Isnin, Mac 30, 2009

Siapa dapat kerusi di Bukit Selambau?


Berita hari adalah mengenai 13 calun bebas kepada calun BN dan calun PR di Bukit Selambau. Selain rekod terbaru untuk tiga pilihanraya kecil serentak - pilihanraya dua bukit dan satu batang, jumlah calun pun rekod dan pengalaman terbaru.

Pandangan popular dan mudah pasti menjangka calun yang mewakili Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat yang akan memenangi. Mereka punya ahli-ahli parti dan rangkaian untuk mencapai ke seluruh pelusuk kawasan.

Pemikiran yang tidak mengikut jalur biasa mengingatkan bahawa semasa PRU12, ADUN yang memenangi adalah ADUN bebas dan ini menjadi sebab ramai yang bercita-cita.

India ini sudah masuk PKR. Baru orang tahu punai belaan tidak mematuhi undang-undang keluarga (untuk bukan Islam). Justeru, ADUN ini telah hilang cabut lari dan letak jawatan.

Kalau ditanya Dr yang pakai Google Scuba, dia mungkin kata ini mencerminkan atau satu manifestasi rakyat yang sudah muak dengan persaingan politik kepartian dan terlalu banyak sangat politicking. Dalam bahasa mudah, orang dah fed-up banyak sangat permainan politik kepartian.

Ada berpendapat mungkin orang Melayu yang merupakan lebih 55% penduduk kawasan ini dan tidak setuju dengan BN dan PR tawarkan calun India. India hanya lebih kurang 26% dan Cina dalam belas-belasan peratus. Peratusan pengundi berumur 20-30 tahun adalah 57%.

Dari segi taktik pilihanraya, mungkin ada calun bebas diturunkan untuk memecahkan undi kumpulan etinik tertentu. Melihat kumpulan pesaing turunkan calun untuk pecahkan undi, maka pihak diapun letakkan calun bebas juga untuk tujuan sama. Akhirnya apabila begitu banyak calun, entah siapa pecahkan undi siapa.

Dengan 15 calun, ada 15 logo - kelapa sawit, payung, basikal, telefon, kunci, bas, kerusi, buku, harimau, kapal terbang, ayam, jam, ikan, dan yang biasa dikenali dabing untuk BN dan mata lebam untuk PKR.

Pastinya petanda baik untuk Radzi Lazim kerana dia siang-siang dah dapat logo kerusi. Adakah Radzi kena lepaskan kerusi kepada calun lain selepas keputusan diumum pada April 7hb?

Ini pasti PRK menarik. Baik pengundi atau calun tidak kenal sesama sendiri.

Ahad, Mac 29, 2009

Isteri-isteri bersembang mengenai perubahan


Sepanjang minggu Persidangan Agung UMNO, tidak henti-henti pemimpin, baik pembahas dan perwakilan bercakap mengenai perubahan. Pembetulan sedikit, semua melainkan 304 orang perwakilan Pemuda.

Isteri-isteri Menteri UMNO, pemegang jawatan UMNO, dan Ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO pun ikut sama bersembang mengenai perubahan yang diperlukan UMNO. Kebanyakkan isteri-isteri menyahut desakan ini dengan hati yang lega.

Maklumlah mana tahan telinga mendengar macam-macam fitnah dan tomahan mengenai suami masing-masing. Kalau ada yang dikata "kasi susah, tak kasi susah", orang perempuan pula "dengar susah hati, tak dengar susah hati." Mana tidak susah hati kalau khabar angin yang sampai pada siisteri adalah mengenai si suami dilihat dengan pompuan lain?

Masa acara kudapan antara persidangan, si isteri berkumpul satu meja untuk bersembang-sembang.

Datin Rahimah memulakan perbualan, "Saya syukur mereka sedia mahu berubah. Susah kita nak kerja memantau. Kita lepa saja, adalah puteri-puteri mana sudah dapat perhatian suami kita."

Paun Sri Bedah menyetujui, "Saya memang setuju Datin.

"Masa Tan Sri Ketua Menteri dulu, saya memang makan hati. Kena banyak sabar. Kalau tak fikirkan pasla anak-anak, dah lama saya lari. Macam mana nak biayai anak-anak untuk belajar luar negara?"

Datin Yati bertanya, "Antara kita semua, saya tengok Datin Rosie Mashhur cekap jaga suami. Dulu suami hang playboy, macam mana hang kawal dia, Datin?

"Oh saya senang. Saya ambil tahu jadual harian. Seboleh-bolehnya saya akan hadhir mana-mana acara yang isteri kena ikut. Walaupun saya friendly, saya akan tunjuk garang pada budak pompuan muda-muda yang salam-salam dengan dia. Tapi tak boleh terlalu garang dan sombong sangat, nanti orang tak suka kita. Itu yang susah ..."

"Haa Tengku ... dengar tu. Jangan sombong sangat." Nyampuk Paun Sri Bedah memandang ke arah Tengku Masirah. Serba salah anak keturunan keluarga diraja Negeri Sembilan ini ditegur dengan bersahaja.

"... tapi tak larat nak ikut jadual mereka yang sibuk. Jadi saya ada trick saya sendiri nak kawal suami dari jadi nakal." Sambung Datin Rozie Masyhur.

"Trick apa Datin?" Serentak suara Datin Mila dan Datin Yati bertanya.

"Kalau ada buat mesyuarat di rumah, saya mesti ikut sama. Jadi kita boleh kenal muka-muka orang yang berkawan dengan suami. Di office saya tidak risau pasal masa tidak ada nak cerita meraban-raban."

Semua isteri mengangguk-angguk setuju dengan cara itu.

"Kenapa Datin Maziah Rasiman diam saja?"

"Saya tak ada masaalah dengan suami saya. Saya tahu dia tak ada perempuan lain." Kata Datin Maziah dengan yakin.

"Macam mana Datin tahu dia tak ada gelfren atau teman wanita?" tanya Puan Sri, yang selalu ditipu Tan Sri, terkejut dengan jawapan Datin.

"Dato cakap dia tak ada gelfren ..."

Tergamam semua isteri-isteri mendengar keyakinan jawapan Datin Maziah. Dalam fikiran masing-masing hanya dua saja, antara Datin telah dimandram hingga mudah ditipu bulat-bulat oleh Dato atau Datin ini isteri yang tak takut suami hingga suami takut nak berbohong.

Wow! Macam-macam ada

Sabtu, Mac 28, 2009

Analisa Astro Awani mengenai keputusan PAU

Saya Suhaimi Sulaiman. Selamat datang ke Analisa Astro Awani. Apakah yang dapat dilihat dari keputusan pemilihan UMNO? Adakah saf barisan kepimpinan yang diinginkan Dato Najib tercapai? Adakah kepimpinan sayap-sayap akan melahirkan transformasi yang dituntut akarumbi dan rakyat ke atas UMNO dapat dicapai?

Ini adalah antara persoalan yang perlu dijawab. Tetamu-tetamu kita hari ini adalah beberapa orang penganalisa politik veteran ulung yang akan mengupas keputusan pemilihan UMNO.

Mula-mula saya bertanyakan Prof Dr Abu Hassan Hasbullah, dari Universiti Malaya yang juga mengepalai Zentrum Future Studies Malaysia. Prof, apakah trend dilihat dari taburan pemenang-pemenang untuk jawatan-jawatan utama, ahli Majlis Tertinggi, Wanita, Pemuda dan Puteri.


Prof Abu Hassan: Saya lihat satu kematangan dan kesediaan untuk meletakkan muka-muka baru. Perwakilan tidak kelihatan menjurus kepada sesuatu formula yang lama dan predictable. Dari jumlah angggota MT, hanya 7 Menteri, 6 Timbalan Menteri dan 1 Ketua Menteri yang lepas. Ia menunjukkan jawatan dalam kerajaan tidak menjaminkan kedudukkan dalam Majlis Tertinggi.

Perwakilan telah melakukan keputusan yang bebas, analitikal dan matang. Ini adalah bibit transformasi yang merupakan satu manifestasi kesediaan perwakilan untuk keluar dari bibit kepompong pemikiran conservatism dan kesediaan mereka untuk memeluk political economic yang berpaksi kepada kapitalisma terbuka ala globalisasi dan zionisasi.

Apa pula pendapat Tuan Husin Lempoyang, komentar blog satira politik terkenal, Husin Lempoyang?

Husin Lempoyang:
Saya tidak berapa setuju dengan pandangan Prof. Saya rasa penglihatan Prof tidak berapa baik kerana kacamatanya yang terlalu lebar dan tebal frame macam orang pergi scuba mengkabuskan pandangan.

Kita patut bertanya, apa yang matang sangat perwakilan bila mereka memilih Azeez Rahim mengatasi pemimpin-pemimpin yang hebat? Banyak lagi tenaga muda yang berupaya. Adakah perwakilan menghargai sumbangan Azeez sebagai Ketua Putera yang menjadi sistem cadre untuk memperkasakan Khairy di peringkat Pemuda Bahagian. Banyak sekali publisiti buruk terhadap Azeez dan Putera yang menyumbang kepada imej buruk UMNO. Tak akan orang seperti Azeez boleh terpilih melebihi Menteri-Menteri Besar, Menteri yang tidak tukar pendirian dan putar belit seperti Shahrir Samad dan Menteri yang bersih seperti Azalina?

Ini memang satu persoalan. Apa pula pendapat Dr Hasan Ahmad?

Dr Hasan Ahmad:
Saya tidak berapa peduli mengenai politik, kemajuan ekonomi orang Melayu, perhubungan antarabangsa dan kemajuan sosial, asalkan orang cakap dan gunakan bahasa Melayu. Kalau boleh, matapelajaran bahasa Inggeris patut diajar dalam Bahasa Melayu.

Tapi kami sokong diperkasakan bahasa ibunda Cina dan Tamil kerana Dong Zong sokong GMP. Mereka mengamalkan Aparthied persekolahan yang tidak bergaul dengan anak-anak Melayu. Ini membantu mengekalkan sifat keMalayuan anak-anak kita.

Keputusan pemilehan macam mana Datok ...

Dr Hasan Ahmad: Ya saya memang nak sentuh. Walaupun ada pihak menyatakan beberapa calun patut menjalan kursus khas PPSMI untuk wakil-wakil rakyat, saya tak lihat sebagai masaalah.

Saya bangga dengan kejayaan Ahmad Zahid Hamidi yang mengatasi Hishamuddin. Kami agak sedih Muhammad Taib dan Khaled Nordin kalah tetapi masih banyak lagi ahli MT yang tidak boleh cakap Inglis seperti Noh Omar, dan Bung Mokhtar. Pengerusi Tetap, Dato Badruddin pun orang kami. Ini semua akan secara otomatik mengurangkan kelumrahan kegunaan bahasa Inggeris dan mengagalkan program PPSMI.

Saya nak berbalik kepada Tuan Husin Lempoyang. Apakah trend yang dilihat dalam keputusan pemilihan ini?

Tuan Husin Lempoyang:
Saya nampak beberapa trend tetapi semua tidak ada masaalah. Di peringkat jawatan utama, kesemuanya orang-orang Najib. Diperingkat ahli Majlis Tertinggi, banyak sekali orang-orang yang dikelompokkan sebagai orang-orang Pak Lah. Begitu juga peringkat Wanita. Manakala, diperingkat Pemuda dan Puteri, dilihat dikuasai atau dibiayai oleh orang-orang Khairy ...

Bukankah selalunya selepas satu-satu peralihan kuasa, faction-faction yang ada akan menukar kesetiaan kepada kepimpinan yang baru dan memberi kesetiaan?

Tuan Husin Lempoyang:
Itu yang saya lihat sebagai tiada masaalah. Mereka yang boo Khairy boleh kita tangani dengan membuat aku janji tidak boo Khairy kepada perwakilan-perwakilan. Tetapi saya lihat ada satu masaalah kecil dan satu masaalah besar.

Masaalah kecil untuk Wanita adalah Exco Wanita masih lagi didominasi oleh makcik-makcik dan kurang sekali jumlah yang dinamik dan berlatarbelakang yang disebut Noh Omar, fofesyenal. Tapi ada trend yang muncul dengan kemasukkan peguam muda bekas Bendahari Puteri, Suraya Yaacob menang. Secara amnya, masih makcik-makcik lagi kebanyakkannya.

Manakala masaalah kecil Puteri dan ini trend tidak baik untuk seluruh UMNO. Kebanyakkan yang menang dalam Puteri gemuk-gemuk dan macam Makcik-Makcik. Seolah-olah perwakilan Pueteri menolak mereka yang lawa-lawa. ...

Ha ha ha ... Saya rasa ianya boleh diperbetulkan dengan pendidikkan dan program pemakanan. Jika trend ini berterusan, ianya terselesai dengan sendiri. Cuma adakah masa hingga PRU13 untuk tunggu trend ini berubah? Kita berbalik semula kepada Tuan Husin. Apa pula masalah besar yang Tuan Husin katakan tadi?

Husin Lempoyang: Semua masaalah faction itu boleh ditangani, diperbetul dan dirapatkan barisan dengan kepimpinan yang tegas dan berani.

Masaalah yang besar yang masih tidak akan ditangani oleh kepimpinan adalah masaalah di sayap Wanita dan Puteri. Kedua-dua sayap ini masih dianggotai oleh perempuan ...

Khamis, Mac 26, 2009

Inna Lillahi Wainna Hi Roji'un ... Al Fatihah


Mengumumkan berita kematian UMNO

Sumber berita: Kalimullah Hassan

Masa kematian: 11:00 PM 25/3/2009

Upacara Mandi: Selepas pengumuman ahli Majlis Tertinggi

Upacara Pengapanan: Lepas Mike Tyson diistiharkan menang

Upacara pengebumian: Mungkin di Bukit Selambau atau di Bukit Gantang (menunggu arahan Khairy, pemangkin kematian, untuk penentuan selanjutnya)

Belanja Pengkebumian: Patrick Lim Badawi, Kamaluddin Abdullah, Ethos Consulting, dan Scomi

Sebab Kematian: Alzheimer (penyakit tua)

Tahlil: Sepanjang kempen hingga selesai PRU13 nanti.

Akibat tak dengar nasihat pakar fung shui


Master Lee, seorang pakar fung shui yang berasal dari Melaka segera memandu ke Melaka sejurus mendengar khabar Dato Ali Rustam mahu bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO untuk tahun pemilihan ini.

Ali baru saja dapat satu penggal sebagai Naib Presiden dan dia bukan mahu sangat. Malangnya Dolah suruh dia lawan Muhyiddin.

Dalam satu jam lebih, Master Lee dapat sampai ke Graha Menteri Besar Melaka dari pejabatnya di Petaling Street kolumpo.

Sesampainya, dia tinggalkan keretanya untuk anaknya bantu parking kereta dan berdegas-degas berlari segera ke tingkat pejabat MB.

Sesampainya, dia terus merempuh masuk bilik MB dan terjerit-jerit, "Latok latok, lu jangan lawan itu muyitin."

Ali yang memang kenal Master Lee terkejut melihatnya bergelut dengan pengawal di hadapan matanya. Dia suruh pengawal benarkan dan cuba mententeramkannya duduk dulu.

Master Lee ters menyambung, "Jangan lawan Timpalan. Fung shui lu talak baguit. Wa cakap lu tak bole menang. Nanti macam-macam boleh jadi."

Ali terkejut dengan gesaan Master Lee.

"Saya orang Islam tak boleh percaya fung shui Master Lee."

Oleh kerana ingin tahu, dia bertanya, "Kenapa lu cakap tak bagus, Master Lee?"

"Tak boleh, tak boleh lawan. Lugi negeri Melaka nanti. Lu tak boleh lawan pasal nama lu Ali last term."

Rabu, Mac 25, 2009

Cerah KJ

... mukanya. Muka dia SEDIA BERUBAH bila Najib sebut mahukan pemimpin BERANI BERUBAH. KJ dan Reezal terus jadi lebih cerah dari Khir Toyo.


... bila hilang tekat penyokongnya yang tidak mengundi terpaksa menjerit-jerit KJ! KJ! KJ! untuk mencerahkan.

Inilah kepakaran KJ, iaitu melakukan sesuatu hingga habis-habisan. Bila orang bersara, "jasa mu ku kenang". Nanti ada orang akan bersara tetapi "jasa mu ku meluat".


Patut FRU angkut semua yang terjerit-jerit macam siamang gagap di PWTC malam semalam dan hantar ke Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Beranikah terjerit-jerit berdepan Pakatan nak atur 10,000 orang untuk hari penamaan calun? Kalau tidak, untuk bersaing dengan pendatang Indon di pasar Chow Kit jual ikan dan sayur dengan pendatang Indon?

Atau sesama sendiri saja bersemangat?
... kalau menang hari ini. Itu tuah Khairy Jamaluddin, menurut Yahya Ismail.

Tapi kalau kalah pun, Husin rasa bukan Sial untuk Khairy Jamaluddin. Dia masih cerah masa depannya kerana dia muda dan ...


... Obama ada anak perempuan.

Selasa, Mac 24, 2009

Husin lakukan salahlaku etika berkempen


Ana peduli apa!

Perwakilan-perwakilan UMNO ana malas cerita panjang. Ana hanya mahu tanya: Juang untuk bangsa Atau Jual bangsa untuk wang?

Ini ana punya kempen bantu kempen Benteng Negara.

Kena tindakan disiplin pun peduli apa? Kena buang parti pun peduli apa? Kena ISA pun peduli apa (macam Berahim Ali)?

Ini ana tujukan pada PAS yang sudah mula pandai al fulus wal durian runtuh. Juga ditujukan pada PKR yang sudah main wang (lihat Fairuz, Khalid Ibrahim, dan lain-lain) dan jual bangsa.

Adakah UMNO, PAS dan PKR mahu terus berdalih-dalih demi undi atau pejuangkan bangsa dan ugama? Kalau berani, sila indors dan juangkan Peristiharan 25 Rabiul Awal sini.

Adakah pemimpin-pemimpin Melayu seekor Singa, Raja Rimba yang ditakuti atau tikus tak ada telor yang boleh disergah pendatang dan bukan Melayu?

Isnin, Mac 23, 2009

Meneruskan perjuangan membuka pekong di dada

Membaca ucapan Dr Mahathir semalam di sini, ungkapan ini satu pengiktirafan untuk Husin:

Dan banyaklah lagi perbuatan mereka yang tetap mengecewakan pejuang bangsa dahulu.

Kata mereka, jangan buka pekong di dada.

Malu kata mereka.

Tetapi tidakkah lebih malu apabila mereka lakukan apa yang telah saya sebutkan. Tak buka pekong pun busuk juga. Biarlah pekong di dada dibuka supaya kerana bau terlalu busuk kita akan cuba melepaskan diri daripadanya. Jika tidak ia akan menjadi lebih busuk di dalam dan akan bunuh kita.

Semua yang disebut ini menjadi pengkhianatan kepada pejuang bangsa dahulu. Kerosakan kerana ini lambat laun akan merosakkan masa depan kita.
Betul juga. Kalau tidak dibuka pekung di dada, kita akan cuba tidak mengelakkan bau dan terjadinya pekung itu.

Hidup buka pekung!

Kalau sudah tahu pekung, perwakilan masih nak undi. Siap-siap PRU13 bungkus parti dan bangsa tergadai.

Semua ini Sadiq Sigaraga, penasihat, anak dan anak menantu punya pasal la.

Woi! Busuknya pekung.

Sabtu, Mac 21, 2009

Bila rakan jiran berhenti pergi Spa

Orang berniaga atau orang main saham atau pasaran kewangan memerlukan satu isyarat petunjuk ekonomi untuk merancang pengurusan perniagaan atau pelaburan mereka.

Kalau ada sistem yang dapat meramalkan dengan baik hala tuju ekonomi, dapatlah mereka mengelak kerugian semasa ekonomi menurun dan melabur untuk meraih keuntungan semasa ekonomi rancak. Timing itu segala-galanya.

Kalau ikut orang Bank lama-lama, mereka boleh mengagak dari timbal balas syarikat pengangkutan. Bila menurun luar biasa, ada benda tidak kena.

Bagi yang lebih canggih, mereka menggunakan petunjuk-petunjuk ekonomi. Dari sekumpulan petunjuk-petunjuk, dapatlah dizahirkan petunjuk pendahulu atau cakap Inggerisnya leading economic indicator. Ada pula lagging economic indicator untuk tujuan-tujuan tertentu.

Ini ana cerita sedikit tetapi tak boleh pakai untuk berniaga unta.

Adalah di satu pertemuan makan tengahhari antara Alias dan sekumpulan kawannya dengan seorang Tan Sri pakar ekonomi di sebuah Kelab.

Semasa makan, Tan Sri ini menerangkan keadaan ekonomi tidak berapa baik masa depan. Dia berkata sebagai negara pengekspot, Malaysia bergantung nasib pada pengimpot negara-neagra maju. Negara-negara ini sudah menurun tahap consumption. Secara langsung dan tidak langsung, Malaysia akan menerima kesannya.

Alias bertanya pada bila masanya, kerana orang dok cakap tetapi semasa itu kerajaan kata kita tidak akan menghadapi recession. Menteri-Menteri kata kita tidak perlu risau kerana rizab kita kuat dan kurang penggantungan pada negara-negara maju seperti Amerika.

Tan Sri itu memberitahu bahawa petunjuk ekonomi atau economic indicator menunjukkan keadaan sedemikian. Antaranya pemberhentian kerja oleh firma-firma antarabangsa di Lembah Kelang dan Pulau Pinang.

Menurutnya yang penting adalah penurunan capital good expenditure. Ini masaalah orang ekonomi. Bila mereka bercakap, mereka tidak boleh bercakap dalam bahasa yang orang biasa boleh faham. Itu kira perbelanjaan pelaburan perniagaan.

Adalah seorang bernama Asfar mencelah Tan Sri.

"Saya sudah tahu lama ekonomi menunggu masa nak menjunam. Indikator saya senang saja. Kawan-kawan sejiran yang selalu lepak dengan saya di kedai teh tarik."

"Eh ... indikator apa awak pakai?" Tan Sri ingin mengetahui.

"Saya tahu ekonomi merudum bila kawan saya ini petang-petang balik cepat." Asfar menerangkan.

"Bila mereka balik cepat, saya tahu mereka ni sudah tidak ada menggatal di luar rumah. Nak berjimat kerana sudah mengurang duit dalam poket."

"Menarik menarik ..." Tan Sri menjawab.

"Tapi yang paling konfom ekonomi nak menjunam apabila masing-masing cerita di kedai teh tarik pasal mintak urut dari isteri masing-masing. Maknanya masing-masing sudah tidak pergi spa untuk berurut. Itulah ekonomik indikator yang sempurna."

"Ah! Ah! ....," tersedak Tan Sri yang tengah minum air ketawa dengan alasan Asfar.

Ada juga lojiknya. Nak tunggu angka sudah berapa bulan lambat. BNM dan Jabatan Statistik keluarkan angka paling cepat ada lag atau lambat dua tiga bulan.

Jumaat, Mac 20, 2009

Hari Minggu inilah, Kalau nak berbicara atau berhuru hara


Dengan Persidangan Agung UMNO tinggal menunggu hari saja, hari minggu ini masa terbaik untuk berbicara atau buat huru hara.

Nak ambil peluang sebelum kepemimpinan baru UMNO yang pasti lebih umphhh dari Dolah dan sedang mencari wow. Inilah masa untuk mendapat perhatian terbaik.

Hari Sabtu Mac 21hb, 2009 ada Seminar Agenda Melayu ke 5 di Dewan Mawar, PWTC, Kuala Lumpur yang dianjur Pertubuhan Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara. Inilah grup yang terlibat dalam perhimpunan mintak Dolah tunggu hingga 2010.

Tema hebat “Memperkasa Politik Melayu”, dan pembicara hebat-hebat. Cuma boleh tak Noh Omar atau Rais Zainuddin jangan berucap? Kesian nasib fofesyenal Melayu yang kena mendengar.

Dengar hari Sabtu juga akan ada perarakkan GMI ia-itu Gerakan Menentang ISA. Hari itu GMP, kali ini GMI. Buturan sedang dicari kerana kompangnya sudah kurang. Mungkin muka-muka sama GMP dan dah kena lokap. Beraraklah, itu hak masing-masing. Dapatkanlah permit.

Hari Ahad Mac 22hb, 2009 ada Perhimpunan dan Sidang Kemuncak Pribumi Perkasa Negara di Kelab TNB Jalan Bangsar Kolumpo. Dr Mahathir akan sampaikan ucaptama dan ada live di Astro Awani. Semua warga sesawang dan blog pribumi dijemput.

Teringat masa Tun sampaikan ucaptama Persidangan Agung UMNO dulu-dulu. Macam amanat seorang pemimpin Melayu kepada umat Melayu sedunia.

Baik orang UMNO, atau PAS, atau DAP, atau parti komponen BN atau rakyat tanpa parti, semua mahu dengar dia berucap dan menggulung perbahasan. Setuju atau tidak kemudian cerita, kerana itu adalah arah tuju yang diunjurkan.

OLeh kerana pasti ramai akan mengambilpeluang untuk mengadakan perhimpunan, mogok, tunjuk perasaan, rapat umum, seminar, dialog, sidang akhbar, pelancaran kempen, konvensyen dan lain-lain perjumpaan sekarang menjelang Persidangan UMNO, sila siarkan dalam bahagian komen untuk war-warkan.

Namun begitu, ada juga yang menganjurkan perhimpunan selepas PAU. Yang ini boleh dapat perhatian.

Perhimpunan hebat ini, ia-itu Perhimpunan Satu Juta Rakyat Membantah Pengajaran Matapelajaran Bahasa Inggeris Dalam Bahasa Inggeris pada April 1hb. Mereka akan serahkan memorandum kepada DYMM SPB Yang Dipertuan Agong menuntut Bahasa Inggeris diajar dalam bahasa kebangsaan.

Aturcara di sini.

Khamis, Mac 19, 2009

Baju merah rupanya

Mac 24hb bertambah dekat.

Kalau tidak pasal Jawatankuasa Disiplin mengumum keputusan mereka, bertambah teruk untuk jaga-jaga perwakilan yang perlu sentiasa dikepong dan dipantau pergerakkan mereka.

Nak kena tahu di mana mereka pergi dan jumpa siapa. Takut dia berjumpa dengan ejen atau calun lawan. Kalau sekejap, tak apa. Susahnya kalau jumpa berkali-kali. Dah beluk ke sanalah itu.

Ada itu siapa ada friend finder yang berdaya mengesan handphone perwakilan itu untuk dipantau.

Orang yang jaga calun penat kerjanya. Nak selalu jumpa dan borak. Nak dilayan dan hiburkan. Kalau setakat belanja nasi kandar di Parit Buntar tidak apa. Kalau yang pergi nak fine dining di KL, sekali makan sudah berapa?

Lepas itu, nak pergi ke kalabul malami. Lepak di Heritage Mansion sudah berapa semalam? Kalau yang taukeh ECM Libra, bolehlah pergi Heritage Mansion selalu dan order air kacang bender.

Ada penjaga perwakilan ini dah tak balik berhari-hari. Yang isteri itu kena banyak bersabar. Mac 24hb tu rasanya lamanya macam selama-lamanya.

Kalau yang faham tu, fahamlah. Yang faham pun boleh tak faham.

Mereka tahu kalau si suami dah peri tempat-tempat macam ini, lama-lama kelamaan nanti sangkut dengan budak-budak perempaun yang menggatal. Tengok yang pakai serba pendek, lama-lama bergoncang jawa.


Kenalah di pantau suami ini. Selalu berlaku jadi melalut si suami.

Kisahnya ada seorang ni bernama Karim. Dalam jaga-jaga perwakilan dia sudah pasang gelfren. Asal keluar rumah dia kata buat kerja politik dan keluar dengan si Rahim.

Si isteri dah mula lain macam tanya. Macam-macam dia tanya. Dia mengagak isteri akan talipon Si Rahim untuk cek.

Ditalipon Rahim untuk beritahu.

"Isteri aku nak call kau nanti. Kau cakap kita pergi makan Japanese dengan Pemuda Bahagian Kota Belut. Kita makan ... "

Begitu detail dia memberi tahu si Rahim. Tak beberapa jam, betul isteri Karim tu talipon.

"Rahim, Ena ni. Semalam kamu dengan Karim pergi mana?"

"Kampachi makan Japanese di equatorial Hotel." Rahim jawab.

"Berapa orang pergi?"

"Lima. I, Karim dengan tiga orang Pemuda Kota Belut."

"Karim makan apa?" Ena tanya lagi.

"Shashimi dan Udon."

"You all?" Sampai makanan orang lain pun dia nak tahu.

"Budak Sabah tu makan apa?"

"Dia orang tak biasa makan Japanese. Order Tempura. Saya makan sekali."

"Balik pukul berapa?"

"Dalam pukul 1o:15"

Satu demi satu demi satu ditanya. Nasib baik Karim pandai agak. Akhir sekali Ena tanya, "Karim pakai baju apa?"

"Ehhh ... Biru."

"Bohong. Karim kata dia pakai baju merah."

Kantul. Malam tu balik sure ... si bini tunggu pukul dua pagi berleter-leter.

Rabu, Mac 18, 2009

Datuk Shahrukh terkejut, beri tawaran Ali berlakun filem terbaru

Gambar atas: Datuk Shahrukh kelihatan sugul dan sedih

Oleh Bornladen

MUMBAI Mac 18 - Dato Shahrukh Khan menyuarakan rasa terkejut terhadap larangan bertanding yang dikenakan oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO terhadap sahabat baiknya, Dato Seri Mohd Ali Rustam.

Dalam sidang akhbar hari ini bersama pelakun jelita wanita Bollywood, Preity Zinta, Shahrukh menyuarakan rasa simpati apabila mendapat tahu nasib malang yg menimpa Ali Rustam.

Shahrukh tidak dapat bercakap tetapi bercakap melalui jurucakapnya kerana hilang suara dari rasa sedih dan percubaan untuk menyanyi sendiri lagu semasa pergambaran filem terbarunya.

Dia menyatakan kesediaan untuk menawarkan Ali Rustam watak sebagai ahli politik dalam filem terbarunya yang berjodol art Sur yang bermaksud Syaitan duit. Watak yang dimaksudkan adalah watak ahli politik yang menggunakan wang untuk mencapai apa saja matlamat hidupnya.

Ketika dihubungi wartawan, Ali Rustam sedia mempertimbangkan tawaran tersebut yang memerlukan misainya dipendikkan sedikit untuk menyerupai watak Hitler. Dia mungkin menyedari kerjaya politiknya berakhir dan jawatan ketua Menteri perlu dikosongkan.

Dato Shahrukh yakin pengalaman Ali Rustam sebagai ahli politik memudahkan ia untuk menukar kerjaya menjadi pelakun Bollywood. Ali Rustam pun mempunyai rupa yang sesuai untuk melakunkan watak-watak filem Bollywood.

Seorang pelakun telah pun dikenalpasti sebagai suara dubbing untuk Ali Rustam. - Agensi Berita Husin Lempoyang

"Bila Jawatankuasa Disiplin dikira cukup tegas?"

Adalah seorang rakan talipon ana. Dia merungut Jawatankausa Disiplin tak cukup tegas. Macam ada agenda disebalik Jawatankuasa Disiplin.

Ana beritahu agenda ni tak boleh kata. Kalau kena, ada konspirasi. Tak kena ada konspirasi. Ana pun kata ada konspirasi.

Macam mana Khairy disahkan melakukan kesalahan yang sama dengan Ali Rustam boleh hanya diberi amaran? Kalau dah sah jadi ejen, tak kira setpol atau siapa. Dah salah, maknanya ejen lah.

Itulah dia, kata kawan ana. Ada banyak kes dalam ratusan. Tapi hanya senarai tiga muka untuk dalam 20 lebih nama. Ikutkan semua sekali kena. Jangan hipokrit. Semua ada guna duit, sedikit sebanyak.

Ana beritahu dia Dato Kadar pun kata dalam Malaysia Insider , ini semua tidak adil. Macam ada tolak ansur dan konspirasi dilakukan Jawatankuasa Disiplin. Seolah-olah ada kekangan.

Kawan ana jawab, "Kalau Kadar, memang tak akan puas. Memang macam ini tak akan cukup tegas."

Ana hairan. "Tegas betul si Kadar ni. Dia kata Jawatankausa Disipilin tidak diberi kuasa yang patut dalam Perlembagaan untuk bertindak. Bila baru cukup tegas untuk Kadar?"

Jawab kawan ana bersahaja, "Hanya tegas bila Kadar sekali kena."

[Untuk yang tidak faham jenaka politik ini, Kadar pernah dikenakan hukuman disiplin digantung keahlian sebanyak dua kali. Kawan ana maksudkan tegas, untuk orang tak makan saman macam Kadar, hanya bila dia sekali kena.]

Isnin, Mac 16, 2009

Minggu yang penuh debaran

Macam-macam akan berlaku minggu ini.

Dab dub dab dub ... macam Magistret Labi mahu berjumpa seniwati Sareemah.

Siapa mahu fitnah? Siapa mahu kempen last minute? Siapa kena bom? Siapa hantar bom?

Siapa mahu naik? Siapa mahu turun? Siapa dapat jawatan? Siapa hilang jawatan? Siapa tak dapat jawatan?

Siapa mahu demonstrasi jalanan? Siapa mahu berhimpun? Siapa mahu berseminar?

Siapa mahu desak? Siapa mahu tuntut? Siapa mahu buat tekanan terhadap kerajaan?

Jangan lupa tanya apa disebalik satu-satu acara. Usah dilihat yang zahir saja.

Semuanya minggu ini.

Siapa mahu dapat kuasa? Siapa mahu hilang kuasa?

Adakah ada sidang media oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO hari ini? Katanya ada surat-surat sudah dikeluarkan. Ada pula kata ada surat kena tahan.

Ada kata samada besok atau lusa ada mesyuarat Majlis tertinggi UMNO tergempar. Katanya isu pasal kes-kes rasuah di mahkamah. MSO kata lebih panas dari itu.

Janji lepas 15hb, akan dibuat keputusan mengenai Eli Wong, samada diterima atau tidak perletakkan jawatan beliau. Katanya Khalid nak kekalkan. Selalu pakai baju oren yang banyak ong tu, Sahak.

Sekarang ini pun sibuk-sibuk pasal macam-macam konspirasi. Sebelum UMNO PAU atau selepas PAU akan berlaku?

Parlimen habis bersidang pada 19hb Mac. Mungkin lanjut ke 25hb kerana banyak sangat agenda. Sidang balik pada 15 Julai.

Itu stail Perak atau ikut undi Dewan? Apa hal pun 18hb hari Rabu mesyuarat Majlis raja-raja. Mungkin juga MKT UMNO bermesyarat 18hb.

Hari Jumaat 20hb, mahkamah akan dengar kes saman Nizar.

Pada hari minggu, macam-macam sidang dan perhimpunan. Ada Seminar Agenda Melayu pada hari Sabtu. Yang hebat perhimpunan Perkasa hari Ahad.

Jangan lupa, siapa mahu lawan Samy untuk jadi Presiden Yeem Mai See, masuk calun pada hari Ahad.

Selasa 24hb, UMNO mula sidang.

Dab dub dab dub ... banyak orang sangat berdebar. IJN dan persatuan bulan sabit merah standby.

Kalah susah, tak kalah susah.

Bila ana tengok deklarasi aset ADUN Selangor, baru ana faham untungnya jadi wakil rakyat. Aisayman ... kenapa Khalid tak deklar harta peribadi? Lagi pegang jawatan UMNO. Untung lagi ke?

Lepas PAU, PRK pula di dua bukit satu batang. Kalau silap-silap, tiga bukit satu batang.

Kita beli kuaci, cipkentang atau kacang menglembu. Tengok Astro Awani, Bernama TV dan mungkin masuk CNN. Langgan newsalert SMS. Rayau blog-blog.

Ana pun nak jadi penuntun saja. Kasi can ente semua komen. Asal jangan over dan berparang sesama sendiri.

Pasti ada yang mengejutkan. Siapa yang terkejut?

Brader Anwar Bin Ibrahim jangan sibuk, walaupun budak engkau buat sibuk dalam PAU UMNO. Fikirkan pasal Julai 1-24hb. Kata ada video. Siap-siap balik kampung, kampung Sg Buluh.

Wow! Siapa mahu, boleh order cipdaging unta. Sikit-sikit macam jual orang.

Sabtu, Mac 14, 2009

Dari YB jadi YD



Orang bahas pasal bujet, dia bahas pasal tuduh pembabitan dalam kes Altantunya. Bila ditegur, marah. Ditegur lagi, tak peduli juga. Sampai kena dibuang, tak mahu keluar.

Masa nak keluar, boleh marah pada Speaker, "I am disappointed with you."

Siap-siap setahun tak jadi Yang Berhormat (YB). Jadilah YD, Yang Digantung.

Satu tahun tak payah pergi di Dewan. Boleh tolong jaga "kandang lembu" bapa di Jalan Pudu.

Kamu orang baru, jangan macam orang lama.

Kawasan kena ziarah selalu. Bukan boleh main hantar wakil. Penduduk Puchong kata, "I am disappointed with you."

Wow! Ana peniaga unta educated aliran Inglis.

Jumaat, Mac 13, 2009

Fatwa untuk G2 yang serba salah

Baru saja Norza kena caj di mahkamah. Baru saja kecoh pejabat Aza Babe kena geledah. Tak serik-serik. Ada pulak cerita G2 dapat Notebook. Ini susah nak detect ... pandai

Dia tu ingat dia dah pegang kepala-kepala di Bahagian. Dengar-dengar dah pergi rumah ke rumah. PKR tolong belasah pesaing sorang lagi. Ingatnya tinggal nak umpan G2 saja untuk menang.

Apa G2 nak buat?

Ditolak, nanti dia tahu kem sebelah sana. Kalau si mangkuk itu menang, nyaia nanti. Diambil, dah kira rasuah politik wang. Apa harus buat?

Ini fatwa Husin Lempoyang untuk G2 yang serba salah.
Ambil saja Notebook itu.

Kalau niat mereka hadiah, maka tidak terikat dengan apa-apa ikatan. Tetapi kalau niat mereka rasuah politik wang, baik kita tolong mereka dari melakukan dosa.

Jangan kasi undi kepadanya untuk selamatkan dari melakukan dosa.

Penghabisannya, kamu dapat pahala. Dia tak buat dosa dan dapat pahala memberi hadiah. Oh ya ... kamu pun dapat Notebook free. Hehehe ...
Tak payah cek dengan Majlis Fatwa, dah betul fatwa ana. Nak selamatkan orang dari melakukan dosa dan dianiaya.

Tolong jangan tanya siapa punya kerja kasi Notebook untuk undi. Nanti dikata fitnah. Hehehe ... Senang nak teka siapa pun.

Wow! Nasib baik ana hanya jual unta, tidak jual IT. Kalau tidak, bersyubahah.

Khamis, Mac 12, 2009

Pendekatan fening lalat menyelesai kes politik wang

Macam mana nak selesaikan laporan sebanyak 1,000?

Pasti siapa yang hadapi masaalah ini banyak fening lalat.

Walaupun Jawatankuasa Disiplin sudah diskaun 30% atas sebab fitnah, masih banyak lagi. Jumlah laporan diterima pun lebih dari kat seribu setangah. Pi mai pi mai ... 1,000 juga.

Sejak kenyataan Ku Nan, Setiausaha Agong UMNO supaya semua laporan salahlaku politik wang perlu diselesaikan sebelum Mac 24hb, ini sudah menjadi perhatian ibu pejabat.

Ekoran kenyataan ini, Dato Mazlan Harun dan Dato Kadar Shah menuntut penangguhan perhimpunan parti sehingga kes-kes politik wang selesai dan sedia menggunakan mahkamah untuk mesyuarat.

Samada boleh dibawa mahkamah atau Seksyen 18 Akta Pertubuhan boleh beri kuasa mahkamah selesaikan, itu soalan nombor 13 atau 14. Macam mana nak selesaikan sebelum Mac 24hb?

Kalau dok pakai SPRM, nanti ada orang UMNO tunjuk perasaan depan PWTC. Nak jaga ini kerana bermogok bukan budaya kita. Ada sedikit logik kerana urusan pertubuhan adalah dalam bidangkuasa pertubuhan. Baca Seksyen 18 Akta Pertubuhan.

Kalau tak habih fening lalat pun, kena tanya lagi camna nak selesaikan?

Al kisahnya, ada seorang bijak pandai yang kunan-kunan sedang menyelesaikan. Dia panggei si pelapuq, saksi dan si tertuduh seghentak dalam satu sessi soal jawab.

Habih kantoi si pelapuq dan saksi depan tertuduh yang lani dah pegang jawatan dan kawan-kawan depa di Bahagian.

Bila cam itu, gagap macam kalid berahim teghuih si pelapuq depan tertuduh. Teghuih malu alah dan cakap 'takdak' lah, 'tak berlaku' lah dan pelbagai alasan. Selamatlah si tertuduh keghana semua ni takdak bukti kukuh.

Selesai tak masaalah? Janji fening lalat sudah hilang.

Maka dengan itu, kunan-kunan bersihlah parti dari politik wang yang kotoq dan laporan-laporan diselesaikan lebih cekap dari Jawatankuasa Disiplin dan SPRM.

Bole ceghita pada press kebanyakkan kes-kes sudah selesai. Hanya beberapa kes rumit skit tak boleh selesai segera dan makan masa.

Macam baguih aja. Sat lagi boleh swastakan SPRM kat depa ni.

Yang ini ana gelaq besaq lani. Betui fening lalat hilang, tapi cagha menyelesaikan layak dipanggei pendekatan fening lalat dalam menyelesaikan masaalah.

Ini ka cagha hamba Allah ni selesaikan masaalah antara pemaju, kontraktor dan Bank masa di SPNB? Cara sama gut dia selesaikan masaalah pemaju pojek pelancongan, dan Bank SME yang loq laq dan banyak sangat ceghita?

Eh eh eh ... terbanyak clue ana kasi. Nanti oghang tau siapa.

Ana dok pikiaq.

Dengan cagha macam ni, kenapa tak selesaikan masaalah hutang dia dengan Bank? Hutang dah masuk ratusan juta. Saham ratusan juta yang dicagar dan satu masa dulu bernilai sebillion pun dah boleh jadi kertas wallpaper untuk tampal dinding.

Bolehkah selesai jika dipanggei si pelapur (Bank) serta saksi dengan dia si tertuduh (Peminjam)? Adakah teghuih sipelapur kata takdak, tak pinjam?

Maknanya tak selesailah politik wang.

Fening besaq Tok Najib bila jadiq Presiden nanti. Selalulah Kak Rosmah kena tulung picit kepala abag Jib di rumah.

Rabu, Mac 11, 2009

Peraduan meneka perbualan dalam gambar


Brader Anwar Bin Ibrahim kata gambar ini (yang telah dibuang dari blognya) akan menimbulkan pelbagai andaian dan spekulasi.

Betul dia cakap.

Sudah ada yang mengatakan Dolah telah di trick untuk datang makan bersama Anwar. Hari ini sepatutnya dia ke situ. Ada sudah dedahkan tempat ini adalah tempat ugama sesat, wallahu alam.

Mana tidak? Dolah tinggal 20 hari lagi sebagai PM, kalau ikut perancangan. Banyak desas desus kata dia sudah banyak kali jumpa Anwar.

Adakah berkaitan ura-ura Kerajaan Bersatu (Unity Government) yang disebut-sebut mutakhir ini? Adakah berkaitan ura-ura pembangkang akan flip-flop dari angan-angan tahun lepas untuk buat usul tak percaya pada Dolah kepada usul undi percaya pada Dolah?

Adakah berkaitan dengan perbicaraan sodomi Brader yang telah ditetapkan pada Julai 1hb-24hb?

Ana serahkan pada ente-ente semua meneka apa yang dibualkan oleh mereka berdua dalam gambar dengan mengisi berikut.

Brader Anwar:
Dolah:
Brader Anwar:
Dolah:
Macam peraduan.

Siapa menang, dapat tiket free Air Asia lawat kampung tempat ana bela itu unta-unta di Cairo. Kalau landing tayar meletup, ana tak jamin.

Keputusan pengadil adalah muktamad menurut Artikel 16(2) dan 18 Undang-Undang Tubuh Hakim. Kalau tak setuju, tak boleh saman. Itu derhaka! Nak saman, saman pemenang. Cari Benggali jaga lembu untuk saman hakim. Nak pakat lawan hakim,mesyuarat bawah pokok. Pakai loyar yang dibenarkan hakim. ...

Selasa, Mac 10, 2009

Muhyiddin Arkitek apa?

Tidak berapa lama, Utusan Malaysia atau mungkin Mingguan Malaysia (kerana jualan terbanyak hari Ahad) menyiarkan iklan yang menggelarkan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib sebagai Arkitek Pembangunan Desa dan terpampang macam-macam pengakuan rancangan dan kejayaan yang dicapai?

Masaalahnya Mat Taib jadi jadi Menteri Pembangunan Luar Bandar belum cukup pun setahun setakat hari ini.

Dalam Mingguan Malaysia baru-baru ini, satu lagi iklan memberi gelaran Dato Seri Ali Rustam sebagai Arkitel Pembangunan Permodenan Bandar dan terpampang pelan-pelan rancangan pembangunan untuk bandar Jasin.

Kalau pelan saja, dah siap ke belum? Begitu hebatkah bandar Jasin? Adakah rancangan itu menjadi model untuk kesemua pembangunan bandar di Malaysia, dan seantero Dunia Melayu?

Kalau gelaran Arkitek Johor Moden sudah diberi gelaran kepada Almarhum Sultan Abu Bakar, tak boleh Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku? Banyak jasa Muhyiddin semasa jadi MB tapi mungkin Gani yang lebih suka gelaran-gelaran ini.

Jadi Kementeriaan mana Tan Sri nak ngaku jadi Arkitek; Belia, Perdagangan Domestik, Pertanian, atau Perdagangan Antarabangsa? Tak payah gut?

Wow! Biar jadi Arkitek, asal tidak jadi *Ketek.

* Maksudnya monyet pada wong Jowo

Ahad, Mac 08, 2009

Tanpa PPSMI: Arahan ubah jadi "Masukkan kayu ria anda ..."

Tanpa PPSMI, arahan ini:

Connect your joy stick into the server port, you should find little problem with the joy stick as the server has plug and play mode.
Akan kembali jadi begini:

Masukkan kayu ria anda ke dalam lubang pelayan, anda sepatutnya tidak mempunyai banyak masaalah dalam memasukkan kayu ria anda kerana pelayan ini mempunyai fungsi masuk dan main.
Bagi penggunaan komputer yang pantas, perkakasan keras (hardware) dan perkakasan lembut (software) harus berseketemu dan sebati.

Jika ingin tahu makna Dwimantap Penggetar Pelbagai, Sampukan Bertopeng, dan lain-lain, baca di blog Sinatra Z sini.

Barulah Bahasa Jiwa Bangsa.

Wow! Apa kata Mat Taib, 'Arkitek Pembangunan Desa'?

Sabtu, Mac 07, 2009

SMS Alert yang mengejutkan

Tit Tit ... berbunyi hanfon Areef Raimi. Diangkatnya hanfon dan baca SMS yang baru diterima.

"28 ADUN BN dan 3 ADUN Bebas mengadap Sultan Perak." Dibacanya untuk isteri dengar.

"Wah hilanglah majoriti Pakatan."

"Ini bagusnya perkhidmatan SMS Agendanews abang baru sewa. Lagi cepat berita politik dari TV, Radio dan suratkhabar."

"Baguslah bang. Maklumat abang kira terkinilah."

Dimasa lain, dapat mesej pasal pergolakkan diPerak.

"DUN Perak bersidang bawah pokok," Areef membacakan SMS.

"Ya ke bang? Kenapalah dia orang tu? Tak fahamkah mesyuarat yang tidak berjadual kena minta perkenan raja."

Lain masa pula.

Tit Tit ... "Ada pekej ransangan ekonomi RM10 billion."

Tit Tit ... "Polis menyembor air kepada demonstrasi PPSMI."

Ada saja SMS terkini dari Agendanews.

Mula-mula Rahimah suka bertanya apa berita yang diterima. Lama-lama dia dah bosan. Biasalah orang pompuan bukan suka sangat cerita politik. Terutama sekarang banyak sangat wayang.

Ada sekali itu, suami balik lambat betul. Entah kempen apa dan untuk siapa. Dia masuk tidor lepas sembahyang subuh.

Rahimah tengah menguruskan rumah tapi terganggu dengan banyak SMS masuk dalam hanfon suami. Dia mula-mula agak SMS Agendanews.

Lama-lama dia teringin nak tahu kenapa banyak SMS masuk. Ada huru hara mana-mana ke? Areef mesti nak tahu.

Dia malas nak kacau si Areef yang sedang tidor lalu dibukanya hanfon suami. Ditekan SMS terakhir.

Tersentak Rahimah terbaca mesej "Thingking of you. Call me xoxo." Bila dilihat nama penghantar Mohd Nor, dia heran? Macam mana orang lelaki tulis macam itu. Dia pun talipon nombor itu.

Sorang pompuan angkat sebelah sana, "You dapat mesej I tadi? Aini miss you lah bang."

Dia terus matikan hanfon tu dalam terkejut. Rupanya bukan Mohd Nor tapi Noraini. Celaka Areef, rupanya SMS Agendanews itu buat guna untuk temberang aku. Nanti aku kejutkan.

Habis. Tak payah tunggu Perak huru hara hingga darurat.

Jumaat, Mac 06, 2009

Ahlil Nujum bertanya: Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana Mahathir?

"Baginda negara Masai teruskan teka teki yang keempat."

Baginda Masai pun memerintahkan Ahlil Nujum yang rupanya macam Haji Bakhil menyoal.

"Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana Hang Tuah? Adakah ...."

"Cut cut cut Tukar skrip, tukar skrip." Tuan Direktor mencelah. "Pakai teka teki untuk Mahathir.

"OK Take one. Ready, Action!"

"Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana Mahathir hingga boleh membina pelbagai macam binaan? Adakah pada kuasanya? Kepandaiannya? Penasihatnya?" Ahlil Nujum Baginda Masai bertanya.

Kita potong pendik cerita untuk membolehkan pembaca mengetahui jawapan teka teki. Maka kita terus kepada babak Pak Belalang memberi jawapan.

"Oh itu senang saja." Jawab Pak Belalang setelah mendengar ulangan soalan keempat.

"Kekuatan Dr Mahathir terletak pada erti namanya."

"Jelaskan." Sambut Ahlil Nujum Negara Masai.

"Dalam bahasa Siam, Mahathir disebut Maha-Dae. Maha bermakna dihormati, atau penambah untuk besar atau kuat."

Pak Belalang menyambung, "Nama Dae bermakna dalam bahasa Inggeris, erection bererti tegap atau have balls bererti keberanian.

"Dicampur kedua-dua istilah, maka Maha-Dae bermakna dalam bahasa Inggeris, 'Great Erection' yang bererti Binaan yang tegap atau boleh juga bermakna "Have Great Balls' yang bererti Keberanian yang hebat."

"Bagaimanakah kesimpulannya?" Ahlil Nujum Masai mintak penerangan.

"Ketegangan dan keberanianlah yang menjadikan Maha-Dae berupaya membina lebuhraya, bangunan, lapangan terbang, pelabuhan, ibu negara, dan pelbagai lagi. Dengan demikian, kekuatan Laksamana Mahathir terletak pada namanya."

Sambil menunduk dengan nada sedih, Ahlil Nujum Masai menjawab, "Betul. Alah kalah lagi aku."

Rakyat pun bersorak dengan kemenangan kerana negeri mereka telah menakluk negara Masai. Pak Belalang hanya tersenyum menjeling dengan bangga melihat Tuan Puteri Bujur Sirih.

Khamis, Mac 05, 2009

Petunjuk ekonomi nak naik


Ada oghang dok khabaq ada anak mamaq juai cendoi pakai kegheta ateh.

Kalu betoi, maknanya 76% pekej ransangan sudah kasi belanjaq. Baguih la tu. Itu maknanya ekonomi nak naik balik.

Hmmm ... padan ada dok iya-iya satu masa tu kata ekonomi takkan gawat. Pasai ekonomi dia haghi tu dah nak naik.

Wow! Camni yang cek susah nak ghenti juai oghang dan balik gi niaga unta

Rabu, Mac 04, 2009

Niat baik jadi Katak dan Flip Flop

Sejak ana bercerita mengenai Katak, Raja Katak, dan Penternak Katak, ada orang kata orang yang diceritakan Katak bukan Katak.

Adakah ini bermakna hanya yang ada tinggal Raja Katak dan Penternak Katak?

Hehehe ...tidak, semua orang adalah Katak.

Layaklah setiap Katak ada Rajanya serta kewujudan 'seekor' Katak itu adalah hasil usaha Penternak. Bacalah kisahnya di sini.

Bahawa sesungguhnya antara kita, semua adalah Katak.

Habis bab Katak, kita cerita bab Katak yang tidak pandai jalan tetapi hanya lompat dari satu tempat ke satu tempat.

Lompat lah si Katak lompat.

Tapi kalau Katak itu lompat dari satu tapak ke satu tapak dan lompat balik ke tapak asal, tak ada deskripsi yang sesuai. Yang terbaik tetapi bukan istilah tepat adalah flip flop.

Flip flop bermakna mengambil pendirian flip ke satu hala dan flop balik ke pendirian yang asal atau batal pendirian yang baru dibuat. Betul ke tidak, reputasi dan imej dah flop.

Cerita flip flop ni banyak.

Saya tidak akan mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini. Besok dah bubar.

Habis PRU12 masak. Flop 5 + 1 negeri jatuh. Tak apalah kurang 8 kerusi dua pertiga majoriti.

Minyak tak akan dinaikkan dalam masa terdekat, lapor berita muka depan akhbar. Petang tu bos dah umumkan naik 78 sen. Berderet kereta beratur sampai tengah malam nak isi manyik full.

Ada tak nampak flip flop tapi flip flop juga. Kami tidak menahan bawah ISA tapi hanya menahan demi kesalamatan.

Orang yang sama menasihatkan jambatan Johor tidak di bina. Dalam beberapa minggu berkata tidak ada sebab jambatan tidak di bina, tiba-tiba jambatan pasti tidak di bina.

Sebelum itu, landasan kembar yang sudah mahu dimulakan, di kensel. Tahun lepas, nak mulakan balik. Tambah harga naik dua billion. Besi dan macam-macam naik.

Dah flop di PRU12, ingat akan berhentilah flip flop ini. Tidak pula.

Ada yang nak cuba flip flop kan pembangunan LCCT Labu. Kononnya masih nak kaji dan sedang dipertimbangkan. Cepat-cepat BPM kata, tidak!

Tetap juga nak cuba. Tol nak dinaikkan tapi batal untuk mengambilkira keadaan ekonomi. Flip flop lagi.

Begitu banyak flip flop sampai ke akarumbi kerajaan. Pengerusi PAC terpaksa mengumumkan rungutan orang ramai terhadap keputusan kerajaan yang terlalu membingungkan kerana flip flop.

Bersungguh-sungguh seorang itu berkata mengubah keputusan terlalu kerap dan terlalu cepat lepas satu-satu keputusan bukan flip flop.

Malas pulak nak komen. Orang nak berhenti.

Cuma takut-takut ada flip flop grand finale. Orang kata, one for the road.

Macam P Ramlee berkata, aku mati dalam iman. Ini semua serupa aku niat baik maka tak apa jadi katak dan flip flop.

Wow! Ana berniat: Saja aku jual orang lebih untung dari jual unta kerana Allah. Itu niat baik tau.

Selasa, Mac 03, 2009

Mesyuarat DUN Perak dapat perkenan Tungku Karpal Singh

Gambar Di atas: Dewan Undangan Negeri Perak sedang bersidang

IPOH, 3 Mac - Walaupun tidak dapat bersidang di Dewan, kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak, Dewan Undangan Negeri (DUN) Fakatan Riot Perak masih dapat meneruskan mesyuarat.

Speaker Sivakumar berkata Mesyuarat Dewan Undangan hari ini yang diadakan bawah pokok masih tetap sah kerana mereka mendapat perkenan Raja Jelutong Tungku Karpal Singh.

Minggu lepas Tungku Karpal telah mengumumkan Singh adalah Raja di Parlimen.

Menurut Sivakumar, Tungku Karpal Singh telah berkenan mencemar bai bagi membuka dan menyampaikan titah di pembukaan sesi tergempar Dewan.

Tungku Karpal mengingatkan Dewan akan perpatah Benggali, Dimana bai uli roti, disitu ada peluh dan daki. Dia mengulangkan amarannya supaya sila beri bersama dua peluru dengan satu pistol sekali kalau mahu main-main sama dia.

Gambar di atas: Tungku Karpal mengingatkan, di mana bai uli roti, di situ ada peluh dan daki

Dengan menggantung Dato Zambery dan enam lagi yang telah mengangkat sumpah sebagai exco, Fakatan Riot sudah dijangka dari awal untuk meluluskan kesemua usul-usual hari ini.

Mesyuarat telah meluluskan usul-usul sokongan kepada Menteri Besar Boneka DAP, Dato Seri Nizar Muhammad, membubarkan DUN, dan penghinaan Dewan ke atas polis, Menteri KDN dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Menurut Dato Seri Anwar Ibrahim dalam sidang akhbar petang tadi di Parlimen, pengundian tanpa bangkangan menunjukkan rakyat telah menyokong seratus peratus agenda Fakatan Rakyat untuk terus berdrama dan berwayang.

Bila ditanya samada Fakatan Riot akan terus dengan rancangan untuk menarik ahli-ahli Parlimen BN melompat masuk Fakatan Rakyat, Anwar memberitahu Fakatan tidak setuju dengan lompat parti dan mahu memberi perhatian kepada masaalah kegawatan ekonomi yang semakin meruncing.

Beliau turut menyalahkan Dato Seri Najib ke atas kemercupan ekonomi Amerika dan dunia.

Ditanya mengenai perjalanan Mesyuarat, Sivakumar memberitahu semua berjalan lancar. Cuma tergendala dengan sebahagian ahli Dewan memanjat pokok dan taik-taik burung yang jatuh ke atas kepala mereka.

Mereka percaya taik-taik burung itu adalah usaha Barisan Nasional untuk mensabotaj Mesyuarat dan dipercayai dihantar oleh Dato Seri Najib.

Pihak Fakatan Rakyat akan membuat laporan polis di atas tindakan yang dianggap mengacau ketenteraman perjalanan Dewan.

Tungku Karpal telah mengarahkan Tenkiu Mahkote Gobind Singh untuk menyaman Najib kerana tidak menutup sangkar burungnya.

Anwar sentiasa mengalu-alukan sebarang usaha untuk menyusahkan Najib untuk naik menjadi Perdana Menteri.

Mengenai laporan yang mengatakan Nizar akan mengadap Sultan Perak untuk memberitahu mengenai pembubaran DUN, Nizar mengesahkan laporan itu. Dia akan berusaha setiap malam untuk panjat pagar istana Bukit Chandan.

Namun begitu, katanya lagi, jika Sultan enggan menerimanya menghadap dalam 30 hari, dia akan hanya SMS Tungku Karpal Singh untuk mendapatkan perkenan. - Agensi Husin Lempoyang

Isnin, Mac 02, 2009

Kisah Katak, Raja Katak dan Penternak Katak

Apabila sebut politik katak, kebanyakkan orang tujukan kepada Dato Ibrahim Ali atau gelaran pendiknya Tok Him kerana dia sudah masuk dan keluar banyak parti.

Pada 1978, Tok Him dipinta masuk Berjasa dulu. Lepas Berjasa menang dan dibubarkan di Kelantan, baru dia masuk UMNO. Dia kekal hingga 1988 dimana berlaku krisis politik dalam UMNO hingga terbubar UMNO. Tok Him tak setuju perlembagaan UMNO (Baru) ditukar dan masuk Semangat 46.

Lepas pilihanraya 1990, dia melompat balik ke UMNO dan kekal hingga 2003. Tahun itu tak semena mena dia dipecat oleh Stopa atas arahan Dolah dari jawatan Ketua Bahagian Pasir Mas. Demi mempertahankan maruah, dia bertanding di DUN Permatang Pasir dan dipecat oleh UMNO.

Tahun 2004 dia bertanding sebagai bebas tapi kalah. Tahun lepas dia bekerjasama dengan PAS dan menang Pasir Mas sebagai bebas. PAS dapat undi penyokongnya untuk kekalkan kerusi DUN di Pasir Mas. Sama-sama sudah untung dari masing-masing.

Siang-siang dia cakap, dia bukan lembu yang ditarik dengan tali dan masing-maing dah tahu sejarah kataknya. Sebab itu, hari ini dia satu-satu ahli politik bebas yang bersuara dengan jujur dan lantang mempertahankan Melayu/Pribumi dan Islam di Parlimen.

Di luar, dia bergerak sebagai Presiden Perkasa mempertahankan asas Perlembagaan dan kesetiaan pada negara yang terhakis sebab permainan politik katak dan flip flop. Pada Mac 22hb ada Perhimpunan dan Sidang Kemuncak Perkasa yang besar-besaran. (Baik dipergi ramai-ramai untuk beri sokongan.)

Bila ditanya Tok Him mengenai panggilan katak, jawabnya dia bukan seorang. Cuma nasib badan dia sorang dipanggil katak. Saifuddin Nasution bermula sebagai PAS, masuk UMNO dan kini PKR. Kamaruddin Jaafar mula dengan UMNO dan kini PAS.

Sabah paling banyak katak. Menurut Tok Him, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia paling banyak lompat.


Dia bermula dengan Upko, kemudian masuk Usno. Lompat ke Berjaya dan sekali lagi ke PBS. Akhirnya ke UMNO. Speaker Dewan Rakyat ini sah adalah yang paling banyak lompat parti dan digelar Raja Katak.

Nampaknya bila bergelora politik sesebuah negeri itu, banyak kataknya.

Lagi hebat dari Raja Katak adalah Penternak Katak. Sejak Penternak Katak bebas berpolitik, bergelora politik dengan drama dan wayang.

Pada hari dia bebas berpolitik pada April 16hb, Penternak Katak umum akan bawa katak-katak keluar BN untuk tukar kerajaan. Katanya, dia ada ternak 30 ekor katak yang akan lompat menunggu masa saja.


Dia minta bersabar.

Semuanya dah pasti dan hanya sedikit perkara teknikal. Janjinya, kalau tidak dua tiga minggu lagi, bulan Mei. Kalau tidak Jun atau Julai, bulan seterusnya. Yang pasti, kerajaan baru akan naik pada September 16 Hari Malaysia.

Percaya 10,000 yang ada di Padang Kelab Sultan Sulaiman malam itu. Bila tak jadi semasa hari itu, dia kata Dolah dan Raja Katak tak berkerjasama. Pasti yang 10,000 tu masih percaya.

Tapi jangan main-mainkan dia lagi kerana rancangannya masih kekal. Usah cemik dia sebagai yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran. Senarai itu masih ada. Tak percaya tengoklah senarai yang ada pada blog Ayer Lemuju sini.

Cuma sedikit saja perubahan. Dr Puad Zarkashi beritahu dia dah ditemui agen-agen Penternak, dan bercakap sendiri dengan Penternak Katak. Dia tak yakin dengannya dan diulang tak mahu semasa ditalipon di Taiwan. Hairan nama masih dalam senarai yang dikatakan.

Nampaknya kena ganti dengan Katak betul-betul untuk tukar kerajaan. Syarat Tok Him dia mahu jadi PM dan Penternak Katak boleh jadi Timbalan.

Tujuan Penternak Katak bukankah jelas untuk jatuhkan kerajaan yang kononnya ... (panjang sangat kononnya senarai sebab musabab)? Dia bukan niat nak jadi PM sangat kan? Hehehe ...

Husin lagi minat ada kodok banyak-banyak dari katak. Cucur kodok pun boleh.

Dunia dunia ... lagi untung jual orang dari jual unta. Wow!

Ahad, Mac 01, 2009

Syed Hamid tanya cara nak menang

Kring ... kring .. kring ... Bunyi talipon bimbit Ashman (bukan nama sebenar).

"Hello"

"Assalamualaikum Ashman, Syed Hamid ini."

"Syed, Mualaikumsalam. Lama tak dengar?"

"Saja-saja nak talipon engkau..."

"Engkau kalau nak talipon, mesti ada benda kau nak. Mana ada saja-saja. Nak talipon saja buat apa? Ajaklah high tea dan fashion show."

"Bukan aku tak mahu. Sibuklah dengan kerja dan kempen."

"Kempen? Itu salah dari tata susila parti. Aku repotkan. Dahlah habib, kedekut tu cakaplah kedekut. Apa kau nak?"

"Jangan macam begitu. Habis Mac kita keluar. Aku nak tanya, peluang aku untuk Naib Presiden macam mana?" Berbisik-bisik Syad Hamid.

"Kau kalahlah Syed. Garenti kalah."

Tersentak Syed Hamid.

"Macam mana kau nak menang. Orang Kota Tinggi tak suka kau. Kau menang Ketua Bahagian pakai teknikaliti. Dahlah kau ni berkira dan kedekut.

"Bawah Dolah, engkau antara Menteri paling teruk. Pasal kau kalah Batu Putih dan jambatan kensel. Cerita jual pasir ke Singapura lagi."

Syed Hamid cuba menafikan, "Itu arahan Dolah."

"Kau ni nama aja anak Singa UMNO. Pengecut lembik ..."

"Janganlah sampai ungkit Pak aku, dia dah mati."

"Kalau Pak kamu, dia masuk dewan masa Presiden parti tengah berucap. Satu dewan tertumpu kat dia dan sorak kemasukkannnya.

"Kamu masukkan orang ISA, boleh orang tak takut. Kau tak ada Singa langsung. Kau tahu orang panggil kau apa?"

"Apa orang panggil aku?"

"Kodomo Lion, singa ubat gigi kanak-kanak ... Hahaha ..."

Dengan cuba menahan senyum, Syed membalas, "Pandai aja dia orang ni gelarkan orang. Ni mesti kau yang kasi gelaran ....

"Aku bukan tak boleh tunjuk garang. Orang Arab pun ada silat."

"Ya lah kau. Baik kau kasi dua telor kau pada Teressa Kok. Biar dia gigit buat sarapan."

Sambil tersenyum "Dia tak tertelan telor Arab. Kena kerat tiga - sarapan, lunch dan makan petang."

"Boleh tahan kau ye. Macam mana kau boleh jadi Menteri ... tak faham aku."

Syed Hamid cuba memujuk, "Tak apalah. Itu cerita lama. Nak hidup ...

"Brader, aku nak mintak tolong.

"Susah pertandingan kali ini. Ada tiga calun dari Johor berentap. Kalau Muhyiddin menang Timbalan, tak akan lebih dari satu calun Johor boleh menang. Nampaknya yang garenti dah ada tempat Zahid dan Shapie."

Ashman menyampuk. "Zahid pasal dia lalang dua-dua belah pihak dia makan. Shafie pasal dia paling Apdal untuk ambik hati Sabah. Kau baik undur diri saja. Lawyer baik ambik Rais."

"Kalau aku undur diri, aku pencen. Dah tua nak kerja balik Bank. Macam mana nak menang?"

"Senang."Ashman jawab.

"Kau tanding Pengerusi tetap saja, kalau boleh. Kalau kau menang, kau pegang jawatan paling tinggi dalam parti. Lebih tinggi dari Najib. Kau kira macam Arwah Sulaiman Ninam Shah, Onn Ismail dan Badruddin."

"Kau ni Ashman, tak pernah serius.

"Aku tak boleh jadi Pengerusi Tetap. Serius sangat. Nanti orang tak suka bila aku kasi arahan-arahan. Dia orang suka yang pandai melawak macam engkau.

"Lagi pun nanti orang ngantuk." Syed Hamid memberi alasan.

"Tahu pun orang tak suka dan bosan." Balas Ashman memberi penutup perbualan.