Sabtu, Disember 29, 2018

Azmin nak naik PM 2019 atau lambat lagi?


Dari 2014-15, Husin dah tahu dan ikuti pencak silat politik Tun Dr Mahathir untuk naikkan Azmin sebagai PM.

Kononnya strategi yang diguna adalah 'game changer' yang berakhir dengan Anwar tidak jadi PM pengganti dan terjadilah UMNO 3.0, BN 2.0, Azmin PM dan Hishamuddin TPM.

Semua dah susun dan sebaik Anwar dan Lim Kit Siang mulakan serangan, terus diumum deklarasi perang.

Azmin memang cari pasal untuk kelahi dengan Anwar. Mula budak-budaknya persoal perlantikan jawatan oleh Anwar. Lalu Nurul dan beberapa yang lain mengalah.

Ingatkan Azmin tahan brek tapi rupanya dah timbulkan isu tersebut secara terbuka di Mesyuarat Agong PKR dan isytihar perang ke atas Anwar.

Rabu, Disember 26, 2018

M'sia doctor vs British, German, Russian doctors


A British doctor says: "In Britain, medicine is so advanced that we cut off a man's liver, put it in another man, and in 6 weeks, he is looking for a job."

Jumaat, Disember 21, 2018

Telinga keling bukan kayu, tapi kueh


Telinga keling itu kueh (macam dalam gambar).

Dato Ibrahim Ali pula panggil Waytha telinga kayu sebab berdegil tidak mahu letak jawatan.

Hindraf  kata Waytha di kambing hitam sebaik Mahathir kata kuasa memilih Menteri adalah padanya.


Mahathir memberi reaksi kepada surat tuntutan memecat Waytha yang diserahkan Syed Saddiq kepada PM.

Syed Saddiq itu gempak nak dapat tempat dalam MPT PPBM untuk pemilihan parti tak lama lagi. Sanggup naik atas kepala Mahathir dalam isu Ptptn untuk popular dan menang.

P Ramasamy terus naik kepala dan marahkan Syed Saddiq. Katanya kuasa PM jangan dipersoalkan.

Keling balun anak Pakistan warganegara Singapore.

Ramasamy pernah mengeluarkan kata-kata pedas terhadap orang Melayu hingga disuspek ahli Tamil Elam.


Selain Ganapatirau yang secara terus ada peranan bersama Waytha dalam isu kuil Seafield, Kulasegaran pun antara ahli Parlimen yang telah menyakiti hati Melayu meanggil mereka pendatang.

Gambar itu dari profil FB peribadinya. Mungkin Kula dan puak-puak India dalam DAP antara wakil-wakil rakyat DAP yang akan sertai Tun M untuk cukup kan nombor.

Ini akan nafikan Anwar naik PM. Sekarang Anwar dan DAP tak setuju PPBM terima AP UMNO yang mahu lompat.

Telinga kayu, Brahim Ali kata? Bila dah naik kepala, bukan lagi kambing hitam atau telinga keling

Wow! Telinga keling dah naik ke kepala keling

Rabu, Disember 19, 2018

Rahim boleh masuk, Tambi dia tak boleh


Seorang bekas ahli Parlimen UMNO dari Melaka yang umum keluar parti telah diterima sebagai ahli PPBM.

Namun, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik yang telah keluar UMNO tidak lagi dapat diterima masuk.

Oleh sebab kisah-kisah lama yang mana berakhir dengan bekas ahli Parlimen Kota Melaka menjalani hukuman penjara dan video China Doll terdedah dan tersebar, DAP dan PKR membangkang.

Tan Sri Muhyiddin kata permohonan Rahim perlu melalui Jawatankuasa saringan yang akan pastikan bekas pemimpin-pemimpin UMNO yang mahu sertai PPBM adalah bersih dari salahlaku lepas.

Kesian Rahim, terimalah permohonan keahliannya. Cuma jangan terima permohonan Tambi dia.

Wow! Yang dah dalam PPBM, bersih benor ker?



Jumaat, November 09, 2018

Karektor pemimpin PH dalam filem P. Ramlee


Mahathir Mohamad
Watak: Pateh Karma Wijaya
Filem: Hang Tuah
Ciri: Jahat nak mampus

Daim Zainuddin
Watak: Kasim Patalon
Filem: Tiga Abdul
Ciri: Penasihat yang tak boleh pakai

Lim Kit Siang
Watak: Saddiq Sigaraga
Filem: Tiga Abdul
Ciri: Konon nak bagi orang marah, tapi dia sendiri yang marah

Lim Guan Eng
Watak: Ketua Penyamun
Filem: Ali Baba Bujang Lapok
Ciri: Penyamun berlagak suci

Ahad, Oktober 21, 2018

GRAB punya pasal


Ekoran dituntut pemandu-pemandu teksi kerana gagal tunai janji bubar GRAB, PM merajuk dan sedia letak jawatan.





Sementara itu beberapa ahli Parlimen sedang giat memastikan keadaan fizikal dan kesihatan masing-masing baik.

Wow! Ada cita-cita tu ...





Selasa, Oktober 16, 2018

Certot manifesto tutup tol


Bagi mengurangkan kemarahan rakyat dan membuktikan janji-janji untuk menutup  tol dalam manifesto ditunaiksn, PLUS telah mengambil ikhtiar untuk menutup 7 tol dan hanya membiarkan satu sahaja yang beroperasi

Terima kasih PLUS. Sekurang kurangnye 7 dah tutup dan tinggal satu sahaja lagi. Wow!

Isnin, Oktober 15, 2018

Dua lagi saudara persilatan Hang Tuah diketemui


Sekarang ni Melaka terkenal dengan 7 hang, bukan 5 lagi ...

1. Hang Tuah
2. Hang Jebat
3. Hang Lekiu
4. Hang Lekir
5. Hang Kasturi
6. Hang Kenal aku sapa
7. Hang YB ka aku YB 😄ðŸĪŠðŸ˜œ

Selasa, Oktober 09, 2018

Aksi sempoi antara dua darjat


10 perkataan English yg digunakan orang kita di malaysia..berlainan jauh sungguh maksudnya..

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌👉‌‌TACKLE
English : menangani, mengatasi
Org kita : Mengorat

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌👉‌‌CHOP
English : cincang
Org kita : Rubber stamp

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌👉‌‌BUDGET
English : belanjawan
Org kita: contoh ayat "mkn nasi bajet laaa"

Sabtu, Oktober 06, 2018

"Tunggu pelan struktur dulu ... Isnin kami selamatkan adik awak"


Untuk mengelakkan kejadian 6 orang bomba mati dalam satu operasi menyelamatkan mangsa di sebuah kolam bekas lombong, Menteri Kerajaan Tempatan, YB Zuraidah kata bomba akan dapatkan laporan struktur di lokasi dahulu untuk memastikan kerja-kerja menyelamat itu selamat sebelum kerja-kerja menyelamat dilakukan.

Bicara Rakyat membayangkan senario berikut:

Pengadu: Hallo bomba, tolong! Adik saya lemas..dah 5 minit menyelam tak timbul2.

Bomba: Lokasi Tuan dimana?

Pengadu: Kami di Tasik Kelana Jaya belakang stadium Tuan. Tolong saya Tuan.

Bomba: Baik. Untuk operasi menyelamat kami perlu ikuti prosedur.

Sabtu, September 22, 2018

Guan Eng, Saifuddin betul kata harga barang turun


Ha ... kan turun harga getah dan kelapa sawit lepas GST ditarik dan SST dikuatkuasa!

Wow! Jatuh sekali


Jumaat, Ogos 17, 2018

PH rebrand penutup surat


Hari ini Kerajaan PH telah menukar istilah yang sering digunakan oleh pegawai kerajaan :

‘Saya yang Menurut Perintah’ kepada
‘Saya yang Menjalankan Amanah’.

Tiba2 ahli Bersatu marah, kenapa Amanah je?

Selasa, Ogos 14, 2018

Had 2 penggal pun boleh 22 tahun lagi


Apa susah nak hadkan pada 2 penggal.

Satu penggal 11 tahun. Dua penggal 2 tahun. Pencen kedua umur 115 tahun.

Wow!  Pada 100 hari, boleh lancar novel Kencing Sepanjang Jalan

Isnin, Ogos 13, 2018

Tak payah tukar spec, tukar Menteri Kewangan


Dulu tipu undi CEC, kata salah Microsoft Excel. Kontrak terowong naik dari RM4 billion ke RM6 billion, salah Microsoft Words.

Sekarang salah sebut RM19.4 billion, titik perpuluhan pulak dipersalahkan.

Kalau asyik tak nampak, tak payah tukar spec. Lawatan ke China pun tak boleh ikut. Tukar saja Menteri Kewangan.

Sabtu, Ogos 11, 2018

Guan Eng kena jual pegawai kerajaan


Fatimah Jasmin komen di FB:

Only in Malaysia yang kena rompak melolong RM18 bil dirompak. Yang (dituduh) merompak pula buat lapuran polis kerana merompak... Adoi

Pelik-pelik Malaysia baru....

Sabtu, Ogos 04, 2018

Untung orang kerja kerajaan


Untung la orang kerja kerajaan...

Tengah drive, buka radio kereta. Dengar berita gaji penjawat awam akan dinaikkan dan elaun rumah pun naik 25% dari RM250 ke RM750 mengikut tangga gaji.

Kerja tidak seberapa tapi semua manifesto parti janji naik gaji.

Rabu, Ogos 01, 2018

Pengerusi Khazanah bukan ahli politik


YAB Perdana Menteri melantik ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Khazanah Nasional.

Perlantikan tersebut disokong oleh Pengerusi Pakatan Harapan dan Pengerusi PPBM.

Bekas Perdana Menteri ke-4 merakamkan setinggi tahniah kepad Tun Dr. Mahathir Mohamad atas perlantikan tersebut.

Sabtu, Julai 28, 2018

CT kurangkan sara hidup guna tomato

CT bergambar dengan Mat Maslan II

Jangan salahkan Siti Nurhaliza sokong gomen baru.

Ibubapa lain kasi bayi minum susu. Dia kasi anaknya makan durian, kelapa sawit, getah dan kasut putih. Plus suruh tangkap ikan kembung sendiri dari laut.

Kos sara hidup dia turun merudum.

Wow! CT jimat make-up guna tomato untuk blushing

* FB Daniel Goh

Khamis, Julai 26, 2018

Pantun Manifesto Tomato


Buah tomato dibawa berlayar,
Masak sebiji diatas peti,
Tol tak hapus masih kena bayar,
Bagaikan menunggu anak pengantin LGBT.

Buah tomato kacang bendi,
Jadi perencah untuk memasak kari,
Harga barang tak turun 0% GST,
Inikan pula 10% sst.

Rabu, Julai 25, 2018

Wagyu disebalik mee maggi


Dulu pepatah Melayu berbunyi, ada udang sebalik batu. Bertukar jadi, ada udang sebalik mee.

Selasa, Julai 24, 2018

Bila pakai kondom, sampai bila PH tak beranak


Penyokong tegar PH masih ingatkan mereka berkahwin dan pastinya persamaan bakal dikurniakan zuriat.

Tapi jika pengantin memakai kondom, sampai bila si isteri tidak akan mengandung.

Dulu peminjam #PTPTN ingat dapat tangga untuk keluar dari hutang bila Kerajaan #MalaysiaBaharu naik.


Khamis, Julai 19, 2018

Bukan saja tomato turun harga

Tan Sri Anuar Musa bangkang boss sendiri di Parlimen.

"Saya minta maaf Bagan Datuk saya tak setuju dengan kenyataan Yang Berhormat yang menyebut hanya harga tomato turun.

"Sebab harga saham, getah, sawit, ringgit Malaysia pun turun," katanya yang mengundang sorakan wakil rakyat BN.

Dia lupa sebut durian pun jatuh harga.

Wow! Lagi untung jual tomato bila orang kena jual





Rabu, Julai 18, 2018

Senyap Senyap Tipu (SST)



SST101.

1. Aku bukak kilang.  Nama kilang aku KILANG AKU SDN BHD;

2. Aku bukak satu lagi company. Nama company aku tu KILANG AKU (DISTRIBUTION) SDN BHD;

3. Semua produk dari KILANG AKU SDN BHD hanya dijual kepada KILANG AKU (DISTRIBUTION) SDN BHD;

4. Kos pengeluaran setiap produk dari KILANG AKU SDN BHD adalah sebanyak RM10 seunit;

5. Sebab aku tak suka nak bagi gomen kutip banyak sangat SST, harga jualan dari KILANG AKU SDN BHD kepada KILANG AKU (DISTRIBUTION) SDN BHD adalah RM1 seunit.

Sabtu, Julai 14, 2018

Tukang emas Lubnan saman Rosmah: Situasi bangang?


Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato Amar SIngh memberitahu media bahawa nilai wang dan barangan, termasuk kasut baby cucu Dato Najib yang diambil dari rumah dan kondo-kondo tempat simpanan  dinilai penilai luar dan profesyenal berjumlah RM1.1 billion.

Walaupun jumlah pakar boleh dipertikarkan, ia ada kesan perang saraf dari segi persepsi awam dan boleh mengugarkan kepercayaan penyokong Najib.

Kini timbul pula berita kedai barang kemas Lubnan saman Datin Seri Rosmah.

Jumaat, Julai 13, 2018

2028 tumbangkan siapa pula?


Raja Petra hantar ke Husin gambar di atas. Siapa pula dia akan tumbangkan pada tahun 2028?

Jibrael kot ... Nak jadi PM kali ke tiga, Perdana Malaikat.

Wow! Lepas semua kes dan dosa-dosa sekali



Rabu, Julai 11, 2018

Ingatkan bunuh orang, rogol janda ...


.... rupanya cuma kesalahan pecahkan botol ketika demonstrasi di bangunan SUK Shah Alam dan didenda hanya RM4O0.

Belanja nak tangkap pun dianggarkan sampai RM90,000. Pembaziran begini yang buat Menteri Kewangan, Lim Guan Eng marah.

Ini bermakna kerajaan mampu berbelanja untuk kejar tuduhan kesalahan-kesalahan di luar negara seperti 1MDB, SRC, Jho Loh yang belum dipohon ekstradisi, Nik Faisal, Michael Ubu kes tanah Risda di Sabah, dll.

Macam-macam kerenah Malaysia Baru.

Isnin, Julai 09, 2018

Jangan rendahkan martabat anjing


Blog Snapshot menulis Anjing Puak Liberal Mahu Kerajaan PH Hapuskan Tahfiz.

Tak baik panggil orang Anjing. Bukan sebab Tan Sri Zainuddin Maidin adalah penuntut hasil keluaran Maahad Mahmud.

Tapi sebab, ia merendahkan martabat anjing.

Hapus tahfiz, pegawai khas LGBT, hak asasi, syiah, Qadyani, larangan terhadap JAIS, dan macam-macam lagi tuntutan makhlok-makhlok seperti Siti Kassim hingga Charles Santiago boleh kata ini bukan lagi masa depan Islam.

Wow! Anjing dalam kisah surah Al Kahf sangat mulia



Jumaat, Julai 06, 2018

Ingatkan Makjun, rupanya TAHI KAMBING


FB Fakhrul Azman Abu Bakar buat komen:

Semlm saya bersembang dgn seorg teman yg cacat penglihatan. Saya tanya dia macam mana dengan pentadbiran Kerajaan PH di bawah pimpinan Tun Mahathir.

Dia kata, "Ingatkan makjun TAPI rupanya TAHI KAMBING"

Kesimpulannya, semua yang di janjikan oleh PH adalah DUSTA semata mata dan dia kata rakyat telah di tipu oleh janji manis PH sebelum PRU.

Baca sepenuh SINI.

Wow! Perumpamaan yang power

Khamis, Julai 05, 2018

Apek bukan Peguam Negara


Mazlan Abdul Latif menulis di FB:

Tadi pegi tukar tayar basikal, pastu aku cakap, "Apek lu punya BM banyak fasih."

Dia jawab, "Saya bukan Peguam Negara."

Wow! Ada cakap Inglis bila menangis

Selasa, Julai 03, 2018

Berapa lama ular lidi mampu kenyang makan ular sawa?


Cerita ular lidi mahu telan ular sawa timbul apabila Dato Ahmad Zahid dedahkan permintaan Tun Dr Mahathir untuk ahli, pemimpin dan wakil rakyat UMNO sertai PPBM.

Ketika itu, Zahid tiada mandat untuk buat keputusan. Lagi pun, marahlah rakyat yang tolak UMNO tapi akhirnya dapat UMNO balik dalam berupa PPBM: UMNO 3.0.

Zahid menang, dia tak mahu pula lagi kerjasama. Batal rancangan menelan ker?

Sabtu, Jun 30, 2018

Saham melonjak atas jangkaan Zahid menang?


Akhirnya, setelah menjunam tak renti-renti dijual oleh pelabur asing dari dua hari sebelum hari pembungan undi, pasaran saham melonjak paling banyak dalam sehari pada hari Jumaat.

Tulisan mukadimah laporan akhbar business section untuk pagi Sabtu mungkin berbunyi:
Market bullish on expectations that Zahid will win Umno presidential race.
He he he ... bukan lagi kerajaan brader.

Bukan lupa tapi saja nak sindir orang suratkhabar. Mungkin begitu bunyi laporan ketika pemilihan parti PPBM atau PKR, tapi tidak mungkin PAN.

Jumaat, Jun 29, 2018

Dulu Mat Maslan, kini PH ada Mat Maszlee


Dulu ada Ahmad Maslan, Sekarang ada Ahmad Maszlee

Isu PTPTN kena bayar balik ni ada pro dan kontra. Hutang walaupun perlu dibayar, tapi senior-senior Nabeel yang getik mengundi PH tentu berharap PT tak payah bayar.

Tapi getik mereka hanya seketika, hutang tetap hutang. BN atau PH kalau dah nama kerajaan mesti mau graduat bayar.

Tapi, u-turn baru yang best Menteri Pendidikan kita buat ni, bukan takat PT, tapi pasal beg sekolah.

Rabu, Jun 27, 2018

Muga hayat Mahathir yang sampai ke PRU15


Dato Huan Cheng Guan Penang menulis:

Saya baca ini pun ketawa besar . Tun M kata Najib may not be around to participate in next GE .

Dulu Cikgu Inggeris saya dia ajar dan kata itu perkataan 'may ', bermakna mungkin bolih dan mungkin tidak bolih.

Masih fresh dalam memori saya, dalam kempen ceramah di merata PRU 14, Nga Kor Meng dan Hew Kuan Yew @ superman pun kata mereka DAP hanya gunakan Tun M sahaja dan Tun M akan MAY not be around very soon kerana umur Tun M pun dah mencecah 93 tahun.

Apa apa pun, Dato Sri Najib may be around to contest or not, that is another story.


Ahad, Jun 24, 2018

India cuma Taj Mahal



Walaupun India mempunyai lebih 1 billion penduduk, Malaysia yang mempunyai 31 juta penduduk ternyata lebih hebat dari India.

India ada Taj Mahal.

Malaysia ada barang mahal, ikan mahal, sayur mahal, minyak mahal, ayam mahal, daging mahal, rumah mahal dan lain-lain.

Dari FB John F

Wow! Mahal punya lawak

Rabu, Jun 20, 2018

DBKL dipersalahkan, DAP dsn PPBM tsk akan salah


Yang pohon dari DBKL ialah pemimpin PPBM.

Yang tulis surat sokongan untuk PPBM pohon dari DBKL ialah ahili parlimen DAP Fong Kui Lun.


Yang luluskan permohonan untuk gerai2 Ramadan ialah DBKL.

Yang dapat faedah untuk menyewa keluar gerai2 kepada peniaga2 dengan harga mahal ialah orang PH.

Selasa, Jun 19, 2018

Baik Agong dan Husin tak buat open house


Kisah kanak-kanak yang terima duit raya di rumah MB Kedah kena cop dengan dakwat macam lepas buang undi di PRU jadi viral di sesawang.

Penjelasan setiausaha akhbar dungu sekali:

Jumaat, Jun 15, 2018

Sabtu, Jun 09, 2018

Mat Maslan ROTFL #RinduMatMaslan


Berita ini betul.

Mantan Timbalan PM dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta kini Menteri Dalam Negeri untuk kerajaan baru PH berkata demikian.


Husin membayangkan Mat Maslan ketawa terguling-guling atas lantai tak tahan sakit perut.

Jumaat, Jun 08, 2018

Kini KJ dituduh mengejar Rafidah?

Khairy Jamaluddin memuji Pakatan Harapan kerana sedia beri peruntukan kepada kawasan-kawasan yang dipegang pembangkang, BN.

Tidak seperti BN yang dahulu tahan langsung peruntukan untuk kawasan pembangkang. Suatu amalan yang dimulakan oleh satu orang tu ..

Bukan setakat itu, KJ minta senator BN sokong SST.

Ekoran anggapan KJ memuji dan menyokong PH, ramai penyokong UMNO yang tidak lompat dan mereka-mereka yang tidak suka KJ menuduh dia mahu lompat parti.

Khamis, Jun 07, 2018

Minyak dunia naik, tapi minyak di Malaysia bawah RM1.50



Alhamdulillah! Rezeki untuk balik raya. Tol dapat free dua hari. Kini harga petrol terbaru berkuatkuasa serta merta.
RON 95  -  RM1.10RON 97  -  RM1.23DIESEL  -  RM1.09
Jom isi petrol motor/kereta secukupnya. Janji bukan capati sebab ia tetap janji.

Nota: Harga tersebut adalah untuk setengah liter.

Wow! Jualan orang murah-murah Mei 9hb

Rabu, Jun 06, 2018

Bila pencen dilanjutkan ..


... ke 93 tahun.

Wow! Produktif ka lagi?


Kisah kelentong si ayah


Seorang ayah berjanji dgn 10 orang anaknya jika dapat puasa penuh sebulan akan dapat duit raya RM500 seorang. Jadi total ayah kena sediakan RM5000 untuk tunaikan janjinya kelak. Dalam benak ayahnya takkan dapat puasa penuh)..

Dijadikan cerita, takdir Allah mengubah segalanya. Anaknya semua berjaya berpuasa penuh sebulan Ramadan. Ayahnya mula pening dengan janjinya. RM5000 bukan jumlah yg sedikit.

Ayahnya mula mencari helah untuk mengelak menunaikan janjinya kerana baginya agak mustahil anak yg seawal usia 6 hingga 10 tahun boleh berpuasa penuh dan berdasarkan pengalaman tahun lepas tiada seorang anaknya yg mampu berpuasa penuh..

Ayahnya mula mencari alasan bahawa bebanan kewangan mereka pada tahun ini agak kronik. Sang anak pula memahami masalah keluarga mereka dan setuju untuk memecahkan tabung untuk diberikan kepada ayahnya.

Maka dengan itu bersorak la si ayah bukan saja tidak perlu menunaikan janjinya bahkan dapat duit lagi pemberian anaknya..

Wow! Bijak si bapak penipu


Sabtu, Jun 02, 2018

GST di zero, tapi saudagar beri alasan


"Kerosakan yang ditinggalkan oleh pembekal terdahulu adalah lebih teruk daripada yang disangkakan sebelum ini. Ianya menyukarkan kami menurunkan harga barang walaupun GST berkadar sifar," - Saudagar Penipu

"Kerosakan yang ditinggalkan oleh bekas isteri pakcik adalah lebih teruk daripada yang disangkakan sebelum ini. Ini menyukarkan pakcik memberi duit raya, maka tahun ini tiada duit raya," - Pakcik Duda