Isnin, Mac 06, 2017

Masa bersedap, kenapa tidak talipon YB?


Menteri Luar, Dato Anifah Aman sering ke luar negara atas urusan negara.

Anifah baru balik dari Eropah atas urusan Rohingya, baru saja selesaikan urusan lawatan Raja Saudi Arabia, dan terbaru penghantaran pulang Duta Korea Utara, kini dia berada di Jakarta, Indonesia untuk satu persidangan.

Maka dia tidak dapat meruangkan banyak masa di kawasannya di Kimanis, Sabah seperti wakil rakyat lain. Begitulah wakil-wakil rakyat yang pernah pegang jawatan Menteri Luar Negara.

Anifah banyak dibantu anak-anak dan wakil-wakilnya di kawasan.

Bila ada orang kawasan talipon ketika dia di luar negara minta tolong, dia tidak dapat jumpa dan selidik dulu. Sering terus dibantu hingga selalu tertipu.

Kisah ini mahu Husin kongsi dari cerita kawan-kawan di Sabah.

Ceritanya, suatu ketika ada seorang lelaki taliponnya meminta bantuan. Dia kata dia mahu berkahwin tetapi tidak ada duit.

Kesian mendengar rayuannya lalu Anifah suruh wakilnya masukkan wang dalam akaun orang tersebut.

Ketika kembali menziarah kawasan, Anifah di "serang" oleh dua orang wanita.

Mereka menuduh Anifah bersekongkol untuk suami mereka kahwin isteri ke-3. Mereka adalah isteri pertama dan kedua.

Anifah terkejut dan tidak berapa ingat. Setelah lama melayan rungutan kedua-dua wanita yang tidak diberi nafkah, baru teringat lelaki yang mintak wang mahu kahwin.

Anifah berterus terang beritahu pada kedua-dua isteri dia ingat laki mereka masih bujang. Tidak tahu dia mahu kahwin kali ke 3.

"Dia bilang YB belanja dia kahwin ke tiga bah ...!"

Baru Anifah sedar dia sudah tertipu atau lebih tepat, memberi bantuan sebelum siasat.

Sering kali, Anifah tidak ingat siapa dia bantu dan asyik ditipu orang yang sama.

Setelah banyak bulan, lelaki tersebut talipon lagi untuk mintak wang. Kali ini dia kata dia dalam kesusahan. Isterinya akan melahirkan anak tidak lama lagi.

Anifah teringat lelaki ini. Lalu dia kata, "Saya sedang berada di United Nation, New York atas urusan. Tunggu saya kembali dalam beberapa hari."

Lusanya ketika Anifah berada di Geneva, Switzerland, lelaki ini talipon lagi. Anifah mintak dia bersabar beberapa hari.

Beberapa hari kemudian, ketika berada di Bangkok untuk berhenti sebentar untuk urusan dalam perjalanan pulang, lelaki ini talipon lagi.

Anifah beritahu, "Saya sudah berada di Bangkok dalam perjalanan pulang. Sabar lah ..."

Lelaki ini tiba-tiba hilang sabar.

"YB boleh bersedap-sedap jalan luar negara di New York, Switzerland dan Bangkok, rakyat di sini susah."

Anifah ingat nak jumpa dan beri nasiat sebelum beri bantuan.

Bila dah dia kata begitu, lantas Anifah menjawab, "Masa kamu susah-susah kamu talipon saya. Masa sedang bersedap, kenapa tidak talipon YB?"

Wow! Masa bersedap, susah nak bercakap dengan jelas, YB.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Baik kena serang dari bini..
Kalau masyarakat dtg serang tnya duit mari mana.
Mcm2 org mcm2 jawapan kena bagi

Tanpa Nama berkata...

1:32 ko ni tak da sense of humour langsung...faham ke idak cerita ni...kalau belum kahwin banyak bab lagi la ko kena belajau