Jumaat, Mac 30, 2012

Speaker DUN terjangkit penyakit gagap




Kalau iya pun, takyah tergagap dan tuduh UMNO akrab dengan Hasan Ali. Kata semua akrab walaupun lain parti. Hehehe ...

Rabu, Mac 28, 2012

Mahfuz Omar lancar nasi goreng


Tarik tirai pula untuk makan tengahhari.



* Dari GAP sini

Selasa, Mac 20, 2012

Counseling pukul 2 pagi mujarab?


Husin terbaca berita di KLPos sini berkenaan dengan Izatil Iwani Rashid yang ditangkap atas tuduhan khalwat bersama Ustaz Badrul Amin di hotel Swiss Garden Kuantan tempoh hari.

Dia telah menarik balik tuntutan cerai terhadap suaminya. Katanya, “Saya terpaksa tarik balik tuntutan tersebut (permohonan cerai) kerana mahkamah rendah syariah tidak mempunyai kuasa untuk mengendalikan kes fasakh.”

Ye ke?

Husin hanya bersyukor counseling pukul 2 pagi dalam bilek hotel mujarab rupanya. Bakal ramai nanti nak buat counseling sedemikian untuk menyelesaikan msaalah perkahwinan.

Orang-orang Jabatan Ugama kenalah tahu bezakan counselling dengan tangkap basah.

Mungkin yang pakai songkok haji itu counseling dan tidak pakai apa-apa di kepala bukan counseling.

Apahal pun, pastikan yang pakai songkok haji tidak hanya mamakai tuala.

Jumaat, Mac 16, 2012

Lagi baik lawak dari debat di Parlimen


Buat lawak, mereka bagus. Bila di Parlimen, marah pulak bila kena konar ...


Baik terus jadi pelawak dari nak jadi wakil rakyat.

Selasa, Mac 13, 2012

Minta dianggap


Artis macam begini ...?


Mesti Husin punya haji kena persoal lagi. Kalau bantai Rosmah, mesti tak kena persoal.

Ingat ye, bukan Husin yang mintak dianggap demikian.

* Petik dari GAP

Ahad, Mac 11, 2012

Salah 'headline'


Husin masih ingat betul-betul.

Sebaik saja Dato Seri Anwar Ibrahim dilepaskan mahkamah atas dakwaan meliwat, dia pergi ke Bombay hari berikutnya dan memberi temuramah kepada media BBC.

Dia ada menyebut mengenai hak mengamal seks tertutup. Turut sama dia menuntut sudah masanya dihapuskan seksyen undang-undang berkenaan salahlaku seks luar tabii. Ternyata sekali laporan BBC tersalah 'headline".

Kalau Husin jadi penyunting, sudah tentu berita itu diberi 'headline' berikut:

Wow! Ada juga orang ini macam ka?

Sabtu, Mac 10, 2012

Saraan baru


1992-2002
SISTEM SARAAN BARU (SSB)
Konsep: Saraan fleksibel
Erti Sebenar: Saya Sayang Boss

2002-2011
SISTEM SARAAN MALAYSIA (SSM)
Konsep: Saraan berteraskan pekerja berilmu dan kompetensi
Erti Sebenar: Seminar Santai Makan

2011 (Jan - Mar)
SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)
Konsep: NKRA, NKEA, RMK-10 dan Perkhidmatan Awam Kejat
Erti Sebenar: Sapu Besar Penjawat Atasan

2012 (Mar - terkini)
SISTEM SARAAN MALAYSIA (SSM) yang baru
Konsep: 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan
Erti Sebenar: Sempurnakan Saya Mandat yang baru

Rabu, Mac 07, 2012

Terkedu tak terkata


Ana tengok laporan berita ini betul-betul. Dari kiri, dari kanan, dan dari bawah. Ejaan betul, susun ayat betul, dan tiada pun taktik spin. Betulah laporan tu.

Tak terkomen, ana.

Sebab apa ... Dato Mahfudz Omar tu kawan ana. Kalau terserempak mana-mana, dari jauh dia akan sahut, "Saudara Husin Lempoyang!"

Parti lain-lain tu lantaklah. Kawan tetap kawan.

Jadi baik ana tak komen.


Ana pun selalu dengar Tok Him seluruh kata nak jadi Perdana Menteri.

Banyak kali duduk sembang-sembang dengan Dato Ibrahim Ali, dia kongsi apa dia akan buat tiap kali berbincang mengenai masaalah yang dihadapi Dato Najib. Atas pentas pun dia dah kata, kalau dia Perdana Menteri, dia akan lakukan sekian sekian.

Kalau tidak salah, satu masa tu, dia cadangkan Haji Hadi patut jadi Perdana Menteri dan bukan Anwar Ibrahim.

Ana pun terkedu juga, tak terkata.

Suatu masa dahulu, orang cakap Nazri Aziz pun ada menyimpan hati dan cita-cita untuk jadi Perdana Menteri. N di hujung RAHMAN mungkin bukan Najib tapi Nazri.

Jangan cakaplah pasal nama-nama besar macam Tun Musa Hitam, Arwah Tun Ghaffar, dan Arwah Tan Sri Ghazali Shafie. Semua ada cita-cita nak jadi Perdana Menteri.

Tengku Razaleigh yang dah tua umur tujuh puluhan pun masih impikan jawatan Perdana Menteri.


Ikutkan semua ahli politik ada cita-cita tinggi. Ketua AMK, Shamsul Iskandar yang ketot pun tinggi cita-cita nak jadi Ketua Menteri Melaka.

Tan Sri Khalid Ibrahim PKR pun pernah dulu anggap dirinya saja pejuang Melayu. Dato yang tukang khabar ke Husin tu pun baru saja meninggal.

Walaupun tiada kelayakan, jika ditawarkan, hampir semua ahli politik sedia terima tawaran jadi Perdana Menteri.

Ramai muka tak tahu malu.

Husin Lempoyang saja yang hanya ABAI. Percayalah cakap ana. Ini cakap sumpah dalam masjid. Pilih dia maka tergadai alif ba ta ...

Selasa, Mac 06, 2012

BR1M dan Barakah


Husin melihat episod pembangkang mempolitikkan isu BR1M dengan kisah orang Arab yang jarang merasa hujan.

Bila satu isu telah dipolitikkan, sebarang hujah ada saja jawabnya. Kalau gini, gini jawabnya. Kalau gitu, begitu pula jawabnya.

Begitu juga isu pemberiaan RM500 dari kerajaan kepada setiap rakyat yang jumlah pencarian sebulan untuk seisi rumah yang bawah RM3,000. Tujuan adalah membantu untuk meringankan perbelanjaan dari kenaikkan harga barang. Sepnuhnya tidak dapat, tapi sebahagian.

Masalaah kenaikkan minyak dan harga barang tidak boleh ditahan lagi, pasaran komoditi dan minyak dunia dah naik dan jumlah subsidi dah terlalu banyak. Kita menipu diri kita untuk percaya ianya boleh diturunkan atas sebab ketirisan saja. APa langsung dia memerintah ketirisan boleh turun ke taraf sifar?

Nak tunggu Meodel Ekonomi Baru berdasarkan pendapatan yang tnggi belum lagi menjadi, hanya di peringkat atas-atas saja. Peringkat bawah perlu justifikasi kenaikkan produktiviti tapi belah atas lagi rugi lagi naik pangkat dalam Khazanah dan GLC.

Kita pergi dulu ke kisah hujan turun disebuah negeri Arab.

Hujan jarang turun di negeri Arab tapi bila turun sangatlah lebat. Berlarilah orang Arab mencari teduh melainkan orang Malaysia yang dah lama rindukan hujan seperti di Malaysia.

Orang Malaysia siap bermain dalam hujan. Mereka pergi ke teduhan yang ramai dengan orang Arab dan kutuk mereka.

"Apalah ente ini semua? Hujan itu air saja. Air membawa rahmat kepada kamu. Hasil pertanian subur. Cuaca kurang panas. BUat minuman menyambung hidup.

"Kenapa ente semua lari dari rahmat?" tanya orang Malaysia.

Lama orang Arab itu berdiam. Akhirnya dia bersuara, "Ya Sheikh ...

"Ana bukan lari dari berkat dan rezeki. ANa tak mahu memijak barkat dan rezeki dari Allah. Maka ana tidak mahu memijak berkat dan rahmat dari Allah."

Baik punya spin Pak Arab ni. Apa sekali kita kata, ada jawabnya. Itulah politik. Banyak hujah tapi fakta ellekkk ....

Reaksi dari pembangkang terhadap BR1M pun bagai dijangka macam arab berlindung bawah hujan. Padahal mereka yang berslogan "merakyatkan ekonomi" dan bukannya seperti BN yang bukan memberi ikan tapi membantu rakyat mengail ikan selama-lamanya.

Ada antara mereka kata BR1M ini rasuah, jangan ambil. Ada kata dikasi ambil, tapi undi belum tahu. Itu fatwa Nik Aziz membolehkan ambil rasuah.

Tak kasi nanti dikata kerajaan macam-macam. Bila kasi macam-macam pula mereka berdalih. Memang betul macam kisah Arab lari dari hujan.

Takpe biasalah pembangkang. Itu pasal dengar tak apa tapi ikut jangan pembangkang ini. Tak akan selesai masaalah, menambah adalah.

Namun bagaimana pun, banyak-banyak dalih pembangkang, tidak tak sehebat satu puak yang suruh ambil BR1M, tapi kasi sebahagian kepada parti.

Ini bukan pandai dalih tapi baruah punya kerja.