Selasa, Julai 31, 2007

Peristiwa Tan Sri Di Australia



Tan Sri Muhammmad Md Taib ditangkap di Brisbane tahun 90an dahulu kerana cuba membawa keluo sejumlah wang dari Australia.

Apa yang berlaku ialah, sebelah paginya, Tan Sri pergi ke bank dimana sejumlah wangnya disimpan dan beliau mengeluarkan.

Oleh kerana jumlah ini banyak, teller itu bertanyakan "How would you like your money Sir (Bagaimana Tuan mahukan dominasi wang ini)?"

Tan Sri secara spontan "Yes, I like my money very much, thank you! (Ya, saya sangat suka duit. Terima kasih!)"

Menyedari dia kurang faham bahasa Inggeris, teller tersebut menggunakan budi bicara untuk memberi wang-wang dominasi besar.

Semasa tengaharinya, Tan Sri pergi makan tengahari disebuah grill terkenal di Brisbane bersama seorang usahawan terkenal. Mereka pun bersetuju memesan steak untuk santapan.

Pelayan bertanyakan usahawan tersebut "How would like your steak, Sir (Macam mana anda mahu stik anda di masak)?"

"Medium please (Separuh masak)", jawab usahawan tersebut.

Soalan sama kemudian ditanyakan kepada Tan Sri "How would like your steak, Sir (Macam mana Tuan mahu stik tuan di masak)?".

Tan Sri dengan spontan lagi "Small please (Kecil sahaja)!" sambil menerangkan kepada hostnya "I had eaten a lot for breakfast (Saya masih kenyang dari makan sarapan yang banyak)".

Sebelah petang baru Tan Sri pergi ke lapangan terbang untuk pulang. Sebenarnya, usaha Tan Sri boleh lepas untuk menyeludup wang keluar dari Australia kerana dia ada paspot diplomat. Tapi, pegawai imigresen Australia sudah mengesyaki ada yang tidak kena.

Semasa mengisi borang deklarasi kastam, Tan Sri telah menyalah isi. Nama, warganegara, nombor paspot dan lain-lain sudah diisi dengan betul. Bila di ruang "Sex", Tan Sri mengisi "Yes please (Ya, saya suka)".

Pegawai imigresen mahu membantu membetulkan borang itu. Dia bertanya, "I am sure you didn't come to Australia just to mate, mate (Kawan, saya pasti anda tidak datang ke Australia hanya untuk bersetubuh)?"

Memang rasmi Tan Sri, apabila tidak memahami apa yang disebut untuk menyebut "Yes please" sambil tersenyum. Oleh kerana loghat pegawai tu pekat, Tan Sri tak faham langsung dia hanya menjawab, "Yes please".

Menyedari kelemahan penguasaan bahasa Inggeris Tan Sri, pegawai Imigresyen mula meminta paspot dan dokumen-dokumen untuk merujuk dan memastikan butiran yang diisi dalam borang itu betul.

Dia pun menyemak dan membetulkan mana-mana yang salah. Setiap kali dia akan tanya soalan, Tan Sri yang susah memahami pelat Australia yang pekat mengulang saja, "Yes please!" Lama-lama pegawai itu menjadi kurang sabar kerana setiap kali dia kata ya, dokumen menyatakan yang lain.

Sampai satu bahagian berkenaan deklarasi membawa wang, pegawai bertanya perlahan-lahan supaya dia faham, "Are you bringing money more than A$5,000?"

Menyedari pegawai itu akan menjadi birang jika dia memberi jawapan yang sama, Tan Sri cuba mengubah jawapan mengikut apa yang disoal, "Yes, I am bringing money more than A$5,000, thank you!"

Pegawai tu mengarah pegawai lain, "I have enough of this shit! Full search. Check his bags!"

Kantul!!!



** Terima kasih Estelle


6 ulasan:

The Watchman berkata...

Satu lagi article mengenai kisah MB with two Muhammads in his name di Asiaweek.

http://www.asiaweek.com/asiaweek/97/0110/nat6.html

Hamizi Hamdan berkata...

siol je... hahaha... kelakar gilo...

pulau berkata...

hahahaah.. Ali Rustam cakap english lagi kelakau... lagi terok.. sampai terbatuk2 aku mendengarnya.. Hairan aku macamana dia boleh jadi Ketua Menteri. Bekas exco Hamid Nordin pun sama, cakap english seperti budak sekolah Tadika.. hahaha..

AirFilterKotoQ berkata...

Sangat memalukan...pun ada hati nak join politik balik..ishk..ishk.
Macamana kepala, macamtu lah ekornya. Satu team semua sama je.

Sadey aku.

Tanpa Nama berkata...

me no spik inglis, i no pil pom....!!!! kahkahkahkahkah bang isam.

Tanpa Nama berkata...

Salam Perjuangan,

Tahniah... he he he best cerita tu... geli ketiak aku. Rasa-rasa betullah cerita tu... he he he sbb B.I Mat Taib ni ko faham-faham jela...

http://idealismalaysia.blogspot.com