Isnin, Februari 27, 2012

Pukul 2 pagi ada 'counselling' buka?


Kita jangan dengar cakap sebelah pihak. Mesti juga dengar dari pihak Ustaz Dr Badrul Amin.

Berikut adalah SMS dari Badrul Amin yang disiarkan blog Amenoworld:

Petikan berikut adalah dari mStar:
"Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jaip di Kuantan.

"Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya," katanya menerusi satu kenyataan di sini.

"Walau bagaimanapun pada pukul 2 pagi 25 Februari 2012, dia telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

"Atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Namun pada pukul 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya.
Hah tu dia ... counselling untuk suami isteri yang sedang berkelahi. Dijalankan pada pukul 2 pagi. Private seorang dengan seorang untuk wanita dalam bilek hotel.

Ahad, Februari 26, 2012

Badul Amin sudah bertaubat sebelum berkhalwat

"Spin saya ok, tak?," tanya Ustaz Badrul Amin

KUANTAN: Ustaz Dr Badrul Amin memberitahu bahawa dia telah lama menyesali dan bertaubat atas perbuatan khalwat yang berlaku semalam.

Demikian pengakuan Badrul Amin dalam panggilan talipon ke pejabat Agensi Husin Lempoyang seawal pukul 3 pagi tadi. Katanya, selaam ini dia berusaha bersungguh-sungguh mengeluar dan mengedar CD dan keset Zikir Munajat bagi membolehkan dia dimaafkan melakukan khalwat.

Badrul Amin ditangkap betul-betul 24 jam yang lalu kerana disyaki berkhalwat dengan isteri orang bernama Zatiwani di bilek 8365 Swiss Garden Hotel, Kuantan pada pukul 3 pagi semalam. Dipercayai suami wanita itu sendiri melaporkan kepada JAIP dan bersama menyerbu bilik.

Pelbagai usaha mahu dilakukan oleh rakan-rakan Badrul Amin termasuk menyebarkan alasan sebagai kes isteri lari dari suami dan menyogok pegawai JAIP, tetapi Badrul Amin menolak.


"Apa perlu ini semua. Saya dah banyak buat Zikir Munajat. Dah rakam dan jual beribu-ribu copy. Ramai dah lihat saya bertaubat. Orang lain buat jahat baru bertaubat, tapi saya lama sudah bersedia taubat sebelum lakukan," katanya.

"Malahan ADUN Selinsing, yang disyaki ada kes dengan isteri orang dalam gerabak keretapi, pun boleh Tuan Guru Dato Nik Aziz kasi settle. Saya bersedia berjumpa dengannya untuk menerangkan."

Ditanya samada dia akan mengahwini Zatiwani sebagai isteri ke 3, Badrul berkata, "Saya perlu mendapatkan dua surat izin dari isteri-isteri saya. Jika ada masaalah, saya akan hubungi exco hal ehwal ugama Islam, Tan Sri Khalid Ibrahim di pejabatnya.

"Sepatutnya tiada masaalah. Hanya menunggu suami Zatiwani melepaskannya. Dia sendiri yang lapor dan tangkap, pasti dia sedia relakan." - Agensi Husin Lempoyang

Jumaat, Februari 24, 2012

Musuh dan Selimut


Husin membaca laporan blog AIDC di sini.

Hilmi dakwa ada musuh dalam selimut, tetapi dia juga kata dia ambil gambar menggunakan handphone dan handphone dia hilang. Langsung tersebar gambar telanjang ADUN Bukit Lanjan.

Mungkin handphone itu hilang pasal ada yang curi. Bagi orang nak curi handphone yang kini second hand tiada sangat harga, boleh jadi Hilmi dah tunjuk gambar pada kawan-kawan.

Nampaknya, dalam selimut Eli Wong dah ada musuh.

Tak tahulah ugama apa Eli Wong, pasti ugamanya dah larang benarkan orang sebarangan tanpa sijil nikah masuk selimut bersama.

Wow! Husin suka tengok felem lama, Pontianak Gua Musang

Rabu, Februari 22, 2012

Kopiah salah, Songkok salah

Ketika perhimpunan yang Husin hadhiri pada hari minggu, salah satu sesi adalah bersama Prof. Mahmood Zuhdi.

Lupa tajuk sesi tersebut dan apa yang dibincangkan. Yang pasti ulamak-ulamak ini semua tidak boleh bezakan antara dialog, forum, workshop dan ceramah, malah majlis ilmu untuk bertukar fikiran dan ceramah yang monolog pun tidak boleh dibezakan.

Semua dia bantai macam tebas rumput nak cari ular. Depa dok bantai stail ceramah dan tahulah mereka dalam ceramah kerja bantai orang. Isu yang dibincangkan semua berdasarkan contoh dan peristiwa tertentu. Depa saja betoi dan orang lain salah.

Husin hanya ingat Prof Mahmood kata, bila dia balik ke Kelantan, dia sering serba salah. Bilapakai kopiah, orang ingat dia sokong PAS dan orang UMNO larikan diri darinya. Bila pakai songkok, orang PAs tak berkawan denggan dia.

Jadi tujuan dia nak kata, dia dibantai dua-dua belah pihak. Dia tak bantai orang dan neutral dalam memberi pandangan.

Rasanya Prof Mahmood lupa bahawa orang Melayu ada satu lagi parti yang berbilang bangsa iaitu PKR. Manalah tahu mereka pun ada tutup kepala mereka sendiri. Prof Mahmood perlu tahu supaya tidak dilihat pilih kasih kepada PKR pula.

Kalau pemimin dijadikan contoh pun, rasanya tidak mungkin orang Melayu PKR pakai kippah. [Lihat sini.] Entah apa diguna untuk tutup kepala?

Isnin, Februari 20, 2012

Shahidan mahu Islam di Malaysia hebat


Husin pergi ke satu perjumpaan ilmu sepanjang hari minggu.

Dalam satu sesi bersama Menteri JPM, Dato Jamil Khir, mantan MB Perlis, Dato Shahidan Kassim yang sedia datang hanya sebagai peserta seperti kami semua, bangun menimbulkan isu.

Dia kata, "Kenapa Islam di Malaysia tidak sehebat di Thailand, tidak sehebat di Indonesia, tidak sehebat di Singapura, tidak sehebat di Brunei, tidak sehebat di Cambodia, tidak sehebat di Vietnm, tidak sehebat di Fiji, tidak sehebat di Tonga ..."

Hairan satu dewan bila mendengar Islam di malaysia yang pernah dipuji sebagai negara Islam contoh tidak sehebat Islam di Tonga. adakah orang Islam di Tonga?

Shahidan bersambung, "Macam mana nak hebat jika sesuatu yang halal tidak dihalalkan?"

Apa dia menatang halal tidak dihalalkan.

"Susah sangat nak nikah hingga perlu isteri sign borang!"

Itu rupanya tak hebat.... Macam mana Pak Menteri nak jawab?

Habis saja beberapa orang lain bertanya soalan, moderator menjemput Pak Menteri menjawab.

"Saya tahu di Malaysia, kita ada macam-macam masaalah seperti murtad, Islam plural, liberalisma, seks bebbaas, dan lain-lain. Tak tahu pulak Islam di Tonga lebih hebat... kat situ rupnya tak hebat.

"Beginilah ... nabi ada berkata dalam hadisnya .... (Husin tak ingat) .... perbezaan pendapat itu membawa rahmat," kata Jamil Khir.

Kot mana dia nak kornar ni?

"Begitu juga undang-undang yang berbea-beza di negeri-negeri ada rahmatnya. Kalau tak boleh kat Selangor, boleh pi ke Perlis."

Bertepuk peserta mendengar Jamil menjawab sekali dua soalan.

Pasal sebelum itu juga, Shahidan juga turut meninmbulkan perlunya keseragaman enakmen dan undang-undang syariah untuk seluruh Malaysia.

Mantap ....

Jumaat, Februari 17, 2012

Kumpulan Yaasin Mak Datin


"Entahlah, saya pun tak tahulah apa nak buat dengan menantu saya seorang. Tak kuasalah saya nak tegur-tegur ... Saya pun dah tua, duduk seorang dan selalu sakit pulak," mengeluh Toh Puan Rokiah.

Setiap hari Jumaat, ketika orang lelaki pergi sembahyang Jumaat, Toh Puan dan rakan-rakannya Mak Datin-Mak Datin dan Puan Sri-Puan Srinya akan bersembahyang zohor bersama dan beribadat sampai ke waktu asar dipimpin oleh seorang Ustazah Maliha.

Acara kumpulan Yaasin mereka berbeza-beza tiap-tiap minggu. Kadangkala mereka mengaji, adakala buat yaasin dan tahlil, dan ada kala hanya mendengar tazkirah ustazah.

Dah tua-tua, inilah aktiviti mereka.

Kebanyakkan mereka ini janda dan dah banyak kurang majlis-majlis yang perlu dihadiri lagi. Banyaklah masa lapang mereka yang boleh diisi dengan ibadah. Oleh kerana mereka kebanyakkan duduk rumah berseorangan, inilah teman-teman mereka yang dapat mereka uahkan perasaan.

Hari itu, kawan-kawan memberitahu Toh Puan akan gossip yang diberitahu anak masing-masing tentang menantunya Datin Rahimah, isteri Dato Najmi. Selalunya mereka beritahu anak-anak bahawa mereka tidak percaya saja, kali ini mahu tanya sendiri mak mertuanya.

"Rahimah tu memang perempuan bercita-cita tinggi dan kuat semangat. Dia berpendidikan tinggi, ada Masters. Sebelum berhenti kerja, dia pengurus di sebuah syarikat. Jadi ... taklah macam perempuan suri rumah," terangkan Toh Puan.

"Betul tu Toh Puan, saya pun tak faham kenapa anak-anak saya komplen pasal dia selalu keluar di TV," sahut Puan Sri Fatimah.

"Memang ada dah tegur, tapi dia dah malas nak layan kata-kata orang. Baru-baru ini ada keluar akhabar dia sebut "orang dengki dan cemburu padanya.

"Entahlah orang sekarang ni tak macam kita dulu ... banyak nak kena jaga tingkah laku," kata Toh Puan.

"Arwah Tun dulu ... tak kasi dia saya campur sebarang orang dan cakap sesuka hati. Mata dia asyik jeling saja kalau ada tak kena dalam majlis. Saya pun takut nak buat lain dari baisa."

"Saya susah nak percaya Toh Puan, tapi betul ke Datin rahmah tu bershopping di Mekah sampai kedai arab di Zam Zam Tower tutup barang habis?" tanya Datin Asiah.

"Itulah ... saya pulak dengar Datin Rahmah beli selipar Jepun sampai RM30,000 sepasang," sampuk Puan Sri Sharifah.

Toh Puan cuba menerangkan, "Ada betul tetapi bukan perkara sebenar. Ada tu bukan dia punya tapi dihantar ke rumahnya saja. Cerita berbelanja ni ada yang ditokok tambah. Pernah dikatakan shopping sampai guna 6 kereta nak bawak barang. Sebenarnya 6 kereta kongsi guna sama-sama dan dua untuk semua luggage."

Tan Sri Fatimah sampuk, "Tapi puan-puan apa hal pun kita ni perempuan, terpulanglah kepada suami untuk membentuk."

"Eh Puan Sri ... tak baiklah cakap macam gitu terhadap Dato Najmi," Datin Atikah memberi pandangan.

"Maaf, bukan begitu maksud saya. Mungkin memang kehendak Dato Najmi mahukan isteri yang lebih "assertive and articulate". Dia mahu isterinya menjadi "her own woman" dan tidak ada masaalah untuk isterinya bercita-cita tinggi seperti Hillary Clinton," Puan Sri menerangkan.

"Saya bukan bermaksud apa, Pun Sri," Datin Atikah memberi pandangan.

"Takpe, kita kawan-kawan," Puan Sri menjawab.

"Saya harap jangan pula ada antara kita tersalah anggap Dato Najmi di queen control. Dia sangat popular dan tentu sekali pandangan negatif tidak baik buatnya," Ustazah Maliha mencelah.

"Saya rasa Toh Puan dan arwah Tun dah beri dia pendidikan pelajaran dan didikan yang baik hingga dia besar menjadi seorang gentleman. Apa yang dilakukan hanyalah menghormati orang yang lebih tua darinya ..."

Terdiam semua, tak tahu nak cakap. Yang faham, tersipu sendiri.

Tidak lama kemudian azan asar kedengaran ...

Selasa, Februari 14, 2012

Makan malam Valentine


Selepas sarapan pagi yang ringkas, isteri ku macam ingin bertanya sesuatu. Dari tadi, dia tak tertanya sebab melayan perbualan ku.

"Bang . . . ," mulutnya mula bersuara akhirnya.

"Malam ni kita keluar dinner, nak? Makan luar . . ."

Alamak . . . tengah bulan. Gaji dah habis, dua minggu lagi baru masuk. Malam Valantine ni restoren penuh dan bunga mahal.

"Hari ni Hari Valentine sayang. Bukan ke Mufti kata tak boleh?" aku cuba mengelak.

"Hai bang, kita kan dah kahwin. Bukan baru nak courting. . ."

Betul juga cakap bini aku.

"Tapi sayang . . . I dengar Nasruddin Tantawi dan Pemuda-pemuda PAS akan pantau restoren-restoren cari pasangan-pasangan Islam," aku beritahu.

Hehehe . . . dapat aku salahkan seseorang.

"Alah, orang nak makan malam suami isteri pun dia orang nak kacau. Menyampahlah!

"Hujung bulan nanti kita keluar ye, bang." kata isteriku.

"Hujung bulan tentu boleh," jawab ku dengan rasa lega.

Cubalah Valentine ke apa lepas dapat gaji, aku merungut. Nasib baik ada Tantawi untuk aku salahkan.

Ahad, Februari 05, 2012

Khalid Ibrahim dan Samad raikan Maulud, tak?


Tersebar di blog, kisah berserta video Tok Guru Dato Nik Aziz Nik Mat mengatkaan dalam khutbah Jumaat baru-baru ini bahawa meraikan Maulidur Rasul adalah perbuatan menyerupai Kristian.

Bab usaha untuk mengingati Habibullah dalam mendekati dan mencintai Rasulullah, dia ungkitkan isu bidaah Rasulullah tidak buat dan usah terikut-ikut Kristian.

Apabila Anwar Ibrahim, Nizar Jamaluddin dan lain-lain orang PAS memegang lilin untuk ikut sama pemimpin Pakatan Rakyat memberi hormat sembahyang kepada roh Teoh Beng Hock, Nik Aziz berdiam saja. Pengikutnya menganggapnya sebagai Nabi, Nik Aziz hanya kata itu pandangannya. Ustaz Badrul Amin memuji dan menggelar Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahadi tapi Nik Aziz diam.

Tak apalah, Husin bukan nak berkelahi dengan Nik Aziz mengenai pandangannya bahawa menyambut Maulidur Rasul adalah mengikut amalan Kristian.

Sudah tentu Nik Aziz anggap Maulidur Rasul sebagai amalan Kristian, adakah Selangor harus raikan Maulud Nabi?

Memandangkan Menteri Besar Selangor selaku exco hal ehwal ugama Islam, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah mesra murtad dan begitu sedia minta maaf kepada gereja DUMC. Manakala, ahli Parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Samad yang sebenarnya menguasai PAS Selangor adalah seorang yang mesra gereja.

Fikir-fikir sebelum jawab tu. Nanti kena jual!

Rabu, Februari 01, 2012

Sidang akhbar Anwar


Pejabat Dato Seri Anwar Ibrahim memanggil sidang akhbar. Latheefa Koya ada bersama.
Wartawan: Kenapa Dato Seri saman Utusan Malaysia?
Anwar: Sebab akhbar itu memutar belitkan cakap saya dan berniat jahat!

Wartawan: Kenapa Dato Seri menyokong keselamatan dan hak negara Israel?
Anwar: Itu satu pembohongan dan memutar belitkan kenyataan saya... berniat jahat!

Wartawan: Adakah Dato Seri akan saman juga akhbar Wall Street Journal?
Anwar: Ada soalan lain ...