Isnin, Januari 21, 2019

Kementerian hentikan rawatan untuk beberapa penyakit


Bertubi-tubi Khalid Samad serang Najib dengan dibantu Mr Bean.

Namun, tak menjadi-jadi. Sentuhan humour dia tidak ada. Malah Najib bantu dengan kasi LIKE.

Melihat teruk Khalid Samad kena troll, tak jadi Husin nak tulis mengenainya. Ramai dah kerjakan dia.

Baik tulis pasal Menteri Kesihatan, Dr Dzulkifly Ahmad yang PhD dalam sains sosial (ilmu kemasyarakatan) dan bukan sains perubatan.

Jadi jururawat atau jututeknik perubatan pun tak layak. Dr Dzul boleh analisa masaalah masyarakat. Jauh sekali faham punca masaalah dalam otak ahli-ahli masyarakat.

Khamis, Januari 10, 2019

Menteri Luar lebih suka cakap dengan media dari diplomat negara lain


Husin teringat masa isu panas Malaysia dan Singapura, Saifuddin Abdullah ajak Singapura bertenang.

Lalu ditempelak bekas diplomat Singapura sebagai kelihatan bodoh. Diplomat ini pernah bertemu Saifuddin pada pertengahan tahun dan rasanya dapat lihat gelagat Saifuddin.

Setiap kali ada apa-apa, dia suka nak bercakap dengan media.

PM hendak mengadap Sultan Johor, dia nak sibuk cakap pertemuan ini tiada kena mengena dengan hubungan dengan Singapura.

Apa perlunya?

Sabtu, Januari 05, 2019

Bukan Mat Syabu... tapi Mat Ganja kantoi di Ampang


Seorang anak Menteri dilaporkan beberapa media aliran utama atau pro-kerajaan kantoi ganja dalam satu serbuan di sebuah Pusat Hiburan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. [Sila ke Harian Metro SINI.]

Adakah Menteri Malaysia Baru akan cuba tutup kes atau memastikan tiada campur tangan dalam proses "rule of law"?

Sama-sama diikuti perkembangan politik Anwar untuk jadi PM ke 8. Mana pihak parti 11 kerusi sokong: DAP-Anwar atau PPBM-UMNO katak?

Harap jangan tersalah sebut. Yang kena tangkap itu, Mat Ganja dan bukan Mat Syabu.

Wow! Mat Pet apa pula politiknya?

Jumaat, Januari 04, 2019

Teknik lakunan juih bibir berkesan


Baru-baru ini, Tun Dr Mahathir terkedu ketika ucapan penggulong bila menyebut nasib bangsa.

Dia tak menangis tapi hanya cakap bertahan-tahan sudah akhbar laporan Tun menangis.

Teringat juga video kempen PRU yang mana Tun kelihatan menangis tetapi tidak menangis tetapi tekniknya hanya dengan bercakap perlahan-lahan dengan menjuihkan bibir sambil terketar-ketar dan 

Suatu teknik yang pelakun-pelakun baru boleh pelajari dan guna untuk lakunkan babak-babak sudah dengan mudah.

Juihkan bibir dan cakap perlahan-lahan be serta lagu yang power.