Jumaat, Julai 04, 2008

Demi Ghasidah, Inilah Pengakuan Berkanun Ku

PENGAKUAN BERKANUN

Saya, Husin Lempoyang (NRIC NO: 342010-69-0101) kerakyatan Isketambola yang sudah cukup umur dewasa dan berkediaman di Pasar Unta, Jalan Unta, Bandar Baru Sotong Ball dengan ikhlas dan tegas membuat pengakuan berikut:

1. Bahawa saya telah bernikah dengan sah kepada Ghasidah binti Sadiq Sigaraga (berikutan ini akan dikenali sebagai Ghasidah) atau lebih dikenali ramai sebagai Seniwati Sareema Oh How Lovely pada 20 haribulan Oktober tahun 1952 di hadapan Tuan Kadhi Sheikh Rawna La Irubuj di Masjid As Sadiq.

2. Mengikut bukti yang dipaparkan di dalam filem Tiga Abdul, isteri saya Ghasidah, telah pergi ke kedai gitar untuk memberi amaran kepada tuan punya kedai, Abdul Wahub bin Ismet Ulam Raja tentang satu konspirasi yang sedang diatur oleh Tuan Penasihat, Kassim Pantalon terhadap keluarganya.

3. Dari bibit pertemuan itu, Abdul Wahub telah asyik mengurat Ghasidah. Saya difahamkan oleh sumber-sumber yang boleh dipercaya (reliable sources) Abdul Wahub pernah menyanyikan lagu untuknya di kandang kuda dan bersenda gurau seolah-olah sebagai suami isteri. Ghasidah tidak melayani kerana masih cintakan saya.

4. Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai lagi, Abdul Wahub telah memaksa membawa Ghasidah ke Siam secara sorok-sorok untuk bernikah semasa Ghasidah masih lagi isteri saya yang sah.

5. Sepanjang masa perkara ini berlaku, saya sedang berada di Cairo untuk memesan bekalan unta stok pernigaan dan telah mengizinkan Ghasidah duduk di rumah ayahnya, Tuan Sadiq Sigaraga yang semasa itu sedang gering. Saya difahamkan masih oleh sumber-sumber yang boleh dipercayai, Tuan Sadiq pura-pura sakit untuk menjadikan helah untuk menipu saya.

6. Sekembali saya ke tanhair, Abdul Wahub telah menghantar seorang Penyiasat Peibadi bernama Surat untuk berunding untuk saya menceraikan Ghasidah dan sedia membayar pampasan tetapi saya enggan kerana saya tahu Ghasidah mencintai saya. Semasa itu, saya tidak mengenali dan tidak lagi menemui Abdul Wahub.

7. Pada 8 haribulan Februasi 1953, Abdul Wahub telah datang untuk menemui saya dan mengenalkan dirinya sebagai Jamal Pak Tongkol dan menipu saya untuk membeli dua orang hamba saya, bernama Abdul Wahid dan Abdul Abdul Wahab pada harga 40,000 pound sterling. Tetapi beliau hanya membayar sebanyak 4,000 pound sterling dan menukar suara filem Tiga Abdul menjadi juga 4,000 pound sterling.

8. Saya diberitahu lagi oleh sumber-sumber yang boleh dipercayai bahawa kedua-dua hamba saya itu mempunyai harta yang banyak dan sepatutnya harta-harta itu menjadi kepunyaan saya. Setelah kedua-dua hamba itu menjadi kepunyaannya, Abdul Wahub telah membolot kesemua harta-harta mereka yang sepatutnya menjadi harta kepunyaan saya.

9. Sejak kepulangan saya dari Cairo pada 8 haribulan Desimber 1952, isteri saya enggan pulang dan saya tidak dibenarkan mencarinya di rumah Bapak Mertua aku, Tuan Sadiq Sigaraga.

10. Saya pun mengambil seorang Penyiasat Peribadi, Bala Sundul untuk menyiasat. Setelah didapati Bala Sundul telah berpoya-poya pula dengan kakak-kakak Ghasidah, saya terpaksa memanggilnya balik dari penyiasatan. Di dalam satu perjumpaan dengan Bala, dia memberitahu saya bahawa Ghasidah sudah bernikah dengan Abdul Wahub dan enggan lagi bersama saya. Saya menyuruhnya berjumpa dengan Abdul Wahub.

11. Disamping itu, Bala memberitahu bahawa hamba-hamba saya adalah adik beradik Abdul Wahub dan adalah hartawan kaya. Saya menyuruh Bala menuntut gantirugi. Bala memberitahu Abdul Wahub setuju tetapi hingga hari ini, satu pound sterling pun masih belum diberikan kepada saya.

12. Saya telah membuat laporan kepada pihak berkuasa dan telah membawa perkara ini kepada pengaduan mahkamah.

13. Tujuan pengakuan berkanun ini adalah:
13.1 Menyatakan ketidakpuasan hati saya kepada sistem penulisan skrip di bawah pengurusan Shaw Brothers yang manjatuhkan maruah saya dengan watak saya yang asyik ditipu.
13.2 Menuntut satu Suruhanjaya Diraja tentang salah laku kuasa oleh Abdul Wahub yang mengetepikan saya dari menjadi hero filem Tiga Abdul.
13.3 Membawa kepenghadapan pihak berkuasa tentang konspirasi "membunuh" kerjaya saya dengan menyunting watak saya di dalam Filem Tiga Abdul kepada satu babak sahaja dan hak saya untuk menjadi bintang felem telah dinafikan.
13.4 Memohon Ghasidah dilepaskan untuk kembali menjadi isteri saya.
13.5 Membolehkan saya melepaskan rindu kepada Ghasidah kerana perempuan lain tidak mahu kahwin dengan saya.
13.6 Memastikan Bapak Mertua saya dijual dengan harga yang murah
13.7 Mendapatkan gantirugi yang sepatutnya hak saya dan membolehkan saya pencen dari menjual orang dan unta.

14. Oleh kerana saya telah membuat Pengakuan Berkanun dan pengakuan ini diumumkan bersama seorang lagi Penasihat, maka apa yang saya kata adalah dianggap benar dan orang ramai akan percaya penuh pada saya dan Penasihat saya nampak bersih dari pertuduhan masuk kerja lewat. Keputusan mahkamah tidak penting kerana nama Abdul Wahub sudah dapat diburukkan.

15. Pengakuan ini dibuat sekarang kerana perbicaraan mahkamah saya menentang Abdul Wahub telah selesai.

16. Dan, saya membuat pengakuan ini dengan tegas dan sesungguhnya pengakuan ini adalah benar dan mengikuti peruntukkan Akta Pengakuan Berkanun 1915.

Pengakuan oleh )
Husin Lempoyang)
Pada hari ke 8 bulan April 1958)

Di hadapan,



………………………………….
Suruhanjaya Sumpah
Isketambola

32 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku tabik citarasa kau. Walaupun muka kau macam tak se hensem abdul wahub, Seniwati Sareema ... how lovely sedia mengahwini mu.

Jahat abdulwahub ke. Mungkin bukan kerja abdulwahub, sin. Ini pasti kerja bapak mertua mu.

Dengan iringan saksafon, kedengaran lagu berkemundang ...

dengarlah oh jeritan batin ku
memekik mekik
memanggil manggil
nama mu selalu

Apabila dapat mata kau balik, jangan cucuk mata tu, sin

azlan berkata...

Sin,

SD tu belum sign, kalau nak kasi valid aku bagi diskaun cuma RM2 sahaja. Aku minta izin untuk buat salinan ye, bukan apa boleh dijual RM4 satu set. Untung, kita bagi 2 ye Sin. Sama-sama cari makan.

Tanpa Nama berkata...

Ya Ampun Pak Husin !!! Ana maw makan panadol lah..fenin kepala lah... heheheheheheh

COOL !!!

Tanpa Nama berkata...

Berapa banyak sumber yang boleh dipercayai Abang Husin??

Adakah ini juga satu konspirasi??

Waduh cerita Malaysia boleh bawa ke Hollywod atau Bollywood...

Izzshah berkata...

Part ni aku gelak gila2....

'Tuan Kadhi Sheikh Rawna La Irubuj di Masjid As Sadiq'

hahahah

Tanpa Nama berkata...

Bro Husinnnnnnnn

Cepat ko tarik semula SD ko tu...

Buang bahagian2 yang tambah2...

(Baca Malaysia Kini Hari ni)

apisfires berkata...

ape cite pasal keling bernama BALA
kejap ada, kejap takda...
macam main magic2 plak...
macam dolah alflipfloppy
agaknye dia tarik pasal kene jubur dengan abang nuau ke??

politik negara ni penuh warna warni/...

Tanpa Nama berkata...

Sin, Sin,

Ini SD aku baru buat (belum sempat g pesuruhjaya sumpah lagi)

1. Saya mengaku saya suak baca blog Husin Lempoyang;

2. Saya mengaku hari-hari saya layari blog Husin Lempoyang;

3. Saya mengaku hari-hari saya makan nasi dan minum air;

4. Saya mengaku setiap hari saya tidur apabila jam 12 tgh malam;

5. Saya mengaku saya sekarang nampak banyak ular tapi buat bodo jer;

7. Saya mengaku selepas baca blog husin lempoyang kepala saya rasa lega;

8. Saya mengaku hari ini Jumaat, 4hb Julai Tahun 2008 dan bukannya hari Sabtu;

Sekian.

tt

Suruhanjaya Sumpah
Isketambola

Ibu Mertua berkata...

Sin mintak maaf,
Mak mintak maaf auw auw auw ...
Maafkan mak kau tak jadi bintang felem
Maafkan mak sin .....maaaaaaffff sin

Jamal Pak Tongkol berkata...

Aku mintak maaf sin sampai kau tak jadi movie star

Dah 50 tahun dosa aku dgn kau.

AKu dah terima bala, darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, ED, ...

Dah sama2 tua ni, kita bermaaflah sin ... huhuhu

Tanpa Nama berkata...

hehehehe.. aduhai husin lempoyang.. sakit perutku gelak.. hehehe.. tapi sin.. hari ni.. modipaid apa yang Sin di paksa tulis tau...kan hari tu tulis under stress dan duress dan apa2 ress lagi.. hehehehe

Orix Concepts berkata...

Husin, daripada apa yang ana faham, mengikut perenggan 2, isteri/janda ente Ghasidah itu memang mengenali (bukti gambar dalam kedai Abdul Wahub) dan "bekerja" untuk keluarga Abdul Wahub. Ghasidah juga agen talam dua muka kerana telah berjaya mendapat maklumat konspirasi Kassim Pantalon. Sepatutnya ente tidak mengahwini Ghasidah pada mulanya lagi kerana dia seorang yang merbahaya dan tidak boleh dipercayai serta boleh menjadi pembelot pada bila-bila masa pun. Mengapa ente tak bawa saya Ghasidah ke Cairo dan jual dia di sana? Saudagar Cairo khabarnya ramai yang kaya-kaya.

Tanpa Nama berkata...

sin,

mataku buta kerana terlalu mencintai seniwati sareema.. oh how lovely!


kassim selamat hari raya

OfficeBoyTingkat4 berkata...

wajarkah Malysia diistiharkan darurat?

http://tingkat4.blogspot.com/

Al-juburi berkata...

sin, hang jgn dok gatai nak tarik balik SD hang ni. kalau hang buat jugak, aku putaq2 pala hang.

Tanpa Nama berkata...

Sin,
Dulu bapak aku sebelum dia meninggal dia pernah berpesan kat aku...aku ingat bapak kau pun ada pesan kat kau jugak..

"masa kita sedang jalan-jalan, tiba2 terserempak ular sawa batik dengan keling..dia kata belasah keling tu dulu, lepas tu baru tangkap ular sumbat masuk dlm guni jual kat cina" kalau tak, keling ni kebas dulu

Suria berkata...

/me salute husin lempoyang...ekekekekke..

(*sambil nyanyi lagu "sedangkan lidah lagi tergigit..apa pula membuat SD..buang yg keruh ambil yg jernih..")

melayutara berkata...

keluar sd baru lagi!!!! pening kepala aku.. sd...sd...sd...aarghhhhhh

Tanpa Nama berkata...

narrowed worldview.. Cedet saja yang betol sampai akhirat. Semua yang lain salah. Tanya Sudin alif mim nun wau dalam pendekar bujang lapok!

lankapo berkata...

abg husin,
menarik sekali SD abg usin ya..bisa bikin filemm

apa ya tajuk yg seswai untuk filem ini ? hehe

Tanpa Nama berkata...

itu Bala.. memang bawa Bala...

jangan kawan sama itu Bala... Bala akan menimpa..

Siapa suruh Anwar kawan sama Bala...

Memang Bala...

hahahahaha

apisfires berkata...

tajuk filem paling sesuai...
husin lempoyang the movie: the conspiracy
hahahahah
wat la sin,
feymes kalah david teo...
ape lagi jangan tapis sangat...
wat asalkan sudah terang tak payah nak suluh2 lagi...
bala ni memang patut kene pukul dulu...
minum todi banyak gamaknye..

tualang3 berkata...

Tahu mengapa pengakuan tu ditarik balik? Rupa-rupa kena tidor dalam kandang kuda. Bukan kah di Mongolia tu banyak rumah kuda dari rumah orang..? Dalam kandang kuda mana ada kelas, jadi pengakuan dibatalkan...

Bung Karno berkata...

Ini Pengakuan Berkanun yang paling baik. Jangan ubah. Kalau ubah-ubah itu Husin boleh kena jual dan Ghasidah kena rampas.

Remy berkata...

Saya nak buat SD terhadap Brad Pitt kerana membuntingkan isteri saya Angelina Jolie hu hu hu ...

Tanpa Nama berkata...

Dulu nala, kini bala..
memang keling kaum tak guna..
hantar balik india beramai-ramai mcm hantar pendatang haram..benggali pun angkut sekali..jgn tinggal sekor pun

pakcik din

Tanpa Nama berkata...

Saint, Pengakuan Berkanun kini bukan lagi satu kejutan kerana nilainya pun hanyalah RM4 yang mampu dibayar oleh anak anak kelas tadika.

Cuma rakyat yang berpindah randah (sistem badawi ala padang pasir) hanya ingin mengetahui di antara Anwar dan Najib siapakah yang lewat meliwat. Apakah pertikaman mereka selama ini berdasarkan rasa cemburu apabila seorang telah mendahului seorang lagi dalam liwat.

Apakah mereka lewat meliwat menyebabkan liwat yang lewat menjadi celaru samada lewat atau liwat yang lewat.

Saint, kalau kau fening kepala - pergilah tidur..jangan tidur lewat, nanti kena liwat- kluangman

Piggy Singh berkata...

Tengok kepada sokongan yang diberi kepada Anwar semasa press conference dan kat stadium melawati, especially melihat kepada orang-orang yang duduk dekat sangat beliau, memang tak syak lagi bahawa dalam sedikit waktu, Anwar akan jadi orang No Satu, BUTT, bukan sebagai perdana menteri, tetapi No 1 dalam MIC, menggantikan poor Samy.

Tanpa Nama berkata...

Piggy singh, anta pun ada di baghdad.. bikin apa sini...

Selalu nampak ente di minaq jinggo la. ente suka gambar gambar ka? bahaya

Di arab sekarang sokong Anwar cukup kuatlah... semua tak lojiklah ..konspirasi kerajaanlah.. ana kasi satu dua soalan sahaja semua diam finin...

ada yang berhempas pulas main quranla jangan percaya fitnah..

ana jawab jangan percaya fitnah adalah untuk umat semua, bukan khas untuk Anwar la..kalau Quran tu diturunkan khas jangan percaya fitnah Anwar, maka sudah tidak betulah..

banyak hairan ulamak PKR termasuk PAS.. kalau kena batang hidung baca quranla jangan percaya fitnah.. tapi diorang juga lempar fitnah in such a way berkata benarlah... itu juga fitnahla..

finin finin

pemerhati arab

Ghasidah Sigaraga berkata...

Maafkan aku Sin. Aku tidak boleh buat apa2. Antara setia kepada ayah dan setia kepada mu.

Tapi cinta ku sentiasa untuk mu. Tetapi masa sudah berlalu. Aku pun sudah ada anak2 bersama abdul wahub.

Dia pun tidak menzalimi ku. Dia memberi ku nafkah cukup. Tidak lama lepas dia selesaikan masaalah dgn ayah. Dia menjadi orang yang baik dan penyayang.

Dia pun sudah tiada. Maafkanlah nya.

Dah 50 puloh tahun berlalu. AKu dah bercucu pun. Masa itu tidak boleh diputar balik. Kita pun sudah lewat usia.

Dunia tidak adil kepada kita. Muga tuhan yang memberi keadilan buat mu.

Tanpa Nama berkata...

posting kau ni masuk sinar hairan hari ahad, sin.

wah ... dah pamous kau.

Si Mengawan berkata...

Lawa sarimah ni.