Selasa, September 30, 2008

Perutusan Hari Raya PM di TV

Tahun ini perutusan raya pakai kot. Bila pencen, dah tak boleh pakai kot banyak-banyak.

Husin dapat tahu mengenai ini dari satu suara.

Dia kata malam ini adalah Pertusan Hari Raya Aidil Fitri Perdana Menteri. Tapi jangan lupa cabut wayar TV tu.

Ada kawan Husin kasi SMS kata tak payah cabut TV. Bila muka Dolah masuk saja TV, secara otomotik TV tu mati sendiri. Betoi tu, kalau tak rosak TV hangpa.

Tinggal berapa minit nak buka, hangpa kasi Ramadan aku tak sempurna.

Siapa yang nak dengaq Perutusan di TV, hangpa dengaq la. Husin dah lama boring. Baik-baik cerita sama dia. Nak kasi nasihat. Mungkin lain gut tahun ni.

Jangan main mercun, boleh jadi olahragawan para olimpik.

Bawak kereta baik-baik. Kalau ngantuk tengah jalan, berhenti di tempat hentian yang pentadbiran Dolah sudah "bina".

Kalau pi kubur orang tua-tua, jangan lupa bawak bunga. Bunga-bunga ini akan doakan arwah dalam kuboq.

Orang tak tahu ini semua. Hanya PM Dolah saja boleh terpikiaq benda macam ni. Tapi takpa tahun ini kita tak dengaq cemerlang, gemilang dan terbilang. Dah lama tak dengaq slogan tu.

Besok dia buat open house di PWTC. Jangan tak pi, ada kain pelikat ... hehehe. Tak akan tak boleh Dolah. Dengaq-dengaq menantu dah keluarkan RM70 juta duit untuk kempen. Dapat duit jangan sedekah "kerang rebus".

Wow! Rendang, ketupat, kueh anika warna

Update Okt 2hb 8:30 pagi:

Dengar-dengar lauk pauk untuk 200,000 terbuang di PWTC. Hanya dalam 40 ribu atau paling pun kurang dari 50 ribu yang datang.

Betul ke dia faham dan mengutamakan parti dari diri sendiri?

Macam betul saja Musang Hitam Tak Berbulu Kening kata di TV malam semalam Dolah faham hasrat akarumbi? Apa pasal dia nak mansuhkan undi kuota sekarang?

Selamat Hari Raya dan Sedeqah "Kerang Rebus"


Sudah konfim. Raya jatuh hari Rabu. Besok adalah hari terakhir kita berpuasa. Ana banyak suka la hari raya. Hari raya Malaysia banyak meriah.

Bagi mereka yang banyak beramal ibadat, hari raya adalah satu kejayaan. Pada satu Syawal, mereka seumpama bayi baru lahir. Mereka sudah mendekatkan diri dengan tuhan dengan merasa kenikmatan dan ketenteraman dari amalan ikhlas kepadanya.

Jatuhnya hari raya dari mula maghrib besok, ia adalah bermulanya satu perayaan kemenangan dan yang disyariatkan tuhan.

Di pasar Baghdad ini, perayaan kita lain dari orang Melayu.

Kami tidak tidur malam raya untuk melakukan ibadat takbir dan lain-lain amalan sunat. Di Malaysia, orang tidak tidur malam kerana buat kueh lauk dan pasang langsir. Ada yang main mercun untuk jadi olahragawan para olimpik.

Kami sini takbir dengan nada dan lagu irama tentera sebagai tanda kejayaan. Ini orang Melayu bertakbir mahu menangis. Kalau menangis kerana dapat merasakan kebesaran tuhan, takpe ..., mereka menangis mahu orang mati hidup balik beraya bersama. Ada sedih tak balik kampung.

Orang Arab pun makan minum dan pakai baju cantik tapi untuk satu hari. Majlis makan sesama keluarga dan rakan rapat saja. Di Malaysia, hari raya satu bulan lebih. Kena berhari raya dan ziarah semua orang. Kemudian satu tahun, tak berziarah, bersilatulrahim dan bertegur.

Bila sudah berjumpa dan bermesra dan berucapan-ucap, tidak cukup pula. Mesti balas pula balik rumahnya. Itu ziarah rumah bukan ziarah orang.

Orang Arab banyak bersedeqah semasa bulan puasa. Orang Malaysia bersedeqah bulan Syawal. Tapi ana tak kisah. Sepanjang tahun perlu bersedeqah, bukan bulan puasaa sahaja.

Asal jangan bersedeqah dan menerima sedeqah "kerang rebus". Hehehe ... apalah ahli Parti Kerang Rebus ni ...

Wow! Makanan hari raya Malaysia sangat sedap dan lawat.


Husin Lempoyang mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan .... batin kepada semua.

Pandu cermat jiwa selamat. Berhati-hati di jalanraya.

Amar makruf nahi mungkar.

* Disunting dan olah kembali 30/9/2008 11 pagi.

Isnin, September 29, 2008

Dunia ... Dunia ... (4): Guna Cermin


Mukhriz kata berhenti sekat orang dari bertemu calun. Khairy pun dakwa disekat dari berjumpa ahli-ahli Pemuda.

Tapi macam mana Pemuda Sabah boleh umum sokong Khairy sepenuhnya? Rupanya macam ada Bahagian yang sudah disekat dari calun orang lain. Mesti ada Bahagian nak orang lain.

Dalam Sinar Harian edisi hari ini, September 28, Khairy kata imejnya baik.

Pernah Khairy kata saya boleh jadi jutawan segera kalau dia gelap mata. Kononnya dia tidak mahu. Selama ini, Khairy dapat pendapatan dari mana untuk membiaya keluarganya?

Pak Lah pernah kata dia tak pakai Khairy sebegai Penasihat. Tapi kenapa Khairy pernah kata dia pergi ke pejabat Pak Lah dua sekali seminggu.

Satu masa dahulu, Khairy kata dia akan memastikan dirinya putih seputihnya.

Khairy, Khairy ... Bila sikat rambut, guna cermin ke tidak?

Jumaat, September 26, 2008

Syhhh ... Ajarkan Cara Tulis Surat


"Berapa kali Dolah nak flip flop? Undur tak undur? Tanding ke tak tanding? Tak tak tak … tak betul," kata Azman Salleh.

Begitulah satu makhluk dari Klang yang ditugaskan untuk menafi. Dia sebenarnya orang Johor Bugis, bukan orang Jowo Klang. Cara dia engkau, bunyinya macam kor. Kalau dia pertahan Dolah macam begini bunyinya. Banyak orang macam Azman ini dalam UMNO.

Sokong membawa rebah.

Beritanya ... Dolah tangguhkan Persidangan UMNO ke bulan Mac 2009.

Orang macam Azman ini akan berkata demikian, "Oiii … jangan tuduh dia perlukan masa untuk kempen mempertahankan jawatan. Jangan kata dia nak berkempen besar-besaran ke akarumbi dan perlu lebih masa. Jangan, tak baik. Bulan puasa, nak maki hamun, tuduh fitnah, dan lain-lain dibuat pada bulan lain."

"Mestilah dia lakukan untuk kepentingan parti,bangsa dan negara. Supaya Cemerlang, Gemilang dan terbilang. Dia tak perlu nak kempen. Dia Presiden kan? Mesti menang senang-senang."

Beritanya ... Dolah tak rancangan lagi nak tanding ke tidak. Dia hanya akan nyatakan Oktober 9hb.

Orang macam Azman ini akan berkata, "Oiii … jangan tuduh dia nak undur tapi tak mahu. Akan undur bila tak boleh cukup pencalunan. Tak baik. Jangan gaduh-gaduh bulan baik. Nak gaduh bulan lain."

Biarlah mereka-mereka macam Azman ini dengan dunianya. Jangan kasi masuk dalam telinga. Kalau dah masuk telinga kanan, keluarkan dari telinga kiri.

Dah tuhan jadikan dia banyak tu saja kapasiti kebolehan dan moralnya. Kesian dia.

-----------------------------------

Syyhhh … Husin ada rahsia nak beritahu.

Pasti orang tengah menjerit marah berkenaan dua berita ini.

Dolah nak undur. Jeanne suruh undur. Dia tahu orang ramai nak dia undur. Repot macam-macam dapat suruh dia undur, Tak akan dia tak undur. Bukan pasal Khairy atau Kamaluddin, tak baik buat cerita. Dia orang anak, Dolah bapak.

Dolah bergantung kepada Penasihat-Punasihat mudannya. Masaalahnya adalah masaalah Penasihat muda. Mereka tahu buat macam-macam strategic planning, economic restructuring, socio-political reform, strategic liquidition program, territorial recolonisation subversion action, dan lain-lain yang bunyi macam bagus.

Tapi di sekolah tak ajar cara-cara meletakkan jawatan.

Dolah pula tak pernah undur, dia cuma di pecat. Oiiinangis beb. Dia perlukan beberapa bulan ini untuk mempelajari cara mengundur diri. Insya Allah, bila cukup ilmu di dada, dia undur.

Kau orang kalau nak di undur, tolong ajar dia cara nak menulis surat berhenti kerja dan apa nak cakap sebagai pengumuman rasmi berhenti kerja.

Tolonglah, kesian dia. Dia nak berhenti tu. Tak tahu nak tulis dan sebut.

Wow! Tak kuasa dah nak jual. Tak laku kalau lelong murah pun.

Dunia ... Dunia ... (3): Rancangan Paraolimpik Jeanne Badawi

ARKIB : 24/09/2008 Utusan Malaysia

Latih mereka yang cacat jadi atlet - Jeanne

SUNGAI PETANI - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah mencadangkan mereka yang cacat akibat bahana bermain mercun atau merempit, dilatih sebagai atlet sukan agar keupayaan mereka tidak membazir begitu sahaja.

Katanya, mereka yang terbabit akan disenaraikan sebagai atlet orang kurang upaya (OKU) dan jika berkemampuan, boleh mewakili negara dalam Sukan Paralimpik.

"Semasa saya berada di Beijing bagi menyaksikan Sukan Paralimpik baru-baru ini, saya melihat banyak perkara yang boleh kita lakukan.

"Walaupun atlet kita hanya ada 11 orang tetapi mereka mampu mara sehingga ke pusingan akhir serta berjaya membawa balik pingat,'' katanya pada majlis penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri sempena program Semai Bakti Kedah di sini, semalam....seterusnya sini

Hooi ... takut Husin baca laporan ini. Dari menyelesaikan masaalah sosial merempit dan kemalangan main mercun, Jeanne suruh mereka jadi atlit paraolimpik.

Kalau ikut logik Jeanne, letupkan jari-jari para atlik dan ahli sukan negara dengan mercun atau suruh naik motorsikal macam orang gila. Malaysia akan kuasai Paraolimpik dengan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Takpa Jeanne, ini macam ide Abdullah pun.

Abdullah mahu dilihat pertingkatkan modal insan tapi memberhentikan ramai-ramai pengurus dan pekerja-pekerja mahir.

Dia cuma beritahu dia buat sekolah dan universiti banyak-banyak. Sebenarya itu bukan bangun modal insan, tapi banyakkan penganggur baru dan tua. Kontrak sekolah dan universiti, kroni akan-anak dapat. 20 percen!!!!!

Khamis, September 25, 2008

Kalimullah mintak maaf dengan Husin Lempoyang?


Husin dapat kad e-mel raya dari ecmlibra.

Jangan main-main, yang memberi ucapan dan memohon maaf zahir dan batin termasuk pengurusan.

Mengikut Akta Syarikat dan M&A Syarikat, Lembaga Pengarah Syarikat adalah mengetuai pengurusan Syarikat. Pengerusi ECM Libra Financial Group bukan kecik anak. Dato Seri Kalimullah bin Masheerul Hassan.

Dia mintak maaf dengan Husin. Kalimullah tekun kerja, tak peduli orang.

Sampai Dr Mahathir marah hingga panggil dia Hindu God Muslim Priest, Kali-Mulah. Tak ambik endah pun dia. Rocky panggil dia Kali, pasal macam bunyi Kalimuttu. Dia tak ambik endah, biar mahkamah tentukan siapa yang betul. Ada panggil dia Riong Kali. Tak tak ... tak ambil endah dia, Tekun dengan tanggungjawabnya. Satu masa dulu, orang sibuk pasal katun. Takpe dia tak peduli pun.

Orang kata dia sebahagian dari KKKK dan kini dah jadi JKKK. Bagus tu Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung. Bagus tu.

Dia sibuk kerja main "gasing". Orang pun pejenis happy happy. Dia suka tolong orang. Masa muda dia budak tabligh. Pak dia orang tabligh Pakistan, Masyu'lah Hasan. Maaf tak pandai sebut Masheerul Hassan.

Apa dosa dia nak mintak maaf kat Husin? Haaa ... Ada benda dia ambik dari Husin? Benda yang tahu, Husin maafkan. Kalau banyak , pulangkan ye.

Cuma yang jadi seghiau, dia mintak maaf batin. Naik bulu roma tengkok Husin. Apa dosa batin batin ni.

Wow! Husin mintak maaf sepanjang tahun. Tapi orang tak baik, baik jual.

Rabu, September 24, 2008

Pak Lah, PM Paling Berani


Masa tengah meeting, Dolah menoleh kepada Najib dan bertanya, “Antara Pak Lah dengan Tunku Abdul Rahman, siapa lagi berani?”

Hendak tak nak Najib akui, “Pak Lah lagi berani. Tunku mudah mengalah. 13 Mei masa zaman Tunku.”

Dalam fikiran Najib, aku nak dia undur cepat-cepat tapi tak faham-faham dia. Berani apa? Tapi dia tak lagi umum nak lawan Dolah.

Tunku pandai mententeramkan keadaan dan diplomasi. Dolah ni tahu tersengeh senyum macam kerang busuk tak ada otak. Dia tahu nak buat gambar besar macam belakang ni tapi kerja hopeless.

“Pak Lah rasa Jib. Dengan Pak hang pun, Pak Lah lagi berani.”

Meluatnya Najib dengar. Dengan lemah longlai, dia terpaksa menjawab, “Ya lah.”

Dalam hati Najib berkata, mana tak lagi berani. Kamu main langgar peraturan kerja, undang-undang dan perlembagaan parti. Main ikut dengar cakap anak, menantu dan dewa hindu-mulah syiah tu.

Meeting habis dan Najib beredar.

------------------------------------------------

Annuar Musa, Tan Sri baru ah! datang.

Belum dia duduk kerusi, Dolah dah tanya, “Nuar, Pak Lah dengan Hussein Onn, sapa lagi berani.”

Pantas Nuar menjawab, “Ohhhh …. Mistilah Pak Lah! Hussein Onn tak beranilah."

"Jauh lagi berani Pak Lah. Ahli biasa, Sulaiman Palestin boleh lawan dia untuk jawatan Presiden.”

Dia menambah, “Pak Lah orang tak berani? Mana boleh dia orang kata Pak Lah tak cukup pencalunan? Nanti kita ajar dia. Tengok Tun nak datang Kelantan buat kacau sama kita. Spray saja. Itukan berani namanya.”

Dolah suka dan jawab, "Bagus bagus. Kalau kita berjaya, fail kamu yang Tun kasi pasal PPRT Pak Lah bakar."

"Nuar hang jangan cerita-cerita orang Pak Lah yang suruh spray Tun."

------------------------------------------------

Sat lagi Ku Nan, Hamzah Zainuddin, Reezal Merican, Shahidan dan Che Alwi akan datang untuk perbincangan.

Pak Lah tanya lagi, “Ku Nan, kamu dahulu taat dengan Tun. Pada kamu, siapa yang lebih berani antara aku dengan Doctor Mahazir?”

“Itu susah nak jawab. Tun boleh kena buang UMNO, dia tak takut."

"Yahudi serang matawang, dia relaks dan cari jalan lawan."

"Sebelum dia pencen, dia boleh bantai Zionis.

"Pak Lah tahu terima nasihat Zaki Zahid, Khairy dan Che Alwi. Mahathir degil.”

Dolah membalas, "Bukan pandai, berani."

“OK OK ... Pak Lah lagi berani sikit sanggup nak lawan. Pak Lah tak menangis atas pentas.”

Hamzah Zainuddin lantas menjawab, “Saya sokong!”

Reezal Merican pun dengan cepat, “Vane kele kele … saya sokong!”

Che Alwi sambil lewa, “Ambo sokong sokmo.”

Shahidan yang perasan dirinya harimau bertempik, “Aum …! Saya sokong. Dapat jadi Tuan Penasihat.”

Mereka terus bermesyuarat sampai pukul 2.30 merancang untuk mengugut dan memaksa jemaah kabinet dan ketua-ketua perhubungan negeri supaya memaksa ketua-ketua bahagian calun Dolah. Dah time waktu tidor PM.

Kali ini tak ada pujuk-pujuk2, kain pelikat, pakai peraturan nak tahan, dan rasuah cawangan lagi. Semua nak melawan, mesti pakai cara brutal.

------------------------------------------------

Bangun tidor, dah dekat petang Muhyiddin datang ke pejabat.

Yees sir? You called me?"

Dolah bertanya, “Yes, I need to discuss about your repeated statements to the press lately. I am not quite happy. Sit first.

Muhyiddin duduk dahulu.

Mereka berbincang agak lama juga. Macam panas saja. Apabila dah berakhir perbincangan mereka, Dolah beritahu.

“Tadi Pak Lah tanya semua orang. Bandingkan Pak Lah dengan PM yang lepas-lepas, siapa lebih berani? Semua kata Pak Lah. Do you agree?

Oh yes. Absolutely. I agreee. Malah, saya rasa Pak Lah lebih berani dari Saidina Ali.”

Pret! Terdengar bunyi seluar Dolah koyak.

Dalam hatinya bangga betul dibandingkan dengan Saidina Ali. Sepupu Nabi tu digelar Saifullah, pedang Allah. Orangnnya berani, pandai, bjak dan waraq.

“Jangan puji lebih-lebih, Din. Hang puji tapi hang tibai nak jatuhkan aku.”

“Itu isu kepentingan bangsa, parti dan negara. Tapi betul saya cakap ikhlas. Tak tipu”

“Macam mana tu?” Dolah hairan

“Pak Lah lagi berani. Saidina Ali masih ada perasaan takut. Dia takut Allah ….,” jawab Muhyiddin sambil terus bangun beredar.

Dolah terpinga-pinga. Tak tahu nak bangga atau nak apa. Tak faham sindir …

Edited: 6:30 pm

Hari Ini Tak Ada Siaran Live Dari Mahkamah

Peminat-peminat mintak ada siaran langsung dari mahkamah.

Husin dah sediakan krew tapi depa penat baru balik dari Permatang Pauh buat dokumentari.

Takpe, hari ini cuma bicara pasal nak bawak kes ke Mahkamah Tinggi. Masa bicara mesti ada kerana orang kata tak lama. Sekejap settle.

Dokumentari akan disiarkan sat sehari dua lagi.

Selasa, September 23, 2008

Cadangan Menu untuk Tahanan ISA Dari Teresa

Kerajaan sudah memberi jaminan akan siasat mengenai masaalah makanan dalam tahanan ISA. YB Teresa Kok akan diminta membantu siasatan dan juga cadangan menu untuk tahanan ISA.

Komentator Lebih Percaya Ular yang brutal percaya berikut adalah menu yang sesuai untuk tahanan ISA:

Sarapan Pagi:
Kuku Labi-Labi campur ngan Muncung Kura-Kura yang di buat Sup. Khasiatnya menguatkan minda.

Makan Tengah Hari:
Monyet yang ditangkap hidup2 dimana otaknya ditebuk dan terus dihirup emmm sedapnya. Oh ya tidak lupa juga daging salai babi..... Khasiatnya memberi kecergasan sepanjang hari dan mencegah dari penyakit segugut.

Minum petang:
Darah ular. Khasiatnya mencegah dari terjadinya kaviti lidah bercabang empat.

Makan Malam:
Tulang gajah campur dengan daging biawak dimakan bersama bubur herba. Khasiatnya menguatkan nafsu seks untuk orang-orang bukan kahwin.


Teresa memang menunggu untuk menikmati daging khinzir yang diproses di kilang cadangannya di Sepang untuk dimakan dalam suasana yang sunyi tanpa bunyi azan dan kawasan yang tidak ada papantanda jawi.

Ramai bertanya-tanya kenapa Teresa mahukan kilang penternakan khinzir itu dibina di Sepang.

Katanya babi boleh dikacukkan dengan badak, tanpa diubah rupa rasa dan nama. Daging lagi banyak. Macam mana dua suku kata pertama dan kedua campur, ia tetap nama ba-bi atau ba-dak.

Jangan-jangan dia nak halau badak dari kawasan Sepang untuk kuasai kawasan itu. Ketua Bahagian UMNO Sepang adalah Menteri Kerja Raya Dato' Zain Gelarannya adalah Zain Badak.

Gempal-gempal badak dengan muka penuh misai dan janggut pun, Rafidah tundukkan pakai jari saja suruh diam. Zain nak bersuara support Dolah ke atau Najib. Kapal nak karam.

Hmm ... menang atau kalah si Dolah? Dua-dua boleh tetapi kena pilih salah satu. Fening lalat si Badak.

Wow! Dalam pertanian pun ada politik. Lagi untung jual orang dari jual unta.

Pep Pep Peet ... Pep Pep Peeeeet .... Jawapan Teka Teki


... dengan ini mengisytiharkan jawapan kepada teka teki semalam. Sori tak beri malam dan pagi tadi. Tak sempat kerana banyak orang mahu beli unta buat rendang unta. Hehehe ...

1. Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk

Jawapan: Masukkan benang dalam jarum ... ushhhh jangan fikir bukan-bukan.

2. Kangkang peluk, kangkang peluk, bila dah dekat climax pegang buah

Jawapan: Panjat pokok kelapa ... betulkan? Kau ingat buah apa? Ushhh ... bulan puasa.

3. Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol

Jawapan: Semut yang matanya BENGKAK

4. Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki

Jawapan: Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh sebab tulah dia angkat sebelah aje. ... ada ke pasal dia pakai seluar?

5. Ahmad bin Abu, kambing bin apa?

Jawapan: Kambing bin-ATANG

6. Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?

Jawapan: Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR ... ini ramai tak dapat teka.

7. Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai

Jawapan: Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah ... Abis macam mana bas Universiti? Mesti lagi pandai. Dr Ahmad Zahid Hamidi pergi Universiti ... siap Phd.

8. Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais

Jawapan: MI-lo air

9. Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik

Jawapan: Lampu stadium, kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam

10. Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?

Jawapan: Motorsikal......sebab dia pakai tongkat

Nampaknya melainkan Tuan Akhlakan yang sudah tahu jawapan semua, tidak ada yang menang. Anonymous pula tak ada yang masa yang sama.

Tuan Akhlakan boleh pergi ke mana-mana showroom kereta kepunyaan Dato Hanif dan order mana kereta idaman. Kami aturkan finance dan jika cukup syarat dilulusan. Bayar saja deposit atau hantar invoice pada Khairy. Hari Raya anda bawak kereta baru.

Dengan ini, negara kita telah selamat dari ancaman musuh. Negara Isketambola akan aman damai, sejahtera makmur.

Ahlil Nujum ditabalkan menjadi Ahlil Nujum Negara. Husin Lempoyang dapat terus berniaga unta dan lebih untung jual orang. Negara menunggu Sadiq Sigaraga dijual.
Belalang dapat em-mak baaaruuuu ...

Lawo pulak, engkau! Mestilah mak Ogy Ahmad Daud. Tapi mana sama lawa dengan Ghasidah Sigaraga. Wow!

---------------------------

* Sempena bulan baik ini, Husin memohon kepada semua pembaca sedeqah fatihah kepada semua pelakon-pelakon filem lama, yang mendahului kita dan menjadi karakter dalam blog ini. Tak ada S&P, deposit, press conference, launch gambit dan cek besar, cuma fatihah pemberian ikhlas kita.

Bagai lilin membakar diri tetapi menerangi suasana, mereka memberi kita hiburan dan disebalik hiburan, memberi kita peringatan dan tauladan.

Al Fatihah


Lepas ni ada banyak cerita politik terbaru balik ... yahhhh!!!!

--------------------------------------

Update: 5:49 pm

Betullah. Itu Hashimah Yon. Sori ana puasa.

Ini bawah Seniwati Saadiah, bonda Ogy. Lawo masa muda, kau. Berisi. Membuat hati Ahmad Daud jadi bergoncang. Best buat borak dengan arwah Ahmad Daud.


Latifah Omar itu cinta ana dahulu la. Semasa balik kerja dari Jalan Ampas Singapore dulu, ana selalu ikut dia dari belakang. Malu nak jumpa dia.


Roseyatimah ni, fliendly. Tapi susah nak tackle. Mustapha Maarof yang punyalah.


Hati ku masih pada Ghasidah Sigaraga ... How lovely. Cantik, berisi, dan sombong sikit. Wow!

Isnin, September 22, 2008

Rehat dari politik ... Teka Teki

Penat dengan politik ...

Nak relaks otak dan asah fikiran. Cuba selesaikan teka teki berikut:

1. Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk,

2. Kangkang peluk, kangkang peluk, bila dah dekat climax pegang buah

3. Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol

4. Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki

5. Ahmad bin Abu, kambing bin apa?

6. Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?

7. Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai

8. Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais

9. Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik

10. Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?

Sesiapa sudah dapat e-mail dan tahu jawapan, jangan beritahu dan potong stim ... opps. Kita nak tengok siapa otak yang perlu di cuci dengan clorox. Hehehe ...

Jangan fikir yang bukan-bukan untuk soalan-soalan permulaan. Ini bulan puasa - kena banyak beramal, tingkah laku dan perangai pertingkatkan baik, dan tak ada buruk sangka. Hehehe ...

Jawapan akan disiarkan tengah malan atau esok pagi nanti, mana-mana sempat.

Ahad, September 21, 2008

Dunia ... Dunia ... (2): Anjing Teresa Kok

Terbaca YB Teresa Kok yang baru keluar dari tahanan ISA berkata dia hanya diberi dua biji telor pagi dan dua biji telor petang. Dia membayangkan makanan semasa tahanan macam 'dog food'.

Husin akui keperluan ISA tetapi simpati kepada mereka yang ditahan. Harap diutamakan pendekatan perundangan.

Tapi hanya terfikir. Anjing makan telor ke?

Wow! "Kerbau pendik" makan apa, YB? Atau tanya pada Khalid?

Dunia .. Dunia ... (1): Punasihat Suruh Lawan?

Kalau ikut sangat kata Punasihat ...

Simpan hadiah tu, satu hari nanti ada nilai sejarah. Hari-hari terakhir seorang PM ...

Biar betul ni. Dol disuruh pertahan?

Susah tak mahu percaya. Yang tulis Dato Ahamd Talib, dulu boss besar NST.

Tapi Tengku Adnan yang atur untuk pertahankan? Satu Perhubungan Negeri? Pulau Pinang ke? :) Ahli MKT dari utara? Johari Baharum ke? Hehehe ...

Pagi tadi The Star laporkan Dolah masih degil.

Kesian ...

... nanti tak cukup pencalunan. Senjata makan tuan. :)

Jumaat, September 19, 2008

Dolah Way



And now, the end is near;
And still I hope not for certain.
My friend, I'll say it clear,
I'll state my case, which need ascertain.

We've (family) lived a life thats full.
We've (family) got contract in few and evry highway;
And more, much more than this,
We did it our way.

Regrets, we've had too many;
But then again, too few I know off.
I did what I was told
My children agree without exemption.

I thought they planned the course;
Each careful step I just follow ,
But more, much more than this,
We did it our way.

Yes, there were times,
Bloggers surely knew
When I blunder more than could blew.
But through it all, when there was doubt,
We ignore and spin 'em out.
We censor them - ISA and sedition;
And did it our way.

I slept, came late, and grope.
We plunder too; Patrick Lim proxy.
And now, as reality face up,
I find it so depressing.

To think I did all that;
And may I deny - not in a shy way,
No, oh no, not me,
Yes, it was khairy.

For what is a man, what has he got?
If not his family, that got a lot.
To talk silly yet I'm praised;
And not the words of one who reads.
The record shows, Kamal I bow
And did it our way!

Rocky Bru, Fri 19th, 2008, 7:47 AM

Jangan act, Hang pun nak Pencen

Pooh! Act betoi dia.

Kapal nak karam anytime. Ini kata-kata terakhir yang akan diingati. Tak beringat bila bercakap. Selalu hang buat kalut begitu.

Awat Gelaran Nak Panggei

Sat lagi hang balik jadi Dato' Dolah aja.

Dulu hang malu dipanggil nama Abdullah Ahmad pasai Ghazali Shafie tangkap Abdullah "Kok Lanas" Ahmad bawah ISA atas tuduhan komunis bersama arwah Tan Sri Samad Ismail dan Dato Abdullah Majid. Hang trus tukaq nama jadi Abdullah Ahmad Badawi.

Lani, Dolah Kok Lanas sudah Tan Sri Abdullah Ahmad.

Hang pencen kekal jadi Dato Seri saja. Tak tau Agong mana sanggup kasi hang Tun. Siap-siap mentor hang, Musang Hitam ditarik balik gelaran Tun kerana kini boleh dianggap pembelot.

Lama-Lama Hang Pun Pencen

Busuknya sampai berbau ... (dari The Sensointrovert)

Suara Mubarak tu suara orang lama yang berpengalaman. Jangan rendahkan orang pencen.

Yang hang kena adalah dengan Tun yang dah pencen. Sanusi yang dah pencen. Ron blogger MP pencen. Mazlan Harun ADUN pencen.

Bila hang pencen, hang pun jadi ahli Mubarak.

Tak malukah hang nanti campuq dengan orang-orang pencen?

Pencen Nak Buat Apa?

Banyak orang pencen ada jawatan tau.

Dulu hang ditawar Chairman Hicom , hang tak mau.

Hang tak akan dapat jadi Adviser Petronas dan Proton? Itu dah Tun punya jawatan. Proton dah hang ranapkan.

Perdana Leadership Foundation, PLF ada Tun lagi. Hang pun bukan boleh, pasai hang bukan jenis baca buku.

Hang nak balik jadi orang Masjid pun susah.

Banyak orang pencen di Masjid fed-up dengan hang kerana perleceh orang pencen. Depa kata hang tu kalau kerja gomen paling tinggi hang boleh hanya Superscale D.

Mengisi Masa

Ada satu SMS kata ada jawatan kosong:


Jawatan kosong di McDonald sebagai badut Ronald McDonald. Tidak perlu kebolehan bercakap dan berfikir. Kalau aksinya melucukan, dibenarkan tidor masa bekerja. Tak perlu undur, jika banyak kerja. Bakal bekas PM boleh memohon.

Husin tak maulah bekas PM kerja di McDonald.

Tapi, rasanya paling sesuai untuk hang sebagai badan amal adalah jadi Chairman untuk Sleep Apnea Foundation of Malaysia.

Berniaga tak payahlah. Hang tak faham ekonomi.

Letak hang jadi Director Pak Pacak di Scomi, ECM Libra dan Equine Capital boleh gut.

Tulis Memoir

Sambil tu hang cuba tulis memoir. Tak dak bughuk sangat ingatan orang kat hang.

Tun sampai lani, 6 tahun, tak habis tulis memoir. Itu kita paham pasai 22 tahun dia jadi PM. Sambil itu, dia pun cerewet bila nak menulis.

Rasanya hang mahu makan masa 8 tahun. Double masa hang jadi PM. Pasai ... hang banyak nak kaji di mana salah silap masa hang mentadbir. Punya banyak sangat, sampai makan masa 8 tahun nak research.

Wow! Takpe Khairy pun tak kerja dan akan dipencenkan pada umur baru 30.

* Update: 3:00 pm

Yang tu tak boleh tukaq!

Husin kata tukaq spender atau seluaq dalam.

Tok Kadiaq pula kata macam bertukaq-tukaq isteri. Dia dato, patut dengaq dia kata. Tapi no, ishhh ... Tak kan Tok Najib atau Pak Najib, seperti dipanggil arwah Mufti Shuib, sanggup tukaq tu dengan Dolah.



Rugi la dia ...

Misti Jack .... ooi! Anwar dah dak jadi, pink form tak dak.

Dengan yang ni pun tak boleh, dato kadiaq. Betoi dia ustazah, dah ada suami dan anak tapi suami jealous peghikut sana ke maghi.



Kesian Dolah, nak bertukaq pun tak kena gaya.

Itulah lama cakap kat hang, tanak dengaq. Jangan cuba nongkat langit. Berapa lama boleh make do no? Bila dah masa pi, pi juga. Hang buat dono, lama-lama kena serbu ramai-ramai. Malu ...

Jangan hangpa lupa Husin panggei sebagai Pak Najib. Ada sebab tu. Bukan-bukan dia macam Pak Lah.

Lagi air bah lagi pasir berubah.

Hehehe ... Dunia dunia ... Lagi untung jual orang dari jual manusia. Wow!

Khamis, September 18, 2008

Rancangan Pencen - Kodomo Lion Security Service


Dia sudah merasakan akan kalah jawatan Ketua Bahagian UMNO, Kota Tinggi kerana masa banjir tidak balik tengok kawasan untuk pergi holiday anak beranak pada tahun 2006. Banyak lagi hal lain yang menimbulkan kemarahn terhadapnya.

Kalau Tengku Razaleigh naik, jangan harap taukeh lama nak ambil orang yang pernah membelutnya. Najib tentu akan playsafe untuk menjauhkan diri dari menempah kritikan Dr Mahathir. Kenalah dia membodek dan mengampu. Itu kebolehan semulajadi untuk seorang keturunan Arab Jual Karpet.

Mengenangkan jasanya menjual pasir, membatalkan jambatan bengkok dan menggadai Pulau Putih Mata, dia bakal dianugerahkan oleh kerajaan Singapura dengan The Honour of AJK, Arab Jumpa Kebas [jangan terkeliru dengan gelaran Arab Jual Karpet]. Pingat ini membawa gelaran Al Kebasi dan akan bergelar Dato Seri Syed Hamid Albar Al Kebasi. [Jangan lupa panggil Husin, Encik.]

Ada ura-ura pihak Majlis Penasihat Diraja sedang menimbangkan untuk mencadangkan DYMM Sultan Johor menanugerah pingat untuknya. Antara pingat yang sedang dipertimbangkan adalah pingat PMDK, Pelempang Maut Dendam Kesumat atau pingat SASP, Seri Anak Singa Pengecut.

Syed Hamid sudah ada rancangan apabila pencen kelak. Dengan duit yang telah dapat dikumpul dari jualan pasir, Syed Hamid akan menubuhkan syarikat Kodomo Lion Security Services Sdn Bhd. Syarikat beribu pejabat di Middle Rock, Johor atau dikenali sebagai Pulau Kodomo Lion.

Business Plan dah siap dan target market adalah taukeh, ahli korporat dan ahli politik yang cepat kaya. Sesuai dengan pasaran sedemikian, tagline syarikat adalah "Apply For Your Arrest". Lesen pasti diperolehi dari pentadbiran baru kerajaan kerana ini membantu kerja-kerja BPR.

Perkhidmatan keselamatan akan menggunakan khidmat wrestler perempuan dari WWF yang seksi, rambut blonde, dan lasak sebagai bodyguard dan pembawa van. [Habis business Iron Lady, Dato Maznah Hamid.]

Untuk mempromosi, syarikat akan menggunakan cara pemasaran jualan. Brosur akan memaparkan gambar-gambar bodyguard dalam aksi penuh untuk mendapat tarikkan pelanggan yang boleh mengurangkan pahala puasa

Namun begitu, Syed Hamid tidak akan membuka laman web kerana dia yakin "hacker" akan berdendam untuk hack laman web syarikat. Manakal, MCMC akan dendam block laman webnya menggunakan alasan gambar-gambar bodyguard.

Buat masa ini, syarikat hanya menumpukan kontrak-kontrak kecilan seperti kes wartawan Sin Chew Jit Poh dan KickdeFella untuk membina pengetahuan dan pengalaman.

-----------------------------------------------------------

Note: Jokes aside, ISA has provided for any detention for safety. The arrest of Sri Lankan, BSA Tahir is believed to be a case in point. Noble as it seemed to be, Abdullah Badawi's son, Kamaluddin and business partner in Scomi, Shah Hakam Zain linked BSA Tahir in the nuclear centrifuge scandal got away scot free.

Syed Hamid has rightly pointed that ISA detention for the first 60 days for investigation is recommended by Police Chief and merely acknowledged by the Internal Affair Minister. The power for subsequent 2 years detention at Kemunting lies with the Minister. The 5 Hindraf leaders was detained without the due 60 day investigation normally practised under Section 8 ISA. Why are they saved from interrogation? Was there a coverup?

The ethics of detention without trial has long been a political and moral issue but it is legally provided for. More so for pressing security issues that normal legal process takes to long. Contrary to the usual accusation, police have built a case over the years and not just for recent events.


Do we still need ISA to maintain law and order? Is the law sufficient for our national security? Are we Malaysians suffiently capable of understanding, articulating and debating issues without emotion, with courteousy and with peace and harmony as priority self interest?

When are we ready to discuss and be free from insecurity to discuss and articulate societal issues with each other without any party willing jeopardise the peace and harmony of this country Ultimately, you the citizens decide. Make sure you understand both side of the issue.


Husin Lempoyang wish to express heartfelt sympathy to the family of ISA detainees, including Raja Petra Kamaruddin, Theresa Kok, etc. and the family of sedition charge detainee, Kickdefella. I trust the detainess will be treated humanely in accordance with the law.

Rabu, September 17, 2008

Macam Tukar Spender

Tetetet Tetetet Tetetet ...

Hello maca, penatlah satu hari cover PM baru yang tak jadi. Satu hari tidor. Besok aku baru nak pergi Permatang Pauh nak buat story. Apa cerita?

Apa?! ... Wah itu macam? .... Apa cerita Dolah mahu buat? ... Takpe, nanti bukak TV dan Internet cari news.

Semalam dengar dari banyak-banyak tempat buka puasa, ramai yang pergi rumah Najib. Tak cukup kerusi meja dan makanan. Ingat macam dah nak jadi PM bila-bila masa. Apa ini, bincang empat jam cuma ini saja?

Oh ... sori pembaca.

Dolah kata dia tukar portfolio dengan Najib - dia ambil Pertahanan dan Najib ambil Kewangan. Pelik ... macam tukar spender.

Dolah kata dia dan Najib sudah komited kepada peralihan kuasa. Macam mana jadi gitu? Najib kata peralihan terserah kepada akarumbi. Hmmm ...marah orang yang pergi buka semalam tak dapat makan.

Sirul nak keluar, spender Najib akan kelihatan bersih seputih-putihnya, kalau dia pakai spender putih. Ini mesti spender Dolah dah dikotorkan dan tak mahu lagi pakai spender itu .

Dia pun macam nak cari najis pada spender Najib. Eh ... tak sangka si Dolah ni suka cari najis pada spender orang. Sindiri pun banyak buat najis.

Dengan Kodomo Lion pegang dalam negeri, bahaya Dolah pegang spender pertahanan. Dia boleh salah guna tali spender. Hooi ... latu macam-macam budak hitam akan buat untuk taukeh dia.

Swei tau ... MoF. PM terakhir pegang Kewangan pencen. TPM terakhir pegang Kewangan masuk penjara. Lepas PM

Masak Najib kena cuci najis Dolah di MoF. Ekonomi sudah masaalah bawah Dolah. Kalau orang hantam MoF, serupa hantam Najib. Hmmm ... ramai jadi serba salah.

Bila Parlimen bukak untuk bahas bujet, Najib kena pertahan dari serangan Anwar dan pembangkang dan bukan Dolah. Jahat Dolah tak habis-habis laga-lagakan mereka berdua. Lari penakut!

Dalam MoF ada mamak cendul mata lebam MoF II, keliling dia tolong sapu untuk Khairy macam mamak mencanai roti dalam pertandingan roti canai. Ada pulak Menteri JPM jaga EPU, Amirsham yang bisu dan tinggalkan ulat besar dalam kes BII di Maybank.

Ini mesti cerita dia tak mahu turun sebelum Disember untuk kasi Khairy lepas. Padan Najib kata "terima kasih dengan keikhlasan Pak Lah." Lagi ikhlas bila Najib jaga MoF, dia boleh buang semua yang kaki ambil komisyen sekarang dan masa depan.

Dolah ni sudah macam nangka busuk yang dah hitam dan patut gugur. Tapi tangkai dia masih kuat lagi. Bila dah masa untuk jatuh nanti, bersepai dan satu kebun kotor.

Wow! Dunia, dunia ada orang yang tak malu sampai macam itu.

* Update 6:50 pm

Selasa, September 16, 2008

Sept 16 2:40 pm: TERGEMPAR Anwar angkat sumpah ....?


Dia bukan sumpah tapi dia sumpah sumpit! Gambar atas gambar Dolah angkat sumpah dan dia angkat sumpah jadi MP.

Tak ada, September 16 tak jadi. Dia bohong. Husin baru keluar press conference menyamar pakai rambut panjang pakai blouse pomnpuan. Baca nota dalam komen posting seblum ini.

Pantun buat Anwar dihari "angkat sumpah jadi PM":

Buah cempedak dari Malim Nawar
Buah gajus dua ringgit sekilo
Kepala hotak si Anwar
Tak jadi tubuh kerajaan lepas ni main toto
Mak ai ... dia cakap dia nak buat secara aman dan mengikut perlembagaan. Dia kata nak bincang-bincang dengan Dolah ... caya. Tak mahu susahkan Dolah yang sedang diserang .... caya. Dia tak ada problem dengan Dolah, itu kawan dia. ... caya

Kesian orang-orang ini malam tadi kena tipu bulat-bulat, lonjong-lonjong, bujur-bujur, ...




Okay lah. Husin Lempoyang signing off from Tropicana.

Tak payah pergi gate Istana lagi. Askar nak tutup gate pun.



Okay Tuanku, tabik spring balik. Goodbye. Terima kasih. Patik mohon diperkenan pulang.

Psttt .. psttt ... Bila Tuanku nak terajang sebelah itu? Carikan dia kerja tempat lain ...

Sept 16 1:40 pm: TERGAMPAR Tian Chua mengaruk ...

Tetetetet tetetet tetetet ....

Apa pulak ni, aku tengah update posting!

Hello macha.... tian chua datang? .... ok ok .. remph .. wah! ... dia ada bikin stunt ke? ... baik baik ... abis tu ... betul betul ...

Memang tergempar.

Tian "Stuntman" Chua sudah datang. Siap bawak kaki dia.

Anwar, Hadi, Kit Siang, Wan Azizah semua kena marah ... Wan Azizah sedang menangis di dapur. Nurul tengah pujuk maknya.

Dia marah kenapa lambat-lambatkan lagi? Husin Lempoyang sudah tunggu di luar Istana Negara. Anwar kena sound beb.

Awak sudah janji sama saya untuk kasi Yang Dipertua Dewan Made in Taiwan. Husin Lempoyang sudah tolong kempen sama saya. Dua ekor unta ada saya beli dan tambat depan rumah. Orang Cina tak makan unta tau.

Anwar kata pada dia sabar, jangan takut. Kita ada press conference pukul 2 ni. Pagi tadi kita ada isu nak bincangkan dahulu. Last call pukul 12 malam.

Tian Chua mengaruk balik. Apa nak bincang-bincang lagi. You jadi PM lah dahulu. Kemudian kita negotiate lah.

Kali ini, Irene Fernandes yang baru masuk pintu pejabat. Ia terus berkata pastikan nama Allah orang Kristian boleh pakai. Tian maki dia pundek. Orang PAs ada sinilah, Jangan mulakan gaduh. Dah berkelahi mereka dua.



Khalid Ibrahim dan beberapa orang berkejar leraikan antara si Cina kurus dan si Keling Gemok. Tercengup-cungap dan tergagap dia penat dari memeluk Irene.

Lepas dah tenteram Tian Chua beritahu masa tak ada. Pejabat istana tutup petang pukul 4:15 waktu kerajaan.

Haji Hadi masuk mencelah kata last call maghrib kerana mengikut hukum Islam, hari baru bermula maghrib. Lim Kit Siang baru nak cakap tak setuju, Azmin sumbat mulut dia dengan kain. Mengaruk lagi sorang ...

Okay okay ... Anwar cakap. Mesti ada jawapan. Kalau tak jadi, kita salahkan Najib. Tuduh dia bawak lari chap mohor raja-raja.

Tian Chua serius saja. Dia takut tak dapat jadi Yang Dipertua Dewan. Duit lompat untuk Amin Pendekar sudah kasi Husin Lempoyang. [Berapa? .... tak boleh. Macam ex-gratia tak boleh beritahu. Buat bayar crew.]

Dia menambah nanti orang balik untuk buka. Trafik jam. Saya ada bawak basikal, kita berbasikal ke Istana Negara.


Anwar angguk kepala, nanti dulu saya tunggu George Bush talipon. Dia akan perkenalkan saya pada Sara Palin. Wan Azizah berhenti menangis bila dengar nama Sara Palin. Dia tengok pada Anwar dengan muka cemburu ... Memahami isterinya, dia terus sebut, "Perempuan, bukan lelaki."

Ok stop sini, malas nak tambah tambah. Bulan puasa.

Laporan 2:30 kensel. Pukul 3:40 di Istana Negara untuk upacara mengangkat sumpah. Yeah ... PM baru ganti Dolah ... pink form, pink form, ...

Sept 16 12:30 tghari: Bertengkar besar ... Nak bincang siapa PM dan TPM dulu


Mereka sampai dalam dua kereta tapi depa sampai gate ... patah balik. Husin baru bangun. Masih letih tidur dalam kereta. Apa cerita ni? Kena talipon lah ...

Hello maca! ... What happen? .... Saya nampak kereta Mercedes cermin hitam dua bijik. Sampai dan patah balik. ... aha ...okay ... hmmmm ... aisay itu macam ... okay sumpah sudah settle ... wah like that ah ... korek ...korek ... sapa lagi dalam ... okay faham ... but but ... aisay lama lagi ... yes go ...

Dia orang belum sampai pun! Kereta tu entah ... budak Pekida dan Perwaris nak tahan kasi masuk gut?

Tadi Haji Hadi tanya, siapa TPM? Anwar cakap dia akan memenuhi janji dengan semua rakan-rakan. Tiga TPM ... satu Cina - Lim Kit Siang, India - Sivarasa dan Sabah/Sarawak.

Hadi tanya PAS tak ada? Anwar kata tak ada. Melayu dah ada, dirinya. Haji Hadi tak setuju. Kalau gitu, dia lebih layak jadi PM.

Masa itu, MP Sabah talipon tanya siapa dapat Sabah atau Sarawak? Anwar tak komited. Dia lan nak kasi MP Melayu dari Sabah tapi Kadazan dan warning. SAPP nak satu. Tapi dah dua Cina. Mungkin kena 5 TPM.

Anwar dah dalam jamban dah dekat dua jam, kata sakit perut. Katanya dia bawak dua-dua handphone dia. Ini sakit perut ke atau nak mengelak. Sedang mengatur kerajaan dari dalam jambatan.

Ditanya ada orang lain dalam jamban ke? Dia tak jawab.

Ingat nak jumpa Agong, boleh main macam begini ke?

Apa hal pun, kalau dia jadi PM, susah juga? Anwar ni bakal jadi PM yang maksum, tak buat dosa. Kalau ada pun, orang tak percaya. Kalau tunjuk bukti, dia kata mahkamah, polis dan doktor bersekongkol konspirasi, pengikut dia percaya bulat, petak, triangle, oblong ...

Apa pula janji Anwar kepada MP2 BN? Dia orang tak mahu ke jawatan Menteri atau TPM?

SAPP ada sidang akhbar dalam sehari dua ni. Katanya ada sidang akhbar pukul 2 ptg nak umum katak-katak yang lompat. Ada pula sidang akhbar mustahak hari ini di luar KL. Ada dengar ....?

Dolah coool aja ...

Lepas zohor, petang pukul 2:30 ptg kasi laporan.

Sept 16 8:30 pagi: Gaduh skit pasal sumpah ... Masih tubuh kerajaan.


Dah mula bertambah orang. Tapi apa pasal macam tourist saja. Highway depan ni pun jam. Padan susah pengikut Anwar tak datang lagi. Ada ke angkat sumpah.

Tetetet tetetet tetetet ... bunyi lagi talipon.

Hello. Ah ... okay ... korek korek ... ah ... korek korek korek ... thats right ... okay okay ... but but but .... okay ... korek korek ....no problem ... you sort your problem ... off course ... the people want to know about the new prime minister.

Rupanya problem. Anwar buang air lama sangat. Bila nak bertolak, Nik Aziz talipon tanya macam mana Anwar akan angkat sumpah? Dia jawab macam biasalah, pegang Quran dan sebut Wallahi Wabillahi Watallahi.

Nik Aziz kata tak boleh, tak sah, macam orang Kristian. Anwar tanya macam mana nak sumpah?

Haji Hadi terdengar dan sampuk, tak boleh benar bersumpah? Sumpah hanya lepas mahkamah. Atau urusan suami isteri.

Anwar cakap ini bukan buat salah tapi sumpah nak jadi PM.

Sivarasa kata jangan sumpah macam begitu. Nanti sumpah Saiful jadi sah. Kes liwat Anwar akan jadi susah.

Lim Kit Siang sedar dari lelap. Dia kata tak boleh sumpah cara ugama dan guna bahasa jawi. Ini bukan negara Islam dan negara Melayu tapi sekular dan negara Malaysian Malaysia.

Dah Haji Hadi berkelahi pulak pasal orang Islam mesti ikut cara Islam ...

Anwar hanya kata tak apa kita mesti cari jalan. Tetap tubuh kerajaan September 16hb.

Dia akan menalipon Sheikh Qardawi, Sheikh Tantawi, Sheikh Al Kohholi, Muqrinin Al Janburi, Mukhallafasi Al Qubasi dan beberapa ulamak dari negara-negara Egypt, Saudi Arabia, Jordan, Syria, Maghribi, dan lain-lain yang bunyi macam hebat. Betul ke Anwar ni? Entah-entah nama Arab itu dia main taram atau tokeh kelab belly dancing.

Sementara itu, Azmin akan dapat pengesahan dari Wolfowitz untuk bertanya dengan ulamak Israel. Juga US State Department mengenai cara bersumpah mengikut Masyarakat Madani.

Kena tunggu tengahhari.

Husin dah mengantuk ... akan lapor balik pukul 12:30 tenaghari. Banyak masa lagi. September 16 haribulan habis pukul 12 malam. ... zzzzzz ....

Sept 16 6:30 pagi: Ada problem sikit ...Masih akan tubuhkan kerajaan baru


Sudah mula ada orang datang. Tapi bukan macam orang PKR.

Tetetet tetetet ... sekejap handphone bunyi.

Ya ... saya disini. ... Apa? Lambat skit ..... okay okay ... Jadi? .... okay okay ... So? Masih as planned la... ?

Oh ... tadi ada masaalah skit. Rupanya lepas mereka sembahyang subuh, ada masaalah tadi.

Hj Hadi nak imamkan sembahyang subuh. Lim Kit Siang tidak setuju mereka sembahyang subuh jemaah. Katanya ini negara sekular, bukan negara Islam. Amalan ugama adalah urusan peribadi. Tak boleh sembahyang jemaah.

Haji Hadi marah dan kata ini negara sepatutnya Islam dan macam-macam lagi.

Anwar diam aja. Akhirnya dia kata, dia kena buang air besar mengikut kebiasaan pagi. Dia suruh Haji Hadi sembahyang dulu .... settle.

Jadi upacara pukul 8:30 nanti.

Sept 16 5:45 pagi: Lambat Sikit Kut ...


Ini laporan Husin pada pukul 5:30 pagi di hadapan istana dan diupload dari laptop menggunakan perkhidmatan talipon bimbit Celcom.

Nampaknya belum ada orang lagi. Mungkin lewat sikit kerana nak sembahyang subuh dahulu.

Siapa ngantuk menunggu boleh tidor balik.

6:30 pagi nanti laporkan. Mak Ai ... tak boleh tinggalkan peristiwa bersejarah ini. Kena jack PM baru. Nak cari makan ... macam mana nak mintak maaf dengan dia?

Sept 16 12:30: Anwar angkat sumpah pukul 5:45 pagi ... Jangan tidor!


Dalam syarahan Anwar di Shah Alam malam tadi, dia begitu yakin akan menubuhkan kerajaan baru. Katanya, dia sudah cukup jumlah ahli Parlimen. Sumber-sumber PKR berkata, Muhyiddin yang membawa tekanan baru terhadap Dolah adalah antara yang akan lompat.

Menurutnya, Pak Lah yang sudah goyang tidak ada pilihan. akan bertemu PM Abdullah untuk membentangkan nama-nama serta mengemukan cadangan peralihan kuasa secara aman.

Sahlah dia akan jadi PM. Tiada misteri lagi. Nampaknya, perlantikan Anwar akan disegerakan. Apabila fajar menyinsing esok, kita akan ada PM baru.

Desas desus berkata Anwar akan mengangkat sumpah esok pagi pukul 5:45 pagi di Istana Negara dihadapan DYMM Seri Paduka Baginda diiringi Haji Hadi, Lim Kit Siang, dan Sivarasa. Jadi kita semua tak payah tidor dan tunggu peristiwa sejarah Anwar dilantik Perdana Menteri.

Semua sudah tidak boleh berpatah balik. Anwar dah kira PM. Takkan tak mahu percaya lagi. Susah nanti. Berpuloh ribu orang di Stadium percaya. Tak akan dia orang terlalu taksub pada Anwar hingga tak boleh fikir? Ada Akauntan, Loyar, Doktor and Engineer.

Awas dengan dakyah media perdana. Jangan percaya. Penafian Muhyiddin tadi di TV3 pun sengaja dibuat-buat untuk mengelirukan Dolah.

Tunggu laporan 5:45 pagi.

Isnin, September 15, 2008

Besok Sept 16: Macam nak mula lompat tapi ...

Besok September 16 Anwar mesti PM

... Kalau tidak, dia janji resign lusa.

Dah mula dah! Dah mula!

Tak boleh buat apa-apa

Satu Menteri letak jawatan dah.

Betul letak jawatan. Bukan kerana nak ditukarkan menjadi Menteri Hal Ehwal Agama. Betul-betul letak jawatan.

Khabar angin dia akan lompat parti ke Pakatan Rakyat. Pemikiran pun seiring dengan agenda parti tertentu dalam Pakatan Rakyat.

Lepas ini bermulalah yang lain akan lompat. Besok Anwar jadi Perdana Menteri lah! Malam ini ada perhimpunan di Shah Alam. Anwar akan datang dan berucap. Mesti dia umumkan kerajaan baru.

Dolah pun dah goyang, tunggu masa nak turun. Selama ini, orang kata dia bersekongkol dengan Anwar, berlakun baik punya. Penghantar paspot pun dah tolong kasi orang menyampah kepada dia supaya memastikan Anwar menang di Permatang Pauh. Mesti dia kasi pada Anwar.

Tapi Dolah relaks saja. "Tidak ... tidak ... tak ada lompat."

Dolah ni jangan relaks saja. Siul buat muka sardin dia.

Dia hanya berkata, "Tak ... tak perlu saya terbang ke negeri Menteri ini. Tak perlu saya kasi projek RM1 billion. Tak perlu nak nafi berkali-kali kepada suratakhbar."

Woi!

Dolah ni Kau ni gila ke buat tak tahu aja. Nanti yang lain ikut. Eh siapa Menteri tu?

"Pak Lah tak kisah. Zaid Ibrahim nak lompat ke DAP tapi mereka pun tak mahu ambik. Dia tak ada kerusi ...."

Malu ... sori Dolah.

Khairy jadi Menteri ke? Dia kata perubahan ini lebih penting. Perubahan pucuk kepimpinan tak selesai masaalah. Ye ke, Keri? :)

Tak boleh tegur keputusan Kabinet. Ye ke, Keri? :)

Kasilah can dia merasa jadi Menteri. Buah nangka nak tunggu jatuh dalam beberapa hari lagi. Dapat jadi Menteri untuk beberapa hari. Dapat tambahkan resume yang pendek untuk cuba cari kerja.

Wow! Baguslah cool. Asal kemudian tidak flip flop. Menunggu alasan Anwar ...

Address Me as Encik, Please


Sejak jadi Menteri Ugama dalam Jabatan Perdana Menteri, Husin baru sedar gelaran pada namanya begitu banyak ... Dato Dr Haji Ahmad Zahid Hamidi.

Mak ai!

Kalau ada Majlis yang menjemput dia, jenuh siapa yang nak menyampaikan kata-kata aluan. Cramp lidah dok memanggil nama dia panjang-panjang.

Ah!

Panggil Zahid saja cukuplah.

Husin boleh bayangkan Zahid akan tegur lebih kurang macam ini, "Tolonglah! Kalau kau malas nak panggil Dr. atau Haji, kenalah panggil Dato'. Ini penghormatan Raja pada aku."

Hai!

Ini yang kadang-kadang menyampah dengan member-member yang baru dapat Dato'. Secara terbuka depan orang ramai, tahulah Husin adab formal. Tak akan, sebagai sahabat dengan secara peribadi dan di luar padangan orang ramai, masih nak Husin agong-agongkan kamu?

Pege da!

Kalau bersahabat, kena anggap tiada perbezaan antara kita.

Bukan tak mahu hormat dengan kejayaan Zahid dan kawan-kawan semacam ni.

Cuma nak beritahu, penghormatan itu diperolehi dan bukan dituntut. Kalau memaksa kawan suruh hormat pada diri sendiri, tidak ke janggal?

Alah!

Berpuloh ribu orang ada gelaran Dato'. Sebelum Husin terus mengeluarkan pendapat, mohon ampun terlebih dahulu kepada Agong dan Raja-Raja Melayu.

Kalau baling batu kecik ke orang ramai, pasti kena kepala seorang bergelar Dato. Ramai sangat!

Mana lagi yang beli pangkat? Ada pula terlalu muda dah dapat. Apo jasonyo nak dapek Dato'?

Bertambah lagi, mereka-mereka ni yang bergelaran pun bukan tahu bawak diri sekarang ini. Tengok cara Raja-Raja England, Lord dan Sir serta keluarga mereka membawa diri dengan penuh decorum yang tertib dan berbudi sopan.

Bandingkan Dato' yang ada di Malaysia, ada yang masih makan di warong? Ada masih berhibur di Kalabul Malami dengan ayam dan budak muda layak jadi anak masing-masing.

Ada yang main motor dan belasah kawan sampai masuk mahkamah? Ada yang anak tak tahu jaga diri hingga melewati lunas-lunas masyarakat dan memberi gambaran terhadap keluarga sendiri? Ada yang pernah menuduh mengenai KKN tetapi diri sendiri buat Criminal Breach of Trust kerana meletak saham Yayasan bawah nama sendiri.

Ada yang cakap begitu celupar seperti di bawah ini:

Tidak wajar hanya dikenakan (akta ISA) ke atas tiga orang sahaja kerana yang timbulkan perkara sensitif ini ramai lagi termasuk pengendali blog. Polis telah beri amaran sebelum ini, tetapi tidak diendahkan dan apabila tindakan diambil, maka mereka mengatakan kononnya bahawa polis dan kerajaan zalim. Mereka yang menzalimi diri sendiri kerana tidak mengendahkan amaran.

Adakah patut seorang Menteri Hal Ehwal Agama memberi kenyataan sedemikian?

Nampak seolah-olah pemimpin Islam itu tidak ada pri kemanusiaan. Bukan pelior (portfolio) kamu, jangan memandai komen. Dengar Zaid Ibrahim, Shabeery Chik, MCA dan pelbagai orang begitu perihatin dan berani persoal penggunaan ISA kali ini.

Salah ke tidak, setuju atau tidak, perlu atau tidak, dan apa sekali pun, kita mesti ada peri kemanusiaan terhadap mereka yang ditahan kerana ISA. Prihatin sesama insan. itu saja.

Pandainya Zahid! Mana dia dapat Phd?

Elleh!

Arwah Azman Atar pun ada Doktor ... UPM gut?

Tapi gelaran Haji, Husin tak main-mainkan. Itu jemputan Tuhan. Tak payah gelaran Haji tak salah.

Paling Husin respek adalah gelaran Guru dan Cikgu. Itu anugerah tuhan dan martabat tinggi.

Sebenarnya orang yang pe'el sedemkian dan ego adalah mereka yang dalam diri mereka ini insecure dan menyembunyi kekurangan.

Husin nak kongsi satu trick nak kenakan orang-orang yang act pasal ada pangkat. Kita mesti tuntut dia menyebut gelaran kita. Kalau kita bukan Cikgu, suruh dia panggil kita Encik atau Cik.

Tak ke kita kelihatan lebih hormat, apabila kawan yang bergelar Dato' memanggil kita Encik depan kawan-kawan lain?

Datin pun kita ajar macam begitu kerana lebih ramai Datin yang perasan dari Dato.

Allah mengukur orang dari kebaikannya dan ketaqwaannnya.

Wow! Tidak kira gelaran, masih lagi untung jual orang dari jual unta.