Selasa, Jun 14, 2016

Apa lagi sanggup dilakukan?


Mesin Taip Buruk meletakkan gambar di atas sambil bertanya respon Muhyiddin, Shafie Apdal dan Mukhriz melihat Tun M berkempen bersama Lim Kit Siang.

Masing-masing terkejut dengan kenyataan Tun M yang merendahkan maruahnya.

Dari dua tahun lepas, Husin dengar macam-macam perkembangan, analisa dan kisah belakang tabir. Setiap kali didengar ianya dikongsi dengan pihak yang diperkatakan. Bukan jawapan yang mahu didengar tapi reaksi yang mahu dilihat.

Kini semua yang diperkatakan sudah berlaku. Semua yang Husin dan ramai rakan tidak sangka akan berlaku sudah berlaku. Tidak perlu nak disebut semua.

Mula-mula konon nak selamatkan UMNO. Kemudian, keluar UMNO dan kritikan dikatakan hanya mahu Dato Najib saja jatuh dan bukannya UMNO.

Bila UMNO bersama Najib, pastilah menjatuhkan Najib akan jatuhkan UMNO sekali. Pasti bukan untuk selamatkan UMNO bila tandatangani Deklarasi Rakyat bersama pembangkang dan NGO-NGO songsang.

Timbul alasan baru mahu selamatkan Malaysia. Sambil tu kata tiada pihak mana-mana parti. Habis tu, menyokong PAN itu untuk apa?

Maka Husin rasa tiada apa lagi yang boleh dijangka di mana sempadan tindak tanduk Tun. Apa lagi yang sanggup dilakukan agar kehendak dan tuntutannya diterima. Sebut akan balik ke UMNO akhirnya pun tidak boleh jika dua syaratnya tidak diakur.

Lantaklah apa yang akan dilakukan. Bulan puasa yang sepatutnya untuk melatih diri menjauhi dari perbuatan tidak baik pun tidak dipedulikan lagi.

Husin hanya doakan Tun agar teguhkan imannya agar jangan pula tergamak tidak mahu lagi seagama dengan Najib dan Hadi dan kedua mereka dituduh sesat.

Wow! Dulu UMNO dilabel sesat

13 ulasan:

Cik Minah berkata...

Apa yang nak diherankan......SEMUANYA MARRIGE OF CONVENIENCE.
PAS kawen dengan UMNO
UMNO kawen dengan MIC,MCA & Gerakan dan parti-parti di Sabah
dan Serawak.
AMANAH kawen dengan DAP, PKR.
Deklarasi Rakyat kawen dengan DAP, AMANAH & PKR.
Takda yang mengherankan - semuanya dengan tujuan POLITIK.
Kalau niat masing-masing untuk kebaikkan ummah, WHY NOT...???
Apa lebih penting daripada menyelamatkan negara daripada
terus dijahnamkan oleh Lanun Bugis.........?????
Pada akhirnya anak cucu awak juga yang menangis
kena bayar hutang 1MDB dan hutang Negara 7 jenarasi.

Tanpa Nama berkata...

Na'udzubillah. Tak mustahil tu Hussin. Bulan puasa ni setan tu di ikat. Yang mengganas itu adalah nafsu dan ego sendiri..

Tanpa Nama berkata...

tersesat di penghujung usia.....kesiannnn Tun...

Tanpa Nama berkata...

Adapun nama bangsa,
Adapun nama agama,
Diguna pakai bagi mencari kekayaan.

Adapun jelas kebatilan,
Adapun jelas kejahatan,
Demi agama dan bangsa berubah menjadi halalan toyyiba.

Adapun akal dikurnia,
Adapun maruah dijaga,
Tiap org beza penjagaan dan pandangan.

Mungkin ini ajaran islam sebenar.
Mungkin ini tinggalan 4 khalifah besar utk dijadikan contoh.
Mungkin ini umat akhir zaman

Tanpa Nama berkata...

Yang kekal Allah. Makhluk akan berubah/akan bertambah lemah Akhirnya akan dibaham tanah.Barang diingat (ada orang dah lupa) DAP ANTI ISLAM. Orang Islam Haram berimamkan DAP.

Tanpa Nama berkata...

Yang kekal Allah. Makhluk akan berubah/akan bertambah lemah Akhirnya akan dibaham tanah.Barang diingat (ada orang dah lupa) DAP ANTI ISLAM. Orang Islam Haram berimamkan DAP.

Labu8455 berkata...

Apa kabaq Sin, unta kau semua sihat sihat ke ?

Tanpa Nama berkata...

SESAT DIHUJUNG PERJUANGAN!!!.... kesiann

Tanpa Nama berkata...

tidak akan terkejut jika selepas berjaya menurunkan ds najib dan umno turut sama jatuh, tun akan menyertai umno semula dan membangunkan semula parti itu dari dalam...

Tanpa Nama berkata...

SESAT DIHUJUMG PERJUANGAN !!!

Tanpa Nama berkata...

Husin pun sama.
Bulan puasa jgn amalkan dan mengiyakan perbuatan mungkar.

Sin, mof ambil alih 1mdb. Hutang 1mdb lps ni siapa byr?
Sin, arulkanda kata mungkin wujud penipuan dlm 1mdb smp billion2 tersalah byr.
Sin melayu ni haprak sgtkah smp kerana kejahata melayu sorg yg lain kena bersekongkol jahat?

Tanpa Nama berkata...

sin,
apa cerita mb kedah ni, terus sonyap aje

Tanpa Nama berkata...

Apalah kau husin lampoyang agak dangkal fikiran kamu....