Selasa, Februari 26, 2013

Nak bangun pun susah


Sejak awal bulan, sudah ada kerancakan BN Kedah mainkan isu. Isu Pedu, isu KUIN, isu Madrasah Salsaliah, kewangan kerajaan negeri, dan lain-lain.

Begitu rancak hingga PAS sama PAS pun mula kelahi nak gugurkan Azizan. BN pun lebih kurang juga. Harapan nak menang dah ada tapi cantas mencantas sesama sendiri sudah mula berlaku.

Lepas penat kerja kempen, Bahar pun pergi ke kedai Ah Weng untuk minum dan bersantai dengan kawan-kawan.

Sesampainya saja, Ayim yang selalunya agak tiumbang rasa dalam bersembang dah teriak, "Wah Bahar ... nampaknya tak lagi tak hujan tapi lembab."

"Syukur ... ada perubahan sedikit. Namun banyak lagi perlu dilakukan. Tak boleh bersenang lenang," Bahar jawab dalam mood yang masih tak berapa gembira.

Radzi sedar lalu bertanya, "Apa lagi yang tak kena ..., Bahar?"

"Nampak dah gerak, baguih lah tu ...," Ayin memberi pandangan sebelum Bahar boleh berkata apa-apa.

"Mana pulak yang tak buat kerja?" Radzi tanya lagi.

"Wanita Kedah ni ... tak gerak-gerak lagi," rungut Bahare sambail menghirup kopi panas yang di order.

Ayin berkata, "Wanita macam mana nak gerak ..." 

Radzi menyampuk, "Eh mana boleh Wanita tak gerak, Kalau Wanita tak gerak, susah UMNO."
"Bang ... macam mana Wanita nak gerak, Ketua dia tu ... nak bangun pun susah.," pantas saja keluar dari mulut Ayin.

"Macam mana pula nak gerak sana ke mari?"

"Koh koh ah ah ... ," tersedak si Bahar terbatuk batuk tak dapat menahan ketawa.

"Hang ni pun ... buat aku tersedak ajer," 

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apa nak jadi dengan wanita UMNO kedah la ni..orang lain dok ligan depa dok senyap menikuih..tak larat nak kerja serah saja kat orang len kan baguih..

Samuel Martin berkata...

ZULKIFLI NOORDIN humiliates the tamil, and our culture, he doesn’t deserve to run for office in a multicultural country like ours.
http://s1347.photobucket.com/user/hawafatima/media/ZulkifliNoordin_zpsb6f35edc.jpg.html
http://youtu.be/Lj8Dp-RBokU