Sabtu, Disember 10, 2011

Wanita dan Ancaman


Lebih empat tahun dahulu, Husin menceritakan mengenai lelaki dan kehidupan dalam posting lama, Tidor, Bangun dan Hidup.

Kali ini, Wayne Badut, salah seorang sumber jenaka Husin mutakhir ini baru beri satu jenaka yang ada kaitan dengan jenaka yang Husin tulis pada Ogos 2007. Ia berkenaan dengan Wanita dan Ancaman.

Pada usia mereka 20 - 30 tahun, perempuan ini mengancam. Maknanya cantik, genit, lawa dan manis. Pria yang melihat mereka berdebar dalam ancaman.

Naik ke umur 30-40 tahun, mereka dah jadi macam-macam. Dari yang bermacam fesyen, macam kerenah, dan macam jalan hidup.

Sampai ke umur meningkat ke 40- 50 tahun, mereka dah berubah dari macam-macam menjadi mula terancam. Terancam dengan persaingan, atau terancam dengan kecuaian dan kealpaan sendiri.

Cecah saja 50-60 tahun, betul-betul dah diancam. Sampaikan bila dah lebih saja 60 tahun, dah tak cam .... hahahaha.

Macam Kak Ijat yang lahir tahun 1953 sebelum merdeka, umur dia menghampiri 60. Ramai meletakkan beliau agak luar biasa sebagai agak mengancam pada umur sedemikian rupa.

Bila Tun Dr Mahathir kata berundurlah, cecah 60 nanti akan habiskan masa jual lembu sampai ramai yang tak cam. Kesian ... semua suami dan boss lama punya pasal.

Wow! Masih untung jual orang dari jual unta. Yang pasti perlu dipelajari, janganlah ada kaum keluarga ahli politik jual lembu. Akhirnya dilembukan.

20 ulasan:

Oghang Ghombau berkata...

Projek lembu gomas ni sebona nyo dilombukan seekor kero dari ghombau.

Itu yang konon pertahan Kak Ijat kau tapi sebona koro tu kepanasan.

Banyak dilembukan lembu-lembu gemas.

Adolah 80 juto!

The Unspinners berkata...

Dah tak bolehlah Kak Ijat nak defend lagi. Berenti aje lah

The Unspinners berkata...

Tambah skit:

PKR tahu lagi macam-macam abuse Salleh Budu buat.

Aprtment di Spore.

Kata nak saman Saifuddin dan Rafizi, kenapa tak?

Tanpa Nama berkata...

Bila Rafizi cabar Khairi berdebat, Khairi kata dia bersedia pada bila-bila masa tapi tunggu PAU selesai dulu.

PAU telah pun berlalu, tapi nampaknya Khairy senyap saja. Atau nak tunggu PRU ke-13 selesai.

Orang N9

jebat berkata...

Salam Sejahter,

Najib oh Najib,
Macam mana kau tak bengang,
ULAT ada sekeliling mu.

Najib oh Najib,
Macam mana kau tak demam,
KUMAN banyak di badan mu.

Najib oh Najib,
Kalau nak baik demam dan bengang,
Hilangkan ULAT di sekeliling mu
Bungkan kuman di dalam badanmu,

Caranya:
Makanubat buatan SPRM dan Ubat buatan PDRM,
Ikuti pantang larang nya

INSYAALAH mujarab.

Jangan tunggu PRU 13,
Nanti dah terlambat !!!!

Tanpa Nama berkata...

Dalam UNMO ada wanita mengancam, ustazah mengancam, flom mengancam. Cuma yang tidak mengancam ialah puterinya dan yg terancam ialah pemudanya.

Tanpa Nama berkata...

Kebodohan UMNO terserlah bila mempertahankan Shahrizat.
Dulu Dol Tidor dan KJ guna Shahrizat utk ketepikan Rafidah.
Dol Tidor dan KJ patut dipersalahkan kerana meluluskan projek keluarga Shahrizat dan memberi pinjaman RM 250 juta duit rakyat.
Tak usahkan nak selak lengan kalu Shahrizat selak kain pun org tak nampak sebab bulu mamak lebat wooooo.

Tanpa Nama berkata...

Sian Ijat,suami dan anak dia berniga
dan perlehera lembupun ramai yang
marah.Pinjam duat bink pun orang marah.Biarkan saja orang nak kata
asalkan kita tak rompak wang kerajaan.Suruh saumi dan anak bayar
balik megikut perjanjian yang telah
dibuat dengan benk.Jaga lembu lebeh
baik drp jaga iblis.

Puak PKR jaga peliwat nombr 1 negara
dan keluarganya.Habis budak jantan
comel dilewat oleh puak2 ini,puak
depan belakang katakan,,,,.

Nikee Ajiss berkawan dengan iblis.
habis diliwatnya otak orang Islam
dan Melayu.Orang Islam sekarang banyak yang sewal otaknya diliwat
oleh Nikee Ajiss,sampai ada yang
menyamakan dia macam nabi...
karut betul,,,,

Tanpa Nama berkata...

Mentor saya memberitahu:
"Kehidupan lelaki berkisar pada 3 jenis pandangan, iaitu:

1. Pandangan Hidup
2. Pegangan Hidup
3. Perjuangan Hidup

Purata umur dalam kategori Pandangan Hidup ialah sekitar 15 ~ 25. Ini paling best... tapi kurang pengalaman, tak sabar dan kurang mampu bertahan lama... hehehe.

Kata Mentor saya... apabila sudah mencapai tahap Perjuangan Hidup, amatlah kasihan seseorang itu lelebih lagi nafsu masih lagi membuak, tetapi nak 'hidup' susah, kena berjuang kadang2 guna tongkat pak ali atau mana-mana alternatif lain. :)

Tanpa Nama berkata...

Mooo...Mooo...who let's the cow out..moo..moo

Tanpa Nama berkata...

Kalu dia pinjam duit bank dan tidak membabitkan kerajaan......perkara ini tak akan jadi isu politik.
Go ahead kalu UMNO nak defend Shahrizat tapi jgn fikir guna kepala lutut.

Tanpa Nama berkata...

NFC telah menjadikan UMNO lembu yg bakal disembelih diPRU 13.

Tanpa Nama berkata...

NFC = National Front of Cows

Tanpa Nama berkata...

... hangpa nie suma.. kalau cerita pasai jahat orang.. baik penyokong umnongok mau pun pasbergh atau pakatan perusuh.. ugh.. ugh.. ugh...

.. cuba ler banyakkan istighfar, kita suma bukan malaikat,...

.. cumanya, kalau terpaksa memilih, masa PRU13 nanti, baik sokong umnongok... dah terbukti kemampuan mentadbir negara selama lebih 50 tahun.. , walau pun ada cacat cela sana sini tapi lebih baik dari yang tonyoh belakang orang dan si mulut busuk.. kalau dah hari-hari kutuk orang , bila masa nak mentadbir negara?... ini bukan mengurus kedai mamak teh tarik...

Tanpa Nama berkata...

Kes NFC ... satu andaian.

Boleh tak diandaikan bahawa ... org UMNO & anggota kabinet ... pasti dapat projek mega (jutaan ringgit) ?

Jika menteri wanita ni letak jawatan ... adakah kes ni akan masuk kubur tanpa dikesan lagi ?

Adakah ini norma-norma yg akan diterima semua ?

Mungkin ... banyak lagi projek mega ... yg telah dikuburkan !!!

Moga ALLAH hancurkan mereka yg menjahanamkan negara.

AMIN.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama 2::33PM

Paling malang apabila sampai kepada RIWAYAT HIDUP. Tidak ada apa-apa pun yang boleh membantu.

Orang N9

helang berkata...

Pasal pojek lembu x berapa nak pasti. Tapi berita yg pasti ada pendakwaraya lembu merumuskan bahawa liwat terjadi ats suka sama suka. Lembu yg ni kita patot lembukan. Yg pelik tak mengelembu plak atok lembu tu. Rupa steady je mcm dah dpt feel nak masuk blk sangkar besi.

Tanpa Nama berkata...

kasihan sharijat...tamak sangat,rosmah pon dh suke dgn dia..nnti kena halau mcm lembu masuk kandang..skandal gelapkan duit rakyat sharijat..sedikit sebanyak dapat pulih kan nama rosmah..bukan dia sorg kenamaan wanita ne yg teruk sorg..

Tanpa Nama berkata...

tidak salah mendapat pinjaman utk projek lembu tu...sekurang-kurangnye ada daging lembu yg berkualiti dan halal..masalah org2 kita ni pHD terlalu sgt..biarle rezeki keluarga depa...lebih baik dpt pada diaorg sekurang-kurangnye halal dan pembayar zakat...klu dpt pada yg lain tu...alamat buncit perut dia aje le..

KAYUAPI berkata...

Mampukah UMNO-BN tolong bayarkan bil air bila KESEMUA pemegang amanah yang dipilih oleh rakyat sudah tidak amanah? Mampukah UMNO BN merakyatkan ekonomi dengan pelbagai pemberian tahunan kepada rakyat yang berhak seperti yang dilakukan di Selangor walaupun baru sekejap saja memerintah berbanding lebih separuh abad pemerintahan UMNO-BN? Apakah simpanan berbilion ringgit yang dikumpul oleh kerajaan Selangor akan lesap dalam sekelip mata jika UMNO-BN memerintah - habis difaraid sesama sendiri - sama macam Khir Toyo dan geng UMNO lain dulu, kini dan selama-lamanya?

Sayangilah Selangor, halanglah Selangor dari dirompak dan rakyatnya dianiaya. Hampir keseluruhan barisan kepimpina UMNO-BN Selangor tidak menampakan ciri-ciri orang yang amanah.