Rabu, Disember 31, 2008

Tahun baru ini Sang Rimau bukan lagi Kambing


Al-kisahnya seekor ibu harimau melahirkan anak di pinggiran hutan dan mati. Tertinggal anak rimau itu keseorang di hutan. Dalam keadaannya yang lemah, tiada harimau lain untuk menjaganya, dan memberi susu.

Tiba-tiba segerombolan kambing yang telah tersesat dipinggiran hutan terjumpa anak rimau ini. Melihat keadaannya yang lemah dan memerlukan makanan dan penjagaan, seekor ibu kambing berasa kesian dan memberinya susu. Setelah itu terasa ibu kambing itu untuk membelanya.

Maka, hiduplah anak rimau itu bersama kelumpuk kambing. Sepanjang hidupnya ibu kambing itu sudah disangka sebagai ibu kandungnya walaupun diri mereka berlainan. Dia tidak sedar kelainan ini.

Lama-lama kelamaan anak rimau ini mengikut perangai kambing, diikut kambing mengembek, dan makan rumput macam kambing. Sepanjang yang dia tahu, dirinya itu kambing juga. Bertambah hari, anak rimau ini bertambah dewasa dan badannya bertambah besar. Dia masih mengikut rasmi binatang ternakan untuk kegunaan manusia.

Satu hari, gerombolan kambing ini sedang merumput di satu padang. Tak semena-mena timbul sekumpulan serigala. Lari bertempiaranlah semua kambing-kambing menyorok untuk menyelamatkan diri, termasuk anak rimau ini.

Setelah serigala meninggalkan padang rumput itu dankeadaan pun selamat, keluarlah satu-satu kambing-kambing dari hutan untuk kembali makan. Masa itu, seekor kambing mengembik bersuara, "Buat apalah kita ada harimau di antara kita kalau tak boleh memberi kita perlindungan dan membawa keamanan untuk kita mencari makan?"

Ramailah kambing-kambing turut mengembik setuju. Yang anak rimau tidak faham apa yang dikatakan. Pada dia, dirinya macam kambing yang selalunya mengikut suruhan gembala hingga mengorbankan diri. Semua kambing-kambing memandangnya dengan marah. Macam mana dia hendak tolong dengan dirinya pun takut dan lari.

Hatinya tak tenang dan dia sering bersendirian hingga satu hari dia tersesat masuk ke dalam hutan. Dalam dia tersesat dalam hutan, dia ternampak seekor harimau yang menyerupainya. Dari jauh, dilihat dia berjalan seorang dengan megah, berani dan tampan sekali.

Semua binatang-binatang hormat dan takut kepada harimau itu. Bertempiaran binatang-binatang lari. Gajah pun yang lebih besar pun tidak berani untuk membesar-besarkan diri.


Baru anak rimau ini sedar dirinya sebenarnya adalah harimau, raja dalam hutan ini. Timbul semangat berani dalam dirinya, hilang rasa takut. Baru dia sedar, dia tidak boleh melarikan diri apabila timbul bahaya. Tapi banyun menentang. Dia tidak boleh biarkan dirinya dipermainkan oleh binatang-binatang lain. Apa lagi jika lebih 60% di hutan ini adalah harimau.

Aku adalah harimau yang berani dan tidak boleh diugut, dibangkang, dan dituntut oleh binatang lain untuk hukum tuhan aku dijalankan. Apa perlu aku takut lagi untuk memperakui diri ini tuan yang perlu dihormati dan disanjungi? Ye, aku mesti menjadi raja hutan yang mempunyai ciri yang dihormati, berbudi pekerti mulia, dan hebat dalam segala-gala.

Menyambut dua tahun baru hijrah 1430 dan masehi 2009, Sang Rimau mesti berhentilah dari berdiam, terus menjadi penakut dan digembalakan macam kambing. Janganlah lagi dibiar babi tak henti menyondol, anjing menyalak, ular-ular membelit, dan singa pulau mengatur.

Sang Rimau bukan binatang ternakan yang digembalakan. Henti kita bercakaran sesama sendiri. Suara Sang Rimau yang seiring dan murni harus bersatu dalam tujuan dan mengaum dengan suara yang menyeramkan.

Hidup Rimau! Takbir Allahuakbar! Haiya Alal Falah!

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430 DAN TAHUN BARU 2009.

Husin Lempoyang Saudagar Unta

Isnin, Disember 29, 2008

Bila malu macam tungku


Ini cerita, orang nak cuba-cuba.
Semalam petang, ajak mesyuarat empat undang.
Entah apa mahu dijerang, Tengku mana ada gerangan.
Belum luah isikandung, berkata Undang Luak Sungai Ujong:
"Apo pulak wa ang yang panggil wa eden datang mesyuarat.
Ini urusan undang yang ompek.
Apo pulo kerajaan negeri tompang sibuk ni?
Kita boleh buek mesyuarat sendiri."
Mak ai malu, haru biru.
Muka malu, macam tungku.
Menteri besar negeri, tak faham tradisi
Raja memerintah alam
Undang memerintah luak
Lembaga memerintah suku
Buapak memerintah anak buahnya
Itulah demokrasi Negeri Sembilan.
Struktur tadbir adat yang berlainan.
Seiring dengan susunan tadbir kerajaan
"Nasihat MB" tak perlu untuk lantik Yam Tuan.

Hai hai calun den lopeh.

Wow! Bagai sireh pulang ke ganggang.
Patik mohon tender BMW N9999

Ampun Tuanku! Daulat Tuanku (Mukhriz)!

Ahad, Disember 28, 2008

T Mukhriz mendahului pencalunan ...

Dari khabar-khabar yang didengar sejak beberapa bulan yang lepas, T Mukhriz mendahului pencalunan tidak rasmi. Orangnya yang sederhana, bersopan, dan disukai ramai. Kalau diikutkan akarumbi, dia adalah pilihan.

Manakala pilihan yang satu lagi, merupakan pemangku yang ada. Banyak rungutan mengenai pemangku. Terlalu kebaratan dan terbuka melakukan perkara-perkara bertentangan dengan agama Islam. Sebagai anak, dia tak menjaga maruah ayah sebagai ketua Islam hadhari.

Merata dicerita kerja kaut apa saja peluang perniagaan yang ada. Kalau diusahakan sendiri tidak apa, asyik makan komisyen saja.

Gaya hidup tak habis dengan beriadah. Sukan dan jawatan dalam badan sukan menjadi kegemaran. Gila publisiti dan suka masuk majalah.

Ingatkan pemangku akan naik jadi ketua, adik beradik dan anak-anak masing-masing sudah ikut angkuh. Dah angkuh macam gengster dan nak paw orang wang.

Sekarang semua terpulang kepada mesyuarat untuk mengundi dan menentukan. Mesyuarat sudah selesai petang tadi tapi keputusan belum diumumkan.

Ramai berharap tidak berulang politik wang sekali lagi. Tengku yang mempengerusikan jawatankuasa disiplin perlu bersikap tegas kerana dikhuatiri ada antara pengundi dalam mesyuarat boleh dilemahkan dengan wang.

Pilihan tidak ada pilihan ketiga. Kalau ikut sejarahnya semasa T Radin mahu dinaikkan, ada pihak-pihak membangkang. Tinggal lah T Mukhriz dan ...

... eh maaf, tak cerita awal-awal. T itu bukan Tok tetapi Tengku.

Ini bukan pemilihan Ketua Pemuda antara "Tengku Mukhriz" menentang "Tengku Khairy" serta "Tengku Radin Khir Toyo" sebagai calun ketiga. Tetapi ini mengenai pemilihan pengganti Yam Tuan Negeri Sembilan.

Kalau ikut cerita ramai, "Naib" yang ada tidak sesuai dan tidak diterima ramai. "Tengku Khairy" atau "Tengku Radin Khir Toyo" lagi tak ada gahara atau keturunan diraja dari kedua-dua pihak ibu dan bapa.

Mesyuarat Luak Undang Empat untuk menentukan pengganti sudah selesai petang tadi. Kemasyhuran akan dibuat besok sebelum kebumi lepas asar.


Favourite ramai adalah Tengku Muhriz, anak sulong Tuanku Munawir. Tuanku Munzawir adalah Yam Tuan sebelum Tuanku Jaafar dan kekandanya. Dia menggantikan ayahanda mereka, Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman. Tengku Muhriz anak isteri pertama, Tengku Mahrum, dan Tuanku Jaafar anak isteri kedua Cik Maimunah.

Hehehe ... pasti suspen blogger Setiakawan. Idola kamu belum tewas lagi. Kalau tak kena tunda lagi, tunggu bulan Mac 2009.

Husin tahu idola mereka tak boleh ditegur, atau dimain-mainkan. Sensitif. Banyaklah komentar 'tanpa nama' akan tulis mengata kerja tak berfaedah, blog tak ada isi kandung, dan suruh cermin diri. Tapi datang juga ...

Dunia dunia ... dah tahu sini jual orang, dia mahu datang juga. Wow!

Takziah buat keluarga di raja dan rakyat Negeri Sembilan. Muga roh Allahyarham Yam Tuan Tuanku Jaafar di cucuri rahmat dan diampuni dosanya. Al Fatihah.

Sabtu, Disember 27, 2008

Menjelang KT: Lagu-Lagu Karaoke Wan Farid


Dah nak dekat pilihanraya ini, sesuai kalau Farid jelaskan dosa-dosa lama untuk menyanyikan lagu DJ Dave, berikut:

Maafkanlah

Duhai jelita hati ku
Janganlah kau bersedih
Maafkanlah
Maafkanlah

(2)
Usah kau sedih dan pilu
Lupakan yang telah berlalu
Maafkanlah
Maafkanlah

Korus:
Dengar oh kasih ku
Pesanan akhir dari ku
Bena saja hidup baru
Bersama pilihan mu

(ulang korus )

(3)
Biar ku membawa diri
Menghibur hati yang sunyi
Jaga diri mu

(ulang 1, korus, 3 & 1 )
Kepada Makcik Maimon dan Hazlan Futsal agar tidak pecahkan undinya, Didendangkan lagu Jamal Abdillah, berikut:

Perpisahan Tanpa Relamu

Kehadiranmu disisiku
Memberikan harapan
Dikaulah sinar
Dikaulah bintang hati

Kelembutan hatimu kasih
Mendamaikan jiwaku
Aku bahagia
Dengan cintamu mesra

( korus )
Tanpa kuduga
Ada batasannya
Yang memisahkan kita
Harta dan rupa
Pilihan dipinta
Yang tiada padaku

Perpisahan kini terjadi
Tanpa kerelaanku
Mungkinkah kita bersua lagi
Kasih

(Ulang korus hingga akhir )
Pasal baru angkat sumpah Senator. Nak bertanding, kena letak jawatan. Kalau kalah, hilang jawatan Menteri. Jangan sampai perlu dinyanyikan lagu SM Salim berikut:

Selamat tinggal bunga ku

Selamat tinggal bunga ku
Aku bermohon pergi dahulu
Terima kasih seruan ku
Jasa mu untuk diri ku

Ke timur atau ke utara
Tak tentu dimana nak tujukan
Setitik airmata
Dititiskan dibuang jangan

Sekiranya aku masih
Berada nun jauh di balik awan
Salam yang bahagia
Khabar yang gembira ku kirimkan

Inikah akhir bertemu
Bila nian kan berjumpa lagi
Ingatlah pesanan ku
Jaga baik diri mu sendiri
Kan baik kasi Zuber Embong? Tapi nanti jentera sengaja dimatikan.

Wow! Asal jangan unta dagangku nyanyikan lagu, Dimanakan ku cari ganti.

Rabu, Disember 24, 2008

Baiyi tak setuju dibicara


Husin terbaca blog Dato Fuad Hassan, bekas exco Kerajaan Negeri Selangor, adik IGP, Tan Sri Musa Hassan, adik pelakun hensem Jalaluddin Hasan, dan anak Ustaz Tan Sri Hassan Azahari.

Dulu Husin suka dengar ayah dia ajar mengaji Al Quran di radio. Rancangan itu akan bermula dan berakhir dengan satu lagu Arab, "Salamun Qadi Nullahi Mai Yu Sama ...". Husin selalu ingat dia menyebut berkali-kali, "Mastura, ulang lagi." Kalau ustaz yang ajar Husin, sekarang dah jadi al Hafiz. Bukan saudagar unta jual orang.

Hari Ahad, Dato Fuad memberi penerangan mengenai malapetaka Bukit Antarabangsa. Maklumlah orang Keldaian asyik main tunjuk jari. Rakyat tak faham, kita sabar. Nah, sekarang kena si Khalid gagap jawab kenapa tak ada pemantauan selama 9 bulan! Ak ak ak ak ...se se sebenarnya saya pa pa pan ... tak pantau.

Tulisan dia semalam mendedahkan sesuatu menarik dan lucu (baca sini). Dia memberi komen mengenai tulisan Ahli Parlimen Kapar dari PKR, YB S. Manikavasagam di blognya sini.

Manikavasagam menyatakan undang-undang sodomi adalah satu undang-undang tidak adil warisan penjajah. Human Rights Watch telah menegaskan undang-undang warisan penjajah ini adalah paksaan nilai moral zaman Victorian. Undang-undang yang telah diperkenalkan di India pada tahun 1860 telah diguna pakai oleh 66 negara dalam dunia.

Kesian, Hindraf ini kecewa rakyat India telah dinafikan hak untuk berju*or hampir 150 tahun. Baik suruh rakan seperjuangan Hindraf di India saman kerajaan British beberapa trillion. Begitulah logik keadilan sejagat ala Barat dan pemahaman mereka mengenai hak asasi manusia. Diri manusia padahal hak tuhan.

Cerita pasal hak peribadi, ini ada kisah mengenai seorang baiyi. Kalau anda tukar karakter kepada makhkluk lain macam b.a.b.i. atau lain-lain apabila nak cerita pada orang lain, itu hak asasi manusia anda. Tapi ini bukan cerita mengenai rakan kita yang mempunyai nama samaran Piggy Singh :)

Si Baiyi ini baru kahwin. Semua okay, mula berumah dan tangga, dapat anak, mula keluarga dan seterusnya. Tapi lama-lama kemesraannya dengan isteri sudah membosankan. Dia ajak isterinya cuba stail lama dan dicuba sodomi.

Bini tak suka, tapi pasal kena layan si suami, ditahan saja. Suami pulak suka. Keraplah dilakukan. Oleh sebab anu si baiyi tu besar, si isteri tak tahan ... sakit. Lama-lama, terpaksa diberitahu si suami baiyi ini. Tapi si baiyi ini nak juga.

Sampai satu masa, si isteri tak mahu lagi. Baiyi balun juga kat situ. Rupanya cedera. Isteri masuk hospital dan dah teruk keadaan di bahagian itu. Buat polis repot dan jadi kes mahkamah.

Masa hari bicara, hakim mahkamah bertanya kepada baiyi, "Adakah anda mengaku salah di atas tuduhan sodomi ini?"

Baiyi memberontak, "Saya tak setuju saya dibicara! Mahkamah tak ada hak untuk bawa saya ke mahkamah!!!!" Marah betul dia.

Hakim tersentaklah baiyi yang dituduh menghina mahkamah sedemikian. "Awak tahu tak awak dituduh di bawah undang sekseyan ... akta ... ?

"Polis telah menyiasat dan pihak pendakwa kerajaan membuat failing, Mahkamah mendapati cukup kes untuk bicara awak. Awak ada faham ke tidak?!" Naik suara hakim.

"Itu saya ada faham tuan. Saudara saya banyak juga loyer." jawab baiyi

"Sebelum mahkamah diteruskan, awak perlu menjawab sama awak salah atau tidak. Kalau tidak, kita bicara dan loyer awak akan lawan pendakwa untuk tentukan bukti pendakwa betulk atau tidak.

"Sekarang awak jawab salah atau tidak bersalah?"

Baiyi menerangkan, "Dia bukan macam itu, Yang Arif. Kalau saya salah parking, saya faham kerajaan boleh denda. Kalau saya curi barang orang, saya tahu salah. Itu orang punya.

"Aisay Yang Arif, isteri saya punya pun gomen punya kah?"

Kalau ikut kerajaan PKR nanti, hak bontot manusia akan terjamin. Perdana Menteri mesti Nuar Berahe lah.

Wow! Husin sula makan tongkeng ayam.

Selasa, Disember 23, 2008

Menjelang KT: Kenapa dengan Pidah dan Ijat ni?


Sebelum diumumkan calun UMNO untuk pilihanraya kecil, Kak Pidah sudah umum dia akan turun dan ketuai kempen bersungguh-sungguh. Ijat pun janji nak bantu dan ketepikan perbezaan antara mereka. Ketuai, nak bantu, diberi tugas bantu, dan macam-macam ini akan timbul kemudian hari.

Kenapa mereka berkelahi? Kak Pidah tak kata tak mahu turun. Dah ada janji peralihan kuasa dalam tiga bulan. Bukan pasal Pidah nak pusing dan kekal. Dah tua pun. Dah dapat Tan Sri.

Ini ceritanya.

Sebelum ini, mereka berdua bersama Kamelia selalu duduk berbincang macam nak mengatur strategi menahan kemaraan Azalina 'babe'. Babe ini luar buasa sedikit. Bak kata Puad Zarkashi dalam ucapan PAU 2004, 'babe' ini puteri gunung ledang.

Babe ini dipercayai salah sorang dalam team Khairy untuk menguasai wanita satu hari nanti. Itu pasal babe sekarang dah ambil anak angkat dan pakai melawa. Walau dia dah nampak lawa, apa pasal bila tengok si anu tu tak rasa apa-apa.

Pidah, Ijat, dan Kamelia selalu bertemu sorok-sorok kedai kopi di stesyen keretapi Seremban. Mereka akan bincang. Lepas tu, ada balik naik keretapi ke KL. Kadang-kadang ada naik kereta dan macam-macam kenderaan.

Satu hari tu, mereka sudah yakin usaha rancangan mereka dah berjaya. Susahlah babe nak masuk, bila Pidah dan Ijat kekal. Kempen dah berjalan dan sebelum mesyuarat mula pun, Babe tak akan dapat cukup pencalunan untuk mana-mana jawatan dalam wanita. Mereka rancang berjumpa.

Sampai di kedai kopi, Kamelia sampai dulu, kemudian Ijat dan akhir sekali Pidah.

Mereka pun berseronok bercerita babe tak dapat kacau dan pecahkan wanita UMNO. Kita masih bersatu. Pelan peralihan pun akan berjalan lancar.

Mereka berborak sambil menghirup kopi panas. Keretapi akan sampai dalam tiga lima minit.

Ijat pun ingatkan siapa nak balik naik keretapi kenalah tunggu. Pidah pun kata jangan risau. Banyak masa lagi. Mari sembang lagilah.

Tak lama kemudian sudak masanya keretapi patut datang. Kamelia pulak tegur. Pidah kata jangan risau. Selalunya keretapi tak ikut jadual, sering lambat.

Mereka terus sembang lagi. Akhir sekali, keretapi sampai. Ijat dan Kamelia ajak beredar. Pidah masih tak risau. Dia kata lima minit lagi keretapi jalan. Tapi wisel pertama keretapi dah berbunyi.

Ijat bising, "Marilah!" Kamelia pun ikut.

Nak tak nak Pidah pun ikut. Dalam dia terkial-kial nak bangun kerusi, wisel bunyi sekali lagi. Kamelai dan Ijat pun lari kejar. Pidah dibelakang baru nak terhegeh-hegeh.

Ijat dan Kemelia berdua paki seluar, senang. Keretapi baru mula nak jalan sedikit. Ijat dan Kamelia sempat lompat naik.

Pidak pulak dengan pakai baju Melayu kain gombang, gelang penuh ditangan, dan kalung serta anting-anting lagi, lambat kejar di kebelakang. Bila dia sampai ke platform, keretapi dah laju. Tak berani nak lompat naik.

Apa lagi, dia naik ingin. Dia berdiri di platform menyumpah seranah dengan tangisan. Marah betul dia ditinggalkan. Station master melihat keadaan cuba memabantu. Dia bertanya, "Kenapa puan marah puan?"

"Mereka tinggalkan saya."

"Kenapa tak tunggu di platform lebih awal? Ditanya Station Master.

"Saya tak kisah sangat tak naik keretapi. Memang saya lewa di kedai kopi. Saya marah dengan mereka berdua tu.

"Yang sepatut naik adalah saya, bukan mereka ...."

Wow! Kena jual di stesyen keretapi

Ahad, Disember 21, 2008

Laksana Hudud, tolak Hadhari? Ho ho ho ... Merry Christmas


Sedutan laporan ini diambil dari The Star, Disember 21hb, 2008 berkenaan forum atas:

... Khairy launched another attack on Husam when he asked whether hudud law would be implemented if Pakatan Rakyat had taken over the Government on Sept 16.

Husam gave an assurance that hudud law would be implemented if they had taken over.

Associate Prof Mohd Agus added fuel to the already hot topic and
asked Khairy if he would push for hudud law if he became the Umno Youth chief.

Khairy smilingly replied that he would, which resulted in shouts among PAS supporters in the hall...
Adakah maknanya KJ telah ketepikan Hadhari untuk Hudud?

Kah kah kah ha ha ha he he he ho ho ho ... Merry Christmas!

Syukur dia sudah lupa akan amalan yang telah digambarkan sini dan sini? Sini sekali pun bolehlah.

Wahyu dah lama turun. Nabi Muhammad pun dah wafat ratusan tahun.

Memang didefinasi benda yang memabukkan. Tapi bukanlah, balun satu drum tak mabuk, benda tu tak haram.

Fatwa Guru Yahya pun tak boleh pakai. Dia guna ayat walaupun setitik, ia haram. Dibuang setitik, dan hukum selebih itu selamat halal.

Kah kah kah ha ha ha ha he he he ho ho ho ... Merry Christmas!

Bagus dah sedar tu. Hukum hudud untuk kesalahan sedemikian pakai sebat tau.

Sebat pakai ekor pari? Tali tas? Leather? Bukan pelepah upeh pinang.

Ow! Ow! Ow! Merry Christmas!

Bab Mat Leather hukum lain.

Jangan kau sanggup buat apa dan janji apa saja demi kuasa, KJ. Itu kerja Mat Leather.

Pssttt pssttt ... kau nak bersihkan longkah belakang rumah mak Husin yang tersumbat? Mak aku boleh kempenkan untuk tiga anak buah yang jadi perwakilan.

Bahaya orang yang sanggup apa demi kuasa. Nanti dia sanggup jual negara kepada Singapura dan gadai kepentingan dan maruah Melayu dan Islam, demi kuasa nak jadi Perdana Menteri sebelum umur 40.

Wow! Kalau orang macam begini jadi saudagar unta, lagi banyak dia kasi jual orang.

Kah kah kah ha ha ha ha he he he ho ho ho ... Merry Christmas!

Rabu, Disember 17, 2008

Mat Taib dan Ketuanan Melayu


Hari itu Sin Chew Jit Poh melaporkan Mat Taib berkata Ketuanan Melayu tidak wujud.. Tak percaya Husin dia berkata demikian. Biar Husin cuba terangkan apa itu Ketuanan Melayu dalam bahasa dan contoh yang mudah dia fahami.

Ketuanan ini datang dari perkataan tuan. Tuan boleh membawa maksud hormat. Macam kita guna tuan dalam perkataan tuan puteri. Fahamkan apa itu Tuan Puteri.

Kadang-kadang tuan tu gunanya macam tuan rumah. Macam kalau nak bawak bersiar-siar anak dara tuan rumah, kena mintak izin. Ini pula nak bawak lari ke Siam untuk nikah.

Yang salah adalah bila diguna macam tuan besar omputih. Ia bunyi macam tuan dan hamba. Kalau nak faham, dia macam orang yang bawa wang tunai RM2.4 juta dalam beg ke Australia. Itu macam tuan besar omputih tapi tak cakap omputih.

Tapi mengikut laporan, Mat Taib lebih percaya wujudnya Malay dominance. Akhbar tersebut melaporkan dia berkata:

"If a Malay-owned clinic is the only clinic in a village and patients of various racial groups come for consultation, it would be a Malay dominance in the village. Similarly, when residents of various racial groups get specialist services provided by a Chinese, it means the Chinese dominance in that place."
Bunyinya macam bila kita ada kuasa, kita luluskan permohonan tanah untuk Cina banyak-banyak dan jadilah Ketuanan Cina. Tanah yang dibenarkan jual untuk Melayu adalah tanah bukit. Bila lereng itu runtuh, tak lagi Ketuanan Melayu. Yang penting untuk Mat Taib, duduk diam-diam dan bairkan Khir Toyo menjawab.

Nak kata salah, tak salah apa Mat Taib kata. Nak kata betul, pun boleh juga. Keliru sekejap Husin dibuatnya.

Ramai menerangkan Ketuanan Melayu adalah kuasa raja atau kesinambungan kuasa kerajaan Melayu. Macam betul lagi kata Mat Taib. Ketuanan Melayu tak wujud semasa dia lahir lagi.

Mulai tahun 1874, Sultan, Orang-Orang besar dan Gangster-Gangster Cina di Perak buat persetujuan di Pangkor untuk setuju kasi kuasa pada Inggeris mentadbir. Tanya MB Perak sekarang, Ahmad Nizar, kerana dia tandatangan perjanjian kedua. Bila kemerdekaan dicapai hasil perjuangan tok moyang kita, orang Melayu tak dapat pun balik kerajaan Melayu kita kerana dipaksa kongsi.

Adakah akhbar pemutarbelit Ahmad Ismail salah terjemah? Adakah itu yang verbatim dikatakan Mat Taib?

Wow! Mat Taib cakap omputih? Hari minggu boleh beli nombor 1215 atau 1512.

Mengenali Pemimpin dari Kentutnya

1. Kentut Anwar Ibrahim
Apabila kentut, dia salahkan orang lain ... Hipokrit.
Dia mulakan politik wang dan bentang rang undang-undang hukum salah lapur rasuah, tapi tuduh orang lain lakukan rasuah.


2. Kentut Dolah Badawi
Orang yang tahan kentut berjam-jam ... Bingung
Selama lima tahun, tidur. Tak buat apa dan flip flop. Tinggal beberapa bulan, baru nak buat macam-macam. Lama tak kentut lah tu.


3. Kentut Mat Sabu
Orang yang kentut dengan lantang ... Yakin Diri
Penama istilah Al Juburi. Bila bersyarah, sedap aja dia belasah. Janganlah dia bertanding di KT.


4. Kentut Khairy
Orang yang kentut dalam selimut lalu dikibas baunya ... Sadis.
Sepanjang lima tahun jadi menantu PM, dia salahguna pengaruh, kumpul komisyen, dan kacau pentadbiran. Tapi asyik memikir nak jatuhkan Khir Toyo, Isa Samad, Mukhriz dan ramai lagi. Satu negara bau kentut busuknya!


5. Kentut Zaid Ibrahim
Orang yang sembunyikan bunyi kentut dengan ketawa kuat-kuat ... Strategik.
Punya lantang dia bercakap mengenai pembaharuan undang-undang tetapi rupanya macam-macam tak betul. Rang undang-undang hakim baru ini dia juga gut?


6. Kentut Berahim Ali
Orang yang kentut tapi tak dapat dikesan ... Misteri.
Diam-diam dia datang balik jadi ahli Parlimen Bebas dan sekarang diterima ramai sebagai Presiden Perkasa.


7. Kentut Zahid Hamidi
Tiba-tiba kentut apabila di sergah ... Gugup.
Bersyarah belasah orang. Rupanya CBT curi saham Kretam. Busuk kentut. Macam mana hal dalam ISA?


8. Kentut Husin Lempoyang
Kentut pelan-pelan lepas itu senyum sorang-sorang ... Periang.
Haa! Senyum sorang-sorang nampaknya? Kentut ke?

Hehehe ... kentut Husin Lempoyang. Wow!

* Idea dari Dr Muzi MyKMU Johor

Selasa, Disember 16, 2008

Kalau Dolah dibaling kasut ...


Sila lihat video diatas yang menjadi You-Tube sensasi dalam masa terdekat kerana telah berjaya memberi cenderamata bersara yang wajar untuk Dubya Bush.

Orang Arab begitu seronok dengan tindakan wartawan Iraq, Muntadhar al-Zaidi itu hingga ada hartawan yang akan menawarkan jutaan wang hadiah. Dia telah dianggap hero oleh dunia Arab.

Ada membuat spekulasi wartawan itu telah dibelasah dalam tahanan. KIni dikatakan di bawah tahanan tentera Iraq.

Satu game online dilaporkan telah direka di Internet.

Kalau Ali Rustam tak menang Timbalan dan Dolah betul-betul berhenti. Apa pula reaksinya jika dibaling kasut macam Bush? Undi salah satu dari jawapan objektif berikut:

a) Beliau akan sambut kasut tersebut. (SMS SAMBUT)
b) Tak sedar kerana sedang tidur (SMS TSEDAR)
c) Bertanya kasut sapa ni (SMS KSIAPA)
d) Akan bentang rang undang-undang segera tubuh Suruhanjaya (SMS SRHJYA)
d) Tiada jawapan (SMS TAKADA sila tulis jawapan anda)
Sila hantar jawapan SMS anda ke DLH_2KNG_KSUT

* Terima kasih peminat yang SMS saya joke ini

Ahad, Disember 14, 2008

Janganlah asyik harap kat aku

Ini bakal PM, tapi siap-siap aku kekal ...

Dolah telah mengarahkan pihak berkuasa yang menguruskan empat dari lima korridor ekonomi supaya memastikan usaha-usaha ini berjalan terus.

Dia memang sibuk sedang memastikan lima perkara dapat diselesaikan dan sambil itu, dia sudah mula berpindah ke Sungai Pencala untuk konon-konon pencen sebentar.

Itu pasal Dolah sedang menyegerakan pembacaan rang undang-undang anti-rasuah dan perlantikkan hakim. Mesti kasi bulldoze cepat-cepat tiga pembacaan dalam seminggu.

Isu rasuah memang dialu-alukan tetapi masih tak tahu BPR bawah Dolah atau tidak. Apa jadi dengan kes rasuah kain pelikat?

Rang undang-undang perlantikkan hakim pula dipersoalkan oleh Tun Hamid, bekas Ketua Hakim yang diberi kepercayaan oleh Dolah untuk dilantik.

Perkara-perkara ini perlukan tumpuan dan penyegeraan. Ada yang sudah kacau tuntut lebih masa.

Dolah pun perlu beri tunmpuan untuk mesyuarat Barisan Nasional. Sebelum PRU12, dia hanya dapat adakan mesyuarat BN tidak lebih dari 3 kali.

Ini yang masing-masing MCA, Gerakan, MIC dan PPP ke sana kemari sudah menyalak macam anjing dan dok menyondol macam benda yang dimakan tu.

Banyak Dolah nak fikir dan buat. Oleh yang demikian, tolonglah ... mintak tolong pihak berkuasa korridor-korridor, janganlah asyik harapkan Dolah saja untuk ...



... berfikir.

Wow! Kalau Dolah fikir sorang dan Ali Rustam menang, siap-siap dia kekal PM. Macam mana tu ...

Jumaat, Disember 12, 2008

Isyarat dalam sembahyang


Bagus juga portfolio ugama di JPM yang Dolah kasi, tersenyum Zahid memikir. Selalu dapat publisiti masuk suratkhabar.

Mana tahu perwakilan akan pertimbangkan kuota untuk Menteri berlatarbelakang ugama. Pasti mereka ingat aku belajar Usuluddin. Padahal tak. Orang tak tahu pun Mashitah marah aku beri pendapat salah pasal boleh berhutang untuk pergi haji.

Zahid memang sentiasa murah dengan senyuman dan ramah mesra. Perwakilan UMNO bukan cerdik sangat. Mudah termakan bila dapat ambil hati mereka. Kena belasah dan dedah macam mana pun, orang tak percaya punya.

Dapat tutup pandangan perwakilan mengenai kes Amir Bazli yang sudah di mahkamah. Pening aku kes budak Amir. Ini yang Dolah tolong. Itu pasal aku sanggup lawan Muhyiddin atas suruhannya.

Tapi Najib marah, kenalah undur.

----------------------------

Dengan tugasnya sebagai Menteri di JPM bertanggungjawab dalam hal ehwak ugama, selalu dia dapat bertemu rakyat sambil-sambil kempen. Jemputannya selalu di Masjid, Surau, Madrasah dan lain-lain tempat-tempat berkaitan ugama. Imej baik.

Satu hari Zahid dijemput oleh satu Persatuan Muallaf ke Majlis di pusat mereka selepas Magrib. Semua para hadhirin diajak sembahyang Magrib berjemaah bersama.

Selepas solat, Zahid cari satu sudut di belakang-belakang sikit untuk sembahyang sunat Magrib. Seorang Muallaf masuk dan pegang bahunya memberi isyarat untuk bermakmum solat Magrib.

Gelabah hari Zahid dalam sembahyang. Dia was-was, bolehkah dia jadi imam untuk orang sembahyang fardhu. Orang tua-tua kata bila was-was jangan buat dahulu. Maka Zahid pun segera beri isyarat pada makmum. Subhanallah!

Muallaf itu diam saja. Entah dia tak faham atau faham. Maka Zahid sebut lagi Subhanallah! Tak ada respons lagi. Macam mana ni? Lebih dari tiga pergerakan dikira batal.

Dia terfikir satu cara. Masa iqtidal, Zahid letak kedua-dua tangannya ke belakang. Dua jari tangan kanan dibuat serupa macam gunting budak-budak main ohsom. Gunting jari itu di buat seolah-olah menggunting jari telunjuk tangan kiri.

Lama dia berdiri dalam iqtidal memberi isyarat pada Cina muallaf belakang tu. Dia tak faham-faham juga. Zahid giveup. Mungkin dia belum habis belajar bab sembahyang jemaah. Maka kedua-dua sembahyang sampai habis dan Cina tu sambung satu kagi rakaat.

Selesai saja sembahyang, Cina tu pegang kaki Zahid. Bila Zahid menoleh, terkejut Cia tu.

Wah! Latok Jahid.”

Assalamualaikum.” Zahid beri salam.

Cina tu jawab, “Wa’alaikum salam.

“Mahu tanya sikit latok. Apa pasat lu buat itu macam masa bangun lokuk?”

“Saya hendak memberi isyarat dalam sembahyang supaya kamu jangan ikut saya sebagai makmum kerana saya sembahyang sunat dan awak sembahyang fardhu,” Zahid terangkan.

Ohhh …saya balu masuk Islam. Tak faham. Cuma ustat kasi tau cara baik belaja solat adalah ikut imam. Dia kata boleh makmum sama sapa2.

Baru Zahid tahu ada hukum membolehkan. Dari Muallaf pun kita boleh dapat ilmu.

Muallaf tu tanya lagi, “Bole tanya sikitlah Tok Jahid. Apa makna itu isarat macam gunting?”

“Itu isyarat sunat.”

Ohhh … itu sunat kah. Saya belum lagi lo. Takut … “

Wow! Apek cerita P Ramlee kata, “Wa jahid kasut bukan jahid olang.” Aiyaa! Cik Siti manis macam madu …

Khamis, Disember 11, 2008

Masing-Masing Melucu, Mangsa Masih Celaru


Husin ingin menyatakan takziah dan simpati kepada mangsa-mangsa. Yang nak bantu, hubungi Yayasan Salam yang diketuai oleh blogger, Tok Mat Talib.

Kesian ...

Orang lain yang Khairy nak tanam, sialnya sampai rakyat yang mati tertanam. Kalau Khairy turun kempen, kalah lagi BN. Jika kawannya, Wan Farid Si Monsoong-Duyong-Batu Buruk dicalun, Makcik Maimon boleh bantu tanam.

Tapi Wan Mutallib Embong menang ...

Semalam terbaca berita bahawa penduduk Bukit Antarabangsa marah pada peminat setia Husin, Dato Shabery Chik (tak caya tengok blogroll dia). Dia berkata dalam keadaan begini, kita jangan suka tunjuk jari.

Memang nak cari pasal. Marah penduduk yang akan saman pelbagai pihak. Bila terjadi kejadian tanah runtuh, mestilah ada yang silap.


Sudah rasmi pihak kerajaan tidak akan mengaku dan ber'dolah' dalih mencari jalan keluar. Biar mahkamah tentukan.

Apa yang Shabery takutkan? Bila pegang jawatan, orang intelektual pun hilang konseptual.

Cerita pasal salah menyalahkan, perang salah menyalah sudah mula. Semalam parlimen membuat perbincangan khas mengenai masaalah ini dari usul yang dibawa oleh Azmin, wakil rakyat kawasan ini.

Khalid Ibrahim menyalahkan Khir Toyo kerana meluluskan 99 projek perumahan di lereng bukit di Parlimen. Kesian, si makan tempe juga yang kena.

Padahal dia telah terangkan jelas sebelum itu di New Straits Times (kawan TV3) bahawa sejak peristiwa 2006, jabatan tertentu kena beri laporan mengenai keadaan di lereng bukit di Hulu Kelang setiap-tiap 3 bulan.

Nampaknya Kkkk ..kha..kha..khalid sokong BN! terasa pedas dan cuba mengalih pandang. Dia ingat politik macam dia tikam belakang staf dan rakan kerja di PNB. Kesian, dia bukan saja gagap, pandangan juling dan kepala pun pusing.

Kalau nak bincang pasal Bukit Antarabangsa, kaji yang itu. Mengungkit yang lain hanya cari modal politik. Bukankah Anwar Ibrahim kata jangan salahkan sesiapa dalam keadaan begini?

Hmmm ... cucu keling botol yang masuk Islam memang boleh buat felem.

Ini fitrah ahli-ahli politik yang sudah terbiasa. Satu masa dahulu ada pemimpin membuat komen mengenai mangsa banjir dengan berkata buat apa buat rumah di tempat banjir. Mengaruk orang. Tak peka. Kemudianlah ...

Rupanya ada pulak yang cakap hampir sedemkian ... Si Ali Rustam al Ketam. Dia kata semua penduduk perlu keluar. Apa dia tahu pasal hal ini? Jangan sibuk hal Selangor.

Orang buat blog, dia pun nak. Orang tulis macam-macam, dia meraban. Kosong isi orang tak datang lagi. Inilah orang tak cermin diri. Mainkan video di bawah ini.



Masuk TV hendak tapi benda nak dicakap tak tahu. Ada baru sedar apa yang Husin dah lama sedar. Bercita-cita nak jadi Timbalan Perdana Menteri. Tak akan harapkan rajin bersalam dan menalipon perwakilan saja ...

Kenapa dia cakap itu? Apa ada di Bukit Antarabangsa? He he he ...

Cerita peribadi lama tak mahu cerita. Cuma Husin masih ingat cerita ini semasa dia Timbalan Menteri dan duduk di Jalan Maktab dekat-dekat Jalan Semarak, Kuala Lumpur.


Macam bos kempen dia, Dolah yang kononnya Mr Clean, jangat ingat dia pun Clean. Air Melaka, Air Melaka ...

Sudah tersebut Dolah, dia kata kerajaan akan memberi gantirugi. Apa? Disitu bukan jutaan, tapi mahu RM100 juta! Betul tak Ali dan Dolah serupa. Main cakap aja.

Dolah naik menziarah penduduk dan khususnya, Setiausaha Dato Thajudeen. Dengan nyawa terkorban, rakyat kehilangan rumah, dan jutaan harta benda rosak, dia kata jangan risau. Lepas ni boleh ambil barang yang tertimbus.

Tak kuasa nak belasah dia lagi. Cuma tertanya-tanya. Barang apa tu? Thaj simpan barang apa untuk Dolah? Untuk Dolah atau Ali Rustam? Teringat peristiwa tentera tolong pindahkan barang dari rumah Jeneral (B) Ismail tahun 2002.

Apa lagi merepek akan keluar dari mulutnya dan apa lagi kerja kelam kabut akan dilakukan Dolah selama tiga empat bulan ni? Asal jangan pula dilanjutkan sampai September cukuplah.

Oi ... apa tengok-tengok aku ni?

Dalam perhatian yang begitu tertumpu ke arah Bukit Antarabangsa, satu suara yang diam menikus. Ya, tuan-tuan dan puan-puan, di mana Mat Taib? Khir Toyo kata projek-projek di Bukit Antarabangsa diluluskan 15 tahun dahulu. Khir Toyo jadi MB cuma 8 tahun pada tahun 2000.

Mat Taib Mat Taib ... memang pandai berniaga. Selain kejayaan perniagaan "cash and carry", projek perumahanny aunik .... guna "build and bury".

Wow! Lepas Raya Haji, pakai longgok jual orang. Lagi untung jual orang dari jual unta.

Selasa, Disember 09, 2008

Ini macam bukan cerita kapalterbang

Pandangan tahun 1999 dari atas kapalterbang tapi ini bukan lapangan terbang

Orang putih kalau marah hingga maki, diguna perkataan empat angka itu. Tak tahulah kenapa, secara kebetulan cerita pun asyik empat angka.

Ini kisah satu pasangan yg baru berkahwin.

Sehari sebelum upacara akad nikah, emak pengantin lelaki menasihati anaknya, "Nak. Apabila menghampiri isterimu pada malam pertama, kamu harus kata kapal terbang ingin mendarat".

Emak pengantin perempuan pula menasihati anaknya, "Nak. Bila suamimu berkata kapal terbang ingin mendarat, jawabnya lapangan terbang sudah sedia".

Maka hari yang ditunggu-tunggu pun tiba.

Sisuami sudah sabar-sabar. Apabila malam tiba, dengan hatinya yang berdebar-debar dia mendekati siisteri lalu berkata, "Kapal terbang ingin mendarat."

Siisteri tidak faham dan berkata, "Saya penat bang. Mari kita tidur."

Si suami hampa. Dalam hatinya berkata, "Tak apa. Mungkin isteri aku malu. Beri dia peluang kedua"

Tiba malam kedua sisuami mendekati siisteri dan bertanya lagi, "Kapal terbang ingin mendarat."

Malangnya siisteri masih tidak faham. Sisuami sedang membaca surat khabar. Sisteri ingat dia sedang bercerita mengenai berita akhbar.

Difikirkan ianya tak ada kena mengena dengannya, siisteri beritahu sisuami, "Sudahlah tu bang. Janganlah baca surat khabar lagi. Mari kita tidur."

Sisuami hampa lagi, tetapi tak apalah esok masih ada katanya dalam hati.

Tiba malam ketiga, sisuami sekali lagi dengan penuh harapan dan begitu pasti malam ini pasti aku dapat. Dia mendekati siisteri dan berkata lagi, "Kapal terbang ingin mendarat."

Siisteri bangun dan teruis menjenguk ke arah luar jendela. Melihat tak nampak kapalterbang, si isteri menggelengkan kepala.

Melihatkan siisteri menggelengkan kepala, sisuami hampa. Dalam hatinya berkata, "Kejamnya isteriku. Membiarkan aku menunggu selama 3 hari tapi masih enggan memberikannya kepada ku."

Sisuami dengan muka yg masam terus tidur tanpa mengajak si isteri.


Keesokan harinya si isteri bertanya kepada ibunya, "Ibu kenapa suami saya setiap malam berkata kapal terbang ingin mendarat?"

Siibu pun berkata "Apa yg kamu jawab, nak?"

"Saya tidak jawab apa-apa," jawab sianak.

Siibu mengingatinya, "Apa anak sudah lupa apa yg ibu nasihatkan tentang malam pertama. Sepatunya anak menjawab lapangan terbang sudah sedia sebagai tanda bersetuju."

"Oh ... saya lupa lah ibu. Tak apa malam ini saya pasti akan menjawab dengan betul," jawab sianak yang baru teringat.

Maka tiba waktu malam, si suami tidak menunjukkan apa-apa tanda dia akan bertanya soalan yg sama.

Malam kian larut. Siisteri tertanya-tanya bilakah sisuami akan bertanya. Akhirnya siisteri berfikir baik akau menawarkan diri.

Dia mendekati sisuami dan berkata, "Lapangan terbang sudah sedia."

Kerana terlalu geram dengan siisteri, dengan muka yg masam sisuami menjawab, "Kapal terbang rosak."
Ini macamlah kisah yang berlaku berkali-kali dan berulang tapi tak mahu dilayan dan ambil endah. Ada yang kecewa kerana tak faham-faham.

Ahad, Disember 07, 2008

Selamat Aidil Adha ... Kisah Wukuf di "Padang Mahsya"

Hari ini Husin sepatutnya puasa sunat hari wukuf. Tetapi terlupa apabila pagi-pagi melihat sepinggan cucur kodok atas meja dengan bau kopi Hang Tuah yang harum disediakan atas meja. Dah habis setengah pinggan baru teringat. Rasa bersalah hendak teruskan puasa.

Ini kisah betul mengenai seorang anak muda yang agak nakal. Nama diubah untuk melindungi identiti. Punyalah nakal sampai dikato oghang apo sajo tak dibuek. Apo sajo tak ditolan mulut. Mungkin cuma 'kobau pendik' sajo yang tak kesampaian.

Dipendikkan cerita adalah seorang mak saudaranya yang janda nak naik Haji. Dia memerlukan seorang waghih jantan untuk ikut bersama.

Anak-anak semua sibuk dengan anak-anak masing nak periksa dan hal-hal kerja. Ekonomi pun satu halangan. Diajak orang muda ini.

"Sayo tak sedio Mak Ngah. Taulah mudo-mudo ni banyak urusan," si Ali berkata.

"Alah ... maso mudolah kau sonang dapek cuti. Tolonglah Mak Ngah ni. Kalau Mak Ngah dah takdo, tak raso poi Haji lagi."

Alah diguna helah ini, cairlah aku, difikirkan si Ali.

Mak Ngah menyambung pujuk rayunya melihat mato si Ali termonung, "Manolah tau Haji dulu tak diterimo. Banyak cacatnyo. Mati takdo bawak fardhu Haji."

"Janganlah cakap macam tu, Mak Ngah. Sayo ni ..."

Melihat dia dah termakan pujuk rayu, Mak Ngah dah pintas, "Ekau tahu baca Fatifah, tak?"

"Tau!"

"Kau tau baco Surat Ikhlas?"

"Qul hu walla?"

"Yo. 'Alam nasyroh?"

"Ingat ingatlah jugo ..."

"Bule la. Kau ikut ajo apo Mak Ngah buek."

"Dah bolehlah tu. Kito oghang kongsikan belanjo kau, Ali. Nanti aku tolong betulkan sembahyang dan patihah kau," Azman, anak Mak Ngah menyambut. Dia tahu naknya si Ali. Hairan kenapo Mak ngajak si Ali.

Budak Ali itu bersemangat dan dirancang pemergian. Dah semua balik, Azman bertanya kat Maknya, "Takdo oghang lain ko nak diajak Mak?"

"Hai ... oghang macam Ali lah patut diajak. Dibuko mato. Bertukar dio nanti."

Pergilah Mak Ngah dan Ali naik Haji dan kembali dengan selamat. Ramailah yang menziarah rumah Mak Ngah.

Ali yang kampung di Ghombau rihat di rumah Mak Ngah di Kolumpo sebelum mulo balik kojo.

Hari tu Pak Lang ada. Dia betanyo si Ali, "Macam mano kau Haji, Ali?"

"Lain dari batuk-batuk, raso semuo baik. Syukur Alhamdulillah." Puh, balik Mokah dah pandai sebut syukur dan Alhamdulillah.

"Biasolah tu. Oghang ramai. Apo yang menarik maso kau buek Haji?"

Ali menjawab, "Sayo raso paling mencabar maso wukuf di Padang Mahsyar. Mato ngantuk sajo dan susah bonar nak baco-baco dan doa. Sayo cekalkan ajo ..."

Mak Ngah datang dari belakang bawak air untuk Pak Lang, "Padang Arafah la ..."

"Ops ... silap Mak Ngah. Padang Arafah, padang Arafah ...," Ali membetulkan.

"Samo jo tu ... Macam dah bersedio kau. Baguslah ..." Pak Lang menjawab.


Syariatnya lain. Hakikatnya, dikatakan yang faham, sama.

Seluruh pengertian perjalanan kita di dunia ini bagaikan tertumpu di waktu wukuf. Bagaikan di situlah kita berhadapan Allah Maha Pencipta sekelian alam di Padang Mahsyar menunggu 'perbicaraan'. Maka di dunia ini kita pohon pengampunan, keredaan dan kemudahan untuk ketika itu.

Kewujudan kita di dunia ini tiada erti, melainkan untuk mendapat taufek dan hidayahnya. Taufek dan hidayah yang membuka hati kita mengenalinya. Dengan taufek dan hidayah, kita menjumpai pengertian yang hakiki

Puh ... panjang cerita. Sejuk perut mengeluarkan kata sedemikian. Maklumlah blogger satira politik ... Cito-cito tinggi, dosa tak lari.

Husin diberitahu wukuf bermula hari ini pada lebih kurang pukul 5 petang lepas asar waktu Malaysia. Kita doakan semua tetamu Allah, muslimin wal muslimat sedar dan berjaya melepasi cabaran wukuf di Arafah dan sempurna ibadat Haji masing-masing.

Diucapkan kepada semua pengunjung blog ini ... Selamat Aidil Adha. Bagi yang meraikannya, jangan lupa disunatkan puasa pagi dan hanya makan selepas sembahyang raya.

Wow! Masyuk masyuk ... banyak orang Malayu jadi Arab mahu korban unta bukan hanya binatang pelihara empat kaki.

Jumaat, Disember 05, 2008

Inikah sebab Matematik dan Sains pakai bahasa Inggeris?

Ini mungkin bukan sebab sebenar, tetapi hanya Husin teka-teka.

Semasa Dr Mahathir mentadbir dia meminati bidang IT dan komunikasi dan dibina Multimedia Super Corridor (MSC) sebagai sebuah tempat yang dibina infrastuktur komunikasi yang hebat untuk membolehkan syarikat-syarikat dunia guna sebagai pusat kajian, operasi dan lain-lain.

Tatakala sedang merancang MSC ini, dia dapati kebanyakkan kertaskerja rasmi dalam bahasa Melayu menggunakan bahasa Inggeris. Akhirnya disuruh terjemahlah dalam bahasa rasmi, Bahasa Melayu (ikut perlembagaan ni).

Perancang-perancang MSC ni gopoh gapahlah terpaksa tanya sana sini. Bila ditanya Dewan Bahasa Pustaka, tak dapat-dapat istilahnya. Nak kena panggil mesyuarat dan panggil pakar-pakar. Peliknya salah seorang perancang yang terlibat dipanggil ke Mesyuarat DBP pulak.

Mereka pun berusaha dengan bertanya Institiut Penterjemahan Negara, mereka hanya bisingkan tak cukup peruntukkan untuk terjemah buku-buku ilmiah.

Perancang-perancang ini tak ada masa. Lalu mereka terjemah sendiri akhirnya dan dalam kurungan ditulis istilah Inggerisnya.

Apabila kertaskerja itu siap, CEO itu datang sendiri untuk menyerahkan kepada Dr Mahathir. Tercengang dan terkejut dia baca kertaskerja itu.

Mana tak. Tengok istilah-istilah yang diguna semasa itu:
Hardware = perkakasan keras
Software = perkakasan lembut
Joystick = batang gembira
Plug and play = cucuk dan main
Port = lubang
Server = pelayan
Client = pelanggan
Ada satu ayat itu, berbunyi berikut:


Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan.
Terperanjat Dr Mahathir melihat ayat itu. Lebih kurang semasa itu ada seorang ahli Parlimen PAS kata dia tengok filem lucah dengan cucunya.

Inikan pula ada laporan berbunyi lucah. Dia mengangkat matanya. Dengan jelingan yang tajam, dia bertanya mengenai para itu.

CEO itu menjawab, "Dalam bahasa Inggeris, ia sepatutnya berbunyi, "That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client."

Parah ...

Akhbar dahulu laporkan ramai diplomat kita tak tahu bertutur dengan baik dalam bahasa Inggeris.

Husin ingat ini menjadi sebab terpaksa guna bahasa Inggeris untuk subjek Matematik dan Sains.

Salahnya siapa?

Ada salahkan Dr Mahathir. ... Ada salahkan guru-guru bahasa Inggeris tak cekap. Ada salahkan DBP. Ada salahkan lambat sangat penterjemahan buku-buku teks ke dalam Bahasa Inggeris. ... Ada salahkan globalisasi. Ada salahkan persaingan yang terlalu sengit menyebabkan terpaksa. ... Hingga ada salahkan Bill Clinton dan John Major.

Diri sendiri yang tak kuasai Bahasa Melayu dengan baik tak disalahkan.

Walaupun kadang-kadang ada benda terlepas, nasib baik Dr Mahathir teliti. Kalau zaman Dolah, apa jadi akhirnya.

Wow! Kali pertama satira cuit Dr Mahathir. Tapi bukan jual.

Khamis, Disember 04, 2008

Tak pekak untuk dicuba


Malam semalam Husin keluar pergi teh tarik dengan kawan-kawan. Isu semalam adalah isu sekolah Cina dan India serta perpaduan kaum.

Husin: Apa pandangan kau orang mengenai isu sekolah Vernacular*

Lim: Ohhh ... tak bolehlah hapuskan. Itu budaya kami. Ini hak asasi manusia bawah Bangsa-Bangsa Bersatu.

Rashid: Mana ada dinafikan? Bukankah itu cadangan untuk perpaduan. Sendiri boleh teruskan dengan bahasa ibunda masing-masing.

Husin: Betul tu Lim. Kita Melayu, Cina, India ... duduk kawasan rumah lain-lain, kerja lain-lain, pekerjaan lain-lain, ugama lain-lain, dan cakap bahasa lain-lain. Lu tengok sini saja cukup. Budak Cina duduk dengan budak Cina. Yang Melayu geng dengan Melayu. Ini yang timbul syak wasangka dan prejudis dengan bangsa lain.

Lim: Betul ... Tapi bila Universiti, kita campur apa?

Rashid: Tak juga. Di Universiti ... mereka berkawan ikut kaum masing-masing. Belajar tak sama. Tak kongsi belajar dan perbincangan sama-sama.

Husin: Aku fed-up dengan ahli politik. Retorik. Cakap pasal perpaduan kaum, bina Bangsa Malaysia yang satu. Hilangkan perbezaan antara kaum. Tapi bila untuk satukan sekolah, macam-macam alasan. Ada ahli politik Melayu pun guna untuk mileage politik. Ada ke buat repot di balai polis. Bukan disuruh tutup. Baru ajak bincang-bincang. Benda lain mereka kata perlu dibincang.

Khoo: Sabar sabar Husin ... Aku faham. Itu semua ahli politik. Memang baik kau jual saja dia orang. Kita kena perlu ada program untuk menyatu padukan rakyat untuk jadi satu Bangsa Malaysia. Tak boleh retorik dan kata perlembagaan dan hak saja. Kena ada implementation. Maka kita perlu lakukan sesuatu yang berbeza. Memang perlu lentur buluh dari rebung.

Khairy: Ini semua adalah usaha Khir Toyo dan Mukhriz untuk mempolitikkan.

Hj Haida: Shut-up lah kau, Khairy. Tak habis berpolitik saja. Ini benda serius yang perlu didebat. Dalam bilik ada gambar Anwar. Tapi dah buang. Macam aku tak tahu.

Balan: Kau tu cakap multiracial, multicultural tetapi kau angkat keris juga. Lepas tu salahkan Hishamuddin. Kau tak faham apa yang kau kata. Pergi belajar perlembagaan.

Lim: Kau kerja nak cari pengaruh membabi buta hingga apa saja sanggup dibuat. Pergi main minum di Heritage Mansion atau main dengan budak-budak perempuan!

(Teresak-esak Khairy pegi dimarah dan dihalau orang-orang tua.)

Rahim: Aku pun multiracial. Aku tak pilih kasih. Satu masa dahulu, semua boleh.

Balan: Hey Tamby. Kau ni tak habis-habis cerita lama. Kata dah taubat?

Ragunathan: Tetapi sekolah kebangsaan pakai bahasa Melayu. Apa jadi bahasa Tamil dan Cina? Kita kena belajar bahasa-bahasa India dan China kerana ekonomi sedang booming.

Khoo: Ini bukan isu ekonomi tapi isu nation-building. Perkara prinsip. Itu implemantation. Aku rasa tak mati bahasa tersebut diguna secara peribadi dan sesama komuniti kaum tersebut. Di sekolah dan Universiti boleh study bahasa-bahsa tersebut.

Rashid: Berapa sangat orang berniaga dengan Cina dan India dalam bahasa tersebut. Macam mana pula bahasa Perancis, Jerman dan Jepun yang negara maju juga? Aku dari Sabah. Macam mana dengan bahasa Bajau, Murut, Kadazan, Dusun, Melanau, Iban, Dayak ... ? Aku Bumiputera bah! Macam mana bangsa Cina dan India dapat sekolah sendiri, kami tak cukup sekolah dan peruntukkan bahasa kami. Kami lagi berhak!

Hj Haida: Kau dengar Lim? Kita boleh cuba cara lain. Mesti cara jalan yang komprehensif dan ambil kira segala hak yang sudah seimbang dalam perlembagaan. Nak bina negara kita kena iratkan muhibbah kaum dari kecil lagi. Bila sudah besar, prejudis dah menebal. Sekolah wawasan satu cara. Satu aliran kebangsaan dengan diajar bahasa ibunda pun bagus. Pagi kelas kebangsaan dan petang sekolah ugama dan aliran kaum pun satu cara.

Rashid: Kita kena perlu akui kerajaan tak ada kewajipan ke atas sekolah vernakular. Kewajipan adalah hanya sekolah kebangsaan yang tidak ada diskriminasi. Ok sekolah asrama penuh dan UiTM nampak macam diskrimanasi tetapi itu adalah bawah hak-hak keistimewaan Melayu. Bila Melayu dah okay, dibuka untuk semualah. Kalau seolah CIna dan India tutup, ada orang Melayu sanggup tutup Sekolah Agama Rakyat.

Hj Haida: SAR tak boleh kacau. Hak kami lagi tinggi dari hak sekolah Cinadan India yang lebih usaha private. Dalam peruntukkan Perlembagaan 12 (b), satu kesalahan tidak membiayai sekolah untuk pendidikkan Islam.

Lim: Itulah dia Rashid. Orang Cina kata, kalau orang Melayu pun ada sekolah untuk mereka sahaja, mereka pun nak. Saya sokong Bumiputera lain buka sekolah dia.

Husin: Kau ni nak main politik lah Lim. Di Singapura pun tak da sekolah Cina. Ketepikan politiklah. Mesti ada satu proses ke arah semua sama. Tak boleh main terus sama rata. Mesti cara yang adil. Yang susah dibantu. Yang kurang diberi kelebihan. Mesti adil. Kita mulakan perlahan-perlahan.

Aku rasa sekolah asrama penuh patut tutup dan pertingkatkan sekolah-sekolah kebangsaan. Tak releven lagi dengan kemudahan di rumah baik-baik. Biar yang ada untuk orang miskin saja. Ini orang ada Merc hantar anak ke sekolah asrama. Lama-lama anak orang kaya yang pandai yang berjaya pasal anak-anak orang berkemampuan akan dapat semua A.

Rahim: Kita buat satu mesti satu persatu-persatu macam dalam tournament. Mula2 kita kata benda-benda manis. Lepas itu kita pegang-pegang. Lepas itu kat pipi sedikit. Lepas itu kita ..

Hj Haida: Kau ni kelain pulak Rahim. Jagalah Tamby kau tu ...

Balan: Kasi can dia. Dia kata dia dah taubat. Betul dia cakap. Satu-satu perkara mesti dilakukan satu persatu.

Hj Haida: Cakap saja tak apalah. Asal kau tak balik perangai lama ...

Rahim: Masaalah kita macam beginilah. Takut perubahan. Ini ada cerita. Ada satu suami isteri yang dah kahwin lama. Untuk memeriah dan meneyeronokan sesama mereka, satu malam tu si suami ajak isteri try kat telinga ...

Leman: Lagi teruklah cerita kau Rahim ...

Rahim: Kau nak dengar tak?

Husin: Kau diamlah Leman! Aku nak dengar. Teruskan Rahim ...

Rahim: Eh .. tak boleh honey. Afterward I go deaf. Si suami jawab. Dah 20 tahun tak bisu pun awak.

Kah kah kah ha ha ha ...

(Semua ketawa terbahak-bahak)

Leman: Kau ini nak bincang pasal apa sekali pun mesti ada cerita hamsap.

Lim: Tak apalah. Nanti serius sangat kita gaduh sampai buat laporan sedition. Nasib baik tak di hidung. Sesak nak bernafas nanti.

Leman: Aku heran hipokrit betul ada ahli politik yang suruh tahan bawah sedition. Padahal dia tentang akta sedition.

Rahim: Itu pasal dia cuba masuk ikut lubang atas kepalanya ...

* Keyboard dah boleh guna hurup "c".

Rabu, Disember 03, 2008

Salah Menteri atau salah Verna_ular


Ini gambar sebuah kilang di Meru, Selangor.

Kalau Rais Yatim, atau Mohamad Hasan atau Isa Samad yang jadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, tak akan lulus nama kilang.

Bagi kilang tersebut untuk beroperasi, mesti mendapat kelulusan kilang yang berada di bawah Menteri MITI. Adakah ini mesti pasal tidak ada apa-apa antara kelengkang?

Tanah mesti mendapat persetujuan negeri atau pemaju. Adakah salah mereka?

Adakah salah tuanpunya?

Betul juga. Tak akan salahkan orang lain dan bukan salahkan diri sendiri.

Adakah kaum tuan punya yang kata kita mesti jadi satu bangsa Malaysia, semua sama dan tak ada tuan dan hamba?

Ini juga bangsa yang merungut tak ada perpaduan kaum.

Ini juga mereka yang masa nak warganegara perakui bahasa Melayu bahasa kebangsaan?

Dah mengaku bahasa kebangsaan, patut itu sahaja diguna.

Tapi mula mintak masa. Kemudian beri alasan. Akhirnya mintak tolong peruntukan dan sedia terima syarat.

Lepas itu ada kita buang pulak kuasa tertentu dari undang-undang. Bila kuasa sudah hilang, naik tocang.

Hampir 80% dari kaum mereka pergi sekolah verna_ular ...

Sorry keyboard rosak susah nak tekan satu hurup tu.

Selasa, Disember 02, 2008

Wah! Orang baru ...


Blog Masterdedah memberi peringatan kepada seseorang tentang bahaya sentuhan jarinya.

Ini mengingatkan Husin tentang cerita seorang anak dan bapak yang kedua-dua playboy kampung. Ceritanya begini.

Si Bapak, Pak Nawar dapat tahu anak mudanya, Atan itu dikata orang sekampung sebagai playboy. Punyalah hanok hingga dipanggil Asmara.

Satu hari dia bersemuka dengan anaknya.

"Atan, orang kata kau ni ramai mambang di kampung. Playboy besar ... ye?"

"Tak adalah Pak. Orang kampung saja buat cerita," jawab si Atan. Dia ingat Bapaknya nak marah. Maka dia cuba manafikan.

Menyedari anaknya tak akan mengaku, dia pun mengaku "Sebenarnya Atan, Pak pun sama. Semua pompuan di kampung Pak sudah berasmara."

"Bohonglah Pak ni...", jawab Atan. Dia pun takut-takut bapaknya pasang jerat mahu tangkap dia.

"Gini, kalau kau nak tahu. Semua pompuan sekampung Pak sudah sama. Bapak ni playboy juga. Untuk buktikan, mana pompuan yang kau berasmara, kau celit bau tu nya di jari. Kasi Bapak cium bau, Garenti bapak boleh beritahu siapa."

Sudah dikata begitu terbuka dan siap cabar, Atan yakinlah.

Satu malam dia balik dan tujukan jari hantunya kepada Pak Nawar untuk dibau.

"Ohhh ... Ini si Milah ni, Atan"

"Eh!... Betul." Terkejut si Atan.

Petang jumaat dia pulang dan ditonjolkan jari untuk Bapak bau.

"Ini macam bau si Jenab."

"Betullah Pak!" Hairan si Atan dengan kehebatan Bapaknya.

Sepanjang hari minggu dia hilang. Balik-balik rumah, Pak Nawar menyambut di pintu.

"Kuatnya bau si Bedah tu ..."

"Macam mana Bapak boleh tau?" Atan bertanya.

"Kan Bapak dah cakap. Bapak dah rasa semua dan sampai baunya pun Bapak tahu."

Satu hari Atan memikirkan macam mana nak dikenakan Bapaknya. Tak akan semua perempuan sekampung dia sudah. Dia sudah atau dia mengekori aku

Dia pergi rumah sebelah dan masuk kandang lembu Pak Andak. Lalu dicucuk jarinya ke dalam lubang belakang seekor lembu.

Apabila balik dia kejutkan Bapaknya yang sedang tidor.

"Pak ... Pak ... cuba Pak bau."

Pak Nawar cium sekejap dan diam. Atan tarik tangannya.

"Nanti ... nanti ..."

Pak Nawar tahan. Dia cium betul-betul. Masih berdiam.

Atan nak tarik tangannya, Pak Nawar tahan lagi.

"Sekejap lagi."

Eh ... orang tua ni. Suka pulak bau benda alah tu, fikir Si Atan.

Dia mula bersuara.

"Wah! ... Orang baru ye ..."

Handal hebat Pak Nawar. Handal.

Cerita pasal orang baru. Dr Siddiq menulis di sini mengenai orang baru. Siddiq Sigaraga dah pandai baca hingga jadi Doctor?

* Untuk pemberitahuan, Masterdedah dan Dr Siddiq sudah dimasukkan dalam blogroll. Ada humor tulisan mereka la.

Sabtu, November 29, 2008

Cerita Temenggong Jugah Pergi London


Pada tahun '60an zaman P Ramlee dulu, ada seorang pemimpin dari Sarawak bernama Tun Jugah Anak Barieng (1903 - 1981) atau sering dipanggil semasa itu Temenggong Jugah. Beliau merupakan Ketua Utama Orang-orang Iban selama 55 tahun dan digelar Apai bermakna bapa.

Temenggong Jugah atau kita panggil Apai untuk pendik memenangi kerusi ahli Parlimen pada pilihanraya Malaysia pertama pada tahun 1963, dan menjadi Menteri Hal Ehwal Sarawak.

Kalau tengok gambar Leo Moggie, berbeza dari Temenggong Jugah. Kenapa Leo Moggie tidak bangga dengan pakaian jatidiri Iban? Dengan luaran Iban, dia berperanan dalam sejarah awal negeri Sarawak. Besarnya Apai kepada Orang Iban hingga Yayasan Orang Iban diberi namanya untuk mengenangkan jasanya.

Ceritanya, Tunku Abdul Rahman membawa Apai ke London untuk rombongan rasmi melawat Queen Elizabeth II. Itu adalah pertama kali dia ke London. Dia tidak tahu berbahasa Inggeris. Queen menjemput mereka ke satu Majlis Malan Malam di Raja di Buckingham Palace.

Hidangan pertama adalah sop. Pelayan itu menghidangkan Apai sop. Apabila dilihat mangkuknya sudah habis, pelayan itu bertanya, "Would you like any more soup, sir?"

Apai tak tahu nak cakap apa. Dia tak faham apa yang dikatakan, cuma faham perkataan soup. Ingatkan dia ditanya sedap ke tidak sop itu, dia hanya mengangguk dengan sopan sambil menyebut, "Soup soup ..."

Ingatkan dia mahu lagi, pelayan itu menambah lagi sop dalam mangkuknya. Dah terpaksa dia menghirup lagi sop. Zaman itu, pantang orang membazir makanan.

Apai lihat orang lain sudah dihidangkan salad yang berisi dengan makanan laut. Cepat-cepatlah dia hirup sop itu.

Habis saja, pelayan itu berkata, "You must love the soup, sir. Would you like some more?"

Sekali lagi dia menganngguk sambil menjawab, "Soup soup ..."

Dituang lagi sop dalam mangkuk. Terpaksa Apai menghirup sop, tak mahu membazir.

Tun Dr Ismail, Tun Sambanthan dan Tun Tan Siew Sin hairan kenapa Apai masih menghirup sup. Mereka sudah habis salad dan sedang menunggu hidangan ke tiga stik. Malas bertanya kerana tak mahu malukan dia. Apai pun agak kurang bercakap.

Apai sedar orang lain dah habis hidangan kedua. Semasa dia menghabiskan mangkuk ketiga sopnya, dia lihat pelayan-pelayan lain tengah membawa masuk hidangan stik kepada mereka-mereka yang lain.

Apabila dia habis saja menghirup sop mangkuk ketiga, pelayan itu bertanya dengan hormat, "Sir, you missed the second course, and they are now at the third course, which is steak. Would you still like to have the salad or steak now? Or you still prefer more soup?"

Apai melihat kepada pelayan itu sambil bercakap, "Berapa kali kau nak kasi aku sop? Aku nak makan daging. Sop, sop, sop, nak aku potong kepala ...?"

Tun Tan Siew Sin yang duduk disebelah hampir nak tergelak. Baru faham dia tidak tahu bahasa Inggeris. Dia pun beritahu pelayan, "I believe he would like to have the steak now."

Husin bukan mahu mengingatkan kita mengenai kelemahan Temenggung Jugah.

Semasa kita nak merdeka, 70% dari rakyat yang kebanyakkan orang Melayu dan Kaum-kaum di Sabah dan Sarawak adalah miskin. Kebanyakkan rakyat luar bandar tidak ada air, dan letrik di rumah. Kemudahan sekolah kurang. Inikan nak bercakap bahasa tuan dan mem.

Kadang-kadang bila didesak-desak dan dimintak-mintak anak-anak, Husin keluarkan perkataan dari cerita ini, "Nak aku potong punai?" Maksudnya sunat. Berhenti mereka.

Wow! Husin lagi untung berniaga dalam aman dan tenteram dari ada potong-potong ...

Jumaat, November 28, 2008

Di mana ada orang berkepala palsu?

Sebelum keluar pengumuman menggalakkan nama samaran, seorang komentar tanpa nama 8:18 pm menimbulkan beberapa soalan di sini. Dia bertanya:

1. Adakah UMNO berjuang membela kesejahteraan orang berbangsa Melayu?
2. Adakah PAS berjuang untuk menegakkan syiar orang yang beragama Islam?
3. Adakah PKR berjuang untuk menegakkan keadilan bagi orang Melayu Islam?
Soalan yang tepat, padat, dan kaw.

Biar hamba, Husin Lempoyang, saudagar unta dari Cairo, bapak kepada Hasan Lengkuas, dan lebih untung jual orang dari jual unta ... Wow! memberi jawapan yang tulus dan ikhlas dengan satu cerita.

Al kisahnya, ...

...eh ... cut cut. Tuan Direktor, kenapa semua cerita Melayu mesti mula dengan Al Kisahnya? Macam Al Gore.

Dah bapak aku, Abdul Nafsu suka mula cerita macam begitu. Ikut sajalah skrip yang aku sudah tulis ... adat kita ikut tradisi lama. Okay berbalik kita. Ikut saja skrip tu. Action! Taaake two!

Tuan ... sekejap tuan. Kenapa mesti guna perkataan orang putih? Tak boleh ke pakai perkataan Melayu?

Ehhh ... banyak songel engkau ini. Belum pun jadi bintang felem. Baru pelawak pun dah cerewet.

Saya hanya mahu ingatkan "Bahasa Jiwa Bangsa". Okay saya sudah bersedia.

Baiklah peringatan yang baik. Lakunkan! Rakaman ketiga!


Al kisahnya, satu persidangan bekas anggota bersenjata seluruh dunia telah diadakan di Paris untuk membincangkan mengenai isu-isu kebajikan bekas-bekas anggota bersenjata.

Di dalam satu sesi bengkel yang membincangkan masaalah kehilangan anggota yang dialami askar semasa pertemporan, seorang wakil dari Amerika menjadi salah satu ahli panel.

Dia memberitahu sebarang anggota bersenjata mereka yang terpaksa dipotong tangan atau kaki digantikan dengan anggota palsu bermutu tinggi.

Wakil dari Perancis yang merupakan ahli panel kedua memberitahu bekas-bekas anggota bersenjata mereka diberikan jawatan tinggi korporat disamping anggota palsu.

Selepas itu sesi perbincangan dari para hadhirin. Setelah pelbagai pandanagn dan persoalan ditimbulkan oleh pelbagai wakil-wakil dari negara-negara maju bangun berbicara, wakil Malaysia yang duduk terperuk dibelakang sebelah hujung bangun.

Dia memberitahu bengkel bahawa askar-askar Malaysia tidak pernah mengalami kehilangan kaki atau tangan.

Askar Malaysia hanya mengalami kehilangan kepala kerana semasa Jepun menceroboh Malaya, mereka banyak potong kepala. Itu pun kami berjaya tukarkan dengan kepala palsu bermutu tinggi yang diperbuat dari kayu.

Seluruh bengkel terpegun. Pengerusi bertanya dimana untuk melihat rekaan Malaysia ini.

Wakil Malaysia menjawab kebanyakkan askar-askar ini sudah tua atau sudah meninggal dunia. Zuriat mereka juga berkepala kayu.

Banyak dari anak-anak mereka berada di Parlimen. Hampir kesemua ahli-ahli Parlimen Melayu dan Bumiputera dari Barisan Nasional, dan parti-parti PAS dan PKR adalah anak-anak askar ini.

Semua parti dan bebas ada. Siapa yang kepala kayu kerana sayangkan undi?

Seorang penuntun bangun bertanya adakahs emua ahli parlimen Melayu demikian. Wakil Malaysia terangkan. Satu saja pasti tak. Ibrahim Ali. Dia Bebas ... maaf, dia Perkasa.

Wow! Anon 8:18, aku tujukan Wow! itu untukmu.

Potong!!!! Cetak rakaman itu!

Bagus Husin Lempoyang. Pergi pejabat tandatangan kontrak sosial.

Kontrak sosial? Aku ingat kontrak felem. Celaka punya Tuan Direktor.