Sabtu, Januari 17, 2009

PRK KT: Tidak! Tidak! Tak Mungkin ...(Keputusan Belum Rasmi)

"Tidak! Tidak! Tidak mungkin!" Husin menjerit.

"Bang ... Bang ... Bangun bang! Awak ni kenapa terjerit-jerit. Mengigau." Terdengar suara isteri ku.

Dalam tengah tengok Hindustan di TV Sabtu tengahhari, Husin tertidur. Termimpi berbual-bual dengan kawan-kawan minum teh tarik. Mereka beritahu kalah teruk di Kuala Terengganu. Husin jawab dalam mimpi ini semua tak betul.

"Tak boleh kata tak" Mereka kata.

Semua orang balik dari KT kata tak ada harapan. Orang PAS ada banyak isu dengan Wan Farid. Ini juga isu orang UMNO bangkitkan.

Mereka kata pengundi lebih selesa dengan Zuber Embong. Kalau Zuber, PAS susah tak ada isu. Wan Farid ni sombong.

Dalam mimpi tu, Husin tak percaya dan pertahankan Wan Farid.

"Mana boleh sombong?! Dia sudah berubah.

"Memang masa hari penamaan dia nampak sombong. Tapi lepas memegang sentuhan lembut tangan Dato Najib, dia menjadi bertambah mesra, hilang sombong, dan tahu senyum."





Dia orang masih berdegas berkata persepsi mengenai Wan Farid ni banyak tak baik dari baik.

Husin masih tak percaya WAn Farid kalah. Alasan Dolah nak berhenti. Minyak dah turun. Dah tak ada isu.

Kesian dia kalau kalah.

Banyak usaha telah dilakukan. Dia sudah latih bersungguh-sungguh untuk mesra dengan menyanyi karaoke.

Dia berusaha tiap-tiap hari untuk senyum. Hinggakan ada seorang tulang urut di bayar tiap2 hari untuk mengurut otot-otot pipinya yang tegang akibat terlampau banyak senyum.

Dalam 10 hari ini, Wan Farid telah senyum dan bersapa-sapa dengan manusia lebih dari senyuman dan sapaan yang telah dilakukan seluruh hayatnya.

Mereka masih kekal berkata Wan Farid kalah. Dia terbabit bersama dengan Patrick Lim, Khairy, Wan Hisham dan Pak Lah berkenaan salahguna Wang Ehsan untuk Monsoon Cup, Pulau Duyong dan Masjid Kristal.

Dikatakan kalah 5,000 - 7,000 ribu majoriti. Sudah tak ada harapan dah. Kata mereka, petandanya minggu lepas dah ada.



Masa itu yang Husin menjerit-jerit seolah-olah tak menerima kenyataan. Rupanya pengundian pun belum habis. Tutup pukul 5 petang.

Tak semua ramal kalah. Ada ramal BN menang 1,500 . Ada kata 3,000 pun ada.

Apa hal, lebih selamat kata menang atau kalah dengan jumlah tipis.

Kita tunggu keputusan petang-petang atau malam nanti.

KEPUTUSAN BELUM RASMI:
7:40 mlm: BN 7,992, PAS 7,230, Bebas 44 (Agendanews)
7:50 mlm: BN 11,120, PAS 10,802, Bebas 69 - Majoriti BN 318 (Agendanews)
8:10 mlm: BN 15,385, PAS 15,189, Bebas 92 - Majoriti BN 196 - Meja SPR sengit (Agendanews)
8:20 mlm: BN 18,364, PAS 18,532, Bebas 119 - Majoriti PAS 168 - PAS potong (M'siainsider & Agendanews)
8:44 mlm: Penyokong PAS dah berkumpul di pusat pengiraan undi di Stadium Negeri ekoran tersebar khabar PAS menang (Agendanews)
8:48 mlm: PAS dahului 2,224 undi (Rentap Revolusi)
9:00 mlm: PAS menang (Agendadaily)
BN 29,681, PAS 32,225, Bebas 190 - Majoriti PAS 2,363 - 3 lagi peti (Agendanews)
9:25 mlm: PAS majoriti lebih 3,000 (Satu pusat operasi satu MB)

6 ulasan:

Zubli Zainordin berkata...

Husin Lempoyang,

Untuk menang macam-macam pemimpin sanggup lakukan.

Termasuk panggil tukang urut, untuk urut pipi, kasi senyum melekat punyia.

Wan Farid kalah..?

Tak mungkin!!!

Mujur mimpi ya.

Jika betul, betul Lah tu...

pokcu berkata...

menang besar, huhu

Burung Jambul berkata...

Wan Farid menang...
Fuyoooh!!!!!
Conferm bulan depan minyak naik..
Sama spekulasi US nak naikkan harga minyak dengan benarkan ISRAEL serang PALESTINE .

MOHD. ADHA MOHD. ZAIN berkata...

keh keh keh

eden.. berkata...

penat BN buat projek merata2 di KT tapi kalah gak..siaan..! yg masalah utama er tu yo dogiilll..! tak nak donga cakap oghang n bodoh sombong..! dah tahu akan kalah nak letaakk gak..haa hidap kan lah..! Lepas tu dia buat2 tak tahu ..pergi melawat sambil kerjalah ke luar negeri..bonciiiii deenn...!

sepot berkata...

Tak sabar nak tahu keputusan dan tak sabar juga nak tahu jika PAS menang, ada tak isu pengundi hantu timbul balik?...