Isnin, Ogos 15, 2016

Lagi buta sejarah lagi sesuai


Sempena bulan kemerdekaan ini apa kata anda uji tahap pengetahuan anda dalam matapelajaran sejarah peringkat SPM.

1. Siapakah yang membuka Melaka?

a. Param
b. Parameswari
c. Pramugara Terlampau
d. Parameswara
e. Vell Pari

2. Pada tahun 1771, seorang penjelajah Inggeris telah tiba di sebuah kawasan yang dikenali sebagai New Hebrides, siapakah dia?

a. Kapten Hook
b. Kapten Crook
c. Kapten Cook
d. Kapten Cool
e. Kapten Boleh

3. Siapakah yang pernah menjadi pemerintah Sarawak?

a. Brooke Shields
b. James Beruk
c. James Bond
d. Sapok Biki
e. James Brooke

4. Siapakah yang membuka Pulau Pinang?

a. Torch Light
b. Traffic Light
c. Lighter
d. Light and Easy
e. Francis Light

5. Salah seorang pahlawan melayu terbilang?

a. Tuk Janggut
b. Tuk Misai
c. Tuk Sideburn
d. A Galak
e. Tok Ki

6. Pahlawan Melayu menentang Inggeris di Pahang?

a. Mat Sabu
b. Mat Silau
c. M Daud Kilau
d. Mat Kilau
e. Mat Rempit

7. Siapakah Residen Inggeris di Negeri Perak yang dibunuh oleh Datuk Maharajalela?

a. Jason Bourne
b. J.W.W Birch
c. Jay Jay
d. JW Marriot
e. Jawa Rangers

8. Apakah antara hantaran yang diminta Puteri Gunung Ledang daripada Sultan Melaka?

a. 7 dulang hati nyamuk
b. 7 dulang tongkeng ayam
c. 7 dulang asam kering
d. 7 dulang tahi lalat
e. 7 dulang gigi arnab

9. Siapakah puteri Pahang yang mencintai Hang Tuah?

a. Tun Jane Abdullah
b. Tan Tak Tahu Eja
c. Tun Sanbanthan
d. Tun Teja
e. Tun Mahathir

10. Siapakah puteri Negeri China yang berkahwin dengan Sultan Melaka?

a. Puteri Hang Li Po
b. Puteri Opah Hang
c. Puteri Tun Tan Siew Sin
d. Puter Hang Go Poh
e. Puteri Lim Goh Tong

11. Ikan apakah yang melanggar Singapura?

a. Ikan Bilis
b. Ikan Masin
c. Ikan Kembung Masak Asam
d. Ikan Kekek Mak iloi-iloi
e. Ikan Todak

12. Siapakah Ketua Kominis Malaya?

a. Botak Chin
b. Chin Peng
c. Soh Chin Aun
d. Chim Pan Zee
e. Chin Chau


Banyak sangat salah ke?

Tak mengapa. Lagi tidak tahu sejarah lagi baik.

Sejarah orang tua-tua ini banyak sangat kelahi sesama sendiri dan tidak habis-habis.

Sudah tidak patut dilayan lagi. Tidak perlu dipanjangkan lagi. Lagi buta sejarah lagi boleh maju ke depan.

Wow! Peluang baik untuk orang muda

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Soalan 4 tak ada jawapan...

Jawapannya..dah tentu penduduk Pulau Pinang. Sbb Francis Light cuma menjajah Pulau Pinang.. penduduk disitu dah lama pi terutama nelayan.. sebab itu sampai sekarang Pulau Pinang kena bayar sewa kat Kedah.

manjung berkata...

Lawak lawak

Labu8455 berkata...

Sin apa kabau dengan unta unta ko semua tu, ada sihat ke ?

Ted Manoff berkata...

Baguih le Sin..chantek

manjung berkata...

Lawak...lawak

Tanpa Nama berkata...

Perasan tak?
Kalau kita ikuti Hari ini dalam sejarah melalui RTM, nampaknya sejarah Malaysia antara tahun-tahun 1982 hingga tahun 2003 telah diabaikan.
Yang ditonjolkan hanya sejarah sebelum 1982 dan selepas 2004.
Mungkin saya silap.

Tanpa Nama berkata...

Teka teki ku kena reject..
Eh apeda.
Patut tulis terang2, bkn troll xdisiarkan.
Mengkritik najib xdisiarkan.
Hehehe.
Sin, ko xpuji lg menteri azalina pujaan hati.
Hehehe

Tanpa Nama berkata...

Apa kau mengarut ni Sin, cerita puteri gunung ledang pon kau kata sejarah. Mitos dan sejarah tu lain lah....macam unta dgn tikar terbang.