Rabu, November 09, 2011

Perlunya mengikuti kursus

Husin di Padang Arafah sebelum bermulanya Haji (diambil dari blog Haj 1432.com sini)*

Alhamdulillah, semalam Husin selesai mengerjakan lontar jumrah di Mina atau disebut juga Muna oleh orang Arab.

Atas sebab tertentu, kami terpaksa melakukan Nafar Awal atau hanya melontar pada Zulhijjah 11 dan 12hb dan tidak melontar pada hari ketiga pada Zulhijjah 13.

Kita merancang, Allah jua menentukan. Rupanya tak sempat juga. Terpaksa Husin tunggu beberapa hari untuk sama-sama menghabiskan haji bersama isteri dengan melakukan tawaf dan saei Haji.

Mengerjakan Haji ini sebenarnya mudah dan ada banyak kemudahan bagi situsi-situsi tertentu. Untuk dapat menggunakan kemudahan tersebut, perlulah ada 'ilmu atau lebih mudah cerita, faham bab haji dan menghadiri kursus haji terlebih dahulu.

Selain itu, hindari dari dengar-dengar dan ikut-ikut cakap orang. Perlu tidak mempedulikan dan terpengaruh sangat apabila "ada orang kata". Tanya terus pada guru bab haji atau pembimbing ibadat Tabung Haji sebarang kemusykilan. Jangan bergantung dengan "ada orang."

Lebih baik sekali, sendiri perlu boleh menentukan apa yang "ada orang kata" itu betul atau tidak.

Caranya adalah memahami betul-betul bab haji sampai tahap yang boleh dapat A SPM. Ianya dengan menghadiri kursus, banyak bertanya dan berbincang dengan yang mahir dalam bab haji, dan mentelaaah makalah dan buku yang diberi

Kenalan baru Husin dari Tabung Haji, saudara Rizzal sedang menjalankan tugas mengelilingi perkhemahan Malaysia di Arafah untuk memantau operasi Masy'ir 1432

Ini mengingatkan kisah benar yang berlaku pernah berlaku pada seorang nenek saudara Husin. Nenek saudara ini adalah kakak ipar pada nenek ana.

Nenek pergi Haji pada satu tahun itu. Dia ada hadiri kursus dan ikut muasasah Tabung Haji. Tapi entah macam mana, antara "ada orang sudah" beritahu atau nenek salah dengar, nenek sudah difahamkan bahawa terkentut membatalkan haji.

Bagi menjaga kesuciaan haji, nenek berusaha menahan kentut. Dia sudah berhenti makn kacang-kacang yang banyak dalam makanan arab. Dia kurang minum air. Macam-macam cara nenek menahan kentut.

Bersama-sama rakan selepas melontar jumrah kali kedua dan terakhir kerana perlu Nafar Awal*

Setelah beberapa minggu hingga sebulan menahan kentut, akhirnya nenek jatuh sakit dan langsung dibawa ke klinik maktab. Mula-mula nenek malu nak beritahu, akhirnya doktor bertanya nenek ada kentut atau tidak?

Nenek hanya beritahu dia dah hampir sebulan tidak kentut. Doktor hairan dan tanya kenapa. Baru diterangkan "ada orang" kata kentut membatalkan haji. Tahulah doktor bahawa nenek sakit keran tahan kentut.

Nak ketawa, malu nanti nenek, lalu doktor pun cuba tidak ketawa menerangkan kentut tidak membatalkan haji tapi hanya membatalkan wudhu. Itu sepatutnya tidak jadi masaalah kerana wudu yang terbatal boleh ambil sekali lagi.

Doktor jelaskan pada nenek bahawa tiada larangan dalam haji yang menyebabkan haji terbatal. Kalau ikut syarat-syarat, sahlah haji. Bagi yang ada langgar pantang larang, cuma bayar dam.

Lalu nenek diberikan ubat kentut. Sehari dua, kesihatan nenek pun pulih.

Apabila pulang, orang tanya nenek akan kesihatan di tanah suci. Nenek memang orangnya lucu. Tanpa segan dan silu, dia ceritakan kisah dia tak kentut sebulan kerana takut batal haji. Semua ketawa dan kisah ini diketahui ramai di kampung.

*Maaf Husin terpaksa tutup muka kerana tidak tahan debu dan bau tertentu

11 ulasan:

mohd noor berkata...

Tahniah Tn. Hj. Semoga mendapat haji mabrur. Diharap penulisan tuan selepas ini menggambarkan status tuan yang sebenarnya. Hentikanlah caci mencaci dan menghina sesama manusia

anti bohmau berkata...

Alhamdulillah Pak Usin,

semoga selamat mengerjakan ibadah haji & pulang ke tanah air dgn haji yg mabrur, InsyaAllah.

nampaknya Pak Usin sihat walafiat. jika tak berapa sihat sblm ni, itu hanyalah ujian kecil dari Allah SWT.
Wallahuaklam...

Tanpa Nama berkata...

Usin

Korek hidung batal haji ke?

Tanpa Nama berkata...

Nafar awal pasai bini hang bocor ka? Sabar aje, sin.

Dah kering nanti boleh guna bilik rahmat hehehe

azman berkata...

Assalamualaikum sein

Alhamdulillah sempurna sudah mengerjakan ibadat haji.

Dapat haji mabrur atau tidak itu kerje Allah,tak payah nak jadi tukang telek.

Ana selalu bayangkan ente ni kurus..kerane selalu makan lempoyang.hehehehe.

Tanpa Nama berkata...

Semasa mengerjakan Haji beberapa tahun dahulu aku kerap mengulangi wuduk kerana macam ada rasa terken--t. Kata isteri ken--t di masjid itu berdosa, apa lagi di sekeliling Kaabah. Jadi terpaksalah aku menahan ken--t hingga sampai di luar pekarangan masjid, tenang sikit. Mungkin Husin juga tahu apa rasanya menahan k--tut walaupun untuk sesaat. Aku pun tak pernah nak tanyakan hal ini kepada ustaz. Betul ke berdosa ?.

kluangman berkata...

Kentut adalah kegiatan dimana mahkluk hidup mengeluarkan gas buangan dari lubang yang berada di bawah belakang (anus), seperti sebuah knalpot kendaraan. Namun gas buangan ini tidak terlalu jelas terlihat, kecuali sedang berada dalam air. Gelembung-gelembung udara akan tampak di belakang orang yang sedang kentut. Kentut, sama seperti bau mulut: hanya bau akibat containernya. Oleh karena itu sering-seringlah gosok gigi agar tidak bau mulut. Namun jangan gosok anus dengan sikat gigi, karena selain jorok, hal itu sangat tidak higenis. Apalagi sikat gigi tersebut dipakai untuk menggosok gigi juga.
Kegiatan ini sangatlah merugikan karena mencemari lingkungan sekitar dengan polusi udara atau suara (bahkan sampai menyebabkan GOMBAL WARMING dan perubahan iklim), namun belum ditemukan cara untuk mencegahnya sampai saat ini.

Untuk memperjelas persoalan kentut, alangkah baiknya kita membaca buku "the power of kentut"

# Selain dari tandas berbayar, sudah sampai masanya 'kentut berbayar' diperkenalkan bagi menjaga udara persekitaran terutama dikawasan tumpuan awam.

SSS Admin berkata...

Makluman

Kajian Semula Sistem Pendidikan bersama UNESCO

Artikel susulan bloggers:-

The Story of The Satu Sekolah Memo

Perjuangan KEMPEN SSS kini berputik!

Terima Kasih.

ummi berkata...

Boleh juga beli ebook sebelum kursus

ummi68 berkata...

Kursus dan praktikal sangat perlu ..lebih2 lagi amal ibadat yang besar

Tanpa Nama berkata...

Tn Hj Husin Lempoyang

Selamat pulang ke Tanah Air dengan penuh barakah!

Belacak