Isnin, November 30, 2009

Syed Husin Ali buat medical check-up











Pada Disember 6hb, 2009, Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali akan dilantik menjadi Senator.

Setelah kalah berpuloh kali bertanding di bawah banner PSRM yang kemudian jadi PRM, terasalah bekas Presiden Parti Sosialis Rakyat Malaysia menjejak kaki ke Parlimen.

Kali terakhir dia hendak diletak bertanding di Kota Baru pada tahun 2008 tapi Nik Aziz sudah tolak. Dia tak mahu orang sosialis kerana mereka sama dengan komunis. Tapi sekarang Mat Sabu mahu Chin Peng diterima pulang.

Semasa menyembayangkan jenazah kenalan lama Husin semasa jual unta di New York, Rostam Sani, seorang rakan (dia pun dah tak ada) tanya pada Dr Syed Husin adakah dia akan dilantik Senator. Dia beriya-iya kata, "Tidak mahu." Sekarang dia mahu.

Oh lupa nak cakap. Sebelum ana teruskan cerita, hari itu ana bersalam dengan Khalid gagap. Tetete..tetapi ana tidak pu..lalala di jang..jang..jangkit penyakit gagap. Hehehe ...

Ana tidak tahu apa yang membuat Dr Syed Husin sedia menerima perlantikan ini. Samada kesediaan rakyat untuk memperjuangkan kepulangan Chin Peng dan sokongan DAP kepada pengganas komunis ini memberi harapan kepada ideologi sosialisma. Atau kemasukan Presiden PRM sekarang Hassan Abdul Karim ke dalam PKR menaikan keyakinannya yang sudah lama luntur selama dalam PKR.

Setelah lama melepek sebagai pejuang sosials, Dr Syed Husin kini sudah dapat peluang menggunakan fasiliti kerajaan. Jadi dia mahu ke hospital untuk buat medical check-up. Orang kalau umur lebih 40 kena buat sekali dalam enam bulan. Dah masuk 60, baik buat setiap 6 bulan atau setahun.

Dia dibawa seorang misi (nurse) berjumpa seorang doktor lelaki India bernama, Dr Nathan. Doktor inilah yang periksanya. Sampai-sampai dia suruh Dr Syed Husin buka baju tinggal singlet saja.

Sambil dia memeriksa dada dengan stethoscope, dia tanya, "Tuan Syed ada hisap rokok tak?"

"Tak" jawab Syed Husin.

Kemudian dia suruh buka seluar untuk periksa untuk sebarang sakit-sakit kelamin. Nampaknya tidak ada apa-apa. Tapi doktor tanya, "Maaf doktor saya tanya. Ada main perempuan ka?"

"Tak tak ... saya dah tua. Tak buat kerja macam itu"

Doktor kata, "Maaflah saya perlu tanya."

"Takpa saya faham."

Doktor tanya, "Tuan Syed adalah Timbalan PKR. Maaflah saya kena tanya juga. Jadi itu sama-sama jenis pun tak ada juga la ..."

"Tak."

Dia suruh Dr Syed Husin naik atas mesin timbang. Dia tanya, "Berat badan Tuan Syed banyak rendah. Tak ada pergi makan-makan sedap seafood or fancy restaurant ka?"

"Tak ... kita orang sosialis tak setuju gaya hidup bourgeouise yang berlebih-lebihan."

Kata Dr Nathan, "Betul Tuan Syed ... saya setuju. Itu yang menyebabkan cholosteral tinggi dan penyakit jantung.

"Sesekali minum arak atau beer ada ka?"

"Saya orang Islam. Minuman itu semua haram. Saya tidak minum," terang Dr Syed Husin.

"Pergi pub, kelab malam, disko ... semua mesti tidak ..."

"Ya, tidak," jawab Dr Syed Husin mula letih dengan soalan-soalan yang dikemukakan doktor. Dia hanya seorang akademik, aktivis sosial, dan penulis. Bukanlah seorang high flyer yang cara hidup yang bergaya.

"Tuan Syed ada main sukan macam main golf?" tanya Doktor masih cuba bertanya untuk memahami lifestyle seorang ahli politik seperti ini.

"Tak. Saya tak main golf. Buang masa dan membazir wang," jawab Dr Syed Husin.

"Blood pressure pun baik. Mestilah boleh bawa kereta. You definately don't drive the car or ride a motorbike fast ... la," kata Doktor mula frust asyik tidak aja jawapannya.

"Tak," jawab Dr Syed Husin. Lalu ditanya, "Macam mana kesihatan saya doktor?"

"Untuk gambaran sepenuh, kita tunggu keputusan blood test. Saya lihat awak tidak ada masaalah apa-apa buat masa ini."

Sambil melihat mata Dr Syed Husin, doktor tanya, "Pak Habib ni orang yang tak ada vice. Personally I want to ask you. Kalau semua awak tidak buat, buat apa you mahu hidup ...?"

Jumaat, November 27, 2009

Berkorban atau (patut) dikorban


Diwaktu pagi Aidil Adha yang hening ini, hati Husin teruja cuba menghayati apa yang diertikan dengan perayaan korban ini. Laungan takbir yang bergema memanggil-manggil qariah untuk datang bertakbir tidak menarikan Husin untuk segera ke masjid tetapi lebih menarikan Husin ke keyboard komputer untuk meluahkan rasa hati.

Husin ada seorang kenalan wakil rakyat DAP yang agak veteran juga. Pernah ditanya apa tanggungjawab wakil rakyat. Beliau memberitahu ada sepuloh semuanya. Yang penting adalah menghadhiri sidang. Kedua adalah menjadi penggubal undang-undang. Ketiga adalah penentu polisi kerajaan. Dan seterusnya. Ke sepuloh begitu barulah jaga kawasan dan kesejahteraan rakyat seperti Pegawai Daerah atau Dato Bandar. Itu kerja popularkan diri.

Di atas pentas, berkobar-kobar mengajak orang berjuang dan berkorban. Nak ajak berkorban untuk berjuang itu berat. Kalau ada seringgit, menyumbang 20 sen bukan berkorban untuk perjuangan. Namanya berkorban itu seringgit dua puloh sen yang disumbang baru namanya perjuangan. Tak payah cerita-cerita korban. Jalankan saja tanggungjawab.


Pakatan Rakyat boleh semua hadhir untuk membincangkan bujet 2010 di persidangan DUN Selangor baru-baru ini. Tetapi kenapa begitu lengang pula bahagian sebelah BN? Tak ada isu ke yang perlu diketengahkan. Kalau tanya Husin, bertimbun-timbun isu kewangan Selangor. Boleh ajarkan kepada ADUN-ADUN BN ini semua untuk suarakan.


Uutuk hadhir, tidak ada langsung pengorbanan. Elaun sidang dapat, gaji bulanan dapat, dan kemudahan perjalanan, kenderaan dan lain-lain dapat. Tak perlu pun pengorbanan. Perlu jalankan tanggungjawab saja. Mereka juga yang mahukan tanggungjawab itu. Dan mereka juga yang meminta-meminta rakyat berikan tanggungjawab itu kepada mereka.

Kenapa pula lengang hingga tidak datang? Adakah sebab lima digantung, sudah tidak perlu datang untuk laksanakan tanggungjawab? Atau sudah takut pasal takut ini sesuatu yang lumrah di dalam UMNO sekarang.

Usah buat alasan boikot Dewan kerana tak ada dilaporkan akhbar pun. Kalau ada beberapa kerat itu, tidaklah namanya boikot. Selalu sangatkah ini dilakukan oleh wakil-wakil rakyat BN?

Di bawah ini, kita bergerak membantu. Tak diberi haluan, kita fikir sendiri. Tak diperakui, kita diam saja. Tak dipedulikan, kita terus juga. Tak didengar hingga dimaki dan halang, kita teruskan celikan mereka. Tak ada bantuan sebab ada orang dah sebat tapi guna nama kita, sabar saja ...

Rupanya di atas mereka alpa, lena dan leka ... tak kisah. Bila dituntut gugur, tahu marah dan balas dengan sabotaj jentera. Bila ditentang jawatan mereka pada pemilihan, berlawan bergolok gadai. Konar orang sana sini supaya mereka tidak dilawan. Bila diajar, tak suka. Bila ditegur, maki dan hina balasannya. Bila pakai satira, tak faham pulak.

Ada sampai cari nombor handphone nak jumpa pujuk. Jangan bising nanti jadi modal pembangkang. Tak bising, tak sedar. Macam empat tahun bawah Pak Lah. Masa depan kami dan anak cucu tidak boleh dibuat macam lembu untuk ditarik dengan tali ke sana sini.

Bila kerusi BN kosong dan dipertandingkan pasal mereka tidak jalankan tugas minima untuk hadhir sidang, kita di bawah juga yang perlu berkorban wang ringgit, memecah otak berfikir, dan membanting tenaga membantu kempen. Jangan cerita yang kena lepuk dan bergelut dengan penyokong pembangkang di medan.

Rupanya kita yang berkorban, mereka tidak. Tak perlu korban, jalankan tanggungjawab saja. Patut mereka berkorban mengundur kalau tidak sanggup lagi. Kalau tak tahu, dikorbankan dah patut.

Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!

* Gambar-gambar petikan dari blog Hannah Yeoh sini hasil layaran ke blog GAP sini

Khamis, November 26, 2009

Berkorban atau dikorban


"Kesian tengok lembu kena sembelih, ayah," kata Atan yang dipimpin ayahnya, Bahrom. Rasmi Baharom membawa suka membawa anaknya meyaksikan pelbagai pengalaman. Hari itu adalah untuk melihat penyembelihan lembu korban.

"Kenapa kita korbankan lembu?" tanya si Atan.

"Ohhh ... kita mengikut peristiwa Nabi Ibrahim. Dia dapat mimpi tuhan perintah suruh sembelih anaknya Nabi Ismail sebagai korban. Mula-mula dia tak percaya tetapi akhirnya dia percaya mimpi itu betul. Nabi Ismail pun reda dikorbankan untuk menjalankan perintah Allah. Sampai masa pisau tak lut. Allah perintahkan diganti dengan kambing sebagai simbol binatang penternakan.

"Ianya hanya satu ujian kepada kesetiaan dan kesediaan Nabi Ibrahim menjalankan perintah tuhan. Lalu Allah suruh digantikan Nabi Ismail dengan kambing. Hingga hari ini, kita meraikan peristiwa itu dengan ibadah korban."

"Ohhh ... gitu," kata Atan seolah-olah sudah faham. Dia tanya pula, "Apa maksudnya ini semua, ayah?"

"Dalam mencapai sesuatu yang kita inginkan atau perjuangkan, mesti ada pengorbanan. Kita mesti sedia memberi sesuatu kepunyaan kita atau kemudahan hidup kita untuk capai apa yang kita tujukan."

"Oh ... gitu," Atan tanya lagi, "Siapa dapat pahala buat korban?"

"Orang yang mengeluarkan belanja dan sumbang binatang korban yang dapat ganjaran paling banyak," Baharum terangkan.

"Kenapa lembu yang berkorban nyawa tapi orang yang korbankan lembu pula dapat pahala?" tanya lagi si Atan.

"Takpa ... sebenarnya lembu suka disembelih untuk tujuan Allah ... dahlah Atan banyak sangat soalan kau."

Letih Baharom melayan anaknya yang suka bertanya.

Satu hari lain pula, Baharom ajak Atan ke ceramah politik. Di atas pentas, seorang ahli politik sedang bersyarah. Hebat bertenaga.

"... Dalam merealisasikan perjuangan kita yang suci murni ini untuk membebaskan negara dari rasuah, mencapai kebebasan bersuara, amalan pentadbiran yang baik, demokrasi yang telus, kerajaan yang telus, dan keadilan untuk semua, kita semua mesti berkorban.

"Anda semua mesti sedia berjihad dan berkorban bersama kami dalam perjuangan untuk agama, bangsa dan negara ini. Mari bersama kami dan menyokong pucuk kepimpinan kami demi masa depan anak cucu kita. Saya sedia menyumbangkan kepimpinan saya untuk mencapai hasrat ini ..."

Begitu bersemangat para penonton. Ada yang memekik-mekik dan ada yang melaungkan kata-kata. Tepukan gemuruh.

Atan diam aja. Dia tarik tangan ayahnya dan tanya, "Dia nak apa ayah?"

"Dia nak jadi pemimpin," jawab Baharom.

"Kenapa dia nak jadi pemimpin tapi suruh kita berkorban?" tanya Atan.

"Kalau kita tak sokong dan bantu, dia tidak boleh jadi pemimpin," terang Baharom.

"Kalau gitu ayah, dia suruh kita korban macam binatang yang kena sembelih masa raya haji," kata Atan.

"Betul juga kau cakap Atan. Kita pulak jadi macam lembu ..."

---------------------------

Nampaknya tahun ini, Digi tidak lagi terpaksa mengorbankan lembu di Kepala Batas untuk bantu menaikan nama baik seorang pemimpin. Manakala di Bandar Tun Razak, Perbadanan Negeri Selangor Berhad tidak dipaksa korban lembu untuk pemimpin tertentu meluaskan pengaruh.

Tapi ahli politik tetap ahli politik. Kalau tak boleh konar kiri, dia konar ikut sebelah kanan. Dalam hal mencari pengaruh, akal dia bukan banyak sebakul tapi selori. Jangan hairan kalau ada perintah arahan melarang lembu-lembu jadi bintang korban di Selangor. Apa saja cara untuk jaga hati pengundi.

Syabas rakan-rakan yang sudah berwukuf di Mekah malam tadi. Nampaknya Tuan-Tuan Haji naik Hajah lepas ni ye ... hehehe. Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk pembaca sekelian.

Selasa, November 24, 2009

Kenaikan harga minyak belum jejas barangan harian


KUALA LUMPUR Nov 23. – Berikutan kenaikan kembali harga minyak di pasaran antarabangsa, pengguna kini resah dengan prospek kenaikan barangan harian.

Seorang pengguna, Nikmati Segar, 45 berkata, peningkatan harga minyak akan membebankan pengguna kerana kos pengangkutan pasti akan naik.

“Peningkatan itu amat membebankan kami khususnya menjelang akhir tahun semasa cuti sekolah dan anak-anak banyak menghabiskan masa melantak di rumah.

“Saya terpaksa berbelanja lebih dengan kenaikan harga barang tetapi tiada pilihan lain,” katanya ketika ditemui di Pasaraya Semblih semalam.

Bagi Robin Kok, 25, dia berharap agar harga barangan dapat diturunkan segera bagi memastikan hak pengguna terbela dan tiada lagi kenaikan pada barangan yang lain.

Menurutnya, setiap sen kenaikan harga bermaksud kerugian bagi pengguna secara keseluruhan.

Seorang lagi pengguna Edy Karen, 47, pula berkata, walaupun harga barang kawalan masih kekal, dia tidak bersetuju dengan kenaikan harga barangan lain memandangkan kenaikan gaji tidak menunjukan peningkatan kerana keadaan ekonomi yang merudum.

Menurutnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mesti tegas dalam penguatkuasaan dan menitikberatkan kepentingan pengguna selari dengan slogan mengutamakan rakyat.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meyakinkan para pengguna bahawa kenaikan harga minyak tidak lagi menjejaskan harga barangan harian.

Ismail meminta para pengguna supaya tidak panik dan meyebabkan penjual menaikkan harga. Jika berlaku demikian, beliau pun akan ikut panik kerana sudah ada ura-ura beliau akan digugurkan.

Beliau memberi jaminan pihak kementeriaan akan sentiasa memantau dan memastikan harga barangan kawalan sentiasa ditahap harga yang ditetapkan.

Bagi barangan yang tidak dikawal, sebuah jawatankuasa khas yang terdiri dari pakar-pakar ekonomi dan pegawai-pegawai kementeriaan telah ditubuhkan untuk memantau dan merangka satu mekanisma pengimbang harga.

Khidmat nasihat Ethos Consulting telah diperolehi. Ethos adalah konsultan yang pakar dalam berkonsep dan mencadang nama-nama firma-firma konsultan lain dari kalangan firma-firma antarabangsa.

Atas nasihat Ethos Consulting, McKinsey & Co. telah dilantik untuk tugasan ini. McKinsey adalah sebuah firma konsultan Amerika yang hairan sekali mempunyai bidang kepakaran yang begiotu meluas. Mereka memberi khidmat nasihat kepada kerajaan dalam bidang-bidang dari pendidikan kepada pengstrukturan korporat, pengurusan, dan teknoloji maklumat hingga ke cara-cara menukar mentol terbakar.

Laporan preliminary McKinsey & Co. memberitahu harga ayam bersih di Pasar Chow Kit di sini meningkat sehingga RM6.80 sekilogram semalam berbanding harga runcit mingguan yang dicatatkan sebelum ini iaitu RM6 sekilogram.

Sementara itu, laporan mereka m,enunjukan harga susu segar didapati tetap tergantung. Pasaran pisang ditutup bercampur-campur dengan harga turun naik. Struktur harga telor akan kekal pada paras bawah pisang. Harga kacang akan terus tersepit ditengah-tengah. - Agensi Husin Lempoyang

Isnin, November 23, 2009

Kenapa Kit Siang tak mahu pencen jaga cucu?


Lim Kit Siang sudah 67 tahun dan menghabiskan lebih 45 tahun umurnya dalam politik. Sambil melihat pemandangan dari pejabat Lim Guan Eng yang baru dilantik Ketua Menteri Pulau Pinang, Kit Siang rasa lega. Perjuangannya sudah ada pencapaian.

"Papa ... lihat Pulau Pinang yang kita berjaya tawan. DAP yang perintah sekarang," kata Guan Eng pada ayahnya selepas PRU12.

"Ya ... kita sudah capai sasaran Projek Tanjung. Berapa kali kita lancar tak berjaya? Saya tak dapat takpa, Eng jadi KM DAP yang pertama pun papa bangga," kata Kit Siang sambil menepuk belakang anaknya.

"Tapi ... kita tidak boleh leka. Malaysian Malaysia belum tercapai," kata Kit Siang.

Itulah Kit Siang pemimpin pembangkang yang tidak tahu letih dalam perjuangan. Begitu fokus dan serius dengan matlamatnya. Tidak pernah relaks dan rehat. Pernah satu masa lepas satu mesyaurat JK DAP, kesemua AJK merancang menonton filem di panggong. Mereka ajak Kit Siang bersama. Habis wayang dia marah-marah kata buang masa. Tiap-tiap hari, tabiat Kit Siang pagi-pagi adalah baca semua suratkhabar dan tulis beberapa kenyataan akhbar.

"Papa tahu kenapa kita boleh menang?" tanya Lim Guan Eng.

"Rakyat pilih kerana mereka percaya kita akan lebih baik dan adil. Ada sebab lain?" tanya Kit Siang kembali.

"Itu betul. Tidak boleh nafi orang marah pada Pak Lah dan menantunya. Saya simpulkan kita menang sebab dapat undi Melayu. Untuk terus kekal, kita perlu dapatkan undi Melayu. Kita tidak boleh menang dengan hanya berharap kepada undi orang Cina saja. Jadi kita kena dekati, faham, dan bantu mereka. Bukan memusuhi mereka," kata Guan Eng

"Apa yang kamu beritahu papa?" tanya Kit Siang.

"Saya rasa kita kena berkompromi sedikit. Cara lama mungkin tak sesuai. Orang Melayu sudah berubah. Kita pun kena ikut berubah. Beri peluang pada saya dan golongan muda memainkan peranan dengan cara baru," sambung Guan Eng dengan penuh hormat. Itu pun dia umum Pulau Pinang tidak akan amalkan DEB dan Pemuda UMNO demonstrasi pada Mac 14 2009.

"Apa yang awak mahu beritahu ni?" kata Kit Siang macam nak marah.

"Saya rasa sudah sampai masa papa berfikir untuk pencen. Kurangkan politik. Berehat sikit untuk recaj tenaga. Dulu papa tak ada masa untuk anak-anak kerana DAP. Sekarang papa sudah seorang datuk, jangan buang lagi peluang untuk lihat cucu membesar," Guan berterus terang.

"Papa pandu kami untuk urus parti. Bila papa sudah yakin, biarlah kami ambilalih. Papa boleh habiskan masa sama cucu."

Kit Siang tidak berapa mahu setuju tapi lembut hati bila Guan Eng sebut pasal cucu. Dia kata beri dia masa.

--------------------------------

Satu hari Guan Eng dan Betty Chew perlu hadiri satu Majlis kerajaan negeri. Mereka mahu cuba letakkan anak bongsu mereka dengan datuk sebagai percubaan pertama.

Mereka talipon Kit Siang dan tanya jika dia boleh tengok cucu. Dia setuju dan sedia datang ke rumah segera. Sampai saja cucu perempuannya Ah Mei sambut kedatangan.

Guan Eng dan Betty keluar. Kit Siang duduk di bilik tamu untuk membaca dan tengok pelbagai kertaskerja sambil saluran berita TV on. Ah Mei dibiar bermain dengan permainan set teko.

Selama beberapa jam, mereka sibuk dengan hal masing-masing. Ah Mei datang kepadanya membawa hidang mainan yang di atas teko dan cawan mainan. Dalam cawan mainan sudah terhidang air yang dipura-purakan sebagai air 'teh'.

"Ah Kung aa ... I made tea for you. Would you like to have some?"

"Yes off course," kata Kit Siang dengan senyuman sambil menggosok-gosok kepala cucunya. Di angkat cawan dan terus diminum air yang dihidangkan.

Senyum bangga Ah Kung Kit Siang dengan kelancaran percakapan dan kesopanan Ah Mei. Dia memuji untuk memberi semangat, "It's very nice. Clever girl. Can I have some more?"

Ah Mei tersenyum bangga. Bibirnya melebar sampai ke telinga. Dia balas, "Thank you. I will pour in your cup."

Diambil teko dan dituang air ke dalam cawan Kit Siang. Dipuji sekali lagi. Selepas beberapa cawan air 'teh' dan pujian berkali-kali kepada cucunya, air habis dan Ah Mei mahu 'buat' lagi. Tidak lama kemudian Guan Eng dan isterinya pulang.

Kit Siang seronok memberitahu apa yang Ah Mei buat tadi. Dia suruh mereka tunggu untuk tengok Ah Mei hidang air 'teh'. Comel betul, katanya.

Guan Eng dan Betty tersenyum saja melihat Ah Mei datang menghidang teko air 'teh' baru. Kit Siang terus minum hidangan cucunya.

Sudah habis, Betty bertanya, "Papa ... awak ada terfikir mana Ah Mei dapat air? Dia tak boleh capai sinki. Mesti dia ambil air dari mangkuk toilet ... "

Belum habis Betty cakap, terbeliak mata Kit Siang. Dia terus lari ke bilik air untuk muntah sambil menjerit, "Aiyeahhh!!!!"

Tak jadi dia fikir mahu pencen jaga cucu.

Sabtu, November 21, 2009

Kisah nama negeri Pahang


Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura.

Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar.

Baginda meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Tempoh diberi adalah selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib.

Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja.

Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”
“Hamba pula cadangkan Margapura.”
“Karma Sari lebih molek.”
“Molek lagi Margapura.”
“Pilihlah Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari molek!”
“Molek lagi Margapura!”
“Tengkorak hang!”
“Opah hang!”
“Opah hang!”
“Sudah! Sudah!”

Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,"Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa?

"Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu. Mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.”

Demikianlah kisahnya cerita nama negeri Pahang. Cerita orang Pahanggg ... dah cerita dulu sini. Kempen Manager orang Pahang sini.


* Dipetik dari blog ceritalucu

Jumaat, November 20, 2009

Cara doktor kenalpasti gay


Suatu hari seorang pemuda bernama Sham datang ke pejabat Dr Nathan.

"Doktor saya rasa susah hati. Orang merungut kata saya penakut dan tidak tegas. Asyik beri amaran saja. Memang saya susah buat keputusan.

"Orang sudah panggil saya gay. Tapi saya tidak gay. Ini yang saya susah hati. Bolehkah doktor buat ujian untuk periksa?" minta Sham ini.

Dr Nathan tanya, "Awak sudah beristeri?" .

"Sudah," jawab Sham.

"Semua okay?" tanya Dr Nathan.

Sham jawab, "Kalau berkelamin maksud Doktor, tak ada masaalah. Cuma isteri saya ada loghat kadang-kadang. Asyik kena layan cakap dia aja. Tahulah Tengku Tengku ni ..."

Terlintas difikiran Dr Nathan, mesti orang takut bini.

Dia beri keyakinan kepada Sham, "Takpa. Saya boleh periksa."

Dr Nathan suruh Sham lucut seluar untuk diperiksa punggong. Pemeriksaan TRO, tak ada kesan. Dia tanya, "Sham awak pernahkah mengadakan hubungan sejenis?"

"Tak ada doktor." kata Sham.

"Awak tahu apa itu KY Jelly?" tanya Dr Nathan.

"Tak tahu. Untuk apa itu?" jawab Sham.

Dr Nathan ambil kesimpulan preliminari Sham tidak pernah diliwat. Peliwat yang guna KY Jelly tidak ada meninggalkan kesan. Sham tidak tahu KY Jelly tu apa pun. Bagi kepastian konklusif, perlu buat ujian DNA. Tak mengapa buat masa ini.

Dia suruh Sham baring atas pangkin doktor. Ditanya, "Umor awak berapa, Sham?"

Sham jawab, "48, doktor"

Dr Nathan memberi arahan, "Saya akan uji sesuatu dengan menyuruh awak sebut umor awak. Paham?"

Sham angguk.

Dr Nathan pakai glove dan pegang 'telor' Sham. Lalu disuruh Sham sebut umurnya. Segera Sham jawab dengan yakin,"48!"

Kemudian Dr Nathan pegang 'punai' Sham dan suruh sebut lagi umornya. Sekali lagi, Sham sebut, "48!"

Dr Nathan suruh Sham tiarap pula. Lalu diletakkan jari ke lubang anus Sham. Bila disuruh sebut umor, Sham tidak sebut 48 tapi dia mengira pulak, “1 ... 2 ... 3 ..."

Khamis, November 19, 2009

Bila mahu selesai kerja?


Samy Velu memanggil sidang akhbar.

"Saya ada mahu kasi sedikit kenyataan ringkas. Banyak orang sudah ulang-ulang cakap sampai sudah masuk telinga saya. Mereka kata saya sudah pencen. Sekarang saya mahu jelaskan sini bahawa saya belum meletak jawatan dan masih Presiden Yem May Si.

"Banyak kerja saya mahu kasi selesai. Saya tidak boleh fikir pasal pencen lagi. Tumpuan kami adalah untuk memperkukuhkan parti.

"Dengan ini, isu kedudukan jawatan saya harus dianggap selesai."

Seorang wartawan wanita bertanya, "Dato Seri, Di Perhimpunan Agong MIC baru-baru ini, Dato Seri sudah katakan sudah ada pelan peralihan kuasa. Adakah perkara ini termasuk dalam perkara-perkara yang sudah selesai?"

Samy Velu menjawab, "Oh ... itu awak ingat jugakah. Peralihan kuasa memang perlu diselesaikan. Saya sudah memberi commitment and I intend to stick by it.

"Apa juga saya mesti selesaikan kerja dahulu sebelum saya boleh fikirkan mengenai penyerakan jawatan. Saya tidak mahu dianggap meninggalkan masaalah kepada Yem Mai Si. Saya bukan liabiliti pada Yem Mai Si. Itu UMNO, bukan saya."

Samy tidak menjawab. Seorang wartawan lelaki muda cuba cara lain untuk dapatkan dia jawab. Tapi soalannya jauh sangat dari topik.

"Kerja apa yang Dato Seri maksudkan sedang dilakukan oleh parti?"

Jawab Samy Velu, "Semua orang cakap pasal perubahan dan pembaharuan. Kita pun kena juga buat.

"Usaha paling utama adalah dalam merealisasikan semangat 1Malaysia: Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan. Dari dahulu kita sudah usahakan Yem Mai Si untuk menjadi lebih people and performance oriented. If they are not, they will not be effective in partaking their duties. Saya bertanggungjawab memastikan Yem Mai Si diperkukuhkan."

Lagi jauh lari jawapan Samy mengelak. Seorang wartawan veteran pula soal, "Orang ramai merasakan Dato Seri perlu beri tumpuan untuk menentukan masa peralihan kuasa dan pengganti Dato Seri?"

Soalan yang sudah tidak boleh konar lari.

Samy Velu kata, "Ini mesti isu yang dibangkitkan oleh pembangkang. Kita tidak boleh melayan kehendak pembangkang. Lebih 20 tahun saya berhadapan dengan pembangkang. Mereka ini tidak guna.

"Sampai berapa rumah saya ada di Australia pun mereka mahu kasi buat isu. Dia orang sudah tuduh saya ada sebuah rumah di Australia. Saya sudah kata mereka salah dan ia satu fitnah. Saya ada dua rumah di Australia.

"Apa punya suratkhabar awak? Boleh kasi ulang soalan"

"NST"

Wartawan veteran mengulang, "Tahun berapakah Dato Seri akan mengundur diri dan memberi laluan kepada Timbalan untuk mengambilalih jawatan Presiden?"

"Oh itu macam direct awak tanya ka. Ini macam saya kena jawablah.

"Saya sudah katakan saya akan habiskan tempoh jawatan pada 2012. Kalau kerja saya habis cepat, saya boleh turun lebih awal pada 2010. Jika tidak selesai kerja, saya akan kekal hingga seperti dijanji pada 2012."

Cepat mencelah seorang wartawan India dari Tamil Nesan, "Ya wana wana wanaaaa Dato Seri, if you still haven't finish you program in 2012, what happens?"

Mesti kroni selamatkan keadaan untuk bos. Jawab Samy, "My work is a priority. We must be flexible. 2015 also can."

Selasa, November 17, 2009

Hilang Sadiq Sigaraga, Timbul Sadiq Sepakraga

Ya Umar! Ya alim!

Tak sangka, tak sangka.

Ana ingat Sadiq Sigaraga sudah tak ada lagi.

Rupa-rupanya masih ada. Cuma kali ini Sadiq Sepakraga pula.


Menantu boleh kata tak ada masaalah untuk bapa mertua terima pembiayaan orang untuk pergi haji. Dia pun sama diikut dibiaya oleh orang yang dapat projek dari bapa mertua. Tak salah?

Nampak gaya macam menantu dulu yang jual pak mertua sampai pencen. Menunggu masa marah ...

Dunia, dunia, lagi untung jual orang dari jual unta. Wow!

Isnin, November 16, 2009

Beza confident dan confidential


Atan ikut ayahnya, Noh pergi jalan-jalan ke bandar.

Dalam kereta, dua beranak ini berborak sesama dia. Macam-macam Noh bapak moden ini bercerita dengan Atan. Kalau bapak dulu, tak borak-borak dengan anak. Sayangnya dengan cara garang dan strict. Bapak moden berkawan dengan anak.

Atan beritahu pada ayahnya dia sekarang nak perbaiki English dengan membanyakkan membaca buku-buku English.

"Baguslah itu, Atan," Noh jawab.

"Rajin-rajin cakap dengan ayah. Supaya sebutan itu betul. Ayah kan belajar undang-undang di England."

"Atan nak mintak ayah tolong. Ada perkataan Atan tak faham," kata Atan.

"Boleh. Boleh. Ayah boleh tolong," Noh jawab. Gembira anak menunjukkan sikap suka bertanya yang baik.

Tiba-tiba selepas melalui bus stop di seberang jalan, dia memperlahankan kereta dan berhenti ke tepi jalan. Dia menoleh ke arah bus stop seolah-olah melihat sesuatu.

"Apa dia perkataan Atan tak faham?"

"Atan tak faham perkataan confident dan confidential. Kenapa eja macam sama tapi maksud lain-lain yah?" Atan bertanya.

"Ohhh ... Atan tahukan confident tu maknanya yakin kan?" Noh tanya.

Atan angguk dan menerangkan, "Confidential apa pulak?"

"Ginilah Atan. Pakai misalan lagi senang. Ayah confident Atan anak ayah...

"Budak baju biru tu pun anak ayah tapi dia confidential. Mak kau tak boleh tahu," kata Noh sambil menunjuk ke arah bus stop.

Terpinga-pinga Atan cuba nak faham. Noh tekan minyak dan memandu kereta semula.

-------------------------------

Dengar banyaklah cerita macam budak menunggu di bus stop akan terburai. Fail-fail lama di deklasifikasikan. Pasal nak tutup kelemahan sekarang.

Ada orang sudah isytihar perang dan dilantik penasihat dengan gaji seringgit. Taktik peperangan adalah kau keluar, aku keluar ... Siapa yang banyak keluar dan pandai auta akan menang. Lepas menang tak ada
apa yang tinggal.

Yang bangang adalah yang memandai isytihar siang-siang. Satu kumpulan lagi pun ikut nak kejar kredit.

Haiya ... apa la lu olang buat kirija manyak bising. Manyak boloh laaa ...

Sabtu, November 14, 2009

Memahami maksud orang pompuan


Perbezaan orang lelaki dan perempuan macam dua makhluk dari planet Mars dan Venus. Lain dari orang lelaki yang lebih lasak dan tahan, orang perempuan lebih emosi dan sensitif. Jadi kita orang lelaki kena cuba memahami maksud tersebunyi disebalik kata-kata dan pertanyaan mereka.

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu? Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum? Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek. Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la. Makna tersembunyi: Tolong picitkan kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi... Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja. Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla ... Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu? Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you. Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Ape yg 'dia' dapat i pun dapat ... Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Kalau perempuan kata: Bang fikir baik-baik. Nak bertanding untuk mana-mana parti mesti setia. Kalau dah pilih UMNO, abang jangan sekali-kali lompat masuk PAS. Makna tersembunyi: Awak jangan sekali-kali cuba kahwin orang lain!

!!!!####****?????? ....

---------------------------

Ehhh ... macam mana begitu, Ahlil Nujum Negara?

Ampun Tuanku

Itu senang saja. Kalau wakil rakyat PAS lompat UMNO, bini tercerai talak tiga. Jika wakil rakyat UMNO masuk PAS, dia mungkin ada rancangan nak lompat balik macam Nasruddin ADUN Perak. Ini semua trick untuk mahu kahwin lain.

Itu jawapannya Tuanku.

Betul ...

Kita beroleh kemenangan yang pertama!

Jumaat, November 13, 2009

Barang baik e-Bay.com.my


Ada barang baik di e-bay.

Harga agak mahal dan memecahkan harga antik Malaysia. Kalah songkok RM2 juta yang dijual Mona Fendi kepada mangsa.

Walaupun mahal, banyak khasiatnya. Untuk budak-budak yang nak pergi periksa, masukkan barang ini dalam air sebaldi dan selawat. Bagikan satu darjah minum. Tak belajar, Insya Allah fail.

Orang sakit gout boleh buat pelali. Ambil barang ini dan tepuk ke bahagian kaki yang tengah bengkak sakit. Pasti jadi pelali. Kaki bertambah sakit, Insya Allah bahagian lain badan lali dari merasa sakit.

Orang berniaga boleh guna buat pelaris. Untung-untung kenal menantu. Insya Allah, dapat projek buat papan iklan satu Kelantan. Syaratnya belanja tuan punya asal barang ini sekeluarga dengan pekej Haji RM65,000 seorang.

Selipar Berkat Nik Aziz ... murah saja RM15 juta. Pemilik pasti akan pergi ke syurga.

Khamis, November 12, 2009

Buat ujian di klinik


Alkisahnya Khalid Samad dan Hassan Ali pergi klinik. Pergi lain-lain. Di sana mereka duduk atas bangku luar bilik doktor. Hassan Ali kelihatan sedang menangis dengan kuat sekali.

Khalid Samad menegur, "Kenapa menangis terus sangat? Sakit apa"

Hassan Ali menjawab, "Tak tahu sakit apa. Kena buat ujian darah dahulu."

Khalid Samad bertanya lagi, "Habis tu? Kenapa kamu menangis? Takut?"

Hassan Ali menjawab, "Bukan pasal takut. Masa buat ujian darah, doktor tidak cucuk ambil darah tapi terpotong jari saya."

Tiba-tiba Khalid Samad terus menangis pula. Hassan Ali hairan lalu bertanya, "Kenapa kamu pula menangis? Takut juga?"

"Tidak ...," jawab Khalid Samad.

"Saya pun tidak tahu sakit apa. Tapi ... nurse beritahu doktor akan ambilkan sendiri sampel untuk ujian air kencing."

Apa teruk sangat doktor klinik tu?

Macam mana tidak, doktor klinik tu Hadi Awang. Memang ramai pesakit sedang komplen. Doktor gopoh buat kerja.

Adakah Khalid Samad bakal terpotong oleh doktor nanti?

Jika apa-apa berlaku masa ujian kencing tu, tak ada erti hidup buat Khalid Samad. Lompat parti pun tak mengapa.

Wow! Lompat parti lagi bahaya dari kena jual.

Isnin, November 09, 2009

Suami Ning Baizura akan jadi calun PAS?


Polis pertaruhkan nyawa menjaga keselamatan. Bomba pertaruhkan nyawa untuk memadamkan api dari merebak dan memusnahkan harta benda awam. Askar pertaruhkan nyawa untuk mempertahankan negara dari ancaman.

Khalid Samad kata kami pertaruhkan isteri-isteri kami (We put our wives on the line). Ini bermakna suami-suami PAS meletak isteri-isteri sebagai perisai hadapan mereka demi kepentingan kerjaya dan perjuangan politik mereka.

Itu yang ana ingin tahu kenapa Ning Baizura jalan hadapan mendahului suami. Adakah suami Ning akan bertanding atas tiket PAS?

Wow! Murah, murah, ... bola tanggung tak untung. Clearance sale. Mahu habiskan stok saja.

Ahad, November 08, 2009

Salah faham bola lagi


Malam tadi selepas perlawanan akhir bola sepak, seorang penyokong Kelantan terlanggar penyokong Negeri Sembilan.

Penyokong Kelantan minta maaf dengan berkata, "Sori bro."

Penyokong Negeri Sembilan yang kurang faham pelat Kelantan sudah tersalah faham. Lalu dia membelas, "Bodoh! Mana pulak sori?!

"Kito monang 3-1 lah! Buto ko mato kau tu?!"

BN 3 PAS 1


KUALA LUMPUR: Pasukan Negeri Sembilan mengalahkan pasukan Kelantan 3-1 untuk memenangi Piala Malaysia bagi musim 2009.

Dengan kelihatan bendera PAS berkibar diantara penyokong Kelantan, perlawanan ini boleh dianggap sebagai pertandingan antara BN menentang PAS.

Kemenangan ini tidak menurunkan defisit 8-2 kekalahan BN kepada pembangkang dalam siri beberapa pilihanraya kecil. Namun begitu, ia merupakan kemenangan kedua BN terhadap PAS dalam tiga bulan terdekat ini selepas kemenangan Tan Sri Isa Samad di Bagan Pinang.

Malangnya perlawanan semalam tercemar dengan sedikit kejadian rusuhan oleh penyokong-penyokong Kelantan yang dipercayai terbawa-bawa budaya merusuh pada hari pembuangan undi.

Menurut seorang pegawai pasukan Kelantan yang tidak mahu nama disiarkan, penyokong-penyokong tidak tujukan kepada mana-mana pihak dan memahami kalah menang adalah adat pertandingan.

Katanya, penyokong dikuasai emosi mengenangkan nasib yang bakal ditimpa pemain-pemain dalam pasukan. Pemain-pemain yang bukan ahli PAS telah dijanjikan syurga, jika berjaya memenangi piala Malaysia tahun ini.

Dengan kekalahan malam tadi, kesemua pemain-pemain pasukan Kelantan akan dihantar ke neraka.

Difahami bahawa pihak KAFA sedang berusaha menghubungi Menteri Besar Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat untuk mengeluarkan fatwa baru membatalkan perintah tersebut. Namun, pihak keluarga tidak membenarkan sesiapa bertemu dengannya.

Dato Husam Musa pula tidak dapat dihubungi kerana sedang sibuk dalam mesyuarat untuk merancang menjatuhkan Haji Hadi.

Nik Aziz telah masuk IJN pada malam Jummat kerana sakit-sakit. Dia keluar pada hari Sabtu untuk menghadhiri sebentar Seminar PAS. Keadaannya masih dibawah pemerhatian doktor. - Agensi Husin Lempoyang

NOTA: Husin mengucapkan selamat sembuh kepada Dato Nik Aziz Nik Mat. Muga dikembalikan kesihatan ke sediakala.

Sabtu, November 07, 2009

Babak-babak masa nak jadi wakil rakyat

Terbaca berita Bernama sini yang melaporkan wakil-wakil rakyat PAS kena buat ikrar lafaz taklik sebelum bertanding untuk menahan mereka lompat parti. Ana terbayang babak-babak sebelum calun-calun PAS bertanding pilihanraya Mac 2008.

-----------------------------------

Babak 1

Hasan Ali: Tok Guru ... percayalah Tok Guru. Saya bukan lagi orang UMNO. Berilah saya peluang bertanding lagi.

Nik Aziz: Banyok orhe kecek pasa mu, Hase.

Hasan Ali: Apa lagi yang Tok Guru nak persoalkan? Memang betul saya pernah sebahagian dari BTN, pelatih Intan, dan penceramah TV. Bukan saya seorang penceramah TV yang masuk PAS dan bertanding. Dr Harun Din dan Dato Ismail Kamus pun dulu cermah di TV.

Nik Aziz: Orhe goyak mu ejen UMNO. Mu dulu sebahagie jentera propaganda UMNO.

Hasan Ali: Macam mana boleh terus tuduh ejen UMNO. Sudah satu penggal saya jadi wakil rakyat PAS. Penggal ini saya ketua pembangkang di Selangor. Adakah taat setia saya pada perjuangan Islam masih dipersoalkan Tok Guru?

Nik Aziz: Huse dan Khalid Samak ghoyak kat sayo. Dulu Nakhie lagi lama dale PAS. Ginilah Hase, ambo nok kepastia mu tok lompak balik ke UMNO.

Hasan Ali: Macam mana caranya Tok Guru?

Nik Aziz: Mu kena buak ikrar lafaz taklik depe sayo dan pemimpin-pemimpin utama yang dipersetujui dan ditandatangani dalam surak taklik oleh isteri mu. Kalu mu lompak, mu dianggap telah menceraikan isteri denge talok tiga.

Hasan Ali: Itu berat Tok Guru. Saya setuju dan rela lakukan demi parti tapi kena berbincang dulu dengan orang rumah.

Nik Aziz: Mu bince baik-baik. Benda ni usoh cerito-certo. Kalu cerito, kami kata talak satu saja.

-----------------------------------

Babak 2

Sabariah: Bang ... bang ... Kenapa abang sanggup pertaruhkan perkahwinan kita? Semua ini demi politik, jawatan dan pangkat?

Hasan Ali: Sabar sayang, sabar. Banyak bersabar. Abang akan terangkan.

Sabariah: Perkara macam ini bukan boleh buat main-main bang. Itulah abang. Mulut macam murai. Membebel tak berenti-berenti. Cakap main suka hati. Selalu terlepas.

Hasan Ali: Cuba Sabariah faham. Inilah peluang baik untuk abang naik jadi Menteri Besar.

Sabariah: Abang ni orang politik. Cakap manis. Sudah tidak boleh dipercaya kata-kata abang lagi. Perkahwinan kita pun abang tidak sanjungi lagi.

Hasan Ali: Jangan macam gitu Sabariah. Nama awakkan Sabariah ... orang yang sabar. Itu pasal saya kahwin awak.

Sabariah: Ah ... (muka masam fed-up)

Hasan Ali: Abang lihat rakyat tengah marah pada Pak Lah dan Khairy. Kita pasti menang besar pada PRU12. Kalau UMNO yang kalah teruk, PAS akan diberi kerusi MB. Abang sudah Ketua Pembangkang dan Pesuruhjaya PAS Negeri. Mesti abanglah jadi MB.

Sabariah: Tak habis-habis berangan ...

Hasan Ali: Betul Yang. Sabariah akan jadi first lady of Selangor.

Sabariah: Ye ke ni bang?

Hasan Ali: Insya Allah. You will be the most beautiful first lady Selangor have ever had.

Sabariah: Lagi cantik dari Ku Yah?

Hasan Ali: Ku Yah bini nombor dua. Dia Tuan Puteri, bukan first lady.

Sabariah: Abang ni memang pandai pujuk. Kalau tidak dapat jadi MB, macam mana pula bang?

Hasan Ali: Kalau tidak jadi MB, tak susah. Abang akan lompat parti saja.

Sabariah: Giler ke awak ni. Tercerailah saya. Ini mesti ada rancangan nak kahwin lagi.

Hasan Ali: Takkk ... tengok orang pompuan ni. Nafsu enam akal satu. Balik balik ke situ. Sabariah ... dengar dulu rancangan abang.

Sabariah: Saya dan anak-anak hendak ke mana kalau abang ceraikan kami. Dahlah dulu abang suruh saya berenti kerja. Dulu dah belajar tinggi-tinggi sampai Amerika dan dapat kerja baik-baik, abang berenti buat kem motivasi pula.

Hasan Ali: Dengar dulu rancangan abang ... Abang akan kasi kecoh sampai dia orang tendang abang keluar parti. Kalau dia turunkan abang saja, nanti persepsi PAS buruk dan dianggap sudah tidak memperjuangkan suara Islam dan Melayu dalam Pakatan Rakyat. Dikekalkan abang dalam parti, abang buat bising.

Sabariah: Apa jadi pasal perjuangan untuk Islam atas bendera PAS?

Hasan Ali: Itu masa nak naik. Dah naik cerita jawatan. Biasalah politik. Awak ingat kalau saya masuk UMNO dulu, senang nak dapat tanding wakil rakyat? Dalam pembangkang lagi senang pasal dia orang tak ada orang. Dah dapat baru balik ke UMNO.

Sabariah: Bolehlah abang besarkan kem motivasi nanti ye ...

Hasan Ali: Boleh juga. Masa Dr Mahathir dulu pun abang dapat juga.

Sabariah: Pandai abang ...

Ramailah nanti yang akan cari pasal untuk ditendang parti nanti. Siapa tak sayang bini ... hehehe

Khamis, November 05, 2009

Repot Kad Menteri


Hari ini akan ada mesyuarat khas dengan Menteri-Menteri berkenaan KPI.

Kalau setakap hari ini, Cikgu Najib sudah ada tersedia repot kad. Semua, selain Rais yang anak Yatim, dipinta datang dengan ibu bapa bertemu Cikgu Najib untuk mengambil kad repot.

Berikut adalah komen-komen dalam kad repot masing-masing:

Khalid Nordin: Baik dan tertib dalam kelas. Tumpukan kepada tugas dalam pengajian tinggi dan bukan jadi kontraktor membina pengajian dalam negeri. Rekomen tukar kelas.

Hishamuddin: Murid yang berhati-hati dalam kerja. Sebagai Pengawas, kurangkan beri amaran dan lebihkan bertindak.

Zahid Hamidi: Baiki bahasa Inggeris. Suka main-main. Kurangkan mengampu Cikgu.

Ong Tee Keat: Baik dalam pelajaran. Masaalah pergaulan. Kurangkan kelahi sesama sendiri.

Liow Tong Lai: Jauhkan diri dari bergaul dengan kumpulan yang masaalah bergaul. Sudah menunjukkan kecenderongan untuk kelahi.

Shahrizat Jalil: Tumpukan kerja dan kurangkan menarik perhatian. Isteri Dato Sahak lagi cantik.

Noh Omar: Baiki sebutan bahasa Inggeris. Sebut profesional bukan fofesyenal.

Nazri Aziz: Kurangkan bercakap-cakap dalam kelas. Rekomen tukar kelas.

Ismail Sabri: Terlalu pendiam. Penglibatan dalam darjah kurang menonjol. Rekomen tukar kelas.

Rais Yatim: Sangat baik dalam mata pelajaran bahsa dan sastera. Perlu perbaiki matapelajaran sains.

S Subramaniam: Baik dalam pelajaran dan pengetahuan. Tingkatkan ko korrikulum dan jawatan dalam persatuan. Sedang dipertimbangkan tukar kelas.

Shabery Cheek: Prestasi baik tetapi sedang dipertimbangkan untuk tukar kelas untuk beri laluan Menteri muda.

Koh Tsu Koon: Tingkatkan prestasi. Tidak cukup dengan markah kasihan sahaja.

Nor Mohamad Yakcop: Ulangan peringatan supaya hentikan pembaziran dan berblanja sesuka hati. Sepatutnya ditukar kelas.

Rabu, November 04, 2009

Apa akan jadi pada Mat Sabu?


Dengan peraturan tauliah untuk bercakap di masjid, surau dan kawasan private, apa akan jadi pada Mat Sabu?

Mat Sabu bergantung pada ceramah sebagai salah satu sumber mata pencarian. Ana dengar beribu-ribu sebulan. Tanpa Mat Sabu, hilang tarikan ceramah PAS.

Kenalah Mat Sabu ambil lesen berceramah dari JAIS.

Tanpa lesen dari JAIS, ceramah Mat Sabu tidak boleh sebut bab-bab ugama dan ayat-ayat Al Quran dan Hadis. Tinggal maki hamun dan lawak jenaka saja. Kenalah Mat buang kopiah.

Layakkah Mat Sabu diberi lesen berceramah? Khalid Samad pun telah ditolak permohonan. Bekas Mufti Dr Asri tidak layak pula.

Peliknya Xavier boleh dan lagi layak berceramah di Masjid dan Surau.

Peraturan bukan untuk digunakan tapi untuk ditangkap. BUkan baru dan di Selangor saja ada peraturan tauliah.

Macam ada benda tak kena.

Selasa, November 03, 2009

Tenang saja Khalid


Baca berita ini di sini.

Dengan semua orang melenting pasal penangkapan Dr Asri, Khalid boleh begitu tenang. Betulkah dia cakap dengan begitu tenang?

Macam mana Khalid boleh tenang menyokong tangkapan dengan hampir semua pihak - BN, PR dan NGO - menentang tangkapan itu?

Isnin, November 02, 2009

Tidak macam adegan Hang Tuah dan Hang Jebat


Khalid Ibrahim perintah ADUN Port Kelang, Badrul Hisham letak jawatan sebagai wakil rakyat. Langsung Badrul berhenti dari menjadi ahli PKR, jadi ADUN bebas dan sokong Barisan Nasional.

Khalid desak Badrul supaya letak jawatan. Najib jawab tiada sesiapa ada hak untuk suruh sesiap letak jawatan. Langsung dia cabar Najib supaya Badrul letak jawatan dan hadapi pilihanraya. Kali ini, Najib tidak layan dan tidak letak jawatan macam Badrul.

Cuma bayangkan Khalid sebagai Hang Tuah mencabar Najib yang kononnya Hang Jebat yang sedang bermaharajalela dalam istana dalam epik pertarungan yang penuh bersejarah dan bermakna dalam psiki orang Melayu.

Hoi Najib! Turunlah ka ka ka kalau kau be be be berani. Ka ka kamu ini tidak mengamalkan demokrasi yang adil.

Alah ... dahlah gagap. Bunyi sikit punya skima.

Kalau kau a a a a anak jan jan jan jantan dan telor ti ti ti ... whats dat ... Rosmah. Kamu mesti telus, profesyenal dan menjalankan good governance.

Ya Allah ... skima lagi. Lupa apa nak cakap pulak.

Kamu Hang Najib mesti tahu bahawa hanya PKR saja yang ... ah ah ah ... ah ....

Macam mana pendekar cakap tak habis ayat. Dah terlupa apa nak cakap. Anggap orang faham apa dia nak cakap.

Turun kamu Najib dan undilah Barisan Nasional!

Hehehe ... tersasul macam di Ijok.

Memang tak layak dan segak Khalid nak jadi hero. Mana dia akan pergi kalau bateri AAA habis power?