Khamis, Oktober 30, 2008

Taktik Politik 'Mentengkolokkan' Dengan Botol?


Ana semalam dituduh menggunakan taktik politik yang cuba mentengkolokkan dengan botol ... eh maaf, membetulkan pemimpin masa depan dengan menegur.

Ada kata salah kita menjatuhkan maruah seseorang.

Ada persoalkan siapa ana untuk meng-ian chin-kan seseorang?

Ada juga mengatakan ana munafiq kerana ana pun minum air sarbat. ... air sarbat itu air ada halia lah!

Seorang komentar bernama Khairy Jamaluddin berkata:

Ini usaha jahat untuk menafikan hak saya sebagai penuntut Oxford untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO dan akhirnya sebagai Perdana menteri Malaysia seblum saya berumor 40 tahun.

Orang yang dalam gambar itu mungkin kembar saya dari berlainan ibu dan bapa. Kami memang sama lahir di Kuwait pada tahun 71, belajar di UWC, Singapore dan Oxford, dan juga kahwin dengan Nori.

Ini bukan saya. ... Saya tidak minum minuman itu kerana saya minum Champagne Dom Perignon saja.

He he he ... rasanya itu bukan Khairy Jamaluddin yang memberi komen. Dia sedang sibuk mahu cuba mengajak Mukhriz berdebat dengannya tetapi hanya dapat berdebat dengan Khir Toyo. Mukhriz sedia kalau ia hanya satu forum yang tidak ada tembak menembak sesama parti. Khairy sedang sibuk mengira berapa jumlah yang sesuai ...

Komentar Tan Sri Tak Dapek Kalimullah mengagak akan ada tukang nafi untuk Khairy. Pasti ada akan kata ana melakukan rawatan mendoktorkan gambar. Jangan hairan ana akan dikecam sebagai cuba mentian chuakan Khairy.

Ana mahu kebenaran sahaja.

Gambar yang belum disentuh jururawat

Selama beberapa tahun ini kita ditipu oleh permainan putarbelit media perdana hingga tidak dapat lihat mana yang benar dan mana yang penipuan. Kita diberitahu ini adalah modal insan menantu Imam Hadhari dikatakan hebat dan pandai.

Rakyat perlu tidak ditipu dan perwakilan yang mahu mengundi perlu tahu siapa pemimpin yang berkata memperjuangkan alif ba dan ta.

Ana ajak Khairy beri pendiriannya dan media perdana siarkan sepenuhnya. Kalau ana dituduh munafiq, ana tidak mahu Khairy dituduh munafiq kerana dia akan jadi Perdana Menteri satu hari.

Jika dia buat, mengaku saja. Baik sekali, kalau Khairy bertaubat nasuha. Ana sanjungi.

Ana kata ini berlaku.

Kalau Imam Ramlang Poringi dan mana-mana Tuan-Tuan Magistret (melainkan Joe Labu) sedang membaca blog ana, di hadapan ente-ente semua ana mengaku gambar ini benar.

(Sori ana tak mahu sumpah, kerana Haji Hadi, Nik Ajis dan Qardawi tidak kasi. Ana sudah talipon semua ulamak dari Amerika, England, Egypt, Syria, Jordan, 'Arab Saudi, Hindustan, Kongstan, Afghanisatan, dan Gohead Gostan. Hehehe ... ingat siapa cakap macam itu? hehehe.)

Bagi memastikan maklumat cukup dan kalau mahu jadi kes dan tidak dibuang keluar oleh Mahkamah Persekutuan, ana kena sebutkan tempat, alamat, haribulan dan masa - Heritage Mansion, Jalan Kemunting off Jalan Doraisamy, KL, bulan Jun, lebih kurang hari Khamis 17 haribulan, dan antara waktu pukul 10:00 pm ke pukul 2:00 am

Cukup maklumat kalau mahu buat kes.

Kalau tidak cukup puashati, ana kata kerusi-kerusi itu wujud di Master Lounge Heritage Mansion (kalau hari ini tidak diubahsuai untuk hilangkan bukti) kerana ia kerusi sama yang diduduki artis-artis selebriti dalam gambar di bawah ini. Wow!


Kalau tidak percaya, bandingkan gambar bawah ini dan katakan wujud ke tidak kerusi-kerusi seperti itu. Wow!

Kalau tidak cukup juga, ana beritahu orang yang berada disebelah Khairy berbaju merah itu adalah tuan punya tempat bernama William. Wow!



Ada kerusi-kerusi kosong kerana dua orang lagi ia-itu Dax atau Firmansyah Muhammad Kalo dan Jason Lo tidak ada di kerusi. Mungkin sedang buang air dan berdansing.

Malam itu adalah malam pembukaan kelab yang baru selesai kerja-kerja penambahan dan pengubahsuaian. Dahulu cuma satu tingkat dan sekarang sudah ada dua tingkat.

Kelab ini memang selalu didatangai penuh dengan selebriti-selebriti, termasuk Maya Karin. Wow!

Gambar ini diambil pada akhir tahun lepas semasa dia belum kahwin. Muga jadi isteri yang soleh dan berpakaian yang sopan macam Ziela ye.

Ada juga Hannah Tan yang menarik orangnya. Wow!

Jadi kalau Khairy rasa tidak salah pergi ke tempat-tempat sedemikian, katakan seluasnya. Bukankah Khairy percaya pada liberalisasi, globalisasi, meritokrasi dan keterbukaan. Ini adalah cara bersosial dan membina Setiakawan?

Ana pun percaya pada keterbukaan. Sekarang malam panas, ana selalu tidor tak pakai baju.

Amacam Hannah, nak masuk Islam? Ana boleh ajar bab munakahat. Boleh cuba-cuba raptai ijab kabul dengan Husin. Wow!

Ana sudah tidak terlalu banyak Wow! lah hari ini ...

Kemaskini 10:00 pm

Kringggg kringggg ...

Hello Ghasidah Sigaraga kekasih buah hati ku. Apa gerangan dinda talipon kanda malam-malam ni. Mahu Kalabul Malami?

... Tak tak tak ... Ana ana ana ... Maaf sayang ... Ana terlupa ... Tak bukan tak sayang ...

... Sudah 40 tahun ana tunggu ente .... Janganlah sayang ... Sayang, ente saja cinta ana selama-lamanya ... Entelah bulan dan bintang menerangi malam. Entelah matahari yang memberi cahaya siang untuk ana.... Maaf ye sayang

Bye ... love you.


Kacau saja ente ini semua bising pasal ana tersilap bulan. Siapa pula pergi kasi tahu sama Ghasidah. Dia sudah marah sama ana ... Dia kata ana tidak sayang pada dia hingga lupa masa kita keluar bergumbira bersama di Kalabul Malami.



Nasib baik dia sedia menerima pujuk rayu ana. Cinta orang tua-tua macam inilah. Cinta hanya banyak berkata-kata. Kami ni selalu lupa. Dia kata 17 hb yang hari Khamis bulan Julai dan bukan bulan Jun.

Pening ana kalau terlepas cinta ana sekali lagi. Lama mahu Abdul Wahub jalan untuk ana dapat balik sama Ghasidah.

Kalau salah, pergi talipon itu Kelab Silver Tortoise dan tanya bila dia bukak untuk tambahan Kelab. ... eh eh bukan Silver Tortoise tapi Heritage Mansion. Inilah orang tua selalu lupa.

Dunia dunia. Ramai orang takut Khairy kena jual. Wow!

66 ulasan:

m'steen guy berkata...

Tuan tanah,

Kalau tgk tangan si "William" tu betul2, nampak weird la. Unless kalo memang dia dilahirkan macam tu.

But then, tuan ada sertakan beberapa detail untuk menyokong fakta yang dikemukakan. Mungkin boleh dipertimbangkan kesahihan kejadian ini benar-benar berlaku.

Cumanya, gambar nie a little bit suspicious based on the "William"'s wierd hand. Panjang sangat....

Edyes berkata...

cayalah sin... kalau macam nie, aku nak beli taik unta buat baja...

Edyes berkata...

m'steen guy,

tangan dia nampak pelik sebab tangan dia ke belakang, bukan ke bahu ppuan tu..

mcm kita dok sofa, sangkutkan ketiak kita kat sofa tu (sofa jenis paras ketiak dalam keadaan duduk...)..

cuba bayangkan...

al-juburi berkata...

tgk muka pun tau!

aikk..edyes pun ada..........

Haris Fadzilah berkata...

Gambar boleh menceritakan 1000 cerita tersurat dan tersirat. Tapi gambar juga boleh di'buat-buat' bagi menceritakan segalanya. Kadang-kadang kebenaran cerita dari gambar tersebut sukar untuk diyakini kerana dalam zaman teknologi, macam-macam boleh jadi. Apapun terpulangpada diri kita untuk menilai dan menerimanya secara positif atau negatif... Jika ia benar, maka wajarlah kita tentang...

bronaga berkata...

nauzubillah jgn. Lah jadi ketua pemuda umno! Jahanam Umno Woi

mimpi916 berkata...

Diaorang minum sirap la Sin.. Sirap cap Wau (WOW)

MR. berkata...

kalo 17 June hari Khamis tu tahun 2004 sin ...


Gambar tahun 2004 ker??? CHeck la kalender dulu ...

MR. berkata...

LAgi satu ... my Team start 2006 ... pesal pulak 2004 dah KJ gi situ ngan J Lo??

kaki kencing memang no 1 la ko ni SIn!!

Dosa fitnah bawak sampai ke mati Sin ... bebawak la bertobat!

MR. berkata...

"Malam itu adalah malam pembukaan kelab yang baru selesai kerja-kerja penambahan dan pengubahsuaian" ...

Heritage Mansion Grand launching was on 21 November 2007 ...

klik

Apo ko ni Sin? kalo lawan kat mahkamah confirm ko dah kalah dah ni!

aziz berkata...

celaka betul laa lu KJ. gua dah bertaruh 100 juta saham ECM LIBRA utk lu menang kerusi KP UMNO. celaka tujuh petala bumi.

bzz berkata...

Dato Usin,
Bayo 2 ringgit dapat tak minum ngan amoi tu?

Selangor Mansion Masjid India berkata...

Itu air, haji bakhil & tonik semua, Jason Lo sama itu manager kalabul malami minum kot sin? kahkah ..mesti dia jawab macam tu!

Piggy Singh berkata...

Tuan Husin,

Masa ajar si Hannah bab munakahat tu hanya pada teori atau praktikal sekali. Kalau boleh bikin praktikal, anna pun nak bukan kompeni buat kursus munakahat kat saudari baru bertaraf selebriti. Kot-kot nanti Beyonce, Christine Aguilera and Angelina Jolie terbuka hati.

Tanpa Nama berkata...

launcing nov 2007

opening tambahan jun la ...

tak baca tukang sipinner ...

Jamal Pak Tongkol berkata...

William patut letak tangan pada belakang perempuan itu.

Baru natural untuk pengamal seks kinki dan ganas violence yang cucuh badan perempuan dengan curut yg dipasang.

ah ah ah ....

byk usaha nak spin kamu husin.

Sir Taek Boon berkata...

kalaulah ade orang yang 'nurse'kan gamba nih.. macam boleh percaya.. macam takleh percaya... tapi yang pastinya.. camne nak 'nurse'kan gambar orang kat belakang tirai rambu-ramba tuh?
nak gak belajar..

Tanpa Nama berkata...

Bungaraya kurang enak,
Dikawasan saya terdapat manusia macam sdr ni. Kerana kurang mahir bermain blog, maka manusia tersebut hari-hari pusing bandar dari satu kedai kopi ke satu kedai kopi. Kerjanya memasang cerita memburuk-burukkan pemimpin itu dan pemimpin ini. Dikampong saya pula ada seorang wanita. Sudah bergelar isteri. Beliau dikenalai dengan panggialn TV3. Kerna kerjanya menguar-uarkan masalah orang lain kesekeliling kampong sepanjang waktu. Beliau ni, tak boleh mendengar berita yang sensasi. Maka berjalanlah ia kesekeliling kampung memanjangkan cerita berkenaan. Sebiji macam Sdr.

tekok beriuh berkata...

17 jun bkn ari khamis la bro....aku ni pn anti jg dgn c KJ ni,tp xla smpai nak memfitnah org,dosa besar tu...sndri mau ingat a bro....

putera berkata...

wow

jack d, emmmm amat sedap diteguk campur coke.

tangan william tiada yang pelik.

betul kot gambar ni

MR. berkata...

ano 2:16 PM,

17 June 2008 bukan hari Khamis!

17 June yang hari Khamis adalah pada tahun2 berikut :

2004
1999
1993
1982

tahun sebelum2 tu KJ belum lahir lagi ...

Ni dah sah² Husin ni kaki fitnah, kaki kencing!!

Konon² boleh lawan pi mahkamah! Piiiraaahhh!!! Setakat bukti sampah, ptuiiii!!! Hakim ludah campak kat bakul sampah!!

Ismail N berkata...

Wow, cukup dgn bahan bukti dan keterangan saksi. Malu IGP tengok kehebatan siasatan hang ni Sin. Ni kira standard CSI & FBI jugak ni.

wan tana mera berkata...

itu betul ke gambar Khairy?ke gambar yang dibuat-buat?

lagi satu perkara,kalau betul itu Khairy maka takkan dia saja yang pernah pergi ke tempat-tempat macam tu?.saya percaya ada juga ahlu-ahli politik yang lain pergi ke tempat sebegitu dan kenapa mereka juga tidak didedahkan?

nampak sangat ini cubaan untuk menjatuhkan orang lain.kenapa tidak tunjukkan gambar Khairy dimasjid?tak cukup "panas" ke?

abcdef dan g berkata...

ni memang sah....
sah mende?
mr. tuli mendengar dan buta melihat kebenaran. kaki ikut buntut kj.

fly berkata...

sin, kalau lu siap furnish dgn bukti2 yg konkrit, gua tak ada apa lagi nak dikata kecuali, KJ lu kantoi!

Tanpa Nama berkata...

salam pakcik husin....

ADA CLASS LAH PAKCIK NI!!!!...seronok baca minda berani kerana benar macam pakcik ni!

sue

azlan berkata...

gambar saja tak cukup bai.dahlah gambar jauh pulak tu.kalau dekat tu lain cerita la.

apapun,kita nantikan penjelesan dari Khairy berhubung gambar ini.

Har ha ha ha ha berkata...

Sin...

Engkau ni tak ghoti bahaso london.. Tuesday ko Thursday?

Den dah khobar..den minum Budu raso oren..non al-kohol...

Har har ha ha ha ..kono engko Sin...

Tanpa Nama berkata...

Husin,
khamis dengan 17 hb kamu sebut tu dah betul cuma bulan je yang salah.

bulan julai, bukan jun daaa...



Event: Master Lounge Launch
Venue: Heritage Mansion
Date: July 2008

http://www.asianheritagerow.com/events-mll.asp

Tanpa Nama berkata...

i rasa ini ada kena mengena dgn tangan KJ yg patah dulu... mesti kena lesing dek bini ni..

man cotek

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah, apa nak jadi dengan KJ ni..kalaulah betul dia menang Ketua Pemuda dengan cara "mengkepalaagungkan" perwakilan nanti,sure aku keluar parti. Apa2 pun Usen lempoyang aku sokong kau 150% peratus. dedahkan keburukan dan tabiat ini KJ.Ini orang kalau jadi pemimpin pemuda hancur lebur,luluh semuanya. Aku Sokong 200% DMM menjadi ketua pemuda.

Tanpa Nama berkata...

sorang kaki jubur, sorang laei kaki botol. duo duo ni masuk umno ikut tingkap torus duduk kek singgah sano. tak payah mondaki gunung dan harung somak samun. duo duo ni pakai kepalo agung nak naik copek.

sin, den puji ekau ni berani. kito bukan nak malukan org tompi nak menasihatkan org lain agar jgn topongaruh dgn hujah dio org ni konon nak tolong bangso. jgn undi budak kepalo angin ni. malu den di buek eh..

kek kodai kupi belanjo member teh bangang, kek mansion ni kono belanjo kek air setan. biaso eh yg kaki minum air setan ni tak lamo. tengok jor yg mamat kelantan yg jadi montori loyar kojap hari tu.

hampeh boto laaa....

Atok Podeh

Che Moq berkata...

Nauzubillah husin..anta jangan takut..ana buleh jadi penasehat..kita chabar khairy berdebat dan pidato..hahaha...

Che Moq berkata...

ana bagi 5kg taik unta 2 bonggol buat gambar ni sin....

MR. berkata...

Aku bukan nak bela KJ ... aku pun tak berapa suka dengan cara dia ...

Tapi kenapa kita orang Islam sanggup memfitnah sesamer Islam ...

LIhat sendiri bagaimana konon2 Husin berlagak pandai nan tunjuk bukti ..

17 June ... hari Khamis??
Dah tu tahun bilernyer gambar tu diambil?? Club tu launching on 2007!

Oklah ... malas nak citer panjang ...

tgk gambar ni ...

Klik Sini

Eh ... yg kiri tu cam samer jer ngan baju dia ngan baju KJ dalam gambar??

Tanpa Nama berkata...

Sin,
Ini betl ke? Bapak mertua tak tahu ke? Ni ke menantu ke cucu ulama?

Tanpa Nama berkata...

KJ: Dalam pertandingan ketua
pemuda UMNO, saya tidak
bergantung kepada bapak mertua
saya. Tengoklah 'track record'
saya.

Tanpa Nama berkata...

sebut saja bila, masa dan tempat yg sesuai saya akan datang untuk bermuhabalah menafikan yg saya bukan khairy seperti di dalam gambar awak tu sin.

tetapi akar umbi serta setia kawan saya termasuk rakan2 ulamak saya dari luar negara menasihati saya agar jgn bermuhabalah. ini yg sedang saya pertimbangkan.

Piggy Singh berkata...

Sin, ada juga kat sini pengikut setiakawan yang telah dikepala-agongkan. Dalam sampul tu ade berapa bang?

Alahai KJ, cheers, tapi gua minum sirap bandung je...

Jed Yoong berkata...

"Ini bukan saya. ... Saya tidak minum minuman itu kerana saya minum Champagne Dom Perignon saja."

i think Dom Perignon VINTAGE...older than '85.....
kee kee keee....
the gal with the back turned, bukan maya karin ke?
but they should ban photos in night clubs...what about the old fellas who partied at Tin Mine, Shangri-La.
kesian,lah, KJ. he is not the only one, ramai Melayu at all these places.

fly berkata...

jed yoong tulis:kesian,lah, KJ. he is not the only one, ramai Melayu at all these places. - yes, but he is 'the melayu' aka KJ yg bertanding ketua pemuda umno!

Rafiq berkata...

Assalamualaikum Husin,

Saya bukanlah sokong, mahupun suka sangat dengan Khairi tu, tetapi dalam kes ini masih banyak perkara yang samar-samar. Sesama muslim, kita perlu amat berhati-hati dalam mengemukan sesuatu perkara yang bakal menjatuhkan maruah seseorang, khususnya yang melibatkan maruah agama.

Sekali pun gambar ini benar, ia tetap tidak menunjukkan yang khairi tu peminum arak. Mungkin beliau sekara pengunjung lounge tersebut, sebagaimana ramai juga artist-artist dan celebriti yang mengunjunginya (apakah kita nak kata mereka ini juga peminum arak kerana mereka mengunjungi lounge tersebut?).

Kemungkinan tuan lounge tersebut nampak khairi (yang saya kira tak kurang juga status celebritinya), beliau sekadar mengajak beliau untuk bergambar bersempena dengan pelancaran lounge tersebut. Kalau lihat gambar-gambar di bawah, memang saya rasa ia berlaku pada hari pelancaran lounge tersebut (tengok baju yang dipakai oleh the so call "william")

http://www.asianheritagerow.com/events-mll.asp

Jadi ada seribu satu kemungkinan dan kita sepatutnya memberikan seribu satu kemungkinan tersebut.

Apa pun, tempat-tempat sedemikian adalah tidak sesuai untuk kunjungan umat Islam, tak kira celebriti, pemimpin politik ataupun sekadar penjual, pembeli ataupun penunggang unta.

Wassalam

Sadiq berkata...

i like hannah tan..
boleh jadi no 2 aku, itu pun kalau bini aku bagi..

tapi kepala dia besar, badan dia kecik, tak balance gitu...

sapa itu KJ??
glamer ker dia??

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya, inbetween perempuan dan lelaki baju merah tu ada sorang lagi yang tak nampak sbb dada perempuan tu ke depan.., jadi tersembunyilah lelaki misteri tu. Tangan yg dibelakang tu kepunyaan lelaki tersebut. Cuba tengok betul betul

Tanpa Nama berkata...

apasal suami MAYA tu ada ALI dan anak KJ pulak pun ada ALI.
Agaknya suka lALI - lALI bila bersama.

pemandu teksi berkata...

cuba siasat bulan melayu pulak kot2 ada 17hb hari khamis..
orang hari khamis mlm jumaat bawak2lah gi baca yasin kat surau ker.. ini dibawaknya 'beryasin' kat club.!tonggang samsu haram...
dasar haram jadah.

kluangman berkata...

Rasa rasanya kita sudah terlalu dan terlampau menjaga tepi kain orang lain..walaupun seseorang itu musuh atau yang kita benci.

Sikap keterlaluan ini dan sikap kekertalauan yang lain (dianjurkan besederhana) akan turut merosakan imej pihak yang lain ( yang kita sokong ) kerana akan dilihat sebagai penyuokong yang tidak rasional.

Untuk kebaikan, kerja kerja keji orang lain tidak boleh dilawan dan dibalas dengan cara tomahan kerana musuh akan mendapat simpati.

Tanpa Nama berkata...

Dah sah, aku percaya itulah "Pentalon" 20 percent a.k.a PUNAHSIHAT Tuan Sadiq Segaraga

Tapi Punahsihat ni makan 3% je saham ECM Libra

Tanpa Nama berkata...

kera jahat

Sarfarizmal Saad berkata...

Salam Blogger,

Semoga terus mengekalkan penulisan HEBAT Tuan ini dalam dunia politik yang serba mungkin ini.

Saya sentiasa akan melawat blog Tuan dari semasa ke semasa.

Semoga hubungan blogger ini akan berkekalan dalam mencambahkan lagi pengetahuan, sokongan dan pengajaran.

Salam ziarah blog anda yang HEBAT ini.


Ikhlas,

Sarfarizmal Saad
http://Sarfarizmalsaad.blogspot.com

Mahyudin berkata...

Untuk tidak melibatkan diri kita dalam dosa fitnah, ada baiknya jika kita tidak mempercayai gambar itu bulat-bulat. Mana la tau kot-kot gambar superimpose je ke, pastu kita pula percaya...tak ke menganiaya diri sendiri namanya tu...Tak pasal-pasal tambah dosa...

Tanpa Nama berkata...

[URL=http://shw.angeliza.fotopages.com/19539861.html][IMG]http://srv.fotopages.com/4/19539861.jpg[/IMG][/URL]

betul ke yg dlm pix ni KJ...?
cuba tengok betul2 pix ni...
ade byk bende yg pelik dan konpius...
terpulang la sesape yg nak percaya...

Therion Grass berkata...

tuan Husin... aslkm.. bagus kerja sdr... ada yg kata tuan fitnah... tapi sekurannya kita kena usaha mencari pemimpin yg bagus... (UMNO suma haprak)... kalau gambar k.J pehi masjid memang la tak kecoh... pasal dia memang Islam... kena la sembahyang.. tapi bile gambo nie? ceh... makhluk kuwait yang lakhnat nie perosak negara dan perampas khazanah negara!!!

Tanpa Nama berkata...

Saudara Husin,

Terima kasih di atas penjelasan lanjut berserta dengan bukti grafik. Ana pun mulanya ragu-ragu jugak tapi lepas ana baca artikel ni, ana lebih percaya pada ente dari saudagar lain lah.

awie berkata...

tangan william tu betul.. nampak panjang sebab sebaris ngan bahu die.. so nmpak extra panjang.. lagipun die sangkut ketiak die kat sandar tu.. kaki william tak nampak sebab kaki kanan die atas krusi, tgh bertinggung.. memang la william lagi cerah.. kj ni gelap orngnye.. lagipun makin dlm tu cahaye kurang..so picture mmg akan blur skit

Tanpa Nama berkata...

kalau ade gmba lain baru boleh percaye lah...
xkan ade gmba ni je??
selama lame kj dok kat situ xkan lah ade 1 gmba je kan?
dan gmba ni pon xclear lahh...
setakat bukti2 artis lain dan persamaan tmpt tu xde bukti kukuh lain..
sebab gmba dier ade 1 je??
so weirdd..
dah la tak jelas..

Tanpa Nama berkata...

aku peduli apa dia nak wat apa..
17 julai birthday aku la setan!!!!
cri tarikh lain..
aduh dunia skrg ni tau nak cri keslahan org je..
awk 2 sesuai ke nak tuduh org husin???
check dri dulu br kata org..
kte kena cr jalan utk negara kte bkn stakat bg comment kat sini..
buang masa je!!!
sengal la korg ni.
mls nak layan

Useng saudagar baboon berkata...

Usin ni nak kena jual betul la. Lelong lelong usin singit singit. Baju camtu aku ada 8 pasang tak bising pun.

cucupakkasim berkata...

husin.,kalau seksi,kalau jambu macam mana pun,tapi kalau berak jenih calit,jenis tak basuh mana boleh..stim tu,memang laa stim tapi bila mai part nak xxlat,mesti ada bau punya..tapi perlu di-ingat bahawa semua pemimpin-pemimpin united malays national organisation ni adalah PENCURI BESAR,mereka telah mencuri hasil negara dan hak-hak rakyat sejak 51 tahun yang lalu..Hidup Sosialisma..!!

Nizzkee berkata...

Yeah, KJ was there that night. I saw him there with Jason.. but what's the big deal? Not everyone that goes to clubs drink, you know..

setakat KJ duduk di meja yang penuh arak.. selagi takde gambar yang dia SEDANG pegang botol arak atau apa-apa yang berunsurkan arak.. selagi itu takde sapa berhak untuk membuat tuduhan.. kerana membuat tuduhan tanpa bukti adalah memfitnah.

At least he's young and having harmless fun.. ada tak korang persoalkan semua Dato', Tan Sri dan sebagainya.. yang tak sedar diri.. "yang dunia dah kata pergi, kubur kata mari".. semua having their own sick fun kat kelab dangdut laa.. habis tu? diorang tak minum arak? ada perempuan simpanan laa.. yang tu, ok? takpe?

korang ni semua, should really get-a-life. dari nak amik tahu hal artis lain laa.. hal menteri laa.. hal pemuda-pemudi yang tahu nak enjoy themselves.. pegi laa tengok hal sendiri.. pegi cerminkan muka masing-masing dulu, tengok kalau korang tu semua sempurna dari segi iman, akhlak dah segalanya sebelum nak pedulikan hal orang lain.

akhirat nanti, kita tanggung sendiri-sendiri, bukan? jadi, lebih baik korang focus untuk menjauhi dari azab kubur korang sendiri daripada nak perbaiki orang lain... and it's not like you're even telling all this to him straight! you guys are just bitching endless about it in this blog.

and bitching behind people's back tu, bukankah berdosa namanya?

so, how "islam" are you?

Poning Palo berkata...

hero2 SUKJ -Saya Untuk K.Jahat dah datang..

P/S
org baik tak duduk tempat dikelilingi setan,

& takboleh bergurau, duduk surau..

Tanpa Nama berkata...

Gambar tampal muka al husin lempoyong saudagar taik unta tu pun pun korang bincang panjang berjela. Buang masa betul.

Apa susah masuk balik photoshop la gambar tu. tinggikan dpi zoom besar2, sebesar lobang hidung usin. confirm nampak apa yang dibuat. gambar tu tak perfect lansung. keje org pemalas.

Tujuan tak lain tak bukan untuk memfitnah sesama bangsa. setan mana yang dah sesatkan jiwa korang pun aku tak tau. Korang tanggung la sendiri.

P/S : Aku takde kaitan lansung dengan KJ. Jangan main tudoh tudoh haaa kalau taknak kena tempeleng.

Tanpa Nama berkata...

Haaaaa Semua fening sama husin toke unta macam sarjan ibrahim pendek baling dadu 3x saja.nanti penyamun semua konpius

Persatuan Pekerja Hotel dan Bar berkata...

Nizzkee berkata ...

Yeah, KJ was there that night. I saw him there with Jason.. but what's the big deal? Not everyone that goes to clubs drink, you know..

setakat KJ duduk di meja yang penuh arak.. selagi takde gambar yang dia SEDANG pegang botol arak atau apa-apa yang berunsurkan arak.. selagi itu takde sapa berhak untuk membuat tuduhan.. kerana membuat tuduhan tanpa bukti adalah memfitnah.


Pak Lah ada berkata ... Jangan cabar saya!

Jangan kau ingat tak ada gambar-gambar lain. KJ minum keliling satu bandar sampai ke Kuching dan Kota Kinabalu.

Kau ingat dia tak merendek Maya Karin semasa dia nafi dahulu. Budak2 filem semau bercerita KJ hampir selalu tunggu Maya Karin shooting dulu. Maya Karin rupanya menyanyi di situ

Kau ingat KJ takrasuah dan salahguna kuasa untuk ambik komisyen dan bina dana perang untuk menang pemilihan?

Bab minum ni, tak ada driver dan pemandu teksi tak bercerita mengenia Khairy dan keadaan mabuknmya ke sana sini.

Kau beri nasihat kononnya, masing2 buat hal masing2 dan jangan jubor masing2.

Wahai budak hingus 28 tahun konek tak cukup meleleh!

Itu boleh, kalau Khairy tak nak jadi Ketua Pemuda dan akhirnya jadi pemimpin UMNO.


Segala inci peribadinya perlu diketahui orang terutama perkara2 kemungkaran.

Banyak pemimpin lain yang sampai ada dipanggil ... Brandy, Kaki Whiskey dan lain-lain tapi mereka tidak lakukan terbuka seperti KJ.

Sudahlah lakukan secara terbuka sana sini. KJ angkuh dgn dirinya sebagai menantu PM. DUlu sana sini dia tunjuk lagaknya tanpa malu dan segan berkata, saya oxford. Saya akan jadi PM sebelum 40 tahun. Kau tahu sapa aku?

Kalau kau nak defend tu, biar tahu apa kau nak defend, Bahalol!!!

Kau pun raja hipokrit atau arab panggil munafik. DI blog kamu boleh tulis disclaimer seperti ini, tapi apa pasal kau marah!

I am not asking for your opinion. Just because this website is online doesn't automatically give you the right to judge a person. This page is for nobody but myself. I know it's contradictory to put it online, but then again that's my right. I'm putting it online because I want to. Don't read it if you don't like the content. No I don't believe in constructive criticism. So don't offer me any. If you feel the need to offer me some advice, fine. Do so in a polite manner. I don't have to take your shit. I don't even know you. I don't care if you think my life is pathetic or this website is a useless waste of time, so don't even bother telling me. And if you're someone I know, unless I personally GAVE you my url, then you shouldn't really be here. So don't get pissed if I bitch about you then. If you happen to stumble upon this page, please don't pass around the URL, it's a private page. I won't take any responsibility for any hurt feelings.

Biasa penyokong KJ ni tak boleh ditegur dan dilarang. DIa tahu hentam orang tapi diri sendiri tak boleh dihentam!

Perangai budak dengan tantrumnya

Husin Lempoyang berkata...

Yang kumpulan SUKJ nak defend buat apa? Bukan kau orang ada di situ. Ana suruh KJ Khairy Jamaluddin sendiri defend diri dia.

Janganlah takut. Debate pandai.
Kalau dia buat kenyataan itu, Husin garanti perkara ini akan jadi lebih hebat. Pasti ada gambar yang akan keluar.

Oi ... Mak Ai .. menjadi-jadi sini. Kena kasi stop komen. Nanti tak ada cerita lain. Ada cabar kata tangan panjang, belali panjang, gambar tak fokus. Mana boleh fokus, ambik gambar curi2.

Hari Isnin pukul 10:30 pagi ada gambar lain. Khairy minum juga .. tunggu. He he he ...

Sementara itu tengok gambar2 acara pembukaan itu di Heritage Mansion.

Husin Lempoyang berkata...

Untuk malam 17 julai 2008 gambar2 di sini