Ahad, Oktober 30, 2011

Sembahyang prepaid dan postpaid?


Seorang sahabat Husin beritahu sebelum ke Mekah supaya rajin-rajin sembahyang jemaah di Masjid.

"Fadilat sembahyang di Masjidil haram tu 100,000 lebih dari Masjid yang lain." katanya.

"Banyak tu," jawab Husin.

"Ente sembahyang berjemaah sudah dijanjikan 27 kali ganda dari sembahyang seorang diri."

"Wah ... itu dah 2,700,000 kali ganda," Husin gandakan.

"Lepas itu, sebagai orang yang sudah berumahtangga, sembahyang ente diberi 40 kali ganda ganjaran berbanding ganjaran untuk orang bujang."

"Macam gitu sudah 108,000,000 kali ganda."

"Itu satu sembahyang, belum kira lima waktu satu hari, pahala ente Allah kasi seolah-olah satu sembahyang bersamaan ganjaran 108,000,000 hari atau kurang dari 300,000 tahun punya sembahyang," Kawan ana terangkan.

"Macam pahala sembahyang seumur hidup. Pahala sembahyang prepaid ...."

Husin hanya terkata, "Alhamdulillah, baguslah itu. Tapi macam mana pula yang post paid? Pening fikirkan dosa tinggalkan sembahyang yang banyak ..."

19 ulasan:

Abu berkata...

Tuan Husin,

Ustad saya pesan bila masuk masjidil haram kita sebaik-baiknya mesti tengok kaabah ... sekali tengok dapat 60 rahmat .... rahmat ni berguna utk kita kat akhirat esok ... tapi kalau nak cash out sikit kat dunia ni pun boleh jgk .. especially bila ditimpa musibah ...

Abu berkata...

Tuan Husin ... jgn lupa pi makan kat Restoran Hira' .... kat tingkat satu kompleks Hilton .... depa pintu Babussalam.

Nasi mandy dia "A" .... kena try semua dishes ... sehari satu cukup la ... tapi ingat ...jgn order 2 set .... nanti tak habis ....

Chegu berkata...

Betul tu saudagar hussin, ingt pesan saidina ali, kerja di dunia mcm kita akan hidup seribu tahun, bila beribadat pula, anggap ini ibadat terakhir kita

Badak BTR berkata...

Salam

Ada saya dengar membuat kebaikan di Tanah Suci ni pahala berlipat kali ganda tapi dangan seronok sangat, apa yang saya dengar ustaz2 cakap membuat sesuatu keburukan pun dosanya akan digandakan... Wallahualam...

Lama sedar berkata...

Husin perli orang yang ingat dosa pahala macam accounting ystem tu. Ko orang tak faham ke???

Akhirnya allah penentu kiraan dosa pahala, menghukum, dan anugerah dosa pahala

...bukan nik aziz dan bukan sesiapa sekali.

Tanpa Nama berkata...

yang kena bayar bill postpaid tu ... taubat sajalah.

mudah2an allah yang maha mengasihani sedia maafkan.

dosa dgn manusia saja yg susah

Tanpa Nama berkata...

Lama sedar

nik aziz boleh mensyurga dan nerakakan seseorang seolah2 dia tuhan.

sesat akidah tu

Tanpa Nama berkata...

Kuasa Nik Aziz macam Pope dan paderi ke? Boleh hapuskan dosa manusia hanya dengan mengaku kesalahannya.

Abu Garcia berkata...

Ya lah .... N.ajis tu mcm Poop la ... Poop N.Ajis ....... dosa pahala orang di tangan dia .... sokong pas piss masuk sorga ...... berzina boleh diampun asalkan ahli pas piss ...

Tanpa Nama berkata...

Mohon Share

Anti BERSIH fb

Tanpa Nama berkata...

sin engkau ke sana untuk ibadat. itu tujuan utama. tinggalkan sementara urusan dunia, selepas balik nanti nak pulun dunia pulunlah. banyakan ibadat sunat - solat tahajud, duha, witir, sunat jaga iman, awabin, sunat antara solat fardu, zikir, baca quran dan sebagainya. rugi sin kalau kamu masih membawa hal keduniaan semasa kamu kat sana.

lotusafia berkata...

setuju sin ngan annon 9.29 biar menyesal buat jgn menyesal tak buat, buat seberapa banyak & mampu hang kat sana, jangan d layan malas tu rugi sin macam ana p sana buat yg wajib aja terasa ruginya bila d pk pk nak p lagi 2030 baru boleh p. dengar ceritanya waiting list dh cecah 1 million

kluangman berkata...

Pospaid tak bayar..dah kena potong
Prepaid top up sepuluh hengget kena tambah limopuluhsen.

Itu kerja kapitalism, monopoli, lintah darat..semua tu jalan2 ke neraka..

Tok Mudim berkata...

Hj Usin

Setiap nafas yang ente tarik tu Allah bagi cash, tak ada tangguh tangguh kecuali bila kita sampai ajal.

Kiralah sendiri satu hari berapa ribu kali kita tarik nafas - tengah tidur, dalam toilet, sembahyang waimah semua la.

Jadi ente jangan lah nak berkira sangat dengan Allah bab pahala yang berganda ganda ni.....

Allah tak pernah pun berkira bagi ente tarik nafas tiap hari hingga ke nafas terakhir....

Baik ita kira berapa dosa yang kita hutang tu.

penjilat umnongok berkata...

"Seorang perempuan kaki rasuah yang bernama najibz menunaikan ibadah haji
pada saat melempar jamrah kaki rasuah hairan kerana tiap kali lempar batunya balik lagi ke dia, di lempar lagi, balik lagi ke muka nya, setelah beberapa kali melempar terdengar bisikan di telinganya… “boss sesama syaitan jangan saling lempar dong…” (kutip dari internet) kah kah kah"

haji lim berkata...

seorang mursyidul am mahu dibawa menunaikan haji oleh seorang kontraktor dengan menggunakan pakej VIP berharga RM60,000 seorang.

bila di persoal oleh pengikutnya apa hukum mengerjakan haji cara begitu, jawab mursyidul am tersebut - tak po, tu namanya haji prepaid.

kah kah kah
(dikutip dari harian halakah )

hj lim makan babi berkata...

Wahai orang orang yang bodoh apabila kamu telah berjaya dibodohkan maka hendaklah kamu sentiasa menjadi bodoh kerana kebodohan kamu itu adalah tanda bahawa kamu telah betul betul bodoh. Jika kamu bertemu dengan ayat ayat semiotik ini maka hendaknya pecah kebodohan kamu itu agar kamu menjadi insan yang bertakwa – ayat hj lim.

Tanpa Nama berkata...

ibadah haji orang lain pun nak di main2kan? rasukan iblis syaitan betul2 berjaya kpd kamu wahai anon9:58 AM

Husin Lempoyang berkata...

Tok Mudin

Ente banyak btul. Ana malu nak mintak bukan2. Diberi nyawa hidup pun satu nikmat.