Jumaat, Februari 27, 2009

Takhta Singh, Takhta Karpal

Mr X menulis menyatakan ungkapan Karpal Singh di Parlimen, 'Singh is King' bermaksud dalam bahasa Sanskrit, Singh sebagai Singa dan Singa adalah Raja Rimba.


Beginilah rupa Raja Rimba duduk di atas takhta. Cuma takhta si Singa yang bernama Karpal rupanya begini.


Karpal marah ada orang hantar dia peluru dua. Pasal ikut lagu mesti "satu pistol, peluru dua", patut hantar sekali satu pistol.

Walaupun pistol pun tak boleh guna, kaki tidak boleh jalan, tangan tidak boleh salam, dan Lim Kit Siang sudah tinggal sama kawan, jangan main-main sama dia.

Wow! Boleh lagi nak warning orang.

Khamis, Februari 26, 2009

Petua berkempen politik


Ada satu Pak Haji di Alor Setaq. Nama tak boleh sebut pasai dia bukan orang politik. Kita panggil Pak Haji Nawi saja la.

Pak Haji Nawi ni ada ampat isteghi yang semua baik-baik belaka. Sesama mereka macam peghadik peghadik. Tulung menulong dan kerjasama. Orang kampung heghan. Tak kan tak dak gaduh-gaduh atau cemburu na.

Empat bini ni mesti ada persaingan dan sedikit-sedikit cemburu sesama dia. Macam mana Pak Haji ni buat? Pakai ubat guna-guna ka? Atau peghikut P Ramlee dalam Madu Tiga, mesti pandai pembohong?

Peghati punya peghati, tak ada pun Pak Haji ni berlaku tak adil dan temberang sama depa ni semua.

Ada oghang pi tanya petua dia berumah tangga dengan empat oghang tapi aman damai.

Pak Haji Nawi pun cerita, "Petua saya senang saja. Semua bini rasa dia istimewa lebih dari orang lain."

"Macam mana tu? Kasilah contoh."

"Hang pun nak ikut macam aku ka?" tanya Pak Haji Nawi.

"Tak saya ni nak petua macam mana nak kasi semua oghang suka kat saya."

"Ohhh ... hang nak bertanding jawatan la. Senang. Aku kasi hang satu contoh. Bila aku beli kain, aku beli tujuh helai. Pasai apa aku beli tujuh?" Tanya Pak Haji Nawi.

"Semua dapat dua melainkan satu ka?" Oghang tu cuba meneka.

"Bukan macam tu. Tiap-tiap bini aku bawak empat helai dan simpan selebih. Bila soghang pilih satu, dia ingat yang lain untuk isteghi yang lain. Dia rasa spesel.

"Aku ganti hat satu helai tu dan tunjuk pada satu lagi isteghi. Tiap-tiap isteghi dapat pilihan daghi empat. Masing2 ingat dia lagi spesel."

Oh gitu ... barulah dia paham. Tiap-tiap pengundi mesti merasa dia spesel. Kalau calun depa menang, dapatlah jawatan atau peranan atau apa-apa tuntutan. Samada dapat atau tidak yang dijanjikan, masih belum tentu.

Tak caya tanyalah Brader Anwar Bin Ibrahim. Dia ada dapat petua dengan Pak Haji Nawi. Part rasa macam spesel itu Anwar pandai. Nak kotakan, tak tau la.

Jangan heghan Obama mintak petua dengan Pak Haji Nawi. Yang itu pasti tak kota. Selagi tak selesai Palestine, jangan haghap bule pecaya.

Macam Mat Taib, Noh Omar, dan Zin, depa dah hampir macam Pak Haji Nawi. Cuma tak pasti, depa dapat petuanya atau tidak.

Wow! Pak Haji Nawi kalau nak beli unta, beli tujuh ekoq tau ...

Rabu, Februari 25, 2009

"I nak pergi bilik air ..."


Dalam keadaan politik yang begitu bergolak sekarang ini, ramai ahli politik balik lambat malam. Kadang-kadang ada yang pulang sampai hampir pagi.

Ada yang balik lambat kerana pergi berceramah. Ada yang menganjur ceramah. Ada yang sibuk dengan pemilihan parti. Ada yang ada perjumpaan pow-wow strategi. Ada yang pergi minum-minum sembang politik. Macam-macam orang politik.

Ada yang juga guna politik sebagai alasan. Jadi helah untuk jumpa gelfren. Pergi kalabul malami dan dagdut. Kadang-kadang ianya masa untuk isteri sorang lagi yang isteri pertama tak tahu wujud.

Ada isteri sporting dan understanding mengenai penceburan politik. Dalam itu, naluri perempuan akan fed-up kalau si suami balik lambat selalu sangat. Si suami kena selalu mengakal si isteri. Oleh kerana orang perempuan selalunya pejenis tidur cepat, maka alasan yang lazim diguna ia-lah "I balik awal, you saja tidur cepat."

Untuk memastikan alasan ini berkesan, si isteri tidak boleh sedar masa suami balik pukul 3 pagi. Antara taktik-taktik diguna adalah perlahan-perlahan semasa membuka pintu, berjalan dan masa baring atas katil.

Ada isteri pejenis mudah terjaga. Maka ada yang bila pulang akan jalan mengundur supaya bila si isteri tersedar, maka dia kelihatan macam berjalan dari katil. Bila ditanya, "I nak pergi bilik air ..."

Ada suami bila dia nak baring atas katil, dia tak baring pelan-pelan. Takut disedari macam baru nak tidor. Dia akan tekan kuat-kuat tilam itu dan duduk. Ianya seolah-olah bangun terkejut dan terus duduk. Kalau bini tak sedar, relaks saja. Bila tersedar, alasannya masih sama "I nak pergi bilik air."

Ada satu Dato sudah balik mabuk. Dia pun buka baju seluar, tinggal boxer short dan guna taktik sama. "I nak pergi bilik air."

Dalam bilik air, dia pun cuci bau-bau pada mulut dan badan. Tak mahu si isteri tanya-tanya kenapa lama sangat dalam bilik air, dia pun ambil wudu dan solat. Tak tahu orang mabuk sembahyang apa. Takut lama sujud dia ...

Tengah-tengah sembahyang, tiba-tiba si isteri baling bantal. Dia hairan kenapa isteri baling bantal. Dia buat tak tahu dan terus sembahyang.

Masa tengah iqtidal, si isteri baling lagi bantal. Marah dia isteri kacau sembahyang. Belum dia batalkan sembahyang untuk buka mulut, si isteri bersuara, "Abang ni. Kalau nak sembahyang pun, pakailah kain."

Rupanya Dato ini dalam tengah mabuk, tak sedar dia sembahyang pakai seluar boxershot saja.

Kantul!

Selasa, Februari 24, 2009

Batang Ai pulak ....


Bermula dengan kekosongan di Bukit GANTUNG, kemudian hilang dan berhenti Bukit SELAMBAK, jadi BI-ELECTION.
Tengah melihat-lihat Bukit terLANJANg, tiba-tiba BATANG AI pulak ... jadi BI-ERECTION.
Terpaksa diluahkan kebetulan ini. Ana mintak maaf mencarut la.

Isnin, Februari 23, 2009

Pelbagai kisah lembu


Besar terpampang ana lihat akhbar Sinar Harian memberi suara Anwar mempertahankan Khalid Ibrahim berkenaan isu rasuah lembu. Maka hari ini, ana mahu cerita pasal lembu.

Mengingatkan kembali cerita peristiwa Nabi Allah Musa, semasa Musa naik ke bukit untuk menerima perintah firman tuhan, ia memakan masa dan kaumnya yang tak sabar telah ditiu helah oleh seorang yang lain. Mereka telah memberi barang kemas emas mereka dan dilebur menjadi sebuah patung lembu emas untuk disembah. Lembu itu disembah macam tuhan.

Bagi orang Hindu, lembu dianggap binatang suci. Ana kurang fahami teologi Hindu tapi ana anggap ia suatu penghormatan kepada binatang yang banyak gunanya kepada masyarakat Hindu India. Mana tak, Lembu mengeluarkan susu untuk diminum dan dijadikan makanan. Ia juga menjadi bintang bebanan untuk menarik kereta, membajak tanah, dan pelbagai macam kerja. Hinggakan taik lembu dijadikan sumber gas methane untuk dijadikan bahanapi di dapur.

Dalam usaha Khalid Ibrahim untuk menjaga tiga kawasan - Parlimen Bandar Tun Abdul Razak, DUN Ijok, dan Menteri Besar Selangor - dia telah menyumbang sebanyak 46 ekor lembu untuk korban Adil Adha. Rupanya Khalid mengikut-ikut Dolah dan lembu DiGi. Cuma silapnya Khalid, kerja sedekah yang amalan suci itu tercemar kerana SPRM kata ada kes.

Muncullah Brader Anwar Bin Ibrahim mempertahankan Khalid dan menuduh SPRM macam-macam. Apalah sangat lembu berbanding dengan berjuta-juta yang dituduh telah disapu. Amalan suci membabitkan lembu oleh Khalid itu tidak apa-apa. Dari cuba menyucikan amalan Khalid, Anwar telah menjadikan dirinya dan parti perjuangannya lembu suci yang ... tidak boleh ditegur dan tidak boleh dilarang. Nona nona Elizabeth Wong.

Hai Brader, kalau harga lembu RM1,500 seekor, 46 ekor itu RM69,000. Bukan sedikit jumlahnya. Khalid pula kata dia tak pakai kereta kerajaan tetapi pakai Lexus sebagai kereta rasmi. Ada pula tuduh SPRM yang mereka sokong diketuai oleh seorang yang anak ada masaalah. Salah anak, hukum bapak? Berbelit rasional masing-masing ini macam ekor lembu.

Dalam pada itu, Nik Aziz pula mempersoalkan tindakan Ibrahim Ali mengaruk menghempas songkok di Parlimen tempoh hari mempertahankan Raja. Takiyuddin, gedebe sebelah PAS, yang mula mempersoalkan Berahe. Mula-mula Tok Guru ghoyak, "Tokse tokse ..." Tokse tu tok mahu kecek la. Akhirnya disebut di TV pulo, "Tokle bebas sesuka gitu, kena ada ikate. Lembu pun ade tali. ... " Sudoh, Tok Guru nak buak Brahim Ali lembu tambate pulok?

Lembu lembu ... dari disembah menjadi tuhan, dihormati sebagai suci, menderma amalan suci, mahkan diri taraf kesucian mu, berbelit seperti ekor mu, dan yang bebas dijadikan mu.

Wow! Masih lagi untung jual orang dari jual unta.

Ahad, Februari 22, 2009

Tikus dan Gajah bersiar di pantai


Al kisahnya di hutan rimba Malaya, Bahagian UMNO dan Bahagian PAS bersetuju untuk berhenti berkelahi. Mereka bersetuju untuk bekerjasama, walaupun masing-masing masih kekal sebagai pemerintah dan pembangkang demi survival dalam hutan yang makin mencabar.

Bahagian UMNO dianggotai oleh specie-specie binatang Harimau, Buaya, dan Tikus. Pemuda UMNO Bahagian lebih banyak Ungka-Ungka. Sejak Harimau mulai pupus, Buaya-Buaya yang menerajui kepimpinan.

Ekonomi kurang menyerlah lima tahun yang lepas, maka banyak Buaya pun mati kehausan dan ada berhijrah dan tinggal. Kini UMNO banyak dipimpin Tikus-tikus tua dan di cucuk belakang oleh Ungka muda.

Tikus-Tikus tua asyik 'saya sokong' tak berani tegur pemimpin. Manakala, Ungka-Ungka muda asyik terlolong masa pilihanraya kecil.

Manakala Bahagian PAS di rimba dianggotai oleh Gajah, baik tua atau muda. Jumlah tak seramai UMNO tapi kelihatan besar, berani redah dan bila baring, boleh hadang jalan. Mereka menjadi semakin kuat kerana binatang-binatang atas pagar sokong mereka.

Satu hari Gajah dan Tikus bercadang bersiar-siar ke pinggir hutan untuk melihat laut. Sesampai saja, mereka berdua pun berjalan-jalan di tepi pantai untuk menikmati keindahan pandangan, dan udara laut yang nyaman.

Sedang mereka jalan, tiba-tiba kaki gajah terpijak pasir jerlus (quicksand) yang boleh sedut seluruh badan ke dalam hingga mati lemas.

Tikus pun beritahu gajah dia akan pergi panggil bantuan. Dia nasihat gajah usah takut kerana makan masa lama untuk sedut badannya yang besar.

Dia pun kembali dengan kawan-kawan UMNO yang masing-masing memandu kereta mewah Range Rover, Porche Cayenne, Mercedes, BMW, dan Volvo. Ungka-ungka membawa Rexton. Dipasang tali dan rantai besi kepada Gajah dan tarik dia keluar. Terselamatlah Gajah.

Selepas itu, kawan-kawan Tikus pun pulang. Gajah dan Tikus masih mahu bersiar-siar. Kali ini, mereka berjalan dengan lebih berhati-hati. Tak lama kemudian, Tikus pula terpijak pasir jerlus. Dia menjerit-jerit suruh panggil kawan-kawannya.

Gajah kata tak payah dan terus mengundurkan punggungnya perlahan ke arah Tikus yang sedang meronta-ronta. Gajah mengeluar punainya yang tersorok tetapi panjang macam belalai dan hulurkan kepada Tikus. Disuruh berpaut untuk diseret keluar dari pasir jerlus. Selamatlah Tikus pula.

Gajah bertanya keadaanya. Sang Tikus berkata dia terkejut tapi dak ok. Dia berterima kasih banyak-banyak. Syukur tak panggil kawan-kawannya kerana mungkin tak sempat.

Sang Gajah diam saja. Dalam hatinya berkata-kata orang-orang UMNO ni hanya harap pada kereta mewah saja tapi punai kecik.

Wow! Apa jadi orang kesyik yang itu pun kesyik dan kena tangkap di Temerloh la.

Sabtu, Februari 21, 2009

Ente kasi ana sakit perut da ... Jumping smash

Blogger Pilihan Anda kasi ana sakit perut ketawa da ...

Ekoran pertanyaan wartawan Agendadaily mengenai hubungannya dengan Elizabeth Wong, Tian "stuntman" Chua naik birang lalu berteriak, "If you ask me again, I smash your head".

Tersebar di blog-blog dan kedai kopi bahawa Tian Chua ada hubungan intim dengan Elizabeth semasa mengejar MP BN melawat Taiwan. Menurutnya ceritanya ditangkap (sedang) basah oleh tunangnya laman, satu amui Hong Kong dan putuslah pertunangan mereka.

Tunangnya bernama Mabel Au dan bertapak di Bangkok. Mungkin Tian Chua sedang menyesal dan kecewa ... Au Au Au.

Jumaat, Februari 20, 2009

Cara nak dapatkan jawapan


Jika semalam, kita dengar seorang calun Tan Sri 'menjawab soalan'. Hari ini, ana mahu cerita mengenai satu lagi calun Tan Sri menjawab soalan.

Biasalah mesti ada Majlis Makan dahulu, lepas itu ada pula bersoal jawab dan berbincang. Macam-macam perkara nak disampaikan, nak ditanya untuk dapatkan penerangan, dan tidak kurang bertukar-tukar fikiran mengenai isu-isu semasa, ekonomi dan politik parti.

Seorang anak muda bersuara:

"Tan Sri nak tunggu UMNO ini lakukan pembaharuan lambat. Pada saya, perubahan segera yang perlu dilakukan adalah tukar muka-muka lama ini. Samada mahkamah mengatakan mereka ini rasuah ke tidak, samada persepsi atau betul, rupa wajah UMNO perlu diwakili oleh mereka yang bukan saja bersih tetapi kelihatan bersih. Apa pandangan Tan Sri?"
Dengan senyumannya yang mahal, Tan Sri bertanya:
"Saya ini orang lama ke baru?"
Baru menyedari dirinya tersalah guna istilah.
" Oh tidak, tidak. Saya maksudkan mereka yang ada masaalah persepsi. Dalam politik, persepsi itu segala-galanya."
Cepat anak muda membetulkan.
"Tidak saya bergurau saja, saya faham maksud itu. Masaalah persepsi ini memang satu masaalah besar dalam politik. Kalau dulu kita menguasai media, kita boleh pastikan sesuatu laporan itu dibuat secara profesyenal. Dapatlah masaalah persepsi itu ditangani dan kita pun lakukan penerangan. Cuma saya tak tahu bagaimana ianya dilakukan sekarang oleh UMNO kerana bukan tanggungjawab saya. Saya tidak mengata orang lain tidak buat kerja. Cuma tak faham cara sekarang ...
Tengok tu, halus saja dia tibai dia punya pesaing.

"... Itulah keterbukaan sekarang ini kadang-kadang mengelirukan rakyat. Dulu kita akui kalau lidah pengarang dan ruang pendapat ada condong kepada pemerintah tetapi laporan berita itu adil. Sekarang ini, anih pula. Laporan berita pun diputarbelit dan spin. Walaupun agak terbuka dalam ruang pendapat, pendapat parti nampaknya tidak dapat diluahkan. Macam ada yang menyekat.

"Namun begitu, saya tidak lihat ini suatu masaalah jika ahli-ahli dan pemimpin-pemimopin memainkan peranan. parti mesti ada jaringan maklumat, dan ada program latihan untuk anak-anak muda memahami budaya dan semangat UMNO. Mereka diberi latihan untuk mengkaji, membaca dan berbicara sesuatu isu. Beupaya mentarbiyah dan membetulkan tomahan dan persepsi buruk ini. ..."
Seorang lagi pesaingnya dicuit.

"Mungkin cara kita, pemimpin-pemimpin kita, mengartikulasikan sesuatu agak lemah. Faktanya, hujahnya, penguasaan bahasa, Melayu dan Inggeri dan cara penyampaian pun lemah. Dengan dunia terbuka ... ICT, Internet dan blog, ... kelemahan kita menjadi ketara dan dibincangkan dengan terbuka. Maka keupayaan komunikasi, public relation, dan lain-lain penting. Tak ada lai dah kita bercakap dan orang menerima bulat-bulat ...
Wah! Dua sekali pesaing ditibai. Kalau berkempen, boleh repot. Tapi bila dia nak jawab soalan yang pendik mengenai rombakan wajah UMNO?

"Berbalik kita pada persoalan kamu mengenai perlunya satu wajah baru, imej baru, packaging baru dan branding baru UMNO untuk memberi keyakinan kepada ahli UMNO, rakyat dan khususnya pengundi. Ini susah sedikit dengan struktur UMNO yang ada dan tradisi pemilihan jawatan dan pemimpin dalam UMNO. Kita perlu fahami bahwa ini adalah demokrasi yang sejati tak macam dalam parti-parti pembangkang yang lain.

"Mungkin apa yang lebih tepat anda maksudkan adalah UMNO perlukan satu cara pemilihan jawatan dan kepimpinan yang lebih telus dan meluas dan tidak hanya tertumpu kuasa memilih kepada beberapa ratus atau seribu dua ahli di peringkat cawangan, bahagian, negeri dan pusat. Sistem perwakilan itu perlu satu rombakan."
Orang punya soalan itu dia terangkan balik pulak.

"Ada yang menyatakan bahawa semua ahli mesti diberi kuasa memilih dan dengan itu tidak mudah untuk politik wang memgubah keputusan. ..."
Anak muda menyampuk, "Tengku Razaleigh ada cakap."

"Ya ya ... dan ada beberapa yang lain yang mencadangkan. Saya melihat dari segi kos dan penyelanggaraan agak rumit dan perlu suatu cara lain. Saya tak mahu lihat kita terlalu tertumpu kepada pemilhan dan ini melarikan fokus kepada aktiviti. ...
Ini macam set untuk orang tanya.

"Saya setuju satu rupa baru, personaliti baru, imej UMNO baru yang lebih diterima rakyat dan pemgundi. Persoalannya macam mana? Ini adalah formula yang kita akan fikirkan. Dalam masa retreat pun saya ada menyuarakan mengenai mengembangkan jumlah ahli yang boleh mengundi dan jawatan-jawatan terlantik dikurangkan tapi menggunakan kaedah pemilihan. Ada yang mahukan formula mengasingkan jawatan parti dan kerajaan. Tapi timbul pula soal effectiveness?"
Pehhh ... panjangnya jawapan. Setelah beberapa soalan, begitu juga dia mengolah balik soalan-soalan dan memberi penerangan-penerangan yang panjang lebar. Ada kala dijawab soalan dan ada kala dia menerangkan kerana jawapan mudah tidak ada.

Di pelusuk meja, ada kawan kita menyedari keadaan ini. Dalam kepala dia berfikir macam mana nak kasi Tan Sri ini jawab soalan dengan tepat. Dia pun mula bertanya:

"Tan Sri, saya agak concern dengan keadaan ekonomi. Lagi saya risau apabila PM mengatakan Malaysia akan terselamat dari recession. Kita tak boleh lari dari recession. Kita adalah trading nation dan bergantung kepada pasaran eksport negara-negara besar. Selain itu, kita bergantung pada minyak dan minyak sudah jatuh harga. Keadaan inflasi dan kenaikkan harga barang pun menyulitkan rakyat jelata.

"Sektor-sektor ekonomi pun semua merudum. Kalau dilihat sektor pembuatan yang dibangunkan begitu pesat dan merupakan penjana pekerjaan yang banyak semasa pentadbiran sebelum ini, nampaknya hancur zaman PM yang ini. Contoh yang nyata adalah systematic killing of Proton dan penjualan MV Agusta yang mana Khairy sendiri mempertahankan penjualan. IMP ke 3 seolah di ketepikan apabila dari rancangan 5 tahun dijadikan rancangan 15 tahun 2005-2015.

Sektor servis kita khususnya perbankan belum cukup canggih untuk menjadi pemangkin. Sektor hartanah hanya akan pick-up setelah ekonomi naik. Manakala sektor pertanian yang diwar-warkan akan dimajukan sebagai industri skala besar dengan ada pengkhususan kepada bioteknologi hanya temberang Pak Lah saja. Saya tahu kita perlu budget beberapa billion tapi hanya dapat RM400-500 juta saja ..."

Mengangguk dia macam setuju.

"Kalau kita hanya mahu fokus kepada construction, ia akan meningkatkan impot. Kita tahu itu hanya lebih menguntungkan kepada taukeh-taukeh Cina yang besar-besar. Orang Melayu dapat tulang saja. Usaha kita nak memajukan Melayu melalui hitech dikuburkan oleh Pak Lah di MAS, Proton, dan lain-lain.

FDI dah tak masuk sangat Malaysia. Khazanah yang penubuhannya untuk membangunkan negara dengan melabur dalam bidang-bidang strategik dan membina learning curve, tapi kita pergi bantu negara lain untuk maju pula. Terikut-ikut nasihat Omar Ong Ethos Consulting yang ciplak ide Temasik.

Jadi saya nak tahu Tan Sri apa sektor yang boleh menjadi sektor pendahulu dan memimpin ekonomi untuk kembali cergas? Bagaimana pula kerajaan akan lakukan kerana masalaah sebesar ini memerlukan satu pemikiran out-of-the-box seperti pada tahun 1997 untuk menyelesaikan. Adakah kepimpinan mempunyai satu political will yang berani melakukan sesuatu yang perlu walaupun ditempelak dunia semasa 1997?"
Panjang soalan kawan kita.

Rupanya mengena. Tan Sri jawab pendik dan tepat.

Ekonomi buat masa itu belum terjejas dan kerajaan sentiasa memantau. Keadaan sekarang sangat berlainan dan kerajaan sedang memikirkan satu strategi dari aspek ekonomi domestik dan mencari pasaran-pasaran baru. Dia memberikan keyakinan bahawa kerajaan akan lakukan apa saja.

Hehehe ... orang politik. Kalau ditanya soalan bola tanggung yang dia tahu, ceramah perdana dia. Konar betul-betul soalan, baru dia jawab. Sekurang-kurangnya dia tahu dan faham kerjanya, taklah setuju dengan soalan.

Wow! Siapa yang tanya soalan panjang itu. Macam kenal aja kawan ini ...

Khamis, Februari 19, 2009

Setuju pada soalan?


Semalam kita dapat mendengar calun-calun Ketua Pemuda UMNO diinterbiu oleh seorang pengacara, Dr Agus Salim. Ramailah memberi pandangan mengenai 'debat' itu. Dalam masing-masing memberi pendapat, adakah terfikir jawatan yang ditanding hanya Ketua Pemuda UMNO?

Sorang pun bukan Menteri untuk usahakan benda besar yang dibincang. Bercerita seolah 'orang muda' bertanding President UMNO. Seolah-olah orang muda itu segala-galanya. Yang taksub jangan cakap, memuja macam demigod (penjelamaan tuhan).

Itu bab 'orang muda' bunyi bijaksana macam 'orang tua'. Ana ada cerita mengenai orang tua bunyi macam ... 'orang muda', gut?

Al kisahnya ada seorang Tan Sri yang sekarang calun Timbalan Presiden UMNO menjemput kawan-kawan makan malam untuk bincang-bincang pow wow dan dengar timbal balas. Semua yang datang duduk di sebuah meja dengan Tan Sri ini. Lepas makan dan minum kopi dan desert. mereka bincang.

Seorang demi seorang memberi buah fikiran tentang hasrat Tan Sri ini untuk bertanding Timbalan President UMNO. Ada memberi pendapat mengenai prospek kemenangan, persimpangan kerjaya politik, dan taktik kempen.

Semua berbincang dengan nada membodek untuk memuji, menyokong dan menyetuju. Setuju, prospek Tan Sri baik. Kena berusaha saja.

Setuju, Tan Sri saja berupaya membawa agenda ini dan itu. Si polan tu tak boleh harap. Dia ada kes ini dan itu. Tan Sri tak ada.

Setuju, Tan Sri akan diterima kerana banyak jasa semasa menjadi MB dahulu. Orang akan tetap ingati.

Setuju, jangan risau cerita-cerita lama. Orang dah lupa. Ah, bawak-bawak lari tu cerita lama. Itu biasa orang jantan.

Pendik kata, keliling meja semua setuju Tan Sri patut bertanding. Apa yang masing-masing harapkan dari Tan Sri untuk bertanding, wallahu alam. Pendikkata, semua setuju melainkan ada satu orang lama sebelah Tan Sri yang diam mendengar dan memerhati gelagak masing-masing.

Tan Sri menyedari kesunyiannya lalu bertanya pendapatnya.

"Saya tak ada pendapat Tan Sri. Tapi saya ada beberapa soalan-soalan. Lepas itu baru saya boleh membuat perkiraan saya samada setuju atau tidak setuju Tan Sri bertanding."

Tan Sri minta dia teruskan.

"Soalan saya Tan Sri, apakah pembaharuan-pembaharuan yang dirancang dan dilakukan oleh UMNO untuk mengambil hati rakyat yang terluka?

Tan Sri mengangguk-angguk kepala dan minta diteruskan soalan.

"Kedua, apakah rancangan-rancangan yang UMNO perlu lakukan untuk memulih dan memperkasakan semangat serta komitmen ahli-ahli kepada perjuangan UMNO?

Tan Sri mendengar mengangguk.

"Ketiga, adakah Nasionalis Melayu masih releven dalam persepektif politik baru yang dicanangkan oleh pembangkang?

Tan Sri bertambah syok dengan soalan-soalan dan memandang terus kepada pembicara.

"Keempat, kompromi yang dibuat oleh Pakatan Rakyat kepada sosial kontrak dan hak keistimewaan orang Melayu diterima oleh pengundi bukan Melayu. Adakah kita tawaran yang lebih baik?

Semua di meja ikut memberi perhatian dan memgikut-ikut Tan Sri mengangguk

"Kelima, apakah dunia politik baru yang boleh UMNO bina untuk lebih menarik dari politik keterbukaan dan liberalisasi yang dituntuti oleh pengundi-pengundi sekarang?

"Keenam, perkara pokok untuk satu calun itu adalah soal integriti dan persepsi kepada pandangan masyarakat dan pengundi. Bagai ... "

Belum orang itu habiskan soalan, Tan Sri cepat-cepat memotong, "Bagus ... bagus soalan kamu. Emm ... saya setuju lah ... "

Setuju? Setuju dengan soalan? Mana pendapat la ...

Ya Sheikh! ... Inikah calun Timbalan Presiden ente?

Wow! Ana Sheikh Unta, ada sikit untung jual orang.


* Terima kasih kepada seorang Dato yang tidak boleh diberitahu namanya. Kemaskini 8:30 AM.

Rabu, Februari 18, 2009

Bahaya telan daun ketom sebelum forum

Ana baru tengok tadi debat antara Mukhriz, Khir Toyo dan Khairy.

Khairy hebat bercakap tapi bunyi macam apolegis dan agak retorik. Jawapan kepada soalan cupumas tak cukup umpphh. Tak dapat tangkis.

Mukhriz padat isi kandung dan bijak mencari kelainan tapi kurang asertif. Semangat kebangsaan Melayu begitu teguh.

Khir Toyo tidak cacat yang ketara dan menarik penyampaian. Jawapan ada umphhh terutama pada soalan cupumas.

Kkalau hendak mandi, cari telok, cari pantai. Kalau hendak cari pemimpin, biar elok, biar pandai. Siapa yang nak memilih, pastikan yang mana seimbang dari siddeq, amanah, tabligh dan fatanah.

Cuma ana bertanya-tanya kenapa muka Khairy sedemikain rupa (macam dalam gambar atas). Muka dia cemik macam tak bersetuju. Cemik bila kena bedal. Cemik macam dia lebih tahu.

Terbanyak telan daun ketom ke?

Nak tengok gambar orang tertelan daun ketom, sila pergi ke Jinggo Fotopage sini.

Selasa, Februari 17, 2009

Kacau program Tuan Sadiq

"Bankrup! Banrup! Bankrup aku!

"Kacau program, kacau ..."

Kassim Pantalon terkejut dari lelapnya di opis tengahhari. Mengantuk sebab makan tengahhari lauk kari kepala ikan. Bergegas-gesas dia masuk ke bilik kliennya. Bosnya ni kaki panik.

"Kenapa ni Tuan Sadiq? Kenapa ..."

"Bankrup aku, Bankrup. Kalau pencen, abis anak aku bankrup." Tuan Sadiq Sigaraga terus mengeluh.

"Anak tuan?"

"Tidak tidak ... Jangan nak ingat persen-persen. Aku yang bankrup."

Semasa Majlis tadi, Tuan Sadiq terkejut apabila Pengerusi Syarikat menyampaikan ucapan terima kasih. Terkebil-kebil matanya semasa disebut meminta peralihan kuasa yang aman. Sepanjang jalan pulang, hatinya resah dan tidak henti berdebar. Itu serupa Pengerusi suruh dia letak jawatan.

Macam nak kasi keadaan gelora untuk diri dapat kekal. Ini yang diperlukan dari Kassim Pantalon, Penasihatnya sepanjang menjadi CEO tetapi tidak ada nasihat yang berjaya.

"Ini sangat bahaya Tuan. Kita tak boleh biarkan lagi. Emmmm ..."

Baru saja kassim nak menyebut, Tuan Sadiq sudah potong, "Sudah sudah ... jangan kau nak mintak persen-persen lagi. Banyak nasihat kau buat aku ranap.

"Kau lah yang suruh kensel projek jambatan, kereta dan keretapi. Kau yang suruh berbaik dengan Pulau Komunis Selatan. Suruh mereka melabur ini, melabur itu, ... Kau cuma ambil persen. Habis aku dipanggil penjual negara. Kasi aku skit!"

"Baik ... baik tuan, rumah di Pulau Otolia akan kami tukarkan nama tuan bila tuan pencen." Kassim cuba menyedapkan hati bos.

"Celaka kau. Kau suruh aku pencen ke? Aku lesing tau."

Dengan nada bisik-bisik, Kassim mengingatkan "Tsk tsk ... tuan salah skrip. Itu line felem Labu Labi."

"Oh ... oh ... Sekarang apa kita nak buat ni? Kau dah tampal itu poster besar."


"Sudah tuan. Orang pun hairan pasal apa ada poster besar gambar tuan di highway bila Tuan dimaklumkan akan pencen dalam dua bulan."

"Poster-poster itu macam mana. Dapatkah kelihatan seolah-olah pekerja-pekerja mahukan saya lagi?"

"Kata sahabat-sahabat Tuan sudah beres semua. Saya pun sudah suruh akhbar temberang kawan kita buat laporan seolah-olah Tuan betul nak pencen akhir bulan depan."

Tuan Sadiq mengangguk-angguk.

"Apa lagi saya boleh bantu Tuan? Kenapa sabotaj kita di Perak tak jadi?"

Dengan muka sedih, dia menjawab. "Saya pun tak tahu sapa punya kerja. Kena saya garenti sama Singh Lembu Jaga jangan risau pasal kena tangkap.

"Kawan-kawan kita si Ketam budak Melaka, Mami Ijat, Jahid, dan menantu mesti dipastikan menang tau.

"Agrhhh ... Tak suka aku budak Johor yang tak selalu senyum itu. Dia yang mula kasi susah sama program kita.

"Kawan-kawan kita Lebai Boroi, Ah Lim Gapgap dan Brader A.b.i. dah jumpa?" tanya Tuan Sadiq.

"Sudah Tuan. Kami dah jumpa banyak kali dan masih sedang berjumpa. Mereka dah buat kenyataan-kenyataan menyokong. Brader A.b.i. pula bantu menantu untuk menang jawatan."

"Bagus lah ... dapat kita ranapkan syarikat."

Dengan kepala tergaruk-garuk, dia melihat muka Kassim dengan rasa sedih, "Sekarang macam mana dengan situa pencen?"

"Situa tu? Kita boleh cuba carikan kandang kuda untuk dia tidur. Dia pun suka naik kuda." Kassim cepat memberi cadangan.

"Tidakkkkk ... dia sudah dedah habis program kita ... Aw aw aw ... " Menangis Sadiq Sigaraga sambil mengibas-ngibas topi green beret.

Isnin, Februari 16, 2009

Borang Keahlian Parti KeRanjangan Diperlukan

Baru ana cerita pasal satu parti yang sentiasa seronok (What a fun party this is).

Tak berapa minggu lepas, ada satu wakil rakyat PKR mahu pujuk seorang bekas wakil rakyat BN depan mata ana. Dia rayu, "Jom lah, mari kita jadikan berpolitik sesuatu yang menyeronokkan dan tidak tertekan."

Masya Allah Masya Allah ...

Ini ke politik yang menyeronokkan?

Astaghfirullah. Astaghfirullah. Masya allah. Masya Allah ...

Ada rasa sedih, Elizabeth Wong dibabitkan dalam skandal gambar bogel. Katanya dia seorang ahli DUN yang dihormati, aktivis yang giat, dan Exco sebuah negeri yang paling termaju.

Pasti ada marah kenapa sesuatu yang peribadi di dedahkan dan membawa aib. Kenapa masa bekas-bekas MB, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, bekas Menteri, dan lain-lain, mereka tak kata bersimpati la?

Manusia ... manusia ... serba lemah. Bila cakap, lupa cerita lama. Bila tengok, lutut cair.

Ana hanya mahu dengar apa kata Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, dan Haji Hadi?

Oh ... ana pun mahu dengar 'fatwa" Nik Aziz. Dia kata, "Mereka lompat kepada kita, tak apa. Kita lompat kepada mereka, tak boleh." Kalau ikut hujah macam itu untuk kes ini, kita boleh, mereka tak boleh ke?

Kalau tanya Anwar, dia mestikan salahkan Najib dan kata ini taktik kotor BN. Politik tidak bermoral.

What a fun party this is. Ada borang keahlian lebih tak? Nak masuk Parti KeRanjangan!

Dunia dunia ... fening lalat ana. Lagi baik ana diam-diam jual orang lagi untung dari jual unta. Wow!

Ahad, Februari 15, 2009

Janganlah kacau Anwar nak jadi PM

Apa ini mahu bising-bising dan kacau-kacau hantar Memorandum ke Istana?

Kita sekarang zaman ketuanan rakyat.



Janganlah kacau Brader Anwar Bin Ibrahim nak jadi PM. Lim Kit Sia* mahu jadi Timbalan PM. Sivarasa boleh jadi Menteri JPM bahagan ugama.




Kita adil dan pastikan semua ada peranan dalam kerajaan Fakatan Riot. PAS pasti ada peranan untuk baca doa Majlis dan sunat budak-budak masa cuti sekolah.

Nizar ada peranan untuk jurucakap untuk baca kenyataan akhbar yang ditulis oleh Nger dan Nga. Cuma masa cakap, kena selalu-selalu toleh pada Nger dan Nga untuk dapatkan persetujuan dan reaksi.

Kita rakyat Fakatan Riot mahu Malaysian Malaysia. Sekarang mesti tukar pada Tanah Melayu yang membudayakan multiculturalism dan multiracialism.

Kawan baik kami pun percaya pada multiculturalism dan multiracialism. Ada -ism juga, bukan multicultural dan multiracial saja.




Kami pastikan, "Kerajaan Ngeh dan Nga. Cina tersenggeh. Melayu ternganga." Janji kami kita akan maju jadi Republik.

Itu pasal kami rasa perlu bawa Sultan ke Mahkamah.

Breader tak perlu saman terus. Nanti wayang tak jalan. Kami saman Zambery dan pasti kena buang mahkamah. Boleh buang modal wayang. Kami tahu bukan Zambery yang patut disaman.

Biar Karpal puSingh saman Sultan. Itu pun untuk wayang. Hanya perkara peribadi saja boleh saman Raja.



Sudah ... sudah ... janganlah kacau Anwar nak jadi PM.

Itu pagar tidak bukak. Kasi di pintu saja. Polis sudah sampai. Kita tahu Khir Toyo tak takut kena lokap. Balik dah. Balik.

Kawan "multiracialism, multiculturalism" pun kena tunjuk berani dilokap. Ada orang kata dia lakun auta. Kami tolong suruh kawan kami buat repot.

Dia menang, Fakatan Riot suka. PRU13 happy kita.


Sudahlah ... sudah . Karpal puSing sudah bising, "Banyak celaka ini Khir Toyo." Karpal akan jadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Dia sudah kata, "Jangan main-main sama saya."

Bayi punya banyak takut.

Brader Anwar saja boleh main-main. Dengan Anwar saja, Karpal boleh sampai, "Turun ... Turun ..."

Janganlah kacau Anwar nak jadi PM.

Wow! Ana cuma untung jual orang dari jual unta. Tak ada main-main sama unta.


* Mahu tengok macam-macam gambar, pergi Fotopage Jinggo.

Sabtu, Februari 14, 2009

Siapa akan takluki 'Perang Dua Bukit'?


Pilihanraya kecil kawasan Parlimen Bukit Gantang dan kawan Dewan Undangan Negeri Bukit Selimbau telah diumumkan pada April 7hb dan penamaan calun pada Mac 29hb, tepat selepas habis Persidangan UMNO pada 25-27hb, 2009.

Maka bermulalah Perang Dua Bukit.

Opp pup pup pup ... jangan fikir bukan-bukan. Ini tajuk bukan ana yang beri la. Memang memang memang ... bukit ana ada dua bendera di facyak la. Tapi dua hari lagi clear. Lihat lihat ... ana senyum sampai ketelinga.

Itu tajuk Dato Kadir Jasin la kasi.

Ana dengar dalam Barisan Nasional sedang berebut-rebut nak kerusi. Mereka ingat boleh menang.

Pakatan Rakyat pula "sorong papan tarik papan".

Bukit Gantang

Ada beritahu sama ana ada satu lagi "Wan Farid" beriya-iya untuk bertanding.

Karaokelah UMNO. PAS banyak sujud syukur.

Air suam, ana tak tahu prospek la.

Apa kata kasi sama Gerakan?

Kalau dia kalah, ter"tanam" terus parti yang berarak masa 13 Mei. Ini kerusi Tan Lian Hoe dulu punya juga.

DAP banyak cakap mahu taruk Nizar. Banyak batu api. Balak yang ada kayu baik-baik sendiri makan. Orang PAS dapat pokok getah tua.

Pakatan Rakyat patut letak Nger atau Nga baru bagus.

Nik Ajis kata betul tak payah Nizar. Dia setujulah dengan ana.

Letak bekas MB sebenar. Yang boneka tak la best.

Merdeka Center mahu pusing.

DIa kata lebih 75% rakyat Perak tak setuju dengan tindakan Sultan.

Macam mana dia tanya soalan dia? Apa dia punya sample? 500 lebih orang boleh mencerminkan pengundi Bukit Gantang yang lebih 39,000?

Bukit Selambau

Ana hanya mahu tahu berapa bulan Arumugam akan bercuti.

Adakah dia sendiri akan turun kempen?

Dia perlu terangkan kepada pengundi yang telah mengundinya kenapa dia letak jawapan? Kenapa dia hilang diri dan tidak umumkan sendiri? Adakah dia tandatangan surat kosong?

Paling penting, Arumugam tertekan atau salah tekan?

Ana dengar-dengar Pakatan Rakyat mahu taruk calun Hindraf. Ana rasa kalau dia taruk Hindraf, BN taruk calun Melayu.

Kalau PR taruk calun Melayu, BN taruk calun Yem Mai See.

Taruk Samy Velu pun pasti menarik.

Bagi taktik ini, kena ada lakun macam berebut kerusi hingga hantar dua calun.

-------------------------

Ana akan beli kerepek pedas banyak-banyak dan duduk rumah tengok Astro dan Internet. Ada perlawanan-perlawanan di Mahkamah, Perak, PWTC, dan PRK. Adakah Sultan Perak akan terima kehadhiran bekas MB dan Exco Perak ke Majlisnya?

Banyak orang merungut terlalu banyak sangat berpolitiik, apa jadi sama ekonomi? Ekonomi? Dah memang nak mampus la. Pergi marah itu sama Anwar.

Ana pun tak boleh buat apa-apa. Orang sudah tak mahu beli unta. Mereka hanya makan telor.

Sekarang apa kata ente-ente semua , siapa patut lawan siapa dan siapa akan menang?

Wow! Siapa akan jual siapa? Ha ha ha ...

Jumaat, Februari 13, 2009

Khayalan ana bila sangkut dalam lif

Semalam orang kasi tahu sama ana ada lapuran kata Dolah sangkut setengah jam dalam lif di Putrajaya (PICC). Macam mana jadi itu macam? First world facility, third world mentality.

Tafi ana nak bayang, imagination you know, afa Dolah buat masa sangkut dalam itu lif la?





Bayangkan ana sangkut dalam lif berdua sama itu Ghasidah Sigaraga.

Laq laq eh eh ... ana banyak mintak maaflah Dolah. Ana tahu ente mahu turun Mac 31hb.

Sumpah! Sumpah! Ana tak ada niat mahu jual sama ente. Ente mahu berhenti la. Ana gentleman.

Takfa takfa ... ana akan kasi marah itu sama building manager. Afa masyam bangunan baru bole rusak. Ini apa funya "first world facility, third world mentality"? Vetul tak? Vetul tak? Ente mula-mula jadi PM ada kata itu masyamkan?

Ha ha ha ... padan muka ente kena. Itulah ente ni tahu syakap saja. Eh eh ehh ... sori. Ana sudah jual ente lagi. Sudah terbiasa la.

Banyak mintak maaf ... Itu la ente. Sapa kasi taruk itu billboard besar-besar. Orang ingat ente mahu sambung la.

Aisay ... Masya Allah. Ana banyak sewel hari ini. Hari ini hari Jumaat. Malam Jumaat ana tak dapat bunuh itu Wal Yahudi Wan Nasorani. Itu bendera merah la. Red flag, you know?

Khamis, Februari 12, 2009

Ter ... sana , ter ... sini. What a fun (political) party this is ...


Ter ... salam.


Ter ... kena.


Ter ... pegang


Ter ... hempet.
What a fun (political) party this is ...

Ter ... kahwin.

Ter ... salah.
ADUN Bukit Silambau PKR Arumuram dituduh bigamist yang kahwin dua tanpa menurut undang-undang keluarga. Ekoran itu, beliau menerima pelbagai tekanan dan meletakkan jawatan. Sultan Kedah bertanya dimanakah Aurumugam?

Ter ... tangkap basah.

Ter ... kecuali.
ADUN Pelabuhan Kelang Badrul Hisham Abdullah hilang 5 hari kerana dikatakan kena tangkap basah oleh isterinya. Timbul peruntukkan untuk kawasan beliau ditahan. Ekoran itu, beliau menerima pelbagai tekanan dan ... masih ahli PKR dan setia pada Anwar Ibrahim?

Ter ... bayar sana.

Ter ... bayar sini.
Menteri Besar Khalid Ibrahim dikatakan menggunakan wang kerajaan negeri bagi membayar maintenance kereta peribadinya. Ekoran pendedahan di MyKMU News, beliau ingin menyaman Dr Khir Toyo pula. Katanya, beliau tak guna kereta rasmi Camry tetapi .... isytihar kereta peribadi Lexus sebagai kereta rasmi?

What a fun (political) party this is ...
Bila jadi kes, lompat jadi Bebas, tukar kuasa ke BN, dan salahkan Sultan. Nik Aziz kata lompat sana haram, lompat sini halal.

Hmmm ... apa punya skrip la.

Rabu, Februari 11, 2009

Calun air suam untuk Bukit Gantang?


Dengan pulangnya ke rahmatullah YB Roslan Shahrum, terkosonglah kerusi Parlimen Bukit Gantang. Suratan takdir di Loh Mahfuz tidak dikira sebagai konspirasi menandatangani surat kosong. Oleh kerana masih dalam ruang masa "cooling off period", kerusi itu perlu dipertandingkan.

Kemungkinan besar PAS akan meletakkan calun di kerusi tersebut. Pihak DAP mahukan Nizar. Tapi ... Nik Aziz kata tak boleh. Seorang MB tak boleh tanding Parlimen. Hadi Awang saja yang boleh, gut? Khalid Ibrahim tak apalah, dia parti luar tabii dan suka konfrontasi. DAP kaki batu api.

Bagi orang PAS, mereka senang. Suka atau tidak suka, apa yang ditetapkan pucukj kepimpinan akan disokong sepenuhnya. Memilih calun UMNO yang susah. Kalau salah pilih, UMNO sendiri yang akan kalahkan calunnya. Ini pula kawasan 60 lebih persen Melayu dan 30 lebih persen India dan Cina.


Semalam ada suratkhabar laporkan Dolah mahukan orang muda. Tak serik-serik si tua penjahanam. Ini mesti nak meletakkan satu lagi Wan Farid. Kawan Khairy mana yang mahu di Wan Farid-kan?

Kalau di PRU12 lepas, Azim Zabidi yang bertanding. Mungkin sekarang, Azim sudah tahu di mana terletaknya kawasan Parlimen Bukit Gantang dan natang apa masaalah dan isu-isu orang situ. Maklumlah letak songkok dan selindang tak cukup untuk memenangi pilihanraya.


Difahamkan dari kawan-kawan blogger, Zaharin Yassin tak setuju kerana sebab-sebab tertentu. Dia kata lebih baik letak Senator Tan Sri Jins Shamsuddin bertanding. Jin memang meminati dan sedikit-sedikit berkecimpung dalam politik. Dia kata (sila sebut dalam nada stailo suave Jins):

"Kalau MGR boleh jadi Menteri Tamil Nadu, Ronald Raygan boleh jadi President Amerika, dan ... apa salahnya, ya, bintang filem Melayu menjadi pemimpin negara? Betul tak? Ya tak? Ya tak?"
Dia cuba bertanding untuk satu jawatan di UMNO Bahagian Gombak, kalah. Cuba untuk jawatankausa Bahagian pun K.O. Akhirnya dia dapat jadi Pengerusi Cawangan. Namun begitu, dia tidak berpuashati. Katanya (sila sebut dalam nada stailo suave Jins),

"Mereka ini tidak langsung menghormati Pengerusi. Saya ni hanya dijemput untuk bertugas setahun sekali. Mesyuarat cawangan pun saya tak dijemput. Tidak patut, ya? Ya tidak?"
Sambil mengangguk-angguk, orang yang mendengar kesian pada Jin yang terlalu naif dalam tipu helah politik. Kalau sesuatu calun hebat mahu dimatikan, dicalunkan jadi Pengerusi tetap. Berasa macam teratas tetapi tak ada power.

Maka Jin dijadikan hanya selebriti untuk datang dan berdandan dengan songkok tinggi serta bush jacket untuk salam-salam dan ambil gambar bersama orang ramai.

Jin ini kita kena faham sangat bersemangat. Dia berlakun dalam filem-filem mengenai sejarah-sejarah Kesultanan Melayu. Siapa tak ingat filem Bukit Kepong yang begitu membangkitkan semangat terhadap komunis. Memang dia pantang pasal komunis.

Semasa filem "Komunis Melayu terakhir" dia habis-habisan mahu ban filem itu. Katanya (sila sebut dalam nada stailo suave Jin),

"Kita tak boleh membiarkan filem-filem sebegini meracun pemikiran anak-anak muda dan menjadi apolegis pengganas komunis. Kita harus desak pihak kerajaan supaya diban filem ini dari tayangan di pawagam-pawagam."
Seorang hamba Allah tanya selamba,

"Tan Sri dah tengok filem itu?"
Jawabnya (sila sebut dalam nada stailo suave Jins),

"Belum."
Kita semua tahu dari media massa dia sedang dan masih sedang membuat filem Pasir Salak. Dia terlibat dalam Finas dan dana pembikinan filem. Masih tak jadi setelah ratusan ribu dibelanjakan. Jawabnya (sila sebut dalam nada stailo suave Jins),

"Mana cukup? Hanya cukup untuk saya beli beberapa senapang patah lama dari Indonesia."
Nasib baik ada Dolah yang sangat pandai menghargai keupayaan politik dan semangat juang Jefri Zain, James Bond Singapura untuk menjadi Senator.

Walaupun kita tak tahu isu apa yang beliau faham dalam debat di Dewan Negara dan apa telah dihujahkan bagi pihak parti pemerintah, Zaharin mahu dia dicalunkan untuk Bukit Gantang.

Rakan-rakan blogger pun tuntut Zaharin Yassin jawab kenapa dia tak mahu Azim Zabidi tapi mahukan Jin. Jawabnya,

"Azim tu peminum arak tegar. Jin Shamsuddin minum air suam."
Wow! Sang Kelembai jual orang atau sindir orang. Baik-baik, dia tengah cari mangsa baru.

Selasa, Februari 10, 2009

Konspirasi "kematian" disuratkan, kerusi tak boleh kosongkan?

Baru kita habis satu babak politik di Perak yang penuh kontroversi dan dihias dengan pelbagai teori konspirasi.

Salah SPR tidak terima surat perletakkan jawatan yang disangsi kesahihan berdasarkan precedent undang-undang di Sarawak. Tuanku Sultan dikatakan tidak mempunyai kuasa hire and fire (lantik dan pecat), walaupun kuasa fire boleh di infer dari ketiadaan peruntukkan khusus.
Apa pun Brader Anwar bin Ibrahim sekarang serba salah. Konon nak bawa ke mahkamah. Saman nanti derhaka, tak saman orang kata main wayang.

Ini ada lagi.

Kawan ana persoalkan perletakkan jawatan Arumugam. Masa PRU12 Spiderman bertanding sebagai calun bebas, tetapi masuk PKR lepas memenangi kerus DUN Bukit Silambau.

Selepas pelbagai cerita keluar konon ada tekanan, tetapi padahal ada kes menekan nekan tak ikut cara, dia meletakkan jawatan. Mula-mula berita kata, dia letak jawatan Exco Negeri Kedah. Selepas itu, MB Kedah, Dato Azizan umum letak jawatan kedua-dua Exco dan ADUN.

Kawan Husin ini kononnya cekap mencium konspirasi.

Katanya ini mungkin surat letak jawatan tandatangan kosong. Dia persoal macam mana SPR boleh terima surat tersebut.
Itu tak apa juga.

Yang ana pening adalah seorang pakar penganalisa politik konspirasi di The Mall ada pendapat lain pula mengenai MP bukit Gantang.

SPR sepatutnya tidak mengadakan Pilihanraya Kecil bagi Bukit Gantang. Kematian Allahyarham Roslan telah tersurat dahulu sebelum beliau mendapat sakit serangan jantung. Justeru, "kematian" ini tidak sah dan kerusi Bukit Gantang tidak boleh dikosonmgkan.
Masya Allah. Memang hidup dan mati dah tersurat untuk setiap manusia di Loh Mahfuz. Kesitu pulaknya.

Atas persaudaraan Islam, Husin pohon semua sedekah Fatihah untuk arwah YB Roslan Shaharum. Dia pun memberi sumbangan dan berkhidmat. Al Fatihah!

Untuk kesedaran, inilah jadinya bila ada orang tentu tak habis-habis suka main wayang. Semua kenyataan rasmi dikata konspirasi dan dipersoalkan. Bila selalu sangat tipu daya, alasan boleh diteka dan jangka. Lama-lama basi putar belit cerita, dan tak lagi dipercaya.

Wow! Kalau "mati" pun susah, lagi susah mahu jual orang.

Isnin, Februari 09, 2009

"Kaum India tak kecit hati takda wakil dalam exco Perak ..."

Zambry yang mana satu, tak kenai ...

Sembang-sembang teh tarik semalam dengan rakan-rakan.

Mereka kata ada pihak kata kerajaan baru Perak tidak diwakili oleh kaum India. Pasai semua calun MIC di Perak kalah. Wakil-wakil rakyat India berada dalam parti PKR dan DAP.

Leman beritau hampir semua ahli MIC dah ada dalam PKR. Parti tersebut dah patut dipanggai Parti Kelin & Rakyat (lain). Masa mesyuarat PKR pun kebanyakkan hadirin pun ramai sekali Kelin.

Geng kami Maideen kata itu tak menghairankan kerana Penasihat atau Karpal kata Punahsihat PKR yang diidolakan ramai adalah anak India Muslim Penang. Oghang Ceruk Tok Kun pun tau bahawa dia pun cucu keling Hindu kutip botol yang masuk Islam (Alhamdulillah).

Habih kami gelak sat, Khalid pula kata susah keadaannya di Perak. Exco mesti diambil dari ADUN yang ada. Dicadangkan ditawarkan kepada salah seorang ADUN India.

Tapi bila ditanya patutkah dia lompat parti atau tidak. Semua tak tahu bolehkah dibuat. Kami semua setuju lagi kecuh kalau ADUN PKR India lompat parti pasai oghang-oghang Hindraf dalam PKR akan baring di semua jalanraya di Ipoh sambil pegang bendera Tamil Nadu. Habih jem bandar Ipoh.

Ana cakap tak mengapalah kaum India tak ada dalam exco. Tak boleh buat apa-apa. Asal kerja membela kaum India diteruskan dengan kerjasama ketua-ketua masyarakat. Mungkin lepeh Samy Velu turun,depa beri peluang balik sama Yem Mai See.

Raju yang berdiam mula bersuara dan setuju dengan apa Husin kata. Menteri Besar baru pun kata demikian. Kami semua tanya sama Raju samada dia tidak tak tersinggung kah.

Dia jawab, "Kaum India tak kecit hati takda wakil dalam exco Perak. Kita sudah dapat Menteri Besar."

He he he ... Betul juga cakap si Raju. Masa MB pi Thaipusam semalam, kami tak kenai yang mana satu dia dalam TV. Obama Malaysia ...

Ahad, Februari 08, 2009

Bila besar nanti, Atan nak beli kereta power


Ditepi sebuah tasik yang indah, anak dan ayah menghabiskan masa memancing. Ayah yang sentiasa sibuk mengambil peluang dari masa keemasan untuk mendekati anak. Bagi anak, inilah masa untuk dia bermanja dengan ayahnya yang tiap-tiap hari keluar subuh dan balik tengah malam.

Atan: Ayah. Bila besar nanti, Atan nak beli kereta power.

Ayah: Baguslah. Kena belajar kuat-kuat

Atan: Ya, ya, Atan ingat. Selalu ayah cakap. Boring la ulang-ulang.

Ayah: Atan nak beli kereta apa?

Atan: Bila Atan besar, Atan dah belajar kuat-kuat, masuk Universiti, kerja baik-baik, berniaga dan jadi billionaire korporat, Atan nak beli kereta Ferrari.

Ayah: Kenapa nak beli Ferrari?

Atan: Ferrari best laju. Dia kereta sports, warna dia merah cantik. Ferrari kereta Itali yang terkenal. Banyak menang F1.

Ayah: Ferrari mahal. Kalau Atan naik dengan isteri Atan, ayah dan mumi tak boleh naik. Kalau Atan tak jadi billionaire, Atan nak pakai kereta apa?

Atan: Ohhh ... mahal ye yah?

Ayah: Berjuta dan spare part tak ada.

Atan: Kalau gitu, Atan nak kereta BMW. BMW kereta dia laju. Badan dia cantik dan sports juga. Atan nampak banyak kedai BMW. Mesti ada banyak spare part.

Ayah: Pandai Atan. Tapi BMW tak power macam Ferrari. Macam mana?

Atan: Tak apa. Atan bawak BMW. Ayah boleh duduk depan dengan Atan. Mak dengan akak duduk belakang.

Ayah: Ayah masa mula kerja dulu pergi kerja pun naik BMW, Bas Mini Wilayah. Tapi rugilah Atan pakai BMW bawak kita aja. BMW maknanya Boleh Memikat Wanita. Atan kena cari isteri kalau pakai BMW.

Atan: Ekkk ... tak suka budak pompuan. Tak best main dengan pompuan. Kalau lari tertinggal. Dia orang cepat nangis.

Ayah: Kalau begitu, Atan kena pakai kereta lain la.

Atan: Kalau tak boleh BMW, Atan nak pakai Mercedes. Semua boleh naik. Tak sports tapi cantik. Orang pakai Mercedes orang yang berpangkat. Tak mahal macam Ferrari. Dan ... Atan tak kena kahwin dengan pompuan.

Ayah: Baguslah tu. Mercedes senang nak repair. Dia pakai minyak diesel. Lagi murah. Tapi orang tua saja pakai Mercedes. Ayah dah uzur baru dapat rasa kereta power Atan.

Atan: Kenapa orang tua saja pakai Mercedes?

Ayah: Yalah. Orang yang pakai Mercedes adalah kereta rasmi untuk bos-bos korporat dan kadang-kadang kerajaan.

Atan: Kalau ayah, kereta power apa ayah nak pakai?

Ayah: Ayah pakai Toyota Camry saja.

Atan: Eiiii ... tak power. Biasa aja.

Ayah: Lagi power. Kerajaan negeri Perak jatuh pasal Camry. Siap-siap kerajaan negeri Selangor pun boleh jatuh. Khalid dah tukar kereta.

Atan: OK lah. Atan nak pakai Camry. Tapi Atan tak mahu jadi MB yang jatuh kerana lompat parti. Khalid tu yang gagap ye ayah?

Ayah: ....

Terdiam ayah mendengar. Baru dia menyedari kehebatan anaknya. Pitah dan cekap berfikir. Perkembangan politik pun diikuti.

Sabtu, Februari 07, 2009

Kici-Kici Lembu Jaga, Sudah Tua Saman Raja



Kici-kici lembu jaga
Sudah tua saman raja
Jalan pun tak bole juga
Peluru ada senapang tak guna

Kici-kici lembu jaga

Undang-undang dia pergi belajar
Jadi loyar pandai temberang suka
Kasi wang Karpal kasi fail buka
Kes baik, dia kongsi belakang kira

Kici-kici lembu jaga
Sudah tua saman raja
Jalan pun tak bole juga
Peluru ada senapang tak guna

Kici-kici lembu jaga

Tara takut banyak bising hantam saja
Langgar macam kerbau pendik juga
Sama sultan bukan kali pertama
Kiyai Arshad kasi tampar sama muka

Kici-kici lembu jaga
Sudah tua saman raja
Jalan pun tak bole juga
Peluru ada senapang tak guna

Kici-kici lembu jaga

Kalau bongkok belakang mesti jeling-jeling
Karpal baik sama Brader Anwar Ibrahim
Pandai lakun cakap pun banyak pusing
Balun lembu, menjerit moo sampai pening

Kici-kici lembu jaga
Sudah tua saman raja
Jalan pun tak bole juga
Peluru ada senapang tak guna

Kici-kici lembu jaga

Diubahsuai lirik dari lirik asal sini.

Jumaat, Februari 06, 2009

Peringatan untuk produk Coklat keluaran Perak

KUALA KANGSAR 6 Feb: Kementeriaan Kesihatan meminta pengguna berhati-hati mengguna barangan coklat keluaran Ngeh & Nga Chocolate Product Sdn Bhd. (N&NCP).

Produk syarikat yang dijual menggunakan jenama N&N didapati ada menimbulkan kesan-kesan selektif kepada pengguna yang menyebabkan hilang pertimbangan dan terlalu hiperaktif.

Dari ujikaji yang dibuat terhadap tikus-tikus, ia memberi kesan hilang daya tujuan dan pertimbangan. Tikus-tikus didapati terlalu jinak dan mudah disuruh-suruh.
Kajian yang dibuat terhadap manusia tidak menunjukkan apa-apa kesan kesihatan luar biasa.

Namun begitu, pengkaji menyedari pemakan coklat N&N menjadi terlalu berani, dan cergas hingga memberontak di tempat ibadah dan mengingkari majikan. Anihnya, pengguna terlalu menurut arahan dalam brosur syarikat N&NCP .

Keadaan hilang pertimbangan pun telah dikesan dimana pemakan coklat mahu menyaman majikan tempat kerja mereka, walaupun majikan ada imuniti undang-undang dan bekas hakim yang cekap.

Apabila dihubungi, jurucakap anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak memberitahu pihak pengurusan baru akan memberi perhatian segera dan memastikan minyak binatang tidak diguna.

Menambah lagi, jurucakap berkata fenomena menyaman majikan oleh pengguna produk telah disisat dan didapati tidak ada kena mengena dengan produk.

Pihak syarikat difahami tindakan menyaman oleh pengguna produk N&N dipengaruhi oleh usaha pekerja pendatang untuk merenggangkan lagi perpaduan sesama pekerja tempatan yang sedang mula renggang akibat sandiwara.

Awas orang rayau di Ipoh


Ana terima SMS amaran untuk orang ramai di Ipoh. Berbunyi cemas seperti berikut:

Seorg lelaki Melayu iras Cina dikatakan merayau2 di Ipoh. Sluaq londeh pakai cap. Asik mnangis mngulang2 "Nyesal ikut Nuar. Teman dah kasi tanah. Ngeh Nga ... mana Camry". Dfahami cuba ceroboh masuk bngunan pjabat MB. Lelaki ini x bahaya tapi perlu diselamatkan. Tapi Nuar yg dsebut dpercayai bks banduan dan mngkin bahaya pd jantan. Sedia maklum.
Kalau Nuar yang Husin kenali, gelagat dia macam pelakun Bollywood yang penuh dramatik. Siapa nampak, sila laporkan kepada Hospital Tanjung Rambutan berdekatan.

Wow! Ana banyak takut. Cawangan kedai unta ana di Ipoh kasi tutup hari ini.