Isnin, Januari 01, 2007

Anugerah Filem Maya 2006

Dengan berakhirnya tahun 2006, pelbagai anugerah untuk pelbagaian pencapaian akan diberikan. Persatuan Pengusaha-Pengusaha Filem Maya Malaysia sedang menerima pencalonan untuk pelbagai kategori anugerah.

Banyak filem-filem telah dicadangkan namun, hanya beberapa cadangan saja diterima untuk kategori-kategori lakonan. Pihak pengurusan hanya menerima pencalonan untuk kategori Pelakun Lelaki Terbaik dan Bintang Harapan Lelaki Terbaik.

Pelakun Terbaik jatuh kepada Abdullah Ahmad Badawi dalam lakunannya sebagai Perdana Menteri Malaysia dalam filem "Cemerlang, Gemilang, dan Terbilang: The Imam Islam Hadhari Story".

Lakunan luar biasa Abdullah adalah dalam membawa watak seorang Perdana Menteri yang sering pelupa dan lucu yang dipimpin oleh Menantunya. Adegan dibawah adalah salah satu adegan-adegan dalam filem yang beliau cuba membuat penafian-penafian ke-atas salah lakunya.

Manakala, Bintang Harapan Lelaki Terbaik jatuh kepada Khairy Jamaluddin yang kononnyabukan Pembimbing dan Penasihat kepada Perdana Menteri dalam filem yang sama mendapat percalonan. Lakonan Khairy yang lebih baik adalah babak tangisan dalam filem "Rasputin Malaysia: The road to Premiership".

Kami ingin mencalonkan Dato Seri Anwar untuk anugerah Seniman Agong. Beliau telah memenangi pelbagai anugerah lakonan lepas-lepas. Antara watak-watak yang telah dibawanya adalah sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Imam dangdut, dan lain-lain.

Namun, beliau akan sentiasa diingati kerana watak seorang yang sakit dan hampir cacat. Clip video lakonan beliau dalam filem "Penaik Kerusi Roda" itu boleh dimainkan di sini.

Cerita jenaka ini di ambil dari Forum MyKMU. Terima kasih pembicara-pembicara, khususnya BudakJB dan CucuWakTelu.

Tiada ulasan: