Selasa, Ogos 14, 2018

Had 2 penggal pun boleh 22 tahun lagi


Apa susah nak hadkan pada 2 penggal.

Satu penggal 11 tahun. Dua penggal 2 tahun. Pencen kedua umur 115 tahun.

Wow!  Pada 100 hari, boleh lancar novel Kencing Sepanjang Jalan

Isnin, Ogos 13, 2018

Tak payah tukar spec, tukar Menteri Kewangan


Dulu tipu undi CEC, kata salah Microsoft Excel. Kontrak terowong naik dari RM4 billion ke RM6 billion, salah Microsoft Words.

Sekarang salah sebut RM19.4 billion, titik perpuluhan pulak dipersalahkan.

Kalau asyik tak nampak, tak payah tukar spec. Lawatan ke China pun tak boleh ikut. Tukar saja Menteri Kewangan.

Sabtu, Ogos 11, 2018

Guan Eng kena jual pegawai kerajaan


Fatimah Jasmin komen di FB:

Only in Malaysia yang kena rompak melolong RM18 bil dirompak. Yang (dituduh) merompak pula buat lapuran polis kerana merompak... Adoi

Pelik-pelik Malaysia baru....

Sabtu, Ogos 04, 2018

Untung orang kerja kerajaan


Untung la orang kerja kerajaan...

Tengah drive, buka radio kereta. Dengar berita gaji penjawat awam akan dinaikkan dan elaun rumah pun naik 25% dari RM250 ke RM750 mengikut tangga gaji.

Kerja tidak seberapa tapi semua manifesto parti janji naik gaji.

Rabu, Ogos 01, 2018

Pengerusi Khazanah bukan ahli politik


YAB Perdana Menteri melantik ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Khazanah Nasional.

Perlantikan tersebut disokong oleh Pengerusi Pakatan Harapan dan Pengerusi PPBM.

Bekas Perdana Menteri ke-4 merakamkan setinggi tahniah kepad Tun Dr. Mahathir Mohamad atas perlantikan tersebut.