Abdul Wahub telah mengupah seorang gadis Cina yang menarik untuk mengikutnya pulang rumah dan berdansing dihadapan isteri dan bapa mertuanya. Ini hampir menaikkan kemarahan Tuan Sadiq Sigaraga. Nasib diredakan Tuan Penasihat Kassim Pantalon.
Pada esok malamnya, Kassim Pantalon merancang sesuatu yang hampir sama untuk membalas dan membuat Abdul Wahub cemburu dan diharapkan marah.
Dia mengatur kuncu-kuncunya pula untuk berdansing dengan anak-anak perempuan Sadiq Sigaraga, termasuk Ghasidah ketika Abdul Wahub pulang. Tetapi lain yang terjadi.
Abdul Wahub menalipon isterinya memberitahu dia tidak dapat pulang kerana bersama kekasihnya semalam. Tuan Sadiq pula yang menggelegak dan Ghasidah mula cemburu.
Punyalah kedekut Tuan Sadiq, dituntut balik duit upah dari kuncu-kuncu yang tidak jadi dansing. Yang lucunya, salah seorang kuncu-kuncu Kassim mohon untuk pergi ke tandas dahulu. Tidak diizinkan dan diherdik supaya pulangkan wangnya dahulu.
----------------------------------
Inilah kisah di Isketambola sebelah Isketambatu. Adegan lucu ini nampaknya akan berulang di negara Islam Hadhari, Malaysia Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Di dalam UMNO sekarang, Kerajaan Tiga Beranak menyerupai Tiga Abdul. Bapa Mertua seperti Tuan Sadiq Sigaraga pun ada. Tuan Penasihat Kassim Pantalon dan menantu mungkin orang yang sama. Penyelamat seperti Abdul Wahub masih ditunggu untuk muncul, samada si penakut atau si anak raja atau si anak cikgu.
Kuncu-kuncu Tiga Beranak ramai sekali.
Tidak lama baru-baru ini, satu SMS tersebar merata:
Inilah mreka yg akn d kenang bskongkol dgn AAB mlingkup UMNO, Melayu, Islam & tnah tumpah darah melayu:
Kamaludin AB, Khairy, Kalimulah, Anuar Z, Zaki, Jefridin, Zahidi, Johari Bhrm, Mahazir Khlid, Musa SF, Zainal Panjang, Zainal Abdn Zin, Rozai, Raman Suliman, Hamdi, Hamzah Zainudin, TG Nan, Zain Badak, Rizal & Razali Merikan, Alwi , Zawawi Zain, Shabery Cik, Shahrir, Zaid Brahim, Zahid Hamidi, Rais Zainudin, Zaharan, Azman Saleh, Roslan Latif, Azim, Mat Taib, Anuar Musa & W Farid. Sebar2kan.
Siapa dari kuncu-kuncu Tuan Sadiq ini yang akan gagal dan dituntut balik duit upah?
Shabery Cheek berani berdebat dengan Anwar, tapi dia tidak dapat jawab dan cover untuk bos duit RM3 billion untuk pengangkutan awam yang dijanjikan pada tahun 2006.
Cawangan-cawangan UMNO yang diajak ke Kuala Lumpur berjumpa dengan Dolah, diberi kain pelikat, menginap di hotel dua tiga bintang dan dapat duit, masih tetap marah dengan Dolah dan menuntut dia turun.
Bakal panas bontot Shabery, Zaharan, Zawawi Zain, dan Roslan Latif hendak pulangkan balik duit upah dan kain pelikat yang sudah diberi satu Malaya. Dengar-dengar penyumbang kain pelikat adalah Zahid Hamidi, Menteri Ugama tapi pemberi rasuah.
Kalau tidak menang di Lembah Pantai, kontrak pun kensel juga ye, Zahran.
Hamzah Zainuddin yang sudah dapat jadi wakil rakyat payung terjun dari Ipoh Barat ke Larut tak berani pertahan jawatan Ketua Bahagian Ipoh Barat. Ketakutan lari ke Larut. Malu Menteri kalah di Bahagian.
Banyak cerita pasal Hamzah. Tuduhan di Felcra. Isteri nombor dua dicerai dan lain pula tuduhan konspirasi.
Macam mana Tuan Sadiq boleh pilih untuk naikkan ke Timbalan Menteri seorang yang penuh cerita tidak sedap? Bayangkan Tuan Sadiq berkata, "Bawak sini balik duit dan kontrak aku, Hamzah"?
Kassim Pantalon pun mempunyai kuncu-kuncunya.
Pada hari minggu lepas, Norza pula kalah dalam pemilihan untuk hanya jadi ketua cawangan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Kesian cucu pejuang. Dia ingat dah handal dan selamat dapat elak undi tak percaya.
Kalau dah Mr 10%, dah betullah ahli MKT terlantik ini digugur jawatan dari Setiausaha Politik Menteri Kewangan II. Tapi bayangkan malunya bagi Kassim Pantalon melihat kuncunya tak diterima di peringkat cawangan.
Satu masa ketika Norza Bonsai yang anu pun bonsai bercita-cita yang tidak bonsai. Konon katanya, dia bersama Wan Farid yang bawa balik Ezam ke UMNO. Dan, dia konon usahakan perbincangan dengan Azmin dan PAS untuk muzakarah parti-parti Melayu. Dia menulis sajak dan buku risalah untuk kutuk Tun dan ampu Pak Lah.
Ke mana cerita hendak berpasukan? Tak apalah, ada bonsai tu boleh buat simbah air. Kumpul-kumpul balik duit di Singapura untuk dipulangkan balik kepada Tuan Sadiq, ye.
Shaziman pun dikatakan kalah untuk jadi Ketua Cawangan Tampin Bandar .
Ada ke tidak kebenaran, ini bermakna dari peringkat cawangan sudah tidak diterima orang ramai. Yang lawan pun orang lama yang dihormati. Oleh kerana takut kalah, orang Tampin kata di postphone mesyuarat cawangannya ke Ogos 24hb.
Kalau dia lepas di Cawangan, ADUN Gemenceh menunggu menentang di peringkat bahagian.
Duit akan turun macam hujan di Tampin untuk menyelamatkan sepupu Kassim Pantalon di Cawangan dan untuk mendapatkan pencalunan untuk Ketua Bahagian. Dengar-dengar sebanyak RM1,500 seorang. Kedekut dan susah sangat hendak menyumbang wang untuk kegiatan Bahagian.
Padan muka. Selama ini, dari TNB hingga naik jadi Menteri, Shaziman beserta JJ dan seorang bekas setpol asyik kerja sebat saja ye.
"Kasi balik, kasi bali. Nak melepas, kasi balik duit aku dahulu!"
Jangan cakap balaci dan sepupu Kassim Pantalon. Si Kassim pun tengah tercungap-cungap.
Macam mana nak jadi Ketua Pemuda satu Malaya dan Sabah? Di Bahagian Rembau pun, dia tercungap-cungap ditentang hebat oleh Azman. Macam nasib si Norza, Kassim pun hadapi undi tak percaya tahun lepas. Tak hairan peristiwa sama berulang.
Itu pun nasib baik si Azman itu bukan penoreh getah. Orang ramai sudah lama bonci dan meluat dengan kera Oxford yang perasan genius. Kalau letak budak potong gotah, sanggup akarumbi undikan.
Macam mana menantu kacang hantu ini hendak dipaksa pulangkan balik duit Tuan Sadiq. Kita tengok berapa kedekut dan buruk siku Tuan Sadiq ini.
Beberapa para Menteri Tuan Sadiq pun sudah bakal pulang balik upah.
Syed Hamid macam susah saja nak dapat pencalunan. Kawan tu dah 10 cawangan calun, kamu Menteri penuh jaga polis dan special branch pun baru 3 cawangan calun.
Orang dah cakap. Bukak Bahagian di Middle Rock. Kodomo Lion baik jadi raja Pulau Kodomo Lion.
Ada satu Bahagian di Selangor, ahli biasa saja pun sanggup tentang Ketua Bahagian yang Menteri penuh. Kena tabur duit, pakai kepung, dan janji-janji manis.
Husin yakin ada lagi nama-nama dalam sms, kuncu-kuncu Kassim Pantalon dan Menteri pembodek bakal tergolek dok di jolok jatuh oleh akar umbi. Mereka pun jahat. Asyik nak langgar dan bayar orang sana sini suruh langgar.
Apa pasal orang tua ni tak faham-faham? PRU dah macam gitu. Tak malukah seorang pemimpin yang dituntut turun terang-terang oleh cawangan-cawangan masih hendak kekal?
Mungkin dia mahu ada usul dari cawangan-cawangan bahagian sendiri di Kepala Batas baru nak percaya? Ah .. itu pun dia buat tak tahu. Kontol sudah dijerat Bush dan diikat Lee Kuan Yew. Kesian Jeanne ...
Husin hanya menunggu untuk ketawa melihat gelagat Tuan Sadiq menuntut balik wang upahnya.
Ampat ribu paun. Dunia dunia … lagi untung jual orang dari jual unta. Wow!