Isnin, Ogos 31, 2009

Nak puasa mesti tahu mengucap


Hari minggu, ana pulang ke kampung untuk berpuasa bersama dengan ayah dan ibu serta menziarah nenek yang sudah 90 tahun. Wow!

Bila di kampung, ana dan isteri bukan buat apa. Hanya seronok menghabiskan masa bersembang dan makan-makan dengan kaum keluarga dan anak-anak saudara yang lincah-lincah kerana menggunakan bateri Duracell.

Ana suka tanya anak-anak saudara pencapaian masing-masing dalam berpuasa. Dari yang diberitahu ayah dan ibu mereka, Alhamdulillah setakat enam tujuh hari, semua rekod cemerlang, gemilang dan terbilang. Tak adalah ana bahan untuk sakat mereka.

Sebagai Pak Long, tanggungjawab ana adalah mengusik dan menyakat mereka. Nangis pun tak peduli. Pasal dia orang tau Pak Long suka gurau, mereka dah tak tau menangis. Ikut bergurau dan tersengeh suka.

"Azmil, puasa tak?"

"Puasa. Dah enam hari tau."

Ana pun tanya, "Bagus. Kalau masuk bilik air, tutup pintu."

"Kenapa Pak Long," Azmil bertanya.

"Supaya orang tak nampak kamu minum air dalam bilik air. Betul tak"

Azmil tersenyum tapi dia jawab, "Taaaak."

Mungkin dia tak minum tapi budak tak tahu menipu.

Habis mangsa pertama, Pak Long cari mangsa kedua, adik Azmil bernama Azhar.

"Azhar puasa tak?"

"Puasa," pendik saja jawapan Azhar. Memang dia tak berapa cakap banyak sangat. Budak ni memang lurus bendul. Betul dia puasa. Baru darjah satu tu.

"Betul ke puasa," Pak Long mula sakat.

"Betul," jawab Azhar.

"Orang puasa tak boleh tinggal sembahyang. Azhar sembahyang tak?" Ana sakat.

Tersenyum Azhar serba salah. Alah budak darjah satu baru nak belajar sembahyang dengan ikut bapak dia.

"Tak apa, Azhar tak wajib sembahyang. Pak Long nak tahu awak orang Islam tak. Kalau tidak, puasa tak dapat pahala. Cuma lapar dan dahaga saja.

"Cuba mengucap."

"Entah." Azhar tak tahu apa itu mengucap.

"Ashaduallah ... Azhar," sibuk si Azmil pertahan adiknya. Pandai dia defend adik dia. Selalunya dia yang cepuk adik dia.

"Ashadu allah ilaha illah ... Muhammad rasulullah."

"Wah bagus. Sah Islam heh heh heh," suka ana.

Mana mangsa aku satu lagi. Ha ... si Fahmi tersengeh-sengeh ditepi.

"Fahmi puasa tak?"

"Puasa. Sembahyang ikut abah," dia dah jawab sebelum ditanya. Fahmi darjah satu dan tengah mula-mula belajar puasa macam Azhar.

"Fahmi orang Islam tak? Kalau tak, puasa lapar aja."

"Islam," pendik dan yakin Fahmi jawab.

"Kalau Islam, cuba mengucap?" Ana cabar dia.

"Emmm ... emmm ... " Dia terkial-kial. Ini ada can ana ejek nanti. Nak panggil dia anak angkat. Sakat Pak dia sebenar Hindu bati Caves.

Melihat adik dia akan kena sakat dengan Pak Long, kakaknya Farhana ajar adiknya, "Fahmi, bang. Fahmi."

Terus dia bang. Selamat dia kerana ada pengucap.

"Cuba Pak Long pulak mengucap ...," tiba-tiba ada suatu suara dari seorang anak saudara yang susah nak diingat namanya.

"Pak Long terlupa la ... Tolong ajar."

"Ha ha ha ... dia pun tak tahu," ramai-ramai anak-anak saudara mengajuk.

Azmil dari jauh menjerit, "Alah! Pak Long masa kecik dulu minum dalam bilik air masa puasa."

"Ha ha ha ... " Ramai-ramai mereka ketawakan untuk sakat ana balik.

Popular Pak Long dengan anak saudara. Masa ketawa Pak Long suka. Bila menangis, pergi cari mak bapak kau.

Ahad, Ogos 30, 2009

Selepas Terawih di Shah Alam


Sejak Jumaat, cerita perarakan yang menjinjing kepala lembu di Shah Alam menjadi perbualan sana sini. Perbincangan lepas terawih berkisar mengenai perkara itu.

Leman: Pening aku pikiaq cerita kuil Hindu ni. Kuil mereka dibina cara haram. Nak dialihkan setuju. Bila nak roboh depa marah. Time nak dibina macam-macam cekadak. Mat Hindu ni betoi banyak lemak.

Rahman: Inilah duduk negara majmuk. Dalam melakukan sesuatu, semua perlu diimbangkan. Jangan main cakap dan jangan main janji. Pihak minoriti nak dijaga. Dalam nak jaga hati mereka, majoriti jangan diketepikan. Tak boleh buat tindakan gopoh.

Leman: Kalau ikut cara dulu, urusan bina Masjid dan rumah ibadat di bawah kerajaan negeri. Rumah ibadat bukan Islam diletak urusan Setiausaha Kerajaan Negeri. Dipertimbangkan berdasarkan keperluaan dan justifikasi. Lani di letak bawah ahli politik dan orang India pula. Mesti dia dok pikiaq pasal bangsa dia. Campur saja orang politik susah jadinya.

Rahman: Bila SUK Melayu, mereka tak puas hati dan mengandaikan telah didiskriminaikan. Exco India, dia tak ambilkira sensitivit Melayu. Dia hanya cepat menuduh minoriti di diskriminasi.

Fakri: Nak pertingkatkan kemudahan rakyat kenalah dibangunkan kawasan. Bila ada kuil dan setinggan, jadi rumit. Yang buat susah dulu, aktivis-aktivis dan pembangkang dok bela mereka. Bila mereka berkuasa, kena tunaikan apa yang dulu dijanji.

Rahman: Bila dah perintah, baru tahu rumitnya mentadbir. Tengok Penang. DAP yang konon pejuang setinggan dan Kampung Baru pun tak boleh urus isu Kg Buah Pala. Dulu dibela kuil-kuil haram, ego punya pasal mereka tak mahu akui dah betul diletakkan di Seksyen 22. Padanlah muka, bila nak memandai pindah ke Seksyen 23.

Leman: Masaalah ini tak akan selesai. Selagi ada pokok besaq, depa mesti nak bina kuil.

Fakri: Kalau masaalahnya tak boleh letak bawah orang Melayu atau orang India, letak tanggungjawab bawah exco Cina. Kalau isu kuil adalah pasal depa suka bina mana-mana ada pokok besaq, aku dah ada jawapan.

Leman: Macam mana Fakri?

Fakri: Dari diletakkan bawah Dr Xavier atau Dr Hasan Ali, kita letakkan bawah Elizabeth Wong.

Rahman: Tapi rumah ibadat bukan portfolio dia?

Fakri: Dia jaga alam sekitar.Minat dia mengekalkan pokok, hutan dan hijau-hijau. Kuil berkait rapat dengan pokok besar. Hutan yang banyak ada pokok besar. Dapat kita asingkan masaalah kuil dengan perbandaran.

Leman: Betoi juga. Kita dah lihat Eli Wong berhutan. Sediakah Khalid benarkan Eli Wong menjaga masaalah orang Hindu.

Rahman: Rasa boleh. Orang Melayu beri dia masaalah. Dah masa dia tukar selera.

Leman: Kalau orang Hindu nak kuil di rumah mereka, macam mana?

Fakri: Bab tu aku tak pikir lagi … susah nak cari jalan penyelesaian, ya?

Rahman: Seorang perlu dipertanggungjawabkan. Dia mesti mendapat kepercayaan dan keputusannya meyakinkan hingga tidak perlu dipertikaikan.

Jumaat, Ogos 28, 2009

Bila rugi, naik jadi Menteri

Cerita dimula Mat Nor kari
Main currency berbillion rugi
Dia ingat duit bapak dia beri
Bank Negara kena jual aset free free

Diangkat naik Timbalan Menteri
Dola tido naikkan sepenuh Menteri
Khazanah dia jaga entah apa jadi
KJ banyak buat fee, anak Lambogini

Amir Sham pula buat tahi
Apake bodoh BII dibeli
Harga mahal macam tak peduli
Temasek sikit punya happy

Ada mesti dapat ratus juta fee
Amirsham cuma full Menteri?
Soalan KJ sudah dibocori
Pasal Maybank, tak jawab diam diri

Itu pun boleh dapat Tan Sri
Najib naik kasi berenti
Pak Lah katanya nak dia Pengerusi NEAC
Tahukah dia bina model ekonomi?

Asal rugi berbillion naikkan Menteri
Sudahlah kerja tak berapa reti
Naik minyak rakyat tak dipeduli
Inikah nak anak muda contohi

Karut Pak Lah tak habis lagi
Kamal yang nak Idris Jala MD
Dol tulis doa untuk dia amali
Agama Keristian Idris anuti

Abenda turnaround dia kendali
Kata MAS untung, sebenarnya rugi
Mat Nor Menteri kasi puji
CEO terbaik boleh dibeli?

Jual bangunan tentu tak rugi
Operasi tak pernah untung lagi
Hedging fuel gila-gila rugi
Mak ai ... satu lagi naik Menteri

Jaga KPI dua full Menteri
Logikkah cara begini
Politik dayak tak mahu dia berhenti
Sarawak election 2010 nanti

Khazanah tu banyak rugi
Pembaziran banyak tak peduli
Salah bermula Mat Nor Menteri
Azman Mokhtar main suka hati

Proton dan MAS masih tak menjadi
Lubang UEM masih tak tutupi
Taka ada pencapaian boleh pi
Tak hairan ... akan naik Perdana Menteri

Khamis, Ogos 27, 2009

Padanlah dema pesyen gitu ...


Ana terima SMS ucapan Ramadan yang sepatutnya satu nasihat. Bunyinya macam ini:
Berbanyakkan bersabar kerana bulan Ramadhan itu bulan kesabaran dan ganjaran di sisi Allah adalah syurganya yang penuh dengan Nik Aziz Nik Mat.
Padanlah dema pesyen gitu.

Melayu dulu taksub pada Raja dan orang Bangsawan. Ada pula taksub pada orang pakai serban. Feudal ...

Wow! Paling untung jual orang dah unta.

Rabu, Ogos 26, 2009

Siapa Ng Yen Yen kasi **pap?


Sudah tujuh kali kalah,
Patut PRK senang menang,
Ada saja yang ghaflah,
Pilih calun sewenang-wenang.

UMNO masih 'biznes as usual'
Tak cemas dan tak biol
Kalau futbal dah 7 gol,
Depa ingat main basketbol.

Tan Lian Hoe ada hantam,
Ong Tee Keat buat tuntutan,
Bila undi tak usahakan,
MCA Gerakan baik diam-diam.

Ang Pow sudah beri,
Ada permintaan dipenuhi,
Undi masih belum kasi,
Ini Cina, apa punya janji.

Yang dikejar tak dapat,
Yang Melayu nak cicirkan,
Sapa Ng Yen Yen kasi **pap?
Dah sedap, lari perjuangan.

Selasa, Ogos 25, 2009

Sampua ganjaran pre-paid


Pembuangan undi di Permatang Pair sudah berjalan lancar. Mudah-mudahan Gobala Krishnan tidak lagi diarah Brader Anwar beraksi macam haiwan untuk kecohkan keadaan. Baiklah ana ubah cerita dari politik kepada sesuatu yang masakini ia-itu mengenai bulan Ramadhan.

Masa bulan Ramadhan ini memang satu bulan yang baik untuk beribadat. Dari kecik ana diajar pelbagai pendaraban kaliganda kepada ganjaran dari amal ibadat yang dilakukan pada bulan puasa. Banyak orang kata tiap-tiap malam ganjaran terawih lain-lain dan hebat-hebat. Tapi ada Pak Lebai kata tak betul tu.

Ini mengingatkan ana pada suatu kisah seorang hamba Allah yang akan pergi Haji. Musim Haji pun tak lama lepas Raya nanti. Biasalah orang kita bila ada orang nak naik Haji, masing menziarah. Ada bagus tetapi ianya hanya adat dan kehalusan budi orang Melayu. Mungkin ia bermula masa dahulu masa pergi Haji naik kapal. Ianya makan masa lama dan ramai orang-orang tua yang pergi sampai meninggal. Mereka ziarah takut tak jumpa lagi.

Masa hamba Allah yang nak naik Haji menerima tetamu, macam-macam hajat masing-masing. Ada nak memberi pesanan. Ada menyumbang wang. Ada mintak sampaikan salam pada rasulullah. Ada pohonkan doa depan Kaabah. Bagi yang dah pernah pergi, ada pula memberi tunjuk ajar.

Ada satu rakan hamba Allah yang dah pergi haji datang memberi nasihat jangan sekali-kali tinggalkan peluang untuk sembahyang waktu di Masjidil Haram. Banyak ganjarannya. Berlipat-lipat kali ganda.

Kata rakan ini, ganjaran amal ibadat yang dilakukan dalam Masjidil Haram digandakan 100,000 kali. Sembahyang berjemaah dilipatgandakan 40 kali. Orang yang sudah berkahwin sudah kira dapat 25 kali.

Hamba Allah pun sampua ganjaran satu solat waktu berjemaaah di Masjidil Haram. Dapat jumlah ganjarannya 100,000,000 kali atau 100 juta kali.

Rakan itu suruh bayangkan kalau dapat 40 waktu. Hamba Allah kira pakai kalkulator dan dapat angka 4,000,000,000 atau 4 billion kali. Lalu di kira dari 4 billion itu jadi berapa tahun. Hampir 2.2 juta tahun.

Lalu dia berkata, "Wah! Macam solat 2.2 juta tahun. Ini pasti melebihi umor saya. Seolah-olah ganjaran sembahyang sehabis hayat saya dah dikurniakan tuhan. Ya?"

"Itulah hebatnya ganjaran beramal di Mekah," rakan itu berkata.

Isteri hamba Allah yang baru masuk membawa minuman dan sedikit kueh petang. Dia pun masuk perbincangan, "Jemput! Jemput! Kalau macam itu Cik Haji, macam lepas balik Mekah nanti tak payah sembahyang."

"Sembahyang tetap sembahyang juga," rakan itu menerangkan sambil mengangkat cawan yang berisi air teh O ke mulut.

Anak rakan itu yang darjah tiga pergi ke telinga ibunya dan berbisik, "Ibu, ganjaran itu apa? Pre-paid ke?"

Wow! Ana hanya mahu ikhlas dan ibadat mendapat keredaaan Allah.

Isnin, Ogos 24, 2009

Awas Pak Lebai pakai serban


AMARAN

Awas kepada isteri-isteri nombor dua dan seterusnya akan orang muda yang memakai serban. Sesiapa ternampak Pak Lebai muda sedemikian, sila laporkan kepada pihak berkuasa segera.

Pak Lebai muda ini bukan Tok Kadi yang akan membantu menyelesaikan masaalah rumahtangga, jika ada. Pak Lebai muda ini bukan Guru Ugama yang dihormati serta sedia memberi nasihat dan menguatkan iman.

Pak Lebai muda ini mencari isu rumahtangga yang boleh dipolitikan. Dia sedia membawa isteri orang untuk naik atas pentas ceramah. Silap-silap boleh bertambah jahanam perkahwinan anda.

Jika terjumpa, simbah serban mereka dengan air basuhan kain sebagai langkah keselamatan.

Untuk memastikan perkahwinan anda terpelihara, gunakan perkhidmatan Tok Kadi atau Guru Ugama yang pakai songkok.

Sabtu, Ogos 22, 2009

PAS menolak permohonan untuk ke syurga

Pengikut PAS engkar arahan 'nabi' usah serang peribadi.

KUALA LUMPUR Ogos 20hb - Prinsip adalah perkara kedua apabila membabitkan soal masuk syurga. Menurut Malaysia Insider, sekurang-kurangnya itulah yang dikatakan oleh Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Permohonan Khairul untuk menjadi ahli anggota PAS dan seterusnya dapat memasuki syurga telah ditolak hari ini.

Bercakap kepada pemberita di luar ibu pejabat PAS sini, Khairul, yang merupakan Presiden Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM), berkata tujuannya untuk menyertai PAS adalah kerana dia mahu "masuk syurga" seperti yang dikatakan oleh pemimpin PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa ahli-ahli UMNO tidak boleh masuk syurga.

“Perlembagaan Persekutuan menyatakan adalah hak asasi saya sebagai seorang warganegara bebas untuk menyertai mana-mana parti yang legal dan saya telah memenuhi syarat PAS. Sebab kenapa mereka menolak saya dalah kerana saya menyokong ISA yang ditentang oleh mereka," kata Khairul.

Khairul yang mengharap untuk menjadi ahli PAS datang siap bersedia dengan tiga orang lain yang membawa banner bertulis “PAS Take Beer,” yang memomokkan jeritan takbir PAS yang kini mengalah dalam isu kontroversi jualan bir di Selangor.

Dia berkata jika PAS menentang ISA, maka dia bersedia menukar pendiriannya dari pro-ISA kepada anti-ISA.

“Saya sekarang anti-ISA. Saya mahu masuk syurga. Saya sedih kerana bila saya ditolak PAS, saya tidak dijanjikan tempat di akhirat," katanya.

Bila ditanya mengenai kenyataan pegawai PAS yang mempersoalkan keikhlasannya, dia berkata bahawa niatnya sangat ikhlas dan dia rasa Nik Aziz adalah seorang
"nabi" kerana semua orang percaya kepada semua cakapnya.

Bila ditanya, apakah langkah seterusnya, Khairul akan membawa isu ini ke pejabat Suhakam.

Dalam masa itu, pengikut PAS telah melanggar arahan "nabi" mereka supaya tidak bermain isu peribadi semasa berkempen di Permatang Pasir.

Ianya dilakukan sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Nasaruddin At Tantawi yang menuduh calun Rohaizat simpan perempuan lain dan menyebabkan perkahwinannya goyang.

Ditanya seorang penyokong kuat PAS di Permatang Pasir, dia berkata, "Kami tak ada masaalah untuk berbohong, berfitnah dan bekerjasama dengan murtad, Nik Aziz dah pastikan ahli PAS masuk syurga.

"Walaupun Mujahid Yusof Rawa tahu calun kami curi duit kempen RM60,000 dan ambil dana sekolah pintar PAS untuk bayar hutang Chartered Bank, kami tidak ada masaalah. Dia akan turut masuk syurga kerana dia orang PAS." - Agensi Husin Lempoyang

Jumaat, Ogos 21, 2009

Semak status anda sebelum mula Ramadhan


Sempena bulan Ramadhan yang akan tiba dan untuk menyemak status anda ke syurga atau neraka, anda bolehlah menalipon terus kepada Tuan Guru Nik Aziz NIk Mat di talian +0199105555.

Sambil itu, cuba hafalkan sebelum Ramadhan yang akan sampai malam ini:

Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan fardhu ke atasku kerana Allah Taala.
Muga-muga amalan puasa diterima selepas status anda telah diluluskan. Ahli-ahli DAP dan PKR tidak perlu semak kerana mendapat pelepasan menyeluruh.

Selamat Ramadhan.

Isnin, Ogos 17, 2009

Apa sebenar Zaman Edan


Brader Anwar Bin Ibrahim bersyarah mengenai Zaman Edan yang dikata oleh Ronggo Warsito di Permatang Pasir. Edan maksudnya gila. Maka Zaman Edan itu adalah Zaman Gila.

Biasalah Brader Anwar Bin Ibrahim perlu menyebarkan penyakit selesemanya dengan mengatakan BN yang gila.

Dalam bab menyalahkan orang atau otomatik salahkan orang, itu memang kepakaran Anwar. Pasal dia tak hormati bini sendiri, bini orang pun dia sanggup salahkan tanpa bukti.

Bab muhasabah, itu memang kelemahan diri Anwar.

Istilah jawa Edan hampir sama bunyinya dengan istilah orang Negeri Sembilan berbunyi Eden iaitu saya. Oleh kerana Brader Anwar yang menyebut Zaman Edan maka betul kehampiran dengan Zaman Eden atau Zaman saya.

Memanglah Anwar yang buat politik gila ini. Bila dia bermula gila? Ah .. istilah Edan sama bunyi dengan istilah Edah. Zaman politik jadi gila bermula bila Anwar habis tempuh edah untuk masuk politik pada Black 14, April 14 2008. Zaman Edan bermula Zaman Edah atau masa lepas edah.

Nak tahu apa dia yang Anwar kata Zaman saya, Zaman lepas edah dan Zaman gila, baca apa kawan kita sini tulis.

Gila babi, Babi gila pun tak macam ini.

Jumaat, Ogos 14, 2009

Mana boleh main sikit-sikit


Orang kita suka kata buat sikit-sikit. Ikut mana terlarat.

Kalau tidak mampu, memanglah itu caranya. Berdikit-dikit membina sesuatu. Dari laki bini naik motorsikal, kemudian boleh beli kereta. Kalau mula sebagai foreman kereta bawah pokok, lama-lama meningkat dapat francis Dunlop.

Nek Ngah ana kata tak boleh. Kalau nak buat sesuatu, tak boleh ikut mana termampu. Sebab apa?

Ini ceritanya.

Suami Nek Ngah bernama Sulaiman. Ana memang suka dan selalu berziarah ke rumah Nek Ngah dan Pak Haji Leman. Kalau datang, suka waktu petang dan duduk di anjung sampai nak dekat maghrib.

Satu hari tu, ana tengok Nek Ngah dan Haji Leman macam bermuram sesama sendiri. Macam baru berkelahi.

"Apa kabo Nek Ngah?"

"Baik. Kami ni baru lepas kelahi. Pak Leman kau ni ada ke tanya-tanya aku nak kahwin lagi. Dah tua-tua baru nak buka cawangan. Mana nak kasi rumah sini. Nak kasi rumah sana.

"Mana nak cekau duit. Bukan dia larat kerja lagi," merajuk bunyi Nek Ngah.

Ana tengok pada muka Pak Leman dan dia kenyet-kenyet. Ah ... pahamlah. Dia saja menyakat.

"Aku bukan apa, Sin. Kau tahulah. Sejak aku pencen, aku dah mula pergi ke Masjid. Sembahyang tak tinggal macam dulu. Dah mula puasa. Dah belajar zikir dan macam-macam."

Pak Leman menerangkan dengan Nek Ngah memanding ke lain.

"Aku ni kan Husin. Aku rasa nak mengikut jejak langkah Rasulullah dan merasa kelazatan mencintai Allah macam Rasulullah," sambung Pak Haji Leman dengan mukanya mencmek=cemek pada lesung pipt.

"Oooo ... bab kahwin ikut Rasulullah. Bab beribadat tu. Dah pencen baru nak jaga sembahyang. Muda-muda tak puasa. Mengaji masih merangkak-rangkak. Yang nak diikut Rasullah hanya kahwinnya. Hai ....," menyerang Nek Ngah.

Ana diam aja. Bila laki bini bertengkar, jangan masuk campur dan cuba berpihak-pihak. Memahami Pak Haji Leman dan Nek Ngah, ini sekejap aja. Pasti menarik penutupnya.

"Alah ... Ngah. Kita ni hamba yang lemah dan serba kekurangan. Tapi kita kena berusaha sebarapa yang boleh. Manalah aku larat nak sembahyang sunat dua rakaat baca surah Al Baqarah?

"Aku buat yang larat sajalah. Hanya amalan kahwin saja yang aku mampu ikut. Kahwin sajalah, Sin. Lepas aku kahwin lagi satu yang muda, aku cuba buat amalan lain. Betul tak?"

Baik punya penutup Pak Leman.

Ana hanya tersenyum dalam hati. Tak berani nak jawab dan tak berani nak senyum. Takut kecik hati Nek Ngah.

"Haaah ... ada aja alasan orang tua ni. Biar aku ke dapur jerang air dulu. Aku nak solat asar. Kau nak air apa, Husin?"

"Apa-apa sajalah Nek Ngah," ana jawab.

"Awak tu nak air apa?" tanya Nek Ngah pada Pak Haji Leman.

"Buatlah kopi."

"Kalau ikuitkan kemampuan saya, hanya air jarang panas putih saja tau. Tapi saya layan suami tak ada sikit-sikit ikut apa termampu. Yang tak mampu buat pun saya buatkan. Kau dengar cakap Nek Ngah ni, Sin." Nek Ngah kenakan suaminya balik.

Itulah orang tua bergurau. Seronok dengar. Sebenarnya ada iktibar. Jangan asyik fikir dikit-dikit lama-lama fikirkan pun hanya sikit-sikit. Nak maju kena ada fikiran jauh dan kemahuan besar. Lakukan sesuatu melebihi jangkaun.

Kalau orang politik, cita-cita dia hanya nak buat Majlis pelancaran besar-besar. Sikit-sikit juga namanya. Masaalahnya, selalu sikit itu aja.

Khamis, Ogos 13, 2009

Al Fatihah buat Pak Dharma


Budayawan dan sasterawan Melayu, Abdul Muluk Daud atau lebih dikenali dengan nama Dharmala NS atau Pak Dharma menghembuskan nafas yang terakhir semalam pada pukul 8.41am hari Rabu 12 Ogos 2009. Beliau meninggalkan seorang balu, Adiah Matlana, 54 dan lima orang anak. Mayatnya telah dikebumikan di kampungnya di Jelebu bersebelahan kubur anaknya, Allahyarham Ikram Hafiz yang meninggal tahun lepas.

Buat yang tidak mengenali Pak Dharma, dia satu nama besar dalam dunia kesusasteraan dan budayawan Melayu. Dari laman blog peribadinya, dia hanya memperkenalkan dirinya sebagai sasterawan Melayu terpenting menulis dalam semua genre termasuk novel, cerpen, puisi,rencana, skrip drama pentas, tv dan filem. Pemenang hadiah sastera nasional 1974 kategori cerpen. Pemenang sayembara novel Yayasan Sabah Gapena 1979 dan 1981. Pemenang hadiah cerpen Esso-Gapena 1981 dan 1982. Jawatankuasa penyelidikan budaya Muzium Negeri Sembilan 1990-2003.

Disamping itu, beliau juga mengendalikan blog Suara Prima, blog untuk satu perkumpulan penulis-penulis dan karyawan-karyawan Melayu.

Ana diperkenalkan ke kumpulan ini oleh Dato Kamal Amir. Sering mendapat jemputan kepada Majlis Puisi dan Majlis sembang-sembang kumpulan ini. Nama-nama dalam kumpulan ini besar-besar. Yahya Ismail. Ruhanie Ahmad. Dr Hasan Ahmad. Mohd Sayuti Omar. Bekas VC Dr Mansor. Macam-macam nama penulis dan penyair dari pelbagai jalur politik. UMNO. PKR. PAS. DAP. Gerakan. Entah macam mana ana dapat sesuai dan serasi dengan mereka. Termasuk dengan Pak Dharma sendiri.

Pak Dharma orangnya serius dalam kata-kata tetapi tidak mahal untuk melemparkan ketawa dan senyuman. Ini membuatkan ana yang hanya penulis penjual unta boleh serasi dengannya. Dia sendiri yang menghantar ana jemputan kepada mana-mana Majlis mereka. Kami sepatutnya berjumpa untuk satu Majlis puisi pada Ogos 15hb ini. Nampaknya tak sempat dan Majlis terpaksa di postphone.

Dalam beberapa minggu lepas, ana ada mendapat SMS dari Pak Dharma. Beliau bertanyakan khabar. Memang agak lama sudah tidak berjumpa dibelungi kesibukan. Ana hanya jawab secara SMS khabar baik dan agak sibuk. Ditanya Pak Dharma bagaimana? Dia hanya kata baik Alhamdulillah. Rasa agak ghalat tidak menaliponnya. Rupanya dia ingin memberitahu dirinya sudah berkurangan kesihatan.

Sebelum itu dalam kebosanan menaiki keretapi Putra, ana menghantar satu SMS kepadanya berbunyi "Tak lama lagi, kita semua jadi orang Malaysia, Bahasa Malaysia, bangsa Malaysia, Tanah Malaysia, warganegara Malaysia. Agama pun (Malaysia?)." Ana memberitahu sedang mereka satira dari itu. Bentuk yang ada mungkin tidak dapat difahami pembaca.

Pak Dharma tangkap maksudnya dan membalas dengan senyum. Rupanya dijadikan satu tulisan sini. Tulisnya, "Di depan semua bermuka-muka, Di belakang mungkin lain bicara." Begitulah Pak Dharma seorang yang amat membenci hipokrasi.

Kenalan kami sebentar sahaja tapi sungguh bermakna. Ku doakan Allah cucuri rahmat ke atas roh mu, Pak Dharma. Al Fatihah.

Rabu, Ogos 12, 2009

Berita baik dari Istana Pahang


Ini khabar baik dari Istana Pahang

Kesihatan Tengku Puan Pahang Baik

KUANTAN, 11 Ogos (Bernama) -- Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Iskandariah serta lima anakanda baginda yang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini kerana dijangkiti Influenza A (H1N1) berada di dalam keadaan baik.

Tunku Azizah ketika dihubungi pemberita berkata baginda serta kesemua anakandanya kini beransur pulih ... seterusnya di
sini.
Khabar lagi baik.

KDYM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah selamat tidak dijangkiti virus H1N1.

Psttt psttt ... dia berada di rumah Julia Rais masa serangan virus.

Nasib baik selamat.

Ada orang tu kalut. Oghang dok mati pasal H1N1, dia dok cerita pasai Diabetes. Tak tau buat kerja ka? Mintak sambung pulak tu?

* Menurut blog ini, yang ada pangkah merah tu anak Tunku dengan Julia Rais. Yang lain, dengan Tunku Azizah. Bagus ye. Mak lain-lain tapi anak berbaik sesama dia. Pandai Tunku atur anak.

Selasa, Ogos 11, 2009

Bangunlah! Rosmah masuk Dewan


Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal kedua Parlimen habis bersidang pada 2hb Julai. Tidak tahu bila akan bersidang balik.

Masa Parlimen bersidang adalah masa yang paling sibuk buat wakil rakyat. Mereka perlu berada di Dewan dari pagi pukul 10 pagi hingga 5:30 petang. Memang membosan tak habis-habis dengar orang berucap. Nak berucap kena queue giliran.

Nak mencelah bukan senang. Kalau MP baru dan tak biasa peraturan Parlimen, silap cakap kena tiow dengan MP veteran-veteran. Terduduk.

Bagi Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri, lagi membosankan. Mereka tidak boleh bertikan lidah macam backbencher dan pembangkang. Cakap pasal hal Kementeriaan saja.

Memang sangat bosan. Ada satu Timbalan Menteri tu ana tahu dia boleh habiskan setengah buku sehari di Parlimen. Sampai sepuloh buku habis sepanjang sesi Parlimen.

Ada MP tu tidor saja. Ini kisah seorang MP yang tertidor dalam sidang. Kita tak pakai nama betul. Panggil YB Rahim.

YB Rahim tertidur dan mendengkur. YB Rahman yang duduk bersebelahan kejutkan dia.

"Ehh ... aku tertidor ke? Malam tadi tidor lambatlah Man. Sampai pukul 3 pagi. Macam-macam orang nak jumpa. Aku nak tidor skit. Kau tengok-tengokkan."

Sambung balik YB Rahim tidur. Tak lama kemudian, Dato Seri Najib masuk Dewan untuk mengikuti Parlimen.

YB Rahman pun kejutkan YB Rahim, "Rahim Rahim ... Bangunlah. Najib masuk. Bangun."

YB Rahim buat tak tau saja. YB Rahman gerakkan dengan tangan. Dia hanya merungut... "Takpa Najib. Relaks la. Dia bukan marah kasi malu kita. Dia gentleman. Aku Ketua Bahagian. Tak berani dia nak apa-apakan aku ...."

Confident dia cakap. Langsung dia tidur kembali.

Tak lama kemudian. YB Rahman kejutkan lagi kerana giliran Speaker Dato Pandikar Amin Mulia mempengerusikan menggantikan Dato Wan Junaidi.

"Bangun Rahim. Amin naik Speaker tu. ... Nani kau kena lagi kan." YB Rahman kejutkan.

"Alah ngantuklah, Man. Petang nanti aku kena balik tengok Bahagian. Kau bolehlah. Kawasan dekat..." Tak peduli dia.

YB Rahman nak kenakan dia. YB Rahim ni dah lama 4 term dari zaman Tun Dr Mahathir. Nak dibohong sampai dia bangun.

"Rahim Rahim ... Mahathir masuklah!"

"Aap lagi lah kau ni, Man. Janganlah temberang aku. Mahathir mana boleh masuk Dewan Rakyat. Berilah aku tidor ..." Tidor balik .

Baiklah kau tak takut ye, YB Rahman kata. Tengok aku kenakan kau ...

"Rahim Rahim ... Rosmah! Rosmah! Bangun!

"Bangunlah! Rosmah masuk Dewan."

Terus celek mata dan mencecet dia terus berdiri tegak.

"Sial kau Man. Apa pasal tak kejutkan aku tadi. Mana Rosmah? Mana Rosmah?"

Kuat suaranya hingga microphone pick up. Ditoleh-toleh tak nampak Rosmah di galeri pemerhati.

"Kau kenakan aku ye Man."

Marah YB Rahim melihat YB Rahman tersipu-sipu. Nampak sangat dia selalu dok jack Rosmah.

"YB Rahman ..."

Dari jauh kedengaran suara Speaker Pandikar Amin dengan telo Sabahnya memanggil.

"... minta laluan atau baru bangun tidor tu? Tidak fahamkah bahawa peraturan Dewan hanya membenarkan menyebut seorang YB mengikut kawasan yang diwakili. Kawasan mana YB Rosam yang awak sebutkan tadi?"

Najib ada mendengar. Tersenyum kerana dia tahu Backbencher BN itu tidor tadi.

Isnin, Ogos 10, 2009

Etika talipon


Tak tau kenapa. Kita orang Malaysia sangat berbudi dan bersopan tetapi berubah perangai dalam tiga situasi. Pertama, masa bawak kereta. Kedua bila di Internet berforum dan komen blog. Ketiga, etika talipon.

Bila orang talipon kita, dia suka tanya siapa tu? "Whose that?" Pelik? Bukankah patut tahu siapa yang ditaliponkan. Bila kita talipon orang, perkenalkan diri atau syarikat yang anda wakili dahulu. Jangan tanya siapa tu tapi tanya boleh tak saya bercakap dengan si polan si polan.

Satu peel yang ana benci adalah bila kita talipon orang, dia pula sibuk dan tak dapat layani masa itu. Dia suruh kita talipon balik. "Call back." Kadang2 tak beritahu bila masa nak talipon balik. Bukankah patutnya dia yang talipon balik?

Kita talipon rumah kawan tapi anak kecilnya yang jawab. Ini yang menyampah dok tunggu dia orang nak pujuk ambil talipon baik-baik dari anak tu. Kalau pandai cakap tak apa juga.

Ana dapat lawak talipon dalam e-mel. Mungkin ini cara nak kenakan pemanggil yang tidak tahu etika talipon:

1. Pemanggil: Helo, May I speak to bedah please?
Jawapan: Maap. Sini bukan balai polis.

2. Pemanggil: Helo, siapa disana?
Jawapan: Entah. Saya kat sini, mane le saya tau sape kat sane..

3. Pemanggil: Helo, boleh saya bercakap dengan bapak awak?
Jawapan: Nak cakap cakap je ler. Buat ape tanye saya.

4. Pemanggil: Helo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: Maaf cik, nombor tak boleh disambung, hanye boleh dicampur, tolak, kali dan bagi.

5. Pemanggil: Helo, mak ade rumah?
Jawapan: Mak tak ada rumah. Bapak ada. Pasal rumah ni bapak yang beli.

7. Pemanggil: Helo, saya bercakap dengan Siti?
Jawapan: Maap, nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye ... time kacih.

8. Pemanggil: Helo, tolong panggilkan Samad. Saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: Sila panggil sendiri. Saya sibuk. Maaf.

9. Pemanggil: Heloooo ...
Jawapan: Helo. Pusat sakit mental di sini. Anda ingin mendaftar?

10. Pemanggil: Helo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: Maaf. Ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Pemanggil: Helo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: Sila dail sekali lagi. Kalau saya masih menjawab betul le tu.

12. Pemanggil: Assalammualaikum...
Jawapan: Waalaikummussalam ...(tupp!..terus letak tepon. Hanya untuk wajib jawab)

Operator pun ada karut juga.

Kenapa lambat sangat angkat talipon. Patutnya dalam tiga ring dah angkat. Tak kesah saja kita. Tak tergesa nak angkat sampai 9 kali. BUkan operator saja tapi orang kebanyakkan. Kalau nombor am pejabat kerajaan, satu hari tak dapat-dapat. Sedar-sedar dah tutup untuk makan atau tutup pejabat.

Bila kita dipinta tunggu, kita boleh menunggu sampai selama-lamanya hingga seolah-olah tak ada orang yang melayani kita atau tidak disambungkan.

Pengalaman seronok bila talipon syarikat Cina. Telephonis mereka bahasa komunikasi teruk. "Horron ... aaa." Suruh tunggu. Kadang-kadang dengar broken English macam berbunyi "Wa izit", "Can or not", "I tono", dan macam-macam lagi.

Yang lucu adalah bila tengok orang yang terima call dari boss dia atau Menteri mana. Dia boleh bangun berdiri seolah-olah bos atau menteri tu ada di hadapannya.

Ana tahu ada satu bekas Menteri kanan ada satu perangai pelik. Bila ada orang talipon direct ke pejabat dan ada orang hadapannya, dia akan kata salah nombor. Bukan satu dua yang masuk tapi banyak pulak "wrong number.".

Hairan ... macam mana boleh salah nombor masuk bilik bekas Menteri kanan. Banyak jantan betina talipon ... hehehe.

Menteri itu ada perbicaraan pada Sept 5hb.

Sabtu, Ogos 08, 2009

Selangor Darul Ehsan ... negeri aman?


PAS dulu Takbir
PAS sekarang Take Beer
Hehehe ... mana dia orang dapat ide itu? Tapi bukan ana reka tau.

Yang menyebabkan tereka, mestilah punca isu ini.

Bakal melucukan adalah apabila dah kena hentam, masih pertahan polisi. Dilonggarkan pula polisi yang ada. Ini bakal memberi modal ide-ide penjana istilah. Nasiblah ko orang.

Syabaslah UMNO Selangor yang kini celik blog. Teruskan perjuangan buat ...
Selangor Darul Ehsan ... negeri aman?
Suara rakyat tiada lagi keramatan
Exco pemarah pintu jadi tendangan
Kongsi gelap buang dari Masalam

Sana sini urut, judi, pelacuran
Siber kafe buka sampai siang
Jualan arak penuh kebebasan
Berleluasa maksiatan dan keruntuhan

Jumaat, Ogos 07, 2009

Perkara ke 11 pasti tingkatkan tekanan (stress)


Ada macam-macam dikatakan perkara yang menaikkan tekanan (stress). Berikut adalah antara 10 perkara:

1. Sumbat hidung dengan gabus dan cuba tiupkan.
2. Bayar satu kad kredit dengan kad kredit yang lain.
3. Bila orang yang nak pergi melancong suruh anda yang nak pergi kerja suruh relaks.
4. Kerja banyak di opis.
5. Bila Pak Mertua sekelurga mai tapi rumah anda sempit
6. Anak minta duit sekolah, masa duit dalam wallet cukup untuk pergi kerja 3 hari.
7. Cuti sekolah habis dan anak nak naik sekolah
8. Nak dekat raya tapi dibuang kerja
9. Ada bos baru masuk dan dia junior yang kamu buli masa di sekolah asrama.
10.Trafik jam pasai tunjuk perasaan di Masjid India
Banding dengan ini semua, perkara tambahan ke-11 pasti menaikkan adrenaline dan tidak perlu ujian stress oleh Chemist. Ianya berikut:

11.Diambil untuk disoalsisat sebagai suspek oleh SPRM pada petang pukul 7.
Sudahlah Gobind jangan auta.

Wow! Dengar Gobind meraban pun stress. Lagi untung ditolak dari dijual.

Khamis, Ogos 06, 2009

Saksi penentu kes kematian Teoh Beng Hock


Empat eksekutif wanita muda berjumpa di Mandarin Oriental untuk hi tea. Lepas mereka salam-salam dan kiss kiss, masing-masing duduk dan order.

"I belanja tau hari ni. Semalam I dapat promotion," kata Liza.

"Wah congrats u. Belanja atau expense account?" Sheeda tanya.

"Belanja la. My new salary akhir bulan nanti." jawab Liza.

"Tak apalah. Inikan company I punya turn kena pow kita. Next month you punya expense account baru," Rina tawarkan.

"Tak baiklah you all ...," Feeza merungut.

"Feeza ... jangan naive. Kat atas superclub tu. Berapa banyak kawan-kawan kita main tibai expense account Khazanah. Sampai seribu sekali lalu." Sheeda terangkan.

"Betul Feeza. Banyak dia orang overpaid. Pangkat VP tapi buat petty Manager level job. Jom kita makan ..."

Sambil makan, Rina bertanya, "What do you all think of the Teoh Beng Hock muder? Before kita tunggu all 97 witness testify, agak-agak siapa bunuh?"

"Mula-mula I ingat MACC. Banyak sangat baca online news. Tapi lama-lama tak lojiklah? Tak akan MACC bunuh dan tingkalkan di situ. Too obvious." Liza memberi pendapat.

"Kita tak boleh teka-teka. Tunggulah siasatan result. But I rule out suicide. Tak akan dia bunuh diri a day before register marriage. Kesian I tengok fiance dia. Kalau I, tak taulah ...," Feeza memberi peringatan.

"You pregnant ke?" Liza sergahnya.

"Essh ... taklah. Tak baik you. I belum kahwin lagi tau." Feeza blushing skit.

"Ok you are right Feeza. Just for the fun of it. Agak-agak siapa?" Rina tanya.

"I rasa Tan Boon Hwa. I was hoping DNA show him tapi tak. But I still am suspicious of him, Roonie Liu and Ean Yong. Maybe dia corroborate dengan some hired gun. Macam professional work." kata Sheeda dengan begitu yakin.

"I thought of that. These days so many people spinning. Pening lah ... latest dada cerita MACC simpan handphone Teoh. Ballpoint MACC ada dalam poket Teoh yang ada kesan darah. Ada some identifiable people masuk MACC office. Tak ada in and out record." kata Rina.

"So Teoh curi ballpint SPRM lah." Feeza menyampuk.

Ketawa semua sekali.

"Ok ok I serious ni. You know what Rina? I rasa saksi ke 98 knows who murdered Teoh. That is the decider." Feeza berpendapat.

"Bukankah ada 97 witness saja..." Sheeda hairan.

"Saksi ke 98 adalah Teoh Beng Hock. Dia saja yang tau ... I nak ke restroom. Tata ... "

Feeza bangun membiarkan ketiga-tiga mereka ternganga dikenakan.

Rabu, Ogos 05, 2009

Macam mana nak kasi Lim Kit Siang diam?

Lantik Ronnie Liu jadi Ketua Polis Negara ...

Gambar diambil dari The Unspinners di sini

... berhentilah dia dari mengkritik Tan Sri Musa Hasan.

Tunjuk perasaan anti ISA hadapan Pesuruhjaya Singapura


KUALA LUMPUR Ogos 3hb - Satu tunjuk perasaan telah diadakan di hadapan pejabat Pesuruhjaya Singapura di Jalan Tun Abdul Razak semalam bagi menuntut dimansukhkan undang-undang ISA di Singapura.

Tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh TACUT disertai oleh anggota ahli-ahli parti DAP.

Difahami bahawa tunjuk perasaan ini dianjurkan untuk menyangkal tuduhan bahawa kaum Cina setuju dengan undang-undang ISA. Ini ekoran pandangan ramai bahawa kaum Cina tidak turun bersama dalam tunjuk perasaan GMI anjuran ahli-ahli PAS pada Sabtu lepas.

Seramai 100 orang penunjuk perasaan dari parti DAP kelihatan. Walaupun hanya 10 orang kelihatan pada mulanya, ahli-ahli DAP keluar dari belakang-belakang pokok apabila polis tidak mengendahkan.

Ketua Penganjur, Liew Kong Xi Lap berkata, "Kami ada lagi 3 juta sokongan dari pengunjung Internet dan pengusaha-pengusaha blog politik Cina."

Menurutnya, penyokong-penyokong ini adalah anjing dan babi pergerakan kami. Mereka kuat menyalak dan berani menyondol di Internet.

"Mereka bukan takut. Lama-lama mereka akan keluar. Tengok kami protes ISA ke atas Singapura" kata Liew.

Ditanya kenapa Lim Kit Siang tidak turut serta, Liew menerangkan dia sentiasa memberi sokongan kepada usaha kami. Sumber berkata Lim dalam perjalanan ke Singapura untuk meminta maaf kepada PAP.

Semasa ditanya wartawan berkenaan perkembangan ini, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata walaupun dia setuju Malaysia merombak undang-undang ISA, dia tidak bersetuju Singapura memansukhkan ISA.

"Tunjuk perasaan ini hanya untuk mengalih pandangan realiti mereka telah kudakan PAS dan nak tunjukkan konon tidak takut," kata Khairy yang melarang ahli Pemuda UMNO menyertai tunjuk perasaan Magaran.

Liew menyangkal tuduhan tersebut. Katanya, "Hubungan kami dengan PAS sekarang sangat baik. Kami sudah boleh minum beer sama-sama."

Dia menyentuh mengenai pendirian Mufti Selangor baru, Sheikh Ronnie Liu bahawa beer bukan arak.

"Tak lama lagi, PAS akan tukar laungan kepada Take Beer! Take Beer!" - Agensi Husin Lempoyang

Isnin, Ogos 03, 2009

Kerajaan perkenalkan tanaman getah toreh segera

TANGJUNG KARANG Ahad Ogos 2: Kementeriaan Pertanian akan perkenalkan tanaman pokok getah toreh segera secara besar-besaran di seluruh negara, kata Menteri Pertanian Dato Noh Omar di pelancaran Kursus Petani Fofesyenal di Tanjung Karang semalam.

Menurut Noh, hasil susu getah toreh segera lebih banyak dari baka getah biasa dan boleh ditoreh selepas hanya beberapa hari pokok ditanam. Selain itu, baka pokok getah boleh dijual sebagai kayu kayan perabut yang berharga.

Proses penorehan dan pengambilan susu getah dari pokok getah toreh segera dapat menggunakan teknologi untuk dimekanisma dan diotomasi. Pengambilan pekerja-pekerja luar dapat dikurangkan dan ia mudah bagi pengusaha lakukan sendiri.

Kata Noh, usaha ini adalah hasil penyelidikan Mardi dan merupakan sebahagian dari program mengimplementasi rosolusi Konvensyen Petani Nasional beberapa tahun lepas.


Ketua Penerangan UMNO, Dato Ahmad Maslan yang banyak menimba pengalaman menoreh pokok getah mengalu-ngalukan usaha itu dan memperakui kebaikan baka pokok getah baru ini.

“Saya sendiri sudah dapat rasa menoreh getah tanamam segera ini di tapak experimen di Benut, Johor pagi semalam. Masa itu saya bermalam di rumah seorang penoreh getah yang beratap nipah. Tengahhari semalam saya di Telok Intan. Sebelah petang semalam saya sudah berada di Penanti dan Permatang Pauh, tempat yang sudah tidak dikunjung orang ahli politik.

“Lepas ini saya terbang ke Tuaran, Sabah dari Senai. Malam ini saya akan bermalam di Arau, Perlis. Besok saya masuk kerja di Peutarjaya.” kata Ahmad yang kuat bekerja dan tidak malu menceritakan jadualnya setiap kali berceramah dan ditanya wartawan.

Selain pekej ransangan ekonomi yang pasti turun di Permatang Pasir, Ahmad berharap pokok ini ditanam segera di Permatang Pasir agar cukup masa untuk dia sendiri merasmikan torehan pertama semasa pilihanraya kecil nanti. - Agenda Husin Lempoyang

Perhatian: Blog Husin Lempoyang ingin merakankan ucapan takziah kepada keluarga mantan ahli Dewan Undangan (PAS) Permatang Pasir, Allahyarham Mohd. Hamdan Abd Rahman di atas kematiannya pada Julai 31hb baru-baru ini. Muga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al Fatihah

Ahad, Ogos 02, 2009

Telor kampung dan setengah masak tak mujarab

Azam, blogger yang juga penasihat undang-undang kumpulan pro-ISA MAGARAN berjaya menyerahkan memorandum kumpulan MAGARAN yang pro-ISA ke pihak istana seorang diri dengan menggunakan kecerdikannya.

Dia pergi sorang-orang diri, maka dia tidak terlibat dengan perkumpulan haram. Dapat dia menyelinap masuk ke tepi pagar istana dengan tidak menarik perhatian. Tanpa membawa pengikut puloh ribuan atau ribuan, dia tidak di tentang dari polis.

Boleh jalan releks-relaks selama tiga jam. Siap berhenti minum, hisap rokok di Central Market, dan sempat berhenti makan durian.

Azam menyamar pakai baju Visit Malaysia. Baju pro-ISA dipakai di dalam dan hanya dedahkan lepas surat sudah diserahkan di pagar Istana. Baru wartawan tertumpu ke arahnya untuk dapatkan statement. Pandai-pandai ...


Yang ribu-ribu Pak Lebai makan telor kampung, tak berbaloi kena gas dan sembur air. Ini susah tak guna otak dan main ikut apa disuruh. Main serbu dan rempuh saja. Tak guna otak. Dia ingat sama taktik diulang akan terus jadi.

Satu hari nanti, Tok Guru sesat mana suruh bunuh diri, main ikut taat. Inilah penghambaan minda.

Dahlah 600 kena sumbat lokap, jadi pula kuda tunggangan DAP. Padahal DAP yang sememang penentang tegar ISA dari dulu.

Pak Lebai ini keluar bersungguh tapi mana punai-punai tak sunat itu semua? Harap berani bila ramai-ramai saja. Cuma pandai menyalak macam anjing di Internet dan gelojoh nak makan sorang-sorang tak tahu berkongsi dan tolak ansur macam benda tu.

Bila dengar konon akan berlaku pertembungan Melayu dengan Melayu, babi berpunai-punai tak sunat ni semua kecut cabut lari. Act saja macam berani.

Pak Lebai semua kena kasi sedikit telor kampung pada mereka.


Yang kesian sekali, orang yang baru nak makan telor setengah masak.

Tak perlulah. Lambat lagi baru boleh jadi berani. Kalau masih guna alasan nak nak jaga imej dan ambil hati pengundi kaum lain leh konon, ngaku saja pengecut. Pengecut tak layak jadi pemimpin.

Dahulu berani macam real saja. Semua sandiwara pasal Pak Mertua sudah atur dengan polis. Dah pakat-pakat dengan polis kasi lepas masa buat-buat rempuh.

Kita tau memo tak sampai pun kepada Condoleeza Rice. Masuk pintu, SB sudah rampas dari tangannya dan halau suruh merambus.

Hanya sombong pandai jual nama Universiti saja. Rupa-rupanya ...

... penuntut Universiti tempatan UIA lagi pandai dan bijak. Berani pulak tu.


Azam, kau makan telor apa?