Ahad, Oktober 30, 2011

Sembahyang prepaid dan postpaid?


Seorang sahabat Husin beritahu sebelum ke Mekah supaya rajin-rajin sembahyang jemaah di Masjid.

"Fadilat sembahyang di Masjidil haram tu 100,000 lebih dari Masjid yang lain." katanya.

"Banyak tu," jawab Husin.

"Ente sembahyang berjemaah sudah dijanjikan 27 kali ganda dari sembahyang seorang diri."

"Wah ... itu dah 2,700,000 kali ganda," Husin gandakan.

"Lepas itu, sebagai orang yang sudah berumahtangga, sembahyang ente diberi 40 kali ganda ganjaran berbanding ganjaran untuk orang bujang."

"Macam gitu sudah 108,000,000 kali ganda."

"Itu satu sembahyang, belum kira lima waktu satu hari, pahala ente Allah kasi seolah-olah satu sembahyang bersamaan ganjaran 108,000,000 hari atau kurang dari 300,000 tahun punya sembahyang," Kawan ana terangkan.

"Macam pahala sembahyang seumur hidup. Pahala sembahyang prepaid ...."

Husin hanya terkata, "Alhamdulillah, baguslah itu. Tapi macam mana pula yang post paid? Pening fikirkan dosa tinggalkan sembahyang yang banyak ..."

Khamis, Oktober 27, 2011

Husin Lempoyang melawat ladang korma

Sejak bertolak dari Malaysia pada Oktober 9hb, hari ini sudah kira hari ke 18 Husin meninggalkan Malaysia untuk mengerjakan ibadat haji yang mana wukuf dijangka jatuh pada hari Sabtu November 5hb bersamaan 9 Zulhijjah 1432H.

Husin sudah 9 hari berada di Mekah, selepas berada selama 8 hari di Medinah. Sepanjang masa, terutama di Medinah, Husin dan isteri hanya menghabiskan masa sembahyang lima waktu di masjid.

Mekah ada susah sikit la ... hotel jauh sikit dari Masjid. Selain itu, Husin cubalah buat ibadat sedikit, termasuk mengerjakan Umrah sunat dan tawaf, untuk menydiakan diri untuk hari wakaf dan melontar jamrah.

Sambil itu, Husin ada jalan-jalan buat ziarah sedikit. Masa di Medinah, kami di bawa ke sebuah ladang tamar atau korma. Ingin Husin berkongsi dengan para pembaca beberapa gambar.

Boleh dilihat, pokok korma tidak jauh beza dari pokok kelapa sawit. Di merata bandar Medinah, ada kelihatan pokok korma diguna menghiasi jalanraya. Kenapa kita tidak hiasi jalanraya kita dengan pokok getah dan kelapa sawit?




Macam pokok korma hidup dalam tanah gersang padang pasir? Di atas kelihatan, penggunaan sistem perairan yang mengekalkan lembap di tanah.

Di hujung ladang korma yang bernama Ladang Rashid ini, ada kedai untuk membeli korma dan lain-lain barang jualan.


Kelihatan penjual berada di tengah-tengah di kelilingi oleh barangan dagangan seperti korma, gula-gula, kacang-kacag dan kueh-kueh arab seperti halwa dan lain-lain.



Sebagamana di Malaysia, mereka yang melakukan kerja sedemikian adalah orag Indonesia.

Pelawat juga dihidangkan dengan teh arab untuk di minum di bawah redupan pohon-pohon korma.


Di Malaysia, kenapa tidak mahu minum-minum berkelah bawah pokok kelapa sawit?

Kelihatan gambar di bawah pelepah-pelepah korma di kumpulkan untul jadi atap seperti juga di guna pelepah kelapa di Malaysia.


Apabila kita menghampiri bas untuk pulang dan sembahyang zohor di Masjid, ada pula seorang penjual minyak unta. Penjualnya pun orang Indon.

i
Sepuluh riyal saja, minyak unta boleh sembuhkan semua penyakit, Pak.

Lain kali, ada gambar dan benda menarik akan Husin siarkan di sini.

Ahad, Oktober 09, 2011

Husin Lempoyang cuti ... naik haji


Maaf Husin lama tidak berblog. Malahan bakal lama juga ana tidak berblog selepas ini kerana sibuk membuat persediaan. Betul kata Anak Merdeka sini, ana akan berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan ibadat haji.

Pengembaraan ini amat penting, Sebagai orang Islam, mengerjakan haji adalah untuk mencukupkan pengerjaan rukun Islam yang ke 5.

Antara yang penting dalam rukun haji adalah berwukuf di arafah. Initipatinya, berkumpul di padang arafah menyerupai berkumpul di padang mahsyar di hari akhirat menunggu pengadilan tuhan.

Sejuk kaki memikirkan ....

Di Arafah adalah tempat kita bermuahasabah dan menilai diri kita agar diterima Allah sebagai hambanya.

Husin berdoa dan memohon doa anda semua semuga ditunjukkan jalan yang lurus, dimudahkan untuk beribadah, diterima taubah dan lain-lain.

Mohon dijauhi dari keadaan di mana membaling di jamrah menyerupai kawan baling kawan. Nauzubika min zalik.

Insya Allah, Husin akan memohon untuk kesejahteraan anda semua, keamanan dan kesejahteraan negara dan rakyat semua.

Panjang umur kita berjumpa lagi ye ....

Labbaikallahu humma labbaik ....