mari lakukan tindakan susulan

Husin cadangkan UMNO dan BN jangan lengah-lengah lagi usaha. Tak payah nak nangis-nangis lagi. Kekalahan Wan Farid memang diduga.

Tak perlu lagi nak mainkan rekod "balik-balik lagu lama" menafikan kekalahan bukan petunjuk UMNO dan BN diketepikan rakyat. Orang dah pakai CD dan tak pakai rekod player lagi.

Apa lagi melihat nak marah dan dendam pasal pembangkang tuduh UMNO bawa undi hantu dan undi pos. Bila jawab begitu bunyi macam sore loser dan akuan tewas dalam psywar.

Jawapan kepada frustasi anda senang. Pecatkan Dolah dan tanamkan Khairy untuk nyah dari UMNO.

Selepas PRU12, Husin lihat orang PAS tidak tunggu-tunggu lagi. Esok hari lepas keputusan keluar, mereka sudah mula mengatur kerja dan bersedia untuk pilihanraya akan datang.

Padahal mereka kalah. UMNO dan BN masih lagi menguasai kerajaan pusat dan kebanyakkan kerajaan negeri-negeri. Dalam Parlimen, BN hanya kurang 8 kerusi untuk dua pertiga majoriti. Sekarang sudah 11 kerusi pula.

Kita mulakan hari ini selepas tewas di Kuala Terengganu dengan semangat dan usaha baru.



Pertama sekali, kita perlu semua-semua ahli-ahli Parlimen BN menjalani gaya hidup yang sihat dan aktif. Jangan jadi kaki tidur dan duduk melengkar. Pagi ini semua jangan balik KL dan tempat masing-masing. Ajak turun ahli-ahli UMNO untuk buat pemebrsihan poster dan sepandok di KT.




Kedua, kita perlu pastikan mereka makan makanan yang sihat. Kurangkan makanan berminyak dan lemak serta karbohaidrat. Banyakkan memakan buah-buah dan sayur-sayuran. Ahli-ahli Parlimen BN digalakkan banyak memakan salad dan ulam.




Ketiga, kita mahu mereka mengunjungi kelab kesihatan untuk mengamalkan mandi wap, mandi stim, jacuzi dan urut. Pergi tempat-tempat badan ahli-ahli Parlimen dikerjakan dan bukan ahli-ahli Parlimen mengerjakan.




Keempat, kita mesti banyak mengadakan program-program spiritual dan dalam amalan ugama dan buadaya masing-masing. Ahli Parlimen yang roh dan jiwa bersih membawa kesihatan badan.

Ahhh ... pasti kamu bertanya kenapa-kenapa asyik program untuk ahli-ahli Parlimen.

Kenapa ahli-ahli parti dan pemegang-pemegang jawatan dalam parti tidak ada program? Jangan ingat buykan-bukan dan rasa tidak adil dan demokratik. Adakah ada peruntukkan dan saguhati wang untuk ahli-ahli Parlimen untuk lakukan ini? Cemburu kamu tak dapat, ya?

Haaa ... sebabnya program ini hanya untuk ahli Parlimen adalah untuk mengurangkan kemungkinan ada lagi ahli-ahli Parlimen BN yang mati dalam jangka masa 3-3 1/2 tahun ini.

Susah beb kalau ada lagi pilihanraya kecil.

[Kak Pidah tolong turunkan berat badan, ye? Ijat kurangkan kari dan budu, lebih Salleh Budu tak apa... senaman roh. Ismail Sabri jaga jantung baik-baik, makan rumput banyak-banyak. JJ berhenti letak tangan di tempat-tempat yang perlu tauliah, menambahkan tekanan. AP-AP yang kuat makan kerbau pendik, kurangkan atau berhenti terus. Kerja kerbau pendik pun tak apa. Banyak sangat santan pun tak baik. Pakai minyak sawit Carotino ...]

Wow! Makan unta dan kambing, macam Nabi Muhammad, tak ada sakit-sakit.

Sabtu, Januari 17, 2009

PRK KT: Dah Puas Senyum dan Bermesra ... Rasmi Mimpi Sedih

Rasmi: BN 30,252, PAS 32,883, Bebas 193 - Majoriti 2,631

Betul igauan ku tadi. Tahniah kerana demokrasi yang menang. (Maknanya calun Dolah kalah!)

Kita sambung balik kepada sesi karaoke Desimber 27hb, 2008.


Mimpi sedih
(Emilia Contessa)

Di malam sepi
aku bermimpi
mimpi yang sedih
sekali..........

Kau akan pergi
tinggalkan diriku
aku menangis
terseduuu........

Diriku tak pernah
lepas dari penderitaan....
mimpi yang kini terjadi...

Kau pergi setelah
aku serahkan kasih suci
Itulah nasib diriku........

Angin meniup
membelai rambutku
Yang terurai
tak berseri lagi...

Jangan lupa, Anwar bertambah rapat satu kerusi untuk jadi Perdana Menteri.

Next Change: Wayang Lompat Anwar II

PRK KT: Tidak! Tidak! Tak Mungkin ...(Keputusan Belum Rasmi)

"Tidak! Tidak! Tidak mungkin!" Husin menjerit.

"Bang ... Bang ... Bangun bang! Awak ni kenapa terjerit-jerit. Mengigau." Terdengar suara isteri ku.

Dalam tengah tengok Hindustan di TV Sabtu tengahhari, Husin tertidur. Termimpi berbual-bual dengan kawan-kawan minum teh tarik. Mereka beritahu kalah teruk di Kuala Terengganu. Husin jawab dalam mimpi ini semua tak betul.

"Tak boleh kata tak" Mereka kata.

Semua orang balik dari KT kata tak ada harapan. Orang PAS ada banyak isu dengan Wan Farid. Ini juga isu orang UMNO bangkitkan.

Mereka kata pengundi lebih selesa dengan Zuber Embong. Kalau Zuber, PAS susah tak ada isu. Wan Farid ni sombong.

Dalam mimpi tu, Husin tak percaya dan pertahankan Wan Farid.

"Mana boleh sombong?! Dia sudah berubah.

"Memang masa hari penamaan dia nampak sombong. Tapi lepas memegang sentuhan lembut tangan Dato Najib, dia menjadi bertambah mesra, hilang sombong, dan tahu senyum."





Dia orang masih berdegas berkata persepsi mengenai Wan Farid ni banyak tak baik dari baik.

Husin masih tak percaya WAn Farid kalah. Alasan Dolah nak berhenti. Minyak dah turun. Dah tak ada isu.

Kesian dia kalau kalah.

Banyak usaha telah dilakukan. Dia sudah latih bersungguh-sungguh untuk mesra dengan menyanyi karaoke.

Dia berusaha tiap-tiap hari untuk senyum. Hinggakan ada seorang tulang urut di bayar tiap2 hari untuk mengurut otot-otot pipinya yang tegang akibat terlampau banyak senyum.

Dalam 10 hari ini, Wan Farid telah senyum dan bersapa-sapa dengan manusia lebih dari senyuman dan sapaan yang telah dilakukan seluruh hayatnya.

Mereka masih kekal berkata Wan Farid kalah. Dia terbabit bersama dengan Patrick Lim, Khairy, Wan Hisham dan Pak Lah berkenaan salahguna Wang Ehsan untuk Monsoon Cup, Pulau Duyong dan Masjid Kristal.

Dikatakan kalah 5,000 - 7,000 ribu majoriti. Sudah tak ada harapan dah. Kata mereka, petandanya minggu lepas dah ada.



Masa itu yang Husin menjerit-jerit seolah-olah tak menerima kenyataan. Rupanya pengundian pun belum habis. Tutup pukul 5 petang.

Tak semua ramal kalah. Ada ramal BN menang 1,500 . Ada kata 3,000 pun ada.

Apa hal, lebih selamat kata menang atau kalah dengan jumlah tipis.

Kita tunggu keputusan petang-petang atau malam nanti.

KEPUTUSAN BELUM RASMI:
7:40 mlm: BN 7,992, PAS 7,230, Bebas 44 (Agendanews)
7:50 mlm: BN 11,120, PAS 10,802, Bebas 69 - Majoriti BN 318 (Agendanews)
8:10 mlm: BN 15,385, PAS 15,189, Bebas 92 - Majoriti BN 196 - Meja SPR sengit (Agendanews)
8:20 mlm: BN 18,364, PAS 18,532, Bebas 119 - Majoriti PAS 168 - PAS potong (M'siainsider & Agendanews)
8:44 mlm: Penyokong PAS dah berkumpul di pusat pengiraan undi di Stadium Negeri ekoran tersebar khabar PAS menang (Agendanews)
8:48 mlm: PAS dahului 2,224 undi (Rentap Revolusi)
9:00 mlm: PAS menang (Agendadaily)
BN 29,681, PAS 32,225, Bebas 190 - Majoriti PAS 2,363 - 3 lagi peti (Agendanews)
9:25 mlm: PAS majoriti lebih 3,000 (Satu pusat operasi satu MB)

Jumaat, Januari 16, 2009

Petua kejayaan politik Khaled Nordin

Khaled Nordin sedang mencuba untuk mendapatkan salah satu dari tiga tempat untuk jawatan Naib Presiden UMNO. Jauh sudah perjalanannya dari seorang penggiat Pemuda diperingkat Bahagian Johor Baru hingga sudah Menteri penuh.

Semasa dia masih Pemuda, Shahrir adalah Ketua Bahagian dan ahli Parlimen. Shahrir banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar. Khaled dapat naik sampai jadi Ketua Pemuda Bahagian dan exco Pemuda.

Masa Shahrir diketepikan dari bertanding ahli Parlimen, Khaled Nordin yang dapat mengganti. Zaman Shahrir bergaduh dalam UMNO dan berundur dari Ketua Bahagian JB, Khaled penjaga tempat untuk Shahrir. Kemudian bila Shahrir nak balik kerusi, Khaled berundur beri jalan. Khaled nampak begitu setia dengan Shahrir.

Hari ini Khaled adalah Ketua Bahagain dan ahli Parlimen di kawasan lain dari Shahrir. Anak murid dan guru pun sama-sama sebahagian dari Jemaah Menteri. Tapi kalau tak pasal setiakawan sama-sama dengan Shahrir tibai tanah orang Asli, dah lama naik MB.

Shahrir dua kali tewas dalam pertandingan untuk Naib Presiden. Khaled mencuba kali pertama.

Menjelang pemilihan UMNO, seorang wartawan akhbar ingin menulis mengenai Khaled Nordin dan merungkai rahsia kejayaanya sebagai ahli politik. Kebolehan biasa saja. Dikatakan berbahasa Inggeris pun tidak seberapa, walaupun dia lawyer.

Wartawan ini tahu ada ahli politik pergi cari bomoh dan mendapat kehebatannya daripada songkok. Ada bayar bomoh sampai sejuta untuk mendapat kononnya songkok Sukarno untuk menjadi hebat. Akhirnya sampai 16 bomoh kerat.

Ada ke Indonesia nak dapatkan songkok. Masa cuba jadi Naib Ketua Bahagian dan kemudian Ketua Cawangan, tiap-tiap Jumaat kelihatan dengan songkok besar di Masjid Damansara. Akhirnya kalah. Bila masuk parti lain, naik mendadak.

Ada pemimpin besar simpan "benda" untuk menaikkan ketokohan. Naiklah politiknya. Masaalahnya "benda" itu berselera besar. Akhirnya turun pasal kes skandal seks.

Adakah sebab Shahrir dan nasib baik? Apa keistimewaan dan "pemakai" Khaled? Ini yang mahu dirungkai wartawan ini.

Satu hari, dia dapat peluang menemuramah Khaled Nordin. Ditanya apakah petua kejayaan Khaled Nordin dalam politik yang penuh dengan pancaroba.

Khaled memberitahu seorang tua pernah memberi sesuatu kepadanya. Haa ... sesuatu. Wartawan ingat dalam hati ini mesti bomoh beri "benda" atau songkok.

Katanya, orang tua itu memberi petua kepadanya macam mana menangani orang-orang politik. Maklumlah yang naik dan turunkan seseorang bukan sebenarnya pengundi tetapi orang politik dan ahli UMNO lain.

Petuanya senang, kata Khaled.

Kalau ada yang kata kamu jelek, sabar saja.
Kalau ada yang kata kamu bodoh, biarkan saja.
Kalau ada yang kata kamu dungu, berdingin saja.
Kalau ada yang kata kamu rasuah, usah hirau saja.
Kalau ada yang kata kamu salah guna kuasa, diam saja.
Kalau ada yang kata kamu puak si polan sipolan, nafi saja.
(Kalau ada blog kata macam-macam, jangan buat kenyataan)

Tapi kalau ada yang kata kamu hensem,
tampar saja kerana itu FITNAH!
Wow! Mesti bahaya kerjaya politik kalau difitnah hensem.

Khamis, Januari 15, 2009

PRK KT: Pedoman dari Labu Labi


... di pengakhir babak felem Nasib Labu Labi ini si Labu dan Labi tercekup orang lain. Labu, Labi dan Haji Bakhil masuk mahkamah dan disabit bersalah. Haji Bakhil ada duit dapat bayar denda dan keluar. Akhirnya si Labu dan Labi yang masuk jel.

Babak-babak felem P Ramlee ini menarik sekali pengajarannya dan banyak pula.

Si bapa mertua yang pekak asyik cakap merepek untuk bermesra dan melayan tetamu yang berkunjung ke rumah untuk menemuinya. Setiap pengunjung mempunyai niat dan patut diketahui niatnya dahulu. Janganlah terleka nak bermesra.

Bila akhir-akhir dia tahu, baru nak marah-marah. Mana bapa mertua yang pekak dan tak mahu dengar? Bapak mertua marah sebelum atau selepas berlaku?

Kadang-kadang bukan bapa mertua yang pekak, tetapi penyampai maklumat pula satu hal. Ini sebagaimana kisahnya si Labu dan Labi takut memberitahu Haji Bakhil berita buruk penolakkan pinangannya.

Oleh kerana takut nak hadapi kemarahan Haji Bakhil, maka si Labu dan Labi katalah macam-macam. Kelentong punya pelentong, akhirnya terpaksa buat perkara salah demi untuk mengotakan rekaan kata-kata.

Dari satu perkara salah, jadi satu lagi perkara salah. Yang diharapkan tak dapat, yang berlaku dah jadi ke lain. Kalau mengikut felem, kedua punasihat merengkuk dalam jel.

Dalam felem juga, bapa mertua yang kurang mendengar dapat menolak pinangan dan terselamat anak perempuannya dari dicolek. Mungkin di KT, sama juga.

Mungkin sekali menang atau kalah, bapa mertua yang pekak juga yang untung. Kalau kalah, komunis dan hindraf lagi naik kepala. Hudud pun tak capai.

Tapi kalau menang, semua untung. Labu labu ... pekak pekak ...

Aku lesing, tauuu!

Rabu, Januari 14, 2009

Lagi ban, lagi wa dengar brader


Husin jumpa lagu ini dari blog Nor Hasila yang ada dalam bloglist.

Lagu ini ditulis oleh bekas Mufti Perlis dan didendang oleh Kopratasa. Wa caya la beb, Mufti tulis lagu Kopratasa. Lagu pun ada cikit-cikit irama Arab.

Apa salah lagu ini, Husin tak faham? Lagu tulisan bekas Mufti diban oleh RTM. Tapi lagu Britney Spears yang hampir nak terlondeh seluar boleh tidak kena ban. Lagu yang make love sana, make love sini boleh tak diban. Dah nikah ke belum? Ada felem yang kiss sana kiss sini, tak kena ban.

Rasmi Husin sebagai seorang yang kritis adalah, lagi diban lagi di cari. Lagi ditahan dari mengetahui, lagi kita nak ambil tahu. Bible pun Husin baca, tak kafir pun. Deep Throat pun dah tengok, tak jadi seks manic pun. Cuma tengok felem Tiga Abdul, terikut-ikut jadi saudagar unta yang jual orang.

Kalau Dato Shaberry Chik terbaca blog Husin hari ini, tolong terangkan kenapa lagu itu di ban. Senikatanya banyak peringatan dan pedoman. Kata UMNO nak berubah dan menang PRU13?

Wow! Tapi Husin mahu mati dalam Iman.

Isnin, Januari 12, 2009

Siapa Tikus Yang Diumpan Dengan Labu?


Poster SD Watch di atas menarik. Sime Darby dan Airasia mengumpan labu (Labu LCCT dan IJN) kepada tikus untuk masuk perangkap.

Tikus yang kurang cerdik saja yang terperangkap dengan kata manis si koliang. Jangan percaya nama dia macam Portugis, sebenarnya Hindraf. Ada juga terperdaya dengan auta si koliang untuk mementingkan diri sendiri. [Tolong brader-brader perbetulkan perjalanan kawan kita ini]

Ada yang tolong pertahan si ular putarbelit. Dah banyak hutang itu, banyak hutang la. Apa cerita nak kata dia pengurus baik. Dah hutang banyak tu, nak buat projek RM1.6 billion? Giler ...

Ini dah kes tikus baiki labu dengan diri sendiri diperangkap dengan tarikan labu. Siapa yang tikus yang baiki labu. Pasti tikus ini macam jenaka Labu Labi berikut:

Kisahnya Labu terjumpa Labi membawa sesuatu. Dia bertanya, "Ape yang ko bawak tu Labi?"

"Ayam Labu oiii...," Labi menjawab.

"Haa ... ape kate ko teka berape ekor ayam yang aku bawak ni. Kalau tekaan ko tepat, "kedua-dua" ekor ayam ni aku bagi pade ko. Setuju..?"

Labu hendak juga mencuba.

"Boleh jugak. Emmmm... tiga kot..?"
Baik si Labu, baik si Labi sama-sama "cerdik".

Dengan demikian, perlu difahami apa yang dicakap si Tony koliang ini hanya tipuan. Banyak tak masuk akal untuk dibina dan membazir. Banyak persoalan, demi persoalan, demi persoalan, dan pasti lebih banyak lagi persoalan.

Siapa dia tikus-tikus "cerdik" macam Labu Labi ini? Siapa lagi kalau tak Dolah dan Musa.

Dolah main ikut saja. Dia ingat ini akan jadi legasi. Lupa kah bahawa kerajaan sudah bina dan hampir siap lapangan terbang antarabangsa di Baru Berendam, Melaka . Negara besar ini, airport begitu banyak.

Dia tidor lagi dalam kerja nampaknya. Tak tahu apa dia sign. Jangan-jangan dia sudah tersign kontrak membina LCCT baru kepada Scomi.

Si Musa pula ... Musa ... Musa ... kerja kamu ni menjahanamkan saja. Dari Memali, ke Iskandar Malaysia, hingga menyokong pembatalan DEB di Iskandar. IJN nak di swastakan dan sebagai Pengerusi Sime Darby di pandang paria.

Main ikut apa dikelentong budak-budak macam Hisham Hamdan. Memang layak kamu di panggil Musang ... perosak.

Tikus yang paling bakal dek diperangkap oleg Tony Loliang ini adalah rakyat jelata

Sebelum bertambah rosak negara dirosak Labu dan Labi yang mudah ditipu Tony Koliang, Husin ajak anda semua letak logo atas atau logo-logo bawah ini. [Husin suka logo kencing. Memang kedua-dua kaki kencing.]



Siapa pegang syer dalam Airasia? Satu-satu Sime Darby ni ... Siapa ahli Lembaga Pengarahnya? "Cerdik" betul, baik resign la!

Wow! Husin boikot perosak dan penyokong perosak Gaza. Gantikan mesh kentang Amerika dengan mesh labu ... tempatan dan sedap.

Sabtu, Januari 10, 2009

PRK KT: Jangan Ghaflah Sampai Buat Mubahalah


Dolah tak faham kenapa orang tak suka pada Wan Farid. Tak mudah dia nak faham, orang ramai kata Wan Farid bukan calun yang sesuai.

Dolah tak faham kenapa orang tak suka Wan Farid. Dolah dia suka, patut orang suka. Dia tak letak kroni, cuma bekas Setiausaha dan kawan anaknya. Mereka yang komen tak releven padanya, seperti timbal balas masa PRU12 tak releven.

Dolah tak faham atau dikasi tahu Wan Hisham kalah tanding ADUN.

Ah ... Dolah Dolah ... macam-macam tak faham. Suruh lulus, dia luluskan IJN dan Labu Airport.

Wan Farid pun tak faham kenapa orang tak suka dia. Dia tidak elitis, tidak kelihatan sombong, dan tidaklah angkuh. Cuma karaoke dengan anak saudara. Kempen SMS tak baik kat dia.

Wan Farid pun tak faham kenapa orang kata dia tak cerdik. Dia kata undi kaum Cina seramai 11% penentu. Dia tak kata 88% peratus yang lain tak mengundi.

Wan Farid pun tak faham kenapa orang kata dia tikam belakang. Selama arwah YB Razali jadi MP, dia tidak ketepikan. Mana betul jentera tak jalan, jika bukan dia bertanding.

Ah ... Wan Farid kenalah bersusah payah.

Nanti Dolah ke KT lagi parah, sebab dia asyik marah-marah. Nak harap Khairy tanam PAS lagi payah. Dalam bersusah-susah, asal Wan Farid jangan sampai buat mubahalah.

Wow! Husin tak faham kenapa orang suka beli orang.

Rabu, Januari 07, 2009

PRK KT: Jangan Calun Sampai Di 22 J - kan


Al Kisahnya, pada satu masa Prof Ungku Aziz bertemu Sultan Kelantan di Istana di Kota Baru. Menyedari Prof adalah seorang yang bijak dan pandai dalam bidang kajian kemiskinan, Tuanku mahu menguji kepandaian Ungku Aziz.

"Kalu mu panda, cubo buak cito denge 22 perkatae mulo denge J," Tuanku menguji Prof.

"Patik ni mahir dalam bidang ekonomi, Tuanku. Tapi tak berapa mahir dalam hal menjawab teka teki."

Suka Tuanku Sultan mendengar Ungku Aziz tak boleh jawab teka tekinya. Ada benda taklah pandai sangat Ungku Aziz.

Tuanku berkata, "Beto jawap. Denga molek-molek.

"Jawo jupo Jepung. Jepung jupo Jawo. Jawo jale-jale. Jepung jale-jale. Jawo jolok ju*o Jepung. Jepung jolok ju*o Jawo. Jawo jawab, .... Jepung ... Jepung ..."

(Sori tak nak mencarut, teka sendiri maksud perkataan berasterik.)

"Cukup 22 tak?"

"Cukup Tuanku," jawab Ungku Aziz yang tak terpikir untuk jawab demikian.

Ini jenaka lama.

Husin diberitahu rekod itu telah dipecahkan. Sudah ada cerita 35 J pula dengan bonus cerpen ayat berakhir 'ri'.

Teringat pasal cerito Tuanku Sultan Kelantan, Husin berharap bukan begitu nasib Wan Farid di Kuala Terengganu. Tidaklah macam Jawa dan Jepun yang macam berjalan sama-sama tetapi berju*o sesama sendiri.

Mana tak, pagi tadi terima SMS ... kritikal. .... kritikal, ... Apalah dia orang ini. Wan Hashim orang lain. Biarlah dia kalah ADUN masa PRU 12. Wan Farid orang lain. Cuma adik beradik.

Semua terpulang kepada masing-masing - yang memberi nama, yang mendengar timbal balas, yang memilih calun, yang menjaga jentera, yang berkempen, yang mengundi - adakah mereka fikir pasal kepentingan parti atau kepentingan kawan atau kepentingan keluarga semasa membuat keputusan.

Kalau stail lama, bukan Husin yang jual tetapi orang ramai pengundi yang jual.

Wow! Pilihanraya kecil ni macam pasar jual orang.

Selasa, Januari 06, 2009

Sedih kita sekolah

Hari pertama ke sekolah buat adik Azim. Macam belum biasa bangun pagi. Gambar diambil dari sini

Semalam Husin tengok berita di TV mengenai liputan hari pertama sekolah untukkanak-kanak darjah satu. Ada beberapa kanak-kanak telah di temuduga pemberita TV.

Dia ditanya setiap kanak-kanak, "Apa perasaan adik pergi sekolah hari ini?

Ada satu kanak-kanak yangmungkin dah biasa pergi tadika menjawab, "Best banyak kawan main."

Ada seorang lagi, "Cuma kata okay juga."

Ada seorang itu menjawab, "Sedih jugalah kita kerana meninggalkan ibu kita di rumah."

"Tapi bila balik, gembira semula"

Begitulah macam-macam cerita kanak-kanak ke sekolah. Itu adalah hari manis dalam kehidupan mereka. Syukur kita hidup dalam aman dan tidak macam mereka2 di gaza yang sedang menyambung nyawa.

Apa pula jadinya cerita tadika Kemas di Perak? MB kata fitnah. Tapi adakah MB atau DAP yang memerintah dan memberi arahan? Husin masih menunggu cerita sebenar.

Sementara itu, terdengar khabar seorang Dato yang memblog pun masuk sekolah semula semalam di Bangi. Nak buat program Master terus ke Phd. Tahniah kerana mengikut nasihat nabi. Carilah ilmu hingga ke liang lahad.

Husin nak lama mengidam nak buat Phd UiTM, tapi tak cukup pitih. Nak kaji keusahawanan perniagaan unta dan strategi pembungkusan dalam pemasaran orang.

Wow! Lagi untung jual orang dari jual unta.

Isnin, Januari 05, 2009

Tokoh Maal ...

Husin ada baca satu laporan blog peminat Zahid, pejuang nasionalis hebat penentang kroni dan nepotisme, dan juga Menteri Ugama Wahdatul Fikr Wahdatul Amal. Apa dia cakap dalam Arab tu Husin tak faham. Bunyi macam hebat. Dia faham ke?

Ini yang Husin selalu fed-up orang guna istilah yang menyusahkan orang nak faham tetapi nampak macam terer. Kalau masuk Bank Islam, macam kelas belajar tajwid. Pakailah istilah yang orang ramai dan bukan Islam boleh mudah faham!

Berbalik kepada cerita Zahid. Semalam dia kata Kerajaan Perak - yang ditubuhkan dari Perjanjian Pangkor 2 dengan sedara mara Chin Peng dan telah memberi pensimpati-simpati komunis tanah 999 tahun - akan tutup tadika Kemas.

Balik dari hantar anak, Husin terbaca blog Pas yang telah memberi Menteri Ugama kita penghormatan "Tokoh Maal Fitnah". Tergelak Husin baca. Dari "Tokoh Maal Hijrah" jadi "Tokoh Maal Fitnah". Pandai juga orang PAS jual oang.

Katanya:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru pulang menunaikan haji di Mekah , Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang tiba-tiba gatal mulut meracau yang kononnya , beberapa pegawai Kemas telah diarahkan oleh Pejabat Daerah supaya menyerahkan kunci dewan orang ramai dan pejabat Kemas kepada kerajaan negeri sejak beberapa bulan lalu.
Kemas ini jatuh bawah Kementeriaan Mat Taib. Itu "Tokoh Maal Pindah." Peneroka konsep perniagaan Cash and Carry dalam memindahkan wang dari satu negara ke satu negara yang lain.

Siapa betul dan siapa salah, kita tengok hari ini? Kalau itu pembohongan, panjang hidung Zahdi macam Pinocchio.

He he he ... Tokoh Maal Hijrah, Tokoh Maal Pindah, ....

Wow! Perniagaan jual orang ana ada pesaing. Janji persaingan sihat.

Sabtu, Januari 03, 2009

Labu Labi dan Jantung Ku

Ingat felem Labu Labi? Ini adegan mereka sedang berangan sebelum tidur. Tuan Doktor la, Tuan Magistret la.

"Pity! Pity!" Tuan Doktor Labu kata.

Hospitalnya "no more bed". Kuasa-kuasa besar guna bom atom jadi banyak orang sakit hati.

Tengok-tengok ...


Pengacara Aziz Satar - S.A.T.A.R. Singapore Aziz Transporting Ampas Road - ada hati pula melihat pragawati Sarimah dalam pakaian sukma rindu.

Eh ... itu macam rupa kekasih ku Ghasidah Sigaraga.

Alamak Reel felem sudah habis. Tunggu nak pasang balik.

Sebelum kita sambung felem, ini ada iklan ...



Tuan-tuan dan Puan-puan, diminta bantu kempen selamatkan IJN. Nampaknya jerangkung dah nak makan. Pilih dan letaklah mana-mana logo di atas di blog tuan-tuan dan puan-puan.
Berbalik kepada adegan seterusnya cerita Labu Labi. ...


Celaka Majistret Labi! Eh ... rupa macam Abdul Wahub.

Ada hati nak sama buah hati aku. Dah mula jual minyak. Dada bergoncang la ...dab dub dab dub la.

Aku lesing, tauuu!

*** Kemaskini 4/1/09

Jumaat, Januari 02, 2009

Menjelang KT: Bebas berkempen untuk (harga) barang turun


Ada seorang penulis politik marah pada Husin. Dia kata Husin sabo BN untuk PRK Kuala Terengganu pasal keluarkan gambar Wan Farid menyanyi di blog.

Oh .. itu. Tak akanlah itu jadi isu. Husin suruh nyanyi lagu-lagu yang bermakna dan membina kesedaran. Gambar itu datang dari blog orang PR. Dia orang pun satu. Punya banyaklah perkara boleh dibuat isu pilihanraya, nyanyi karaoke jadi isu. Kan termalu bila Wan Farid beritahu dia menyanyi dengan anak saudara di Majlis keluarga.

Biar Husin terus terang kata kebanyakkan orang serba salah mengenai pencalunan Wan Farid. Orang PAS kata pilihan calun saja dah separuh pertempuran kalah. Kalau menang, naik kepala orang-orang King Jenglot. Dari lima pilihan antara Parid, M Kerok, Ruslan CK, M Jusoh dan ZE, terpaksa juga pilih Wan Farid. Kalau tak sokong, nanti tak dapat balik momentum.

Farid kena ubahkan sangkaan ramai dan berfikir untuk bawa berubah UMNO yang telah di'setiakawan'kan. Tak akan kita nak kasi Farid kalah. Takut satu hari Terengganu jadi tempat bela babi. Mereka pun bukan nak jalankan hukum hudud pasal takut pada PAP Malaya.

Fikir-fikir punya fikir, baik sokong calun bebas Tok Mun. Garenti kalah, tak serba salah.

Jangan ingat dia tak hebat. Masa PRU, pembangkang kempen secaraegatif, "Undi BN, lepas PRU Barang Naik." Kempen Tok Mun positif, "Undi Tok Mun, garenti (harga) barang tak naik." Kalah Mat Sabu sampai tak boleh letak tanding lagi. Minyak si Dolah naikkan secara gopog gapah pun turun balik.

Kali ini, janganlah mereka yang nak bertanding bebas macam si Isma (dalam gambar) mintak Tok Mun jangan tanding. Biar dia bertanding.

Doa orang tua dimakbulkan tuhan kerana mereka selalunya ikhlas. Kalau Tok Mun bertanding kali ini, boleh pakai slogan, "Undi Tok Mun. Bukan saja garenti (harga) barang tak naik, (harga) barang pasti turun."

Hidup Tok Mun!

Wau! Wau! Azam baru nak jadi harimau, hari-hari mau.