Khamis, Julai 31, 2008

Siapa gagal, Tuan Sadiq tuntut balik upah

Dalam felem Tiga Abdul, ada satu adegan lucu yang sering terlepas pandangan para penonton.

Abdul Wahub telah mengupah seorang gadis Cina yang menarik untuk mengikutnya pulang rumah dan berdansing dihadapan isteri dan bapa mertuanya. Ini hampir menaikkan kemarahan Tuan Sadiq Sigaraga. Nasib diredakan Tuan Penasihat Kassim Pantalon.

Pada esok malamnya, Kassim Pantalon merancang sesuatu yang hampir sama untuk membalas dan membuat Abdul Wahub cemburu dan diharapkan marah.

Dia mengatur kuncu-kuncunya pula untuk berdansing dengan anak-anak perempuan Sadiq Sigaraga, termasuk Ghasidah ketika Abdul Wahub pulang. Tetapi lain yang terjadi.

Abdul Wahub menalipon isterinya memberitahu dia tidak dapat pulang kerana bersama kekasihnya semalam. Tuan Sadiq pula yang menggelegak dan Ghasidah mula cemburu.

Punyalah kedekut Tuan Sadiq, dituntut balik duit upah dari kuncu-kuncu yang tidak jadi dansing. Yang lucunya, salah seorang kuncu-kuncu Kassim mohon untuk pergi ke tandas dahulu. Tidak diizinkan dan diherdik supaya pulangkan wangnya dahulu.

----------------------------------

Inilah kisah di Isketambola sebelah Isketambatu. Adegan lucu ini nampaknya akan berulang di negara Islam Hadhari, Malaysia Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Di dalam UMNO sekarang, Kerajaan Tiga Beranak menyerupai Tiga Abdul. Bapa Mertua seperti Tuan Sadiq Sigaraga pun ada. Tuan Penasihat Kassim Pantalon dan menantu mungkin orang yang sama. Penyelamat seperti Abdul Wahub masih ditunggu untuk muncul, samada si penakut atau si anak raja atau si anak cikgu.

Kuncu-kuncu Tiga Beranak ramai sekali.

Tidak lama baru-baru ini, satu SMS tersebar merata:

Inilah mreka yg akn d kenang bskongkol dgn AAB mlingkup UMNO, Melayu, Islam & tnah tumpah darah melayu:

Kamaludin AB, Khairy, Kalimulah, Anuar Z, Zaki, Jefridin, Zahidi, Johari Bhrm, Mahazir Khlid, Musa SF, Zainal Panjang, Zainal Abdn Zin, Rozai, Raman Suliman, Hamdi, Hamzah Zainudin, TG Nan, Zain Badak, Rizal & Razali Merikan, Alwi , Zawawi Zain, Shabery Cik, Shahrir, Zaid Brahim, Zahid Hamidi, Rais Zainudin, Zaharan, Azman Saleh, Roslan Latif, Azim, Mat Taib, Anuar Musa & W Farid. Sebar2kan.

Siapa dari kuncu-kuncu Tuan Sadiq ini yang akan gagal dan dituntut balik duit upah?

Shabery Cheek berani berdebat dengan Anwar, tapi dia tidak dapat jawab dan cover untuk bos duit RM3 billion untuk pengangkutan awam yang dijanjikan pada tahun 2006.

Cawangan-cawangan UMNO yang diajak ke Kuala Lumpur berjumpa dengan Dolah, diberi kain pelikat, menginap di hotel dua tiga bintang dan dapat duit, masih tetap marah dengan Dolah dan menuntut dia turun.

Bakal panas bontot Shabery, Zaharan, Zawawi Zain, dan Roslan Latif hendak pulangkan balik duit upah dan kain pelikat yang sudah diberi satu Malaya. Dengar-dengar penyumbang kain pelikat adalah Zahid Hamidi, Menteri Ugama tapi pemberi rasuah.

Kalau tidak menang di Lembah Pantai, kontrak pun kensel juga ye, Zahran.

Hamzah Zainuddin yang sudah dapat jadi wakil rakyat payung terjun dari Ipoh Barat ke Larut tak berani pertahan jawatan Ketua Bahagian Ipoh Barat. Ketakutan lari ke Larut. Malu Menteri kalah di Bahagian.

Banyak cerita pasal Hamzah. Tuduhan di Felcra. Isteri nombor dua dicerai dan lain pula tuduhan konspirasi.

Macam mana Tuan Sadiq boleh pilih untuk naikkan ke Timbalan Menteri seorang yang penuh cerita tidak sedap? Bayangkan Tuan Sadiq berkata, "Bawak sini balik duit dan kontrak aku, Hamzah"?

Kassim Pantalon pun mempunyai kuncu-kuncunya.

Pada hari minggu lepas, Norza pula kalah dalam pemilihan untuk hanya jadi ketua cawangan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Kesian cucu pejuang. Dia ingat dah handal dan selamat dapat elak undi tak percaya.

Kalau dah Mr 10%, dah betullah ahli MKT terlantik ini digugur jawatan dari Setiausaha Politik Menteri Kewangan II. Tapi bayangkan malunya bagi Kassim Pantalon melihat kuncunya tak diterima di peringkat cawangan.

Satu masa ketika Norza Bonsai yang anu pun bonsai bercita-cita yang tidak bonsai. Konon katanya, dia bersama Wan Farid yang bawa balik Ezam ke UMNO. Dan, dia konon usahakan perbincangan dengan Azmin dan PAS untuk muzakarah parti-parti Melayu. Dia menulis sajak dan buku risalah untuk kutuk Tun dan ampu Pak Lah.

Ke mana cerita hendak berpasukan? Tak apalah, ada bonsai tu boleh buat simbah air. Kumpul-kumpul balik duit di Singapura untuk dipulangkan balik kepada Tuan Sadiq, ye.

Shaziman pun dikatakan kalah untuk jadi Ketua Cawangan Tampin Bandar .

Ada ke tidak kebenaran, ini bermakna dari peringkat cawangan sudah tidak diterima orang ramai. Yang lawan pun orang lama yang dihormati. Oleh kerana takut kalah, orang Tampin kata di postphone mesyuarat cawangannya ke Ogos 24hb.

Kalau dia lepas di Cawangan, ADUN Gemenceh menunggu menentang di peringkat bahagian.

Duit akan turun macam hujan di Tampin untuk menyelamatkan sepupu Kassim Pantalon di Cawangan dan untuk mendapatkan pencalunan untuk Ketua Bahagian. Dengar-dengar sebanyak RM1,500 seorang. Kedekut dan susah sangat hendak menyumbang wang untuk kegiatan Bahagian.

Padan muka. Selama ini, dari TNB hingga naik jadi Menteri, Shaziman beserta JJ dan seorang bekas setpol asyik kerja sebat saja ye.

"Kasi balik, kasi bali. Nak melepas, kasi balik duit aku dahulu!"

Jangan cakap balaci dan sepupu Kassim Pantalon. Si Kassim pun tengah tercungap-cungap.

Macam mana nak jadi Ketua Pemuda satu Malaya dan Sabah? Di Bahagian Rembau pun, dia tercungap-cungap ditentang hebat oleh Azman. Macam nasib si Norza, Kassim pun hadapi undi tak percaya tahun lepas. Tak hairan peristiwa sama berulang.

Itu pun nasib baik si Azman itu bukan penoreh getah. Orang ramai sudah lama bonci dan meluat dengan kera Oxford yang perasan genius. Kalau letak budak potong gotah, sanggup akarumbi undikan.

Macam mana menantu kacang hantu ini hendak dipaksa pulangkan balik duit Tuan Sadiq. Kita tengok berapa kedekut dan buruk siku Tuan Sadiq ini.

Beberapa para Menteri Tuan Sadiq pun sudah bakal pulang balik upah.

Syed Hamid macam susah saja nak dapat pencalunan. Kawan tu dah 10 cawangan calun, kamu Menteri penuh jaga polis dan special branch pun baru 3 cawangan calun.

Orang dah cakap. Bukak Bahagian di Middle Rock. Kodomo Lion baik jadi raja Pulau Kodomo Lion.

Ada satu Bahagian di Selangor, ahli biasa saja pun sanggup tentang Ketua Bahagian yang Menteri penuh. Kena tabur duit, pakai kepung, dan janji-janji manis.

Husin yakin ada lagi nama-nama dalam sms, kuncu-kuncu Kassim Pantalon dan Menteri pembodek bakal tergolek dok di jolok jatuh oleh akar umbi. Mereka pun jahat. Asyik nak langgar dan bayar orang sana sini suruh langgar.

Apa pasal orang tua ni tak faham-faham? PRU dah macam gitu. Tak malukah seorang pemimpin yang dituntut turun terang-terang oleh cawangan-cawangan masih hendak kekal?


Mungkin dia mahu ada usul dari cawangan-cawangan bahagian sendiri di Kepala Batas baru nak percaya? Ah .. itu pun dia buat tak tahu. Kontol sudah dijerat Bush dan diikat Lee Kuan Yew. Kesian Jeanne ...

Husin hanya menunggu untuk ketawa melihat gelagat Tuan Sadiq menuntut balik wang upahnya.

Ampat ribu paun. Dunia dunia … lagi untung jual orang dari jual unta. Wow!

Isnin, Julai 28, 2008

Misteri Disebalik Tulisan Cacing Kerawit

Hari ini, bergema dunia politik dikecohkan dengan satu lagi pendedahan Raja Petra Kamaruddin (RPK) bahawa Saiful telah pergi ke Hospital Pusrawi untuk pemeriksaan doktor dan didapati tiada kesan sodomi. Baca seterusnya tulisan RPK di sini.

Buat masa ini, Husin tidak tahu nak kata kerana tak faham apa doktor tulis.

Inilah budak-budak pandai. Masa sekolah tulisan cantik, periksa nombor satu dan sopan sopian. Bila besar jadi doktor, tulisan macam cacing kerawit dan kerja periksa bahagian-bahagian rahsia orang.

Hebat RPK dapat baca tulisan doktor.

Husin mintak mereka-mereka yang mempunyai kebolehan luar tabii untuk tolong bacakan cacing kerawit yang tertulis di bahagian depan laporan.


Dan, orang lain yang luar tabii juga diminta tolong bacakan bahagian belakang laporan doktor ini.


Jika diterima laporan doktor, ia mungkin bermakna doktor tidak boleh lihat kesan-kesan. Kenalah guna teknik CSI dari Miami atau New York.

Ia mungkin bermakna Saiful tidak dirogol.

Mungkin juga perbuatan liwat itu tidaklah secara kasar yang Saiful katakan tetapi secara "slow and steady" yang tidak meninggalkan kesan.

Jika tidak berlaku rogol, adakah perbuatan liwat berlaku? Bukankah penerima atau pemberi dalam suatu perbuatan liwat yang "suka sama suka" itu salah?

Hmmm ... malas bincang lagilah. Biar yang pakar buat siasatan dan buktikan di mahkamah.

Lempoyang beritahu Husin. Pada umornya yang sudah banyak, tengok janda yang menggatal pun tak berapa nak ... pun. Inikan umor dah 62 tahun dan sakit pinggang pulak tu.

Manakala ada seorang Ketua Wanita UMNO beritahu Husin mati-matian tidak mempercayai laporan polis Saiful. Alasannya, budak ni muda. Mesti dia lagi kuat. Tapi dia kata, "Jangan-jangan Saiful yang ... tak?"

Malu Husin nak cakap panjang-panjang perkara macam ini dengan perempuan. Jawab Husin hanya entahlah Dato'. Anwar tak mahu diperiksa ditempat tu. Nak kata apa?

Sebenarnya Husin dah cakap dari hari itu. Kalau Anwar mengaku saja dari hari itu, kan senang. Tapi apa boleh buat. Adik beb. Perlu dipertahankan maruahnya. Dah tak ada pun, kena katakan ada.

Lantaklah. Ini urusan orang PKR dengan PKR. Biasalah mereka berkelahi sesama sendiri begini. Serupa Gwo Burne kena tumbuk Mior dan Yahya Saari dengan Khalid Ibrahim.

Janji Husin masih suka tengok janda yang lawa, tak kira tua atau muda. Wow!

P/S Jangan lupa sesiapa yang tahu baca cacing-cacing itu supaya letakkan dalam komen.

Sabtu, Julai 26, 2008

Polisi Main Suka Mercedes Compressor


MB T'ganu Ahmad Said terorde 20 biji Mercedes Compressor. Alasannya repair yang terlalu tinggi untuk Proton Perdana. Betul ke tertinggi?

Polisi guna Proton itu polisi terbuat. Entah, terlupa kesusahan rakyat yang sedang menghadapi kesusahan akibat ekonomi yang tidak tumbuh dan kenaikkan harga minyak.

Alasan tak terambil dari Wang Ehsan boleh diterima ke? Kerana terguna wang kerajaan negeri tak mengapa.

Yang ter satu hal, yang benarkan satu hal pula?

Syarat untuk kegunaan dif-dif luar. Berapa dif-dif luar datang ke Terengganu? Yang datang cuma masa Monsoon Cup. Untuk siapa sebenarnya hendak guna?

Sekarang lain-lain negeri sudah tuntut untk pakai kereta lain. Percayalah, sekejap lagi ubah lah polisi. Macam ubah polisi AP.

Dalam bising-bising, siapa pula fikirkan mengenai Exco kena keluar duit untuk orde 20 biji Proton Perdana?

Apa sebab Dolah boleh benarkan?

Husin rasa Dolah takut nak buat keputusan.

Pasal Ahmad Said pernah melawan dan disokong Sultan. Sekarang ini, dia perlu sokongan masa hendak dekat pemilihan. Supaya kekal bertahan, sampai tahun 2010 peralihan.

Disamping itu, Ahmad Said kata kalau BPR nak siasat, dia suruh siasat sekali Piala Monsoon, Taman Tamadun Islam dan Pulau Duyong sekali.

Wow! Bila pucuk kepemimpinan Badawi, polisi main suka hati. Demi politik, semua ketepi. Rakyat Terengganu di jual tak henti-henti. Pasti ada baghal yang masih nak sokong lagi ...

Jumaat, Julai 25, 2008

Apa-Apa Saja La ...

Kalau UMNO and PAS "in bed together", begitukah agaknya?

Husin dapat satu SMS:

Dari muzakarah jadi muqabalah
Lantak nama apa asal berenti berbalah
Tak payah cabar-cabar mubahalah
Macam si tertuduh mu-zakar-letak-salah

Yang katanya kondo tempat muqabalah
Qazaf, auta dan tuduh semua salah
Tak kasi dna dan tak mahu sumpah
Ikut loyar, ada pula cerita lepas

Takpe, lama2 rakyat tau sapa macam orang salah
Cerita pemimpin melayu tak henti berbalah

Bila forward pada satu YB, dia balas .... Pening! Hahaha ...

Muqabalah, muqabalah lah.

Husin hanya menunggu kata-kata yang akan disebut, "Pak Lah lah yang mengusahakan supaya Melayu dan Islam bersatu."

Kalau PAS tarik diri, ada sambungan "... tapi PAS lah yang memecah belahkan Melayu. Ajak berbincang, tak mau ..."

Kalau tak jadi, PAS pun dah bersedia dengan alasan. Ada amaran supaya tidak tertipu lagi dan usah trgila-gila jawatan. Ada kata pentingkan pakatan yang sedia yang mahu perjuang telus, amanah, adil dan bersih. Ada terbuka dengan sesiapa.

Biak pi msing-masing.

Malas nak cerita pasal ada cerita belakang tabir. Nanti tak jadi muqabalah pula. Demi Islam dan kepentingan Melayu, harap jadi. Tapi tidak terlalu mengharap.

Sebenarnya kepimpinan Melayu tengah sama-sama lelah. Walaupun dua parti berbeza, masing-masing ada "Pak Lah" masing-masing. Sorang lagi konon pemimpin Melayu tengah Ghaf Lah, tak tentu arah.

Wow! Masih lagi untung jual unta dari jual "Pak Lah".

Rabu, Julai 23, 2008

Konspirasi Si Pembohong

Diambil dari blog Pokpet yang telah ambil entah dari mana-mana la ...

... Dengan pengumuman itu, Dolah raso sudah pasti menahan Najib dari dapek pencalunan untuk Presiden. Dio tau tak boleh monang kalau bertanding.

Mak ai Najib ... ado dikato-kato konon-konon terharu dan meminta terimolah peralihan,

Dua tahun adalah maso yang terlalu lama dan tak cukup maso untuk pulihkan UMNO. Tak boleh leko.

Dolah yang sudah jumpa tetapi gagal untuk cuba pujuk cawangan-cawangan mula menggunakan peraturan korum mesyuarat baru untuk blok mereka yang tak mahu donga.

Sebelum itu, Tatacaro Susila UMNO yang mulo kuatkuaso pada Julai 1hb sudah poi blok sapo-sapo yang tongah kempen macam Tengku Razaleigh. Tapi Dolah, Khairy dan pemegang jawatan tertentu boleh dan tak kiro. Kempen jugo.

Di bahagian-bahagian, sano sini orang Dolah sedang cubo untuk bertahto. Tak kirolah dikato bangang atau tak tau cakap omputih atau tak sekolah tinggi, semua akan dinaikkan. Mano ado orang Tengku Razaleigh atau Najib atau Muhyiddin, dio kojo langgar ajo. Takdo nyo demokrasi.

Ini tuntuk memastikan sama ado pasukan 'bisik-bisik' Najib-Muhyiddin atau pasukan 'tibo-tibo' Muhyiddin-Najib atau 'torang-torang' Tengku Razaleigh tidak akan dapek pencalunan untuk bertanding.

Di peringkat Naib-Naib Presiden, katonyo tengok calun yang orang Dolah - tak kiro Ali Ketam, Mat Taib, Zaid Hamidi, Khaled Nordin. Tak kiro dikato bangang atau tak tau cakap omputih atau tak sekolah tinggi, semua akan dinaikkan.

Datang 2010, mereka ini akan tekan dari bawah dan kata," Tak ada orang yang layak lagi. Kita perlu Dolah untuk trus memimpin UMNO." Lagi sompek dikojokan Najib.

Cubo ekau semuo bayangkan bakal Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan PM dari antaro ompek-ompek tu. Mengucap, astaghfar banyak-banyak ...

Bayangkan empat tahun, kito dah melunsur macam dunia ketiga. Negeri huru haro rakyat berbalah, ekonomi no money, dia dan keluargo maharajalela, dan keselamatan dan kedaulatan terhakis. Tak lamo lagi bonar-bonar jadi dunia ketigo. Apo nak jadi kito semuo jang ...

Kini, Dolah puro-puro muzakarah dengan PAS untuk dilihat seolah-olah menyatukan orang Melayu dan Islam. Hebatlah dilihat Islam ado had dan ado hari.

Nik Aziz mulo-mulo kata sanggup tetapi dio syak ado tak kono. Dolah dah jahanamkan UMNO dan BN, tak tahu repair. Nampak macam dio nak pocahkan PAS. Walaupun den sokong UMNO, tak payah jahanamkan parti Melayu satu lagi.

Dalam pembangkang, mesti ado parti Melayu jugo. Tengok Cino. Dio ado DAP, pembangkang di luar dan Gerakan macam pembangkang di dalam. PKR pun parti Melayu? Tak ... itu parti Hindraf. Penasihat pun ada sikit serupa. Kuat auta.

Ado kato bukan Dolah usohakan muzakarah, tapi dia tak sabar cari nama. Tunggu ajo masing-masing cabar mmencabar buat "mubahalah" mengenai "muzakarah." Balik cerita lama. Komdian cari loyar fail tuntutan "qazaf".

Masih kekal menyerang Najib dengan pelbagai peluru SD Bala, SD RPK dan tuduhan komisyen adalah Anwar. Oghang Penang sama oghang Penang tolong menolong na.

Selagi lama tu 2010, macam-macam lagi akan di konokan Najib. Cucu Anwar lambek bertatih jalan dituduh Najib. Kambing Telok Tok Kun tak masuk reban pun dikato konspirasi Najib.

Mahkamah sedang berjalan dalam kes Altantuya. Maso tu, macam-macam nak dibelok ke Najib dan Rosmah. Bulan Oktober sebelum pertandingan UMNO ada kes hasutan RPK. Sambil nak menunggu, kes-kes saman malu dan criminal defamation SD RPK.

Banyak cerito akan dikato! Betul atau tidak sudah nombor duo atau tigo. Kalau betul, dah sonang cerito. Tapi kalau salah pun, orang akan cerito. Persepsi buleh dianggap realiti.

Lagi ekau kojo sokong, lagi susah ekau. Pikir kau Najib.

Sementara tu, Ku Li diam aja. Diam-diam padi, lagi diam bertambah isi. Diam-diam jeruk, lagi lama lagi kuning dan masam-masam manis. Jangan terlalu lamo, busuk nanti.

Muhyiddin pun tiba-tiba diam. Susah dio. Kalau tunggu di Naib, boleh kalah. Naik ke Timbalan, ada Najib. Kalah menang belum tentu. Mungkin kalah. Nak cuba Presiden, cukup ke pencalunan?

Baik Najib, baik Muhyiddin baik Ku Li, kono buek sesuatu. Nak suruh satukan, susah lah. Masing-masing ado caro sendiri dan palsafah sendiri. Buek apo yang patut dengan taktik masing-masing.

Harap boleh diturunkan si Dolah. Dio ni tak faham kojo dan tak kojo apo pun. Kalau dio berucap, boleh tahu dio tak tahu apo nak dikato. Sibuk slogan dan politik tak abis-abis. Lepas itu cayo sangat kato budak-budak. Kojo tidak, cumo tido. Tak nak pulak ikut Hussein Onn.

Dolah dengan senyum dan cakap macam orang kampung, ado yang suko tapi tak faham jahanam yang dilakukan. Main politik wang pun bertambah kuat.

Rasonyo siapo pun mahu tanding lawan Dolah harus dicukupkan pencalunan. Harap dapek perwakilan memilih. Dalam perlembagaan pun ado caro tertentu dalam fasal tertentu untuk cawangan lakukan.

Dolah boleh rancang dan tunjuk samseng tapi tuhan yang menentukan. Tapi kalau kito biarkan berlaku dan penakut, hmmm ... redakan diri bilo azab tuhan datang.

Wow! Jangan sampai di "jual" tuhan ...Serupo tak disuko tuhan.


* Kemaskini 8:33 pm Julai 24hb, 2008

Selasa, Julai 22, 2008

PM kurangi beban rakyat

Selepas 'kalah' debat mengenai minyak, PM membuat janji untuk mengumumkan langkah-langkah untuk mengurangkan beban rakyat pada hari Jumaat berikutannya.

Pekeliling 1/08 kerajaan telah bersetuju memberikan elaun sara hidup atau Cola kepada semua kakitangan kerajaan dan swasta sebanyak RM500 tidak mengira pangkat berkuasa 1hb Ogos ini bagi mengimbangi beban rakyat dalam menangani kenaikan harga barang.

Semua kakitangan boleh mula membuat tuntutan pada 15hb Ogos di semua pejabat pos seluruh negara dengan hanya membawa penutup botol dan tin Coca Cola ata Pepsi Cola.


Kalau dahulu mereka riang mendapat rebat minyak, mereka bakal lebih sakan dapat hasil dari kumpul tutup botol dan tin coca cola. Kerja kumpul tutup botol dan tin adalah hidup seorang pengemis.

Dengan cara ekonomi diurus, jangan hairan bertambah ramai rakyat hidup menghampiri hidup pengemis. Kemiskinan dalam bandar pun sedang meningkat.

Sementara itu, pekeliling kerajaan itu hanya mengembirakan kerajaan Amerika Syarikat gembira kerana jualan Coke meningkat. Kerajaan Israel yang ada kepentingan dalam Coke pun syok untuk usaha menyah Palestin bertambah ...

Husin pening fikirkan kenapa naik minyak banyak-banyak dan lepas itu ada rebat dan buat langkah-langkah lain. Apa salah kenaikkan tidak sebanyak itu?

Tidaklah berapa kali kerja. Janji dulu kurangkan red tape?

Isnin, Julai 21, 2008

Saiful mengandung, Polis yakin dapat DNA Anwar

Jangan salah faham, budak ini cucu Anwar

TERKINI KUALA LUMPUR Julai 21hb - Pihak polis yang sedang memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan sampel DNA dari Dato Seri Anwar Ibrahim yakin akan mendapat kelulusan.

Dato Seri Anwar Ibrahim enggan membenarkan darahnya diambil untuk ujian DNA semasa ditahan oleh polis untuk siasatan pada Rabu lepas.

Ujian DNA memerlukan kebenaran kerana undang-undang jenayah tidak mempunyai peruntukkan. Sejurus Anwar dilepaskan dari tahanan polis, pihak polis telah segera memohon perintah mahkamah.

Khabar-khabar SMS mengatakan Saiful Azhar Bukhary kini sedang mengandung satu bulan. Saiful adalah pembantu Anwar yang telah membuat laporan polis diliwat.

Berdasarkan perkembangan ini, sumber-sumber yang tidak tahu boleh dipercayai lagi menyatakan mahkamah sudah pasti akan mengeluarkan surat perintah untuk mengenalpasti seorang lagi bapa anak yang akan lahir pada bulan Mei tahun hadapan.

Sejak keluar dari tahanan polis, Anwar telah menimbulkan ketidak tenteraman awam dengan membuat pelbagai tuduhan terhadap pendakwaraya, polis dan hospital untuk menimbulkan ketidak percayaan orang ramai terhadap pihak-pihak berkuasa.

Kontroversi

Jika Anwar disahkan sebagai seorang lagi bapanya, ia bakal menimbulkan pula kes tuntutan penjagaan antara Anwar dan Saiful.

Seorang Datin isteri seorang Menteri yang tidak ketahui namanya sudah menyatakan kesediaan untuk mengambil anak ini sebagai anak angkat. Datin tersebut dikatakan memang amat prihatin dengan masaalah anak-anak terbiar.

Walaupun khabar SMS tidak akan boleh disahkan, kelahiran anak itu tentu mendapat perhatian saintis dunia dan menimbulkan perselisihan pendapat ugama yang lebih meruncingkan.

Sebelum ini, para ulama dan pentadbir agama tidak mendapat persetujuan bersama berkenaan isu tuntutan mubahalah terhadap Anwar dan Saiful oleh Mufti Perlis dan Menteri Besar Kelantan.

Perkara ini menjadi lebih rumit apabila Anwar sudah memfailkan tuntutan qazaf. Ia menimbulkan kekeliruan mengenai siapa yang mangsa.

Sementara itu petang tadi, bapa Saiful, Azlan telah menyatakan dalam satu sidang akhbar di Pan Pacific Hotel kesediaan anaknya untuk melakukan mubahalah di masjid di hadapan para-para ulama.

Sumber ini sangat dipercayai dan akan keluar diberita online dalam setengah jam lagi. - Agensi Husin Lempoyang

Yolah Den Paham


Ahad, Julai 20, 2008

Gwo-Burne dirotan ibu

"Hu Huuu Huuu uhh uhhh .... mummy mummy Gwo-Burne kena tumbuk! Uhhh ...."

"Apa ini Gwo-Burne balik rumah mata bengkak?", terperanjat Madam Loh melihat anak bujangnya yang berumur 34 tahun pulang dalam tangisan.

"Gwo-Burne kena tumbuk, mummy ... huhhuhu. Mior Azmi sudah tumbuk Gwo-Burne sampai bengkak mata."

"Apa pasal Mior tumbuk? Dia yang tolong sama Nik Nazmi bukan? Mior dan Nik Nazmi memang tak tahu dan faham apa-apa, budak hingus tapi budak baik. Mesti kamu cari pasal."

"Huhuhu ... Gwo-Burne Gwo-Burne nak ..."

"Sudah-sudah mummy tak mahu dengar. Mummy sudah tahu. Ustaz Hasan sudah talipon sama mummy. Kamu pergi orang Islam punya surau dengan itu budak-budak India kasi kacau majlis orang Islam."

"Tapi mummy ... huhuhu ... tapi mummy," Gwo-Burne cuba menerangkan dalam tangisan.

"Tak payah tapi-tapi. Mummy memang tak suka engkau ikut orang cari pasal gaduh."

"Sekarang baru mummy tahu. Kamu banyak jahat ha? Belakang mummy kamu ponteng mesyuarat macam masa sekolah dulu. Ini yang mummy sangat marah!" Madam Gwo Burne naik marah sambil masuk ke biliknya dengan bergegas.

Dia keluar dengan rotan dan mengangkat rotannya untuk terus merotan Gwo-Burne dipunggung dan pehanyanya.

Whack! Whack!

"Wah wah wah ...." menjerit meraung Gwo-Burne dalam kesakitan. Sudahlah kena tumbuk. Balik mengadu kena rotan.

"Mummy sudah cakap berkali-kali. Dulu masa kamu kecik kamu suka ponteng sekolah pergi main kamera sana sini. Sekarang sudah besar kamu ponteng meeting. Tak ubah-ubah perangai," Ibu itu meyambung.

"Tapi mummy, Gwo-Burne mahu tolong orang India."

"Apa kamu mahu tolong orang India. Itu orang Hindraf. Kerja dia cari gaduh saja. Apa pasal kamu campur dengan Hindraf lagi? Kan mummy sudah bilang jangan campur."

"VK Lingam itu orang India. Tengok banyak belit. Hindraf orang India mahu ugut denagn keganasan, tuduh Malaysia bukan-bukan. Masa kamu kecik-kecik, bapa bawa pergi Burma. Masa di sana, kalau jumpa ular dan India, kasi bunuh India dulu," Madam Gwo-Burne sudah masuk merepek cakapnya.

"Tak boleh rasis mummy ... Hu hu hu ... Gwo-Burne sekarang MP, kenalah dengar cakap orang ramai. Mereka complain," Dengan teresak-esak Gwo-Burne cuba menerangkan kepada ibunya.

"Apa rasis? Kamu tak tahu cerita, main tolong sebarang saja. Betul-betul macam pe'el kamu di sekolah. Bila budak-budak nakal pujuk mintak duit, kamu main percaya dan kasi duit saja. Sekarang cakap pada mummy! Kamu ponteng meeting pasal pergi main kamera ke?" Suara ibunya naik birang balik.

"Gwo-Burne ...Gwo-Burne ..."

Whack! Zap!

Dua kali rotan itu mencecah pehanya yang gempal dan padat. Meraung sekali lagi suara Gwo-Burne menangis.

"Dengar baik-baik. Kamu jadi MP baru sekali cakap di Parlimen, itu pun orang kasi peluang kepada kamu. Ingat sudah handal. Masa kempen pun, kamu tak tahu cakap. Sekarang sudah act mahu buat kecoh. Sampai buat polis report."

"Kamu kasi malu sama mummy. Mummy malu anak mummy buat kerja bodoh. Adake kamu buat repot sama kawan sama parti. Surau itu yang bukak adalah Timbalan Menteri Besar. Mestilah sudah ada kelulusan. Sama-sama Pakatan Rakyat. Kamu tahu tak?"

"Kemudian baru tahu mummy ...," Gwo-Burne mengaku.

"Tahu pun, tadi apa pasal tidak fikir? Ini MB Khalid pun satu. Main sedap-sedap cakap tak ada masaalah. Si gagap pun satu juga sama manyak bodoh. Apa kata ini budak-budak punya cerita. Politik bukan boleh kasi alasan budak-budak. Apa semua settle aja .... mesti problem tak selesai. Macam ada tak kena dengan parti engkau, selalu jadi ini macam." Panjang leter Madam.

Kleng! ... bunyi gate terbuka di hadapan. Loh Mui Fah, bapa Gwo-Burne pulang.

"Apa kecoh-kecoh ini?" dia bertanya apabila masuk ruang tamu melihat Gwo-Burne duduk dalam tangisan di satu sudut.

"Inilah awak suruh budak ini masuk politik. Bayar itu kaki liwat untuk kasi dia jadi calun. Kenapa awak sendiri tak mahu bertanding? Awak tak mahu tinggalkan business, nak cari duit. Politik pun mahu. Suruh naak kita tanding."

Sambil menoleh kearah Gwo-Burne, dia menunjukkan tangan yang memegang rotan ke arah dalam dan memerintahnya.

"Sudah berhenti menangis. Pergi masuk, cuci muka, mandi. Sudah petang. Orang Islam sudah pun sembahyang magrib. Taruk ais di mata itu. Mata pun dah macam simbol PKR. Mummy sudah masak. Makan dan pergi masuk tidor tidor awal. Jangan lagi main kamera."

"Tadi sudah mintak maaf sama Mior, belum?" Dia bertanya.

"Kami sudah memaafkan sesama kami," jawab Gwo Burne sambil bangun untuk masuk ke dalam dengan nada masih teresak-esak.

Madam Loh memang sangat strict dengan anak-anaknya. Dengan suaminya yang sentiasa sibuk dan keluar negara menguruskan perniagaan, dia yang ambil tanggungjawab mendidik anaknya hingga semua jadi orang. Gwo-Burne saja yang anih sedikit kerana asyik dengan kamera. Itu pun mereka suami isteri bangga dengannya yang dapat jadi Wakil Rakyat.

"Mummy nak cakap dengan bapak engkau. Kamu tak rakam video tadi kan?"

Madam Loh menoleh ke arah suaminya yang masih dalam kepenatan dan menyambung, "Saya dari dulu tak setuju. Tapi ada loyar bodoh sokong sama dia. Sudahlah suruh dia undur kasi kerusi sama Anwar. Mintak duit awak balik."

"Bukan apa ..., dia belum kahwin lagi. Itu Hannah Adun DAP sudah kahwin dengan budak India. Nurul Izzah pun sudah dapat anak. Nik Nazmi sudah kahwin. Anak kita saja Wakil Rakyat yang belum kahwin dari kawasan ini. Semua orang asyik tanya saja sama saya, mana mahu taruk muka ....," belok ke situ pulak Madam Gwo-Burne.

Loh Mui Fah sudah faham. Bila isterinya sudah macam ini, panjanglah leterennya. Menjawab akan hanya memanjangkan dan jadi gaduh.

Dia memasang paip dan menghisapnya untuk hanya berdiam dan sabar saja melayan isterinya yang sudah naik mood untuk memberi sermon macam di gereja.

Kadang-kadang dia suka pula, kerana selalunya ia akan memujuknya dan berakhir dengan adegan ranjang di bilik. Gwo-Burne pun sudah disuruh tidor awal ...

Jumaat, Julai 18, 2008

Akhirnya YB Gwo-Burne Bercakap

Gwo-Burne malu-malu pada Nurul Izzah semasa berkempen. Anak Anwar Ibrahim ini dah jadi bini dan mak orang la ...

Ingat tak persoalan Husin, Bilakah YB Gwo-Burne akan bercakap?

Gwo-Burne sudah pun bercakap di Parlimen beberapa hari lepas. Walaupun tersilap 'pendapatan' untuk 'pendapat', dia telah melepasi halangan pertama untuk bercakap dalam bahasa Melayu.

Gwo-Burne sedang sibuk ambil gambar dalam Dewan Rakyat

Bagaimana dia tidak dapat melepaskan diri dari kamera dalam hidupnya, ucapan sulongnya pun berkaitan pengalamannya mengambil video. Sila baca laporan Malaysia Insider.

Dalam poster pilihanraya pun dia posing dengan kamera

Dia mendapat ucapan 'tahniah' dari Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Husin pun ucapkan 'tahniah' YB Kamera.

Kalau sudah boleh mula bercakap, tak payah undur diri kepada 'orang bermasaalah'. Tak ingin ke untuk bahaskan RMK10 pada tahun 2010?

Hannah Yeoh cakap untuk berkempen, Gwo-Burne dengan kamera berkempen

Nanti tak ada orang yang berkebolehan untuk membahas masaalah harga kamera dan hak asasi pengambil gambar.

Ini baru masuk malam ini:

18/7 Kelana Jaya MP Loh Gwo-Burne has lodged a police report that he was assaulted by an aide of Seri Setia assemblymen Nik Nazmi Nik Ahmad/STAR 22:57:07

Masa berkempen semua okay, sekarang dah tak okay gut?

Pening aku tengok PKR ni. Hari itu Khalid dan pembantu. Sekarang MP dan ADUN pula ...

Kata tak percaya dengan kewibawaan polis, pergilah repot pada Anwar Ibrahim. Lepas itu bawa ke mahkamah yang tidak dipercayai kewibawaannya.

Khamis, Julai 17, 2008

Dolah fitnah PM?

Husin baca jurublog Aidil, dalam Editorialblog berkenaan pertuduhan memfitnah (criminal defamation) terhadap Raja Petra (RPK).

Akuan bersumpahnya bertarikh 18 Jun 2008 yang telah mengegarkan Malaysia merosakkan nama baik isteri TPM Datin Seri Rosmah Mansor, Kolonel Aziz Buyong dan isterinya Norhayati kerana menuduh mereka melihat pengeboman mayat Altantuya.

----------------------

Lempoyang kata nama Rosmah sudah buruk, maka tidak ada kesalahan oleh RPK ... hehehe.

Celaka betul partner Husin.

Buat masa ini, dia tak minat dengan Najib. Semua pasal Najib tak kena. Walaupun dia kata Anwar kuat bohong, dia boleh simpatetik terhadapnya. Jadi Husin "takut" sedikit dengannya. Tak boleh jalan depannya sekarang. Nanti kena raba ... hoi mengucap malaikat 44.

Biasalah kita semua. Bila sudah tak suka, macam-macamlah kata. Tak apa, mengata free. Dosa jawab sendiri. Bak kata Samy Velu, sin-di-ri mahu tahu. Tapi salah SD pengakuan, pergi mahkamah dihadapkan.

Pada Husin, kalau nama buruk kerana fitnah dan tomahan, tidaklah buruk lagi.

Dengan demikian, RPK kena buktikan pertuduhannya di mahkamah. Jika tidak diterima kesahihan bukti, masaklah ... hukuman ikut kanun keseksaan adalah penjara 2 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Nasib tak ada peruntukan kerja berat, suka cara Tuan Magistret Labi sebut ... kerrrja berattt!

Kita serah mahkamah untuk menentukan. Pasal RPK, Husin ada famous sedikit. Ia ada berbudi dengan kita juga. Macam Kid Shah Berry juga.

-----------------

Dalam hal ini, terlintas dibatu jemala kepala patik. Bolehkah Dolah di hadapkan ke mahkamah kerana criminal defamation?

Dia telah banyak menjatuhkan nama baik jawatan Perdana Menteri. Dalam kelicikan dia berpolitik, Dolah lewa dan tidur hingga menyebabkan banyak fitnah dan tomahan terhadap jawatan Perdana Menteri. Kalau RPK dituduh fitnah, Dolah menyebabkan fitnah. Lagi berattt!

Ini gambar ori yang belum ada terjumpa di blog-blog lain

Ini kerja-kerja pelik Dolah yang menyusahkan keadaan.

Baru-baru ini ketika Dolah tengah panik orang-orang Sabah nak lompat parti, dia ke Sabah untuk memujuk.

Apabla dipinta orang Sabah didirikan kompleks loji gas di Kimanis, dia boleh iyakan dalam satu majlis. Dia main cakap saja. Petronas tidak ada rancangan kerana sudah ada di Bintulu.

Pada waktu malam dalam acara lain di KK, dia kata Bintulu pula. Buat tak tahu saja dia dengan muka sardin.

Percayalah orang Sabah, dia tidak akan kotakan janji.


Kalau Anwar kaki putarbelit, Dolah pembohong yang tegar. Semua orang dia janji. Apa diminta dan desak dia kata ya dan janji. Tapi habuk tak dibuat. Banyak kontraktor kena denagnnya.

Tapi apa boleh buat, orang puji dia kerana keterbukaan, padahal sebenarnya pembohongan. Tak sedarkah ekonomi jahanam kerana Dolah!

Ini baru satu kesalahan Dolah membawa 'kemaluan' kepada PM. Anda semua pasti ingat banyak lagi peristiwa-peristiwa dan boleh disenaraikan?

Agak-agak Pendakwaraya boleh tak buat laporan polis dan hadapkan Dolah ke mahkamah?


* Kemaskini pukul 8:40 pagi 18/7/08

Act 3 Scene 2 Take 1

Berita Hari Ini:

Anwar tidak membenarkan sampel DNA untuk diambil.

Undang-undang prosedur polis tidak ada peruntukkan untuk ujian DNA.

Sampel yang ada yang pernah diambil di bawah peruntukkan undang-undang kesihatan tidak boleh diguna untuk urusan polis dan mahkamah.

Alasan sedang ditunggu ... Anwar sudah keluar on bail.

Lets go to the next scene

Act 3 Scene 2 Take 1

Action!

Kalau suka, baca Bermulalah siri baru, drama/sandiwara lama…. Tak setuju jangan maki di sini, pergi sana.

Rabu, Julai 16, 2008

Berita Terkini: Anwar Di Hospital

Tidak, tidak ...Tidak betul.

Tidak betul SMS yang mengatakan kedua-dua mata telah bengkak dan terpaksa dimasukkan Hospital.

Namun, ada kebenaran sedang berada di Hospital sekarang, 10:30 malam. Selepas ditangkap dan disoalsiasat dari pukul 1:15 tengahhari, Dato Seri Anwar sedang menjalani pengambilan sampel air mani untuk diguna bagi ujian DNA.

Keselamatan agak ketat. Hanya Tuan Doktor saja yang dibenarkan membantu. Missi Nurse pun tak boleh

Kehadhiran Missi bukan boleh membantu pun, kena juga Tuan Doktor atau Encik-Encik Dresser.

Keputusan boxing ...


Ladies and gentlemen

The results. Out of 10.
Overall performance: Prince Rawna 8.5 Kid Shah Berry 8.
Substance: Prince Rawna 6 Shah Berry 6.
Fairness: Prince Rawna 8 Kid Shah Berry 6.5 (Below the belt penalty - too many personal attack)

Still the undisputed heavyweight auta champion of the world. The Booyyy from Turki, Prinnnceee Rawna Al Burriiii!!!!!



Shah Berry masih boleh simpan jawatan, kerana masih Welterweight. Janji kamu bukan orang paling auta dalam dunia. Tapi, Nordin Kardi fail, hantar ke Secretary Pool di JPA.

Susah untuk Shah Berry pertahan polisi yang anda sebenarnya tak setuju. Patut campak si Khairy atau Zaki Zahid atau budak cina kelepit komisyen jambatan kedua Pulau Pinang, Vincent Lim. Tengok budak-budak hanat ni menjawab ... ah ah ah.

Masih kekal world most bangang PM .... Dolah Bodowi. Anwar dapat publicity free. Ini akan merumitkan lagi persepsi rakyat terhadap UMNO/BN bila polis ambil tindakan atas Anwar kerana makan mi sodo.

Aisayman ... baru teringat. Duit sewa bulan ini dah langsai bayar betting. Bini tahun ana tidor kat luar lah.

Wow! Kena banyak-banyak jual orang dan unta nak bayar sewa bulan ini.

Selasa, Julai 15, 2008

Malam ni ada boxing ...


Ladies and gentlemen

This is a 12 round match for the WAC, WAA and IAC Heavyweight Auta Champion of the World.

In the blue corner ... weighing 130 lb ... from Dungun Te-rang-ga-nu, the state of the Islam Had hari ... Kiiiddddd Shah Berry!!!!

In the red corner ... weighing 140 lb ... from Permatang Pauh ... the undisputed reigning WAC, WAA and IAC Heavyweight Auta Champion of the World ... Boy from Turki, Prriiiince Rawna Al Buuuurrriiiii!!!!



Jangan lupa, malam ini di secara langsung di TV9 (saluran Astro 119), Astro Awani (saluran Astro 501) dan Bernama TV (saluran Astro 502) tepat jam 9 malam ini. Turut disiarkan secara langsung menerusi Radio 24 (93.9 fm). Siaran tertunda pukul 11 malam di TV3.

Ini mungkin peluang terakhir untuk melihat Boy from Turki, Prince Rawna Al Buri. Besok dia ke Balai untuk disoalsiast pukul 2 tengahhari, kalau dia tak temberang tak datang. World Champion kan?

Ikutkan kes jenayah bawah seksyen 377, kanun keseksaan, dia patut kena tahan lokap tunggu perbicaraan.

Malas fikir bab tu.

Siapa menang pun malam ini, minyak dah naik. Semua barang pun dah naik. Poket Husin bertambah penyet. Pening pening ... bapak mertua tak mahu turun. Si anu dah tak ada mood nak bangun.

Malam ini, Husin sokong Kid Shah Berry kerana dia peminat blog Husin. Tengok sini di blogroll kalau tak caya.

Wa caya, Menteri baca blog wa beb. Wow!

Isnin, Julai 14, 2008

Mana satu ni, Naib atau Timbalan? Presiden mungkin?

Selepas pengumumman peralihan kuasa untuk bulan Jun 2010 dimumkan pada hari Khamis lepas, Khaled Nordin menawarkan diri untuk jawatan Naib Presiden UMNO. Ini menaikkan jumlah yang ingin mencuba untuk bertanding Naib sampai berbelas-belas.

Naib yang ada adalah Muhyiddin Yassin, dan Ali Rastam. Isa Samad menang undi terbanyak tetapi digantung. Muhammad Muhammad Taib pernah pegang jawatan Naib.

Mereka yang pernah cuba untuk Naib dan kini cuba lagi adalah Syed Hamid Albar, Adnan Yaacob, dan Rais Yatim. Mungkin Gani Osman pun akan cuba sekali lagi. Yang sudah umum cuba adalah Hishammuddin Hussein Onn, Adnan Yaakob, Mohamad Hasan, Shahidan Kassim, Zahid Hamidi, dan Rahim Thamby Chik. Ada lagi tertinggal?

Kalau mahu lakukan pembaharuan UMNO, apa kata diumumkan sesiapa yang kalah dalam pemilihan Naib Presiden tidak akan dilantik dalam Majlis Tertinggi UMNO? Berapa agak yang masih ada telor untuk masih mahu cuba?

Husin cuma nak komen mengenai mereka yang sedang memegang jawatan Timbalan dan Naib Presiden UMNO.

Najib sebagai Timbalan Presiden UMNO dikatakan ramai sebagai dalam keadaan tersempit. Selain fitnah mengenai Altantuya, macam-macam pula mengenai Rosmah.

Adakah dia benar-benar terhempit? Kes tuduhan dan fitnah terhadapnya adalah manipulasi Anwar dari Ijok. Ada kata pada Husin, ia dilakukan bagi pihak Dolah untuk menahannya dari bergerak. Anwar perlu tembak Najib sampai dia dijatuhkan dari jawatan Timbalan Presiden dan Timbalan PM.

Semasa dia sedang sibuk menangkis tuduhan, Dolah kacipnya dengan peralihan. Dolah dah patut turun tetapi masih tak mahu. Seolah-olah macam Najib menerima tapi sungguhkah begitu? Tapi jangan lupa, Najib tahu konar last minit.

Muhyiddin katanya tersempit juga. Dia dikatakan sudah buat regu dengan Najib untuk cuba nombor satu dan dua. Untuk pertahan jawatan Naib, pun nampaknya susah. Kali terakhir dia pertahan, hampir jatuh ke nombor empat.

Dia adalah satu-satu nama dalam UMNO yang tidak sangat tercemar, baik pasal rasuah atau isteri. Orang kata dia mahal sangat senyuman. Maka Husin letak gambar dia senyum untuk menunjukkan ianya tidak benar.

Tan Sri sudah lama bertahun-tahun menyebut mengenai perlunya pembaharuan dalam UMNO. Kali ini dengan tiada orang yang berani bersuara, Muhyiddin ke hadapan menyahut cabaran dan sedia korbankan jawatan demi perjuangan.

Tidak boleh tolak kemungkinan dia bertanding untuk Timbalan, walaupun mungkin kalah dengan Najib. Malah jangan ketepikan dia cuba untuk Presiden. Kalau dah tentu susah dan akan kalah, biar mati action dan jangan mati accident.

Kalau Najib konar last minit, dia boleh bersama hantar Dolah balik Kepala Batas untuk jadi cikgu mengajar ngaji yang paling kaya.

Ali Rastam pula ... ah tak payahlah komen. Mengotorkan kertas mengundi saja. Dah tua-tua masih nak jadi Presiden Majlis Belia, apa punya dewasa? Samalah dengan Syed Hamid, Kodomo Lion di MAYC. Ada pula skandal wang.

Isa Samad sepatutnya adalah Naib Presiden pertama. Berbanding dengan Najib dan Muhyiddin yang serius, Isa orangnya lucu, boleh dibuat bergurau dan sangat loyar burok. Ali Rastam pula, apabila dia serius melucukan.

Isa tak disangka ramai boleh dapat yang teratas. Walaupun dikatakan tempat tong sampah untuk buang undi yang tak mahu diberi kepada yang lain, mesti ada benda yang membolehkan dia mendapat yang teratas. Maka dia ditarget untuk rasuah wang dan didapati salah oleh Jawatankuasa Disiplin.

Sebenarnyo, ramai yang memberi tapi tak ditangkap. Yang tak mahu beri, kena juga beri. Berapa orang nama-nama besar dan Menteri berani tak bagi, kalah untuk tempat dalam MT.

Adakah betul cara pengadilan Jawatankuasa Disiplin UMNO terhadap Isa. Katanya kejatuhan Isa dirancang oleh Khairy untuk kacip pengaruhnya. Itulah cerita yang diterima di Negeri Sembilan.

Isa sudah umum untuk jawatan Naib. Husin rasa susah untuk menang dengan orang begitu ramai. Jawatan tak ada susah hendak menarik undi. Kalau dah susah menang, baik mati action juga, cuba untuk Timbalan. Kalau menang, dapat jadi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin. Sonang kalau kena tuduh lagi? Ha ha ha ...

Wow! Husin mahu lihat Rafidah cuba untuk Naib Presiden. Hidup wanita!

Ahad, Julai 13, 2008

Azalina Umum Tahun Meliwat Malaysia 2008

KUALA LUMPUR Ahad Julai 13hb - Dato Azalina Othman, Menteri Pelancongan telah mengumumkan tahun 2008 sebagai Tahun Meliwat Malaysia (TMM) untuk mengambil peluang dari kegiatan-kegiatan liwat meliwat yang mendapat perhatian luar negara, khususnya dari Amerika Syarikat.

Menurut Azalina, Kementerian tidak perlu mengadakan majlis pelancaran tetapi hanya dari publisiti yang telah diberi oleh media-media tempatan dan antarabangsa kepada beberapa perkembangan terbaru.

TMM memperkenalkan konsep acara-acara ad-hoc untuk mengekalkan minat para media yang berjaga-jaga menunggu sesuatu yang tidak boleh diduga. Laporan polis liwat terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim tidak diduga.

PERDANA MENTERI YANG LEWAT ... Abdullah menepuk belakang bakal
penggantinya yang tersenyum serba salah

Acara liwat utama telah berlangsung di PWTC pada hari Khamis lepas dengan pengumuman Perdana Menteri untuk mengundurkan diri pada Jun 2010.

PM telah dituntut undur oleh akarumbi parti dan rakyat sejak Mac 8hb, 2008. Namun, keputusan yang memakan masa empat bulan dan dua tahun untuk diimplementasi menimbulkan keresahan.

Acara liwat ini masih tidak dapat disahkan pihak yang diliwat. Hanya yang diketahui adalah pihak yang meliwat dan bakal Perdana Menteri yang lewat.

Pemerhati politik menyatakan mangsa yang bakal diliwat dalam jangkamasa dua tahun itu adalah bangsa Melayu, rakyat dan negara Malaysia. Setelah itu, parti UMNO dan Barisan Nasional dijangka akan menerima padah diliwat beramai-ramai pada tahun Pilihanraya Umum 2012/13 oleh mangsa-mangsa tersebut.

Secara tidak terancang, wakil-wakil cawangan UMNO yang dijemput ke Kuala Lumpur selama dua bulan dari seluruh negara untuk Majlis Bersama Perdana Menteri telah diliwat dahulu. Suara mereka tidak diambil endah oleh pucuk pimpinan.

Turut menyumbang kepada peliwatan beramai-ramai adalah pengusaha-pengusaha hotel dua dan tiga bintang seperti Vistana Hotel, dan Seri Pacific Hotel, serta pengimpot kain pelikat jenama Wali Songo, dan Beer Ali (bukan Bir Ali).

Difahami dari sumber-sumber dalam parti, terdapat amalan politik wang yang melibatkan ahli-ahli politik dan agensi kerajaan Jasa. Amalan meliwat harta rakyat boleh dilaporkan kepada Biro Pencegah Rasuah (BPR) untuk disiasat dan tidak melanggar tataetika parti. Jika tidak diliwat oleh pejabat Pendakwaraya, boleh di bawa ke mahkamah.

SANDIWARA HADAPAN KEDUTAAN TURKI ... Lebih banyak pementasan
tuduhan konspirasi terhadap Najib jika DNA Anwar dikesan

Sementara itu, program yang telah dilancarkan di acara Konsert PROTES telah dimasukkan sebagai sebahagian dari acara TMM. Kesan ketidak stabilam politik terhadap ekonomi dan pelaburan memenuhi kriteria meliwat negara.

Minggu lepas konsert besar-besaran yang bertema kenaikan minyak dan penafian liwat telah diadakan di Kelana Jaya dan Shah Alam. Antara para artis yang terlibat adalah Carburettor Dung yang terkenal dengan lagu underground, Jilat. Kontroversi yang timbul telah meliwatkan harapan pihak penganjur.

Para pelancong pun agak kecewa kerana acara Mubahalah berkaitan kesalahan fitmnah meliwat telah didalihkan oleh penganjur bagi pihak Anwar. Namun demikian, ramai pihak menganggap laporan qafaz akan merendahkan pandangan ramai terhadap mahkamah syariah dan memberikan kondom untuk membuka ruang penggiat kebebasan murtad untuk meliwat mahkamah.

Ekoran dari itu, pihak Penganjur akan mengadakan demonstrasi besar-besaran di Parlimen esok hari Isnin. Polis telah mengumumkan surat mahkamah untuk penglibatan melarang perhimpunan 5 km dari Parlimen.

Orang ramai akan dapat melibatkan diri dengan dilewatkan masuk kerja oleh kesesakan trafik ke tempat kerja. Ramai yang telah melewatkan orang ramai pergi kerja dijangka ditangkap. Peraturan dan amalan polis tidak meliwat mereka yang dilokap.

Acara tersebut akan berakhir dengan Dato Seri Anwar melaporkan diri di Balai Polis Travers untuk penyiasatan meliwat pada pukul 2 tengahhari.

Jika kesan DNA menunjukkan profil yang sama dengan profil DNA Anwar yang sudah tersimpan di dalam rekod polis, banyak sandiwara liwat dan konspirasi bakal dipentaskan di media-media sepanjang perayaan.

Ada pihak menjangka Anwar mungkin enggan diambil ujian DNA. Namun yang pasti, Dato Seri Najib bakal dituduh merancang konspirasi oleh Anwar.

Hari Selasa malam, Dato Seri Anwar akan turut terlibat dalam acara debat dengan Dato Shaberry Chik berkenaan acara minyak.

Dato Seri Anwar dijangka membawa hujah rakyat diliwat kerana kenaikan harga minyak yang mencanak. Manakala, Dato Shabery dijangka berhujah Anwar meliwat rakyat dengan sandiwara turunkan harga minyak segera dan kerajaan akan diliwat untuk menanggung perbelanjaan subsidi terlalu tinggi.

Rakyat merasa terliwat dari kesan kenaikan harga minyak hingga meninggalkan kesan DNA yang banyak kepada poket mereka. Rata-rata orang ramai sanggup yang sudah rabak poket sanggup menyokong peliwat untuk melegakan kesusahan hidup.

Bagi mereka yang ingin megikuti perdebatan itu, mereka boleh ikuti di saluran Astro Awani (501) dan TV9 (119) pada pukul 9 malam Selasa esok.

Pihak Kementerian akan membantu melaporkan kegiatan liwat meliwat kepada media dari semasa ke semasa.

Sesiapa yang terlibat dalam kegiatan liwat meliwat boleh mendapat bantuan dari Jabatan tertentu atau membuat laporan polis di balai-balai polis berdekatan. - Agensi Berita Husin Lempoyang


* Kemaskini 8:52 am Julai 14hb, 2008

Jumaat, Julai 11, 2008

Anda orang Finland?

Pada satu masa dahulu, seorang Pak Menteri Malaysia pergi ke Helsinki, Finland untuk mewakili kerajaan bagi menyampaikan ucapan di satu persidangan antarabangsa.

Sambil itu, lawatan itu adalah untuk meningkatkan perhubungan dagangan dua hala antara Finland dan Malaysia. Jadual beliau agak padat dengan perjumpaan dengan ahli-ahli perniagaan dan lawatan-lawatan ke pusat-pusat industeri teknologi Finland yang telah dirancang sekali oleh ahli-ahli perniagaan Malaysia.

Sesampainya ke Helsinki, seorang ahli perniagaan telah menunggunya di lobi hotel . Pak Menteri ini adalah seorang pemegang jawatan utama dalam parti dan ahli perniagaan itu adalah seorang utama dalam pasukan politik partinya.



Setelah dapat berehat dan membersihkan diri, Pak Menteri menghadhiri satu Majlis Makan Malam yang di hos sekumpulan ahli-ahli perniagaan Malaysia. Selepas makan malam, mereka bertemu di lounge hotel.

"YB, ada orang nak challenge you kali ini. Malah semasa YB di sini, dia orang sudah kumpulkan orang secara besar-besaran."

"Biar betul Dato ini," Menteri cuba memprovokasi.

"Kalau saya berbohong, tak akan saya sanggup belok kemari dari London dalam cuaca sejuk-sejuk ini," jawab ahli politik dan ahli perniagaan itu.

"Baiklah. Kalau setakat pertandingan tak apa?"

"Ini bukan setakat bertanding dan biar ahli pilih. Ini cara kasar terus nafikan YB pencalunan."

Tersirap darah Pak Menteri. Hatinya naik berdebar dan keluar peluh sejuk. Dalam nada serius dia bertanya, "Aku rasa tak ada masaalah untuk dapatkan pencalunan dari Melaka, Negeri Sembilan, Sabah, dan Wilayah?"

"Habis semua dia dah sapu. Ketua Menteri Melaka dah dalam pasukannya untuk jawatan Ketua Pemuda. MB Negeri lawan untuk KP, ada harpan buat pasukan. Itu pun tak tahu nak kata bila angin dah kencang. Sabah tunjuk kepala Agong senang dilencong. Wilayah ni ... cerita business aja."

"Macam mana rancangannya?"

"Bila Mesyuarat Bahagian mula, mereka susun Bahagian mereka dahulu. Maka bertubi-tubi pencalunan. Masuk minggu kedua tiga, mereka dah dapat melebihi 90% pencalunan."

Setelah menyedari keadaan, dia dapat mententeramkan diri.

"Aku percayalah dia kata tak akan challenge. Tak sempat buat apa-apalah?"

"Tak sempat YB. Kita orang pun tak ada bau pun. Cuma tahu dia hendak lawan."

"Selama ini kita ambil baik usaha-usaha dia untuk konon menguatkan parti di peringkat Bahagian."

"Sebenarnya YB, dia tabur duit RM20,000 tiap-tiap bulan ke Bahagian-Bahagian. Lain pula pink form saham. Lepas tu jawatan-jawatan Pengarah dalam Syarikat-Syrikat Tersenarai. Kontrak-kontrak kelas F sampai D. Banyak ..."

"Dulu orang main cuma bantu duit tambang datang ke Persidangan. Sudah macam begini sekali."

"Hmmm ...," mengeluh ahli perniagaan itu yang sudah berbuih memberitahu berkali-kali suruh mendesak bos untuk menahan terlalu banyak kuasa diberi pada penentangnya.

"
That means I am finished. Tak apa saya ada kerja di sini. Might as well take full use of the opportunity here to visit while it last. Besok lepas persidangan, saya hendak minta agensi pelancongan hotel ini aturkan sendiri lawatan peribadi selepas siap kerja."

Keesokan hari selepas menyampaikan ucapan dipersidangan esok hari, Pak Menteri sempatkan diri ke pejabat pelancungan hotel untuk uruskan sendiri rancangannya. Memang caranya tidak membenarkan sesiapa uruskan urusannya yang bukan urusan kerajaan.

Semasa menunggu untuk bertemu pegawai agensi, seorang ahli perniagaan Jepun bertanya dengannya dimana tempat pusat konvensyen. Oleh kerana di situ tempat dia memberi ucapan pagi tadi, dapat di tunjukkan cara untuk ke tempat itu.

Ahli perniagaan itu bertanya, "Are you Finnish?"

"No, no, I am Malaysian. I am a Minister."

Suka si Jepun itu dapat bertemu dengan seorang Menteri. Mereka berbual-bual dan bertukar kad.


Bagai dijangka, Pak Menteri tak cukup pencalunan dan dia terpaksa mengundur diri dari jawatan dalam parti dan kerajaan.

Setahun kemudian, dia pergi ke Helsinki dan di hotel yang sama mewakili syarikat yang ia telah lawa menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah. Dia bertemu ahli perniagaan yang ditemui di hotel yang sama dan kini sudah ada hubungan perniagaan di Finland.

Bekas Pak Menteri tu pergi ke arah ahli perniagaan itu dan perkenalkan dirinya.

"You remember me, we met at this hotel and you asked for direction."

"Yes yes yes ... I remember. How are you sir?"

"I am fine but I just want to tell you that
I am Finish now"

Baiklah, siapa yang beberapa tahun akhir-akhir ini telah pergi ke Finland.

Dolah ada pergi tahun 2006 sebelum terus ke Perth untuk buka kedai nasi kandar. Dia sudah umum turun Jun 2010. Anwar pun ada pergi-pergi ke Helsinki, dia dah lama turun dan cuba nak naik balik.

Najib? Yang Husin tahu, Anwar bersungguh-sungguh hendak dia masuk sinki. Adakah Dolah sedang jual Najib atau Najib sedang hendak cepat menjual Dolah?

Ada ingatkah Muhyiddin ke sana sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa atau Pertanian? Dia sudah jual kambing, makanan dan sayur. Sudahkah dia melawat Nokia untuk jual barangan elektronik?

Pasti dahulu dia sudah pergi. Adakah Ku Li ke sana dalam diam-diam akhir-akhir ini?

Khairy dah lama tak mahu pergi Helsinki. Selepas pilihanraya, tidak pergi kemana, tapi duit sampai ...


Wow! Jual orang lagi untung dari jual unta.

Khamis, Julai 10, 2008

Kaldai bela kaldaian, Kerbau keseronokan

Brader Anwar bin Ibrahim telah memfailkan memohon 'qazaf’ terhadap Saiful di bawah mahkamah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengikut peruntukan undang-undang dibawah Seksyen 41 ‘Qazaf’ Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

Mengikut peguam syariah Brader, Kamar Ainiah Kamaruzzaman, cadangan Mubahalah oleh kedua-dua Saiful dan Brader yang dikemukakan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan disokong oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat itu salah.

Katanya, 'Qazaf' boleh digunakan apabila seseorang itu membuat tuduhan terhadap seseorang, tetapi dia tidak dapat mengemukan bukti empat orang. Syarat saksi lelaki beriman mengikut syarak dan kacau orang.

Apa pula untuk kes liwat? Baik kita biarkan loyar dengan loyar berhujah, dan berdebat. Ceritanya panjang, pergi baca ini dan ini. Tara baca jangan syok sendiri. Belajar dengari.

Husin yang belajar undang-undang dari Holiday Inn pun boleh faham. Macam Kaldai pasukan peguam syariah Kamar Ainiah dan Ahmad Shabrimi tak tahu implikasi. Sudahlah Anwar dan Saiful pun parti Kaldaian.

Si Saiful buat laporan polis yang tertakluk di bawah undang-undang sivil. Bolehkah perbuatan yang dibenarkan dan dituduh di bawah undang-undang sivil menjadi satu tuduhan kesalahan untuk mangsa yang meminta bantuan?

Dalam cara undang-undang sivil, polis akan menyiasat laporan dan jika lepas siasat ada kes, baru bawa ke mahkamah. Kalau kita kata mahkamah syariah lebih sesuai, adakah mereka ada kebolehan menyiasat dengan hemah? Ini merumitkan dan memberi tekanan kepada bidang kuasa syariah. Jika tersilap, martabat mahkamah syariah dilihat rendah.

Ramai aktivis kebebasan agama tunggu macam rimau melihat perkembangan ini. Mereka mahu taraf mahkamah sivil lebih tinggi supaya perjuangan mereka boleh dipertingkatkan dengan berani.

Kedua peguam-peguam keldai ini adalah pejuang mahkamah syariah dalam isu-isu murtad, antara agama, dan lain-lain lagi. Mereka mahu mahkamah sivil tidak boleh campurtangani dalam urusan mahkamah syaria. Sekarang, apa akan jadi? Tak ke bodoh ni? Semua ini untuk selamat Brader.

Apa akan jadi jika mereka menang dan Brader lepas melalui cara ini? Semua perogol-perogol boleh memfailkan permohonan untuk lepas. Ada yang akan fail dakwaan terhadap pegawai polis, peguam dan orang ramai, terutama mangsa rogol yang membuat repot polis masa lepas.

Baca jugalah loyar mana-mana Inn temberang di sini. Giler ... Inilah jadinya bila kasi loyar memandai-mandai, akhirnya semua terbarai.

Husin hendak beritahu Kamar Ainiah dan Shabrimi bahawa Ismail Kerbau sudah lama keluar penjara. Baiklah contact dia dan berkawan baik dengannya. Boleh dapat business untuk fail dakwaan dan gantirugi segera. Dia terkenal dipenjara lama atas tuduhan rogol yang awak sudah kasi cara.

Baik-baiklah.

Ismail Kerbau suka yang jenis berisi dan "melawan", tak kira lelaki atau perempuan. Pakai tudung lagi dia suka. Petang kau balik kerja, dia ekori kau orang berdua. Kalau Ismail Kerbau cari kau orang, memang Husin tunjukkan alamat pejabat dua kaldai sumbang.

Wow! Ana jual orang dan unta, tak jual kaldai dan kerbau.

Selasa, Julai 08, 2008

Baik Jadi Unta


Kepala Husin fening fening lalat
Tak pusing dewan kali empat
Tuduh bunuh repot liwat
Mula seronok, kini meluat lihat

Di Parlimen Fong Po Kuan tegur semalam
Malu Melayu kuasa dominan.
Berpolitik yang tiada kesejahteraan
Hancur ekonomi tak ada makanan

Sesama kita pandai serang
Bijak geliga berhelah pertahan
Hak kepentingan kena kritikan
Melayu diam macam ular kenyang

Kontrak Sosial dipinta mansuhkan
Forum Bar Council yang mulakan
Sama tekan DAP MCA MIC Gerakan
Teras kenegaraan MP Melayu tak pertahan.

Beberapa kerat MP UMNO jawab
Ramai diam macam diliwat
Ada tak peduli hanya nak rembat
Ketua lembab pengikut sembab.

PAS pulak berdiam sepi
Mulakan DEB sama mengerti
Diam nak jaga hati DAP
Ada dah mimpi nak jadi Menteri.

Pasal negara Islam Hadi kafirkan
DAP tak setuju, tak melawan
Hanya istilah kini alasan
Ngaku saja Anwar aturkan

PKR memang tak peduli apa
Melayu tunggul Hindraf sebenar raja
Punahsihat pula gilakan kuasa
Jadi PM halatuju sebenar apa?

Dari Islamis menjadi Nasionalis
Keluar penjara, Liberal Imperialis
Prinsip politik terlalu Pragmatis
Lepas istinja bau masih bacin hamis

Politik tanpa batas jadi punah
Dari bontot tuduh bunuh
Mufti Perlis suruh mubahalah
Pengadilan tuhan rakyat tak balah

Sudah betul Nik Aziz setuju.
Harussani main cakap melulu.
Ikut hitam putih tak timbang dulu
Jadi helah untuk tak mahu.

Pendapat itu ada cabar
Saksi empat hujah hambar
Ketentuan tuhan mendebar
Tok Guru pulak kasi konar

Misai tak ada janggut itu kucing
Janggut tak ada misai pula kambing
Ada janggut misai Anwar Berahim
Tak ada janggut atau misai Guan Eng

Kita leka dengan drama
Dolah terus perintah negara
Anwar ganti Khairy kemudiannya
Azmin pun tergadai ali ba ta

Apa karbala nak jadi kita?
Bodoh, ada kuasa tak bijak guna
Ikut Husin punya cara
Wow! Untung jual orang dari unta

Update: 8:49 am 9/7/2008