Sabtu, Mac 05, 2016

Kisah seorang CEO pencen


Ada member cerita pasai boss lama dia ...lama betui jadi CEO company dia.

Sebelum jadi CEO, hampir setiap CEO dia gadoh dan jatuhkan. Lepas dia sendiri jadi CEO, dia mentadbir company dengan kaedah kuku besi. Gaji bagi ciput. Subcon kaya raya. Siapa staf yang tak sokong dasar-dasar dia terus dia pecat.

Buat dipendekkan cerita, CEO ini pun pencen.

Namun, masih masuk campur hal company dan kacau CEO-CEO lain. Ada pulak kroni-kroni dia yang tolong jatuhkan setiap CEO baru atas kepentingan peribadi.

CEO pencen ini adalah contoh orang yang tidak boleh jadi ahli atau team member. Dia sentiasa dahagakan kuasa.

Sejarah buktikan dia jatuhkan setiap CEO sejak mula company lagi. Yang tak sempat dia jatuhkan pun sorang saja, itupun sebab orang itu meninggal dunia.

Seorang lagi yang dia tidak jatuhkan adalah dirinya. Cuma tidak berlaku orang nak jatuhkan diri sendiri. Malukan diri sendiri adalah.

Akhirnya, semua dalam company meluat. CEO pencen ni pulak, lepas buat semua usaha nak jatuhkan CEO sekarang, tapi masih gagal. Dia buat cerita, fitnah dan guna fakta salah. Dicabar keluarkan bukti dia gagal. Siap bayar media antarabangsa Yahudi untuk fitnah company.

Lalu dia putus asa. Dia mula merajuk dan nak bakar company. Dia sertai company pesaing. Baik company dipimpin Melayu, lani dia sanggup biar cina tadbir. Mula jual rahsia syarikat. Atas apa cara sekalipun dia mahu CEO baru ini dijatuhkan.

Geleng kepala dengan perangai CEO pencen ni...Tapi member yang dok cerita gelak saja. Ditanya tanya pasai apa? Nampak tak risau. Tak takut ka company hancur?

Member kata, "Bro, CEO pencen tu kata dia join company musuh sebagai ahli saje. Dia takkan lead company musuh tu.

"Dia mana geti jadi ahli bro? Mana-mana dia pi pun dia nak jadi ketua. Memang habislah company musuh tu. Siapa boleh tahan dengan dia?"

Gelak sama ... Dahsyat betul politik syarikat.

Wow! Politik syarikat macam politik negara

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak gelak pun.CEO pencen tulah yang nak selamatkan negara

Tanpa Nama berkata...

Record CEO pencen tu memang sebagai pengacau sejak dari awal.Mustahil bila join company baru dia nak jadi baik, berhenti jadi pengacu,rasanya memang sah mereka akan hurhara besar tidak lama lagi,kecuali ceo tu mati dalam masa terdekat.

Husin Lempoyang berkata...

Hehehe ... ramai tak terjawab maka satu saja dia boleh jawab iaitu panggil ana makan dedak. Apalah sheikh! Ana makan daging kambing dan unta la ...

Mahu troll ente semua pergi tempat lain, pasti tak keluar. Hairan ... kata tak suka sama ana tapi masih datang beribu2 baca ini blog. Padahal blog ini sudah tidak aktif macam dulu.

Dunya dunya orang troll ni ada pergi sekolah ka??? Budus sangat!



Tanpa Nama berkata...

Yang tersurat pun sukar dipahami apa lagi yang tersirat.

Tanpa Nama berkata...

Like

Tanpa Nama berkata...

Saya sayang CEO pencen. Dialah yang banyak membawa kemajuan kepada company berbanding dengan semua CEO2.

Tanpa Nama berkata...

apasal nak kena paut pada blog lain?

tak laku ke??

Tanpa Nama berkata...

Rupanya title mahazalim yg ceo ni trima dulu sudah terserlah sekarang. Blm terlambat utk bertaubat.

Mat Cendana berkata...

Baguslah kalau nak selamatkan Malaysia. Tapi kepada orang-orang kebanyakan, jangan lupa untuk turut selamatkan diri, keluarga dan orang-orang terdekat. Hal-ehwal instalment macam-macam, belanja dapur, untuk pengajian anak-anak dan sebagainya dah okay ke?

Kalau belum, lepas sign deklarasi apa benda pun, tumpukan kepada yang di atas tu. Dan bukan dok sibuk di pejabat, kat online hal-hal nak selamatkan negara bila keadaan diri pun terumbang-ambing. Sebab kalau berjaya pun, orang lain yang akan dilantik jadi Menteri, jadi Pengarah goyang kaki di GLC.

Hati-hati, jangan mudah sangat dok jadi Pak Turut. Sampai sanggup bergaduh, bermasam muka dengan orang-orang terdekat. Orang-orang yang di atas pentas tu ada kepentingan untuk diri, keluarga dan kroni. Awak betul-betul yakin bahawa mereka buat semua ni untuk kepentingan awak ke??

Tanpa Nama berkata...

Tuan husin. Now i know why he's been called Mahazalim. It is all about him, him n him. Harapkan jgn bumi dan laut tidak mahu terimanya seperti attartuk. Kubur attartuk busuk ketika saya bercuti d sana. Dan mereka kuburkan d sebelah dgn jamban. Tempat tu sj yg terima jasadnya. Seingat saya tun m yg nak buat msia secular. Amat menyedihkan dan very dissappointing la. :-( :-( :-(

Tanpa Nama berkata...

CEO pencen nak jatuhkan CEO baru..
CEO pesaing yg di buat baik sebenarnya nk rampas syarikat bekas CEO itu..

Donia2..
Dalam hati lain lain nooo..
CEO pencen kena ingat, bidalan org dulu dulu... "Menang Sorak Kampong Tergadai".

Melayu ni Sin.

Tanpa Nama berkata...

Ceo pencen mustilah marah..
Dulu mana ada 2.6B dlm personal akaun dia..
Lepas pulang duit derma hak mai 42juta lg masuk..
Bg jawapan luk lak..
Buat malu umno..

John Doe berkata...

Ye lah, dah Ceo la ni rompak 2.6b, 42m (yg tu yg kantoi, yg belum?), tipu sana sini, pecat yg persoalkan dia, gantung jawatan suka hati dia, jual harta dan hartanah kompeni kpd China, kantau kat Amreika TPPA, Singapura KTM Tg Pagar dan Israel, salahguna wang Tabung Haji utk bail out kompeni peribadi dia, tukar Ag ikut kepentingan dia, dan 2.6b kerosakan lagi Ceo ni dah buat.

Syukur Ceo lama ni masih ada utk ketuai gerakan jatuhkan Ceo lanun ni..
Insha Allah Ceo lama ni akan masih menghirup udara segar apabila Ceo sekarang ni jatuh mcm nangka busuk.

Respect CEO Pencen berkata...

CEO sekarang memang terbaikla untuk company, yang tak bagusnya syeikh tahu siapa. Kalau CEO sekarang perintah,CEO ada 2, CEO lelaki CEO wanita. Bahaya untuk company. Buruk-buruk CEO pencen masa dia,dia sorang saja CEO. WOW! Dunya dunya. 2 CEO lagi untung dari 1 CEO ka?

Tanpa Nama berkata...

Akut cara cif padang rengas la....... Siapa ceo semasa dia la boss. Sebab ceo semasa bole kasi project, bonus, pangkat dan macam2. Kalau buat silap pun ceo semasa bole pejam mata ma.....

Tanpa Nama berkata...

anak yang belum CEO pun dah miliyon-liyon.

siapa mahiaddin ni? macam artis, guna nama lain.
berduit betul anaknya.

Tanpa Nama berkata...

CEO sekarang sebat wang! Wow! 2.6billion! Wow! !Wow!

Tanpa Nama berkata...

Tun m tak pernah beri business org cina??? Tsk..tsk..how naive...

Tanpa Nama berkata...

CEO daulu tak pernah sebat wang? Hang piee chk sejarah dia. Ngok ngek ngok ngek...

Tanpa Nama berkata...

Dia dah masok komunis sbb sanggup berganding tangan dgn limkomunis. Tentu ada habuan utk limkomunis...

maelkelana berkata...

Kat sini dipangil TPPA. Kat eropah dipanggil TTIP. Orang british pun bangkang taknak join