Sejak bertolak dari Malaysia pada Oktober 9hb, hari ini sudah kira hari ke 18 Husin meninggalkan Malaysia untuk mengerjakan ibadat haji yang mana wukuf dijangka jatuh pada hari Sabtu November 5hb bersamaan 9 Zulhijjah 1432H.
Husin sudah 9 hari berada di Mekah, selepas berada selama 8 hari di Medinah. Sepanjang masa, terutama di Medinah, Husin dan isteri hanya menghabiskan masa sembahyang lima waktu di masjid.
Mekah ada susah sikit la ... hotel jauh sikit dari Masjid. Selain itu, Husin cubalah buat ibadat sedikit, termasuk mengerjakan Umrah sunat dan tawaf, untuk menydiakan diri untuk hari wakaf dan melontar jamrah.
Sambil itu, Husin ada jalan-jalan buat ziarah sedikit. Masa di Medinah, kami di bawa ke sebuah ladang tamar atau korma. Ingin Husin berkongsi dengan para pembaca beberapa gambar.
Boleh dilihat, pokok korma tidak jauh beza dari pokok kelapa sawit. Di merata bandar Medinah, ada kelihatan pokok korma diguna menghiasi jalanraya. Kenapa kita tidak hiasi jalanraya kita dengan pokok getah dan kelapa sawit?



Macam pokok korma hidup dalam tanah gersang padang pasir? Di atas kelihatan, penggunaan sistem perairan yang mengekalkan lembap di tanah.
Di hujung ladang korma yang bernama Ladang Rashid ini, ada kedai untuk membeli korma dan lain-lain barang jualan.

Kelihatan penjual berada di tengah-tengah di kelilingi oleh barangan dagangan seperti korma, gula-gula, kacang-kacag dan kueh-kueh arab seperti halwa dan lain-lain.


Sebagamana di Malaysia, mereka yang melakukan kerja sedemikian adalah orag Indonesia.
Pelawat juga dihidangkan dengan teh arab untuk di minum di bawah redupan pohon-pohon korma.

Di Malaysia, kenapa tidak mahu minum-minum berkelah bawah pokok kelapa sawit?
Kelihatan gambar di bawah pelepah-pelepah korma di kumpulkan untul jadi atap seperti juga di guna pelepah kelapa di Malaysia.

Apabila kita menghampiri bas untuk pulang dan sembahyang zohor di Masjid, ada pula seorang penjual minyak unta. Penjualnya pun orang Indon.
i
Sepuluh riyal saja, minyak unta boleh sembuhkan semua penyakit, Pak.
Lain kali, ada gambar dan benda menarik akan Husin siarkan di sini.