Jumaat, Disember 23, 2011

Fidlot Unta Nasional


Husin dapat tahu sahabat ana Rockybru dapat RM10 juta dari laman-laman blog yang membantu menyebarkan secara halus laporan Keadilandaily ini.

Ana rasa pelik lah. Sejak bila kata-kata dari akhbar Keadilan dipercayai?

Sepatutnya badigol-badigol ini ada tolor untuk bersemuka dan tanya terus pada empunya badan. Mungkin badigol ini belum sampai kematangan sedemikian. Ana pernah talipon satu badigol untuk terangkan sesuatu kesalahanggapan mereka tapi badigol takut nak angkat talipon.

Takpalah ... kalau penakut untuk bersemuka, kita tak boleh jadikan dia berani serta merta.


Kalau benar sahabat ana itu Rockybru dapat RM10 juta, ana mahu tumpang suka dengan kejayaannya dan bukan cemburu. Sahabat ana itu memang layak kerana dia lebih bijak, lebih pandai dan lebih bermaklumat.

Tentu dia lebih pandai memanafaatkan dana sedemikian dari mereka-mereka yang setahun dua baru nak belajar menulis.

Ana teringin juga nak dapat duit macam gitu. Jadi ana mahu ajak itu Rockybru buat biznes sama ana. Kasi labur itu wang.

Husin Lempoyang biznes apa lagi dia tahu kalau bukan biznes unta.... Kita bikin itu Fidlot Unta Nasional (FUN).

Cuma Husin tak akan buat macam ada orang itu ...

Ana tidak akan buat fidlot yang impot binatang dari luar negara, digemukkan di padang lapang yang tanah pun susah mahu dapat dan dagingnya pula terlalu mahal dan kualiti untuk pasaran Malaysia.

Itu bodoh punya kerja. Tak tahu biznes ternak binatang punya orang.


Kalau Husin buat, kita akan belanjakan wang kasi bina makmal dengan alat canggih dan moden, bayar dan ajak professor tempatan yang pandai-pandai buat research, kasi mereka share, cari baka baik dan kacukkan, dan hanya jual air mani dalam tiub ujikaji.

Dari impot dan ekspot binatang dengan modal besar, kita hantar air mani unta saja untuk disuntikkan ke unta betina. Kita cari unta betina di tempat yang ada tanah, dan gembala untuk bela baby unta sampai besar dengan harga murah. Makanan pun kita supply.

Tak perlu belanja besar sampai kena beli kondo untuk binatang di Bangsar dan Singapura. Tak perlu cari tanah beribu ekar. Tak kena labur dalam restaurant. Tak perlu jalan ke luar negara selalu sampai terbeluk dari urusan kerja ke holiday pula. Tak perlu mintak gomen ratus-ratus juta. Tak perlu sampai PM dulu salahguna kuasa.

Itu kerja seorang penyamun bodoh yang terlebih makan budu.


Bila ada untung, kita bayar lembu-lembu tolong pertahankan projek setiap kali Rafizi mahu kacau projek fidlot unta ana...

Lembu-lembu, selidik dan faham lah dulu isu sebelum pertahan. Dah orang lihat kita macam orang tak pirigi sekolah.

Hehehe ... terjual pulak orang.

Selasa, Disember 20, 2011

Zuraidah mahu wanita dilayan seperti bola ragbi


YB Zuraidah Kamaruddin, ahli Parlimen PKR untuk Ampang dijemput memberi ucapan dalam satu kursus program motivasi kepada bakal-nakal pengantin.

Imej Zuraidah agak tercemar sejak digelar blogger sebagai hantu Mak Lampir sebagai membayangkan karakter Ketua Wanita PKR yang aggresif dan lantang. Tetapi ramai tidak tahu bahawa Zuraidah adalah aktivis Islam dari perkumpulan Jemaah Islah Malaysia (JIM).

Sebagai aktivis wanita, Zuraidah memberi peringatan kepada bakal-bakal suami.

"Tuan-tuan pasti sayang bakal isteri tuan-tuan sekelian sekarang. Saya takut perasaan itu akan berubah mengikut masa dan keadaan dan tuan-tuan mula berubah anggapan terhadap wanita kemudiannya.

Katanya, "Tuan-tuan, wanita itu bukan TISU untuk anda sudah sedap lap hingus dan buang."

Tersentak hadirin mendengar pembukanya.

"Wanita itu bukan BAJU untuk setiap minggu anda mahu nak tukar yang baru. Wanita itu bukan PATUNG untuk anda layani dengan enteng setelah anda mendapatnya sebagai pasangan."

Zuraidah terus dengan kata-kata provokatifnya.

"Dan, wanita itu bukan PELACUR untuk anda guna, bayar dan tinggalkan saja!"

Pooh tersentak orang-orang bujang yang dengar. Terperanjat bercampur takut masing-masing.

Zuraidah meneruskan lagi, "Wanita itu bukan ROKOK untuk anda hisap dan dibiar dibuang dan pijak lepas habis dipakai. Wanita itu bukan TV untuk hanya sekadar untuk menghiburkan anda ketika kelapangan."

"Tuan-tuan dan puan-puan sekelian, wanita bukan itu semua.

"Jadikanlah wanita macam BOLA RAGBI. Apabila dapat, DILINDUNG...SAMPAI ke gol! Dan ketika tidak dapat, KEJAR SAMPAI DAPAT ..."


* Satu lagi dari sumber ilham ku Wayne Rossi.

Selasa, Disember 13, 2011

Punggungku dan Perutku


Wahai anak Adam!

Setiap hari bumi akan memanggil manusia dengan 10 panggilan:

1. Kamu berjalan di atas punggungku, tetapi tempat kembalimu adalah di dalam perutku.

2. Kamu melakukan maksiat di atas punggungku dan kamu disiksa di dalam perutku.

3. Kamu bergurau di atas punggungku, tetapi kamu menangis di dalam perutku.

4. Kamu makan benda haram di atas punggungku, tetapi seluruh cacing akan makan kamu di dalam perutku.

5. Kamu bergembira di atas punggungku, tetapi kamu akan susah di dalam perutku.

6. Kamu mengumpul harta haram diatas punggungku tapi kamu hancur dalam perutku.

7. Kamu sombong di atas punggungku, tetapi kamu menjadi hina di dalam perutku.

8. Kamu berjalan megah dan sukaria di atas punggungku, tetapi kamu jatuh kesedihan di dalam perutku.

9. Kamu berjalan dalam cahaya di atas punggungku, tetapi kamu akan duduk dalam kegelapan di dalam perutku.

10.Kamu berjalan beramai-ramai di atas punggungku, tetapi kamu akan sendirian dalam perutku.
Subhana-ALLAH..ALLAH MAHA ESA

Hari ini, hanya peringatan WayneRossi46 buat kita semua.

Sabtu, Disember 10, 2011

Wanita dan Ancaman


Lebih empat tahun dahulu, Husin menceritakan mengenai lelaki dan kehidupan dalam posting lama, Tidor, Bangun dan Hidup.

Kali ini, Wayne Badut, salah seorang sumber jenaka Husin mutakhir ini baru beri satu jenaka yang ada kaitan dengan jenaka yang Husin tulis pada Ogos 2007. Ia berkenaan dengan Wanita dan Ancaman.

Pada usia mereka 20 - 30 tahun, perempuan ini mengancam. Maknanya cantik, genit, lawa dan manis. Pria yang melihat mereka berdebar dalam ancaman.

Naik ke umur 30-40 tahun, mereka dah jadi macam-macam. Dari yang bermacam fesyen, macam kerenah, dan macam jalan hidup.

Sampai ke umur meningkat ke 40- 50 tahun, mereka dah berubah dari macam-macam menjadi mula terancam. Terancam dengan persaingan, atau terancam dengan kecuaian dan kealpaan sendiri.

Cecah saja 50-60 tahun, betul-betul dah diancam. Sampaikan bila dah lebih saja 60 tahun, dah tak cam .... hahahaha.

Macam Kak Ijat yang lahir tahun 1953 sebelum merdeka, umur dia menghampiri 60. Ramai meletakkan beliau agak luar biasa sebagai agak mengancam pada umur sedemikian rupa.

Bila Tun Dr Mahathir kata berundurlah, cecah 60 nanti akan habiskan masa jual lembu sampai ramai yang tak cam. Kesian ... semua suami dan boss lama punya pasal.

Wow! Masih untung jual orang dari jual unta. Yang pasti perlu dipelajari, janganlah ada kaum keluarga ahli politik jual lembu. Akhirnya dilembukan.

Rabu, Disember 07, 2011

Asal bukan saya


Sebuah Yayasan yang ditubuhkan Dato Dr Mashitah mengajakan program mengenai kekelurgaan. Dr Mashitah merupakan penceramah utama.

Para hadirin ramai orang lelaki, maka isu amalan poligami timbul.

Dr Mashitah‎​: Tuan-Tuan dan Puan-Puan, jangan salah faham. Saya tidak pernah tolak hukum poligami.

Hadirin: Wah, hebat Dr!

Dr Mashitah‎​: Saya tidak pernah melarang para suami nikah lagi.

Hadirin: Wah, benar-benar understnding, YB kita ni.

Dr Mashitah‎​: Yang penting...

Hadirin: Yang penting...adil eh Dr?

Dr Mashitah‎​: Bukan. Yang penting...bukan suami saya!!!

Jamaah: =))

Isnin, Disember 05, 2011

Nizar Nizar ...


PKR tuduh:
  • Keluarga Menteri, Shahrizat dapat kontrak kerajaan dalam NFC
  • NFC beli kondominium mewah RM9.8 juta
  • Shahrizat guna RM800 ribu dana NFC melancong luar negara
Si Nizar pulak tuduh:
  • Shahrizat guna duit NFC beli seluar dalam RM23,000
Hehehe ...ke situ pula dia.

Jumaat, Disember 02, 2011

Ah ... tembak saja


Dato Seri Najib berkata dalam ucaptama di PAU semalam:

80. Kita bukan seperti pihak lawan. Contoh pertama, Parti A, jawatan Ketua Umum, sudahlah tidak dipilih secara demokratik, lebih berkuasa pulak dari Presiden parti. Contoh kedua, Parti B sebuah parti yang memakai gelar demokrasi, namun, langsung tidak demokratik. Apakah demokratik namanya kalau perwakilan cawangan memilih 20 orang ahli jawatankuasa pusat dan kemudian ahli jawatankuasa pusat tersebut pula, memilih kepimpinan tertinggi parti? Ini jelasnya, tidak sama sekali mencerminkan kehendak ahli terbanyak.

81. Manakala contoh ketiga, adalah Parti C, yang kononnya memperjuangkan negara kebajikan. Lahawlawala...., jawatan Mursyidul Am pun, tampaknya tidak diundi secara demokratik, tetapi ternyata lebih berkuasa dari Presiden. Sama jugak dengan Parti A.Tambahan lagi Parti A itu, suami, Ketua Umum, isteri, Presiden, anak perempuan sulung, Naib Presiden, Timbalan Presiden pulak ..... hrmm ... tak payah lah kita cerita.
Nak pilihanraya Tok. Apa lagi nak ABC.

Tok Jib kena fitnah lagi teruk. Bukti tak ada, saksi tak ada, bicara tak layak, tapi semua main teka-teka dan andaian belaka.

Apa nak tunggu? Belasah saja ...

Hai, baik sangat.

Sabtu, November 26, 2011

Kehebatan luar biasa seorang Haji

Gambar berhenti bermiqat di Bir Ali, di luar Madinah dalam perjalanan ke Mekah

Alhamdulillah, Husin sudah kembali ke tanah air. Tengahhari semalam pun dah dapat makan ikan asam pedas dan ikan patin tempoyak.

Sehari dua ini, kami asyik tidor saja. Baru tahu betapa penat kami. Maklumlah selama lebih 45 hari, kami banyak berjalan, tidor tidak menentu dan makan minum pun tak menentu.

Jadi bila kami tidor terganggu oleh keluarga yang datang berziarah, itu perkara biasa.

Ada seorang ahli keluarga yang datang yang agak Tok Lebai memberi nasihat. Dia kata mabrur atau tidak haji seseorang banyak bergantung kepada pembawaan apa yang dilakukan di Mekah dan Medinah ke dalam hdup kita di sini.

Pembimbing ibadah kami, Ustaz Badrul pun ada kata.

Dia kata, "Kita tidak boleh lakukan banyak perkara apabila dah haji... "

Ini Husin tak setuju tapi Husin diam saja.

Tok Lebai itu kata, "Apabila kita dah Haji dan Hajah, kita jadi contoh dan ikutan ramai."

Baik, yang ini Husin setuju.

Dia sambung, "Kita dah di kira orang tua, maka banyaklah kita tak boleh lakukan."

Husin mencelah, "Tapi Tok Lebai ...."

Tok Lebai bertanya, "Tapi apa Tuan Haji?"

Lain macam saja bunyi dipanggil orang sebagai Tuan Haji.

Husin jelaskan, "Sebenarnya lagi kita dah Haji, lagi macam-macam perkara kita berupaya lakukan dan kita harus lebih berani mencuba dan meneroka benda-benda dan pengalaman-pengalaman baru. "

Tok Lebai memberi respons macam tak setuju, "Hmmm ...."

Husin menerangkan, "Kepada kebanyakkan Haji dan Hajah, mengerjakan Haji adalah amalan yang baru. Kita melakukan amalan ibadah yang tidak pernah di lakukan. Kita mengalami tempat dan budaya baru. Ianya seolah-olah kita telah melepasi garisan psikoloji baru ..."

Tok Lebai mengangguk seolah-olah bersetuju.

Husin sambung, "Lagi pun Tok Lebai, sesiapa yang sudah mengembara dari Medinah ke Mekah, berjalan-jalan dalam Masjidil Haram dan bandar Mekah, dan mengililingi kaabah dan berjalan dari Safa ke Marwah ....

"... dengan hanya memakai tuala tanpa memakai seluar dalam bisa lakukan pelbagai benda baru."

Ketawa sekeliling orang yang mendengar. Ada pula mencelah, "Nasib tuala kau tak lucut depan kaabah ... satu dunia dapat lihat melalui laman Live Kaabah."

Lagi terbahak-bahak kami ketawa.

Husin meneruskan, "Eh jangan lawak. Kawan Husin pernah hampir terlucut depan Kaabah pasal ada perempuan Nigeria terpijak kain ihramnya. Pasal kain ihram di pakai terlalu rendah."

Terbahak lagi kami ketawa.

Husin menyimpulkan, "Maka itulah hebatnya mereka yang sudah mengerjakan haji."

Tok Lebai geleng kepala tak sangka sudut itu yang Husin boleh lihat.

Rabu, November 09, 2011

Perlunya mengikuti kursus

Husin di Padang Arafah sebelum bermulanya Haji (diambil dari blog Haj 1432.com sini)*

Alhamdulillah, semalam Husin selesai mengerjakan lontar jumrah di Mina atau disebut juga Muna oleh orang Arab.

Atas sebab tertentu, kami terpaksa melakukan Nafar Awal atau hanya melontar pada Zulhijjah 11 dan 12hb dan tidak melontar pada hari ketiga pada Zulhijjah 13.

Kita merancang, Allah jua menentukan. Rupanya tak sempat juga. Terpaksa Husin tunggu beberapa hari untuk sama-sama menghabiskan haji bersama isteri dengan melakukan tawaf dan saei Haji.

Mengerjakan Haji ini sebenarnya mudah dan ada banyak kemudahan bagi situsi-situsi tertentu. Untuk dapat menggunakan kemudahan tersebut, perlulah ada 'ilmu atau lebih mudah cerita, faham bab haji dan menghadiri kursus haji terlebih dahulu.

Selain itu, hindari dari dengar-dengar dan ikut-ikut cakap orang. Perlu tidak mempedulikan dan terpengaruh sangat apabila "ada orang kata". Tanya terus pada guru bab haji atau pembimbing ibadat Tabung Haji sebarang kemusykilan. Jangan bergantung dengan "ada orang."

Lebih baik sekali, sendiri perlu boleh menentukan apa yang "ada orang kata" itu betul atau tidak.

Caranya adalah memahami betul-betul bab haji sampai tahap yang boleh dapat A SPM. Ianya dengan menghadiri kursus, banyak bertanya dan berbincang dengan yang mahir dalam bab haji, dan mentelaaah makalah dan buku yang diberi

Kenalan baru Husin dari Tabung Haji, saudara Rizzal sedang menjalankan tugas mengelilingi perkhemahan Malaysia di Arafah untuk memantau operasi Masy'ir 1432

Ini mengingatkan kisah benar yang berlaku pernah berlaku pada seorang nenek saudara Husin. Nenek saudara ini adalah kakak ipar pada nenek ana.

Nenek pergi Haji pada satu tahun itu. Dia ada hadiri kursus dan ikut muasasah Tabung Haji. Tapi entah macam mana, antara "ada orang sudah" beritahu atau nenek salah dengar, nenek sudah difahamkan bahawa terkentut membatalkan haji.

Bagi menjaga kesuciaan haji, nenek berusaha menahan kentut. Dia sudah berhenti makn kacang-kacang yang banyak dalam makanan arab. Dia kurang minum air. Macam-macam cara nenek menahan kentut.

Bersama-sama rakan selepas melontar jumrah kali kedua dan terakhir kerana perlu Nafar Awal*

Setelah beberapa minggu hingga sebulan menahan kentut, akhirnya nenek jatuh sakit dan langsung dibawa ke klinik maktab. Mula-mula nenek malu nak beritahu, akhirnya doktor bertanya nenek ada kentut atau tidak?

Nenek hanya beritahu dia dah hampir sebulan tidak kentut. Doktor hairan dan tanya kenapa. Baru diterangkan "ada orang" kata kentut membatalkan haji. Tahulah doktor bahawa nenek sakit keran tahan kentut.

Nak ketawa, malu nanti nenek, lalu doktor pun cuba tidak ketawa menerangkan kentut tidak membatalkan haji tapi hanya membatalkan wudhu. Itu sepatutnya tidak jadi masaalah kerana wudu yang terbatal boleh ambil sekali lagi.

Doktor jelaskan pada nenek bahawa tiada larangan dalam haji yang menyebabkan haji terbatal. Kalau ikut syarat-syarat, sahlah haji. Bagi yang ada langgar pantang larang, cuma bayar dam.

Lalu nenek diberikan ubat kentut. Sehari dua, kesihatan nenek pun pulih.

Apabila pulang, orang tanya nenek akan kesihatan di tanah suci. Nenek memang orangnya lucu. Tanpa segan dan silu, dia ceritakan kisah dia tak kentut sebulan kerana takut batal haji. Semua ketawa dan kisah ini diketahui ramai di kampung.

*Maaf Husin terpaksa tutup muka kerana tidak tahan debu dan bau tertentu

Isnin, November 07, 2011

Ditukarlah Red Devil dengan Manchester City


Kekalahan 1-6 Manchester United di tangan Manchester City temppuh hari terus mnjadi sebutan jemaah haji yang muda-muda.

Ramailah peminat dan penyokong Manchester United yang terperanjat. Ada seorang peminat hingga berkata, "Nanti ana akan berdoa di Masjidil Haram supaya United akan bangun dari kekalahn ni dan kembali kuat."

Belum pun habis kekalhan ini, peminat United dikejutkan lagi oleh ceramah ustaz Samion. Satu malam lepas maghrib, ustaz memberitahu, "Di Mina nanti, kita akan membaling batu di Jamrah untuk membuang syaitan dari dalam jiwa kita."

Peminat United diam saja mendengar kata-kata ustaz. Mereka sedih tetapi menerima hakikat mereka terpaksa membaling batu ke arah simbol pasukan mereka "Red Devils."

Lepas ceramah, kelihatan peminat yang mendoakan United di Masjidil Haram melakukan sembahyang sunat.

Peminat taksub ini berdoa, "Ya Allah, jika kau boleh tukarkan Nabi Ismail dengan seekor kambing di saat terakhir, apalah kiranya kau tukarkanlah di saat terakhir nanti Red Devil dengan Manchester City..."

Sabtu, November 05, 2011

Kisah tak nampak Kaabah


Ada kawan Husin menceritakan member dia balik ke Mekah segera selepas membaling Jamrah Aqaba pertama pada 10 Zulhijjah.

Tujuan dia adalah untuk membersihkan diri sebelum balik menghabiskan baling batu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Tahulah orang Melayu kan pembersih. Sebelum keluar ihram, dia sudah memakai ihram sama dari masa pergi ke Arafah, berwukuf, malam di Muzdalifah dan akhirnya berkhemah di Mina.

Lalu dia sembahyang di Masjidil Haram. Tiba-tiba dia terkejut tak nampak kaabah.

Tahulah, bila tak nampak kaabah atau tak jumpa jalan pintu, mungkin satu petanda tidak baik atau dugaan tuhan.

Hehehe ... Mana tidak dia tak nampak kaabah?

Masa dia mari balik ke mekah, Kaabah sedang di gantikan kain hitam kiswah. Maka kelihatan hanya batu bata.

Sila lihat gambar-gambar kaabah di tukar kain di blog sini.

Jumaat, November 04, 2011

Selamat Hari Raya Eidul Adha


Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Waillahilham

Dengan tulus ikhlas, Husin Lempoyang ingin mengucapkan

Selamat Eidil Adha kepada para pembaca budiman sekelian di Malaysia

Hari ini, kesemua jemaah Haji Malaysia di Mekah akan memulakan rukun Haji dengan perjalanan ke Arafah pada petang ini selepas asar.

Kami di sini memohon doa anda semua agar perjalanan kami selamat, diberi kekuatan dan kesihatan, dan selamat dapat menyempurnakan ibadat Haji.

Labbaikallah humma labbaik ...

Khamis, November 03, 2011

Petugas Padang Mahsyar


Husin jatuh sakit beberapa hari lepas.

Selama tiga malam, ana berada di Pusat Rawatan Syisyar yang ala hospital pakar yang diurus Tabung Haji dan dijaga oleh doktor, pharmacist, dan jururawat hospital kerajaan dari Malaysia.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, ana sudah berunsur pulih. Insya Allah, besuk ana akan bersama jemaah Malaysia untuk ke padang Arafah. Hari sabtu ini wukuf.

Sempat ana bersembang-sembang dan bertanya-tanya jururawat-jururawat ini yang turut sama mengambil peluang mengerjakan Haji.

Mereka ini dipilih dari ribuan yang memohon untuk berkhidmat ikhlas untuk memastikan semua bakal haji dapat berada dalam keadaan sihat untuk mengerjakan haji. Teruk juga mereka kerja - 7 jam kerja, 7 jam rihat - sepanjang masa.

Jadi janganlah ada buruk sangka, petugas-petugas ambil kuota haji.

Bila hari wukuf, mereka pun akan pergi ke padang Arafah pada hari Sabtu tetapi sebentar saja. Mereka akan kembali segera bertugas dan melontar jumrah akan dibuat bergilir-gilir.

Orang kata Padang Arafah itu meyurupai Padang Mahsyar. Ini buat ana terfikir.

Kalaulah Tabung Haji ada buka permohonan untuk mejadi petugas jururawat di Padang Mahsyar, Husin ingin nak pohon. Jadi sekejap saja di Padang Mahsyar.

Pasal masa keliling tawaf, ana pun ada mohon doa diberikan balasan syurga tanpa perlu hisab.

Ahad, Oktober 30, 2011

Sembahyang prepaid dan postpaid?


Seorang sahabat Husin beritahu sebelum ke Mekah supaya rajin-rajin sembahyang jemaah di Masjid.

"Fadilat sembahyang di Masjidil haram tu 100,000 lebih dari Masjid yang lain." katanya.

"Banyak tu," jawab Husin.

"Ente sembahyang berjemaah sudah dijanjikan 27 kali ganda dari sembahyang seorang diri."

"Wah ... itu dah 2,700,000 kali ganda," Husin gandakan.

"Lepas itu, sebagai orang yang sudah berumahtangga, sembahyang ente diberi 40 kali ganda ganjaran berbanding ganjaran untuk orang bujang."

"Macam gitu sudah 108,000,000 kali ganda."

"Itu satu sembahyang, belum kira lima waktu satu hari, pahala ente Allah kasi seolah-olah satu sembahyang bersamaan ganjaran 108,000,000 hari atau kurang dari 300,000 tahun punya sembahyang," Kawan ana terangkan.

"Macam pahala sembahyang seumur hidup. Pahala sembahyang prepaid ...."

Husin hanya terkata, "Alhamdulillah, baguslah itu. Tapi macam mana pula yang post paid? Pening fikirkan dosa tinggalkan sembahyang yang banyak ..."

Khamis, Oktober 27, 2011

Husin Lempoyang melawat ladang korma

Sejak bertolak dari Malaysia pada Oktober 9hb, hari ini sudah kira hari ke 18 Husin meninggalkan Malaysia untuk mengerjakan ibadat haji yang mana wukuf dijangka jatuh pada hari Sabtu November 5hb bersamaan 9 Zulhijjah 1432H.

Husin sudah 9 hari berada di Mekah, selepas berada selama 8 hari di Medinah. Sepanjang masa, terutama di Medinah, Husin dan isteri hanya menghabiskan masa sembahyang lima waktu di masjid.

Mekah ada susah sikit la ... hotel jauh sikit dari Masjid. Selain itu, Husin cubalah buat ibadat sedikit, termasuk mengerjakan Umrah sunat dan tawaf, untuk menydiakan diri untuk hari wakaf dan melontar jamrah.

Sambil itu, Husin ada jalan-jalan buat ziarah sedikit. Masa di Medinah, kami di bawa ke sebuah ladang tamar atau korma. Ingin Husin berkongsi dengan para pembaca beberapa gambar.

Boleh dilihat, pokok korma tidak jauh beza dari pokok kelapa sawit. Di merata bandar Medinah, ada kelihatan pokok korma diguna menghiasi jalanraya. Kenapa kita tidak hiasi jalanraya kita dengan pokok getah dan kelapa sawit?




Macam pokok korma hidup dalam tanah gersang padang pasir? Di atas kelihatan, penggunaan sistem perairan yang mengekalkan lembap di tanah.

Di hujung ladang korma yang bernama Ladang Rashid ini, ada kedai untuk membeli korma dan lain-lain barang jualan.


Kelihatan penjual berada di tengah-tengah di kelilingi oleh barangan dagangan seperti korma, gula-gula, kacang-kacag dan kueh-kueh arab seperti halwa dan lain-lain.



Sebagamana di Malaysia, mereka yang melakukan kerja sedemikian adalah orag Indonesia.

Pelawat juga dihidangkan dengan teh arab untuk di minum di bawah redupan pohon-pohon korma.


Di Malaysia, kenapa tidak mahu minum-minum berkelah bawah pokok kelapa sawit?

Kelihatan gambar di bawah pelepah-pelepah korma di kumpulkan untul jadi atap seperti juga di guna pelepah kelapa di Malaysia.


Apabila kita menghampiri bas untuk pulang dan sembahyang zohor di Masjid, ada pula seorang penjual minyak unta. Penjualnya pun orang Indon.

i
Sepuluh riyal saja, minyak unta boleh sembuhkan semua penyakit, Pak.

Lain kali, ada gambar dan benda menarik akan Husin siarkan di sini.

Ahad, Oktober 09, 2011

Husin Lempoyang cuti ... naik haji


Maaf Husin lama tidak berblog. Malahan bakal lama juga ana tidak berblog selepas ini kerana sibuk membuat persediaan. Betul kata Anak Merdeka sini, ana akan berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan ibadat haji.

Pengembaraan ini amat penting, Sebagai orang Islam, mengerjakan haji adalah untuk mencukupkan pengerjaan rukun Islam yang ke 5.

Antara yang penting dalam rukun haji adalah berwukuf di arafah. Initipatinya, berkumpul di padang arafah menyerupai berkumpul di padang mahsyar di hari akhirat menunggu pengadilan tuhan.

Sejuk kaki memikirkan ....

Di Arafah adalah tempat kita bermuahasabah dan menilai diri kita agar diterima Allah sebagai hambanya.

Husin berdoa dan memohon doa anda semua semuga ditunjukkan jalan yang lurus, dimudahkan untuk beribadah, diterima taubah dan lain-lain.

Mohon dijauhi dari keadaan di mana membaling di jamrah menyerupai kawan baling kawan. Nauzubika min zalik.

Insya Allah, Husin akan memohon untuk kesejahteraan anda semua, keamanan dan kesejahteraan negara dan rakyat semua.

Panjang umur kita berjumpa lagi ye ....

Labbaikallahu humma labbaik ....

Jumaat, September 23, 2011

Talipon berbunyi luar waktu pejabat


Ini peristiwa berlaku pada tahun 2002.

Waktu dah petang dan semua orang di pejabat Timbalan Perdana Menteri dah balik. Tidak macam pejabat Perdana Menteri yang sentiasa sibuk. Talipon pejabat berbunyi. Tiada orang yang angkat.

Pak Lah yang belum balik. Lalu dia angkat talipon dan menjawab dengan suara agak tinggi.

"Siapa yang talipon diluar waktu pejabat ni ... ? Orang dah tak ada. Saya pun nak balik!!?"

Penalipon itu balas balik.

"Kamu tahu tak siapa yang talipon ini?

"Tak."

"Ini Mahathir bercakap!"

Alamak! Dr Mahathir ... Pak Lah terus kecut dan menyesal bersuara tinggi tadi. Alahai apa aku nak buat. Terkeluar dari mulutnya:

"Dr Mahathir tahu tak siapa yang Doktor talipon ni?"

Tersentak dengan Dr Mahathir bila ditanya balik. Lalu dia jawabnya, "TAK!!!"

Pak Lah kata dalam hati, "Lega na ... Nasib baik dia tak tau!!" lalu terus diletak talipon.

Kalaulah Dr Mahathir tahu siapa yang berani jawab balik dia, sejarah pasti dah berlainan ...

Khamis, September 22, 2011

Top-up RM10, gayut sebulan


Orang kata lagi jimat pakai handphone pre-paid tapi jangan terperanjat kisah ada yang beli top-up RM10 boleh tahan sampai sebulan. Tak kisah kamu bergayut di handphone berapa lama?

Rupanya ia melibatkan kemahiran untuk crossing account dan hanya mereka di bahagian System Development Telecom saja yang tahu.

Caranya senang saja. Mohon anda semua jangan BUAT LBIH DARI 3 KALI untuk sesatu nombor, kerana ditakuti sistem akan auto detect dan batalkan nombor tersebut.

Masa terbalik adalah lakukan top-up pada hujung bulan, 25hb ke atas dalam pukul 3 am keatas. Masa itu sistem sedang di selenggara dan itulah peluangnya untuk lakukan crossing account.

Prosedurnya senang saja ...
1. Beli top-up RM 10 ... gesek nombor dan dah sedia
2. Kau orang type < ** REC 10 > , then send to 09901
3. Skrin akan keluar satu serial number 6 digit. Salin nombor tersebut.
4. Taip < ** REC 10> <123456> masukkan 6 digit tadi dan hantar ke 09902
5. Akan keluar reply "insert you top up number" dan taipkan 14 digit top-up number contohnya: <01234567891023> dan hantar ke 09903
6. Kalau berjaya, boleh guna sebulan.
Lebih kemungkinan tidak berjaya dan keluar muka Rais Yatim berikut:


Dengan tangannya yang bergulong macam sotong, Rais menyambung leteran, "Masuk toilet pun kono bayar 20 sen, ni nak top-up 10 hengget tapi pakai seumur idup plak. Banyak cantik muko ekau!

"Anak den main kontrak telekomunikasi pun kono saman"

Rabu, September 21, 2011

Perubahan ...


Hj Hadi ubah AMANAT,
Nik Aziz ubah FATWA,
Mat Sabu nak ubah SEJARAH,
Manoharan mahu ubah BENDERA,
Anwar ubah depan ke BELAKANG,
Najib ubah ISA,

Husin Lempoyang saja TAK UBAH APA2 ... TETAP ASLI.

Masih lagi untung jual orang dari niaga unta. Wow! Hehehe ...

Isnin, September 19, 2011

Anwar disoalbalas di mahkamah


Pelbagai pihak membuat andaian.

Ada kata sebab Anwar takut untuk disoalbalas oleh pendakwa jika dia memberi keterangan dalam kandang saksi. Ada kata dia sengaja. Ada kata dia terpaksa. Ada kata dia bukan peduli. Ada kata dia tidak ada cara lain untuk selamatkan diri.

Mereka yang sudah tahu Anwar bersalah guna taktik psikologi untuk berkata dari awal bahawa Mahkamah sudah buat keputusan Anwar bersalah. Bila mahkamah jatuhkan Anwar sebagai salah, pasti mereka akan kata, "Betul tidak aku cakap?"

Husin ada teori lain kenapa Anwar memberi kenyataan dalam kandang tertuduh. Bayangkan kalau Anwar jawab pendakwa macam mana dia jawab wartawan seperti berikut:








Anwar takut dia bersikap pada pendakwa sebagaimana ketika dia lakukan pada wartawan yang menanyakan soalan yang menyusahkan dia. Nanti berubah persepsi awam terhadapnya.
Pasti pendakwa akan dimarahi ketika bertanya, "Why do you ask me?" ... "You completely lack of adab..."

Yang pasti mula-mula masuk kandang, dia dah melenting ... "Tuan hakim, kenapa perlu saya angkat sumpah? Yusof Qardawi, ... Hasan Al Juburi, Husin al Liwati, Rahman Al Suntuti, ... (dan lain-lain nama berbunyi Arab yang konon dia tahu akan disebut) sudah sebut salah hukum bersumpah."

Asal disoal, sibuklah dia pasal dari manha orang yang bertanya datang dari.

"Pihak pendakwa ni dari pejabat mana? Pejabat Utusan? Pejabat TV3?"

Kalau tidak pun, dia akan kata, "Sebelum mula soalbalas, diminta pendakwa raya dari Utusan Malaysia, TV3 dan agendadaily diminta tinggalkan kamar dahulu."

Bayangkan Anwar yang DNAnya terjumpa di dubur Saiful berkata, "Pihak pendakwa ... sila belajar Fatihah dengan betul!"

Dah tentu timbul saja isu DNA, dia akan naik birang dan jerit, ""DNA apa? You pendakwa raya TV3? Dari TV3 kan? DNA apa? DNA apa? ...Cuba terangkan?"

Dia akan suruh jawab soalan sebelum jawab soalan pendakwa, "Sila jawab saya apa kaitan KY Jelly dengan kes liwat ini. Sudahkah awak establishkan?"

Atau, "Sila jawab mana dia kes VK lingam? Betul tak ... correct correct correct!"

"Beranikah awak tanya dahulu Najib ada hubungan seks dengan Rosmah sebelum tuduh saya liwat Saiful?"

Mestilah ada, mereka suami isteri!

Lagi pening hakim kalau Anwar kata, "Saya hanya akan beritahu jawapan pada ketika yang sesuai. I decide the timing. I decide when the timing is right. I decide ..."

Dah habis dia beri kenyataan di kandang saksi dia akan kata, "Dah habis cakap, now shut up!"
Anwar, Anwar ... entahlah ...

Tahukah dia bahawa kenyataannya dalma saksi tertuduh tidak menjaminkan hakim menerima pakai kenyataannya yang tiada fakta sokongan dan tidak disoalbalas oleh pendakwa? Hakim boleh tolak buta-buta kenyataannya dari kandang tertuduh.

Wow! Lagi untung Anwar dapat istirehat percuma ke Bamboo River Nature Resort.

Ahad, September 18, 2011

Tak henti-henti dikerjakan



Ini adalah kisah empat orang pengantin baru yang baru dinikahkan oleh orang tuanya....

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 orang anak perempuan yang sangat disayangi iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri.

Satu hari mereka berpakat untuk kawinkan anak-anak ni serentak.

Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat-empat anak itu bercadang untuk pergi berbulan madu. Siti pergi bulan madu ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Mas ke Pulau Pangkor.

Sebelum pergi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, "Nanti jangan lupa hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak payah tulis panjang2, hantar SMS dengan menggunakan slogan iklan yang ringkas, padat dan tepat."

Panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak-anaknya.

Dalam beberapa hari, terima SMS dari Siti yang bertulis 'Standard Chartered' . Dicari-cari kedua suami isteri akan iklan Standard Chartered. Tersenyum kedua-duanya membaca iklan yang bertulis "Besar, Teguh dan Peramah."
Syukur, bahagialah si Siti.

Esoknya terima pula SMS dari Seri yang bertulis 'Nescafe'. Segera dicari iklan Nescafe. Tersenyum suami isteri membaca slogan iklan yang bertulis "Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir."

Alhamdulillah, bahagialah si Seri ...

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula SMS dari Murni yang bertulis 'KFC'. Dicari iklan KFC. Tersenyum kedua mereka membaca slogan iklan yang bertulis 'Hingga Menjilat Jari.'

Bahagia juga si Murni dengan suaminya...

Seminggu berlalu, tiada lagi berita dari Mas. Mak Minah dan Pak Mat dah risau. Maklumlah ini kali pertama mereka berenggang anak beranak.

Masuk minggu kedua minggu... tak ada jugak SMS.

Dah minggu ke tiga, barulah terima SMS dari Mas dengan isi kandungannya "AIR ASIA ".

Bergegas le Mak Minah cari slogan iklan syarikat penerbangan itu, Tak sabar nak tahu apa yang sudah terjadi pada anak bongsunya. Bila dibaca slogan iklan tersebut, Mak Minah dan Pak Mat terkelip-kelip tak tau nak cakap apa....

Mak Minah terus menangis. Tak tahu menangis suka atau sedih. Apa nasib Mas yang terpahat dalam slogan Air Asia?

Apa slogan iklan itu ...??



7 KALI SEMINGGU... 3 JAM SEKALI.. NON-STOP!!"

Padanlah MAS ... tak henti-henti dikerjakan.

Jumaat, September 16, 2011

Kak Ros boleh, Husin pun nak


Kak Husin, Pak Habib Akbar kata Kak Ros masih menyampaikan ucapan Raya pada hari ke 18 syawal semalam di TV Astro.

Tak salahlah Husin masih nak ucapkan Selamat Hari Raya dengan menyiarkan pantun Raya karangan kawan bernama Wayne. Baca pantun dia berikut:

Kelantan...

Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patien
Jangan aok masam muka
Raya maken rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

Selangor/K.Lumpur ... org kolumpo jgn kocik ati!!
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Sarawak..
Bujang senang nama diberi
Kamek datang embak kari
Hari raya kita saling memaafi
Jangan kitak ambik hati

Sabah ... (dari Musli Oli)
Gunung Kinabalu gunung suci
Tempat orang mangan-mangan
Buka puasa dengan Shafie
Hari Raya dengan Musa Aman
Wow! Nak celen Kak Ros ke ucap raya di hari ke 19?

Rabu, September 14, 2011

Penang Char Kuey Tiaw original


Ramai orang tidak tau bahawa kuey tiaw Pulau Pinang yang original dijual kosong tanpa telor dan isi-isi lain seperti udang.

Masa dulu, orang Cina yang mahu makan kuey tiaw dengan telor akan bawa telor untuk digoreng bersama dari rumah. Pada orang luar, mereka ingat orang Penang pelokek atau terlalu berjimat.

Lama kelamaan jadi kebiasaan pula kuey tiaw dijual dengan telor, udang dan dengan daun kucai. Itu dinamakan Penang Char Kuey Tiaw.

Sejak tahun 2008, orang ramai mula meminati cara asal Penang Char Kuey Tiaw disediakan tanpa telor dan isi-isi lain. Terlalu panjang untuk pembeli buat order dengan menerangkan mahukan Penang Char Kuey Iaw tanpa telor.

Lalu direka jenama baru untuk Kuay Tiaw yang disediakan cara asal sebagai Penang Kuey Tsu Koon. Fahamlah orang ramai dan penjual maksudnya sebagai Penang Char Kuey Tiaw tanpa telor.

Selasa, September 13, 2011

Durian baru Balik Pulau


Macam-macam perkataan teknikal dalam ilmu durian. Kalau dapat durian yang satu ulas mengambil penuh satu pangsa, itu namanya anak kucing.

Kalau dapat durian yang bijinya tipis, itu namanya durian kesep.

Saintis Mardi di Pulau Pinang telah berjaya menggunakan teknik genetik untuk mereka satu jenis durian lebih hebat dari durian anak kucing dan kesep.

Mereka berjaya menguji dan menanamnya secara komersil di Balik Pulau, Pulau Pinang. Sebelum ini, Balik Pulau terkenal dengan durian udang merah yang mahal dan warna cantik kemerah-merahan.

Durian specie baru Mardi ini tidak diberi nama seperti D22 atau D16 tapi dinamakan Durian Koh Tsu Koon sempena mantan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Peniaga-peniaga dan penanam durian Koh Tsu Koon yang kebanyakkan adalah dari kaum Hokkien mempromosikan durian ini sebagai Bah Kut Lolian. Maksudnya dalam bahasa Melayu, durian tidak berbiji.

Durian ni mereka jual ke pasaran luar saja.

Isnin, September 12, 2011

Jadi pemimpin tak boleh kentot


Blogger ramai merungut. Mereka dah bekerja keras secara suka dan rela untuk ubah persepsi terhadap pembangkang. Kenapa UMNO tak sambut?

UMNO diperingkat atas dan bawah hanya diam dan macam biasa-biasa saja. Ada pula sibuk nak main politik dalaman UMNO untuk berkonspirasi dari berkempen dan merancang gerakan untuk memastikan kemenangan di kawasan masing-masing.

Ramai pihak selalu bertanya pada Husin untuk mendapatkan pendapat.

Bolehkah BN ambil alih Selangor pada pRU13 akan datang?

Bolehkah BN ambilalih Kedah dengan Mukhriz sebagai MB dari PAS yang ada usaha menjatuhkan Azizan yang tidak efektif dan digantikan Phahrolrazi untuk berhadapan dengan Mukhriz bagi merebut jawatan MB Kedah?

Bolehkah BN mengambilalih Kelantan dari tangan PAS yang dijangka bakal meletakkan Husam sebagai pengganti MB selepas Nik Aziz?

Ana rasa semua terpulang kepada kepimpinan. Rakan ana ada jawapan lagi baik. Dia kata mustahak sekali pemimpin jangan kentot di tahyat akhir.

Betul itu.

Jadi pemimpin tak boleh kentot. Bising nanti blogger-blogger nak ambilkan air sembahyang dan desak pemimpin sembahyang.

Ahad, September 11, 2011

Mat Sabu masuk Universiti


Mat Sabu menerima pelawaan Gerakan untuk masuk Universiti untuk belajar sejarah. Inilah peluang Mat Sabu untuk menebus kembali maruahnya yang gagal [pada tahun pertama di ITM lebih 30 tahun dahulu.

Mat Sabu membuat persediaan untuk hari pendaftaran.
Normah: Abang barang-barang sumo dah siap ke bolom?

Mat Sabu: Dah Mah.

Normah: Dah masuk dalam beg ke sumo eh? Cek betul-betul, karang ado pulak yang tertinggal.

Mat Sabu: Dah Mah, semua dah masuk dalam beg.

Normah: Borang-borang semua dah siap isi? Pengesahan Doktor?

Mat Sabu: Dah buat Mah. Dah pergi Hospital kelmarin. Settle ... beres!

Normah: Ha, baguslah tu. Boleh lah kita ... Lama kita nanti tak ...

Mat Sabu: (Sambil membelek-belek beg) Ala Mah, Abang terlupa nak beli tadi. Nasib baik Mah ingatkan. Besok kita beli di mana-mana kedai talipon bimbit.

Normah: Abang belum nak masuk Universiti semula, dah nak lupakan Mah.

Mat Sabu: Tidak Mah, Abang akan selalu talipon untuk hilangkan rindu.

Normah: Nanti cuti semester baru boleh jumpa dan ...

Mat Sabu: Abang bawak kain dalam Mah untuk dicium bagi hilangkan rindu.

Normah: Abang jangan lupa cuci muka. Nanti orang bau lain macam.

Sabtu, September 10, 2011

Berita tergempar



BERITA: Seorang wanita yang membawa ubi kayu mati dilanggar beca.

INILAH reaksi dari pemimpin politik:

Anwar Ibrahim: Satu lagi bukti konspirasi UMNO!

Najib Razak: Ini bukti ubi kayu 1Malaysia mendapat sambutan hebat!

Hishamuddin Hussein: Kita memberi amaran akan mengambil tindakan tegas kpd pemilik beca!

Ibrahim Ali: Sampai bila kita nak biarkan wanita Melayu mati dilanggar beca?

Lim Kit Siang: Kita akan membela kematian ini kalau wanita ini Cina. Tuntut tubuh Suruhanjaya Diraja!

Chua Soi Lek: MCA tidak ada jawatan dalam kabinet jika orang Cina tidak terima wanita itu sebagai Cina.

Koh Tsu Koon: Syyy ... saya hanya nak ada sebelah Najib semasa pengkebumian untuk cameraman ambil gambar.

Hadi Awang: Kita akan mengadakan mesyuarat Pakatan Rakyat sebelum membuat keputusan mengenainya. (Nak ambil arahan DAP)

Mat Sabu: Saya nafi bawa beca. Sila tunjukkan video sebagai bukti. [Jangan cabar. Sila tengok sini dan sini]

Khalid Samad: Tak apa, asal gereja tidak dituduh terlibat.

Ust Azizan Razak: Apa dia? Saya tak tahu, saya tak tahu. Jangan tanya saya!
Ada lagi mana-mana pemimpin bercakap?


* Ilham dari blog Outsyed the Box

Selasa, Ogos 30, 2011

Hari lebaran


Selamat hari raya. Maaf zahir batin

- Husin Lempoyang

Isnin, Ogos 29, 2011

Hari akhir, nak minum apa?


AIR pergi sekolah = Air Batu Campur (ABC)
AIR suka shopping = Air Sirap Bandung
AIR Phua Chu Kang = Air Lai Chi Kang
AIR paling bulat = Air Mata Kucing
AIR suka pening = Air Tuak
AIR orang putih = Air Durian Belanda
AIR pandai Tai Chi = Air Laici ...

AIR Koh Tsu Koon = Air Laici?

Khamis, Ogos 25, 2011

Peluru dah banyak


Buat apa dikasi peluru?

Bawah dia ada Polis DiRaja Malaysia. Bukan saja peluru, senapang, pistol dan macam-macam ada.

Yang diperlukan bukan dua biji peluru hidup, tetapi dua biji telor hidup ....