Jumaat, Mac 24, 2017

Pentaksub kena cekut mencuri di supermarket


Ada seorang pentaksub Mahathir yang kuat sebar fake news sudah masuk supermarket.

Pengawal perhati dia baik-baik hingga nampak pentaksub ambil air jus sebotol, tapi gula sepeket di masuk dalam jaket.

Masa di kaunter, pentaksub membayar untuk jus sahaja. Gula yang disimpan dalam jaket dia buat diam.

Rabu, Mac 22, 2017

Logo sesuai untuk Pakatan Harapan


Menurut Raja Petra dalam Malaysia Today, Tun Dr Mahathir berjaya yakinkan Lim Kit Siang ikut kehendaknya.

Mahathir mahu Pakatan Harapan bertanding bawah nama PH dan logo yang satu.

Rabu, Mac 15, 2017

Perasuah penjawat awam mencecet lari


Sejak SPRM bawah ketua baru, mereka telah memberkas pegawai-pegawai kerajaan yang korup, Tan Sri-Tan Sri yang lari dari bayar cukai dan lain-lain salahlaku.

Selasa, Mac 14, 2017

Hishamuddin ada senjata rahsia lawan Korea Utara


Semalam, Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali meminta semua piihak jangan buat kenyataan tentang krisis dengan Korea Utara melainkan Dato Najib dan Dato Ahmad Zahid Hamidi. Menurutnya Malaysia masih boleh berunding terus, maka komen dari orang lain boleh membantatkan rundingan.

Media pro-pembangkang ini nakal. Mereka calling-calling kawan mereka dan terus serang hendap Dato Hishamuddin dengan soalan. Dia tidak tahu kenyataan Peguam Negara dan sebagai Menteri, dia perlu menjawab.

Maka media pro-pembangkang berjaya membuat seolah-olah Hishamuddin sudah melebihi Najib dan Zahid bila dia membuat kenyataan. Selalunya mereka akan spin jawapan dari soalan serang hendap.

Kenyataan Hishamuddin di spin seolah-olah berkata, kita bersedia berperang menentang Korea Utara. Halus dan jahat FMT ni. Kuncu-kuncu Mahathir lah yang dok bayar duit pada mereka dan Sinar Harian setiap bulan-bulan.   

Sabtu, Mac 11, 2017

Yang rendah, jangan disangka tidak tegak ....


Minggu lepas di Dewan Rakyat .....

Timbalan Yang di - Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor.

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Yang di - Pertua. Saya bila mendengarkan Yang Berhormat Bagan Serai bangun berdiri menyanyikan lagu berkaitan dengan elemen patriotis me, lebih - lebih lagi memperjuangkan veteran angkatan tentera, saya terpanggil untuk berdiri.

Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Bagan Serai, saya baru sahaja dilantik sebagai Komander Kehormat bagi Tentera Laut Diraja Malaysia. [Tepuk] Apabila saya bertemu dengan golongan angkatan tentera...

Timbalan Yang di - Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Kuala Selangor, cukupkah?


Jumaat, Mac 10, 2017

Dari jadi satu lagi badut, elok jual frozen seafood


PKR ada satu jawatan yang digelar Pengarah Strategik. Peranannya ingatkan adalah untuk sesuatu yang strategik tetapi hanya cuba memprovokasi isu.

Sebelum ini, peranan tersebut dipegang oleh Saifuddin Nasution, Nik NAzmi dan Rafizi Ramli. KIni dipegang oleh bekas pembantu Dato Seri Anwar Ibrahim, Sim Tze Tzin.

Hari ketiga sidang parlimen semalam, dia telah mengesahkan peranan jawatan itu sebenarnya adalah jawatan Pak Badut:

Rabu, Mac 08, 2017

Cadangan "misi perdamaian" DAP sangat baik


Malaysiakini melaporkan satu sidang akhbar di Parlimen semalam dimana DAP mencadangkan agar satu pasukan "misi perdamaian" Parlimen di wujudkan untuk membebaskan rakyat Malaysia yang  dijadikan tebusan.

Pasukan tersebut terdiri dari wakil-wakil ahli Parlimen dari BN dan pembangkang

Ia merupakan satu sikap yang baik untuk bersatu ketika negara sedang berhadapan krisis antarabangsa dan rakyat Malaysia terancam. Tidaklah seperti sikap yang ditunjukkan sesetengah pihak ketika Lahad Datu diserang terroris kaum kerabat Shafie Apdal.

Malah ia tidak seharusnya terbatas kepada ahli-ahli Parlimen tetapi ahli-ahlli politik dan negarawan.

Isnin, Mac 06, 2017

Masa bersedap, kenapa tidak talipon YB?


Menteri Luar, Dato Anifah Aman sering ke luar negara atas urusan negara.

Anifah baru balik dari Eropah atas urusan Rohingya, baru saja selesaikan urusan lawatan Raja Saudi Arabia, dan terbaru penghantaran pulang Duta Korea Utara, kini dia berada di Jakarta, Indonesia untuk satu persidangan.

Maka dia tidak dapat meruangkan banyak masa di kawasannya di Kimanis, Sabah seperti wakil rakyat lain. Begitulah wakil-wakil rakyat yang pernah pegang jawatan Menteri Luar Negara.

Anifah banyak dibantu anak-anak dan wakil-wakilnya di kawasan.

Jumaat, Mac 03, 2017

Memahami RUU 355


Susah sangat pelbagai pihak nak faham Rang Undang-Undang 355 (RUU 355) untuk naiktarafkan kuasa menentukan hukuman mahkamah syariah. Nak faham, fahami ceritanya berikut: